Utama UiTO Bicara THTL Kawaid Bid’ah Siri 4 / 16

Kawaid Bid’ah Siri 4 / 16

145
0
Iklan

Bersederhana dalam melakukan Sunnah lebih baik dari Keterlaluan dalam melakukan Bid’ah (القاعدة الرابعة: اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة)



Dalil Hadith :

عن عبد الله بن مسعود أنه قال: اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة

أخرجه الدارمي “223” واللالكائي “1/55، 88” وغيرهما وهو أثر صحيح

 Dari Ibn Mas’ood ra berkata ,
” Bersederhana atau bersedikit dalam mengerjakan sunnah lebih baik dari keterlaluan dalam melakukan Bid’ah “

( HR Darimi, sunan , no 223 al-Lalikai, ianya atsar yang sahih )


Syarah :

Sedikit dalam mengerjakan sunnah yang sahih lebih baik dari banyak amalan tetapi bid’ah.

 

4/16 Bahagian 2 Syarah

وعن سعيد بن المسيب: أنه رأى رجلاً يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيهما الركوع والسجود، فنهاه، فقال: يا أبا محمد يعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.

أخرجه الخطيب في الفقه والمتفقه “1/147”.

Dari Sa’id bin Musayyab , kibar tabi’iin wafat 94H , telah melihat seorang lelaki melakukan solat sunat fajar lebih dari dua rakaat dengan ruku’ dan sujud yang lama. Lalu Sa’id melarang lelaki tersebut. Lelaki itu menjawab :

” Duhai Abu Muhammad , apakah Allah swt akan mengazab aku kerana solat demikian?”

jawab Sa’id ,

” Tidak , tetapi Dia akan mengazabmu kerana melanggar sunnah ”

( HR Khatib alBaghdadi , Faqih al-Mutafaqqih, 2:147 )


Syarah :

Perbuatan lelaki tersebut yang solat menyalahi solat sunat sunat Nabi saw juga termasuk keterlaluan dan menjadi bid’ah.

 

Bid’ah 4/16 Bahagian 3 Syarah

وعن سفيان بن عيينة قال: سمعت مالك بن أنس وأتاه رجل فقال

يا أبا عبد الله من أين أحرم؟ قال: من ذي الحليفة، من حيث أحرم رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إني أريد أن أحرم من المسجد من عند القبر، قال: لا تفعل، فإني أخشى عليك الفتنة، فقال: وأي فتنة في هذه؟! إنما هي أميال أزيدها! قال: وأي فتنة أعظم من أن ترى أنك سبقت إلى فضيلة قصر عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ إني سمعت الله يقول: {فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ} [النور: 63]. (أخرجه الخطيب في الفقيه والمتفقه “1/146” وأبو نعيم في الحلية “6/326” وغيرهما.)

Dari Sufyaan bin Uyainah ( tabi’tabiin Kufah , w. 198H ), Imam Malik bin Anas rhm dikunjungi oleh seorang lelaki meminta fatwa darinya ,

” wahai Abu Abdillah , dari mana saya patut berihram ?”

Jawab Imam Malik rhm , ” daripada Zulhulaifah , kerana dari situlah Nabi berihram.

” lelaki itu menjawab , ” saya ingin berihram dari masjid Nabawi dari sisi kubur baginda.

” Jawab Imam Malik rhm , ” Jangan lakukan demikian , nanti kamu ditimpa fitnah.

” balas lelaki tersebut , ” fitnah apa ?, saya cuma tambah beberapa batu (KM) saja dari Zulhulaifah.

” Jawab Imam Malik rhm , ” Tidak ada fitnah yang lebih besar dari melihat anda telah mendahului Rasulullah dalam melakukan sesuatu kelebihan agama. kemudian Imam malik rhm membaca surah an-Nuur ayat 63 ( Maka hendaklah orang-orang yang melanggar ketentuan Rasul itu awas menjaga supaya jangan ditimpakan Tuhan kepada me­reka ujian ataupun ditimpa mereka oleh azab siksa yang pedih )


Maksud atsar Ibn Musayyab ialah perbuatan itu menyalahi sifat solat sunat Fajar Nabi saw , yang cuma solat 2R , ruku’ dan sujudnya sedang-sedang saja. lelaki tersebut ingin mendahului Nabi saw dengan melakukan lebih dari dua rakaat dan sujud yang lebih lama dari Nabi saw dengan kata lain , solatlah sebagaimana nabi solat. Jangan lebih , lebih itu tidak bagus , ia jadi bid’ah.



Komen dan Soalan