Utama Blog Halaman 201

Quran Terjemahan Harfiyyah Wa I’rab – Al-Baqarah Ayat ke-17

0

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على محمد عبده و رسوله الأمين وعلى جميع النبيين و المرسلين ومن سلك سبيلهم إلى يوم الدين… إما بعد

مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا

أضآءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللهَ بِنُورِهِمْ

وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَّا يُبْصِرُونَ

البقرة : ١٧

Terjemahan Harfiyyah:

مَثَلُ : perbandingan

هُمْ : hal mereka

ك : samalah (seperti)

الَّذِي : orang yang

اِسْتَوقَدَ : menyalakan

نَارًا : api

فَلَمَّا : lalu apabila

أضآءَتْ : api itu menerangi

ما حَوْلَهُ : sekelilingnya

ذَهَبَ الله : Allah hilangkan

بِنُورِ : cahaya

هِمْ : mereka

وَ : dan

تَرَكَ : Allah biarkan

هُمْ : mereka

فِيْ : dalam

ظُلُمَتاتٍ : gelap gelita

لا : tidak dapat

يُبْصِرُونَ : melihat

Perbandingan hal mereka (orang orang munafik) samalah seperti orang yang menyalakan api, apabila api itu menerangi sekelilingnya (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan Allah biarkan mereka dalam gelap gelita, tidak dapat melihat (apa pun).

 

مَثَلُ : مبتدأ مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره وهو مضاف.

Subjek yang hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya baris hadapan ضمة yang jelas di akhirnya , dan ia berkedudukan sebagai mudhof.

هُمْ : الهاء ضمير متصل مبني على الضمة في محل جر مضاف إليه و الميم علامة جمع الذكور أو تكون ” هم” ضميرا متصلا – صمير الغائبين مبنيا على السكون في محل جر بالإضافة.

Huruf ha ganti nama bersambung dibina dengan baris hadapan ضمة berkedudukan jar kerana mudhof ilaih dan huruf mim tanda jamak bagi lelaki atau هم itu ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki ramai yang dibina dengan baris mati yang berkedudukan jar mudhof ilaih.

كَ : اسم للتشبيه مبني على الفتحة في محل رفع خبر ” مثلهم ”

Huruf kaf ك isim (alat) untuk tasybih dibina dengan baris atas berkedudukkan rofa’ kerana ia prediket bagi mubtadak مثلهم

مَثَلِ : مصاف إليه أول مجرور بالإضافة و علامة جره الكسرة الظاهرة في آخره .

Mudhof ilaih yang pertama hukum i’rabnya majrur kerana izofah dan tanda jarnya baris bawah yang jelas di akhirnya .

الَّذِي : اسم موصول مبني على السكون في محل جر مضاف إليه ثانٍ .

Huruf penghubung yang dibina dengan baris mati السكون berkedudukan jar kerana mudhof ilaih yang kedua.

اِسْتَوْقَدَ : فعل ماض مبني على الفتحة و الفاعل ضمير مستتر فيه جوازًا تقديره ” هو”

Kata kerja kala lepas yang dibina dengan baris atas dan pelaku perbuatanya ialah ganti nama tersembunyi yang harus padanya, yang ditaqdirkan kepada “dia lelaki”

نَارًا : مفعول به منصوب باستوقد وعلامة نصبه الفتحة المنونة في آخره ونَوَّنَ لأنه اسم نكرة

Objek (yang dikenai perbuatan) hukum i’rabnya mansub dengan kata kerja استوقد dan tanda nasabnya baris dua di atas , ditawinkan kerana ia kata nama yang umum.

ف : الفاء استئنافية:

Rujuk penjelasan di ayat yang lalu.

لَمَّا : اسم شرط غير جازم ملني على السكون في محل نصب على الظرفية الزمانية بمعنى ” حين”

Kata nama syarat (alat untuk membina ayat syarat) yang tidak menjazamkan ayat jawab syarat dibina dengan سكون dan ia berkedudukan nasab kerana keterangan masa الظرفية الزمانية yang memberi maksud “ketika” .

أّضَاءَتْ : فعل ماض مبني على الفتحة و التاء تاء النأنيث الساكنة لا محل لها من الإعراب و الفاعل ضمير مستتر فيه جوازًا تقديره ” هي” يعود إلى ” نَارًا ” و الجملة الفعلية

” أضاءت” في محل جر بالإضافة لوقوعها بعد اسم الشرط و هي جملة فعل الشرط.

Kata kerja kala lepas dibina dengan baris atas فتحة dan huruf تاء itu dinamakan تاء tanda perempuan pada kata kerja itu, ia berbaris سكون yang tidak ada hukum i’rab baginya. Pelaku perbuatannya ialah ganti nama tersembunyi ضمير مستتر yang harus padanya dan ditaqdirkan kepada هي yang merujuk kepada نارا . Ayat kata kerja ” أضاءت ” berkedudukan jar kerana idzofah (sandaran) kerana kedudukannya selepas isim syarat dan ianya adalah kata kerja syarat.

مَا : اسم موصول مبني على السكون في محل نصب مفعول به

Kata penghubung dibina dengan sukun berkedudukan nasab kerana مفعول به “yang dikenai perbuatan”.

حَوْلَ : ظرف مكان منصوب على الظرفية بالفتحة و هو مضاف .

Keterangan tempat yang hukum i’rabnya mansub dan tanda nasabnya baris atas فتحة dan ianya berkedudukan مضاف .

الهاء : ضمير متصل مبني على الضمة في محل جر بالإضافة .

Ganti nama bersambung dibina dengan baris hadapan ضمة berkedudukan jar disebabkan ianya مضاف إليه atau dikenali juga dengan الإضافة.

ذَهَبَ : فعل ماض مبني على الفتحة والفاعل ضمير مستتر فيه جوازًا تقديره ” هو ”

Kata kerja kala lepas dibina dengan baris atas فتحة dan pelaku perbuatannya adalah ganti nama tersembunyi yang harus ditaqdirkan kepada هو

اللهُ لفظ الحلالة : فاعل مرفوع للتعظيم و علامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره و الجملة الفعلية ” ذهب الله بنورهم ” جواب شرط غير جازم .

Allah (lafaz yang maha agung) pelaku perbutan yang hukum i’rabnya marfu’ مرفوع yang ditangungi , dan tanda rofa’nya baris hadapan ضمة yang jelas di akhirnya dan ayat fi’liyyah الجملة الفعلية ” iaitu ذهب الله بنور هم ialah jawab syarat yang tidak dijazamkan .

بِ : حرف جر : kata sendi

نُورِ : اسم مجرور بحرف الجر الباء وعلامة جره الكسرة الظاهرة في أخره وهو مضاف.

Kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan huruf jar ب dan tanda jarnya baris bawah كسرة yang jelas di akhirnya dan ia berkedudukan مضاف.

هِمْ : ضمير الغائبين مبني على السكون في محل جر بالإضافة أو تكون الهاء ضميرًا متصلًا مبنيًا على

الكسرة في محل جر بالإضافة و الميم علامة جمع الذكور و الجر و الجرور ” بنورهم ” معلق بذهب

Ganti nama bagi orang ketiga lelaki ramai, dibina dengan sukun سكون berkedudukan jar kerana إضافة (sandaran) atau hufuf هاء itu menjadi ganti nama yang bersambung ضمير متصل yang dibina dengan baris bawah كسرة berkedudukan jar kerana إضافة dan huruf mim م tanda jamak lelaki ramai.  Jar dan majrur itu بنورهم dikaitkan dengan ذهب.

وَ : حرف عطف : lihat penjelasan yang lepas

تَرَكَ : فعل ماض مبني على الفتحة و الفاعل ضمير مستتر فيه جوازًا تقديره ” هو” يعود على لفظ الجلالة سبحانه .

Kata kerja kala lepas yang dibina dengan baris atas فتحة ( kekal) dan pelaku perbuatannya ialah ganti nama tersembunyi harus yang ditaqdirkan kepada dia lelaki هو yang merujuk kepada lafaz yang maha agung lagi maha suci (Allah) .

هُمْ : الهاء ضمير متصل مبني على الضمة في محل نصب مفعول به و الميم علامة جمع الذكور أو تكون ” هم” ضميرا متصلًا في محل نصب مفعول به.

Huruf هاء ialah ganti nama yang bersambung yang dibina dengan baris hadapan ضمة yang hukum i’rabnya nasab kerana “yang dikenai perbuatan” مفعول به dan hurum mim ميم tanda jamak lelaki ramai atau هم itu boleh disebut ganti nama bersambung صمير متصل bagi orang ketiga lelaki ramai yang berkedudukkan nasab kerana مفعول به.

فِي : حرف جر : kata sendi

ظُلُمَاتٍ : اسم مجرور بحرف الجر ” في ” و علامة حره الكسرة المنونة في أخره وقد نَوَّنَ الاسم لأنه نكرة و الجر و المجرور ” في ظلمات” معلق بترك أو بمفعول به ثانٍ .

Kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan huruf jar في dan tanda jarnya baris bawah كسرة yang bertanwin diakhirnya, ia ditanwinkan kata nama itu kerana ia kata nama am. Jar dan majrur “في ظلمات ” berkait dengan kata kerja ترك atau berkait dengan “yang dikenai perbuatan yang kedua” مفعول به ثانٍ.

لَّا يُبْصِرُونَ : الجملة الفعلية : في محل نصب حال

Ayat kata kerja berkedudukan nasab bagi penjelasan keadaan حال

لَا : huruf nafi

يُبْصِرُوْنَ : فعل مضارع مرفوع لتجرده عن الناصب و الجازم و علامة رفعه بثبوت النون لأنه من الأفعال الخمسة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل

Kata kerja sedang/ yang hukum i’rabnya marfu’ مرفوع kerana bebas dari amil nasab dan amil jazam , dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan huruf nun kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima الأفعال الخمسة dan huruf waw yang terdapat di antara ر dan ن itu ialah ganti nama bersambung yang dibina dengan سكون dan ianya berkedudukan sebagai pelaku perbuatan.

 

والله الهادي و الموافق إلى سواء السبيل.

Bahasa Arab Asas – Pembahagian Isim (Golongan)

0

Pembahagian Isim – Golongan

التَّثْنِيَةُ مَا دَلَّت عَلَى اثْنَينِ بِزِيّادَةِ أَلِفٍ و نُونٍ أَو يَاءٍ ونُونٍ مَسْكُرَةٍ مِنْ مُفْرَدِهَاوَمَا قَبْلَ الأَلِفِ وَاليَاءِ مَفْتُوحَةٍ

Kata nama duaan adalah kelompok kalimah yang menunjukkan dua dengan menambah di akhir sesuatu kalimah isim huruf alif dan nun atau huruf ya dan nun yang baca dengan baris bawah كسرة pada huruf nun sedangkan huruf sebelum alif dibaca dengan baris atas فتحة

CONTOH:

بَيْتَانِ – بَيْتَينِ : Dua buah rumah

قَلَمَانِ – قَلَمَينِ : Dua batang pen

يَدَانِ – يَدَينِ : Dua tangan

مُسْلِمَانِ – مُسْلِمَينِ : Dua orang Islam

كِتَابَانِ – كِتَابَينِ : Dua buah buku

مِرْسَمَانِ – مِرْسَمَينِ : Dua batang pensel

سَيَّارَتَانِ : سَيَّارَتَينِ : Dua buah kereta

وَلَدَانِ – وَلَدَينِ : Dua orang budak lelaki

بِنْتَانِ – بِنْتَينِ : Dua orang budak perempuan

مَا دَلَّ اثْنَينِ بِزِيَادَةِ ألِفٍ ونُونِ رَفْعًا ويَاءٍ و نُونٍ نَصْبًا وجَرًّا

Kalimah isim yang menunjukkan dua dengan menambah alif dan nun ketika rofa’ . Manakala ya dan nun ketika nasab dan jar (bab ini akan dibahaskan apabila sampai pada tempatnya).

Seterusnya perbincangan tentang kelompok kalimah yang kuantitinya lebih dari dua, dalam istilah tata cara Bahasa Arab disebut jamak (جَمْعٌ) yang bermaksud banyak, yang dihitung lebih dari dua. Jamak terbahagi kepada tiga bahagian:

  1. Jamak muzakkar salim
  2. Jamak muannas salim
  3. Jamak taksir

١ – جَمْع المُذَكَّرِ السَّالِم

٢ – جَمْعُ المُؤّنَّثِ السَّالِم

٣ – جَمْعُ التَّكْسِير

جَمْعُ المَذَكَّرِ السَّالِمِ مَا دَلَّ عَلى مُذَكَّرً

بِزِيَادَةِ وَاوٍ و نُونٍ رَفْعًا وَيَاءٍ ونُونٍ

نَصْبًا وجَرًّا

Jamak muzakkar salim ialah kata nama (اسم) yang menunjukkan maksud banyak untuk jenis lelaki dengan menambah huruf waw dan nun ketika rofa’ , huruf ya dan nun ketika nasab dan jar.

Contoh:

١ – مُسْلِمُونَ – مُسْلِمِينَ: Orang-orang muslim (lelaki)

٢ – كَافِرُونَ – كَافِرِينَ: Orang-orang kafir (lelaki)

٣ – مُنَافِقُونَ – مُنَافِقِينَ: Orang-orang munafik (lelaki)

٤ – مُعَلِّمُونَ – مُعَلِّمِينَ: Guru-guru (lelaki)

٥ – مُسَافِرُونَ – مُسَفِرِينَ: Orang-orang bermusafir (lelaki)

٦ – مُحَدِّثُونَ – مُحَدِّثِينَ: Ahli-ahli hadis (lelaki)

٧ – صَالِحُونَ – صَالِحِينَ: Orang-orang soleh (lelaki)

٨ – مُفْلِحُونَ – مُفْلِحِينَ: Orang-orang berjaya (lelaki)

٩ – مُهْتَدُونَ – مُهْتَدِينَ: Orang-orang yang mendapat pertunjuk (lelaki)

١٠ – نَبِيُّونَ – نَبِيِّينَ:   Nabi-Nabi

Seterusnya perbincangan tentang Jamak Muannas Salim, iaitu kalimah yang menunjukkan ramai perempuan

جَمْعُ المُؤَنَّثِ السَّالِمِ مَا يُجْمَعُ بِزِيَادَةِ

أَلِفٍ وَ تَاءٍ فِي آخِرِهِ

Jamak muannas salim ialah kalimat yang dijamakan dengan menambah huruf alif dan ta di hujungnya yang juga membawa maksud ramai dari jenis perempuan.

CONTOH:

مُؤْمِنَاتٌ: Perempuan-perempuan beriman

المَرْآتُ: Orang-orang perempuan

مسْلِمَاتٌ: Perempuan-perempuan Islam

مُدَرِّسَاتٌ: Guru-guru perempuan

مُعَلِّمَاتٌ : Guru-guru perempuan

مُمَرِّضَاتٌ: Jururawat-jururawat

طَيَّارَاتٌ: Juruterbang-juruterbang perempuan

مُدَرِّبَاتٌ: Jurulatih-jurulatih perempuan

Begitu juga perkataan yang terdiri dari benda ada yang di kategorikan kepada perempuan yang hanya pada lafaz dan tidak pada zat. Dalam erti kata lain muannas dalam bentuk lafaz مُؤنث في اللفظ

CONTOH:

سَيَّارَاتٌ: Kereta-kereta

حُجُرَاتٌ: Bilik-bilik

طَائِرَاتٌ: Kapal terbang-kapal terbang

كُرَاتٌ: Bola-bola

نَظَّارَاتٌ: Cermin mata-cermin mata

دَرَّاجَاتٌ: Basikal-basikal

عِمَارَاتٌ: Bangunan-bangunan

زَهْرَاتٌ : Bunga-bunga

Apakah pengertian Jamak Taksir ?

جَمْعُ التَّكْسِبرِ مَا يَجْمَعُ بِتَكْسِيرِ

الكَلِمَةِ مِنْ مُفْرَدِهَا أِمّّا بِزِيَادَةٍ أَو

نَقْصٍ أَو تَغْيِبرٌ حَرَكَةٍ أَو بِوَاحِدَةٍ

مِنْهَا مَعَ الاُخْرَى أَو بِجَمِيهَا

Jamak Taksir ialah sesuatu perkataan اسم yang dijamakkan dengan merubah bentuk mufradnya, perubahan ini ada kalanya dengan menambah huruf atau mengurangi dan ada kalanya merubah harakat (baris) atau ditambah dengan huruf lain se huruf atau keseluruhannya.

Contoh :

دَفْتَرٌ – دَفَاتِرُ: Buku-buku tulis

مَسْجِدٌ – مَسَاجِدُ: Masjid-masjid

مَاءٌ – مِيَاهٌ: Banyak air

قَلَمٌ – أَقْلَامٌ: Pen-pen

سُوقٌ – أَسْوَاقٌ: Pasar-pasar

Di sudut penterjemahan boleh kita guna “beberapa” seperti:

كُتُبٌ: Beberapa buah buku

مَرَاسِمُ : Beberapa batang pensel

أَقْلَامٌ : Beberapa batang pen

بُيُوتٌ : beberapa buah rumah

Bagi memudahkan untuk mencari kata jamak taksir ialah dengan merujuk kamus, hanya jamak taksir saja yang tercatat dalam kamus dengan tanda huruf ج di depannya.

 

Allahu a’lam.

Larangan Mencela Usaha Sedekah Muslim Yang Lain

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0975.

Dari Abu Mas’ud r.a., katanya: “Kami diperintahkan Rasulullah saw. supaya bersedekah, sedangkan kami hanya sebagai pekerja kasar, atau kuli. Namun Abu ‘Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lain-lain mengikutinya dengan menyedekahkan apa saja, namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata: Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sedekah ini dan itu. Dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riak semata-mata.” Kerana ucapan mereka itu, maka turunlah ayat:, “(Orang-orang munafik, yaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu dengan seksa yang pedih. ” (At-Taubah : 79)

Tak Usah Rakus Seperti Musyrikin

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

# Lebih rakus terhadap dunia dibandingkan rakusnya orang musyrik

Padahal seorang mukmin yakin dunia hanya sementara dan sedang safar atau merantau. Secukupnya, yang penting di kampung akhirat adalah tempat singgah terakhir yang nyaman dan bahagia

Allah berfirman,

وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلَى حَيَاةٍ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ مِنَ الْعَذَابِ أَنْ يُعَمَّرَ

“Sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling rakus kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih rakus lagi) dari orang-orang musyrik. masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, Padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya dari siksa” (QS. Al-Baqarah: 96).
___________________

♻ Silahkan disebarluaskan

Bahasa Arab Asas – Kenali Isim (Kata Nama) dan Pembahagiannya

0

Pembahagian Isim ( اسم ) Kata Nama

Isim ini terbahagi kepada sembilan jenis:

١ – الجَمْعُ

٢- وَزْنُ الفِعْلِ

٣- العَدلُ

٤- التَّأْنِيثُ

٥ – المَعْرِفَةُ

٦ – التَّرْكِيبُ

٧ – الألِفُ و النُّونُ الزَّائِدَتَانِ

٨ – العُجْمَةُ

٩ – الوَصْفُ

1.Al – Jam’u ( الجمع ) isim yang terbentuk sighah muntaha jam’u yang terbentuk dengan 2 wazan.

a) مَفَاعِلُ

Contoh: مَسَاجِدُ – كَنَائِسُ – دَفَاتِرُ

b) مَفَاعَيلُ

Contoh : مَصَابِيحُ – مَسَاحِيقُ – بَرَاهِيْنُ

  1. Wazan fi’li iaitu isim yang menggunakan wazan kata kerja

Contoh: أَحْمَدُ   – يَشْكُرُ – أَحْمَرُ

  1. Al- ‘adlu ( العَدْلُ ) iaitu perkataan yang diubah lafaznya daripada perkataan asal kepada sebutan yang lain yang tidak berubah dari segi makna yang terbahagi kepada 2 bahagian.

a) تَحْقِيقِيٌّ

Contoh:    مَثْنَى – dua-dua

ثُلَثَ – tiga-tiga

Kedua kalimat tersebut diubah dari kata asal, iaitu kalimat مَثْنَى

Diubah dari perkataan asalnya iaitu ( اِثْنَينِ اِثْنَينِ ) yang bermaksud dua-dua. Begitu juga dengan kalimah ثُلَثَ diubah dari perkataan asalnya ( ثَلاثَةُ ثَلَاثَةُ ) yang bermaksud tiga-tiga.

b) تَقْدِيرِيٌّ

Contoh: عُمَرُ – زُفَرُ

Kedua-dua perkataan di atas diubah dari perkataan yang diandaikan dengannya, perkataan عُمَرُ diubah dari perkataan yang diandaikan dengannya iaitu عَامِر , dan perkataan زُفَرُ diubah dari perkataan yang diandaikan dengannya iaitu زَافِر

  1. Isim ( التَّأْنِيثُ ) yang menunjukkan perempuan, ianya mempunyai 4 bahagian.

a) Taknis yang beralamat ta marbutah ( تاء )

Contoh: فَاطِمَةُ – طَلْحَةُ

b) Taknis kerana maknanya muannas ( المُؤَنَّثُ المَعْنَوِى)

Contoh: زَيْنَبُ – كَوثَرُ – سُعَادُ

c) Taknis yang alamatnya alif maqdurah ( ى )

Contoh : حُبْلَى

d) Taknis yang beralamatkan dengan huruf alif mamdudah

Contoh :   حَمْرَاءُ

  1. Al – Ma’rifah ( المعرفة ) isim yang terdiri dari kata nama khas atau diistilahkan ( العَلَمِيَّةُ )

Contoh : إِبْرَاهِيْمُ – إِسْحَاقُ – يَعْقُوبُ

  1. At- Tarkib ( التَّرْكِيبُ ) iaitu isim yang digabungkan dari dua perkataan.

Contoh :

Perkataan بَعْلَبَكُّ ianya berasal dari dua perkataan iaitu بَعـلٌ dan بَكُّ

Perkataan حَضَرَمَوتُ berasal dari 2 perkataan yang digabungkan iaitu حضر dan موت

  1. Alif dan nun tambahan iaitu isim yang ada huruf tambahan alif dan nun di akhir perkataan yang bukan dari kata nama duaan مثنى

Contoh:

عَطْشَانُ – عُثْمَانُ – رَمَضَانُ

عِمْرَانُ

  1. Al-u’jmah atau Al-a’jami iaitu isim yang bukan dari bahasa Arab

Contoh :

إبرَاهيْمُ – يُوسُفُ – بَغْدَادُ

آدَمُ

  1. Al – Wasfu ( للوصف )

Kata nama tersebut merupakan sifat.

Contoh : أسْوَدُ – أَرْقَمُ

Sebab terjadi isim ممنوع من الصرف akan dibincangkan kemudian.

 

Perbincangan seterusnya ialah kaedah bagaimana untuk mengenali atau untuk membezakan kalimah yang menunjukkan اِسْمٌ (kata nama) atau فِعْلٌ (kata kerja) dan حَرْفٌ (kata tugas).

Pertama kaedah mengenali اِسْم (kata nama) seperti penjelasan berikut.

الاِسْمُ يُعْرَفُ بِالخَفْضِ و التَّنْوِينِ وَ

دُخُولِ الألِفِ واللَامِ وَحُرُوفِ

الخَفْضِ ( حَرْفُ جَرٍّ ) وَحُرُوفُ

القَسَمِ وَهِيَ الوَاوُ وَالبَاءُ وَالتَّاءُ.

Kalimah اسم (kata nama) dapat dikesan atau dikenali dengan beberapa tanda atau ciri- cirinya seperti berikut:

  1. Kalimah yang baris akhirnya kasrah ( الكسرة )
  2. Kalimah yang baris akhirnya tanwin
  3. Sisipan huruf alif dan lam di awalnya
  4. Didahului oleh kata tugas (huruf jar حرف حر )
  5. Didahului oleh huruf sumpah iaitu wau ( و ) atau ba ( ب ) dan ta ( ت ) yang mengandung erti demi.

Contoh:

١. الخَفْضُ : Baris bawah disebabkan huruf jar

آكُلُ بِاليَدِ

Saya makan dengan tangan (باليَدِ), justeru kalimah yang di dalam kandungan itu berbaris bawah disebabkan oleh kata tugas sebelumnya (حفر جر ) maka kenallah kita bahawa ia kata nama (اسم )

٢. التَّنْوِينُ

سَافَرَ مُحَمَّدٌ إِلَى الكُوَيتِ

Muhammad pergi ke negara Kuwait.

Kalimah Muhammad diakhiri dengan baris tanwin, maka ia adalah kata nama ( اسم ).

٣. دُخُولُ الألِفِ واللامِ

القَاعَةُ وَاسِعَةٌ

Dewan itu luas

Perkataan القاعة disisipkan huruf alif dan lam, maka ianya menunjukkan kata nama ( اسم )

٤. الخَفضُ بالإِضافةِ

Baris bawah kerana sandaran.

سَيَّارَةُ المُدِيْرِ

Kereta pengetua

Kalimah المُدِيرِ berbaris bawah kerana disandarkan kepada kalimah سيارة, maka ianya juga menunjukkan kepada kata nama ( اسم )

٥ – حُرُوف القَسَمِ

Huruf sumpah

وَاللهِ – بِاللهِ – تاللهِ

Demi Allah.

Lafaz Al-Jalalah Allah berbaris bawah, justeru lafaz ini menunjukkan kata nama ( اسم )

Allahu a’lam.

NOTA FIQH WANITA 5 – Mac 2017

0

SOALAN & JAWAPAN

FIQH WANITA

 

SOALAN

Adakah sahih dalil dalam gambar di atas?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Hadis itu sahih.Hadis ini selalu dijadikan dalil yang orang mati boleh mendengar. Sebab itu ada ramai yang pergi mengadu dengan ahli kubur, minta dengan ahli kubur. Kita kata, mereka sudah mati, tapi ada pula yang berikan hadis ini.

Memang hadis ini sahih tapi perbuatan Nabi sekali itu sahaja. Ada banyak ghazwah dan sariyyah yang Nabi pergi dan sahabat pergi. Nabi tidak mengulangi perbuatan ini, dan para sahabat pun tidak melakukannya. Ini menunjukkan perbuatan ini adalah mukjizat untuk Nabi dan mayat-mayat itu mendengar ‘waktu’ itu sahaja. Allahu a’lam.

 

 

SOALAN

Adakah hadith memberi salam itu memang sahih?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Sahih. Itu memang sunnah. Salam adalah mendoakan mereka. Mereka tidak perlu mendengar pun. Dan kalau mereka mendengar, mereka dengar setakat salam itu sahaja. Puak penyembah kubur (kuburiyyun) hendak juga bercakap dengan wali mereka dalam kubur. Maka mereka akan keluarkan dalil yang sipi-sipi agak-agak kena.

 

 

SOALAN

Kalau kita di dalam kereta, melalui kawasan perkuburan, adakah termasuk sunnah untuk memberi salam?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Sunnah.

 

 

SOALAN

Adakah salah atau berdosa bersikap begini? Kalau ada kereta yang sengaja hendak menguji kehebatan dengan kereta kita, lalu kita bertindak memandu laju sebab rasa geram dengan pemandu tadi. Namun apabila kita memandu laju dia juga laju, apabila kita perlahan, dia juga begitu.

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ini latihan mengawal emosi. Dalam suasana yang berlainan. Ada orang yang kita nampak baik, tapi bila masuk kereta jadi hantu! Jangan jadi begitu. Orang Islam berhemah di mana sahaja. Hayati doa naik kenderaan. Ayat dari surah Zukhruf. Ayat itu memberitahu hujung perjalanan kita. Sama ada sampai ke destinasi atau mati. Buatnya kemalangan berlaku dan mati masa tu?

Memandu adalah latihan doa. Kalau ada yang membuat perangai potong kita tidak elok ke apa, doakan mereka bukannya mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada mereka.

“Allahumma’hdihim Fainnahum Laa Ya’lamun”,

Ya Allah berikan hidayah kepada mereka, sesungguhnya mereka orang-orang yang tidak faham/mengetahui.

 

 

SOALAN

Ayat yang bermula dari (subhanallazi sakhkhara lana haza wama kunna lahu muqrinin.. wainna ila rabbina lamunqalibun). Adakah ini doanya ustadz?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ya

 

 

SOALAN

Kalau kita jalan jauh dan mohon perlindungan Allah, kita baca doa ini:

“Bismillahi llazi la yadurru ma’a smihi shaiun fil-ardhi wala fis-sama’i wahuwa s-sami’u l-alim.”

Apakah boleh dibaca doa ini dahulu, kemudian baca doa naik kenderaan pula?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Nabi baca bila berhenti dekat tempat lain. Baca tiga kali selepas Subuh dan Asar. Tetapi doa ini juga umum. Boleh diamalkan pada bila-bila masa.

Naik bukit amalkan zikir Allahu Akbar. Semasa turun amalkan Subhanallah. Bila kita naik atas dan di tempat yang tinggi, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih tinggi dan lebih besar. Bila di bawah, ingatlah yang Allah bersih dari sifat-sifat kelemahan dan kerendahan. Itu sebab kita tasbih.

Ini juga mengingatkan kita bahawa kena berzikir semasa dalam perjalanan. Ingat Allah, bukan mendengar lagu. Juga mengajar kita bahawa zikir bukan kuat. Kerana hadis yang memperkatakan perkara ini, Nabi tegur sahabat sebab zikir kuat.

 

 

SOALAN

a. Adakah ini dalil dan hadis yang ustaz maksudkan?

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ

Terjemahan: Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (Surah al-A’raaf, 7: 205)

Dalam riwayat yang lain, dari Abu Musa al-‘Asya’ari:

كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في غَزَاة فجعلنا لا نصعد شَرَفًا، ولا نعلو شَرَفًا، ولا نهبط واديًا إلا رفعنا أصواتنا بالتكبير. قال: فدنا منا فقال: “يا أيها الناس، أرْبعُوا على أنفسكم؛ فإنَّكم لا تدعون أصمّ ولا غائبًا، إنما تدعون سميعًا بصيرًا، إن الذي تدعون أقربُ إلى أحدكم من عُنُق راحلته. يا عبد الله بن قيس، ألا أعلمك كلمة من كنوز الجنة؟ لا حول ولا قوة إلا بالله”

Terjemahan: Ketika kami bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam sebuah peperangan, tidaklah kami mendaki tanah tinggi, memanjat bukit, dan menuruni lembah, melainkan kami meninggikan suara ketika bertakbir. Kemudian beliau pun mendekati kami lalu bersabda:

Wahai sekalian manusia, tahanlah diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada yang pekak dan yang ghaib, sesungguhnya kamu berdoa kepada Tuhan yang Maha mendengar dan Maha melihat. Sesungguhnya Tuhan yang kamu seru itu lebih dekat kepada seseorang di antara kamu daripada leher binatang tunggangannya. Wahai ‘Abdullah Bin Qais, mahukah engkau aku ajarkan sebuah kalimah yang termasuk perbendaharaan Syurga? Iaitu ucapan “La haula walaa quwwata illaa billah” (Tidak ada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan pertolongan Allah). (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, no. 19599. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan syarat dua kitab sahih (Bukhari dan Muslim))

Maka, secara umumnya, adab dalam berzikir itu adalah dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan. Cukup dengan sekadar diri sendiri yang mendengarnya.

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Benar. Ada disebut dalam hadis ini tentang naik tempat tinggi sahaja dengan bertakbir. Ada tempat lain, bila turun, membaca tasbih. Tetapi tidak mengapa, hadis inilah yang saya maksudkan. Hadis ini penting kerana ini adalah salah satu dalil yang mengatakan kita tidak boleh zikir dengan suara yang kuat. Allah tidak pekak, Allah Maha Mendengar.

 

b. Hadis kedua mengenai zikir.

Dari sebuah hadis dari Abu Musa al-‘Asy’ari, beliau menceritakan:

رفع الناس أصواتهم بالدعاء في بعض الأسفار، فقال لهم النبي صلى الله عليه وسلم: “أيها الناس، أربعوا على أنفسكم، فإنكم لا تدعون أصمَّ ولا غائبًا؛ إن الذي تدعونه سميع قريب

Terjemahan: Ketika itu, orang ramai mengeraskan (memperkuatkan) suaranya di dalam berdoa di ketika melakukan safar (perjalanan), maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata (membantah perbuatan mereka yang mengeraskan suara dalam berdoa):

Wahai manusia, kasihanilah diri kamu. Kerana kamu sebenarnya tidak menyeru kepada yang tuli (pekak) dan yang jauh, sesungguhnya Dzat yang kamu seru adalah Maha Mendengar lagi sangat dekat. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’anil Adzim, 3/539)

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Hadis dari kejadian yang sama sahaja, tapi ada yang diringkaskan oleh perawi.

 

 

SOALAN

Adakah benar wanita mengandung ini banyak pantang larang jika pergi ke tempat kematian seperti risau apabila terkena badi anak akan menjadi pucat?

JAWAPAN

Tidak ada. Itu kepercayaan tanpa asas. Tidak ada kesan apa-apa. Kepercayaan badi itu tidak ada dalam agama Islam. Akan tetapi wanita tidak elok ke kuburan. Bukanlah sampai haram. Tapi kalau boleh elakkan.

 

 

SOALAN

Mengapa wanita tidak digalakkan ke kubur?

Bayi saya, berusia 8 bulan telah meninggal 2 minggu lepas. Saya mengikuti urusan jenazah dia hingga ke kubur. Saya melihat semua proses dari disemadikan, dia diturunkan ke liang lahad oleh ayahnya sendiri (suami saya). Memang sangat pilu perasaan sebagai seorang ibu. Tetapi saya tidak meratapi, cuma air mata sentiasa mengalir. Dan proses itu diakhiri dengan doa selamat. Tiada talqin untuk kanak-kanak.

JAWAPAN

عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ – رضى الله عنها – قَالَتْ نُهِينَا عَنِ اتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ ، وَلَمْ يُعْزَمْ عَلَيْنَا

Dari Ummu ‘Athiyah ra, ia berkata, “Kami (para wanita) dilarang mengiringi jenazah. Namun larangannya tidak terlalu keras bagi kami.”

(HR. Bukhari no. 1278 dan Muslim no. 938).

إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمَّى… فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ

Sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang telah diambil dan kepunyaan-Nya segala yang telah diberi dan bagi setiap sesuatu di sisi-Nya mempunyai tempoh yang tertentu. Bersabarlah dan harapkan pahala daripada Allah.

(Ref: Al-Bukhari 2/80, Muslim 2/636)

 

Makruh wanita pergi ke kubur. Kalau ikut salaf, percampuran antara lelaki dan perempuan itu yang perlu dielakkan. Tidak boleh raungan atau meratap. Kalau perempuan kematian suami pula, memang tidak boleh terus keluar ke kubur sebab iddah bermula sebaik sahaja suami meninggal. Allahua’lam.

 

 

SOALAN

Jika pengebumian tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, tidak mengapa, kan? Adakah dibolehkan jika melawat kubur pada hari-hari biasa selepas pengebumian itu?

JAWAPAN

Kalau dengan mahram boleh. In sha’Allah. Boleh pergi ke kubur selepas pengkebumian atau hari selepasnya. Tetapi tidak boleh meratap. Allahua’lam

 

 

SOALAN

Mohon pandangan Ustaz. Saya dijemput ke suatu Program Penyucian Jiwa melalui Asmaulhusna dan Qiam. Adakah Program Penyucian Jiwa ini boleh disertai, jika mengikut sunnah dengan al-Qur’an dan zikir?

Mungkin dalam Qiam akan ada tahajjud dan solat hajat berjemaah. Adakah benar amalan begini dengan sunnah Nabi SAW?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Tidak sunnah. Kalau asmaul husna itu mungkin mereka berzikir dengan nama-nama itu atau zikir berulang kali. Solat tahajjud memang ada, tapi tidak dilakukan berjemaah.

 

 

SOALAN

Mohon pencerahan bab khalifah hendak menggguna muwatta’ sebagai feqah negara Islam.

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ini kisahnya:

Dan pada suatu saat khalifah Abu Ja’far meminta Imam Malik menulis buku yang dapat disebarluaskan sebagai hukum negara di seluruh dunia Islam, dan akan digunakan untuk mengadili dan memerintah, siapa yang menyalahinya akan dihukum. Namun Imam Malik tidak sependapat dengan mengatakan bahwa para sahabat Nabi SAW telah tersebar di seluruh dunia Islam, khususnya di masa khalifah Umar yang biasa mengirim sahabat sebagai guru, orang sudah belajar dari sahabat tersebut dan setiap generasi juga telah belajar dari generasi sebelumnya.

Oleh kerana itu sangat mungkin dalam banyak kes terdapat lebih dari satu pilihan untuk mengamalkan ajaran Islam, akibatnya timbul berbagai-bagai pola dan kebanyakan sahabat mempunyai kedudukan yang sama. Maka jika orang mencuba mengubah dari yang sudah mereka ketahui kepada yang tidak mereka ketahui maka mereka akan menganggap itu adalah bid’ah. Dengan demikian lebih baik membiarkan setiap kota dengan pengetahuan Islamnya sebagaimana adanya. Abu Ja’far menghargai pandangan Imam Malik ini.

 

 

SOALAN

Boleh terangkan pasal ilmu tarikat, dengar kata ilmu ni boleh mendekatkan kita dengan Allah, dan lupa tentang penipuan (tipu daya) dunia, serta mendekatkan diri dengan akhirat.

JAWAPAN

Tidak disyorkan menyertai kumpulan tareqat kerana banyak kumpulan yang menyimpang hingga sukar hendak dicari mana satu yang betul. Cara hendak mendekatkan diri dengan akhirat ialah dengan mengikuti tafsir al-Qur’an.

 

 

SOALAN

Boleh terangkan mengenai illuminati @ freemason? Kenapa saya dengar ia amat memusuhi umat Islam?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ini adalah salah satu dari Conspiracy Theory. Sudah lama tidak baca pasal mereka. Dulu saya selalu baca tulisan Harun Yahya. Boleh cari tulisan beliau.

Secara ringkasnya, mereka ini adalah sambungan dari Knights Templar, iaitu mereka yang berperang dengan umat Islam zaman Perang Salib. Mereka telah jumpa kitab-kitab sihir zaman Nabi Sulaiman dan mereka beramal dengan amalan sihir dan puja Dajjal.

Allahu a’lam tentang mereka. Ulama Sunnah tidak bincang pun tentang mereka ini. Sebab itu sudah lama saya tidak baca tentang mereka.

Sikap kita dengan mereka, kalaulah mereka itu benar ada, adalah berpegang dengan Quran dan Sunnah. Sama seperti Allah ajar tentang konspirasi Yahudi – kita tidak boleh buat, cuma terus beribadat kepada Allah sahaja dan terus beramal. Dan serah hal mereka kepada Allah. Jangan sibukkan diri dengan conspiracy theory sebegini.

 

 

SOALAN

Berkenaan artikel lepas makan boleh terus solat sebab masih lagi dalam keadaan berwudhu, maknanya selama belum buat perkara yang membatalkan wudhuk, kita masih boleh solat dan pegang mushaf al-Qur’an?

JAWAPAN

Kalau wudhu masih ada, boleh terus solat. Tidak perlu ambil wudhu yang baru. Cuma makan daging unta sahaja kena ambil wudhu. Itu pun khilaf samada wajib atau sunat saja.

Hadits riwayat dari Jabir bin Samurah, bahwa ada seorang laki-laki yang bertanya kepada Nabi,

“Apakah kami harus wudhu kerana makan daging kambing?” Beliau bersabda, “Kalau kamu mau (silakan berwudhu lagi).” Laki-laki itu bertanya lagi, “Apakah kami (harus) wudhu kerana makan daging unta?” Beliau bersabda, “Ya.” Laki-laki itu bertanya, “Bolehkah salat di kandang kambing?” Beliau bersabda, “Ya boleh.” Laki-laki itu bertanya lagi, “Bolehkah shalat di kandang unta?” Nabi bersabda, “Tidak boleh.” (Ahmad, hadits no. 20287 dan Muslim, hadits no. 360)

Dari al-Bara’ bin ‘Azib berkata, “Rasulullah telah ditanya tentang wudhu kerana makan daging unta, maka beliau bersabda, ‘Berwudhulah kerananya.’” Dan ketika ditanya tentang wudhu keraena makan daging kambing, beliau bersabda, “Janganlah berwudhu kerananya.” (Ahmad Hadits no. 18067 dan Abu Dawud hadits no. 184)

 

 

SOALAN

Kenapa makan daging unta perlu ambil wudhu semula dan makan makanan yang lain tidak perlu?

JAWAPAN

Allahua’lam. Kita dengar dan taat. Makan bukan perkara yang membatalkan wudhu. Ini memang sudah maklum, kalau ada yang kata batal wudhu itu yang kena bagi dalil. Antaranya kena faham perkara-perkara yang membatalkan wudhu.

Hukum agama bertukar dari semasa ke semasa. Awal Islam, kalau makan makanan yang dimasak dengan api pun sudah kena ambil wudhu semula. Kemudian tidak perlu wudhu, cukup kumur sahaja. Dan kemudian, ada hadis Nabi tidak kumur pun. Maka ada perubahan dari situ.

Khilaf samada kalau makan daging unta itu wajib ambil wudhu semua atau sunat sahaja. Kerana ulama berbeza pendapat, kalau disuruh itu, sama ada wajib atau tidak. Ini memang bidang ulamalah, mereka tengok banyak perkara lain lagi.

Tapi, kita jarang makan daging unta kan, jadi ini perbincangan ilmu sahaja. Maka, kalau kita selepas makan, kalau boleh kumur, kita kumur, kalau tidak ada air lain waktu itu, tidak perlu kumur pun tidak mengapa.

 

 

SOALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘mashu ala al-jabirah’ dalam isu tayamum?

JAWAPAN

Maksud ‘mashu ala al-jabirah’ ialah sapu air pada balutan untuk kes anggota badan yang dibalut kerana sakit. Ini pun benda khilaf, sama ada sapu air atau tidak sapu pada bahagian itu.

Kalau dalam mazhab Syafie, kena mandi dan pada bahagian yang sakit itu, kena tayamum, tapi ini dikritik oleh ulama lain kerana ini menyusahkan.

Maka, saya cadangkan guna teknik ‘mashu ala al-jabirah’ itu. Ini pendapat majlis fatwa antarabangsa. Ini lebih tepat dengan feqah Islami.

Sebagai contoh, tangan ada balutan. Maka bahagian yang boleh kena air, kenakan air macam biasa, dan atas balutan itu, basahkan tangan dan sapu sahaja atas balutan itu.

 

 

SOALAN

Jika kita solat berimamkan suami atau anak lelaki atau mana-mana mahram lelaki, kalau kita mendapati bacaan imam adalah salah dan kita tahu ayat yang betul, apakah yang perlu kita buat?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Kalau imam salah bacaan, maka makmum wanita bertepuk tangan. Tidaklah tepuk macam tengok persembahan, tapi tepuk satu tangan atas satu lengan. Kalau makmum lelaki boleh sebut bismillah dan sebut bacaan yang betul. Tapi perempuan, tepuk sahaja. Bila sedekap, tangan kanan memang sudah diatas tangan kiri. Maka sesuai kalau tangan kanan yang tepuk lengan kiri.

Ini berdasarkan hadis:

Dari Sahl bin Sa’d radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ مَا لَكُمْ حِيْنَ نَابَكُمْ شَيْءٌ فِي الصَّلاَةِ أَخَذْتُمْ فِي التَّصْفِيْقِ، إِنَّمَا التَّصْفِيْقُ لِلنِّسَاءِ، مَنْ نَابَهُ شَيْءٌ فِي صَلاَتِهِ فَلْيَقُلْ: سُبْحَانَ اللهِ، فَإِنَّهُ لاَ يَسْمَعُهُ أَحَدٌ حِيْنَ يَقُوْلُ سُبْحَانَ اللهِ إِلاَّ الْتَفَتْ…

“Wahai manusia, kenapa jika terjadi sesuatu dalam salat kalian bertepuk tangan? Sesungguhnya bertepuk tangan adalah untuk wanita. Barangsiapa menemui kejadian dalam salatnya, hendaklah ia mengucapkan: Subhaanallah. Kerana sesungguhnya tidaklah seseorang mendengarnya ketika ia mengucap: subhaanallah melainkan ia telah berpaling.” (muttafaqun alaih)

 

Apabila imam mendengar, dia ada pilihan:

  1. Betulkan bacaan kalau dia tahu mana salah.
  2. Ubah surah lain yang dia tahu.
  3. Terus rukuk sahaja.

 

SOALAN

Apakah tindakan yang terbaik kalau semasa kita sertai solat imam sedang baca surah selepas al-Fatihah, kita perlu senyap (dengar bacaan imam) atau membaca Fatihah?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Khilaf ulama tentang bacaan fatihah makmum:

  1. Kena baca pada setiap rakaat. Mazhab Syafie.
  1. Senyap pada rakaat jahr (rakaat 1 dan 2), dan makmum pada baca rakaat sirr. Mazhab Malik
  1. Makmum tidak baca langsung, samada rakaat jahr atau sirr. Mazhab Hanafi.

Saya berpegang pada pendapat yang kalau imam sudah baca Fatihah jahr, tidak perlu baca lagi. Kerana kena dengar bacaan surah dari imam.

Ini dalil dari ayat 7:204

وَإِذا قُرِئَ القُرآنُ فَاستَمِعوا لَهُ وَأَنصِتوا

Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang

Bagaimana kita nak hayati bacaan surah kalau kita pun waktu itu baca Fatihah?

Walaupun Fatihah adalah rukun solat, tapi apabila imam sudah baca, maka itu sudah dikira memenuhi rukun solat. Bacaan Fatihah itu ditanggung oleh imam.

 

 

SOALAN

Sekiranya solat di rumah dan imam adalah suami, jika tepuk tangan kanan itu kurang didengari kerana ada telekung, bolehkah saya lafaz SubhanAllah?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Boleh kalau dia solat dengan suami. Kerana tidak menimbulkan fitnah (tidak menarik perhatian lelaki lain).

 

 

SOALAN

Sebelum ini memang saya tepuk, tapi selalunya imam tidak mendengar, mungkin perlahan sangat sebab saya tidak tahu hendak agak sekuat mana. Kalau imam itu mahram, saya tidak boleh tegur dengan suara, kecuali hanya tepuk. Kalau dengar tepuk pula, kadang-kadang imam tidak ingat ayat yang betul dan tiada makmum lain yang boleh beritahu?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Kalau jemaah yang lain adalah suami dan mahram lain, maka boleh kalau makmum wanita itu bertasbih dan betulkan bacaan imam.

 

 

SOALAN

Berkenaan bacaan surah al-Fatihah ketika solat berjemaah, bolehkah jika saya memilih pendapat untuk membaca setiap rakaat, mengikut mazhab  Imam Syafie?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Boleh. Sebagai penuntut ilmu, kita kenalah buat kajian mana yang lebih rajih. Kalau kita rasa hujah dan dalil yang diberikan oleh satu-satu mazhab itu lebih kuat, maka memang boleh berpegang. Kerana itu adalah ijtihad ulama mujtahid. Ada nilai di situ kerana mereka telah buat kajian.

Tapi kalau kita tidak memilih mana-mana pendapat, contohnya tidak pegang ijtihad Imam Syafie, tidaklah bermaksud kita hina beliau. Kita cuma rasa pendapat imam lain lebih kuat berdasarkan kajian kita.

 

 

SOALAN

Bagaimana dengan sesetengah orang, dia cuma ikut sahaja tanpa tahu hujah? Biasanya dalam bab khilaf, mesti hendak tahu yang paling sunnah.

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Imam-imam itu sendiri tidak membenarkan menggunakan pendapat mereka tanpa mengetahui manakah pegangan mereka.

Imam Abu Hanifah kata tidak halal menggunakan pendapat beliau tanpa tahu dari manakah ambilan hukumnya.

Imam Syafie kata kalau jumpa pendapat yang lebih kuat dari segi dalil, maka buanglah pendapatnya ke dinding dan gunakan pendapat yang lebih kuat itu.

Khalifah hendak jadikan Muwatta’ sebagai feqah negara Islam waktu itu, tetapi Imam Malik tidak benarkan.

Maknanya, imam mazhab pun tidak suruh taksub dengan pendapat mereka.

Kita jadi macam negeri Perlislah, tidak terikat dengan mana-mana mazhab. Senang begitu. Dan secara realiti, amalan kita di negara ini tidak tertakluk kepada satu mazhab sahaja.

 

 

SOALAN

Mohon pencerahan tentang pernyataan ini?

Surah Al-Waqiah-Surah Pembuka Rezeki

“Surah Al-Waqiah-Kunci Memperolehi dan Limpahan Rezeki Dunia dan Akhirat“. Pengisiannya yang sungguh bermakna buat mereka yang dalam kebuntuan untuk mencari limpahan rezeki.

Apakah pengisian yang terkandung dalam surah Al-Waqiah?

Dahsyatnya hari kiamat

Golongan yang bersegera, golongan kanan dan golongan kiri

Balasan bagi golongan kanan

Balasan atau azab bagi golongan kiri

Sumpah Allah atas kebenaran Al-Quran

Apakah kelebihan mengamalkan surah Al-Waqiah?

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Di antara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:

Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.

Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”

Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)

Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahnya kembali pada orang itu”. (Khazinatu l-Asrar Kubra, hal. 360)

Disebutkan dalam Khawasu l-Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah solat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al-Mufti mengatakan, bahawa hadist ini sahih.

Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

Amalkanlah surah ini terutama bagi usahawan yang ingin lebih maju dalam perniagaan. Sama-sama kita amalkan surah ini kerana surah Al-Waqiah-Surah Pembuka Rezeki

JAWAPAN

Tiada satu yang sahih tentang fadhilat surah al-Waqiah. Masyarakat kita ini suka mengaitkan ayat quran dengan rezeki, sedangkan untuk dapatkan rezeki kena berusaha dan berdoa pada Ar-Razzaq.

Contoh seperti ayat 1000 dinnar, al-Waqiah dan solat dhuha semua dibuat untuk rezeki, hendak beribadat untuk dunia saja.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

“Bacalah al-Qur’an, kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada para pembaca ahlinya ” (HR. Muslim)

Iqtikad membaca surah dalam Al-Quran sebagai pembuka rezeki adalah salah .

Surah al-Mulk dan as-Sajadah memang Nabi saw baca sebelum tidur dan boleh diamalkan. Surah-surah lain perlu dibaca sampai khatam.

JAWAPAN dari Syeikh THTL

Bila nak baca surah al-Mulk dan Sajadah dimalam hari?

Dalil:

كان النبي لا ينام حتى يقرأ * (ألم، تنزيل) * السجدة و * (تبارك الذي بيده الملك) *

“. صحيح. أخرجه الترمذي (2 / 146) والدارمي (2 / 455) وأحمد (3 / 340) وصححه الألباني.

Artinya:

“Nabi SAW tidak tidur kecuali beliau membaca Surat Alif /am Miim (As-Sajdah) dan Tabarokalladzi biyadihi l-Mulk” (Sahih lighairihi, HR Tirmidzi (2898), Ahmad (23/26), Al-Hakim (2/446), dll. Disebutkan dengan dua jalur, salah satu jalurnya ada yang shahih, hadits ini disahihkan oleh Al-Hakim, Adz-Dzahabi, Al-Arna’ut, Syeikh Al-Albani (Lihat: Silsilah Al-Ahadits As-Sahihah, karya Syeikh Al-Albani ” (no. 585)).

Bila boleh membacanya:

Sebelum tidur, Nabi tidak tidur sebelum membaca, maka ia adalah luas, tak perlu disempitkan, lepas Maghrib atau Isyak boleh asalkan sebelum tidur.

 

 

SOALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan yaumul-bidh(hari putih)? Adakah riwayat mengatakan sunnah berpuasa hari yaumul-bidh setiap bulan?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ia adalah hari 13, 14 dan 15 dari bulan Islam. Waktu itu bulan mengambang. Mungkin kerana itu dinamakan Hari Putih. Memang sahih disunatkan berpuasa pada tiga hari itu.

Rujukan 5 hadis di bawah:

Hadis 1:

وَإِنَّ بِحَسْبِكَ أَنْ تَصُومَ كُلَّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فإن لك بِكُلِّ حَسَنَةٍ عَشْرَ أَمْثَالِهَا فإن ذلك صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ

Artinya, “Sungguh, cukup bagimu berpuasa selama tiga hari dalam setiap bulan, sebab kamu akan menerima sepuluh kali lipat pada setiap kebaikan yang kau lakukan. Kerana itu, maka puasa ayyamul bidh sama dengan berpuasa setahun penuh,” (HR Bukhari-Muslim).

 

Hadis ke-2:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

أَوْصَانِى خَلِيلِى بِثَلاَثٍ لاَ أَدَعُهُنَّ حَتَّى أَمُوتَ صَوْمِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَصَلاَةِ الضُّحَى ، وَنَوْمٍ عَلَى وِتْرٍ

“Kekasihku (yaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) mewasiatkan padaku tiga nasهhat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati: 1- berpuasa tiga hari setiap bulannya, 2- mengerjakan shalat Dhuha, 3- mengerjakan shalat witir sebelum tidur.” (HR. Bukhari no. 1178)

 

Hadis ke-3:

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ

“Puasa pada tiga hari setiap bulannya adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (HR. Bukhari no. 1979)

 

Hadis ke-4:

Dari Abu Dzar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda padanya,

يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

“Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).” (HR. Tirmidzi no. 761 dan An Nasai no. 2425. Abu ‘Isa Tirmidzi mengatakan bahwa haditsnya hasan).

Memang bagus amalkan puasa ini. Ada banyak ‘level’ amalan puasa. Kalau hendak dijadikan amalan. Paling kurang lakukan puasa sebulan Ramadhan.

Kemudian ada sahabat kata dia boleh puasa lebih lagi. Maka Nabi cadangkan puasa yaumu-bidh ini. Dia kata dia sanggup lagi banyak. Maka Nabi cadangkan puasa Isnin dan Khamis. Dia kata dia sanggup lagi, maka Nabi kata bolehlah hendak puasa seperti puasa Nabi Daud – puasa selang sehari. Inilah sahaja yang paling banyak.

 

Hadis 5:

Dari ‘Abdullah bin ‘Amru radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata,

أُخْبِرَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – أَنِّى أَقُولُ وَاللَّهِ لأَصُومَنَّ النَّهَارَ وَلأَقُومَنَّ اللَّيْلَ مَا عِشْتُ . فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – « أَنْتَ الَّذِى تَقُولُ وَاللَّهِ لأَصُومَنَّ النَّهَارَ وَلأَقُومَنَّ اللَّيْلَ مَا عِشْتُ » قُلْتُ قَدْ قُلْتُهُ . قَالَ « إِنَّكَ لاَ تَسْتَطِيعُ ذَلِكَ ، فَصُمْ وَأَفْطِرْ ، وَقُمْ وَنَمْ ، وَصُمْ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ ، فَإِنَّ الْحَسَنَةَ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، وَذَلِكَ مِثْلُ صِيَامِ الدَّهْرِ » . فَقُلْتُ إِنِّى أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَالَ « فَصُمْ يَوْمًا وَأَفْطِرْ يَوْمَيْنِ » . قَالَ قُلْتُ إِنِّى أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ . قَالَ « فَصُمْ يَوْمًا وَأَفْطِرْ يَوْمًا ، وَذَلِكَ صِيَامُ دَاوُدَ ، وَهْوَ عَدْلُ الصِّيَامِ » . قُلْتُ إِنِّى أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَالَ « لاَ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ » .

Disampaikan khabar kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa aku berkata; “Demi Allah, sungguh aku akan berpuasa sepanjang hari dan sungguh aku akan salat malam sepanjang hidupku.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepadanya (‘Abdullah bin ‘Amru): “Benarkah kamu yang berkata; “Sungguh aku akan berpuasa sepanjang hari dan sungguh aku pasti akan shalat malam sepanjang hidupku?“. Ku jawab; “Demi bapa dan ibuku sebagai tebusannya, sungguh aku memang telah mengatakannya“. Maka Beliau berkata: “Sungguh kamu pasti tidak akan sanggup melaksanakannya. Akan tetapi berpuasalah dan berbukalah, salat malam dan tidurlah dan berpuasalah selama tiga hari dalam setiap bulan kerana setiap kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebaikan yang serupa dan itu seperti puasa sepanjang tahun.” Aku katakan; “Sungguh aku mampu lebih dari itu, wahai Rasulullah“. Beliau berkata: “Kalau begitu puasalah sehari dan berbukalah selama dua hari”. Aku katakan lagi: “Sungguh aku mampu yang lebih dari itu“. Beliau berkata: “Kalau begitu puasalah sehari dan berbukalah sehari, yang demikian itu adalah puasa Nabi Allah Daud ‘alaihi salam yang merupakan puasa yang paling utama“. Aku katakan lagi: “Sungguh aku mampu yang lebih dari itu“. Maka beliau bersabda: “Tidak ada puasa yang lebih utama dari itu“. (HR. Bukhari no. 3418 dan Muslim no. 1159)

 

Quran Terjemahan Harfiyyah Wa I’rab Al-Baqarah Ayat ke-16

0

بسم الله الرحمٰن الرحيم

Surah Al-Baqarah Ayat ke-16

أُلٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَلٰلَةَ بِالهُدَى

فَمَا رَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانَوا مُهْتَدِينَ

Terjemahan : Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan meninggalkan pertunjuk ,maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mendapat pertunjuk.

 

Makna Harfiah :

أولئك : Mereka itu

الذين : Orang-orang yang

اشتروا : Membeli

الضلالة : Kesesatan

بالهدى : Dengan pertunjuk

فَ : maka

مَا : tidaklah

رَبِحَتْ :   beruntung

تَجٰرَةُ : perniagaan

هُمْ : mereka

وَ :   dan

مَا : tidak

كَانُوا : (adalah mereka) kata kerja tidak sempuna yang memerlukan khabar

مُهْتَدِيْنَ :   orang-orang yang mendapat pertunjuk

I’rab:

أًلٰئِكَ الَّذينَ اشْتَرَوُا الضَّلالَةَ بِالهُدَى

أولئك : اسم إشارة مبني على الكسر في محل رفع مبتدأ أو في محل جر بدل من هم ) في( بهم

Ulaaika : Kata tunjuk dibina dengan bawah الكسر (kata nama yang kekal baris) berkedudukan rofa’ mubtadak atau berkedudukan jar kerana berkedudukan badal بدل (kata susulan) dan ganti nama هم pada بهم pada ayat 15 yang lepas.

الذين : اسم موصول مبني على الفتح في محل رفع صفة للمبتدأ

( أولئك ) أو يكون خبر (أولئك ) و يجوز أن يكون بدلا من اسم الإشارة ( أولئك ) والإعراب أن يكون خبر مبتدأمحذوف تقديره ( هم ) و الجملة الفعلية( هم الذين ) في محل رفع خبر المبتدأ( أولئك )

Allaziina : Kata penghubung ( اسم موثول ) dibina dengan baris atas ( الفتح barisnya kekal pada semua kedudukkan ) dalam susunan ayat ini ia berkedudukan rofa’ kerana menjadi sifat kepada mubtadak ( مبتدأ ) iaitu (أولئك ) atau sebagai khabar kepada (أولئك ) dan boleh juga menjadi badal (kata susulan) bagi kata tunjuk ( أولئك ) dan i’rabnya juga boleh dikatakan khabar mubtadak yang dibuang taqdirnya (هم) dan ayat fi’liah (هم الذين ) berkedudukan rofa’ kerana menjadi khabar kepada mubtadak ( أولئك ).

اشتروا : فعل ماض مبني على الفتح المقدر للتعذر على الألف المقصورة المحذوفة والواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الألف فارقة و الجملة الفعلية ( اشتروا ) صلى الموصول ( الذين ) لامحل لها من الأعراب.

Isytarowu : Kata kerja ( فعل ماض ) yang menunjukkan masa lepas dibina dengan baris atas ( الفتح ) yang hanya ditakdirkan sahaja di atas huruf alif maqsurah yang dibuang ( asalnya ( اشترى ) kerana bersambung dengan huruf waw ( و ) jamak, dan baris atas itu menggantikan alif maqsurah yang dibuang. Dan huruf waw itu ( و ) itu ialah ganti nama bersambung ( ضمير متصل ) dibina dengan baris mati ( السكون ) berkedudukan rofa’ kerana ianya fai’l ( pelaku perbuatan dalam bentuk dhomir) huruf alif di hujungnya sebagai pembeza antara huruf waw ( و ) itu sebagai ganti nama atau waw ( و ) asal yang terdapat di hujung kata kerja. Kata kerja ( الجملة الفعلية ) اشتروا adalah silafu al mausul ( penghubung kepada isim mausul yang terdapat sebelumnya )

فَمَا رَبِحَتْ تِجٰرَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

فَ : maka

مَا : tidaklah

رَبِحَتْ :   beruntung

تَجٰرَةُ   : perniagaan

هُمْ       : mereka

وَ         :   dan

مَا         : tidak

كَانُوا  : kata kerja tidak sempuna yang memerlukan khabar.

مُهْتَدِيْنَ :   mendapat pertunjuk

Makna terjemahan:

Maka tidaklah beruntung perniagaan mereka, dan tidaklah pula mereka beroleh pertunjuk.

فّ : الفاء استئنافية

Huruf fa yang ada di permulaan ayat yang membawa maksud “maka”.

مَا : نافية : huruf penafian

رَبِحَتْ : فعل ماضي مبني على الفتح و التاء تاء التأنيث الساكنة

Kata kerja yang menunjukkan masa lepas dibina (kekal baris) dengan fathah dan huruf تاء yang menandakan perempuan berbaris mati السكون.

تِجٰرَةُ : فاعل مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره .

Pelaku perbuatan فاعل yang hukum i’rabnya marfu’ مرفوع dan tanda rofa’nya رفعه berbaris depan الضمة yang jelas di akhirnya .

هُمْ : ضمير منفصل – ضمير الغائبين مبني على السكون في محل جر بالإضافة أو تكون الهاء ضمير متصلا مبنيا على الضم في محل جر بالإضافة و الميم علامة جمع الذكور .

Hum : Ganti nama yang tidak boleh bersambung dengan kalimah lain yang rujuk kepada orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati السكون dan ianya berkedudukan jar kerana sandaran الإضافة . Atau huruf هاء menjadi ganti nama yang boleh bersambung dengan kalimah lain ضمير متصل yang dibina dengan baris hadapan الضمة , ia juga berkedudukan jar kerana sandaran الإضافة , manakala huruf mim di hujungnya adalah tanda jamak untuk lelaki ramai.

و : الواو حرف عطف

Huruf waw الواو adalah huruf penghubung yang membawa makna “dan”

مَا : نافية

Ma : penafian

كَانَوا : فعل ماض ناقص مبني على الضم لاتصاله لواو الجماعة . والواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع اسم ( كَانَ ) و الألف فارقة

Kaanuu : Kata kerja tidak sempurna yang menunjukkan masa lepas dibina dengan baris hadapan الضمة kerana bersambung dengan huruf waw الواو jamak ( menunjukkan ramai ) dan huruf waw itu pula ialah ganti nama yang bersambung dengan kata kerja yang dibina dengan baris mati berkedudukan rofa’ yang menjadi isim kepada كان . Huruf alif di akhirnya ialah pembeza di antara waw yang menunjukkan ganti nama dan wau yang bukan ganti nama.

مُهْتَدِينَ : خبر ( كان ) منصوب وعلامة نصبه الياء لأنه جمع مذكر سالم و النون عوض عن التنوين في الاسم المفرد.

Muhtadein : Khabar (prediket) kepada (كان ) . Hukum i’rabnya mansub dan tanda nasabnya huruf ya الياء kerana ianya terdiri dari kalimah yang berbentuk jamak muzakkar salim. Huruf nun نون di hujungnya pengganti tanwin apabila ia berbentuk mufrad (مهتدٍ).

Allahu a’lam.

Sebaik-Baik Hari…

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِيْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ

“Sebaik-baik hari dimana matahari terbit adalah hari Jum’at. Pada hari Jum’at Adam diciptakan, pada hari itu dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari Jum’at itu juga dia dikeluarkan dari Syurga. Hari Kiamat tidaklah terjadi kecuali pada hari Jum’at.”

(HR.  Muslim No. 854).

NOTA FIQH WANITA 4 – Mac 2017

0

SOALAN & JAWAPAN

FIQH WANITA

SOALAN

Adakah salah jika seorang isteri tidak mahu mengikut kata suami untuk membelanjakan harta pusaka yang isteri perolehi?

JAWAPAN

Harta isteri adalah hak isteri. Suami tiada hak menentukan apa yang isteri hendak buat dengan hartanya.

 

 

SOALAN

Maksudnya tidak salah jika isteri tidak mahu mengikut kata suami?

JAWAPAN

Ya, melainkan kalau isteri mahu membelanjakan harta itu ke jalan maksiat, maka suami boleh menegur dan isteri wajib taat.

 

 

SOALAN

a. Ustaz, bagaimana kalau seseorang ustaz itu bukan mengikut sunnah tetapi sangat bagus dalam ilmu tajwid dan lain-lain dan adakah secara mutlak kita tidak boleh mengambil ilmu darinya sebab Nabi saw pernah bersabda, jangan duduk bersama pelaku bid’ah?

JAWAPAN

Boleh belajar tajwid jika dia pakar dalam bab itu seperti ustaz Don Daniyal.

 

b. Tetapi jika dia menambah ilmu lain bagaimana. Sebagai contoh di samping mengajar tajwid kemudian beliau mengajar tafsir Al-Quran mengikut kefahaman dia. Adakah dikira bahaya juga mengambil ilmu dari beliau? 

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ya, bahaya. Kalau dia mengajar tajwid sahaja tidak mengapa. Dalam mentafsir Al-Quran, ulama mengambil juga tafsir dari ulama muktazilah kerana kehebatan bahasa mereka. Tetapi kena tapisan dahulu, cuma takut kita tidak tahu cara hendak buat tapisan.

 

 

SOALAN

Apakah keadaan yang membolehkan seseorang itu bersembahyang sambil duduk?

Kalau kita sudah sembuh tetapi jika selalu tunduk rasa pinggang dan kaki masih tidak kuat, adakah kita patut tunggu sakit dahulu baru kita bersembahyang sambil duduk atau boleh bersembahyang sambil duduk untuk mengelakkan daripada jatuh atau pening? 

JAWAPAN 

Sakit ini ada pelbagai jenis, orang yang sakit itu sahaja yang tahu bagaimana keadaannya, sama ada mampu berdiri atau tidak mampu, sama ada duduk atas kerusi atau atas lantai atau berbaring.

Buatlah yang termampu dan terbaik bagi pesakit itu.

Contohnya, jika tidak mampu berdiri lama maka berdiri sekejap dan duduk. Jika berdiri sekejap pun tidak mampu maka terus duduk. Begitulah seterusnya.

Dalil:

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسْتَطَعْتُمْ

“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu ” (Q.S At-Taghabun 64:16)

ما أمرتكم به فأتوا منه ما استطعتم

“Apa yang aku perintahkan kepada kalian, kerjakanlah sesuai kemampuan kalian” 

(HR. Al-Bukhari 7288, Muslim 1337)

 

 

SOALAN

Mohon pencerahan, benarkah ada hadis mengenai perempuan boleh membeli-belah di syurga?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Di syurga nanti pelbagai perkara boleh dibuat. Hadis di bawah tentang seorang ahli syurga hendak bercucuk tanam dalam syurga. Dia minat menanam. Allah kata boleh sahaja. Tetapi tidaklah seperti tanam masa di dunia. Di syurga, tanam terus tumbuh jadi besar. Jadi kalau kaum Hawa hendak shopping dekat syurga, kira-kiranya memang boleh.

 

بَاب حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ حَدَّثَنَا فُلَيْحٌ حَدَّثَنَا هِلَالٌ ح و حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ حَدَّثَنَا فُلَيْحٌ عَنْ هِلَالِ بْنِ عَلِيٍّ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَوْمًا يُحَدِّثُ وَعِنْدَهُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ أَنَّ رَجُلًا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ اسْتَأْذَنَ رَبَّهُ فِي الزَّرْعِ فَقَالَ لَهُ أَلَسْتَ فِيمَا شِئْتَ قَالَ بَلَى وَلَكِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَزْرَعَ قَالَ فَبَذَرَ فَبَادَرَ الطَّرْفَ نَبَاتُهُ وَاسْتِوَاؤُهُ وَاسْتِحْصَادُهُ فَكَانَ أَمْثَالَ الْجِبَالِ فَيَقُولُ اللَّهُ دُونَكَ يَا ابْنَ آدَمَ فَإِنَّهُ لَا يُشْبِعُكَ شَيْءٌ فَقَالَ الْأَعْرَابِيُّ وَاللَّهِ لَا تَجِدُهُ إِلَّا قُرَشِيًّا أَوْ أَنْصَارِيًّا فَإِنَّهُمْ أَصْحَابُ زَرْعٍ وَأَمَّا نَحْنُ فَلَسْنَا بِأَصْحَابِ زَرْعٍ فَضَحِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan telah menceritakan kepada kami Fulaih telah menceritakan kepada kami Hilal. Dan diriwayatkan pula, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Abu ‘Amir telah menceritakan kepada kami Fulaih dari Hilal bin ‘Ali dari ‘Atha’ bin Yasar dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa pada suatu hari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berbicara dan di samping Beliau ada seorang laki-laki penduduk Badwy: “Ada seorang dari penduduk syurga meminta izin kepada Rabbnya untuk bercucuk tanam. Maka Rabbnya berkata, kepadanya: “Bukankah kamu bebas melakukan apa saja yang kamu mahu?” Orang itu berkata: “Benar, tetapi aku suka bercucuk tanam”. Beliau berkata: “Maka orang itu bersegera menanam benih sehingga tumbuh berkembang dengan sangat banyak hingga ketika menuai hasilnya sebanyak gunung. Maka Allah berfirman: “Tidak ada yang melebihi kamu wahai anak Adam”. Maka laki-laki Badwy itu berkata: “Demi Allah, tidak akan anda temui orang seperti itu selain Kaum Quraisy dan Anshar kerana mereka para petani sedangkan kami bukanlah petani”. 

Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tertawa.

 

 

SOALAN

Adakah di dalam syurga nanti tiada perasaan negatif? Semuanya positif maksud tiada perasaan cemburu, dengki dan perasaan negatif yang lain walaupun menangis kerana sedih tiada peluang dan seumpamanya? 

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Benar. Allah boleh hilangkan perasaan negatif itu.

 

 

SOALAN

a. Kita digalakkan untuk berdoa untuk mendapat syurga firdaus, malahan ia sunnah. Bagaimanakah dengan syair “taubat” (ilaahi lastu lil-firdausi ahla..) yang dikatakan daripada Imam as-Syafie rahimahullah. Difahamkan tidak salah dilagukan kerana ia bukan merupakan doa malahan ia hanya sebuah perumpamaan Imam as-Syafie rahimahullah yang berasa rendah diri kerana tidak layak memasuki syurga firdaus. Benarkah hal ini ustaz?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Tidak ada dalil yang sahih mengatakan bahawa ia adalah dari Imam as-Syafie rahimahullah. Ini bukan amalan dari Nabi saw dan para sahabat, maka bukanlah perlu diambil perhatian sangat. Orang kita sahaja yang suka.

 

b. Ada seorang ustaz memberitahu bahawa ia dari Imam As-Syafie rahimahullah

JAWAPAN

Bukan lafaz Imam As-Syafie rahimahullah. Maaf, kata-kata ustaz itu bukan dalil. ‘Kalaulah’ benar ia dari Imam as-Syafie rahimahullah pun, bolehkah kata manusia menolak hadis Nabi? Cuba cari youtube Fathul Bari tentang syair itu atau Dr Rozaimi.

 

 

SOALAN

Dalam bab jodoh, kita sedia maklum bahawa jodoh kita sudah ditentukan oleh Allah di Lauh mahfuz, namun takdir Allah mengatasi segalanya dan ia termasuk usaha kita ke arahnya. 

Apakah dalam hal ini, doa dari kawan-kawan yang ingin kita berjodoh dengan seseorang akan termasuk doa yang akan dimakbulkan Allah? 

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ya, doa boleh mengubah takdir. Lagi pun, Allah juga yang takdirkan mereka berdoa begitu.

 

 

SOALAN

Jika ramai orang bercakap kita sesuai dengannya dan akan berkahwin dengannya suatu hari nanti. Adakah hal itu tidak mustahil kerana doa rakan-rakan kita sendiri agar kita berjodohan dengan orang itu?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Kehendak manusia kalau tidak sama dengan kehendak Allah, tidak akan terjadi juga.

 

 

SOALAN

Kita hendaklah meminta langsung kepada Allah dalam hal berdoa. Namun jika kita meminta berkat kepada ummi kita contohnya sebelum pergi belajar dan mengambil peperiksaan dengan berkata “Ummi, doakan Aainaa dapat mumtaz exam ni”. Adakah itu tidak dibolehkan? Sebab kita berasakan doa ibu itu berkat dan redha ibu juga diperlukan dalam hidup kita. Bolehkah kalau kita minta ibu kita doakan yang terbaik dalam perjalanan hidup kita?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Boleh minta ibu doakan. Doa ibu berkat. Walaupun tidak minta ibu doakan, ibu akan doakan juga. Kita cakap itu hanya hendak ingatkan dia sahaja. Ibu ini hati dia ingat pada kita sahaja.

 

 

SOALAN

Mengenai isu lafaz cerai. 

Isteri mendapat tahu suami melakukan khalwat. Dalam perbincangan untuk berdamai, isteri telah mengeluarkan kata-kata yang menyebabkan suami mengeluarkan lafaz tersebut. 

‘’Isteri berkata “apa abang akan buat jika saya lakukan sama seperti abang dah lakukan?” . Suami jawab “kita kena bercerai”

Adakah ini dianggap lafaz qias dan adakah jatuh talak pada ketika itu? Bolehkah hal ini dirujuk ke pejabat agama untuk pengesahan?

JAWAPAN 

Bukan ke isteri berkata “jika dia buat”. Suami menjawab berdasarkan ‘jika’ dan perkara itu tidak berlaku. Apa yang berlaku adalah suami yang berkhalwat manakala isteri itu tidak berkhalwat. Soalannya adakah jatuh talak. 

Jadi jawapannya tidak jatuh talak kerana kenyataan suami mensyaratkan jika isteri berkhalwat maka dia akan ceraikan. Jika isteri berkhalwat maka jatuh talak.

 

 

SOALAN

a. Apakah hukumnya lelaki yang tidak pergi menunaikan solat Jumaat?  Ada riwayat mengatakan bahawa Allah menggelapkan hati orang yang tidak pergi solat Jumaat 3 kali berturut-turut. Adakah sahih riwayat tersebut? 

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq:

1. Sahih terdapat dalam Sahih Muslim yang berbunyi:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Sesungguhnya Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Siapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali kerana meremehkannya maka Allâh akan mengunci hatinya.”

Dalam menterjemah mengunci hatinya, Imam Nawawi mengatakan sama ada kunci hatinya dari kebaikan atau menjadikan orang itu munafik.

2. Hadits lain yang diriwayatkan:

Thabrani dalam al-Mu’jamul Kabîr dan dinilai hasan oleh Syaikh al-Albâni rahimahullah , Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda :

مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمنَافِقِيْنَ

Siapa yang meninggalkan tiga kali solat ـumaat tanpa uzur maka dia ditetapkan sebagai sebahagian dari kaum munafiqin

3.Dalam hadits lain yang mauqûf kepada Ibnu Abbâs Radhiyallahu anhu dijelaskan:

مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ مُتَوَالِيَاتٍ فَقَدْ نَبَذَ الإسْلاَم وَرَاءَ ظَهْرِهِ

Siapa yang meninggalkan solat jumaat 3 kali secara berurutan maka ia telah membuang Islam ke belakang punggungnya. [Hadits Mauqûf Riwayat Abu Ya’la rahimahullah dengan sanad yang sahih]

 

b. Adakah mereka ini tergolong dalam golongan orang yang munafik atau fasik?  Apakah perbezaan antara munafik dan fasik?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Hadis jelas mengatakan mereka tergolong dalam golongan munafik.

Munafik: sebenarnya kufur kerana dia berlakon sahaja sebagai orang Islam. 

Fasik: Sudah tahu hukum, tetapi tidak mahu amalkan. Maksudnya dia sengaja tidak mahu buat.

Tinggal solat fardhu lain, sudah berdosa besar, tambahan pula solat Jumaat. Ini sudah dikira teruk sangat kalau tinggal solat Jumaat. Ada orang tidak solat lima waktu, tetapi waktu Jumaat dia solat (dia solat mingguan). Jadi kalau solat Jumaat tidak dibuat, tidak tahu mereka orang jenis apa.

 

 

SOALAN

Adakah lelaki yang kita selidiki, bahawa dia meninggalkan solat fardhu dan Jumaat, patutkah kita sebagai muslimah menyenaraikan hitam dari dijadikan calon suami? Lagipun bukankah syarat pernikahan, bakal suami harus tahu tafsir dan faham hadith?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Saya ada seorang pekerja, hendak berkahwin dengan lelaki tidak solat. Saya kata jangan tetapi dia dan mak dia mahu teruskan juga perkahwinan tersebut. Suami dia sekarang sudah solat, tetapi sebelum itu terseksa jiwa dia beberapa tahun. Sudah ada anak dua baru suami mulai hendak solat. Kalau sanggup dan ambil sebagai cabaran hendak betulkan suami, boleh juga.

Nasihat saya doa yang terbaik. Mohon Allah beri kita suami yang dapat membimbing kita. 

Tentang agama ini, memang lelaki yang patut di hadapan. Dia yang kena membimbing isteri dan anak-anak dia. Isteri kalau tidak pandai agama, boleh diterima lagi, tetapi kalau lelaki tidak tahu agama, ini memang teruk. Kerana perempuan sibuk di rumah menguruskan rumah dan menjaga anak, jadi memang peluang untuk belajar kurang kalau dibandingkan dengan lelaki.

 

 

SOALAN

Adakah mimpi boleh dijadikan sandaran dalam memilih calon suami?

Sebagai contoh saya berkenalan dengan seseorang, saya berdoa kepada Allah beri saya petunjuk jika dia yang terbaik buat saya. Namun saya mendapat mimpi yang tidak baik macam kereta tayar pancit dan ditinggalkan dalam gelap. Adakah dengan mimpi sebegitu boleh dijadikan petunjuk untuk kita menjauhi lelaki itu?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ini bab istikharah. 

Solat istikharah ini dilakukan apabila ada dua pilihan yang hampir sama, tetapi kita tidak tahu mahu pilih yang mana. Maksudnya, kita dah buat penilaian dulu, buat kajian, tanya orang. Bila dah ada dua pilihan, baru kita istikharah (istikharah tidaklah menolak proses mencari yang terbaik mengikut fakta dulu). 

Baik, setelah kita meminta petunjuk Allah, ia tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Allah mungkin kuatkan hati kita dan memudahkan kita memilih salah satu dua pilihan itu. Kalau si A yang sepatutnya menjadi suami, Allah akan mudahkan laluan untuk berkahwin dengan si A itu.

Tentang tayar pancit itu, saya tidak pasti apakah takbir mimpi itu. Kena cari orang yang tahu takbir mimpi.

 

NOTA FIQH WANITA 3 – Februari 2017

0

 SOALAN & JAWAPAN

FIQH WANITA

 

SOALAN

Apakah hukum orang muslim yang bekerja sebagai perunding perkahwinan bebas (untuk muslim/non muslim)?
Jika haram, apakah surah an-nisa’ ayat 140 boleh diguna pakai dalam hal ini sebagai dalil larangan tersebut?
Mohon penjelasan panel akan hal ini, syukran..

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Saya pun setuju kalau ianya haram kerana mereka waktu itu sedang melakukan perkara dosa, iaitu berkahwin dengan cara bukan islam. Maksudnya ialah orang kafir berkahwin tidak mengikut rukun nikah. Mereka sedang melakukan maksiat, tapi kita terlibat pula dengan majlis mereka, siap menguruskan lagi. Tidak boleh begitu.

Ayat Nisa : 140 sebagai dalil.

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam,”

Sebagai contoh lagi, kalau bulan puasa, ada orang kafir yang beli makanan dengan kita. Adakah boleh jual kepada mereka? Mereka tidak puasa kan? Tapi masih haram lagi kerana mereka waktu itu sedang melanggar hukum Allah – sepatutnya berpuasa tapi mereka tidak puasa.
Allahu a’lam.

 

 

SOALAN

a. Apakah hukum kasi/mandulkan kucing?

JAWAPAN thtl al-jazani توان حسن]

Memandulkan kucing
Hanya mazhab hanafi yang membenarkan pemandulan kepada haiwan jika ia membawa manfaat kepada manusia. Mazhab lain membenarkan kepada haiwan seperti lembu dan kambing biri-biri kerana kualiti daging haiwan yang dimandulkan lebih baik dan banyak.
Fatwa saudi, syaikh ibn othaimin, membolehkan pemandulan kucing, jika bilangannya menyusahkan tuannya, asalkan ia tidak ada unsur penyiksaan kepada kucing tersebut (Fatwa Islamiah, jld 4)

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Fatwa mazhab Syafie mengharamkan pemandulan binatang yang tidak dimakan (termasuk kucing). Dalilnya dari keumuman firman Allah Taala yang mengkhabarkan perihal hasutan syaitan: “Aku akan menyuruh mereka untuk mengubah ciptaan Allah” (Surah al-Nisa’, 4:119).

b. Maksudnya khilaf, adakah yang paling baik, kucing tersebut tidak dimandulkan demi kemaslahatan kucing tersebut?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Ini ialah hal yang biasa apabila tidak ada dalil yang mantuq, dalil mafhum sahaja yang ada seperti dalam kes ini, maka adalah khilaf.
Dalil mantuq jenis macam ini: “jangan mandulkan kucing”.
Tapi selalunya dalil-dalil yang ada dalam nas, selalunya ‘mafhum’ sahaja dan bukan ‘mantuq’.

 

 

SOALAN

Apakah perbezaan antara taklid dan ittiba’,mazhab, manhaj, tareqat, ijma’, jumhur dan qaul? Mohon penjelasan,syukran.

JAWAPAN

Manhaj- ialah jalan yang lurus atau terang dalam beragama mengikut fahaman para sahabat Nabi saw.
Jumhur-majoriti/kebanyakkan ulama
Ijmak – kesepakatan para ulama berijtihad dalam mengeluarkan sesuatu hukum.
Taqlid – kita ikut saja fatwa yang dikeluarkan tanpa tahu dalil atau nas
Ittiba-kita mengikut apa yang datangnya dari Nabi saw dan para sahabat . Iaitu Al-Qur’an dan as-sunnah.
Allahu a’lam

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Qaul adalah perkataan. Macam qaul qadim Imam Syafie adalah ijtihad beliau pada awal.
Dan kemudian ada ijtihadnya bertukar dan dinamakan qaul jadid – perkataan baru.

Tareqat daripada perkataan tariq yang bermaksud jalan. Lebih kurang sama dengan mazhab – daripada zahaba yang bermaksud jalan untuk pergi. Tareqat adalah jalan untuk mencapai maksud ihsan.
Mazhab adalah jalan untuk mencapai maksud feqah.
Jadi Tareqat ini adalah amalan-amalan yang disusun oleh pengasasnya untuk capai tahap ihsan yang dikejar kejar itu.

 

 

SOALAN

Apakah yang kita perlu lakukan jika kita tidak ada masa untuk solat zuhur, asar dan maghrib? Pada waktu isyak baru ada masa lapang.

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Dalam Qur’an digunakan kalimat ‘tegakkan’ solat. Maksudnya solat yang kena tegak dulu, yang lain yang kena ikut.

Kita pun tahu perumpamaan solat adalah tiang ugama. Bayangkan rumah ada tiang seri. Kemudian ada perabot, ada meja makan, TV dan lain-lain. Kalau tiang tengah ruang tapi kita nak letak perabot tengah ruang itu, boleh tak? Tentu tidak boleh. Perabot yang kena ikut tiang, bukan sebaliknya.

Begitu juga dengan solat. Perkara lain dalam kehidupan kita kena disusun sekeliling solat. Kena beri ruang untuk solat. Bukan bila ada masa luang, baru nak solat.

 

 

SOALAN

a. Adakah benar di titian sirat ini beribu tahun juga untuk melintasinya?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq:

Orang melaluinya berlainan cara. Ada yang lama, ada yang cepat, ada yang tidak sedar pun dia dah lepas. Ada yang jalan elok, ada yang merangkak dan sebagainya,bergantung kepada amalan mereka.

b. Mohon kongsikan hadith berkaitan meniti titian sirat bergantung kepada amalan masing-masing.

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq:

Rasulullah ﷺ bersabda,

فيمر المؤمنون كطرف العين وكالبرق وكالريح وكالطير وكأجاويد الخيل والركاب فناج مسلم ومخدوش مرسل ومكدوس في نار جهنم
“Orang-orang yang beriman akan melaluinya seperti kerdipan mata, dan ada yang seperti kilat, angin, burung, kuda yang baik dan unta. Maka merekalah yang selamat dan diselamatkan. Ada juga yang dicarik-carik lalu dilepaskan dan ada pula yang terjatuh ke dalam neraka Jahannam.” (Muttafaq ‘Alaih: al-Bukhari, 22/448, no. 6886. Muslim, 1/427, no. 269)

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyimpulkan bahawa:

والصراط منصوب على متن جهنم وهو الجسر الذي بين الجنة والنار يمر الناس على قدر أعمالهم فمنهممن يمر كلمح البصر ومنهم من يمر كالبرق ومنهم من يمر كالريح ومنهم من يمر كالفرس الجواد ومنهم من يمر كركاب الإبل ومنهم من يعدو عدوا ومنهم من يمشي مشيا ومنهم من يزحف زحفا ومنهم من يخطف خطفا ويلقى في جهنم . فإن الجسر عليه كلاليب تخطف الناس بأعمالهم فمن مر على الصراط دخل الجنة فإذا عبروا عليه وقفوا على قنطرة بين الجنة والنار فيقتص لبعضهم من بعض فإذا هذبوا ونقوا أذن لهم في دخول الجنة

“Ash-Shiraath dibentangkan di atas neraka jahannam, ia adalah titian di antara syurga dan neraka. Manusia melaluinya (meniti di atasnya) bersesuaian dengan kadar amal perbuatan mereka, di antara mereka ada yang melaluiya sepantas kerdipan mata, ada yang melaluinya seperti kilat, ada yang melaluinya selaju angin, ada yang melaluinya seperti larian kuda, ada yang melaluinya seperti menunggang unta, ada yang melaluinya dengan berlari, ada yang melaluinya dengan berjalan, dan ada yang melaluinya dengan merangkak.

Di antara mereka ada yang disambar lalu dilemparkan ke dalam jahannam, kerana di titian tersebut terdapat besi pengait yang menyambar manusia bersesuaian dengan amalnya. Sesiapa yang berjaya melepasi titian siraath, dia masuk syurga. Apabila mereka telah melaluinya, maka mereka berhenti di jambatan di antara syurga dan neraka, lalu dilaksanakan qishash dari sebahagian untuk sebahagian yang lain. Apabila mereka telah disucikan dan dibersihkan, mereka diizinkan masuk syurga.”
(al-Aqidah al-Wasithiyah)

Allahua’lam

 

 

SOALAN

Jika semasa di dunia ada korbankan seekor lembu semasa hari raya Aidil Adha,adakah lembu itu akan menjadi tunggangannya di akhirat semasa meniti titian sirat? Di bawah titian itu neraka jahannam yang menjulang-julang apinya kan ustaz?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq:

Ini berdasarkan hadis yang tidak sahih. kita korbankan kerana arahan Allah dalam surah Nasr dan sebagai mengenangkan pengorbanan Nabi Ibrahim.

Dikeluarkan oleh Abdul Karim Ar Rafi’i Asy Syafi’i dalam kitab At Tadwin fii Akhbari Qazwiin (1134),

ثَنَا أَبُو مُحَمَّدٍ عَبْدُ اللَّهِ الْمَرْزُبَانُ بِقَزْوِينَ ، ثَنَا أَحْمَد بْنُ الْخَضِرِ الْمَرْزِيُّ ، ثَنَا عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ إبراهيم الْبُوشَنْجِيُّ ، ثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَكْرٍ ، ثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ ، ثَنَا يَحْيَى بْنُ عَبْيدِ اللَّهِ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اسْتَفْرِهُوا ضَحَايَاكُمْ ، فَإِنَّهَا مَطَايَاكُمْ عَلَى الصِّرَاطِ

“Abu Muhammad Abdullah Al Marzuban di Qazwin menuturkan kepadaku, Ahmad bin Al Hadr Al Marziy menuturkan kepadaku, Abdul Hamid bin Ibrahim Al Busyanji menuturkan kepadaku, Muhammad bin Bakr menuturkan kepadaku, Abdullah bin Al Mubarak menuturkan kepadaku, Yahya bin ‘Ubaidillah menuturkan kepadaku, dari ayahnya, dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

‘Perbaguslah haiwan qurban kalian, karena dia akan menjadi tunggangan kalian melewati shirath‘”

Juga dikeluarkan oleh Al Dailami dalam Musnad Al Firdaus (268).

Derajat hadits :

Riwayat ini sangat lemah, karena adanya beberapa perawi yang lemah.

Abdul Hamid bin Ibrahim Al Busyanji, dikatakan oleh Abu Zur’ah dan Abu Hatim: “ia tidak kuat hafalannya dan tidak memiliki kitab”. An Nasa’i mengatakan: “ia tidak tsiqah”. Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan: “ia shaduq, namun kitab-kitabnya hilang sehingga hafalannya menjadi buruk”. Maka Abdul Hamid bin Ibrahim bisa diambil periwayatannya jika ada mutaba’ah.
Yahya bin ‘Ubaidillah Al Qurasyi, dikatakan oleh Imam Ahmad: “munkarul hadits, ia tidak tsiqah”. An Nasa’i berkata: “matrukul hadits”. Ibnu Abi Hatim mengatakan: “dha’iful hadits, munkarul hadits, jangan menyibukkan diri dengannya”. Ibnu Hajar mengatakan: “Yahya sangat lemah”. Adz Dzahabi berkata: “para ulama menganggapnya lemah”. Sehingga Yahya bin ‘Ubaidillah ini sangat lemah atau bahkan matruk.
‘Ubaidillah bin Abdillah At Taimi, Abu Hatim berkata: “ia shalih”. Al Hakim mengatakan: “shaduq”. Imam Ahmad mengatakan: “ia tidak dikenal, dan memiliki banyak hadits munkar”. Asy Syafi’i berkata: “kami tidak mengenalnya”. Ibnu ‘Adi berkata: “hasanul hadits, haditsnya ditulis”. Ibnu Hajar berkata: “maqbul“, dan ini yang tepat insya Allah. Maka ‘Ubaidillah ini hasan hadist-nya jika ada mutaba’ah.

Bukan sahaja lemah, tapi ‘sangat lemah’.

Allahua’lam

 

 

SOALAN

Benarkah mewarnakan tangan dan kaki dengan inai adalah sunnah kepada perempuan yang telah berkahwin? Bukankah inai ini hukumnya hanya harus atau haram sahaja?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Digalakkan terutama kepada wanita yang sudah kahwin.
Inai adalah perhiasan bagi wanita bukannya untuk lelaki. Dalam sebuah hadith, diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.Anha:

أَوْمَتِ امْرَأَةٌ مِنْ وَرَاءِ سِتْرٍ بِيَدِهَا كِتَابٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَبَضَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَدَهُ فَقَالَ: ‏ مَا أَدْرِي أَيَدُ رَجُلٍ أَمْ يَدُ امْرَأَةٍ‏.‏ قَالَتْ بَلِ امْرَأَةٌ ‏.‏ قَالَ: لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً لَغَيَّرْتِ أَظْفَارَكِ.‏ يَعْنِي بِالْحِنَّاءِ.

Maksudnya: Seorang wanita memberikan isyarat dari belakang tabir bagi menunjukkan pada tangannya ada surat untuk diberikan kepada Rasulullah SAW. Maka Nabi SAW menggenggam menutup tangannya lalu berkata: “Aku tidak tahu adakah ini tangan lelaki ataupun tangan perempuan?”. Jawab perempuan tersebut: “Perempuan”. Lalu Baginda berkata: “Jikalau kamu ini perempuan, nescaya akan lakukan perubahan pada kuku-kuku kamu (iaitu dengan inai)”.

Riwayat Abu Daud (4166), al-Nasa’ie di dalam al-Kubra (9311) & Ahmad di dalam Musnadnya (26258). Al-Albaani menilainya Hasan.

b. Menurut hadith di atas, ia memang di galakkan pada wanita yang telah berkahwin. Namun tidak boleh sampai di pergelangan tangan hingga ke lengan bukan? Maksudnya memadai hanya di kuku jari tangan sahaja. Jika ia di ukir di tangan akan menyerupai tatu dan menyerupai orang hindu (dalam mengukir inai di jari mereka) – tasyabbuh.. Mohon pencerahan.

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Benar. Dibolehkan kalau pakai inai hias masa kahwin. Di arab pun buat macam itu. Kalau pakai hari-hari, sudah dikira tabarruj.

 

 

SOALAN

Bolehkan kita mengamalkan doa ini ?

اَللَّهُمَّ إنّيْ أَسْأَلُكَ الفِرْدَوْسَ أَعْلَى الجَنَّة

Allahumma innii asaluka al firdausa a’la al jannah

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Boleh. Kalimat ‎الفِرْدَوْسَ أَعْلَى bermaksud firdaus yang tertinggi. ‎أَعْلَى maksudnya tertinggi. Bukan namanya ‎أَعْلَى. ‎أَعْلَى adalah sifat kepada ‎الفِرْدَوْسَ.

“Di dalam syurga ada seratus tingkat yang Allah SWT sediakan kepada para mujahidin di jalan Allah SWT di mana antara dua tingkat itu bagaikan antara langit dan bumi.  Kalau kamu diberi peluang meminta kepada Allah SWT tentulah kamu akan meminta syurga Firdaus. Ketahuilah syurga Firdaus itu syurga terbaik, syurga tertinggi dan di bawahnya ‘Arsy Allah SWT. Dari syurga Firdaus terpancar sungai-sungai syurga”.

Hadith Riwayat al-Bukhari
Allahu a’lam

Begitulah. Ada satu syurga sahaja, tingkatan yang banyak.

 

 

SOALAN

a. Adakah kita berdosa meniru rekaan (copypaste design) pereka lain, kemudian kita buat untuk kegunaan diri kita sendiri ? Apabila sudah siap, ada yang suka dengan hasil kerja kita.
Bagi tailor memang kami akan melakukan perkara ini (copypaste designer) untuk kemahiran.

JAWAPAN dari Ustaz Azlizan Nueq

Kesatuan ulama sedunia telah mengeluarkan fatwa bahawa harta intelek ada dalam Islam. Ianya diiktiraf berdasarkan hadis. Maka tidak boleh melakukannya walaupun orang yang beli itu tahu.
Boleh rujuk jawapan Dr. Zahiruddin tentang perkara ini. Ianya antara syubhat dan haram.

b. Bagaimana kalau pelanggan hendak kita buat rekaan yang sama dan saya cuba ubah agar tidak 100% menyerupai rekaan asal ?

JAWAPAN Ustaz Azlizan Nueq

Saya tidak tahu secara pasti. Elok elakkan.

Popular

Iklan

Iklan