Utama Blog Halaman 200

TKK 99/131: Fitnah al-Ahlas (فتنة الأحلاس )

0

TKK 99: Fitnah al-Ahlas

(فتنة الأحلاس )

Ahlas adalah plural kepada Hils maksudnya fabrik pelana kenderaan, maksudnya tempat duduk kenderaan baik pelana kuda, unta atau kusyen kereta. Maka fitnah kusyen kenderaan ni maksudnya pelarian perang. Kemudian Nabi sebut perang dan pelarian (هرب وحرب ).

Ramai manusia menjadi mangsa perang dan menjadi pelarian, yang paling menyedihkan di zaman kita ialah pelarian Palestine, sekarang Syria, Iraq, Rohingya di Burma, Armenia. Saban hari kita melihat dikaca TV dan cyber keadaan pelarian di Eropah yang datang dari Syria, Iraq, Libya, Afghan kerana fitnah perang yang melanda negara-negara tersebut.

Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 12 dan 13)

0

Kaedah untuk memahami perbuatan

Rasulullah saw

(أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم)

dari kitab Usul fiqh ahli Hadith oleh

Zakariya al-Bakistani,

Dar Ibn Jauzi, KSA

 

 

Kaedah keduabelas:

Tidak ada pertentangan antara amalan-amalan Nabi saw (القاعدة الثانية عشرة : لا تعارض بين أفعال النبي صلى الله عليه وسلم)

Fiqh Ta’aarudh.

أفعال النبي صلى الله عليه وسلم المختلفة في الشيء الواحد لا تعتبر متعارضة ، وإنما دالة على مشروعية كلا الأمرين

Terjemahan:

Perbuatan-perbuatan Nabi saw dalam sesuatu perkara tidak boleh dianggap saling bertentangan, sebaliknya semua amalan tersebut adalah disyari’atkan.

 

قال شيخ الإسلام ابن تيمية كما في القواعد النورانية (86) : وأما الصلوات في الأحوال العارضة كالصلاة المكتوبة في الخوف والمرض والسفر ومثل الصلاة لدفع البلاء عند أسبابه كصلوات الآيات في الكسوف ، أو الصلاة لاستجلاب النعماء ، كصلاة الاستسقاء ، ومثل الصلاة على الجنازة ففقهاء الحديث كأحمد وغيره ، متبعون لعامة الثابت عن النبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه في هذا الباب ، فيجوزون في صلاة الخوف جميع الأنواع المحفوظة عن النبي صلى الله عليه وسلم ويجوزون جميع الأنواع الثابتة عن النبي صلى الله عليه وسلم في صلاة الكسوف

 

 

Kaedah ketigabelas

 

Fiqh pertentangan amal:

Perkataan Nabi saw diutamakan dari amalan beliau (القاعدة الثالثة عشر : إذا تعارض القول مع الفعل ولم يمكن الجمع بينهما فإن القول مقدم على الفعل)

Bahagian 1

إذا تعارض القول مع الفعل فإن الجمع بينهما هو الأولى 

Terjemahan:

Apabila berlaku pertentangan antara perkataan Nabi saw dengan perbuatan baginda dan tidak mungkin dapat dijama’ (kompromi), maka perkataan atau sabda baginda diutamakan dari perbuatan baginda saw. Sebelum mengutamakan qaul ke atas perbuatan, kaedah al-Jam’u (komporomi) diutamakan.

 

Syarah:

Apa maksud kaedah al-Jam’u?

Kaedah ini bermaksud mencari jalan tengah antara dua dalil yang saling bertentangan, dinamakan al-Jam’u atau kompromi.

Contoh:

Dalil 1: “Berilah sedekahmu kepada fakir dan miskin”

Dalil 2: “Jangan beri sedekahmu kepada fakir dan miskin”

 

Macam mana kita dapat jam’u dua kaedah yang berlawanan ini? Cara menjamaknya:

  1. Perintah suruhan memberi sedekah kepada fakir miskin ialah diberikan sedekah kepada fakir miskin yang tidak meminta-minta.
  1. Perintah larangan memberi sedekah ialah memberi kepada peminta sedekah jalanan yang sering meminta-minta. 

 

Maka cara jam’u fiqh ialah memberi kepada yang tidak meminta-minta, manakala yang sering meminta-minta di jalanan tidak boleh.

 

 

Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 11)

0

Kaedah untuk memahami perbuatan

Rasulullah saw

(أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم)

dari kitab Usul fiqh ahli Hadith oleh

Zakariya al-Bakistani,

Dar Ibn Jauzi, KSA

 

Kaedah kesebelas:

Perbuatan yang Nabi saw tinggalkan sedangkan wujud tuntutan melakukannya dan tiada halangan untuk melakukannya, indikasi sunnah meninggalkannya serta melakukannya adalah Bid’ah (القاعدة الحادية عشر : ترك النبي صلى الله عليه وسلم لفعل ما مع وجود المقتضي له وانتفاء المانع يدل على أن ترك ذلك الفعل سنة وفعله بدعة)

هذه القاعدة تعرف بالسنة التركية ، وهي قاعدة جليلة فيها سد لباب الابتداع في الدين ويشترط لهذه القاعدة شرطان هما : 

1 ـ وجود المقتضي . 2 ـ انتفاء المانع

Terjemahan:

Kaedah ini dikenali dengan takrifan “Sunah Tarkiyah” atau sunnah yang ditinggalkan ummat. Ia kaedah sunnah yang besar dan bertujuan menutup pintu bid’ah dalam agama, ada dua syarat:

i. Wujud tuntutan atau keperluan

ii. Tiada halangan melakukannya

 

Contoh: Azan untuk solat Hari raya baik Idul Fitri dan Idul Adhha.

Ianya perlu kerana menyeru manusia untuk solat, tiada halangan nabi melakukannya. Tetapi Nabi saw meninggalkannya. Maka meninggalkan azan dua hari raya adalah sunnah.

 

 

TKK 98/131: Bumi Arab Kembali Menghijau dan Mengalirnya Sungai

0

TKK 98: Bumi Arab Kembali

Menghijau dan Mengalirnya Sungai

(عودة جزيرة العرب مروجا وأنهارا )

 

Dalil hadits: Dari Abu Hurayrah ra,

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى اله عليه وسلم قال لا تقوم الساعة حتى يكثر المال ويفيض  حتى يخرج الرجل بزكاة ماله فلا يجد أحدا يقبلها منه وحتى تعود أرض العرب مروجا وأنهارا ; رواه مسلم

“Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga harta berlimpah, sehingga seseorang hendak mengeluarkan zakat hartanya tetapi ia tidak menemukan seorang pun yang menerimanya dan sehingga tanah arab kembali menjadi padang rumput dan sungai”

HR. Muslim no 157

 

Juga dari Abu Hurayrah ra,

لا تقوم الساعة حتى تعود أرض العرب مروجا وأنهارا وحتى يسير الراكب بين العراق ومكة لا يخاف إلا ضلال الطريق -أي يخاف أن يضيع الطريق- وحتى يكثر الهرج»قالوا:وما الهرج يا رسول الله ؟قال:«القتل»رواه أحمد : الراوي: أبو هريرة – خلاصة الدرجة: رجاله رجال الصحيح – المحدث: الهيثمي – المصدر: مجمع الزوائد – الصفحة أو الرقم: 7/334

“Tidak akan terjadi Kiamat sehingga bumi arab kembali hijau dan sungainya mengalir dan sehingga seorang naik kenderaan dari Iraq ke Makkah tidak takut kepada sesiapa pun kecuali sesat jalan dan banyak terjadi Haraj. Diajukan soalan apa itu al-Haraj, baginda menjawab,” ianya adalah pembunuhan besar-besaran.”

HR Ahmad, dinilai sahih oleh  al-Haithami dalam Majma’.

 

Hadith Mu’adz bin Jabal ra

قال :«يوشك يا معاذ إن طالت بك الحياة أن ترى ما ههنا قد ملى جنانا>  رواه مسلم

Ia berlaku ketika eksperisi Tabuk dan mereka mengalami masalah kekurangan bekalan air di Tabuk, lalu baginda berkata kepada Muadz, ” Ya Mu’adz, jika usiamu panjang, pasti engkau akan menyaksikan kawasan ini (Bandar Tabuk) akan berubah kepada kesuburan dan ladang-ladang pertanian yang hebat.”

HR Muslim

 

 

Syarah:

  • Kata Dr. Abdul Majid al-Zindani, asalnya tanah arab adalah kawasan paling awal dihuni, dan ketika itu ia adalah kawasan hijau dan subur. Tapi selepas ice age yang pertama, maka berlaku perubahan cuaca dan tanah arab menjadi padang pasir. Namun dengan hadith ini, jika berlaku ice age kedua, di mana kutub akan cair, tanah arab akan kembali menghijau dan sungai-sungai akan mengalir semula.

 

  • Kata Dr al-Arifi, KSA, semua maklum, 80% tanah arab adalah padang pasir yang tandus dan gersang. Maka bila Nabi mengkhabarkan ia akan kembali hijau, ia suatu yang aneh dan menakjubkan. Mengenai hadith Muaz bin Jabal di Tabuk, memang sahih Tabuk sekarang di Saudi adalah hijau dan antara kawasan pertanian utama di Saudi.

 

  • Syarah Thtl, selepas saya sendiri bekerja di Saudi beberapa tahun di bandaraya Jizan, Jizan sendiri adalah kawasan pengeluaran pertanian yang utama di Arab Saudi, antaranya pengeluar mangga dan pisang yang utama di Saudi.  Saya pernah ke ibu kota Riyadh, di mana Riyadh itu sendiri bermaksud Garden City atau Bandaraya Taman, maka wujud di sekitar Riyadh kawasan hijau yang besar dan ajaib sekali kerana ia berada di padang pasir. Jika anda ke Arafah, tempat wukuf, kawasan tersebut  juga sudah hijau. Dan dengan teknologi penyulingan air laut, Saudi ke arah mencukupi dalam pengeluaran sayur dan buahan. Manakala di Dubai dan negara teluk, teknologi hijau amat mengkagumkan, di mana terdapat pusat permainan salji terbesar di dunia di Dubai. Bayangkan, boleh main ski dan salji di padang pasir!!

Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 9 dan 10)

0

Kaedah untuk memahami

perbuatan Rasulullah saw

(أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم)

dari kitab Usul fiqh ahli Hadith

oleh Zakariya al-Bakistani,

Dar Ibn Jauzi, KSA

 

 

Kaedah kesembilan:

 

Amalan yang disukai Nabi dalam perkara-perkara Adat (jibliah) maka disukai juga kita melakukannya atas dasar kecintaan kepada baginda.

(ما استحب النبي صلى الله عليه وسلم فعله من الأمور العادية فيستحب فعله لمحبة النبي صلى الله عليه وسلم له)

 

Teks: يستحب للإنسان أن يستحب ما استحبه النبي صلى الله عليه وسلم من الأمور العادية الجبلية كاستحبابه الدباء واستحبابه الشراب الحلو البارد لما في ذلك من كمال الاتباع

Terjemahan:

Adalah disukai ke atas umat melakukan apa yang disukai oleh Nabi saw dalam perkara-perkara adat jibliyah seperti memakan sayuran dan minuman kesukaan Nabi sebagai kesempurnaan ittiba’ atau ikutan kepada baginda.

Syarah:

Memakai pakaian Nabi, warna kesukaan Nabi, memakan lauk-pauk Nabi, sayuran, minuman kegemaran beliau dan daging kesukaan Nabi adalah adat jibliyah. Maka jika seseorang ingin melakukannya, termasuk dalam galakan “kamaal al-ittiba'” atau kesempurnaan ittiba’ atau kesempurnaan ikutan. Sebagaimana manusia hari ini meniru idola mereka dalam berpakaian dan gaya.

Adat jibliyah Nabi saw ada dalam kitab seperti Syamail Muhammadiyah, Zaad al-Ma’ad, dan kitab-kitab sunan.

 

Contoh hadith Labu, Nabi sukakan sayur labu.

، قال : فرأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتتبع الدباء من حوالي القصعة ويعجبه ، قال : فلم أزل أحب الدباء من يومئذ 

أخرجه البخاري (2092) ومسلم (2041)

Dari Anas yang mengiringi Nabi saw ketika dijemput makan di sebuah rumah: Aku (Anas) melihat Nabi memandang kepada sayur labu yang dekat dengan beliau dan beliau nampak tertarik dengan sayur tersebut. Sejak itu aku mula menyukai sayur labu.” 

(HR Bukhari-Muslim) 

Fiqh hadith:

Bukan maksud makan labu itu mendapat pahala sunnah, cuma jika seseorang meminati makan labu kerana sukakan apa yang Nabi suka, maka itu tanda kesempurnaan ittiba’ dan dia mendapat pahala kerana kesempurnaan ikutannya kepada Nabi dalam semua perkara. Begitu juga memakai serban dan jubah, bukanlah ia suatu anjuran dalam agama, cuma siapa yang pakai jubah, serban petanda dia melakukan ittiba’ yang sempurna.

 

 

 

Kaedah kesepuluh: 

 

Mana-mana perbuatan Nabi yang terkeluar dari jibliyah kepada tasyri’ (menjadi sunnah syariat) kerana sering dilakukannya, maka ia digalakkan melakukannya (ما يحتمل من الأفعال خروجه من الجبليِّة إلى التشريع بمواظبته على وجه مخصوص فيستحب التأسي به فيه)

 

Text: هناك بعض الأفعال النبوية هي في الأصل أفعال جبليِّة لكن يحتمل أنها للتشريع وهي الأشياء التي واظب عليها النبي صلى الله عليه وسلم على وجه مخصوص دون أن يرغب فيهما كالاضطجاع بعد ركعتي الفجر

Terjemahan:

Di sana terdapat sebahagian perbuatan baginda [ada asalnya adalah perbuatan Jibliyah* (*amalan kerana baginda seorang manusia, berbangsa Arab. Iklim Arab Hijaz dan hidup di suatu zaman yang tertentu), namun ada kemungkinan berubah menjadi tasyri’ atau sunnah kerana sering dilakukan beliau. Antara contohnya ialah Nabi saw berbaring sekejap selepas melakukan dua rakaat sunat fajar. Amalan ini dilakukan secara konsisten.

 

Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 7 dan 8)

0

Usul Fiqh: Cara hendak memahami

perbuatan Rasulullah saw

(أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم)

dari kitab Usul fiqh ahli Hadith oleh

Zakariya al-Bakistani, Dar Ibn jauzi, KSA

 

 

 

Kaedah ketujuh:

Asal Perkara yang menjadi hasrat Nabi saw, tetapi Baginda tidak melakukannya, maka bukan hujah syara’ (الأصل أن ما همَّ به النبي صلى الله عليه وسلم ولم يفعله فإنه لا يكون حجة)

 

Penjelasan al-Syaukani rh:

قال الشوكاني في إرشاد الفحول (65) : ما همَّ به النبي صلى الله عليه وسلم ولم يفعله كما وري عنه بأنه هم بمصالحة الأحزاب بثلث ثمار المدينة .. ، والحق أنه ليس من أقسام السنة لأنه مجرد خطور شيء على البال من دون تنجيز له وليس ذلك مما آتانا الرسول ولا مما أمر الله سبحانه بالتأسي به فيه وقد يكون إخباره صلى الله عليه وسلم بما هم به للزجر كما صح عنه أنه

Ref: Irsyad al-Fuhul m/s 65

 

 

Kaedah kelapan:

 

Amalan Jibliyah Nabi saw bukanlah Ibadat atau sunnah syariat

(الفعل الجبليِّ المحض الذي ورد عن النبي صلى الله عليه وسلم لا يتقرب المكلَّف بفعله إلى الله عز وجل)

*الفعل الجبليِّ atau perbuatan Nabi saw berdasarkan sifat baginda sebagai seorang manusia atau uruf baginda dari bangsa Quraish. Kata Syaikhul Islam (قال شيخ الإسلام ابن تيمية كما في مجموع الفتاوى (1/280))

 

Rumusan:

Perbuatan jibliyah adalah perbuatan Nabi saw yang tidak dianggap ibadat yang perlu dilakukan oleh umatnya. Contoh: tempat di mana Nabi singgah dan solat ketika musafir, sahabat yang beranggapan ia sunnah ialah Ibn Umar ra, namun majoriti ulamak ahli sunnah mengatakan beramal dengan jibliyah Nabi tidak pernah dianjurkan dan diamalkan oleh Khulafa ar-Rasyidin yang empat.

 

 

 

 

 

Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 5 dan 6)

0

Usul Fiqh: Cara hendak memahami

perbuatan Rasulullah saw

(أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم)

dari kitab Usul fiqh ahli Hadith oleh

Zakariya al-Bakistani, Dar Ibn jauzi, KSA

 

 

Kaedah kelima

 

Bahagian 1

 Perbuatan (Nabi saw) semata-mata tidak menjadi dalil bahawa ia wajib ke atas umatnya (الفعل المجرد لا يدل على الوجوب)

 

Matan kaedah:

الأصل في أفعال النبي صلى الله عليه وسلم أنها ليست على الوجوب ، إلا إذا كانت بيانا لواجب من الواجبات ، فتصير تلك الصفة للفعل الوارد واجبة لأنها جاءت مبينة لكيفية الواجب

Terjemahan:

Asal kepada semua perbuatan Nabi saw tidak ada indikasi wajib, kecuali dengan jelas beliau menjelaskan perbuatan tersebut sebagai wajib, maka menjadi wajib ke atas umatnya akan amalan itu.

Syarah Ibn Hazm (w. 465H, Cordova, dalam al-Ihkam, 1:458):

ليس شيء من أفعاله عليه السلام واجباً وإنما ندبنا إلى أن نتأسى به عليه السلام فيها فقط ، وألا نتركها على معنى الرغبة عنها ، ولكن كما نترك سائر ما ندبنا إليه مما إن فعلناه أجرنا ، وإن تركناه لم نأثم ولم نؤجر 

“Tidak ada satu pun amalan Nabi saw menjadi wajib atas umatnya. Cuma, kita digalakkan sebaik mungkin beramal dengan amalan-amalan tersebut dan tidak sekali membencinya. Jika melakukannya, dapat pahala, jika meninggalkannya tidak berdosa cuma tidak meraih sebatang kebaikan atau pahala.

 

 

Bahagian 2

 

، إلا ما كان من أفعاله بيانا لأمر أو تنفيذاً لحكم فهي حينئذ فرض , فأما ما كان من أفعاله عليه السلام تنفيذاً لأمر فهو واجب فمن ذلك قوله عليه السلام : (( صلوا كما رأيتموني أصلي )) و (( خذوا عني مناسككم )) 

Kecuali amalan-amalan Nabi yang bertujuan menjelaskan sesuatu perkara atau melaksanakan sesuatu hukum, maka ia menjadi wajib. Contoh, arahan mengikuti baginda dalam bersolat: “Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku bersolat” 

(HR. Al-Bukhari no. 628, 7246 dan Muslim no. 1533)

 

Juga arahan supaya mengambil cara beliau mengerjakan manasik haji, “Ambillah daripada aku manasik haji kamu” رواه أحمد ومسلم والنسائي.

 

 

 

Kaedah keenam

 

Apa yang asalnya harus, jika Nabi tidak melakukannya bukanlah dalil bahawa ia wajib ditinggalkan

(ما أصله مباح وتركه النبي صلى الله عليه وسلم لا يدل تركه له على أنه واجب علينا تركه)

 

Nas hadith yang mendasari kaedah ini, hadith no. 9, matan arba’in an-Nawawiyah:

 

عن أبي هريرة عبدالرحمن بن صخر رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ما نهيتكم عنه فاجتنبوه وما أمرتكم به فأتوا منه ما استطعتم , فإنما أهلك الذين من قبلكم كثرة مسائلم واختلافهم على أنبيائهم

Terjemahan:

“Apa saja yang aku larang kamu melaksanakannya, hendaklah kamu jauhi dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu, maka lakukanlah menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana banyak bertanya dan menyalahi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh)” [Bukhari no. 7288, Muslim no. 1337 dari perawi akhir Abu Hurayrah ra]

 

Kesimpulan:

Secara sederhana kita dapat simpulkan bahawa fiqh adalah kesimpulan hukum yang bersifat baku dan merupakan hasil ijtihad ulama, di mana sumbernya adalah Al-Qur’an, As-Sunnah, Al-Ijma, Qiyas dan dalil-dalil lainnya.

 

🚫 JANGAN PERNAH REMEHKAN SEKECIL APAPUN KEBAIKAN

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

🚫 JANGAN PERNAH REMEHKAN SEKECIL APAPUN KEBAIKAN

🐜 Jika engkau melihat seekor semut terpeleset dan jatuh di air, maka angkat dan tolonglah ia…barangkali itu menjadi penyebab ampunan bagimu di akherat.

➰Jika engkau menjumpai batu kecil di jalan yang bisa menggangu jalannya kaum muslimin, maka singkirkanlah ia, barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalanmu menuju syurga.

🐥 Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah dari induknya, maka ambil dan susulkan ia dengan induknya, semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di surga.

🚗 Jika engkau melihat orang tua membutuhkan tumpangan, maka antarkanlah ia…barangkaliitu mejadi sebab kelapangan rezekimu di dunia.

🎓 Jika engkau bukanlah seorang yang mengusai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba’ ta’ kepada anak-anakmu, setidaknya itu menjadi amal jariyah untukmu..yang tak akan terputus pahalanya meski engkau berada di alam kuburmu.

💡 JIKA ENGKAU TIDAK BISA BERBUAT KEBAIKAN SAMA SEKALI, MAKA TAHANLAH TANGAN DAN LISANMU DARI MENYAKITI… SETIDAKNYA ITU MENJADI SEDEKAH UNTUK DIRIMU.

💬 Al-Imam Ibnul Mubarak Rahimahullah berkata,
“Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar karena niat pelakunya. Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil karena niat pelakunya”

🚫 Jangan pernah meremehkan kebaikan, bisa jadi seseorang itu masuk surga bukan karena puasa sunnahnya, bukan karena panjang shalat malamnya tapi bisa jadi karena akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda. 

💬 Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun (hanya) kamu bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum.” (HR. Muslim)

👤 Ust. Abu Abdillah Fadlan Fahamsyah حفظه الله تعالى
📎 Reshare #⃣Al-Wasathiyah wal I’tidâl
📌 URL = https://telegram.me/abusalmamuhammad

Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 3 dan 4)

0

Usul Fiqh: Cara hendak memahami

perbuatan Rasulullah saw

(أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم)

dari kitab Usul fiqh ahli Hadith oleh

Zakariya al-Bakistani, Dar Ibn jauzi, KSA

 

 

Kaedah ketiga

Bahagian 1: Perakuan Nabi saw adalah hujjah

(إقرار النبي صلى الله عليه وسلم حجة)

ما فعل بحضرة النبي صلى الله عليه وسلم وأقره يعتبر حجة ، لأن النبي صلى الله عليه وسلم لا يؤخر البيان عن وقته

Terjemahan: ” Semua perbuatan para sahabat di hadapan Nabi saw dan beliau memperakuinya dikira sebagai hujjah atau dalil syara’. Ini kerana Nabi saw tidak pernah melewatkan penjelasan daripada waktunya.”

 

Maksudnya, jika perbuatan sahabat itu diperakui oleh Nabi ketika itu, maka ia menjadi hujah kerana Nabi tidak biasa membuat komen selepas berlalunya masa kejadian.

 

Bahagian 2

قال البخاري في صحيحه ( 7355 ) : باب من رأى ترك النكير من النبي صلى الله عليه وسلم حجة لا من غير الرسول .. ثم أخرج بإسناده إلى محمد بن المنكدر قال : رأيت جابر بن عبد الله يحلف بالله أن ابن الصياد الرجال قلت : تحلف بالله ؟ قال : إني سمعت عمر يحلف على ذلك عند النبي صلى الله عليه وسلم فلم ينكره النبي صلى الله عليه وسلم . 

فهذا الحديث يدل على أن الصحابة كانوا يفهمون بأن إقرار النبي صلى الله عليه وسلم لشيء صنع أمامه يعتبر حجة

Terjemahan:

Imam Bukhari dalam sahihnya no 7355: Bab orang yang berpendapat Nabi meninggalkan teguran dan menolak akan sesuatu amalan adalah hujjah. Hadith riwayat Muhammad bin al-Munkadir, dia berkata: “Aku pernah melihat Jabir bersumpah bahawa Ibn Sayyad adalah seorang Dajjal.” Aku bertanya, “Berani tuan hamba bersumpah atas nama Allah?” Jawab Jabir, “Aku mendengar Umar al-Khattab bersumpah demikian di depan Nabi, tetapi beliau tidak menafikannya.”

 

Fiqh: Hadith ini membuktikan para sahabat memahami bahawa perakuan Nabi akan amalan sahabat yang dilakukan di hadapan beliau adalah hujjah.

 

*Ibn Sayyad adalah dukun Yahudi di Madinah, istilah dajjal berkenaan Ibn Sayyad bukanlah maksud dia dajjal yang hakiki yang akan muncul di akhir zaman. Dajjal dalam hadith Bukhari di atas hanya maksud pendusta. Ini syarah Imam Nawawi, Imam Ibnu Taymiyah dan Ibnu Katsir.

 

 

Kaedah keempat

 Apa yang berlaku di zaman Nabi saw adalah hujah meskipun Nabi tidak melihatnya.

(ما وقع في زمن النبي صلى الله عليه وسلم يعتبر حجة وإن لم يكن اطلع النبي )

 

Dalil dari hadith:

عن جابر بن عبد الله قال : كنا نعزل على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم والقرآن ينزل . أخرجه البخاري ( 5209 ) 

Terjemahan:

Dari Jabir bin Abdullah ra: sabda Nabi saw.

“Kami melakukan azl (memancarkan mani di luar faraj ketika hubungan seks) pada zaman Rasulullah saw walhal al-Qur’an sedang turun (wahyu tidak melarangnya…pen)

HR Bukhari no. 5209

فعلناه في زمن التشريع ولو كان حراماً لم نقر عليه

Jabir berkata, kami melakukan azl pada masa perundangan Islam atau tasyri’ masih berlaku. Jikalau azl itu haram, sudah tentu kami akan ditegah melakukannya. 

 

Fiqh hadith: 

Azl adalah kaedah merancang keluarga (family planning) pertama dalam Islam, iaitu kaum lelaki salaf menumpahkan mani mereka di luar rahim isteri dan hamba abdi perempuan supaya isteri mereka tidak kerap hamil. Azl adalah hujah atau dibolehkan kerana ia dilakukan di zaman Nabi dan wahyu dan sunnah tidak melarangnya.

 

 

Tuntutlah Ilmu Yang Berkesan

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

2 perkara yang perlu ada di dalam diri kita agar kita tidak menjalani kehidupan dengan kekecewaan dan stress.

Yang pertama kita jangan jadikan dunia ini matlamat/impian hidup kita kerana ia akan menyebabkan akan merasai kecewaan/stress jika kita gagal memiliki apa yang kita harapkan. Ia juga akan menyebabkan kita tidak akan pernah puas dan tak pernah cukup dengan apa yang miliki.

Yang kedua, jangan ada niat di hati kita apabila melakukan sesuatu perkara itu kerana ingin di sanjungi atau ingin mendapat pujian, nanti kita akan terseksa dengan kekecewaan jika kita gagal. Lakukan sesuatu perkara itu ikut kemampuan bukan ikut perasaan.

Yang sebenarnya apa-apa yang kita lakukan hendaklah kita niat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT kerana sesuatu yang kaya, terhebat, kekal itu HANYA ada pada Allah SWT maka dengan bersandarnya kita kepada Allah, kita akan tenteram dan redha.

Akibat sekiranya kita meletakkan matlamat hidup kepada dunia dan sanjungan maka kita akan dibebani rasa kecewa/stress bila kita tak dapat capai kejayaan seperti apa yang kita harapkan, putus asa, down, malu berhadap dengan orang lain. Contohnya jika kita belajar,sekiranya niat/target kita belajar itu nak kejar A sebab nak tunjukkan kepada orang lain kita hebat maka jika tak dapat A kita akan rasa tension, kecewa & stress. Pernah ada kes anak-anak yang bunuh diri kerana tak sanggup nak tunjukan resultnya yang gagal kepada orang tuanya.

Ingatlah apabila kita belajar ILMU, sebagai seorang student, yang penting ilmu yang kita pelajari itu kita faham, kita amal dan kita sampaikan dengan ikhlas. Jika kita belajar Ilmu sebab nak dapat kecemerlangan result, maka ia tidak dapat memberi kesan dalam hidup kita serta tidak memberi tarikan kepada orang yang kita hendak sampaikan kerana keberkesanan ilmu yang kita sampai kepada orang lain itu terkesan dari keikhlasan kita untuk mencari redha Allah SWT. Tidak salah atas kecemerlangan tetapi itu bukan matlamat utama tetapi ia adalah bonus, kesan dari penghayatan serta usaha yang sungguh-sungguh untuk memahami bukan untuk mencapat target.

Begitulah halnya dengan hal-hal yang lain termasuk pekerjaan dan sebagainya.

Kita tidak melihat kisah-kisah Nabi s.aw. & para sahabat menyebabkan kita tidak ada motivasi diri dan menjadikan orang kafir itu sebagai panduan sedangkan kejayaan dan kemewahan yang mereka miliki adalah Syurga mereka yang sementara di dunia. Cuba kita lihat kisah sirah ,apakah yang Nabi s.a.w , Umar serta Abu Bakar tinggalkan? apakah mereka ada meninggalkan kemewahan? Tentu tidak. Hakikatnya mereka telah mengakhiri serta melakar sejarah hidup mereka kerana memperjuangkan Agama Allah dengan TAQWA mereka yang benar.

-FB USTAZ MUHAMAD RIZAL JOHARI-

Popular

Iklan

Iklan