Utama Blog Halaman 195

TKK 105-106: Perang Mega melawan Rome; Penaklukan Kota Istanbul (Bahagian 1 dan 2)

0

TKK 105-106: Perang Mega

melawan Rome; Penaklukan Kota

Istanbul (الملحمة الكبرى بين المسلمين والروم -فتح القسطنطينية )

 

Rome bukanlah Italia, bila Nabi saw menyebut Rome, maksudnya dalam konteks hari ini ialah Barat kerana ia tamadun Rome, bahkan gereja juga berpusat di Itali, Vatican City.  Banyak perang terjadi antara Barat dengan Islam, tapi sebelum Kiamat, akan terjadi Malhamah al-kubro atau Armageddon atau perang Muktamad antara Barat dan Islam.

Dalil hadith:

Bahagian 1: Hadith Mu’adz ra

فعن معاذ بن جبل رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«عمران بيت المقدس خراب يثرب وخراب يثرب خروج الملحمة وخروج الملحمة فتح القسطنطينية وفتح القسطنطينية خروج الدجال> الحديث رواه ابن أبي شيبة ( 7 / 491 ) وأحمد ( 5 / 245 ) وأبو داود ( 4294 ) وعلي بن الجعد في مسنده ( ص 489 ) والحديث ضعفه الشيخ شعيب الأرناؤط في تحقيقه لمسند أحمد ( 36 / 352 ) . وقد حسنه الشيخُ الألباني رحمه الله في صحيح سنن أبي داود

“Kemakmuran Baitul Maqdis akan diiringi musnahnya Yatsrib. Kemusnahan Yatsrib akan diiringi meletusnya Al Malhamah (perang akhir zaman/ armageddon), dan Al Malhamah diiringi dengan penaklukan Konstantinopel, dan penaklukan Konstantinopel akan diiringi dengan keluarnya Dajjal.

(HR Ahmad, Abu daud, dinilah dha’if oleh Syaikh Syu’aib dan dinilai hasan oleh al-Albani.)

Isu palestine.

Memang dituntut kalau kita ada kuasa. Dalam sejarah Islam, kita pernah hilang dua kali. Perang Salib pertama, umat Islam kehilangan dan dapat balik melalui Salahuddin al-Ayyubi. Kalau tiada kuasa, memang tidak diizinkan jihad sebab ia akan memudaratkan umat Islam di sekitarnya.
Baitul Maqdis hanya aman jika di bawah pentadbiran Islam, sebab kita tidak menghalang penganut Yahudi dan Kristian datang ke tanah suci yang sama. Cuma bila di bawah kuasa Israel, mereka benarkan Kristian beribadat di tanah suci, manakala umat Islam mereka tidak benarkan.

 

 

Bahagian dua:

Hadith kedua: Dari Dzu Mihbar

عن ذي مخبر رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ستصالحون الروم صلحا آمنا فتغزون أنتم وهم عدوا من ورائكم فتنصرون وتغنمون وتسلمون ثم ترجعون حتى تنزلوا بمرج ذي تلول فيرفع رجل من أهل النصرانية الصليب فيقول غلب الصليب فيغضب رجل من المسلمين فيدقه فعند ذلك تغدر الروم وتجمع للملحمة

Dari Dzu Mihbar, seorang laki-laki dari kalangan sahabat Rasulullah saw, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : “Kalian pasti akan melakukan perdamaian dengan Romawi dengan aman. Kalian bersama mereka akan memerangi satu musuh dikemudian hari. Kemudian kalian akan ditolong dan berhasil mendapatkan ghanimah (memenangkan pertempuran) serta selamat. Kemudian kalian kembali pulang hingga kalian singgah di sebuah daerah yang tinggi. Tiba-tiba seorang laki-laki dari kaum Nasrani mengangkat salib seraya berkata : “Telah menang salib”. Hingga marahlah seorang dari kaum muslimin dan mendorongnya. Maka ketika itu mulailah tentera Romawi berkhianat serta menyiapkan pasukannya untuk pertempuran besar”

[HR. Abu Dawud no. 4292; al-Albani,  Sahih Sunan Abi Dawud no. 2767].

 

Turunnya Jesus:

وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ، لَيُوْشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيْكُمُ ابْنُ مَرْيَمَ عَليهِ السَّلام حَكَمًا عَدْلاً، فَيَكْسِرَ الصَّلِيْبَ، وَيَقْتُلَ الْخِنْزِيْرَ، وَيَضَعَ الْجِزْيَةَ، وَيَفِيْضَ الْمَالُ حَتَّى لاَ يَقْبَلَهُ أَحَدٌ.

“Dan demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, sudah dekat saatnya di mana akan turun pada kalian (‘Isa) Ibnu Maryam Alaihissallam sebagai hakim yang adil. Dia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menghapus jizyah (upeti/pajak), dan akan melimpah ruah harta benda, hingga tidak ada seorang pun yang mahu menerimanya.”

HR Bukhari Muslim

 

Tiga isu utama dalam ajaran Bible yang diselewengkan ialah:

1. Keramatnya salib, salib bukan benda keramat, contohnya Dracula takut kepada salib (cross).

2. Babi halal dan makanan utama di Barat, ini penyelewengan utama Bible.

3. Jizyah atau cukai (tax), Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Kerajaan Barat memang mengenakan pelbagai cukai (tax) kepada manusia, antaranya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), cukai persendirian (personal tax) yang membebankan rakyat.

TKK 103/131: Bulan Sabit Mengalami Pembesaran

0

TKK 103: Bulan sabit mengalami

Pembesaran ( انتفاخ الأهلة)

 

Hadith:

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«من اقتراب الساعة انتفاخ الأهلة وأن يرى الهلال لليلة فيقال لليلتين>

رواة الطبراني : وصححه المحدث الألباني في “صحيح الجامع” (5898)، وصححه في “السلسلة الصحيحة” (2292)

Dari Abu Hurairah ra,

“Di antara tanda dekatnya Kiamat, bulan akan membesar luarbiasa; ukuran anak bulan seperti untuk dua malam.”

(HR Tabrani, disahihkan oleh al-Albani)

 

Maksudnya, anak bulan yang terbit di awal bulan. Biasanya, ia kecil dan membesar secara bertahap sampai mengambang pada 15 hb.

 

Berkata Dr. al-Areefi,

Antara tanda Kiamat kelak, yakni masih belum berlaku ialah anak bulan akan membesar secara mendadak.Tamat

Hadis 55: Al-Qamis Serta Perbezaan Al-Mu’min Dan Mu’min

0

Panel: Ustaz ADÖULINÉ Lacharouphe

55- حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ مُوسَى، عَنْ عَبْدِ الْمُؤْمِنِ بْنِ خَالِدٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، قَالَتْ: كَانَ أَحَبَّ الثِّيَابِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقَمِيصُ.

55- Telah bercerita kepada kami `Aliy bin Hujr, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Al-Fadhl bin Musa, daripada `Abdi l-Mu’min bin Khalid, daripada `Abdi Llah bin Buraydah, daripada Ummi Salamah, dia berkata: Pakaian yang paling disukaï Rasulu Llah ialah al-qamis.

Syarah Adou_Fr:

Di dalam hadis ini, terdapat dua nama rawi iaitu `Abdu l-Mu’min dan `Abdu Llah. Kedua-dua nama mempunyaï pangkal `Abdu dan satu digandingkan dengan Al-Mu’min dan satu digandingkan dengan Allah.

Untuk orang biasa, kalimah “al-mu’min” biasa didengar dalam bentuk sebagaimana hadis Al-Bukhariy, Nabi berkata:

لاَ يَزْنِي الْعَبْدُ حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَشْرَبُ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَقْتُلُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ

«Tidak akan berzina seorang hamba ketika dia berzina dalam keadaan dia mu’min, dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri dalam keadaan dia mu’min, dan tidak minum ketika dia minum dalam keadaan dia mu’min, dan tidak akan membunuh dalam keadaan dia mu’min»

Walau bagaimanapun, “mu’min” dalam hadis Al-Bukhariy di atas yang bermaksud “orang yang beriman” adalah tidak sama dengan “al-Mu’min” dalam nama `Abdu l-Mu’min. Ini kerana walaupun ejaan dan sebutan perkataan ini adalah sama, tetapi ia merujuk kepada dua entiti yang berlainan sama sekali.

Perkataan “mu’min” dalam hadis Al-Bukhariy merujuk kepada hamba, yang percaya kepada Allah Sang Pencipta, sedangkan kalimah “al-Mu’min” bermakna Allah, yang selamat hamba ciptaan-Nya daripada Dia menzalimi mereka.

Justeru, nama `Abdu l-Mu’min tidaklah bermaksud “hamba kepada orang yang beriman”, sebaliknya ia bermakna “hamba kepada Allah” dan ini samalah dengan nama `Abdu Llah. Haruslah diketahuï bahawa Al-Mu’min ialah salah satu daripada nama-nama Allah, iaitu Al-Asma’u l-Husna.

Hadis kelima puluh lima ini adalah sama dengan hadis kelima puluh empat. Matannya sama, dan perawi tertingginya ialah Ummu Salamah, seterusnya `Abdu Llah bin Buraydah, dan seterusnya `Abdu l-Mu’min. Daripada `Abdi l-Mu’min, ia diriwayatkan oleh:

Al-Fadhl bin Musa (hadis 54 dan 55)
Abu Tumaylah (hadis 54)
Zayd bin Hubab (hadis 54)

Daripada tiga orang ini, perawi berikutnya ialah:

Muhammad bin Humayd (hadis 54)
`Aliy bin Hujr (hadis 55)

Dan mereka berdua ialah guru-guru Imam At-Tirmizi yang menulis kitab Asy-Syama’il ini.

Sangat menghairankan tentang bagaimana Imam At-Tirmizi mengulang hadis yang mempunyaï matan yang sama, dengan susunan isnad yang sedikit berlainan. Ketahuïlah bahawa hal ini biasa dilakukan oleh para Imam dalam bidang hadis, dan ia menunjukkan keluasan sumber mereka mengambil ilmu.

*******
*******
*******

.

MUHASABAH: BALA yang DISEDARI dan BALA yang TIDAK DISEDARI

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian
Daripada FB Mohd Roesfan Sazzerin

العقاب المحسوس وغير المحسوس

BALA yang DISEDARI dan BALA yang TIDAK DISEDARI

قال أحد الطلاب لشيخه: “كم نعصي الله ولا يعاقبنا”.

Seorang pelajar bertanya kepada gurunya ” mengapakah apabila kita banyak melakukan MAKSIAT terhadap Allah, tetapi Allah tidak menimpakan BALANya ke atas kita dengan SEGERA?”

فرد عليه الشيخ: “كم يعاقبك الله وأنت لا تدري”.!

Gurunya menjawab “Allah telah menimpakan BALANya, tetapi engkau yang tidak MENYEDARINYA.!”.

ألم يسلبك حلاوة مناجاته ..!!
وما ابتلي أحد بمصيبة أعظم عليه من [قسوة قلبه].

“Bukankah Allah telah mencabut perasaan indah bermunajat denganNya dari hatimu…!!
Tiada BALA yang lebih BERAT ditimpakan ke atas seseorang dengan penyakit “HATI YANG KERAS”.

إن أعظم عقاب يمكن أن تلقاه هو قلة التوفيق إلى أعمال الخير .

Sesungguhnya seberat-berat bala yang akan ditimpakan ke atasmu ialah Allah akan menyempitkan laluanmu ke arah jalan kebaikan.

ألم تمر عليك الأيام دون قراءة للقرآن ؟!

Bukankah telah berlaku ke atas dirimu engkau tidak membaca Quran selama beberapa hari?

بل ربما تسمع قوله تعالى: {لو أنزلنا هذا القرآن على جبل لرأيته خاشعاً متصدعاً من خشية الله} .. وأنت لا تتأثر كأنك لم تسمعها ..!!!

Bahkan mungkin engkau mendengar firmanNya yang berbunyi “kalau Kami turunkan Al-Quran ini ke atas gunung nescaya engkau akan melihatnya khusyuk dan hancur luluh kerana takutkan Allah” Al-Hasyar : 21.

Engkau mendengar ayat ini tetapi engkau tidak merasa apa-apa…!!!

ألم تمر عليك الليالي الطوال وأنت محروم من [القيام] ..؟!

Bukankah berlalu beberapa malam tetapi engkau terhalang daripada bangun [qiyamullail] ?

ألم تمر عليك مواسم الخير: رمضان .. ست شوال .. عشر ذي الحجة . ولم تُوفق إلى استغلالها كما ينبغي ..

Bukankah berlalu peluang-peluang kebaikan seperti: Ramadhan, Enam Syawwal, Sepuluh Zulhijjah. Sedangkan engkau tidak dipermudahkan untuk mengambil peluang-peluang tersebut dengan sewajarnya…..

أي عقاب أكثر من هذا

Adakah BALA yang lebih BERAT dan SEGERA dari semua ini?

ألا تحس بثقل الطاعات ؟

Bukankah engkau merasa berat apabila mahu melakukan ketaatan?

ألم يُمسِك لسانك عن ذكره تعالى؟

Bukankah lidahmu ditahan daripada mengingatiNya?

ألا تحس بضعف أمام الهوى والشهوات ؟

Bukankah engkau merasa lemah pabila berhadapan dengan bisikan hawa nafsu dan syahwat?

ألم تبتلى بحب المال والجاه والشهرة ؟

Bukankah engkau telah ditimpakan dengan cintakan harta, pangkat dan perasaan ingin popular?

أي عقاب أكثر من ذلك ..

Adakah bala yang lebih BERAT dan SEGERA daripada ini semua?

ألم تسهل عليك الغيبة والنميمة والكذب؟!

Bukankah dipermudahkan bagimu untuk mengumpat, mengadu domba dan berkata dusta?!

ألم يشغلك الفضول بالتدخل فيما لا يعنيك؟!

Bukankah engkau disibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia tiada kaitan dengan dirimu?!

ألم يُنسِك الآخرة ويجعل الدنيا أكبر همك؟!

Bukankah engkau telah dilupakan tentang akhirat dan segala tumpuanmu dihalakan kepada hal keduniaan?

هذا الخذلان ما هو إلا صور من عقاب الله .

Semua kehinaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bentuk-bentuk bala yang Allah timpakan ke atas dirimu.

إحذر يا بني فإن أهون عقاب لله : ” ما كان محسوساً” في المال أو الولد أو الصحة .

Berhati-hatilah wahai anakku, kerana BALA yang paling RINGAN yang Allah timpakan: “BALA yang boleh DISEDARI seperti bala yang ditimpakan ke atas harta, anak pinak dan kesihatan.

وأن أعظم عقاب “ما كان غير محسوس”في القلب” .

Dan sesungguhnya seBERAT-BERAT bala yang ditimpakan ke atas hamba adalah “BALA yang tidak DISEDARI iaitu “BALA di dalam HATI”

فاسأل الله العافية واستغفر لذنبك.

Mohonlah keampunan dan kesejahteraan dari Allah dan beristighfarlah atas dosa-dosamu.

TKK 104/131: Manusia semuanya Menuju ke Syria

0

TKK 104:  Manusia Semuanya Menuju ke Syria

(مجيء زمان لا يبقى أحد إلا لحق بالشام)

 

Dalil Hadith

Hadith (فقد اخرج أحمد والترمذي عن شعبة عن معاوية بن قرة عن أبيه)

إذا فسد أهل الشام فلا خير فيكم لا تزال طائفة من أمتي منصورين لا يضرهم من خذلهم حتى تقوم الساعة ; رواه الترمذي من حديث معاوية بن قرة عن أبيه وقال الترمذي حديث حسن صحيح

“Jika penduduk Syam rosak agamanya maka tidak tersisa kebaikan di tengah kalian. Akan selalu ada satu kelompok dari umatku yang dimenangkan oleh Allah, tidak tergugat oleh orang yang cuba memudaratkan mereka hingga datang hari Kiamat.”

(Shahih, HR Tirmidzi (2192), beliau berkata: Hadits Hasan Shahih, dishahihkan oleh Syeikh Al-Albani)

Syarah:

Kata Dr. Abdul Rahman al-Areefi, KSA:

Syam adalah negara Syria dan sekitarnya Palestine, Jordan dan Lebanon. Syam akan menjadi salah satu pusat berhimpunnya manusia di akhir zaman. Bila akhir zaman, Nabi saw memberi indikasi, salah satu tempat yang bagus untuk berhijrah ialah Syria dan sekitarnya.

Hadith Abu Darda’:

فعن أبي الدرداء رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«إن فسطاط المسلمين يوم الملحمة بالغوطة إلى جانب مدينة يقال لها دمشق من خير مدائن الشام> رواه أحمد وأبو داود في السنن وصححه الألباني في صحيح أبي داود

Terj: “Sesungguhnya negeri berkumpulnya kaum muslimin tatkala banyak fitnah terjadi ada pada tanah rendah disisi Madinah yang disebut negeri Damsyiq, di sanalah kota terbaik dari kota-kota di Syam”.

HR Ahmad 39/412 no: 23985. Abu Dawud no: 4298. Di sahihkan oleh Albani.

Syarah Dr. al-Areefi:

Syam akan menjadi tempat berkumpul manusia di mana akan terjadi perang yang besar atau al-malhamah. Perang ini berlaku di akhir zaman, ketika al-Mahdi dan Isa al-Masih. Maka untuk bersama al-Mahdi dan Isa, maka Nabi saw menyarankan umat Islam kalau boleh hendaklah datang ke Syam pada ketika itu.

عن بهز بن حكيم عن أبيه عن جده قال :قلت يا رسول الله أين تأمرني؟قال :«ها هنا»ونحا بيده نحو الشام; رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح وصححه الحاكم

Hadits Bahz bin Hakiim dari datuknya, dia bertanya Nabi saw , Ya Rasulullah saw , daerah manakah  yang dikau perintahkan kami berhijrah (ketika fitnah yang besar nanti), ” Jawab Nabi saw,’ daerah sana, sambil menunjukkan ke arah Syam.
Kata Bahz, ketika Kiamat semakin hampir, majoriti umat Islam akan pergi ke Syam.

HR Termidzi dan Hakim, mereka mensahihkannya.

Penutup:

عن عبد اله بن عمرو رضي الله عنه قاليأت زمان لا يبقى فيه مؤمن إلا لحق بالشام)) رواه أبن أبي شيبه موقوفا

Dari Abdullah bin Amru ra, katanya, akan tiba satu masa, di mana kaum mukmin semuanya akan berkumpul di Syria.”

HR Ibn Abi syaibah, katanya mauquf kepada Abdullah bin Amru.

Tamat

Ciri-ciri jamaah terbaik yang ditekankan di dalam al-Quran?

0

 

Soal Jawab bersama panelis,

Tuan Hasan Tuan Lah

 

Soalan

Ustaz, di Malaysia ini ada banyak jamaah, boleh saya dapatkan pencerahan ciri-ciri jamaah terbaik yang ditekankan di dalam al-Quran?

Jawapan

  • Ciri utama:
  • Golongan yang sedikit dan asing di akhir zaman.

Dalil:

بدأ الإسلام غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء

“Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing”

(Muslim no: 208)

 

  • Ciri kedua:
  • Melakukan islah atau perbaikan.

Dalil:

قيل يا رسول الله ومن الغرباء؟ فقال: الذين يصلحون إذا فسد الناس

Rasulullah saw ditanya “Wahai Rasulullah siapa yang asing itu (al-Ghuraba)?” Rasulullah bersabda: ”Iaitu orang-orang yang mengadakan perbaikan di tengah manusia yang berbuat kerosakan”.

(Ahmad, Sahih al-Jaami’ no: 7368)

 

  • Ciri ketiga:
  • Membaiki sunnah dari ahli bid’ah.

Dalil:

هم الذين يصلحون ما أفسد الناس من سنتي

“Mereka adalah orang-orang yang memperbaiki sunnahku yang dirosakkan manusia”.

(Tarmizi no:2630, hasan sahih)

TKK 101/131: Fitnah ad-Duhaima’ (فتنة الدهيماء)

0

TKK 101: Fitnah ad-Duhaima’

(فتنة الدهيماء)

Ia bermaksud jerebu kegelapan politik yang menguasai umat Islam, kelam dan pekat. Bayangkan jerebu yang melanda Malaysia yang mana bila indeksnya tidak sihat, maka sekolah ditutup dan mendatangkan pelbagai musibah dan penyakit.

Maka jerebu duhaima’, ialah kegelapan yang menimpa umat Islam di mana mereka akhirnya akan berpecah  kepada dua golongan sebelum munculnya Dajjal, yakni yang beriman murni dan kaum munafik yang bekerjasama dengan Polis dunia dalam memerangi keganasan. Bila umat Islam jelas telah terbelah dua, maka ketika itulah kemuncak kekelaman dan jerebu politik dan akan munculnya Dajjal.

Ref:
1. Dr al-Arifi, Nihayah al-Alam, 145
2. Aun al-Maabud, 11:311 syarah sunan Abu Daud
3. Ibn Atsir, Jami’ al-Usyool, 10: 25

TKK 102/131: Akan tiba Suatu Masa Sujud (Solat) lebih bermakna dari Dunia

0

TKK 102: Akan tiba  Suatu Masa

Sujud (Solat) lebih bermakna dari

Dunia (مجيء زمان السجدة فيه تعدل الدنيا وما فيها )

 

Dalil hadith:

Dari Abu Hurayra ra:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«والذي نفسي بيده ليوشكن أن ينزل فيكم ابن مريم حكما عدلا فيكسر الصليب ويقتل الخنزير ويضع الجزية ويفيض المال حتى لا يقبله أحد حتى تكون السجدة الواحدة خيرا من الدنيا وما فيها»

ثم قال أبو هريرة واقرءوا إن شئتم ((وإن من أهل الكتاب إلا ليؤمنن به قبل موته ويوم القيامة يكون عليهم شهيدا) رواه البخاري ومسلم

Terj:
Rasulullah saw bersabda : “demi yang jiwaku ditangan-Nya sungguh hampir saja turun kepada kalian Isa bin Maryam sebagai Hakim yang Adil, Dia mematahkan salib, dan membunuh babi, dan tidak menerima  Jizyah, harta kelak melimpah ruah namun tidak ada seorangpun yang mahu menerimanya, sehingga satu sujud lebih baik dari dunia seisinya, kemudian Abu Hurairah berkata : jika kalian mahu bacalah ayat Allah :

(( Tidak seorangpun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya sebelum kematiannya, dan di hari kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka) anNisaa’: 195).

(HR Bukhori dan Muslim )

 

 

Syarah Dr Al-Areefi, Ia belum belum berlaku lagi kerana ia bakal terjadi ketika turunnya Isa al-Masih AS di akhir zaman. Pahala ibadat di zaman Jesus adalah banyak fadilatnya hatta satu sujud di masa Isa amatlah tinggi nilainya hingga manusia lebih rela solat dari berebut harta benda.

 

Kata al-Qadhi Iyadh dalam syarah sahih Muslim oleh Imam Nawawi (شرح مسلم للنووي (2191)), sujud pada masa itu lebih berharga dari dunia seisinya ialah pada masa tersebut, manusia lebih banyak beribadat, menyibukkan diri dengan ibadat kerana manusia semua sudah tahu Kiamat amat hampir, maka mereka tidak lagi memerlukan harta lagi.

Syarah hadith no 2191 oleh Imam Nawawi.

TKK 100/131: Fitnah al-Sarra’ (فتنة السراء )

0

TKK 100: Fitnah al-Sarra’

(فتنة السراء )

 

 

Fitnah enjoy atau keseronokan yang bermula asalnya dari Ahlil Bayt atau Habeeb. Sampai mereka menari, menyanyi memuja Nabi saw melalui aliran dan gerakan Ahlil Bayt, membuat umat menjadi khayal, satu Indonesia bertasbih, satu Malaysia berselawat, satu Indon berzikir. Fenomena Ahlil Bayt atau Habeeb ini dinamakan fitnah as-sarra’, enjoy dan bermudah dalam agama.

Nabi saw menolak status Ahlil Bayt kepada mana-mana Ahlil Bayt yang menyesatkan manusia,

sebagaimana firman Allah:
إن ابني من أهلي)
Nuh berkata, ” sesungguhnya anak ku itu dari ahli baiitku” Hud: 45,

lalu Allah jawab:
(إنه ليس من أهلك أنه عمل غير صالح )
“Dia bukan ahlil bayt mu, kerana dia buat maksiat.” Hud 46

 

Maka samalah dengan Ahlil Bayt yang melakukan maksiat dan bid’ah, maka Nabi tidak mengaku sebagai keluarganya.

Kemuncak fitnah sarra’ ialah umat Islam akan mengangkat para pemimpin yang lemah, bodoh dan tidak ada keupayaan mengurus umat.

TKK 99/131: Fitnah al-Ahlas (فتنة الأحلاس )

0

TKK 99: Fitnah al-Ahlas

(فتنة الأحلاس )

Ahlas adalah plural kepada Hils maksudnya fabrik pelana kenderaan, maksudnya tempat duduk kenderaan baik pelana kuda, unta atau kusyen kereta. Maka fitnah kusyen kenderaan ni maksudnya pelarian perang. Kemudian Nabi sebut perang dan pelarian (هرب وحرب ).

Ramai manusia menjadi mangsa perang dan menjadi pelarian, yang paling menyedihkan di zaman kita ialah pelarian Palestine, sekarang Syria, Iraq, Rohingya di Burma, Armenia. Saban hari kita melihat dikaca TV dan cyber keadaan pelarian di Eropah yang datang dari Syria, Iraq, Libya, Afghan kerana fitnah perang yang melanda negara-negara tersebut.

Popular

Iklan

Iklan