Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 104/131: Manusia semuanya Menuju ke Syria

TKK 104/131: Manusia semuanya Menuju ke Syria

43
0
KONGSI

TKK 104:  Manusia Semuanya Menuju ke Syria

(مجيء زمان لا يبقى أحد إلا لحق بالشام)

 

Dalil Hadith

Hadith (فقد اخرج أحمد والترمذي عن شعبة عن معاوية بن قرة عن أبيه)

إذا فسد أهل الشام فلا خير فيكم لا تزال طائفة من أمتي منصورين لا يضرهم من خذلهم حتى تقوم الساعة ; رواه الترمذي من حديث معاوية بن قرة عن أبيه وقال الترمذي حديث حسن صحيح

“Jika penduduk Syam rosak agamanya maka tidak tersisa kebaikan di tengah kalian. Akan selalu ada satu kelompok dari umatku yang dimenangkan oleh Allah, tidak tergugat oleh orang yang cuba memudaratkan mereka hingga datang hari Kiamat.”

(Shahih, HR Tirmidzi (2192), beliau berkata: Hadits Hasan Shahih, dishahihkan oleh Syeikh Al-Albani)

Syarah:

Kata Dr. Abdul Rahman al-Areefi, KSA:

Syam adalah negara Syria dan sekitarnya Palestine, Jordan dan Lebanon. Syam akan menjadi salah satu pusat berhimpunnya manusia di akhir zaman. Bila akhir zaman, Nabi saw memberi indikasi, salah satu tempat yang bagus untuk berhijrah ialah Syria dan sekitarnya.

Hadith Abu Darda’:

فعن أبي الدرداء رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«إن فسطاط المسلمين يوم الملحمة بالغوطة إلى جانب مدينة يقال لها دمشق من خير مدائن الشام> رواه أحمد وأبو داود في السنن وصححه الألباني في صحيح أبي داود

Terj: “Sesungguhnya negeri berkumpulnya kaum muslimin tatkala banyak fitnah terjadi ada pada tanah rendah disisi Madinah yang disebut negeri Damsyiq, di sanalah kota terbaik dari kota-kota di Syam”.

HR Ahmad 39/412 no: 23985. Abu Dawud no: 4298. Di sahihkan oleh Albani.

Syarah Dr. al-Areefi:

Syam akan menjadi tempat berkumpul manusia di mana akan terjadi perang yang besar atau al-malhamah. Perang ini berlaku di akhir zaman, ketika al-Mahdi dan Isa al-Masih. Maka untuk bersama al-Mahdi dan Isa, maka Nabi saw menyarankan umat Islam kalau boleh hendaklah datang ke Syam pada ketika itu.

عن بهز بن حكيم عن أبيه عن جده قال :قلت يا رسول الله أين تأمرني؟قال :«ها هنا»ونحا بيده نحو الشام; رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح وصححه الحاكم

Hadits Bahz bin Hakiim dari datuknya, dia bertanya Nabi saw , Ya Rasulullah saw , daerah manakah  yang dikau perintahkan kami berhijrah (ketika fitnah yang besar nanti), ” Jawab Nabi saw,’ daerah sana, sambil menunjukkan ke arah Syam.
Kata Bahz, ketika Kiamat semakin hampir, majoriti umat Islam akan pergi ke Syam.

HR Termidzi dan Hakim, mereka mensahihkannya.

Penutup:

عن عبد اله بن عمرو رضي الله عنه قاليأت زمان لا يبقى فيه مؤمن إلا لحق بالشام)) رواه أبن أبي شيبه موقوفا

Dari Abdullah bin Amru ra, katanya, akan tiba satu masa, di mana kaum mukmin semuanya akan berkumpul di Syria.”

HR Ibn Abi syaibah, katanya mauquf kepada Abdullah bin Amru.

Tamat

Komen dan Soalan