Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 105-106: Perang Mega melawan Rome; Penaklukan Kota Istanbul (Bahagian 1 dan...

TKK 105-106: Perang Mega melawan Rome; Penaklukan Kota Istanbul (Bahagian 1 dan 2)

193
0
Iklan

TKK 105-106: Perang Mega

melawan Rome; Penaklukan Kota

Istanbul (الملحمة الكبرى بين المسلمين والروم -فتح القسطنطينية )

 

Rome bukanlah Italia, bila Nabi saw menyebut Rome, maksudnya dalam konteks hari ini ialah Barat kerana ia tamadun Rome, bahkan gereja juga berpusat di Itali, Vatican City.  Banyak perang terjadi antara Barat dengan Islam, tapi sebelum Kiamat, akan terjadi Malhamah al-kubro atau Armageddon atau perang Muktamad antara Barat dan Islam.

Dalil hadith:

Bahagian 1: Hadith Mu’adz ra

فعن معاذ بن جبل رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«عمران بيت المقدس خراب يثرب وخراب يثرب خروج الملحمة وخروج الملحمة فتح القسطنطينية وفتح القسطنطينية خروج الدجال> الحديث رواه ابن أبي شيبة ( 7 / 491 ) وأحمد ( 5 / 245 ) وأبو داود ( 4294 ) وعلي بن الجعد في مسنده ( ص 489 ) والحديث ضعفه الشيخ شعيب الأرناؤط في تحقيقه لمسند أحمد ( 36 / 352 ) . وقد حسنه الشيخُ الألباني رحمه الله في صحيح سنن أبي داود

“Kemakmuran Baitul Maqdis akan diiringi musnahnya Yatsrib. Kemusnahan Yatsrib akan diiringi meletusnya Al Malhamah (perang akhir zaman/ armageddon), dan Al Malhamah diiringi dengan penaklukan Konstantinopel, dan penaklukan Konstantinopel akan diiringi dengan keluarnya Dajjal.

(HR Ahmad, Abu daud, dinilah dha’if oleh Syaikh Syu’aib dan dinilai hasan oleh al-Albani.)

Isu palestine.

Memang dituntut kalau kita ada kuasa. Dalam sejarah Islam, kita pernah hilang dua kali. Perang Salib pertama, umat Islam kehilangan dan dapat balik melalui Salahuddin al-Ayyubi. Kalau tiada kuasa, memang tidak diizinkan jihad sebab ia akan memudaratkan umat Islam di sekitarnya.
Baitul Maqdis hanya aman jika di bawah pentadbiran Islam, sebab kita tidak menghalang penganut Yahudi dan Kristian datang ke tanah suci yang sama. Cuma bila di bawah kuasa Israel, mereka benarkan Kristian beribadat di tanah suci, manakala umat Islam mereka tidak benarkan.

 

 

Bahagian dua:

Hadith kedua: Dari Dzu Mihbar

عن ذي مخبر رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ستصالحون الروم صلحا آمنا فتغزون أنتم وهم عدوا من ورائكم فتنصرون وتغنمون وتسلمون ثم ترجعون حتى تنزلوا بمرج ذي تلول فيرفع رجل من أهل النصرانية الصليب فيقول غلب الصليب فيغضب رجل من المسلمين فيدقه فعند ذلك تغدر الروم وتجمع للملحمة

Dari Dzu Mihbar, seorang laki-laki dari kalangan sahabat Rasulullah saw, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : “Kalian pasti akan melakukan perdamaian dengan Romawi dengan aman. Kalian bersama mereka akan memerangi satu musuh dikemudian hari. Kemudian kalian akan ditolong dan berhasil mendapatkan ghanimah (memenangkan pertempuran) serta selamat. Kemudian kalian kembali pulang hingga kalian singgah di sebuah daerah yang tinggi. Tiba-tiba seorang laki-laki dari kaum Nasrani mengangkat salib seraya berkata : “Telah menang salib”. Hingga marahlah seorang dari kaum muslimin dan mendorongnya. Maka ketika itu mulailah tentera Romawi berkhianat serta menyiapkan pasukannya untuk pertempuran besar”

[HR. Abu Dawud no. 4292; al-Albani,  Sahih Sunan Abi Dawud no. 2767].

 

Turunnya Jesus:

وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ، لَيُوْشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيْكُمُ ابْنُ مَرْيَمَ عَليهِ السَّلام حَكَمًا عَدْلاً، فَيَكْسِرَ الصَّلِيْبَ، وَيَقْتُلَ الْخِنْزِيْرَ، وَيَضَعَ الْجِزْيَةَ، وَيَفِيْضَ الْمَالُ حَتَّى لاَ يَقْبَلَهُ أَحَدٌ.

“Dan demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, sudah dekat saatnya di mana akan turun pada kalian (‘Isa) Ibnu Maryam Alaihissallam sebagai hakim yang adil. Dia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menghapus jizyah (upeti/pajak), dan akan melimpah ruah harta benda, hingga tidak ada seorang pun yang mahu menerimanya.”

HR Bukhari Muslim

 

Tiga isu utama dalam ajaran Bible yang diselewengkan ialah:

1. Keramatnya salib, salib bukan benda keramat, contohnya Dracula takut kepada salib (cross).

2. Babi halal dan makanan utama di Barat, ini penyelewengan utama Bible.

3. Jizyah atau cukai (tax), Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Kerajaan Barat memang mengenakan pelbagai cukai (tax) kepada manusia, antaranya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), cukai persendirian (personal tax) yang membebankan rakyat.

Komen dan Soalan