Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 102/131: Akan tiba Suatu Masa Sujud (Solat) lebih bermakna dari...

TKK 102/131: Akan tiba Suatu Masa Sujud (Solat) lebih bermakna dari Dunia

33
0
KONGSI

TKK 102: Akan tiba  Suatu Masa

Sujud (Solat) lebih bermakna dari

Dunia (مجيء زمان السجدة فيه تعدل الدنيا وما فيها )

 

Dalil hadith:

Dari Abu Hurayra ra:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«والذي نفسي بيده ليوشكن أن ينزل فيكم ابن مريم حكما عدلا فيكسر الصليب ويقتل الخنزير ويضع الجزية ويفيض المال حتى لا يقبله أحد حتى تكون السجدة الواحدة خيرا من الدنيا وما فيها»

ثم قال أبو هريرة واقرءوا إن شئتم ((وإن من أهل الكتاب إلا ليؤمنن به قبل موته ويوم القيامة يكون عليهم شهيدا) رواه البخاري ومسلم

Terj:
Rasulullah saw bersabda : “demi yang jiwaku ditangan-Nya sungguh hampir saja turun kepada kalian Isa bin Maryam sebagai Hakim yang Adil, Dia mematahkan salib, dan membunuh babi, dan tidak menerima  Jizyah, harta kelak melimpah ruah namun tidak ada seorangpun yang mahu menerimanya, sehingga satu sujud lebih baik dari dunia seisinya, kemudian Abu Hurairah berkata : jika kalian mahu bacalah ayat Allah :

(( Tidak seorangpun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya sebelum kematiannya, dan di hari kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka) anNisaa’: 195).

(HR Bukhori dan Muslim )

 

 

Syarah Dr Al-Areefi, Ia belum belum berlaku lagi kerana ia bakal terjadi ketika turunnya Isa al-Masih AS di akhir zaman. Pahala ibadat di zaman Jesus adalah banyak fadilatnya hatta satu sujud di masa Isa amatlah tinggi nilainya hingga manusia lebih rela solat dari berebut harta benda.

 

Kata al-Qadhi Iyadh dalam syarah sahih Muslim oleh Imam Nawawi (شرح مسلم للنووي (2191)), sujud pada masa itu lebih berharga dari dunia seisinya ialah pada masa tersebut, manusia lebih banyak beribadat, menyibukkan diri dengan ibadat kerana manusia semua sudah tahu Kiamat amat hampir, maka mereka tidak lagi memerlukan harta lagi.

Syarah hadith no 2191 oleh Imam Nawawi.

Komen dan Soalan