Utama Bilik (64) Syamail Muhammadiyyah Hadis 55: Al-Qamis Serta Perbezaan Al-Mu’min Dan Mu’min

Hadis 55: Al-Qamis Serta Perbezaan Al-Mu’min Dan Mu’min

175
0
Iklan

Panel: Ustaz ADÖULINÉ Lacharouphe

55- حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ مُوسَى، عَنْ عَبْدِ الْمُؤْمِنِ بْنِ خَالِدٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، قَالَتْ: كَانَ أَحَبَّ الثِّيَابِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقَمِيصُ.

55- Telah bercerita kepada kami `Aliy bin Hujr, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Al-Fadhl bin Musa, daripada `Abdi l-Mu’min bin Khalid, daripada `Abdi Llah bin Buraydah, daripada Ummi Salamah, dia berkata: Pakaian yang paling disukaï Rasulu Llah ialah al-qamis.

Syarah Adou_Fr:

Di dalam hadis ini, terdapat dua nama rawi iaitu `Abdu l-Mu’min dan `Abdu Llah. Kedua-dua nama mempunyaï pangkal `Abdu dan satu digandingkan dengan Al-Mu’min dan satu digandingkan dengan Allah.

Untuk orang biasa, kalimah “al-mu’min” biasa didengar dalam bentuk sebagaimana hadis Al-Bukhariy, Nabi berkata:

لاَ يَزْنِي الْعَبْدُ حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَشْرَبُ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَقْتُلُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ

«Tidak akan berzina seorang hamba ketika dia berzina dalam keadaan dia mu’min, dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri dalam keadaan dia mu’min, dan tidak minum ketika dia minum dalam keadaan dia mu’min, dan tidak akan membunuh dalam keadaan dia mu’min»

Walau bagaimanapun, “mu’min” dalam hadis Al-Bukhariy di atas yang bermaksud “orang yang beriman” adalah tidak sama dengan “al-Mu’min” dalam nama `Abdu l-Mu’min. Ini kerana walaupun ejaan dan sebutan perkataan ini adalah sama, tetapi ia merujuk kepada dua entiti yang berlainan sama sekali.

Perkataan “mu’min” dalam hadis Al-Bukhariy merujuk kepada hamba, yang percaya kepada Allah Sang Pencipta, sedangkan kalimah “al-Mu’min” bermakna Allah, yang selamat hamba ciptaan-Nya daripada Dia menzalimi mereka.

Justeru, nama `Abdu l-Mu’min tidaklah bermaksud “hamba kepada orang yang beriman”, sebaliknya ia bermakna “hamba kepada Allah” dan ini samalah dengan nama `Abdu Llah. Haruslah diketahuï bahawa Al-Mu’min ialah salah satu daripada nama-nama Allah, iaitu Al-Asma’u l-Husna.

Hadis kelima puluh lima ini adalah sama dengan hadis kelima puluh empat. Matannya sama, dan perawi tertingginya ialah Ummu Salamah, seterusnya `Abdu Llah bin Buraydah, dan seterusnya `Abdu l-Mu’min. Daripada `Abdi l-Mu’min, ia diriwayatkan oleh:

Al-Fadhl bin Musa (hadis 54 dan 55)
Abu Tumaylah (hadis 54)
Zayd bin Hubab (hadis 54)

Daripada tiga orang ini, perawi berikutnya ialah:

Muhammad bin Humayd (hadis 54)
`Aliy bin Hujr (hadis 55)

Dan mereka berdua ialah guru-guru Imam At-Tirmizi yang menulis kitab Asy-Syama’il ini.

Sangat menghairankan tentang bagaimana Imam At-Tirmizi mengulang hadis yang mempunyaï matan yang sama, dengan susunan isnad yang sedikit berlainan. Ketahuïlah bahawa hal ini biasa dilakukan oleh para Imam dalam bidang hadis, dan ia menunjukkan keluasan sumber mereka mengambil ilmu.

*******
*******
*******

.

Komen dan Soalan