Utama Blog Halaman 196

📖 Setiap Menit Bagian Kehidupan Kita 🍃

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

📢 @TausiyahBimbinganIslam
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
📆 Rabu, 06 Shafar 1437 H / 18 November 2015 M

📖 Setiap Menit Bagian Kehidupan Kita

🍃 Setiap kita sadar bahwasanya kehidupan ini pada hakikatnya adalah menit-menit dan detik-detik waktu yang kita lalui. Akan tetapi kita sering lupa dan lalai bahwasanya menyia-nyiakan menit-menit yang kita lalui berarti menyia-nyiakan sebagian kehidupan kita.

Al-Hasan Al-Bashri pernah berkata :

ابنَ آدَمَ إِنَّمَا أَنْتَ أَيَّامٌ كُلَّمَا ذَهَبَ يومٌ ذَهَب بَعْضُكَ

“Wahai anak Adam, sesungguhnya engkau adalah hari-hari, jika telah pergi sehari berarti telah pergi sebagianmu” (Taarikh Al-Islaam karya Adz-Dzahabi 7/56)

✒️ Ustadz Firanda Andirja, MA
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👥 Facebook Page :
Fb.com/TausiyahBimbinganIslam
📣 Telegram Channel :
Telegram.me/TausiyahBimbinganIslam

Dalam sebuah hadith Qudsi, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

سَبَقَتْ رَحْمَتِي غَضَبِي

RahmatKu melebihi murkaKu

Jadi kenapa putus asa dengan rahmat dan ampunanNya? Sentiasa minta ampun dan perbaiki diri. Jangan putus asa dengan rahmatNya.
__________________
@Ad-Dien Abdul Kadir
telegram.me/addien90

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ سَبَقَتْ رَحْمَتِي غَضَبِي ‏”‏ ‏.‏

Sahih Muslim

Impak Positif Kisah-Kisah Dari Al-Quran

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 6 Safar 1437H~

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَٰذَا الْقُرْآنَ وَإِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya”[Surah Yusuf 3]

#Dalam al-Quran terdapat banyak kisah-kisah umat terdahulu untuk dijadikan pengajaran dan mentarbiyah jiwa manusia.

#Berkata Khatib as-Syarbini: “Para pemilik hati yang keras, renungkanlah kisah-kisah dalam al-Quran. Sesungguhnya kisah-kisah ini ditujukan kepada orang yang berhati keras dan lalai”

#Kisah-kisah dalam al-Quran mengandungi beribu-ribu mesej dan ibrah untuk dihayati, direnungi dan diinsafi. Bukannya kisah penglipur lara, tetapi kisah kebenaran sarat dengan fakta yang mujarab untuk melembutkan hati dan jiwa yang degil.

#Berkata Rasyid Ridha: “Pandangan yang mengatakan kisah-kisah dalam al-Quran hanya sejarah belaka tidak benar. Ia tidak patut untuk al-Quran. Kisah-kisah itu memang sebahagian daripada sejarah. Namun al-Quran mengajarkan kita bagaimana memanfaatkan sejarah”

♡Segala kisah yang baik, tirulah. Segala kisah kejahatan, kesamsengan, kemegahan, kerosakan, kekufuran yang diceritakan adalah untuk tidak diulangi oleh kita pada hari ini♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

📋 UCAPAN SALAF TENTANG MAKSIAT

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:
☀️
📋 UCAPAN SALAF TENTANG MAKSIAT

▪️ Ibnu Rajab rahimahullâhu berkata
‏
العجب ممن عرف ربه ثم عصاه وعرف الشيطان ثم أطاعه : ﴿ أفتتخذونه وذريته أولياء من دوني وهم لكم عدو ﴾

Sungguh aneh orang yang mengetahui Rabb-nya lalu bermaksiat kepada-Nya dan mengetahui Syaithan lalu menaatinya. “Apakah kalian bermaksud menjadikan Iblis dan anak keturunannya (syaithan) sebagai penolong² selain-Ku padahal mereka itu adalah musuh bagi kalian.
📚 Lathâ’if al-Ma’ârif hal 58

ــــــ ❁ ❁❁ ❁ ــــــ

➖ Ibnul Qoyyim rahimahullâhu berkata :

العاصي دائمًا في :
– أسر شيطانه .
– وسجن شهواته .
– وقيود هواه .
☜ فهو أسير مسجون مقيد .

Pelaku maksiat itu sebenarnya senantiasa berada di dalam :
➖ Perangkap Syaithannya
➖ Penjara Syahwatnya
➖ Belenggu hawa nafsunya
Pelaku maksiat itu sejatinya dalam keadaan terperangkap, terpenjara dan terbelenggu.
📚 ad-Dâ’ wad Dawâ’ 190

ــــــ ❁ ❁❁ ❁ ــــــ

📮 Sumber : Channel @dorarsunnia
✏️ @abinyasalma
#⃣ Channel Telegram Al-Wasathiyah wal I’tidâl (https://telegram.me/abusalmamuhammad)

# Bersyukurlah Atas Nikmat Allah #
@NabilAlawadhy

Tidaklah Allah memberikan taufik pada Anda untuk solat, memudahkan Anda untuk taat, menjadikan Anda cinta keimanan…. Kecuali, karena Dia mencintai Anda! Maka balaslah cintaNya dengan kesyukuran dan dengan terus menambah amal, dengan terus istiqomah beramal.

Syaikh Nabil al ‘Awadhi, da’i yang masyhur di negara Kuwait, pengasuh situs emanway.com. 2/1/2015. 37
Twit Ulama | twitulama.com | twitter, instagram, telegram: @twitulama

💌 RENUNGAN BAGI PENGGUNA INTERNET

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:
💌 RENUNGAN BAGI PENGGUNA INTERNET

Ustadz Firanda Andirja, MA

Bilal bin Sa’ad (soerang tabi’in) berkata

لاَ تَكُنْ وَلِيًّا لِله فِي الْعَلاَنِيَةِ وَعَدُوَّهُ فِي السَّرِيْرَةِ

“Janganlah engkau menjadi wali Allah di hadapan umum, namun tatkala sendirian menjadi musuhNya”

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya dalam kitab Al-Ikhlash wa An-Niyyah hal 23)

Hal ini sebagai mana perkataan Suhnun rahimahullah :

إِيَّاكَ أَنْ تَكُوْنَ عَدُوًّا لِإبْلِيْسَ فِي الْعَلاَنِيَةِ صَدِيْقًا لَهُ فِي السِّرِّ

“Jangan sampai engkau menjadi musuh iblis di hadapan umum sementara engkau menjadi temannya tatkala bersendirian”

┈┈»̶·̵̭̌✽✽·̵̭̌«̶┈┈

Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” (HR. Muslim no. 1893).

Usahalah… Hidayah Milik Allah SWT

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 5 Safar 1437H~

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِ فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا فَأَخَذَهُمُ الطُّوفَانُ وَهُمْ ظَالِمُونَ

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka)”
[Surah al-Ankabut 14]

#Nabi Nuh Alaihissalam dilahirkan 10 kurun (1 kurun bersamaan 100 tahun. Maka 10 kurun bersamaan dengan 1000 tahun) selepas kewafatan Nabi Adam.

#Daripada Abu Umamah r.a berkata, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, adakah nabi selepas Nabi Adam”?. Baginda menjawab: “Ya”. Lelaki itu bertanya lagi: “Berapakah jarak antara mereka?”. Nabi saw menjawab: “10 kurun” (HR Ibnu Hibban. Sahih)

#Nabi Nuh telah berdakwah kepada kaumnya serta isteri dan anak-anaknya selama 950 tahun sebagimana yang disebutlah dalam ayat di atas.

#Namun, selama tempoh itu hanya sedikit sahaja di kalangan kaumnya yang beriman kepada Allah. Yang akhirnya semua mereka yang tidak beriman serta degil ini dibinasakan dengan didatangkan taufan dan tenggelam dalam banjir besar.

#Ini bukanlah petanda bahawa Nabi Nuh gagal di dalam dakwahnya. Namun ini menunjukkan satu bukti bahawa tidak ada yang dapat memberikan hidayah kecuali dengan izin Allah swt walaupun dia berketurunan nabi dan hidup sebumbung dengan nabi sekalipun. [Rujuk Surah at-Tahrim ayat 10 dan Surah Hud ayat 45-46]

♡Tugas kita hanya mengajak kepada kebaikan, selebihnya soal perubahan/hidayah serahlah kepada Yang Maha Memberi Hidayah♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Amalan Sedikit Pahala Banyak…

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:
🔴Assalammualaikum Ustaz apakah contoh amalan sedikit tetapi berkualiti?

📝 Waalaikumussalam.. Amalan sedikit contohnya solat malam Nabi juga tidur dan Nabi juga solat. Yang lain contoh solat sunnat fajar Nabi صلى الله عليه وسلم buat dengan ringkas sahaja padahal ganjarannya besar iaitu lebih baik dari dunia dan seisinya(maksud hadis).

https://telegram.me/UstazSolahudinAlAyyubi

Akhlaq: Apabila Manusia Biarkan Dia Dengan Kejahatan….

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2221 atau Bab 42: Kebajikan, Hadis 6268

Dari ‘Aisyah r.a., katanya ada seorang lelaki minta izin masuk ke rumah Rasulullah S.A.W., maka bersabda beliau, “Biarkanlah dia masuk, justru kerana dia jahat.” Setelah orang itu masuk, ternyata Rasulullah S.A.W. bersikap sangat lemah lembut kepadanya. Kerana itu aku bertanya kepada beliau. “Ya, Rasulullah! Tadi Anda mengatakan bahawa orang itu sangat jahat, ternyata Anda bersikap sangat lemah lembut kepadanya.” Jawab beliau, “Sesungguhnya seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat, ialah orang yang dibiarkan saja oleh orang ramai (berbuat sesukanya) kerana takut kejahatannya.“

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَعَمْرٌو النَّاقِدُ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَابْنُ نُمَيْرٍ كُلُّهُمْ عَنِ ابْنِ عُيَيْنَةَ، – وَاللَّفْظُ لِزُهَيْرٍ – قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، – وَهُوَ ابْنُ عُيَيْنَةَ – عَنِ ابْنِ الْمُنْكَدِرِ، سَمِعَ عُرْوَةَ بْنَ الزُّبَيْرِ، يَقُولُ حَدَّثَتْنِي عَائِشَةُ، أَنَّ رَجُلاً، اسْتَأْذَنَ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ ‏”‏ ائْذَنُوا لَهُ فَلَبِئْسَ ابْنُ الْعَشِيرَةِ أَوْ بِئْسَ رَجُلُ الْعَشِيرَةِ ‏”‏ ‏.‏ فَلَمَّا دَخَلَ عَلَيْهِ أَلاَنَ لَهُ الْقَوْلَ قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْتَ لَهُ الَّذِي قُلْتَ ثُمَّ أَلَنْتَ لَهُ الْقَوْلَ قَالَ ‏”‏ يَا عَائِشَةُ إِنَّ شَرَّ النَّاسِ مَنْزِلَةً عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ وَدَعَهُ أَوْ تَرَكَهُ النَّاسُ اتِّقَاءَ فُحْشِهِ ‏”‏ ‏.‏

Sahih Muslim Vol. 6, Book of Virtue, Enjoining Good Manners and Joining of the Ties of Kinship, Hadith 6268

Tafsir Al-Baqarah Ayat Ke-8 hingga Ke-10

0

Tafsir Al-Baqarah Ayat Ke-8 hingga Ke-10

Tafsir Ayat Ke-8

Ayat 8-20 adalah tentang sifat orang-orang Munafik. Mereka itu adalah orang yang pada zahirnya nampak beriman, tapi hati mereka sebenarnya kufur.

Pada zaman Nabi, mereka ini solat berjemaah bersama dengan Nabi dan para sahabat lain. Jihad pun mereka kadang-kadang pergi juga. Mereka bersama Nabi dan para sahabat yang lain, tetapi mereka tidak beriman sebenarnya.

Tapi walaupun mereka duduk dalam kalangan Rasulullah SAW dan para sahabat, Allah SWT masih lagi gelar mereka ‘kafir’ kerana mereka jahil dan mereka tidak menepati kehendak Islam dan kerana mereka itu ‘jahil akidah’.

‘Jahil akidah’ ini adalah amat bahaya sekali. Masyarakat kita pun ramai yang jahil akidah dan mereka dikira sudah berada atas pagar munafik. Jadi kalau mereka duduk bersama dengan kita, solat dengan kita, belum tentu mereka selamat lagi.

Ubatnya adalah belajar Al-Quran dari awal hingga akhir. Kita kena ajak mereka kerana takut mereka mati dalam ‘kufur jahil’. Iaitu mereka tidak tahu benda yang mereka wajib tahu dan yang wajib mereka tolak. Kita takut tanpa sedar mereka itu munafik. Bukan mereka sahaja, tetapi kita pun takut diri kita pun tergolong dalam golongan munafik juga.

Oleh itu, kena ajak mereka datang belajar tafsir Al-Quran dan kita sendiri kena habis belajar tafsir Al-Quran. Kalau sudah belajar tafsir Al-Quran, mereka sendiri akan sedar yang apa yang dahulu mereka buat adalah perkara yang salah. Mereka boleh periksa diri mereka sendiri, kerana kita tidak boleh periksa apa yang ada dalam hati orang lain.

Jadi, dalam ayat-ayat selepas ini kita akan belajar tentang golongan Munafik. Namun, berhati-hati bukan tugas kita untuk mengatakan atau menuduh orang lain sebagai ‘munafik’. Bukan ajaran Nabi untuk mengatakan seseorang itu munafik. Yang kita kena buat adalah kena belajar supaya kita boleh periksa diri kita takut-takut kita pun munafik juga. Iaitu kita kena periksa diri kita dahulu, bukan gunakan pengetahuan ini untuk melihat atau menilai seseorang itu munafik atau tidak. Bukannya mudah kita tuduh orang lain munafik, lebih-lebih lagi kalau mereka tidak setuju dengan kita.

Ramai sangat yang kalau marah dengan orang lain, mulalah tuduh orang itu ‘munafik’. Oleh itu, berhati-hatilah dan jaga hati kita dari terjerumus dalam perkara ini.

Di antara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian,” pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

‎وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ

“Dan ada di antara manusia itu yang berkata”;

Yang dimaksudkan adalah golongan munafik itu.

‎ آمَنَّا بِاللَّهِ

“Kami beriman dengan Allah”;

Mereka mengaku mereka beriman. Mereka cakap dengan mulut sahaja. Cakap dengan mulut, siapa-siapa pun boleh cakap, bukan?

‎ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ

“dan beriman dengan hari akhirat”;

Dalam ayat ini, mereka mendakwa dengan lidah mereka yang mereka beriman. Dalam ayat ini, mereka mengatakan mereka beriman dengan dua rukun iman: ‘percaya kepada Allah’ dan ‘percaya kepada Hari Akhirat’. Disebut hanya dua rukun iman untuk merangkumi kesemua rukun iman yang lain. Tidak perlu disebut kesemua rukun iman satu persatu.

‎وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ

“pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman”.

Allah beritahu yang mereka itu tidak beriman. Mereka tidak beriman dalam hati mereka. Dan Allah tahu apa yang dalam hati mereka (kita sendiri tidak tahu).

Mereka hanya dipanggil ‘orang Islam’ kerana duduk sekali dengan orang Islam yang lain. Sama juga dengan orang kita. Kalau mereka duduk tinggal di Amerika contohnya, mereka akan ikut perangai orang Amerika. Sebab waktu itu, mereka sudah tidak malu dengan sesiapa. Cuma sebab mereka duduk sekali dengan orang Islamlah yang mereka kena buat perangai Islam tu.

Tafsir Ayat Ke-9

Apakah sifat-sifat mereka? sekarang kita masuk perbincangan sifat-sifat mereka. Kita baca ayat dulu:

يُخادِعونَ اللَّهَ وَالَّذينَ آمَنوا وَما يَخدَعونَ إِلّا أَنفُسَهُم وَما يَشعُرونَ

“Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar”.

‎يُخَادِعُونَ اللَّهَ

“Mereka hendak tipu Allah Taala”;

Tetapi bolehkah mereka hendak menipu Allah? Tentu tidak boleh. Mana boleh hendak tipu Allah kerana Allah tahu hati kita. Oleh itu maknanya, mereka hendak menipu wakil Allah, iaitu Nabi Muhammad SAW.

وَالَّذِينَ آمَنُوا

“Dan orang-orang yang beriman”.

Mereka juga hendak menipu orang-orang beriman, iaitu sahabat-sahabat Nabi SAW. Kenapa mereka dikatakan menipu? Kerana mereka sebut apa yang bukan dalam hati mereka. Mulut cakap lain, tetapi lain yang di dalam hati.

وَمَا يَخْدَعُونَ

“Tidaklah mereka menipu”;

Mereka cuba hendak menipu, tetapi tidak berjaya. Kena balik kepada mereka.

‎إِلَّا أَنْفُسَهُمْ

“melainkan diri mereka sendiri”;

Mereka hanya menipu diri mereka sahaja dengan kata: “aku beriman, aku beriman…”

Tidaklah penipuan mereka itu akan memberi kesan bahaya kepada orang lain melainkan diri mereka sendiri sahaja.

وَمَا يَشْعُرُونَ

“dan mereka tidak sedar”.

Akhirnya mereka menipu diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak sedar. Ini adalah kerana mereka tidak ada kefahaman dalam agama. Mereka tidak memahami agama dengan kefahaman yang sebenar. Mereka tidak faham yang kefahaman agama kena ikut neraca Al-Quran. Bukannya ikut suka sendiri sahaja dan kata-kata guru-guru mereka sahaja.

Mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka adalah munafik. Mereka sangka mereka telah Islam. Jadi, kita amat takut kalau-kalau kita sekarang ini pun munafik juga. Kita sekarang sangka kita telah Islam, tetapi mungkin tanpa kita sedar, kita rupanya tergolong dalam golongan munafik juga.

Janganlah kita rasa selamat sangat yang kita sudah benar-benar mukmin. Sedangkan para sahabat yang kita pandang tinggi itu, mereka juga takut tertimpa kemunafikan.

‎وقال ابنُ أبي مُلَيْكَة : أَدْرَكْتُ ثَلاَثِيْنَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبيِّ – صلى الله عليه وسلم – كُلُّهُمْ يَخَافُ النِّفَاقَ عَلَى نَفْسِهِ

“Ibnu Abi Mulaikah pernah berkata: Aku telah mendapati 30 orang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, semuanya khawatir pada dirinya tertimpa kemunafikan.” (HR. Bukhari no. 36)

Tabein ini telah berjumpa dengan 30 orang sahabat dan semuanya takut jikalau mereka munafik. Bayangkanlah: Kalau para sahabat pun risau, tidakkah kita yang bukan sahabat ini tidak ada rasa risau ini pada diri kita?

Oleh itu, kita kenalah memeriksa diri kita. Munafik ini adalah satu penyakit hati. Kalau sesuatu penyakit itu, mesti ada tanda-tandanya. Jadi kita kena tahu apakah tanda orang munafik itu. Tanda-tanda itu diterangkan dalam ayat-ayat seterusnya.

Lihatlah, walaupun duduk dengan Nabi pun boleh jadi salah faham, boleh keliru tentang agama, lalu bagaimana agaknya dengan kita zaman sekarang? Ini amat menakutkan.

Nabi tidak menyebut siapakah orang yang munafik pada zamannya itu. Kerana mungkin mereka akan jadi beriman berkat duduk dengan Nabi dan rapat dengan Al-Quran. Maka itulah sebabnya Nabi tidak pernah sebut nama mereka. Nabi hanya diberitahu dengan nama-nama orang munafik yang memang telah ditakdirkan munafik sampai mereka mati. Nama mereka itulah yang disebut kepada seorang sahabat yang bernama Huzaifah.

Dan ada banyak lagi munafik pada zaman itu. Mungkin ada antara sahabat yang asalnya munafik tetapi mereka akhirnya telah beriman setelah mereka memahami Islam. Begitu jugalah kita ini. Kita harap dengan kita terus belajar Al-Quran ini akan dapat mengeluarkan kemunafikan (jika ada) dalam diri kita.

Tafsir Ayat 10: Sambungan tentang sifat orang munafik

في قُلوبِهِم مَرَضٌ فَزادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُم عَذابٌ أَليمٌ بِما كانوا يَكذِبونَ

“Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) ada penyakit, maka Allah tambahkan lagi penyakit kepada mereka; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta”.

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ

“Dalam hati mereka ada penyakit”;

Mereka yang digelar sebagai munafik itu ada ‘penyakit’. Kerana mereka ada penyakit ini, iman tidak dapat masuk dalam diri mereka. Penyakit itu menghalang iman dari masuk ke dalam diri mereka.

Apakah maksud ‘penyakit’ dalam ayat ini? Dalam ayat ini, penyakit yang dimaksudkan adalah penyakit akidah yang rosak. Ini adalah kerana mereka tidak belajar, maka mereka jahil akidah.

Asal kenapa mereka mendapat penyakit yang disebut dalam ayat ini adalah kerana dengki, atau benci kepada kebenaran. Ia juga bermaksud dengki dengan orang yang membawa kebenaran. Sampai mereka tidak dapat menerima ilmu akidah yang benar. Kalau ada orang yang hendak menceritakan tentang maksud ayat-ayat Al-Quran, tentang Sunnah, mereka tidak suka.

Ini adalah satu sifat yang amat bahaya dan perlu dikeluarkan segera. Kalau seseorang itu boleh buang perasaan itu, barulah boleh masuk keimanan dalam hati. Kalau tidak, sampai bila-bila pun keimanan tidak masuk. Sampai bila-bila jadi jahil, jadi munafik.

Malangnya, begitulah juga yang terjadi kepada masyarakat kita pada hari ini. Banyak guru-guru aliran sunnah yang hendak mengajar tafsir Al-Quran dan Hadis di masjid-masjid, surau-surau, dihalang dari terus mengajar. Ini terjadi apabila ada ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi yang tidak sesuai dengan pemahaman mereka, tidak kena dengan tekak mereka, maka mereka tolak. Sepatutnya mereka membaiki fahaman dan mengubah amalan mereka, tetapi tidak, mereka halang ustaz yang mengajar itu pula. Ini sama macam marah kepada doktor yang kata kita ada barah. Sepatutnya kita cari jalan bagaimana hendak sembuhkan penyakit barah itu, bukannya marah doktor itu pula.

Allah SWT sendiri kata dalam ayat ini bahawa munafik itu adalah satu jenis penyakit. Jadi kita kena tahu apakah simptom penyakit itu. Kerana setiap penyakit ada tanda-tandanya. Nanti kita akan belajar simptom mereka dalam Al-Quran ini.

فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ

“Maka AllahSWT akan tambah bagi mereka penyakit”;

Apabila mereka sudah ada penyakit itu, Allah SWT akan tambah penyakit baru. Kalau kita ada penyakit dan tidak diubati, ianya akan melarat ke organ yang lain pula, bukan? Begitulah juga dengan sifat munafik ini.

Ianya akan bertambah apabila semakin banyak ayat Al-Quran yang mereka tolak. Penyakit itu akan bertimpa-timpa ke atas mereka. Semakin lama mereka jadi semakin teruk. Ini adalah kerana mereka sekat diri mereka dari mendapat ajaran agama yang benar, maka mereka terus jadi jahil. Apabila jahil agama, maka syaitan akan mengambil peluang untuk mengajar ajaran yang sesat kepada manusia.

Tanpa ilmu untuk menimbang mana yang benar dan mana yang salah, bagaimana lagi manusia dapat selamat? Akhirnya, mereka nama sahaja Islam, solat tidak tinggal, puasa pun tidak tinggal, tapi dalam masa yang sama, buat ajaran yang salah juga. Lihat hadis ini:

وِ إِنْ صَامَ وَ صَلَّى وَ زَعَمَ أَنُّه مُسْلِمٍ

“Dan apabila ia mengerjakan puasa dan shalat, ia menyangka bahawa dirinya seorang muslim” (HR Muslim, Kitab Iman, Bab Penjelasan Sifat-Sifat Orang Munafik, no. 59).

وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Bagi mereka azab yang pedih”;

Untuk orang munafik, diberikan ‘azab yang pedih’. Ini lagi teruk dari yang diberikan kepada orang kafir. Kerana azab yang pedih, adalah azab yang tidak berkurangan langsung. Sebagai contoh, kalau kita hari-hari kena pukul, lama-lama kita tidak rasa sakit sangat sebab telah biasa. Tapi, kalau dikatakan azab itu jenis yang أَلِيمٌ, kesakitan itu tidak berkurangan langsung. Sama sahaja sakitnya dari mula sampai bila-bila, malah bertambah. Allah mampu lakukan sebegitu.

بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

“kerana apa yang mereka dustakan”;

Mereka dikatakan berdusta kerana mereka cakap apa yang bukan dalam hati mereka. Iaitu mereka kata dengan mulut mereka yang mereka beriman, tetapi dalam hati sebenarnya mereka tidak beriman.

Jadi ini adalah simptom pertama orang yang ada penyakit munafik – mereka suka menipu.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاث إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَ إِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَ إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

“Tanda orang munafik itu ada tiga, apabila ia berucap berdusta, jika membuat janji berdusta, dan jika dipercayai mengkhianati” (HR Al-Bukhari, Kitab Iman, Bab Tanda-tanda Orang Munafik, no. 33 dan Muslim, Kitab Iman, Bab Penjelasan Sifat-Sifat Orang Munafik, no. 59).

Allahu a’lam.

Tafsir, Tadabbur dan Tazakkur Al-Qur’an bersama ahli panel Ustaz Ibn Omar dan Ustaz Azlizan Nueq

Saluran rasmi @UiTOSaluranRasmi

Pautan terkini: https://t.me/joinchat/AAAAAEA8_HDlLalulPfotg

Nota-Nota boleh lihat di: https://t.me/TazakkurQuran

 

Tafsir Ad-Dhuha Ayat Ke-11

0

Tafsir Ad-Dhuha Ayat Ke-11

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya”. [Ad-Dhuha: 11] Ruj: Tafsir Pimpinan Ar Rahman

Adapun nikmat Tuhanmu: Nikmat yang bagaimana?

Ada beberapa pandangan:

  1. Ibn Abbas ra ( Tafsir Ibn Abbas) : Islam dan Kenabian
  2. Mufassir yang terkemudian, antaranya Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili : Kerasulan dan Al-Quran yang diturunkan.
  3. Tidak kurang ramai salaf yang tidak mengkhususkan apa-apa pun “nikmat” dalam ayat ni.

Pandangan Ibn Abbas ra antara yang sesuai, kerana:

– Ibn Abbas ada pada zaman Nabi SAW dan beliau dapat melihat situasi dan memahami dengan lebih baik apabila melihat “nikmat” dalam ayat ini.

– Maksud “Islam dan Kenabian” juga tidak jauh daripada nikmat-nikmat yang telah kita baca pada ayat-ayat sebelum ni.

Rabbika: Tuhan kamu (Allah)

Allah yang telah memberikan nikmatnya kepada kita.

Robb – Tuhan sekalian alam:

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam” [Al-Fatihah: 2]

Tuhan yang manusia telah bersaksi sejak dalam alam roh:

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَآ ۛ أَن تَقُولُوا۟ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَٰفِلِينَ

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firman-Nya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.[Al-A’raf: 172].

Fahaddis: “Maka hendaklah engkau sebut-sebutkan”

Sebut kepada siapa? Sebut kepada manusia.

Di sinilah nilai kaca mata iman kita dalam melihat nikmat.

Lagi keterbukaan kita untuk menilai nikmat dengan erti kata agama, maka lahir juga sebutan-sebutan berkaitan agama.

Jika melihat nikmat dari sudut zuriat, material dan lain-lainnya, tidak ada salah. Maka, lahirlah juga sebutan-sebutan berkaitan hal itu.

Maka, pada setiap hari, perkemaskan lagi kaca mata iman kita dalam melihat dunia ini.

Apakah faedahnya kita sebut-sebut tentang nikmat ini?

Kepada diri kita: Supaya kita lebih bersyukur dan merendahkan diri kepada Allah SWT.

Kepada orang lain: kita dapat berkongsi tentang nikmat (Islam/Al-Quran/nikmat-nikmat dunia) kepada orang lain.

Tuan/puan: Sebutlah nikmat yang kita ada hari ini sebagai pengubat rasa tidak cukup kita dalam seharian untuk akhirnya kembali mengucapkan syukur kepada Allah SWT.

Contoh:

“Mungkin gaji tidak cukup, namun Alhamdulillah masih ada pekerjaan. Ada orang tiada mata pencarian atau kena buang kerja”

“Mungkin belum dikurniakan zuriat, namun Alhamdulillah telah berkahwin. Ada orang belum bertemu jodoh atau memang suka bergelumang dengan zina (konon-konon susah kalau berkahwin)”

“Atau mungkin belum guna kereta besar, namun Alhamdulillah ada kapcai. Berapa ramai orang yang telah guna kereta besar sekarang terasa rindu tengok kapcai mencelah semasa jalan sesak”

Tadabbur dan tazkirahnya ayat ini:

Ayat ke-11 ini atau ayat terakhir. Konteksnya Allah mengajar Nabi SAW (dan umat baginda) agar dapat menguruskan fikiran/perasaan untuk bertenang dan fokus kepada nikmat-nikmat yang dia telah ada.

Ia amat penting untuk memastikan tindakan kita untuk berusaha, tidak dilalaikan dengan angan-angan hingga terlupa memanfaatkan apa yang dia telah miliki hari ini.

Kerana nikmat hari ini, kita akan ditanya oleh Allah tentang pemberian-NYA itu;

ثُمَّ لَتُسْـَٔلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ

“Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)” [At-Takasur: 8]

وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّمَآ أَمْوَٰلُكُمْ وَأَوْلَٰدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥٓ أَجْرٌ عَظِيمٌ

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar”.[Al-Anfal: 28]

Setiap ujian pasti akan ditanya.

Beberapa kesimpulan dari perbincangan ayat ke-11 ini:

Pertama:

Allah telah mengurniakan kita nikmat yang besar, iaitu agama Allah SWT. Maka seharusnya kita patut selalu menzahirkan kesyukuran kepada Allah agar menjalankan agama-Nya sebaik mungkin dalam kehidupan.

(Jalankan kehendak agama merupakan antara cara menzahirkan kesyukuran tersebut) seperti solat, puasa, termasuk belajar Al-Quran, kerana tiada siapa pun yang suruh, tidak dipenjarakan pun jika kita tidak faham Al-Quran.

Kedua:

Dalam mengurus nikmat bukanlah melihat apa yang kita ada atau tidak ada, tetapi SIKAP kita dalam menguruskan nikmat yang sedia ada, mengendalikannya dengan kesyukuran, insya Allah, Allah SWT akan tambah lagi.

Jika tidak bersyukur, Allah SWT tambah lagi, maka fahamkanlah dan muhasabah diri sendiri.

Ketiga:

Menyebut nikmat Allah untuk merasai rasa syukur, adalah suatu ubat jiwa yang sangat baik, supaya hati akan merasa rasa cukup dan berusaha lagi dengan lebih tenang.

Allahu a’lam.

♡Halal Menjana Minda Pintar ♡

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 4 Safar 1437H~

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya”
[Surah al-Baqarah 172]

#Makan atau memberi orang lain makan mestilah daripada sumber yang 100% halal. Ini merupakan perintah Allah swt dan hukumnya wajib serta perlu diutamakan.

#Makanan yang halal merupakan vitamin pintar yang asli dan tulen yang dapat menjana akal dan akhlak.

#Sabda Rasulullah saw:

“Sesiapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhah, maka dia akan terjerumus ke dalam perkara yang diharamkan” (HR al-Bukhari)

#Kalam Allah dan amaran Rasulullah saw ini menerangkan kepada kita tentang kepentingan memilih yang halal dan baik serta memastikan sumbernya juga halal.

#Halal bukan hanya pada makanan. Pastikan juga alat kosmetik, bedak, sabun, syampu, ubat gigi, bahan-bahan masakan, pinggan mangkuk, berus-berus, losyen-losyen, ubat-ubatan, pakaian dan sebagainya mesti bersih, suci dan halal.

♡Halal menjana minda yang pintar dan akhlak yang terpuji serta kesihatan yang berpanjangan. Insyaallah!!♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Popular

Iklan

Iklan