Utama Blog Halaman 157

Doa: Selepas Solat, Waktu Perang, Hari Jumaat.

0

1. Doa Selepas Solat
Terdapat khilaf di kalangan ahli hadis dan fuqaha’ tentang isu berdoa selepas solat. Apakah ia bermaksud selepas tasyahud sebelum salam atau selepas salam. Ini kerana kalimah دُبُرُ الصَّلَواتِ dubur solat itu membawa dua makna yakni selepas tasyahud akhir atau selepas salam.
Dalil hadis:

وقد روى الترمذي (3499) عن أبي أمامة رضي الله عنه قال : قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : أَيُّ الدُّعَاءِ أَسمَعُ ؟ قَالَ : (جَوفُ الّليلِ الآخِرِ ، وَدُبُرُ الصَّلَواتِ المَكتُوبَاتِ) أخرجه أبو داود (1277)، والترمذي (3499)، وحسنه، والنسائي (108)، وحسنه الألباني في الترغيب والترهيب (1648).

Dari Abu Umamah, ia berkata: Dikatakan: ‘Wahai Rasulullah, bilakah waktu terbaik saat doa dikabulkan?’ Beliau bersabda: ‘Akhir waktu malam dan akhir solat-solat yang diwajibkan.” [Abu Daud: 1277, Tirmizi: 3499, hasan, Nasai: 108, Al-Albani, hasan, sahih At-Targheeb: 1648 piawai Al-Albani, hasan lighairihi]

قيلَ يا رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ علَيهِ وسلَّمَ أيُّ الدُّعاءِ أسمَعُ قال جوفَ اللَّيلِ الآخرِ ودُبُرَ الصَّلواتِ المكتوباتِ
الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 3499 | خلاصة حكم المحدث : حسن

Mutaqaddimin, daif. Hasan, Tirmizi, adalah indikasi kecacatannya.
Berdoa selepas salam bukan bid’ah kerana khilaf ini, yang mengatakan doa sebelum salam ialah Ibn Taimiyah, (Zaad Al-Maad, 1:248) manakala fuqaha lain membolehkan berdoa selepas salam berdasarkan hadis di atas. Fatwa Saudi (Ibn Uthaimin rh):

وإذا كان الرَّسول صلّى الله عليه وسلّم أرشدنا بأن ندعو بعد التشهُّدِ صار الدُّعاء المقيَّد بالدُّبُر محلَّه قبل السَّلام آخر الصَّلاة. أما بعدَ الصَّلاة فهو الذِّكر

Terjemahan:
Apabila Rasul SAW membimbing kita untuk berdoa setelah tasyahud, maka doa yang di taqyid dengan ‘dubur’, tempatnya adalah sebelum salam di akhir solat. Adapun setelah solat, yang ada adalah zikir”. [Asy-Syarhul-Mumti’, 3/62 – software Syamela]

2. Doa Bila dua pasukan Tentera bertempur atau saat bermulanya perang.
Dari Sahl bin Sa’ad ra bahawa Rasulullah SAW bersabda,

ثِنْتَانِ لاَ تُرَدَّانِ أَوْقَلَّمَا تُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَ عِنْدَ الْبَأْسِ حِيْنَ يَلْتَحِمُ بَعْضُهُمْ بَعْضًا

“Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak; doa pada saat azan dan doa tatkala perang berkecamuk”. [Abu Daud, Jihad 3/21: 2540. Al-Baihaqi, Solat Istisqa’ 3/360. Hakim, Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta’liq Alal Misykat 1/212: 672].
Menurut Dr Abu Ammar Yasir Qadhi, ini saat gawat, hidup dan mati, maka Allah SWT mengabulkan doa ketika situasai sebegini.

اُطْلُبُوا اسْتِجَابَةَ الدُّعَاءِ عِنْدَ ثَلَاثٍ : عِنْدَ الْتِقَاءِ الْجُيُوشِ ، وَإِقَامَةِ الصَّلَاةِ ، وَنُزُولِ الْغَيْثِ

“Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan : [1] Bertemunya dua pasukan, [2] Menjelang solat dilaksanakan, dan [3] Saat hujan turun. [Al-Syafie, Al-Umm]
Tahqiq Al-Albani:

الراوي : مكحول | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الصحيحة
الصفحة أو الرقم: 1469 | خلاصة حكم المحدث : حسن لشواهده

(Hasan dengan penguat)

3. Doa Makbul di Suatu Waktu di hari Jumaat.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW menyebutkan tentang hari Jumaat, lantas beliau bersabda,

فِيهِ سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ ، وَهْوَ قَائِمٌ يُصَلِّى ، يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

“Di hari Jumaat terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang hamba Muslim yang ia berdiri melaksanakan solat lantas dia memanjatkan suatu doa pada Allah SWT bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah SWT akan memberi apa yang dia minta”. [Al-Bukhari: 935, Muslim: 2006]
Terdapat khilaf di kalangan fuqaha’ dan ahli hadis bilakah waktu yang tepat yang dimaksudkan oleh Nabi SAW.
Pendapat pertama: waktu imam duduk atas mimbar sampai selesai solat, dari hadis Abu Musa ra:

هِىَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الإِمَامُ إِلَى أَنْ تُقْضَى الصَّلاَةُ

“Waktu tersebut adalah antara imam duduk ketika khutbah hingga imam menunaikan solat Jumaat”. [Muslim: 2012]
Pendapat kedua: selepas Asar hingga masuk waktu Maghrib.
Dalil hadis, dari Jabir bin Abdillah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لَا يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا آتَاهُ إِيَّاهُ فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ

Pada hari Jumaat ada 12 jam. (Di antaranya ada satu waktu, apabila seorang Muslim yang memohon kepada Allah di waktu itu, nescaya akan Allah berikan. Carilah waktu itu di penghujung hari setelah asar. [Abu Daud: 1048, Nasai: 1389 dan disahihkan Al-Albani]
Pendapat kedua adalah pilihan salaf (Syaikh Al-Hilali, Nubadh Al-Mustatabah, ms 50), pilihan Syaikhul Islam Ibn Uthaimin dan Imam Ibn Qayyim, Zaad, 1:396.

HADITH ARBA’IN – 14

0

 

 

DI ANTARA SEBAB DIHALALKANNYA

DARAH SESEORANG

 

عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنِّي رَسُوْلُ اللهِ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ : الثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالتَّارِكُ لِدِيْنِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ

[رواه البخاري ومسلم]

 

Terjemahan Hadits:

Dari Ibnu Mas’ud radiallahuanhu dia berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain Allah dan bahwa saya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) adalah utusan Allah kecuali dengan tiga sebab: Orang tua yang berzina, membunuh orang lain (dengan sengaja), dan meninggalkan agamanya berpisah dari jamaahnya.

(Riwayat Al Bukhari dan Muslim

 

Catatan :

1. Tidak boleh menumpahkan darah kaum muslimin kecuali dengan tiga sebab, iaitu

a. Zina muhshon (orang yang sudah menikah)

b. Membunuh manusia dengan sengaja 

c. Meninggalkan agamanya (murtad) berpisah dari jamaah kaum muslimin.

 

2. Islam sangat menjaga kehormatan, nyawa dan agama dengan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka yang mengganggunya seperti dengan melakukan zina, pembunuhan dan murtad.

 

3. Sesungguhnya agama yang disepakati adalah yang dipegang oleh jamaah kaum muslimin, maka wajib dijaga dan tidak boleh keluar darinya.

 

4. Hukum pidana dalam Islam sangat keras, hal itu bertujuan untuk mencegah (preventif) dan melindungi.

 

5. Pendidikan bagi masyarakat untuk takut kepada Allah ta’ala dan selalu merasa terawasi oleh-Nya dan keadaan tersembunyi atau terbuka sebelum dilaksanakannya hukuman.

 

6. Hadits diatas menunjukkan pentingnya menjaga kehormatan dan kesucian.

 

7. Dalam hadits tersebut merupakan ancaman bagi siapa yang membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah ta’ala.

Bengkak Kelenjar Parotid (Parotid Gland)

0

1. Bolehkah bengkak kelenjar parotid sembuh tanpa pembedahan?

Parotid adalah kelenjar air liur yang berada di kedua-dua belah pipi. Bengkak parotid terbahagi kepada kanser dan bukan kanser. Pengesahan boleh dibuat dengan pemeriksaan doktor dan ujian lanjut seperti CT ‘scan’ (‘Computerized Tomography) atau MRI (‘Magnetic Resonance Imaging’). ‘Biopsy’ pun kadang-kadang digunakan tetapi saya membuat kesimpulan dari teknik pengimejan moden.

Jikalau kanser atau dikhuatiri kanser perlu buat pembedahan. Jika bukan kanser seperti jangkitan virus ‘mumps’ atau bakteria boleh diatasi dengan memakan ubat. 

Sebagai panduan, bengkak parotid yang tidak sakit, tidak demam dan ada pada sebelah pipi sahaja adalah lebih merbahaya. Pembedahan parotid lebih mudah jika tidak menunggu terlalu lama untuk membuat keputusan. Pembedahan boleh dilakukan di klinik pakar bedah am atau ENT (Ear, Nose, and Throat) ‘specialists’.

 

2. Saya mengalami bengkak kelenjar disyaki ‘parotide glands’ dan telah pun menjalankan CT scan pada bulan Oktober 2014. ‘Result’ belum diketahui kerana saya telah memohon untuk menangguhkan ‘appointment’ pada bulan November 2014. Sehingga hari ini saya belum lagi ‘set’ untuk ‘appointment’ baru. Saya amat takut dengan pembedahan dan saya juga tidak pasti adakah ia kanser atau masalah lain kerana sehingga kini saya berasa tidak selesa. Bengkak tersebut walaupun tidak ketara tetapi ia mengganggu saraf pipi dan mata hingga menimbulkan kesan ‘twitching’.

Buat ‘scan’ tidak semestinya terus ke pembedahan. Yang penting tahu masalah dulu.

Dapatkan ‘report’. Jika ragu-ragu boleh dapatkan beberapa ‘opinion’ doktor lain. Jangan pula jumpa bomoh.

Susah hendak dapat ‘appointment’ CT ‘scan’ ini. Kena jumpa semula doktor yang memeriksa, beri alasan yang munasabah dan dapatkan semula ‘appoinment’ CT ‘scan’. Jika di hospital swasta kosnya dalam RM500.

 

3. Tetapi doktor, jika sekiranya saya dicadangkan untuk jalani pembedahan, adakah sebarang risiko saraf muka saya akan terjejas?

Jangan fikir pasal pembedahan. Tidak dibedah pun ada risiko. Seperti juga kita hendak pergi kerja. Jika kita takut kemalangan jalanraya memang kita tidak keluar mencari rezeki.

Saya cadangkan puan hubungi kembali hospital berkenaan dan mohon tarikh temu janji yang baru. Kes-kes seperti ini belum tentu berakhir dengan pembedahan. Biasanya pakar akan ‘assess’ semula kondisi puan dengan sebarang penemuan melalui CT ‘scan’. Barulah keputusan akan dibuat.

Di samping itu, banyakkan berdoa dan lebihkan sedekah.

Semua rawatan sama ada moden atau alternatif ada risikonya. Seperti memandu kereta pun ada risiko kemalangan dan kematian tetapi kebanyakan kita dapat lupakan kerana ia adalah keperluan. Rawatan pun sama. Perkara sebegini perlu banyak bertawakal. Ada orang yang saya kenal mendapat kanser banyak kali jalankan ‘chemo’, tahu-tahu telah meninggal dunia akibat kemalangan bukannya sebab kanser atau kemoterapi.

Untuk pengetahuan puan juga, makan antibiotik pun ada orang telah mati kerana kesan ‘allergic’. Tetapi berapa ramai antara kita masih bernyawa walaupun sudah makan beratus-ratus antibiotik? Pesakit kusta pun sama juga. Ada orang kena jangkitan dia sembuh dan ada orang penyakit dia sembuh dan perlukan antibiotik. Begitu juga dengan perokok. Ada perokok mendapat kanser paru-paru  namun ada yang tidak dapat pun kanser paru-paru.

TKK 131: Syubhat Syaikh Muhammad Rashid Ridha

0

 

Bahagian 4: Golongan yang ragu dengan al-Mahdi

4.2 Syubhat Syaikh Muhammad Rashid Ridha

Syaikh Muhammad Rashid Ridha, wafat 1935, Cairo, merupakan murid Syaikh Muhammad Abduh. Beliau adalah tokoh pembahari atau tajdid/islah yang tersohor dan ramai gerakan Islam di Malaysia akan terpengaruh dengan beliau. Bahkan dia adalah pencetus kepada fenomena kaum muda. Karya agungnya ialah tafsir Al Quran, al-Manar.

 

Antara kata-katanya seputar al-Mahdi:


ال:[ وأما التعارض في أحاديث المهدي فهو أقوى وأظهر والجمع بين الروايات فيه أعسر والنكرون لها أظهر ولذلك لميعتد الشيخان البخاري ومسلم بروايتها في صحيحهما وقد ضعف كثير من أئمة المسلمين أحاديث المهدي]

Terjemahan:
Kecelaruan hadith-hadith al-Mahdi amat kuat, kompromi antara hadiths (yang saling bertentangan) amat sulit sekali, banyak ilmuan yang mengingkarinya, syubhatnya amat ketara. Bahkan Bukhari-Muslim tidak ada riwayat al-Mahdi dalam dua kitab sahihnya. Ramai ulamak hadith turut mendhaifkan hadith-hadith al-Mahdi.”

( Tafsir al-Manar, jld 9: 416)

 

Syubhat Syaikh Muhd Rashid Ridha dan jawapannya

 

1. Kecelaruan dari pelbagai riwayat hadith dan tidak mungkin ia dapat di tarjih. Ini tidak benar, kerana ahli hadith memiliki teknik untuk meluruskan hadith-hadith yang saling berlawanan dalam pelbagai isu, termasuk al-Mahdi samaada secara penggabungan atau secara Tarjih.

 

2. Kecelaruan, ramai ulamak yang menolak hadith al-Mahdi. Ini tidak benar, siapakah yang menolaknya? Ini kerana kalau ulamak itu ahli hadith,muhaddith,maka pasti dia tidak menolaknya. Maka ramai ulamak yang menolak sebagaimana dakwaan Ridha adalah mereka yang bukan ahli hadith.

 

3. Tiada hadith Mahdi dalam Bukhari Muslim

الجواب: أن صحيحي البخاري ومسلم لم تجمع أحاديث النبي صلى اله عليه وسلم ورواة السنة غير البخاري ومسلم هم
أئمة محققون ولنا طرق نميز بها صحيح الحديث من ضعيفه وإذا صح الحديث وجب علينا الأخذ به سواء كان
في الصحيحين أو في غيرهما ثم إن البخاري ومسلم رويا أحاديث المهدي بصفته دون النص على اسمه كما تقدم
في سياق أحاديث المهدي

Terjemahan:
Kitab keduanya bukanlah memuatkan kesemua hadith sahih. Ada banyak lagi hadith sahih berada dalam kitab hadith yang lain. Kita ada banyak kaedah untuk membezakan hadith sahih dan lemah yang mungkin ada dalam sahihain atau yang lain. Bukhari-Muslim juga ada hadith Mahdi tanpa menyebut nama secara khusus.
ref: Dr Muhammad al-Mubayyad, mausu’ah fil al-fitan, 589, Dr al-Areefi, Nihayah al-‘Aalam, 206)

HADITH ARBA’IN – 13

0

 

DI ANTARA BUKTI KEIMANAN

 

نْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسْ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِه

[رواه البخاري ومسلم]

 

Terjemahan Hadits:

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda:Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

 

Catatan :

 

1. Seorang mukmin dengan mukmin yang lainnya bagaikan satu jiwa, jika dia mencintai saudaranya maka seakan-akan dia mencintai dirinya sendiri.

 

2. Menjauhkan perbuatan hasad (dengki) dan bahwa hal tersebut bertentangan dengan kesempurnaan iman.

 

3. Iman dapat bertambah dan berkurang, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.

 

4. Anjuran untuk menyatukan hati.

Tafsir Surah Fussilat – Tafsir Ayat Ke-10 dan Ke-11

0

Tafsir Surah Fussilat

Sebelum kita masuk ke ayat hari ini, ada baiknya kita lihat ringkasan 2 ayat sebelum ini:

Tafsir Ayat Ke-8: Tabshir: Orang beriman dan beramal soleh akan mendapat pahala tanpa henti. Kita telah bincangkan tentang ‘iman sempurna’ dan ‘amal soleh’.

Tafsir Ayat Ke-9: Allah SWT yang jadikan alam ini, maka tidak patut kalau kita kata ada yang setanding dengan Allah SWT.

Tafsir Ayat Ke-10

Sekarang diberikan lagi dalil kenapa kita kena puja Allah SWT sahaja. Orang kafir Mekah menyembah berhala, malaikat dan jin, padahal Allah SWT lah yang menjadikan alam ini, bukan berhala-berhala dan sembahan-sembahan lain.

Masyarakat kita juga ada yang menyembah dan menyeru selain dari Allah SWT, padahal bukan entiti-entiti selain Allah SWT itu yang menjadikan alam ini.

وَجَعَلَ فيها رَواسِيَ مِن فَوقِها وَبارَكَ فيها وَقَدَّرَ فيها أَقواتَها في أَربَعَةِ أَيّامٍ سَواءً لِلسّائِلينَ

“Dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetap (tersergam tinggi) di atasnya, serta Dia melimpahkan berkat padanya, dan Dia menentukan ada pada-Nya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.”

وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا

Dan Allah SWT menjadikan gunung-gunung di atas bumi itu

Selepas Allah SWT jadikan bumi selama dua hari, maka Allah SWT isi keperluan di dalam bumi ini.

Allah SWT suruh kita lihat gunung ganang yang hebat itu. Allah SWT sahaja yang boleh buat gunung ganang tersebut. Tidak ada yang selain Allah SWT yang menjadikannya.

Allah SWT suruh tengok gunung itu dan kenangkan kehebatan dan kegunaannya. Gunanya gunung ganang itu adalah supaya bumi kukuh dan tidak bergegar. Allah SWT jadikan gunung ganang sebagai ‘pasak’ untuk menjadikan bumi ini stabil kerana bumi ini sentiasa berpusing. Maka, jika tidak ada pasak, tentu sudah bergegar.

Kalaulah bergegar, semua rumah akan runtuh, bumi akan jadi rata dan akhirnya akan masuk ke dalam laut. Semua tanah yang ada di bumi ini, kuantitinya muat kalau masuk dalam laut. Tidak tinggal tanah langsung kerana air laut lebih banyak dari tanah.

Gunung ganang itu juga dijadikan sebagai penghambat angin. Menahan angin dari jadi kuat sangat. Kalau tidak ada penahan, tentunya angin itu jadi lebih kuat dan kita pun boleh diterbangkan olehnya.

Satu lagi sebab Allah SWT jadikan gunung-ganang adalah supaya kita boleh lihat gunung-ganang yang gagah dan indah itu dan memikirkan siapakah yang boleh mencipta sesuatu yang sebegitu hebat? Ia akan memberi kita satu perasaan yang merendahkan diri kita dan takjub dengan satu kuasa yang Maha Hebat. Itulah Allah SWT yang Maha Berkuasa. Oleh itu, lihatlah alam semesta ini dan fikirkan di manakah kedudukan kita yang serba kerdil ini.

وَبَارَكَ فِيهَا

dan Allah SWT memberi berkat yang banyak kepada bumi itu.

Barokah adalah sesuatu yang sentiasa memberi kebaikan dan kebaikan itu bertambah-tambah tidak berhenti. Itulah yang terdapat pada alam ini.

Tadi Allah SWT sebut tentang gunung iaitu dengan Allah SWT buat gunung-gunung itu, maka akan mengalir anak-anak sungai dari tanah yang tinggi yang kemudiannya akan bergabung menjadi sungai yang besar.

Kalau tiada gunung atau tanah tinggi, maka tiadalah sungai. Jadi bumi akan jadi padang pasir sahaja. Jadi dengan air mengalir itu, ditumbuhkan pokok-pokok. Di tempat lain pula, Allah SWT adakan salji, dan bila musim panas, salji akan jadi air yang mengalir.

Allah SWT beri kelebihan dan kegunaan pada bumi itu, bukan duduk diam sahaja. Allah SWT memberkati bumi ini supaya kita dapat tinggal di dalamnya dengan selesa. Segala keperluan telah diberikan kepada kita supaya dapat menakluki bumi ini untuk didiami. Banyak benda yang kita gunakan dari bumi ini.

وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا

dan Dia menentukan berapa banyak keperluannya.

Allah SWT telah tentukan kadar keperluan yang diperlukan oleh makhluk-Nya. Berapa banyak air hujan diturunkan, berapa banyak pokok yang patut tumbuh, serangga apa dan binatang apa yang diperlukan di tempat itu. Kalau kita tengok rancangan kehidupan dalam media, seperti rancangan ‘National Geographic’, kita akan dapat tahu bagaimana telah ditentukan segala keperluan untuk tempat itu. Semuanya sesuai.

Kalau Allah SWT tidak tentukan berapa banyak air yang sesuai untuk kehidupan, akan tumbuh terlalu banyak pokok, sampai nanti tidak cukup baja untuk beri tumbuh-tumbuhan itu hidup. Pokok itu sendiri akan mati sebab tidak cukup baja. Atau kalau pokok banyak sangat, kita tidak ada tempat hendak tinggal. Allah SWT sudah tentukan keperluan kehidupan sampaikan semua makhluk flora dan fauna akan dapat keperluan mereka.

Dia juga yang menentukan makanan-makanan sebagai rezeki. Semua kadar itu telah ditentukan oleh Allah SWT yang Maha Bijaksana. Allah SWT berikan kadar itu ikut keperluan. Allah SWT sahaja yang tahu keperluan semua makhluk. Kita walaupun telah mengkaji bertahun-tahun, masih banyak lagi perkara yang kita tidak tahu.

فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ

dalam empat masa.

Bukan ’empat hari’, tetapi ’empat masa’. Kerana semasa Allah SWT cipta bumi, ‘hari’ tiada lagi. Kerana untuk ada ‘hari’, kena ada matahari, tetapi matahari belum dicipta lagi waktu itu. Maka, seeloknya kita gunakan dalam empat ‘masa’.

Allah SWT telah katakan bahawa Dia telah mencipta bumi selama 2 hari, kemudian ada ayat lain yang Allah SWT kata langit diciptakan dalam masa 2 hari. Sekarang dikatakan bahawa segala alam dalam dunia ini dijadikan dalam 4 hari. Kalau kita campur semua, akan jadi 8 hari. Tetapi, kita jangan kira begitu. Tidaklah Allah SWT perlu buat semua itu satu persatu. Ada yang Allah SWT buat pada masa yang sama. Contohnya, semasa Allah SWT menjadikan keperluan dalam alam ini, dalam masa yang sama juga, Allah SWT boleh ciptakan langit.

Ataupun, dalam ayat sebelum ini, disebut penciptaan bumi selama ‘dua hari’. Dan pengisian keperluan pula mengambil masa ‘dua hari’. Setelah di campur, itulah sampai kepada maksud ’empat hari’. Allah a’lam. Benda ini tidak penting mana, kita kena beriman sahaja… tetapi ada orang yang buat kira-kira pula benda ni … dan hairan.. Eh! kenapa ya begini… kenapa ya begitu…..? Padahal benda ini akal kita tidak akan dapat capai pemahamannya yang tepat dan kita tidak perlu untuk tahu dengan terperinci pun.

Mungkin timbul persoalan: Kenapa alam ini dijadikan dalam ‘enam masa’? Sedangkan dalam ayat lain, Allah SWT kata kalau Dia hendak jadikan sesuatu, Dia hanya kata: Kun – jadilah, maka ianya fayakun – akan terjadi.

Allah SWT kata Dia gunakan ‘enam masa’ kerana kalau kita menjadikan sesuatu perkara yang penting, kita akan berikan masa tumpuan kepadanya. Kita luangkan masa untuknya, kita tidak kelam kabut untuk menyudahkannya. Walaupun Allah SWT boleh sahaja jadikan dengan cara kun fayakun juga. Ulama kata, Allah SWT hendak mengajar kita: kalau kita melakukan sesuatu yang penting, maka luangkan masa untuk melakukannya. Jangan tergesa-gesa.

Ada ulama yang mengatakan perkataan ‘enam hari’ yang digunakan dalam ayat ini merujuk kepada masa tertentu juga (bukan masa secara abstrak). Kerana dalam ayat lain, ada disebut bahawa satu hari bersamaan dengan seribu tahun. Jadi, kalau begitu, mungkin masa penciptaan langit dan bumi mengambil masa selama 6 ribu tahun. Allah a’lam.

‘Masa’ adalah relatif. Kalau dalam dunia, kita faham apakah maksud ‘sehari’ itu. Tetapi itu di bumi, kalau di planet lain tidak sama. Satu hari di Planet Marikh mungkin selama setahun kita. Jadi, boleh jadi banyak pemahaman tentang masa penciptaan alam ini. Tidaklah perlu kita memikirkan dengan lama sangat kerana akal kita yang lemah ini tidak dapat memahaminya dan tidak dapat menjangkau maksud sebenarnya. Ia sesuatu yang tidak perlu difikirkan sangat.

سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ

Sama seperti bagi orang yang bertanya.

Yahudi dan Kristian telah tahu cerita ini ada dalam kitab mereka. Mereka tahu yang alam ini dijadikan dalam ‘enam hari’. Jadi mereka akan tanya Nabi soalan ini sebagai ujian kepada baginda. Maka inilah jawapan bagi soalan mereka itu. Jawapan yang diberikan itu sama macam yang telah ada dalam kitab suci mereka. Ia sama sahaja kerana Tuhan yang sama, bukan Tuhan yang lain pun.

Satu lagi maksud, kalimah سائل bukan sahaja bermaksud ‘yang bertanya’ tetapi ia juga bermaksud ‘yang memerlukan’. Jadi Allah SWT meluangkan masa 4 hari itu untuk menyediakan segala keperluan makhluk-Nya yang memerlukan makanan, minuman, tanah, air, tempat tinggal dan macam-macam lagi keperluan hidup kita. Setiap keperluan kita, Allah SWT tentukan.

Tafsir Ayat Ke-11

ثُمَّ استَوىٰ إِلَى السَّماءِ وَهِيَ دُخانٌ فَقالَ لَها وَلِلأَرضِ ائتِيا طَوعًا أَو كَرهًا قالَتا أَتَينا طائِعينَ

Kemudian Dia menunjukkan kehendak-Nya ke arah langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: “Turutlah kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!” Keduanya menjawab: “Kami berdua sedia menurut – patuh dengan sukarela”

ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ

Kemudian Allah SWT beri tumpuan kepada langit.

Kalimah اسْتَوَىٰ ini dari س و ي yang antara lain maksudnya menuju kepada sesuatu. Juga bermaksud memberi perhatian kepada sesuatu (beri fokus). Selepas Allah SWT selesai mencipta bumi, Allah SWT fokus untuk mencipta langit pula.

وَهِيَ دُخَانٌ

Langit masa itu masih dalam bentuk asap.

Langit tiada lagi dalam bentuk sekarang. Ianya dalam bentuk asap (gas). Belum dalam bentuk berlapis tujuh lagi.

فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ

Tuhan perintah kepada langit dan bumi

Ini adalah titah Allah SWT kepada bumi dan langit yang telah dicipta-Nya itu. Iaitu selepas bumi dan langit selesai diciptakan, Allah SWT bertitah kepada keduanya.

ائْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا

datanglah kamu kepada-Ku, sama ada dengan taat atau terpaksa.

Maksudnya, Allah SWT menyuruh alam ini untuk bergerak. Semua dalam alam ini sentiasa bergerak. Saintis telah mendapati bahawa apa sahaja dalam alam ini sentiasa bergerak, termasuk atom iaitu bahan yang paling kecil yang kita tahu, ia pun bergerak juga.

Tentunya kalau Allah SWT telah beri arahan kepada langit dan bumi, mereka terpaksa ikut. Mereka taat dalam bentuk fizikal, mereka tidak ada pilihan untuk menolak seperti yang diberikan kepada manusia.

Jadi kenapa Allah SWT cakap begini kepada mereka? Kerana hendak menunjukkan ketaatan yang ada pada langit dan bumi. Tidak seperti manusia, apabila disuruh taat, macam-macam alasan yang kita buat. Lihatlah apa yang alam jawab kepada Allah SWT:

قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ

Maka kedua-dua berkata: “kami datang kepada Kamu dengan taat”.

Langit dan bumi datang kepada Allah SWT dengan taat dan dengan sukarela. Maksudnya, bumi dan langit bergerak seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT. Begitulah Allah SWT menceritakan bagaimana makhluk Dia yang besar pun taat kepada-Nya.

Namun, amat malang sekali, kebanyakan manusia tidak buat macam tu. Mereka tidak taat kepada hukum Allah SWT. Mereka sebaliknya taat kepada nafsu mereka dan juga syaitan yang membisikkan perkara yang tidak elok.

Al-Quran tidaklah beri jawapan secara mantuq tetapi secara mafhum sahaja iaitu bumi ini bulat (sphera). Tetapi ada juga yang kata ada ayat-ayat yang kata bumi ini datar dengan menggunakan ayat-ayat tertentu.

Kitab tafsir yang lama, mengatakan yang bumi ini datar kerana ilmu sains mereka tidak sampai ke tahap itu. Antara yang kata datar adalah Ibn Baz… pada asalnya. Tetapi apabila ada orang Arab naik ke langit sebagai angkasawan (nama dia Putera Sultan jika tidak silap) dan dia kata bumi sfera dari atas, maka Ibn Baz tukar fatwa dan pendapat dia.

Jadi, untuk kepastian, saya cari angkasawan negara kita sendiri, Syeikh Muzaffar dan tanya dia, masa di angkasa, nampak bumi datar ke atau sfera? Dia kata sfera. Itu sudah ainul yaqin.

Allahu a’lam.

Tujuh Amalan Membantu untuk Menghadapi Kematian

0

Tujuh Amalan Membantu Untuk Menghadapi Kematian

Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” [ Surah al-Anbiaa: 35 ].

Hidup di zaman kemajuan ICT dan dunia tanpa sempadan, kejadian mati mengejut dan mati ditimpa musibah adalah sesuatu perkara biasa. Di negara kita sendiri kematian disebabkan kemalangan jalan raya, mati disebabkan sakit jantung dan mati dibunuh (sama ada kerana rompakan atau dendam) adalah beberapa kes kematian mengejut yang sering berlaku setiap hari.

Soalannya, apakah persiapan kita bila mati datang mengejut? Adakah kita telah membuat persiapan sekiranya saat kematian itu datang? Ketika itu apakah yang dapat kita bawa bersama sebagai teman setia yang akan membantu kita menghadapi saat getir di alam barzakh?

Terdapat tujuh amalan atau persiapan yang perlu kita lakukan sebelum ajal datang menjelma, maksudnya kita telah buat persiapan awal tanpa kita tunggu masa yang sesuai, selagi boleh kita buat kita terus buat.

Amalan Pertama : Setiap hari hendaklah bertaubat dan beristighfar.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali” (Hadis Riwayat Muslim).

Istighfar ertinya memohon ampun kepada Allah s.w.t. Islam mengajarkan kepada umatnya agar memperbanyak istighfar. Rasulallah SAW sendiri sehari minima 70 kali mengucapkan Istighfar (Hadis Riwayat Bukhari).

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)” [ Surah Al-Anfal: 33].

Amalan Kedua : Betulkan solat kita dan cuba untuk khyusuk.

Jangan lambat-lambatkan solat bagi lelaki cuba solat berjemaah di masjid. Solat adalah amalan yang pertama disemak jika solat diterima maka amalan lain juga akan diterima.

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah SWT berfirman: ‘Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba  sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi sesiapa yang cari dibalik itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang melampau batas. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” [Surah al-Mukminun: 1-11].

Amalan Ketiga: selesaikan semua hutang

Roh seorang muslim yang beriman atau pun roh seorang syuhada’ akan tergantung di antara langit dan bumi kerana hutangnya yang belum diselesaikan. Jangan tangguh-tangguh untuk membayar hutang. Apabila mempunyai wang yang cukup terus membayarnya.

Salah satu perkara yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan.

Anak-anak, isteri dan waris-waris pula tidak tahu atau pun tidak mahu bertanggung jawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut Hadis orang yang mati sedangkan ia masih berhutang maka rohnya terapung-apung di langit dan semua amalannya tergantung.

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah saw:” Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.”
(Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Oleh itu tulislah satu surat wasiat menyenaraikan semua hutang-hutang yang ada lengkap dengan jumlah dan nama dan alamat orang yang memberi hutang, serahkan kepada waris terdekat apabila mati minta warisnya tolong selesaikan supaya rohnya kembali kepada Allah SWT dalam keadaan tenang tidak tergantung.

Kebaikan untuk orang yang menangguhkan hutang bagi yang belum mampu akan mendapat perlindungan Arasy.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا أَوْ وَضَعَ عَنْهُ أَظَلَّهُ اللَّهُ فِى ظِلِّهِ

“Barangsiapa memberi ruang waktu bagi orang yang berada dalam kesulitan untuk melunasi hutang atau bahkan membebaskan hutangnya, maka dia akan mendapat naungan Allah.” (HR. Muslim no. 3006)

Amalan Keempat: Banyakkan Bersedekah Jariah (Infaq)

Menurut istilah ulama syara’ amal jariah juga di sebut sebagai wakaf iaitu menahan sesuatu yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan kemaslahatan serta kekal zatnya sebagai ( taqarrub) pendekatan diri terhadap Allah.

Hukum melakukannya adalah sunat.

Firman Allah Ta’ala yang berbunyi :

لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبون وما تنفقوا من شيء فإن الله به عليم

Maksudnya : Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. [Surah Ali ‘Imran: 92].

Amal jariah merupakan amalan yang terpuji di sisi Allah antaranya ialah membangun masjid , sekolah agama, maahad tahfiz, rumah anak-anak yatim, mewakafkan kitab-kitab bermanfaat kepada masjid dan lain-lain lagi. Perkara ini ada disebutkan dalam hadith, riwayat Ibn Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang kira-kira bermaksud:

”Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang soleh, mewakafkan Al-Quran, masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah.” (HR Ibn Majah).

Berikut disenaraikan antara fadilat-fadilat amal jariyah berbentuk sedekah ialah :

1) Bersedekah merupakan jalan kepada pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan.

2) Ikhlasnya bersedekah dapat meringankan kesusahan seseorang.

3) Harta orang yang bersedekah tidak akan berkurangan malah ianya akan bertambah.

4) Dengan bersedekah, kita akan terhindar dari bala dan umur juga diberkati serta menjadi panjang.

5) Merahsiakan sedekah memadam kemurkaan Allah manakala sedekah secara terang-terangan pendinding api neraka.

Amalan Kelima : Sebarkan Ilmu Yang Bermanfaat

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang berjalan di situ ia mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (Hadith Riwayat Muslim)

Menuntut ilmu adalah amat digalakkan tidak kiralah ilmu pengetahuan itu berbentuk keagamaan mahupun saintifik atau ekonomi. Apa jua ilmu bermanfaat yang telah kita pelajari sewajarnya kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Dan amat beruntung lagi jika ilmu sedemikian disebarkan dan diajarkan dengan meluasnya kepada orang ramai bersesuaian dengan sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam :

بلغوا عني ولو ءاية

Bermaksud : “Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)

“Pelajarilah oleh kamu ilmu faraidh itu, kerana ia adalah sebahagian daripada agama dan ia adalah setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama dicabut daripada umatku”

Firman Allah Subhanahu Wataala :

قال فإن اتبعتنى فلا تسألنى عن شيء حتى أحدث لك منه ذكرا

Ertinya : Dia berkata (selaku guru), jika kamu ingin ikutiku maka jangan kamu bertanya apa-apa sehinggalah aku menceritakannya kepadamu.” [ Surah Al-Kahfi:70 ].

Ayat ini tidak bermaksud kita sebagai murid tidak boleh bertanya semasa waktu pembelajaran, namun adab yang dimaksudkan di sini hendaklah dengan cara meminta izin terlebih dahulu.

Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi ada mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

Sekiranya mempunyai ilmu, perlulah ilmu tersebut diajarkan dan disebarkan kepada umat Islam supaya ilmu tersebut boleh dimanfaatkan. Penyebaran ilmu boleh dibuat melalui internet, ceramah, penulisan buku atau risalah dan pengajian di sekolah-sekolah dan masjid-masjid.

Amalan Keenam : Mendidikkan Anak-anak Yang Soleh

Ibu bapa mempunyai amanah yang besar dalam mendidik anak-anak mereka. Jika baik tarbiyahnya maka solehlah anak tersebut namun jika sebaliknya, akan mendatangkan kerugian kepada diri mereka sendiri.

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya:

“Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya”.

Anak merupakan amanah Allah yang amat bernilai kepada kita bagi mencorak dan melahirkan generasi yang bakal menjelajahi dunia yang penuh cubaan. Didikan agama yang betul adalah amat dititik beratkan. Insyaallah anak yang soleh, baik budi pekerti dan agamanya bukan sahaja menjadi harapan bangsa dan masyarakat Islam malah kepentingannya kembali kepada orang tuanya itu sendiri. Dengan ini, tidak rugilah mereka yang mempunyai anak yang soleh dan solehah kerana mereka lah yang akan sentiasa mendoakan orang tuanya setelah mereka meninggal dunia dan berikutan ini bertambahlah pahala orang tua tersebut hanya kerana sebuah doa dari anaknya.

Didiklah anak-anak kita semuanya supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kita sekiranya kita telah berada di alam barzakh.

Amalan Ketujuh  : Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepada mereka

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi S.A.W. bersabda: “Tidak ada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada orang itu untuk membalasnya, nescaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu supaya membalasnya pada hari kiamat.”  (Hadis Riwayat Baihaqi)

Tidak perlu menunggu Hari Raya. Dosa mengumpat, memfitnah, menyakiti hati orang dan mengambil hak mereka. Jika kita telah terambil hak atau barang-barang mereka maka pulangkanlah.

1. Anak segeralah memohon ampun kepada kedua ibu bapa.

2. Isteri hendaklah segera memohon ampun kepada suami.

3. Murid hendaklah memohon kemaafan kepada guru-guru.

4. Kita hendaklah memohon maaf kepada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan dosa kerana Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa yang dibuat sesama manusia.

Kesimpulan:

Amalkanlah tujuh perkara tersebut sebagai usaha-usaha kita semasa di dunia ini supaya apabila kita bertemu Allah SWT di alam barzakh dan hari akhirat nanti kita telah membuat sesuatu yang dapat membantu kita dan menyelamatkan kita daripada halangan dan gangguan untuk mendapat keampunan di sisi Allah SWT.

Allahu a’lam.

Cemerlang: Berinteraksi dan Bersabar dengan Manusia

0

Cemerlang:
Berinteraksi Dan Bersabar Dengan Manusia

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ

Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin yang bercampur (berinteraksi) dengan manusia dan bersabar atas perbuatan buruk mereka lebih besar ganjaran untuknya dari mereka yang tidak bercampur (berinteraksi) dengan manusia dan tidak bersabar atas perbuatan buruk mereka.” (HR Ibnu Majah No: 4022) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Kewujudan kita di tengah-tengah masyarakat Islam dan bukan Islam atau masyarakat yang tidak menghayati Islam adalah suatu yang dipuji. Kehadirannya menjadi sumber peluang bagi memperoleh kebaikan yang banyak bagi sesiapa yang bersifat positif dan mahu meraihnya.

2.  Keberadaan Muslim dalam kelompok manusia merupakan peluang untuk menyampaikan dakwah, menjadi pengislah kepada kejahilan dan kejahatan. Melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar memerlukan kesabaran.

3.  Berada di tengah-tengah kelompok manusia yang pelbagai, bermakna satu anjuran untuk melakukan ‘engagement’ dengan semua golongan dan kaum sama ada Islam mahupun bukan Islam. Dalam melakukannya, pastilah akan menghadapi pelbagai kerenah, amalan buruk dan kesulitan.

4.  Muslim yang ingin ganjaran besar di sisi Allah SWT ketika berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam atau pelaku maksiat berpeluang berdakwah dengan menasihat, menegur, membimbing dan memimpin mereka melalui sifat RAHMAH bukan kebencian dan permusuhan.

5.  Bersabar menghadapi pelbagai ragam kelompok semasa bergaul dan  ‘engagement’ dilakukan akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

6.  Mereka yang memilih untuk berada di luar dari tengah-tengah manusia atau di tengah-tengah keburukan manusia  tidak seharusnya merasa dirinya lebih suci daripada mereka yang berada di tengah-tengah manusia dan kejahatan.

7.  Penting bagi setiap Muslim untuk mempertingkatkan amal-amal peribadinya secara konsisten agar menjadi contoh kepada orang lain dan menjadi benteng terpengaruh dengan kejahatan juga keburukan mereka.

Hadis 64: Kesan Positif Pengulangan Hadis Dalam Sebuah Kitab

0

Panel: Ustaz ADÖULINÉ Lacharouphe

64- حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ خَشْرَمٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، عَنْ إِسْرَائِيلَ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ، قَالَ: مَا رَأَيْتُ أَحَدًا مِنَ النَّاسِ أَحْسَنَ فِي حُلَّةٍ حَمْرَاءَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِنْ كَانَتْ جُمَّتُهُ لَتَضْرِبُ قَرِيبًا مِنْ مَنْكِبَيْهِ.

64- Telah bercerita kepada kami `Aliy bin Khaysram, dia berkata: Telah bercerita kepada kami `Isa bin Yunus, daripada Isra’il, daripada Abi Ishaq, daripada Al-Bara’ bin `Azib, dia berkata:

Saya tidak pernah melihat seorang pun daripada manusia yang lebih elok dalam sepasang merah daripada Rasuli Llah. Ketika itu, rambutnya sungguh mencecah hampir daripada dua bahunya.

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini adalah ulangan sebahagiannya daripada beberapa hadis sebelum ini, seperti hadis ketiga: (عَظِيمَ الْجُمَّةِ إِلَى شَحْمَةِ أُذُنَيْهِ الْيُسْرَى، عَلَيْهِ حُلَّةٌ حَمْرَاءُ، مَا رَأَيْتُ شَيْئًا قَطُّ أَحْسَنَ مِنْهُ) “lebat rambutnya ke cuping dua telinganya yang kiri. Dia memakai sepasang merah. Saya tidak pernah pun melihat orang yang lebih elok daripadanya”, dan hadis keempat: (مَا رَأَيْتُ مِنْ ذِي لِمَّةٍ فِي حُلَّةٍ حَمْرَاءَ أَحْسَنَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ، لَهُ شَعْرٌ يَضْرِبُ مَنْكِبَيْهِ) “Saya tidak pernah melihat orang yang rambutnya mencecah bahu, dalam sepasang merah yang lebih elok daripada Rasuli Llah. Dia mempunyaï rambut yang mencecah dua bahunya”, dan hadis kedua puluh enam: (وَكَانَتْ جُمَّتُهُ تَضْرِبُ شَحْمَةَ أُذُنَيْهِ) “dan rambutnya menyentuh cuping dua telinganya”. Ketiga-tiga hadis tersebut turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin `Azib. Begitu juga dengan hadis kesepuluh riwayat Jabir bin Samurah: (وَعَلَيْهِ حُلَّةٌ حَمْرَاءُ) “dan dia memakai sepasang merah”, dan hadis keenam puluh tiga riwayat Abi Juhayfah: (رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهِ حُلَّةٌ حَمْرَاءُ) “Saya telah melihat Nabi dan dia memakai sepasang merah”.

Daripada hadis ini, dapatlah kita ketahuï bahawa sesuatu hadis itu biasanya berulang-ulang, dan setiap pengulangan itu memberikan gambaran yang lebih jelas dan lebih menyeluruh serta memberikan kefahaman terhadap hadis tersebut.

Ramai antara kita yang membaca hadis secara tidak bersistem, justeru, kita kehilangan gambaran menyeluruh atau pandangan semesta terhadap hadis itu. Tidak salah membaca hadis di dalam kitab fiqh, atau buku agama, atau di mana-mana, kerana membaca hadis itu adalah satu kemuliaan dan membawa kita selangkah lebih dekat dengan kekasih kita, Muhammad. Walau bagaimanapun, ketika membaca itu, kita sebagai penuntut ilmu tidak boleh menjadikan satu-satu hadis itu sebagai pandangan semesta atau pandangan muktamad dalam sesuatu perkara.

Di sinilah pentingnya membaca kitab hadis dari kulit ke kulit, mengikut urutannya dari awal hingga ke akhir, iaitu membaca keseluruhan sesebuah kitab hadis. Lebih baik, bagi yang mampu, dia hendaklah mengikuti majlis sama` hadis, iaitu mengkhatamkan pembacaan sesebuah kitab hadis. Tradisi ini penting, agar seseorang penuntut ilmu itu dapat membina satu pandangan semesta, atau gambaran am yang lebih baik bagi sesebuah hadis, atau lebih tepat, bagi sunnah secara umum.

Bagi kitab hadis yang disusun bab-bab fiqh, ada banyak hadis yang akan berulang dalam bab yang berlainan. Ini kerana sesuatu matan hadis, ia boleh jadi panjang dan pendek. Apabila matan itu panjang, ia mungkin menyentuh beberapa aspek atau bab yang berlainan. Contohnya, hadis keenam puluh empat ini dan hadis keenam puluh tiga adalah dalam bab berkenaan pakaian Rasuli Llah. Hadis ketiga, keempat dan kesepuluh di atas adalah dalam bab berkenaan perwatakan Rasuli Llah. Hadis kedua puluh enam adalah dalam bab berkenaan rambut Rasuli Llah.

Justeru, jika seseorang penuntut ilmu hanya membaca satu hadis – seperti hadis ini – di dalam bab ini – iaitu bab berkenaan pakaian Rasuli Llah – sahaja, dia akan kehilangan maklumat penting dalam bab-bab yang lain (seperti bab berkenaan perwatakan Rasuli Llah dan bab berkenaan rambut Rasuli Llah).

Dan ini membuka satu lagi perbincangan yang sering ditanya oleh penuntut ilmu iaitu tentang cara mempelajari hadis, bagaimanakah harus ia bermula? Adakah perlu membaca satu hadis, kemudian membaca sebanyak mungkin syarahnya sehingga faham, atau mengkhatamkan kitab hadis, walaupun tidak memahaminya?

Jawabannya adalah mudah, seseorang perlu mengkhatamkan sesebuah kitab hadis, dari hadis pertama sehingga hadis terakhir, sebuah kitab demi sebuah kitab hadis, dan setelah itu, barulah dia mendalami syarah hadis dan ilmu berkaitan `ulum hadis.

Ini bagi membolehkan seseorang itu mendapatkan gambaran am atau pandangan semesta tentang hadis dan sunnah di dalam sesebuah kitab hadis, dan apabila dia meneruskan dengan kitab hadis yang berikutnya, dia akan dapat meluaskan lagi pandangan semestanya. Ini kerana hadis-hadis di dalam kitab hadis adalah berulang-ulang, cuma mungkin ia disampaikan dalam bentuk yang mempunyaï kelainan, dari satu hadis ke satu hadis, dari satu bab ke satu bab, dari satu kitab ke satu kitab.

Setelah mengkhatamkan sekurang-kurangnya satu kitab hadis, sama ada Muwatta’ Malik, Sahih Al-Bukhariy, Sahih Muslim, Sunan At-Tirmizi, Sunan Abi Dawud, Sunan An-Nasa’iy, atau Sunan Ibnu Majah, barulah seseorang itu meneruskan perjalanan ilmunya dengan mendalami syarah hadis. Jika dia mahu, dia boleh meneruskan dengan kitab hadis yang lain seperti Musnad Ahmad, Sunan Ad-Darimiy dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, bagi yang tidak mampu, seperti bagi orang yang mula belajar agama setelah umur pencennya, atau bagi orang yang mahu belajar agama tetapi sibuk dengan pekerjaannya, dia boleh memilih untuk mendalami apa-apa hadis yang dia mahu atau sempat untuk mempelajarinya, walaupun tidak mengikut saranan mengkhatamkan sekurang-kurangnya sebuah kitab hadis ini.

Apabila kita mencintaï Nabi kita Muhammad, sudah tentu kita seboleh-bolehnya mahu mengetahuï sebanyak dan selengkap mungkin tentang kekasih kita. Justeru, perjalanan mempelajari ilmu hadis, ia adalah satu langkah bagi kita mengenali insan agung bernama Muhammad.
*******
*******
*******

.

Tafsir Surah Al-Qari’ah – Tafsir Ayat Ke-8 hingga Ke-11

0

Tafsir Surah Al-Qari’ah

Alhamdulillah, kita telah melalui hari yang baik, iaitu hari raya korban. Suka saya ingatkan diri saya dan semua, kita renung sebentar firman Allah SWT :

Rujuk Surah [ Al Hajj (22) : 37 ]:

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah SWT, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah SWT telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah SWT terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

Maka jalan orang bertaqwa adalah melalui kitab-Nya [ Baqarah: 2 ]. Jadi tanamkan juga niat dan tujuan kita belajar Al-Quran ini adalah untuk menjadi orang yang bertaqwa! Aminn.

Sebelum masuk kepada ayat seterusnya, kita akan mengimbas kembali pelajaran yang lalu iaitu :

1. Perihal orang yang berat timbangannya di hadapan Allah SWT.

2. Timbangan berat yang akan dikira oleh Allah SWT adalah kebaikan, adapun selainnya tidak akan memberikan kesan.

3. Kebaikan yang “terberat” merujuk kepada nilai ikhlas dan menepati apa yang Rasul SAW tunjukkan.

Setelah diceritakan mengenai timbangan yang berat, Allah SWT juga berfirman dengan ayat seterusnya bagi keadaan yang “sebaliknya”.

Ayat ini adalah dalam kategori Takhwif : sebagai untuk menakutkan atau ingatan kepada manusia.

Tafsir Ayat Ke-8:

َوَأَمّا مَن خَفَّت مَوازينُهُ

Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya,

Keadaan berat atau ringan dalam Al-Quran boleh menjadi DUA sisi pandang ( fahami dahulu elok-elok maksud saya ). Ini kerana ada dalam ayat yang lain iaitu dalam Surah [ An Nisa’ ( 4 ) : 28 ]:

يُريدُ اللَّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُم ۚ وَخُلِقَ الإِنسانُ ضَعيفًا

Allah SWT berkehendak meringankan diri daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.

Namun maksud yang mudah kita fahami :

ATAS DUNIA : Kita hendaklah “meringankan” diri laksanakan segala tuntutan Allah SWT kerana Allah SWT jua berkehendakkan agar manusia itu terselamat dari segala azab.

TETAPI DI AKHIRAT : Sebaliknya semasa timbangan amal, kita mengharapkan agar timbangan kita tidak ringan.

Oleh itu jika kita ingin mendapat timbangan yang berat di akhirat kelak, maka hendaklah melakukan amal kebaikan di dunia ini seperti yang Allah SWT telah berikan arahan dan hukum-Nya kepada kita.

Ia adalah bertujuan bagi meringankan “beban” yang tidak baik untuk kita. Dengan melakukan amalan itu, maka kualiti amal kebaikan kita tidak terganggu sekiranya diberatkan dengan keburukan. Kita akan senang di dunia dan senang juga di akhirat.

Ringankan apa-apa untuk menjadi hamba Allah SWT! Contoh jika dalam situasi realiti, seorang hamba yang paling disayangi tentulah yang rajin dan ringan tulang melakukan arahan tuannya.

Hadis Nabi SAW menyarankan kita ikuti kejahatan dengan kebaikan. Namun, dalam masa yang sama kena banyakkan juga istighfar dan taubat. Hendaklah memohon maaf juga jika berkaitan sesama manusia.

Perbincangan yang lain :

Allah SWT tidak menjelaskan balasan ini dengan firman-Nya sekali gus, tetapi “seolah” ditangguhkan ke ayat yang seterusnya ( iaitu ayat 9 ).

Ini memberi isyarat seolah-olah, tahu hikmah dari-Nya:

– Allah SWT mahu kita memberikan perhatian terhadap “apakah balasan” yang akan disebutkan.

– Perkara seterusnya merupakan suatu yang besar, oleh itu diberikan ruang khas penjelasannya dalam ayat seterusnya.

Tafsir Ayat Ke-9:

فَأُمُّهُ هاوِيَةٌ

Maka tempat kembali (ibunya) adalah neraka Hawiyah.

أُمُّهُ

(ibunya)

Terdapat beberapa gambaran yang boleh kita teliti dari kalimah yang terdapat dalam ayat ini:

Pertama : Ia adalah dari pepatah Arab

Pepatah Bahasa Arab ada menyebutkan mengenai mereka yang mengalami masalah yang sangat besar, lalu mereka akan kata:

هوت أُمُّهُ

Bermaksud : Ibunya jatuh ke dalam lembah dan mati!

Ini menunjukkan betapa teruknya nasib orang tersebut. Dalam firman Allah SWT ini diambil pepatah ini KEMUDIAN diberikan makna yang lebih berat lagi dari apa yang mereka gunakan itu, iaitu:

“ibunya di dalam lembah dalam neraka”

Kedua : Secara literal ( Ibunya adalah neraka )

Bagaimana sifat ibu yang kita boleh bayangkan?

– Memeluk erat anaknya;

– Dikandung dalam perutnya;

– Tidak sekali melepaskan anaknya ke tempat yang lain.

Begitulah sifatnya api neraka akan memperlakukan

هاوِيَةٌ

Dari kalimah ه و ي yang bermaksud burung helang yang terbang laju ke lembah, semasa burung itu sedang mengejar untuk menangkap mangsanya.

Secara lebih mendalam, kita dapat meneliti bahawa Allah SWT sedang memberikan suatu gambaran mengenai : KEADAAN ORANG YANG SEDANG JATUH MENJUNAM!

Kerana itu, perkataan ini digunakan KERANA Allah SWT bukan sekadar ingin memberitahu keadaan manusia yang jatuh ke neraka. Bahkan, mereka sebenarnya menjunam laju ke dalam neraka tersebut.

Juga jangan kita lupa, sifat neraka yang dalam tersebut lalu bagaimana agaknya tertimbus atau terbenamnya bagi orang yang dicampak ke neraka sebegini? Semoga Allah SWT lindungi kita dari api neraka. Amiin.

Tafsir Ayat Ke-10:

وَما أَدراكَ ما هِيَه

Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?

Sekali lagi Allah SWT bertanya kepada kita, dengan tujuannya :

  1. Peringatan seperti satu sergahan.
  2. Untuk menunjukkan kepada manusia, “kamu tidak tahu apa-apa”. Jadi berhati-hati dan selamatkan diri.
  3. Menunjukkan perkara yang serius ( sehingga diulang soalan, agar nantikan dengan baik jawapan dalam ayat seterusnya selepas ini )

هِيَه

Penggunaan dalam soalan ini hanya menggunakan Dhomir ( kata ganti nama kepada Hawiyah ) :

1. Untuk meringkaskan ( logiknya benda yang kita tidak mahu, tidak perlu bual panjang-panjang ).

2. Kerana jawapannya selepas ini juga ringkas.

3. Sebutan dhomir itu ( Huruf Ha Simpul) lebih memberikan feel bila membaca dan mendengar.

Kini, Allah SWT yang bertanya, dan Allah SWT jua yang menjawab.

Tafsir Ayat Ke-11:

نارٌ حامِيَةٌ

(Iaitu) api yang sangat panas.

حامِيَةٌ

Bermaksud : api yang sangat panas dan membara.

Hadis Nabi SAW:

“Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak adam di dunia ini hanyalah 1 per 70 kepanasan api Neraka Jahanam”. Sahabat bertanya: “Demi Allah SWT! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa”. Baginda s.a.w bersabda: ” Meskipun demikian, kepanasan Neraka Jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak 69 bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini” [ Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi ].

“Mereka merintih di dalam api dan mereka di dalamnya tidak bisa mendengar.” [Al-Anbiyaa: 100].

Tidak mampu mendengar bukan sahaja kerana diazab, tetapi sebab tersangat ‘tension’ hidupnya dalam neraka tersebut.

– Ingat mati

– Ingat kiamat

– Ingat api neraka

Semua yang mampu memberikan kita iktibar. Sebab itu bagi orang beriman, neraka juga satu “rahmat”. Agar dia mampu menolak kejahatan kerana takutkan azab Allah SWT.

Oleh sebab itu bila kita tidak belajar untuk memahami isi kandungan Al-Quran, mana mungkin kita akan rasa gerun dengan kematian dan hari Pembalasan. Demikianlah yang terjadi dengan sayidina Umar r.a yang mendengar beberapa ayat Al-Quran sahaja terus berubah 360’, terus terkesan kerana faham dengan ayat yang dibacakan.

Ibrah dan Kesimpulan :

Pertama

Kaedah firman Allah SWT dalam surah ini adalah dengan “soalan dan jawapan” berlangsung sehingga akhir surah, seolah-olah memberikan motivasi kepada kita agar sentiasa menjadi makhluk yang berfikir dan mencari jawapan mengenai “hari Pembalasan” yang pasti akan kita hadapi.

Semoga dengan sentiasa mengenang hari tersebut, kita akan mulakan persediaan sejak dari atas dunia lagi.

Kedua :

Kita hendaklah berusaha “meringankan” diri untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT agar timbangan kita pula di hari akhirat nanti menjadi berat.

Ketiga :

Sesungguhnya tempat kembali yang sebenar bagi hamba Allah SWT ialah Syurga ( asal tempat Adam as ). Maka janganlah kita terpedaya dan terpesong dengan ujian dunia ini sehingga tersalah menempah tempat kembalinya hingga ke neraka.

 

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan