Utama Blog Halaman 151

Kawaid Bid’ah 13/16

0

 

Melakukan Ibadat tidak dalam sifat atau sebab ia disyariatkan, maka menjadi Bid’ah

 

(القاعدة الثالثة عشر: فعل العبادة على غير الصفة التي وردت بها أوغير السبب التي وردت من أجله تعتبر بدعة)

Sesuatu ibadat sudah ada sifat yang tertentu, maka kita wajib melaksanakannya dengan sifat tersebut, jika kita ubah sifat ibadat tersebut maka ia menjadi bid’ah.

 

Contoh ibadat sifat: Azan

  • Azan di zaman Nabi SAW dalam bentuk dan sifat yang tertentu. Zaman sekarang, ada orang menambah, misalnya orang syiah menambah syahadah kepada Ali, juga dilagukan dengan taranum yang melampau (terlalu panjang, meleret-leret dan berlebihan dalam berlagu, irama hindustan juga ada).

 

Contoh sebab: solat Istikharah

  • Ia dilakukan untuk sesuatu urusan yang tidak jelas, samada perlu dilakukan atau tidak, atau pilihan yang mana satu antara A dan B. Manakala dalam urusan yang sudah maklum, misalnya samada aku nak kahwin atau membujang, maka jika melakukan solat Istikharah adalah dianggap bid’ah sebab ia bukanlah sebab didirikan solat tersebut.

 

Contoh sebab: Tahlil

  • Tahlil adalah zikir yang utama, asalnya ia adalah zikir untuk mendekatkan diri seseorang kepada Allah, tapi bila ia dilakukan secara jama’iy dan pahalanya dipindahkan kepada arwah tertentu, maka ia menjadi bid’ah.

 

Bacaan sadaqallahu adzim.

  • Fatwa arab saudi: Tidak digalakkan membaca “Sadaqa Allah Al-Azim” selepas habis membaca Al-Quran kerana ia bukan dari Nabi saw dan tidak juga dari para sahabatnya.

 

1. Sheikh Ibnu Utsaimin. Izaalat al-sitaar ‘an al-jawaab al-mukhtaar. Riyad : Muaasasah Al-Risalah, 2000. ms 79-80).

 

2. Kitab Majmu’ Fatawaa wa Maqaalat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz bin Baaz – 9. Riyad : Dar Al-Watan, 2000. ms 342.

Manakala syaikh atiyah saqr (al-Fatawa Min Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam. Karangan: Syeikh Atiyyah Saqr (mantan Pengerusi Fatwa al-Azhar). Terbitan: al-Maktabah al-Taufiqiah. Jilid: Satu. Mukasurat: 142 dan 143.)berpendapat, tidak boleh terlalu keras membid’ah mereka yang membacanya.

 

  • Pertarungan antara iman dan nafsu ini memang sudah maklum oleh Pencipta manusia itu sendiri:

 

Dalil hadits:

لَوْ أَنَّ الْعِبَادَ لَمْ يُذْنِبُوْا لَخَلَقَ اللهُ الْخَلقَ يُذْنِبُوْنَ ثُمَّ يَغْفِرُ لَهُمْ رَواه الْحَاكِمُ

“Seandainya hamba-hamba Allah tidak ada yang berbuat dosa, tentu Allah akan menciptakan makhluk lain yang berbuat dosa kemudian mengampuni mereka.

[HR Al Hakim, hlm. 4/246 dan disahihkan Al Albani dalam Silsilah al-Sahihah, no. 967]

 

  • Maka berulang kali buat dosa, taubat dan buat lagi itu memang sudah lumrah anak Adam.Cuma kita kena kurangkan risiko terjebak dalam dosa apatah lagi dosa yang besar.

 

Antara langkah bijak ialah:

1.Sibuk dengan menuntut ilmu, seperti arabic, al Quran, hadits, dan sebagainya walaupun sudah berkerjaya.

2.Juga memilih teman-teman yang cintakan ilmu.

3.Banyak terlibat dengan NGO agama dan kemanusiaan.

 

Perihal sedekah untuk si mati

  • Membaca al Quran dan pahalanya berpindah (transfer) kepada si mati menurut Ibn Taymiyah:

Kata Imam Ibn Taymiah :

“Sah dari Nabi SAW bahawa baginda mengarahkan bersedeqah kepada si mati, juga berpuasa untuknya , maka sedeqah untuk si mati adalah termasuk dari kalangan amalan soleh.

Bagaimanapun bukanlah dari kebiasaan para ulama salaf dan sahabat apabila solat sunat dan puasa dan haji dan membaca al-Quran, mereka menghadiahkan kepada muslimin yang telah mati, justeru adalah terlebih baik jika manusia menuruti jalan mereka kerana ia adalah lebih baik dan sempurna.”

(Fatawa al-Kubra , 3/38 cetakan dari al-kutub al-ilmiah)

 

 

**maksudnya ikut kaedah bid’ah no 06. sila lihat balik notanya.

Hadis 82: Amalan Sunat Selepas Mandi Jenazah (Kitab Bulughul Maram)

0

Panel: Abu Tolhah Solahuddin

Assalamu’alaikum

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Hadis 82

ِعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( مَنْ غَسَّلَ مَيْتًا فَلْيَغْتَسِلْ وَمَنْ حَمَلَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ ) أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَالنَّسَائِيُّ وَاَلتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَه وَقَالَ أَحْمَدُ لَا يَصِحُّ فِي هَذَا اَلْبَابِ شَيْءٌ

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Barangsiapa yang memandikan mayat maka hendak lah dia mandi dan sesiapa yang mengangkat/membawanya maka hendak lah dia berwudhu”
Dikeluarkan oleh Ahmad, an Nasa’i dan at Tirmidzi, dia mengatakan hadis ini hasan. Dan Imam Ahmad berkata: tak ada sesuatu yang sohih dalam bab ini.

[Darjat hadis]

Hadis ini sohih.

Cuma khilaf ulama adakah ia sohih Marfu’ atau Mauquf (yakni hadis ini dari perkataan Abu Hurairah). Ini seperti maksud dari perkataan Imam Ahmad mengatakan tidak ada sesuatu yang sohih dalam bab ini, yakni sohih Marfu’.

Sebahagian ulama mengesahkan hadis ini sebagai hadis Marfu’. Ini sesuai dengan pendapat Imam At Tirmidzi dan selainnya.
Antara yang mengatakan hadis ini sohih Marfu’ ialah Ibn Qattan, ibn Hazm, ibn Daqiq al Aidh dan al Albani. Dan Ibn Daqiq al Aidh berkata: “perawi-perawinya adalah perawi-perawi Muslim.

[Penerangan]

1- Hadis ini menunjukkan bahawa disyariatkan bagi orang yang mandikan mayat supaya mandi. Secara zahir hadis ini membawa makna wajib mandi setelah mandikan mayat.

2- Hukum mandi ini bentuk umum iaitu meliputi semua jenazah sama ada mayat kecil-besar atau tua-muda atau lelaki-perempuan atau muslim-kafir atau berlapik-tidak berlapik sama sahaja hukumnya.

3- Hukum wajib mandi pada hadis di atas seolah-olah bertentangan dengan hadis lain yang menunjukkan bahawa tidak wajib mandi seperti di dalam riwayat al Baihaqi dari ibn Umar berkata:

كنا نغسل الميت فمنا من يغتسل ومنا من لا يغتسل

“Kami dulu selalu mandikan mayat. Lalu ada dikalangan kami yang mandi dan ada dikalangan kami yang tidak mandi”
(Ibn Hajar berkata “hadis ini isnadnya sohih)

Jadi, melalui hadis ibn Umar dan hadis Abu Hurairah di atas menunjukkan bahawa tidak wajib mandi setelah mandikan mayat. Hanya saja disunatkan mandi. Ini sesuai dengan pendapat kebanyakkan ulama’.

Namun ada juga mewajibkan mandi seperti mazhab Hanabilah dan mereka juga berpendapat batal wudhu kerana berdalilkan hadis Abu Hurairah ini.
Dan alasan lain, mereka mengatakan bila mandikan jenazah kebiasaannya boleh tersentuh auratnya ketika balikkannya atau sebagainya. Maka dengan itu diperintahkan berwudhu sama ada ia hukum sunat ataupun wajib seeloknya berwudhu.
Manakala bagi jumhur ulama’ mengatakan tidak wajib bahkan ia sunat semata.

4- Ada pun perintah berwudhu dalam hadis Abu Huraira di atas, as-Son’ani mengatakan tidak ada seorang pun dikalangan ulama’ berpendapat berwudhu seperti untuk solat disebabkan mengangkat jenazah. Ini kerana lafaz wudhu itu ditafsirkan membasuh kedua tangan sahaja. Maknanya bukan berwudhu seperti wudhu untuk solat cuma dibasuh kedua tangan disunatkan atas dasar kebersihan dari bau-bau tidak menyenangkan atau sebagainya. Itu pun bukan kerana jenazah itu najis. Sebab mayat manusia tidak najis.

Maka basuh tangan di sini adalah disunatkan sekiranya mengangkat jenazah. Ini sesuai dengan hadis ibn Abbas diriwayatkan oleh al Baihaqi :

حسبكم ان تغتسلوا ايديكم

“Cukup lah kamu hanya membasuh tangan-tangan kamu”
(Ibn Hajar berkata hadis ini hasan)

Sekiranya tidak basuh tangan, tidak mengapa. Perintah ini hanya kerana memikul atau mengangkat mayat yang mana tangannya tersentuh badan jenazah secara berlapik dengan kain atau tidak berlapik. Manakala hanya sentuh pengusung jenazah,tidak perlu basuh.

Habis di sini kelas malam ini..

Dan Allah jua Yang Maha Mengetahui.

Ada soalan boleh tanya,in sya Allah saya jawab kemudian.

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين
والسلام عليكم ورحمة الله

MUDRAJ Bhg. 02

0

Panel: BroSyarief
#180107 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.13.02 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي) – Percanggahan Riwayat Tsiqah dan Jenis-jenisnya (مخالفة الثقات وأنواعها).

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

MUDRAJ (المدرج) Bhg. 02

Bentuk-bentuk Idraj pada Sanad (sambungan):

3. Bentuk ke-3, seorang periwayat Z memiliki dua riwayat yang berbeza. Sanad A dengan matan A, dan sanad B dengan matan B. Lalu datang seorang periwayat Y meriwayatkan kedua-kedua riwayat itu dari Z berpegang hanya kepada salah satu sanad, atau dia riwayatkan kedua-dua riwayat itu dengan sanad yang khas dan ditambahkan dari matan B kepada matan A menjadi satu riwayat.

Contohnya seperti hadits yang diriwayatkan oleh Abu Ya’la di dalam Musnadnya, dari jalan periwayatkan Malik, dari az-Zuhri, dari Anas, bahawa RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ تَبَاغَضُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَ تَدَابَرُوا وَلاَ تَنَافَسُوا

“Janganlah kalian saling membenci, jangan juga saling mendengki, jangan juga saling memotong, jangan juga saling berlumba (secara tidak sihat)..”

Dan perkataan لاَ تَنَافَسُوا merupakan tambahan (Idraj) dari hadits lain yang diriwayatkan dengan sanad lain dari jalan Abu Zinad, dari al-A’raj, dari Abu Hurayrah.

4. Bentuk terakhir, seorang periwayat sedang menyampaikan satu sanad hadits, kemudian pada masa yang sama berlaku sesuatu, dan dia menyampaikan kata-kata dari dirinya sendiri yang sebenarnya tiada kaitan dengan sanad yang baru disebutnya; kemudian salah seorang pendengar menyalin atau menghafalnya dengan sangkaan ianya adalah matan bagi sanad tersebut.

Contohnya seperti kes di mana Tsabit ibn Musa baru tiba di majlis Syuraik ibn ‘Abdillah al-Qaadhi, dan pada ketika itu dia sedang membacakan sanad berikut:

حَدَّثَنَا شريك، عَن الأعمش، عَن أَبِي سفيان، عَن جابر بْن عبد اللَّه،

‘Telah menceritakan kepada kami, Syuraik; dari al-A’masy, dari Abu Sufyan, dari Jaabir’

Kemudian dia terlihat Tsabit ibn Musa (sedang masuk), lalu berkata:

مَنْ كَثُرَتْ صَلاتُهُ بِاللَّيْلِ حَسُنَ وَجْهُهُ بِالنَّهَارِ

“Sesiapa yang banyak solatnya di waktu malam, wajahnya akan terlihat indah di waktu pagi”

Dalam keadaan sebenarnya dia menyebutkan itu untuk memuji Tsabit, kerana kesolehannya, tetapi Tsabit menyangkakan kata-kata itu merupakan matan bagi sanad yang baru sebentar tadi disebutkan oleh Syuraik.

[Tadrib ar-Raawi]

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.
__

#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Tafsir Surah Fussilat – Tafsir Ayat Ke-28 dan Ke-29

0

Tafsir Surah Fussilat

Kita lihat ringkasan pengajaran dalam ayat sebelum ini:

Ayat 26: Ada orang yang menghalang pengajaran Al-Quran disampaikan kepada manusia.

Ayat 27: Mereka yang menghalang itu akan dikenakan dengan azab yang amat keras.

Tafsir Ayat Ke-28

ذٰلِكَ جَزاءُ أَعداءِ اللهِ النّارُ ۖ لَهُم فيها دارُ الخُلدِ ۖ جَزاءً بِما كانوا بِآياتِنا يَجحَدونَ

Demikianlah keadaannya balasan musuh-musuh Allah iaitu neraka; disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal di dalamnya, sebagai balasan bagi perbuatan mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat Kami.

ذَٰلِكَ جَزَاءُ أَعْدَاءِ اللهِ النَّارُ

Itulah balasan bagi musuh-musuh Allah, iaitu api neraka

Kalimah جَزَاءُ adalah balasan yang mereka akan terima, tetapi maksud perkataan itu ada elemen yang ia akan berterusan diterima oleh mereka. Oleh itu, bukan sahaja mereka akan kena azab, tetapi mereka akan terus menerima azab itu.

Jika di dunia, seseorang membunuh ramai orang, paling banyak dia boleh dibunuh balas adalah sekali sahaja kerana dia hanya ada satu nyawa sahaja. Tetapi kalau di akhirat nanti, Allah SWT boleh ‘bunuh’ dia berkali-kali. Tetapi tidaklah bunuh sebenarnya, kerana dia tidak akan mati-mati sampai bila-bila.

Teruk sekali gelaran yang diberikan kepada mereka: ‘musuh-musuh Allah’. Ini kerana teruk sangat kesalahan yang mereka telah lakukan – menghalang wahyu dari disampaikan kepada manusia. Kalau bermusuh dengan Allah SWT, bolehkah mereka selamat lagi? Memang tidak ada harapan langsung.

لَهُمْ فِيهَا دَارُ الْخُلْدِ

Bagi mereka dalam neraka itu, negeri yang kekal abadi.

Apabila digunakan perkataan فِيهَا, itu bermaksud mereka akan tinggal tetap di dalamnya, mereka tidak akan dapat keluar. Kalau orang beriman, ada juga yang akan masuk dalam neraka kerana mereka ada dosa yang perlu dibersihkan. Tetapi, akhirnya mereka akan keluar neraka dan masuk syurga. Mereka itu dikenali sebagai jahannamiyyun.

Tetapi mereka yang disebut dalam ayat ini, mereka tidak ada peluang untuk keluar langsung. Mereka akan kekal abadi dalam neraka. Adakah ini berbaloi?

Kesalahan mereka buat semasa di dunia, bukannya sepanjang masa. Ada waktu tertentu sahaja yang mereka buat dosa. Kadangkala mereka mengalah juga. Tetapi di akhirat akan diazab sentiasa, tiada cuti langsung. Maka kena berhati-hatilah dengan apa yang kita lakukan.

Kenapa mereka dikenakan dengan azab yg teruk itu?

جَزَاءً بِمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ

Ini sebagai balasan terhadap apa yang mereka dulu tentang ayat-ayat Kami bila dibaca dulu, mereka membantah.

Apabila ada perkataan كَانُوا, itu bermaksud mereka berkali-kali membantah. Bukan sekali dua sahaja.

Ini adalah kerana bukan sekali dua sahaja Nabi Muhammad SAW berdakwah kepada mereka dan membacakan ayat Al-Quran kepada mereka – banyak kali.

Tetapi setiap kali, mereka akan bantah. Dan yang paling mereka bantah itu adalah ayat-ayat Tauhid. Itu yang mereka paling susah untuk terima.

Mereka jadi kufur kerana apabila ayat Al-Quran dibacakan, mereka faham tetapi enggan terima. Mereka bantah di khalayak ramai, tetapi dalam hati mereka, mereka tahu bahawa ia adalah benar. Jadi, maksud يَجْحَدُونَ adalah ‘membantah dalam faham’. Oleh itu, mereka ini adalah jenis ‘kafir degil’, bukan ‘kafir jahil’.

Abu Jahal dan sahabat-sahabatnya sebenarnya selalu mendengar ayat Al-Quran dibacakan pada malam hari secara senyap-senyap. Kerana mereka tahu bahawa ia benar dan mereka pun terhibur apabila mendengar bacaannya. Mereka tahu dalam hati mereka bahawa ia adalah benar, tetapi kerana mereka sombong dan mereka takut kedudukan mereka akan tergugat, mereka tidak terima dan mereka tentang.

Tafsir Ayat Ke-29

Sebelum ini telah disebut tentang ketua-ketua masyarakat yang menentang dakwah tauhid. Apabila mereka menentang, orang-orang bawahan mereka akan ikut sahaja. Mereka pun tidak tahu sama ada benar atau tidak, tetapi kerana ketua atau ahli agamawan mereka buat keputusan, mereka ikut sahaja (taqlid).

Memang bahaya kalau ikut pemimpin sahaja tanpa usul periksa. Kerana kalau mereka salah, kita pun akan terpalit lagi. Tetapi dalam ayat ini, Allah SWT mengingatkan kita bahawa ada golongan-golongan yang bukan dari kalangan pemimpin-pemimpin. Mereka itulah golongan yang biasa sahaja. Mereka itu mengikut sahaja kerana mereka kurang ilmu. Kurang ilmu kerana malas belajar dan enggan belajar.

Maka, kita hendaklah beri perhatian kepada mereka. Kita kena dakwah kepada mereka dengan memberikan dakwah Al-Quran dengan sejelas-jelasnya kepada mereka. Kena ajak mereka datang belajar agama yang benar. Mungkin mereka akan dapat terima dakwah kita kalau Allah SWT beri hidayah dan mereka akan tinggalkan kesesatan yang diajar oleh guru-guru mereka itu.

Ini adalah kata-kata penyesalan mereka:

وَقالَ الَّذينَ كَفَروا رَبَّنا أَرِنَا اللَّذَينِ أَضَلّانا مِنَ الجِنِّ وَالإِنسِ نَجعَلهُما تَحتَ أَقدامِنا لِيَكونا مِنَ الأَسفَلينَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: “Wahai Tuhan kami! Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami dari jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan”.

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا

Dan berkata orang-orang yang kafir yang ingkar itu.

Mana-mana golongan yang seru tok wali, seru malaikat, seru Nabi, semua mereka dipanggil kafir belaka. Sedangkan mereka pakai serban, jubah dan janggut panjang kerana maksud ‘kafir’ itu adalah ‘ingkar’; jangan kita sempitkan kepada maksud ‘bukan Islam’ sahaja. Sesiapa sahaja boleh jadi ‘kafir’ jika dia menentang ajaran Islam yang benar.

Ini adalah jenis kafir yang lain dengan mereka yang sebelum ini menyuruh supaya buat bising apabila dibacakan ayat Al-Quran. Kafir dalam ayat ini adalah ‘kafir pengikut’. Mereka jadi pak turut sahaja dengan apa kata orang, tanpa mereka usul periksa lagi.

Memang ramai dalam dunia orang yang sebegini. Mereka akan kata: “ustaz ini kata macam ini”, “ustaz itu kata benda ni baik untuk dilakukan”, “ustaz itu kata ini adalah bidaah hasanah”, dan macam-macam lagi. Allah SWT telah berikan mereka akal, tetapi mereka tidak mahu gunakan.

Mereka semasa di dunia hanya mengikut sahaja kata orang. Orang yang mengajak kepada kesesatan itu selalunya pandai dalam hujah mereka, ada kelebihan yang menyebabkan ramai orang ikut mereka. Kerana itu ada hadis: “kata-kata itu adalah sihir”. Disebabkan mengikut orang itu, mereka telah melakukan kekufuran.

إِنَّ مِنَ الْبَيَانِ لَسِحْرًا

“Sesungguhnya sebahagian dari albayan itu adalah sihir.”

(HR al-Bukhari dan Muslim).

Mereka juga akan dimasukkan ke dalam neraka. Sebab walaupun mereka ikut orang, mereka pun buat salah juga. Mereka tidak akan terlepas dengan mereka berkata: “Tetapi kami ikut si fulan dan si fulan.”. Tidaklah hujah ini boleh melepaskan mereka dari azab Allah SWT.

Bidaah amalan ini kerana salah belajar. Hendak beramal tetapi tidak tahu di mana hendak ambil amalan yang sahih. Takut boleh terjatuh dalam kafir jahil juga. Ada kemungkinan juga. Jika mereka iktikad, selain Allah SWT pun boleh buat syariat. Kalau begini, telah jatuh kafir kerana syariat hanya dari Allah SWT dan disampaikan oleh Nabi SAW.

Maka, apabila mereka dimasukkan ke dalam neraka, mereka tidak puas hati. Lihatlah apa kata mereka kepada Allah SWT:

رَبَّنَا أَرِنَا اللَّذَيْنِ أَضَلَّانَا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ

Wahai Tuhan kami, tunjukkan kepada kami dua puak yang menyesatkan kami dari kalangan jin dan manusia

Yang berkata dalam ayat ini adalah anak-anak murid yang belajar dengan tok guru mereka yang mengajar ajaran yang salah. Mereka itu mengikut sahaja kata-kata pemimpin, guru mereka tanpa mereka buat kerja lebih sikit untuk memastikan mereka itu benar atau tidak. Mereka malas hendak fikir. Tetapi, disebabkan mereka ikut ajaran salah guru dan pemimpin mereka, mereka telah masuk ke dalam neraka.

Sekarang, mereka telah masuk neraka, mereka berasa marah. Mereka hendak tengok siapa yang telah menyesatkan mereka itu. Iaitu dua puak: dari puak jin dan puak manusia. “Kami nak tengok mereka. Tolong bawa mereka kepada kami.” Mereka hendak panggil manakah syaitan-syaitan yang ramai itu, manakah yang telah menyesatkan dia semasa di dunia dulu.

Dalam golongan manusia pula adalah ketua-ketua mereka, Tok-Tok guru, ustaz-ustaz yang mana telah mengajar mereka ajaran-ajaran sesat, ajaran-ajaran salah, ajaran-ajaran bidaah semasa mereka di dunia. Mereka dulu percaya kepada guru-guru mereka itu. Mereka ikut sahaja apa yang guru mereka kata dan ajar. Mereka tidak buka minda dan iman mereka untuk belajar Al-Quran dan Sunnah.

Kalau mereka belajar tafsir Al-Quran, mereka akan nampak kesalahan yang telah diajar oleh guru mereka itu. Kalau mereka belajar tafsir Al-Quran dan hadis yang sahih, mereka tidak akan mudah hendak terima kata-kata guru mereka itu kerana dalil yang diberikan oleh guru-guru itu adalah amat lemah sekali.

Kenapa mereka hendak tengok dua puak jin dan manusia itu?

نَجْعَلْهُمَا تَحْتَ أَقْدَامِنَا

Supaya kami jadikan mereka (jin dan manusia itu) di bawah tapak kaki kami.

Sekarang mereka telah menyesal. Mereka hendak balas dendam kepada guru-guru mereka itu dan jin syaitan yang mereka puja dulu semasa di dunia tanpa sedar. Mereka hendak pijak-pijak mereka itu dengan tapak kaki mereka kerana guru-guru dan jin syaitan itulah yang ajar kepada mereka fahaman dan ajaran yang salah dulu.

Mereka yang ikut pun salah juga sebab ikut sahaja tanpa usul periksa – dua-dua memang salah. Jangan salahkan mereka yang mengajar sahaja, yang mengikut pun salah juga kerana mengikut. [Siapa suruh kau ikut?] Yang mengajar amalan bidaah sekarang, senang sahaja mereka ajar kerana masyarakat kita hanya terima sahaja, tanpa usul periksa. Kalaulah masyarakat kita pandai tanya dalil – “dari mana amalan ini ustaz?” – tentulah guru-guru itu tidak berani hendak ajar perkara bidaah kerana mereka akan pastikan bahawa mereka boleh jawab apabila anak murid tanya.

Masyarakat kita juga mudah sangat terima kisah-kisah mengarut dari ustaz tukang cerita karut dalam Malaysia ini. Tidak pernah hendak tanya: “betul ke kisah ini ustaz? Lain macam sahaja saya dengar, macam tak masuk akal sahaja…ustaz dapat dari mana kisah ni? Kitab mana ustaz pakai?”. Maka tukang-tukang cerita karut itu sedap mulut sahaja hendak sampaikan. Mereka pun rasa hebat sahaja bila sampaikan kisah-kisah karut itu.

Alhamdulillah, boleh dikatakan ada sedikit pembaharuan dari dulu. Kalau dulu, langsung tidak ada yang berani tanya. Sekarang, sudah ada yang mula tanya. Cuma sekarang, masih lagi yang ditanya pula kena marah kerana dikatakan ‘kurang ajar’. Yang marah-marah itu adalah mereka yang jahil, yang senang percaya, yang hormat guru tidak tentu pasal.

Para pengikut rasa tidak puas hati.

لِيَكُونَا مِنَ الْأَسْفَلِينَ

supaya mereka betul-betul terkebawah dalam kehinaan.

Para pentaqlid itu hendak tengok sangat: “Supaya mereka itu jadi lebih hina dari kami. Supaya mereka kena lebih teruk dari kami. Lebih dimalukan dari kami. Kerana merekalah sebabnya kami jadi begini.”

Tidaklah berguna langsung permintaan mereka ini. Tidak akan diberikan kelulusan oleh Allah SWT. Adakah Allah SWT hendak beri kejadian seperti ini berlaku di hadapan-Nya nanti? Sedangkan segala manusia lain, segala malaikat dan makhluk lain akan berdiri bersaf-saf di hadapan Allah SWT waktu itu?

Ini cerita hendak pukul mereka dalam neraka kerana hendak balas dendam sahaja. Sebab masa itu baru zahir, siapakah tok guru dia yang sebenarnya. Baru mereka nampak kesalahan yang guru mereka ajar dan amalkan dulu. Dulu semasa di dunia, mereka nampak hebat apa yang guru mereka buat. Mereka sangka guru mereka sangat alim.

Kalau guru mereka kena tegur dengan mereka yang belajar, mereka akan pertahan guru-guru mereka, siap hendak pukul pun ada. (Kau siapa yang nak tegur guru A ini? Dia belajar di sini, di situ kau tahu tak?)

Walaupun apa yang guru mereka buat itu tidak ada asas dalam agama, tetapi mereka nampak molek sahaja perbuatan guru itu. Tetapi, hakikatnya, dua-dua berada dalam neraka pada waktu itu. Hendak panggil guru mereka itu, kerana hendak balas dendam sahaja, bukan boleh keluarkan dia dari neraka pun.

Bermacam contoh ajaran guru yang karut. Kita ceritalah sikit. Ada guru yang baca wirid pada batu kerikil dan dia tandakan pada batu kerikil itu. Setiap seribu kali baca wirid, dia simpan satu batu. Dia siap pesan, bila dia mati, suruh ditanam dengan batu-batu itu sebagai bukti amalan dia. Dia kata batu itulah nanti yang akan berzikir untuk dia nanti.

Anak-anak murid sangka hebat benar guru mereka itu. Mereka tidak tahu bahawa itu adalah amalan yang salah, tidak ada asas dalam agama. Pada hal semua makhluk seperti batu, burung dan lain-lain, memang telah berzikir, tetapi berzikir KEPADA Allah SWT – bukan untuk manusia.

Malaikat ada yang berdoa untuk manusia dalam keadaan tertentu. Contohnya, di dalam Al-Quran diberitahu bahawa Malaikat akan mendoakan kepada orang yang beriman (kita sudah belajar dalam Surah Ghafir). Dan kita juga diberitahu di dalam Hadis, bahawa sesiapa yang ziarah orang sakit, 70 ribu malaikat akan istighfar untuk dia. Walaupun yang dia ziarah itu sakit mata sahaja. Itu semua disebut dalam hadis yang sahih.

Jika ia hadis sahih, barulah kita boleh terima kerana perkara-perkara ini adalah perkara-perkara ghaib, yang kita sendiri tidak dapat tahu tentangnya kalau Nabi tidak beritahu. Jadi, memang malaikat ada yang tolong doakan untuk kita dengan syarat-syarat tertentu. Tetapi kalau kata batu ada yang tolong doakan, itu tidak ada dalil.

Ini adalah satu contoh sahaja. Banyak lagi contoh-contoh lain yang ada dalam amalan masyarakat kita. Kita harap dengan pembelajaran tafsir Al-Quran ini, anda boleh bezakan mana yang betul dan mana yang salah.

Inilah dalil yang kukuh supaya kita jangan ikut orang sahaja. Jangan ikut tanpa periksa. Selalu kita jumpa, apabila dibawakan ayat Al-Quran dan hadis Nabi sebagai dalil, ada antara manusia yang akan berkata: “perkara ini dah lama dah ustaz-ustaz dulu bincangkan, kita ikut mereka sahaja”, “takkan ulama-ulama dulu salah”, “takkan tok nenek kita dulu nak masuk neraka semuanya” dan lain-lain lagi kata-kata mereka.

Allah SWT ingatkan kepada kita supaya jangan jadi begini. Nanti kita akan menyesal kalau kita berfikiran begitu. Takut nanti kita jadi seperti orang yang Allah SWT ceritakan dalam ayat ini. Waktu itu akan rasa menyesal sangat. Mereka itulah nanti yang akan cari balik tok guru mereka kerana marah. Waktu itu, menyesal air mata darah pun tidak berguna.

وَذَرِ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِۦٓ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌۢ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِىٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَآ ۗ أُو۟لَٰئِكَ ٱلَّذِينَ أُبْسِلُوا۟ بِمَا كَسَبُوا۟ ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْفُرُونَ

Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringat kan lah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa´at selain daripada Allah SWT. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu. [ Al-An’am: 70 ].

 

Allahu a’lam.

Kawaid Bid’ah 12/16

0

 

Amalan sahabat bukan bid’ah

(القاعدة الثانية عشر: ما جاء عن أحد من الصحابة فعل عبادة ما فإن تلك العبادة يُشرع فعلها ولا تعتبر بدعة)

 

  • Kosa kata: Sesuatu amalan yang dilakukan oleh salah seorang sahabat bukanlah bid’ah bahkan disyariatkan melakukannya.

 

  • Terkadang ada amalan-amalan yang tidak dilakukan oleh Nabi tapi dilakukan oleh sahabat, maka apa status amalan tersebut, sama ada ianya bid’ah juga atau sunnah?

 

  • Pertama: Sahabat adalah umat terbaik, amat bersungguh dalam mengamalkan sunnah dan sudah pasti menjauhi bid’ah semuanya. Maka jika sahabat ada melakukan sesuatu amalan, kita boleh mengamalkan tanpa khuatir.

 

Syarah:

، لكن يشترط لاعتبار تلك العبادة مشروعة شرطان ذكرهما الألباني في أحكام الجنائز فقال “306”: كل أمر لا يمكن أن يشرع إلا بنص أو توقيف، ولا نص عليه عليه، فهو بدعة إلا ما كان عن صحابي تكرر ذلك العمل منه دون نكير. انتهى.

 

Terjemahan:

  • Namun, kata syaikh al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz, 306, jika anda ingin mengamalkan apa yang dilakukan oleh para sahabat, ada dua syarat:

 

1) Amalan sahabat tidak diingkari oleh Nabi SAW atau amalan tersebut tidak diingkari oleh sahabat yang lain;

 

2) Amalan dilakukan dengan kerap bukan sekali-sekala.

Contoh :

Abu Said al-Khudry membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Amalan ini tidak dibantah oleh sahabat lain, juga menulis pada kubur (nama dan tarikh wafat), ianya diamalkan oleh sebahagian sahabat

(al-Mustadrak, وقد ذكر الحاكم في المستدرك “1/370” حديث النهي عن الكتابة على القبور )

JANGAN ROSAKKAN PAHALA SEDEKAH

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 28 Safar 1437H~

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ

“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat…”
[Surah al-Baqarah 264]

#Berkata Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya: “Bahawasanya pahala sedekah, infak, wakaf, sumbangan dan seumpamanya akan terhapus jika diikuti dengan ungkit-mengungkit, menyebut-nyebut pemberian dan menyakiti hati penerima”

#Dalam sebuah hadis sahih Muslim menyebut: “Diantara golongan yang tidak dihiraukan Allah pada hari kiamat ialah al-Mannan iaitu orang yang mengungkit-ungkit dan menyebut-nyebut pemberian setiap kali mereka memberi”

#Kepada pemberi dan penyumbang, jangan penuhi hati anda dengan segala sifat kesombongan, riyak dan jauh daripada Allah.

♡Berilah dengan penuh keikhlasan dan tanpa kata-kata yang melukai hati penerima♡

🐊Ust Naim
https://www.facebook.com/ustazmuhamadnaim.

Telegram

Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Tafsir Surah Al-Humazah – Tafsir Ayat Ke-7 hingga Ke-9

0

Tafsir Surah Al-Humazah

Pada perbincangan yang lepas, kita telah membincangkan :

1. Perihal rendah dan hinanya maruah mereka yang melakukan dosa-dosa yang tersebut di awal surah ini.

2. Sifat manusia yang rapuh dengan prinsip keimanan menyebabkan mereka akhirnya terjebak dengan dosa-dosa tersebut.

3. Betapa Allah SWT sangat membenci dan memberikan hukuman yang berat kepada mereka yang melakukan dosa-dosa tersebut dengan menyalakan sendiri api dalam neraka Hothumah.

Maka, seterusnya Allah SWT berfirman mengenai api tersebut. Api yang akan membakar hati yang berbuat dosa-dosa yang dibincangkan di awal surah.

Tafsir Ayat Ke-7:

الَّتي تَطَّلِعُ عَلَى الأَفئِدَةِ

Yang naik (membakar) sampai ke hati.

تَطَّلِعُ

Dari katadasar ط ل ع yang bermaksud : menaik / terbit.

Kalimah

تَطَّلِعُ

Bermaksud seperti “menaiki dengan susah”, yang juga biasa digunakan dengan matahari terbit.

Dalam ayat ini, Allah SWT ingin memberi gambaran mengenai api yang telah disebut dalam ayat sebelum ini, iaitu api tersebut akan menaiki dari “bawah ke atas”.

Dan ia akan berulang-ulang berlaku (seperti mana boleh difahami keadaan terdapat syaddah pada huruf ط itu).

Maka kesakitan itu akan berterusan. Ini seperti yang Allah sebut dalam Surah [ A’la (87): 13 ]

لا يَموتُ فيها وَلا يَحيىٰ

Dia tidak akan mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup.

Cara api tersebut membakar / azab hati seperti tempurung kelapa terbakar sedikit demi sedikit. Memang sesuai gambaran bakar begini kepada benda yang keras, yang mana Allah maksudkan di sini ialah “hati yang keras”.

Kalimah

الأَفئِدَةِ

Dari kata dasar ف أ د yang bermaksud hati “merasai”.

Segala dosa dan kesalahan yang dilakukan di bahagian awal surah ini seperti هُمَزَةٍ dan لُمَزَةٍ itu adalah kerana masalah hati yang telah rosak.

Oleh kerana itu, الحُطَمَةُ yang dalam bentuk api itu akan menghancurkan daging, tulang dan akan memakan tubuh badan si pendosa itu, dan akan naik membakar hingga ke hati (الأَفئِدَةِ) orang itu.

Keadaan yang Allah SWT mahu gambarkan di sini ialah, balasan di sini khusus untuk memberi “sakit” kepada hati-hati yang rosak.

Sebagaimana kita maklum di atas dunia ini, kadang-kadang sakit di hati itu lebih parah berbanding sakit luaran.

“Sakit luaran kemudian masuk hospital, dapat pelawat dan rasa terhibur tetapi sakit hati, semua orang lari”.

Begitulah Allah SWT memberi isyarat, bahagian yang menyebabkan kekufuran dan dosa itulah yang akan dikenakan dengan seksaan yang teruk dari Allah SWT.

Tafsir Ayat Ke-8:

إِنَّها عَلَيهِم مُؤصَدَةٌ

Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,

Kalimah

عَلَيهِم

Diletakkan di awal, memberi isyarat bahawa azab yang dikenakan dalam ayat ini adalah khusus kepada mereka.

Ini kerana susunan yang biasa dalam bahasa Arab, ia sepatutnya begini :

إِنَّها مُؤصَدَةٌ عَلَيهِم

Bermakna, Allah SWT menyediakan azab yang khusus kepada mereka yang khusus melakukan dosa spesifik seperti yang telah disebut dalam ayat pertama hingga ke-3.

مُؤصَدَةٌ

Dari kalimah و ص د yang bermakna tempat tertutup. Oleh itu, مُؤصَدَةٌ adalah tempat di mana kurungan / sangkar binatang.

Ia adalah sebuah tempat yang tinggi supaya binatang itu tidak dapat lari keluar. Begitulah yang dikenakan kepada penghuni neraka nanti.

Ini seperti yang disebut juga dalam Surah [ Al-Hajj (22): 22 ].

كُلَّما أَرادوا أَن يَخرُجوا مِنها مِن غَمٍّ أُعيدوا فيها

Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya.

Tambahan penjelasan mengenai azab ini, mereka diikat pada tiang yang sangat panjang dalam neraka.

Tafsir Ayat Ke-9:

في عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ

(Sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

عَمَدٍ

Bermaksud tiang-tiang.

Jika kita meneliti kitab-kitab tafsir, dapat temui beberapa gambaran mengenai “tiang dalam neraka” ini.

1. Sebagai alat untuk menambahkan lagi azab. Besi akan jadi panas kerana terkesan dengan api neraka itu. Lalu mereka pula berada dekat dengan tiang itu.

Jadi bayangkan betapa bahangnya suasana dalam neraka itu.

2. Ada juga yang berpendapat, mereka itu diikat pada tiang-tiang itu. Seolah-olah akan dipanggang kerana berada pula atas api neraka.

3. Ada juga berpendapat, tiang yang dimaksudkan itu adalah palang kunci yang menahan pintu-pintu neraka itu.

Sebagaimana dalam ayat sebelum ini, mengatakan pintu neraka tersebut tertutup rapat.

Ibrah dan Kesimpulan :

Pertama :

Pembuat dosa ini (mengumpat, menghina, mengumpul harta tidak berkesudahan) sebenarnya mempunyai hati yang tidak tenang. Maka sesuai dengan balasan azab Allah SWT, tepat ke hati mereka.

Kedua :

Jika kita tidak mahu sakit hati, maka jangan buat orang lain sakit hati. Begitu juga jika hati kita disakiti, perlu bertenang kerana sebenarnya tiada apa yang perlu dirisaukan, sebalik patut sedar bahawa orang cuba menyakiti kita itulah yang sedang bermasalah.

Ketiga :

Balasan yang dahsyat menanti mereka yang melakukan dosa-dosa yang telah dibincangkan, iaitu seolah-olah dipanggang di dalam neraka, manakala api tersebut pula tepat ke hati. Betapa pedih zahir dan batin apabila dikenakan azab begini.

Allahu a’lam.

Kawaid Bid’ah 11/16

0

 

Teknik Baru Dakwah adalah Bid’ah (لا يشرع استعمال طريقة جديد لدعوة الناس إلى عبادة ربهم)
“Tidak disyariatkan penggunaan Teknik-teknik baru Dakwah dalam menyeru Manusia untuk beribadah)

 

Dalil:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.” [AQ 5:3]

 

  • Islam telah lengkap dan sempurna, Nabi saw wafat setelah baginda menyampaikan semua yang sepatutnya disampaikan kepada manusia. Antara kesempurnaan Islam ialah teknik atau metod dalam menyampaikan dakwah kepada manusia. Apa jua teknik dakwah yang tidak digunakan oleh Nabi SAW sedangkan baginda tidak ada halangan menggunakannya, maka jika digunakan akan menjadi bid’ah dalam metod berdakwah.

 

  • Contoh: Nabi SAW tidak menggunakan metod menyanyi dalam dakwah sedangkan tidak ada halangan untuk Nabi SAW berbuat demikian, tetapi jika ada manusia yang menggunakan metod menyanyi untuk dakwah, maka ia menjadi Bid’ah dakwah.

 

وقد سئل شيخ الإسلام ابن تيمية كما في مجموع الفتاوى “11/620، 625”Syaikhul Islam pernah ditanya (Majmu’ Fatawa, jld 11: 620-625)

Mengenai seorang syaikh (tareqat) yang ingin mengembalikan masyarakatnya yang banyak maksiat dengan mengadakan majlis ilmu yang diisi dengan qasidah, nyanyian, puisi dan pukulan alat muzik. hasil inovasi syaikh tersebut, ramai orang telah insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Jawab Syaikhul Islam:

“Nabi SAW dan salafussoleh menghadapi masyarakat yang jauh lebih teruk tapi mereka tidak pernah menganjurkan majlis-majlis seperti itu.”
Mungkin mereka menyatakan, nyanyian, sayembara puisi, lakonan, rancangan TV realiti dakwah seperti Pencetus Ummah, Da’i, Imam Muda telah berjaya menarik jutaan manusia dan ramai yang telah insaf. Namun, ia tetap bid’ah kerana dakwah hendaklah kekal di atas metod asal Nabi saw, bersih dari sebarang bentuk unsur hawa nafsu seperti muzik, nyanyian dan glamour.

 

 

Isu: Bagaimana dengan penggunaan media baru untuk dakwah seperti youtube, websites, blog, twitter, telegram, whatsApp, televisyen, live stream, radio sunnah di internet, kalau dahulu DVD dan kaset?

Jawab:
Maksud kaedah ini ialah sebarang teknik dakwah yang ada di zaman Nabi SAW, Nabi SAW ada halangan menggunakannya dan tidak dihalang menggunakan, tetapi Nabi SAW tidak mahu menggunakannya. Manakala alat media baru di atas, tidak ada di zaman Nabi, baginda terhalang dari memanfaatkannya kerana teknologi tersebut belum wujud lagi. Maka alat atau media yang baru yang tidak ada di zaman Nabi dan salaf, Nabi SAW terhalang menggunakannya kerana ia belum diciptakan, maka kita ingin menggunakan dalam dakwah tidak lah tercela dan bukan bid’ah.

 

 

Rumusan:

1.Bid’ah dalam dakwah ialah penggunaan metod yang sudah ada di zaman salafussoleh, namun Nabi SAW tidak menggunakannya, maka jika kita melakukan metod tersebut dalam dakwah, ia menjadi bid’ah.

2.Apa jua teknik, media yang tidak wujud di zaman salaf yang terbukti baik dan berkesan untuk dakwah, maka harus menggunakannya, ia bukan bid’ah.

Kawaid Bid’ah 10/16

0

 

Ibadat yang Thabit di atas Sifat Tertentu, maka tidak boleh difokuskan kepada Bahagian Tertentu dan tidak melakukan kesemuanya adalah Bid’ah

(ما ثبت على صفة معينة من العبادات فان الاقتصار على جزء معين من تلك العبادة دون الإتيان بها بكاملها يعتبر بدعة)

 

Maksud kosa kata:

  • Ibadat yang thabit dari syarak dalam sifat tertentu maka kekallah ia dalam sifat tersebut, maka jika manusia melakukan sebahagian sahaja dianggap bid’ah.

 

  • Kata Abu Syamah (al-Baa’ith, 191) “Contoh ibadat yang thabit dengan sifat tertentu, misalnya wukuf di Arafah, bermalam di Mina, melontar jamrah, sa’iy adalah ibadat yang thabit dengan sifat dan waktu yang tertentu, maka tidak boleh kita melakukan sebahagian dari ibadat tersebut. Jika dilakukan, maka ia menjadi bid’ah.”

 

  • Maksudnya, ibadat itu khusus untuk orang haji dalam satu pakej, bermula dengan memakai ihram. Contoh berada di Arafah. Di Arafah, boleh solat dan beribadat di bawah panas matahari tanpa bumbung.

 

  • Manakala orang Islam di tempat lain, tidak boleh secara sengaja mahu beribadat di tanah lapang, di bawah panas matahari. Jika dia berbuat demikian, taqarrub dia tidak sampai dan menjadi bid’ah, sedangkan orang haji tidak dikira bid’ah kerana nas Arafah, Mina dan Mudzalifah memang sejak salaf solat di bawah langit terbuka. Maksudnya beribadat di bawah langit terbuka.

 

وقال ابن رجب في جامع العلوم والحكم “57”: وليس ما كان قربة في عبادة يكون قربة مطلقاً، فقد رأى النبي صلى الله عليه وسلم رجلاً قائما في الشمس، فسأل عنه، فقيل: إنه نذر أن يقوم ولا يقعد ولا يستظل وأن يصوم، فأمره النبي صلى الله عليه وسلم أن يقعد ويستظل وأن يتم صومه فلم يجعل قيامه وبروزه في الشمس قربة يوفى بنذرها

Kata Ibn Rajab al-Hanbali (Jami’ al-Ulum wal Hikam, 57) “Tidak semua amal ibadah boleh mendekatkan diri kepada Allah secara mutlak (maksudnya asalkan buat ibadat, semua pasti akan mendekatkan diri kepada Allah). Contoh: Pernah Nabi saw melihat seorang lelaki berdiri atau qiam di bawah panas matahari. Lalu baginda bertanya. Mereka menjawab, lelaki itu bernazar akan berpuasa dalam keadaan berdiri di bawah panas matahari sehingga berbuka. Lantas Nabi memerintahkan lelaki itu supaya berhenti.

 

  • Maka tindakan ekstrim beribadat itu tidak membawa manusia dekat kepada Allah bahkan menjadi bid’ah pula. Padahal, berdiri di tengah panas boleh pula ketika di Arafah bagi orang yang berihram sahaja atau orang yang ingin mengerjakan haji memang boleh solat di tengah panas di Arafah.

 

  • Di waktu lain, solat atau puasa di bawah panas terik matahari adalah perbuatan bid’ah.
    Ekstrim di Arafah adalah thabit, manakala orang lain yang ingin solat di bawah panas matahari di tempat lain menjadi bid’ah agama.

TKK 131 : Sebab kemunculan al-Mahdi

0

 

 

Keenam

Wujudnya thaifah Manshurah dan kecekalan mereka (الطائفة المنصورة وجهودها)

 

  • Hadith Tsauban ra

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ :لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ ، لَا يَضُـرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ ، وَهُمْ كَذَلِكَ

“Akan ada segolongan dari umatku yang senantiasa menampakkan kebenaran. Tidak akan memudaratkan mereka orang-orang yang tidak membantu mereka sehingga datang perintah Allah sedangkan mereka dalam keadaan seperti itu”

( أخرجه مسلم برقم 1920 [ مسلم بشرح النووي ( 7/65 ) ) HR muslim no 1920

 

Maksud hingga datang perintah Allah munculnya al-Mahdi atau turunnya Isa al-Masih.

 

  • Hadith Mu’awiyah ra

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي قَائِمَةً بِأَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ أَوْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ ظَاهِرُونَ عَلَى النَّاسِ

“Akan ada segolongan dari umatku yang senantiasa menegakkan perintah-perintah Allah. Tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang merendahkan atau menyelisihi mereka sehingga datang hari kiamat sedangkan mereka nampak (dengan kebenaran) di antara manusia “

( أخرجه البخاري برقم 7312 [ البخاري مع الفتح (13/306)

 

  • Hadith Jabir ra

عن جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ أن رَسُولَ اللَّهِ r قال : لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

“Akan sentiasa ada sekelompok orang dari umatku yang berperang di atas kebenaran dan menang sampai hari kiamat.”

(أخرجه مسلم برقم 1037[ مسلم بشرح النووي ( 7/66 ))

 

  • Hadits Imran bin Hushain

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِى يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ عَلَى مَنْ نَاوَأَهُمْ حَتَّى يُقَاتِلَ آخِرُهُمُ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ

“Akan senantiasa ada sekelompok orang dari umatku yang berperang di atas kebenaran dan menang melawan orang yang memerangi mereka sampai generasi terakhir mereka akan berperang melawan Al-Masih Ad-Dajjal.”

(Hr.Abu Daud, no. 2484, Ahmad no.19920, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, no. 8391 dia menyatakan hadits ini shahih berdasarkan syarat Muslim dan disetujui oleh Adz-Dzahabi, serta disahihkan oleh Al-Albani dalam As-Silsilah As-Sahihah, no. 1959).

 

 

Ketujuh

Pergolakan anak Khalifah dan perang di Sungai Furat (Syria Levant atau Iraq)

 

حدثنا محمد بن يحيى وأحمد بن يوسف، قالا: ثنا عبد الرزاق عن سفيان الثوري، عن خالد الحذاء، عن أبي قلابة، عن أبي أسماء الرحبي، عن ثوبان، قال: قال رسول الله (صلى الله عليه وآله): “يقتتل عند كنزكم ثلاثة. كلهم ابن خليفة. ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق ًفيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم” لا أحفظه ًثم ذكر شيئا . فقال “فإذا رأيتموه . فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله، المهدي” سنن ابن ماجة:ج 1 ص 1367. المستدرك للحاكم: ج 4 ص 424

Dari jalur Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf, dari Abdul Razaq, dari Sufyan ats-Tsauri, dari Khalid Al-Hidza` dari Abi Qilabah dari Tsauban, katanya: Rasulullah saw bersabda: “Pertempuran berlaku di tempat harta simpanan kalian antara tiga pihak kesemua mereka anak-anak Khalifah, maka tidak berlaku kepada seseorang dari mereka, kemudian muncul panji-panji hitam datang dari arah timur. Dan terjadi perperangan yang belum pernah berlaku pada suatu kaum dan kemudian menyebut sesuatu yang tidak aku ingat, lalu baginda bersabda: Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifah Allah Al- Mahdi..”
HR Ibn Majah dan al-Haakim

 

Tahqiq:

قال ابن كثير في( النهابة ص 26)تفرد به ابن ماجه وهذا إسناد قوي صحيح ا.ه وقال البوصري في( زوائد1442 )هذا إسناده صحيح رجاله ثقات ورواه الحاكم في( المستدرك 4/463/4880 )وقال صحيح على شرط الشيخين

Kata Ibn Katsir (Nihayah), bersendirian Ibn Majah dan sanad Ibn Majah kuat lagi sahih. Kata al-Busyiri dalam zawaid, sanad ini sahih, perawinya dipercayai dan di riwayatkan juga oleh al-Haakim katanya, sahih atas syarat syaikhain.

Popular

Iklan

Iklan