Utama Blog Halaman 135

Tafsir Surah Asy-Shura – Tafsir Ayat ke-22 dan ke-23

0

Tafsir Surah Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-22: Takhwif Ukhrawi.

تَرَى الظّٰلِمينَ مُشفِقينَ مِمّا كَسَبوا وَهُوَ واقِعٌ بِهِم ۗ وَالَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ في رَوضاتِ الجَنّاتِ ۖ لَهُم مّا يَشاءونَ عِندَ رَبِّهِم ۚ ذٰلِكَ هُوَ الفَضلُ الكَبيرُ

(Pada hari kiamat) engkau akan melihat orang-orang yang zalim takut ngeri (akan balasan buruk) bagi kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, sedang azab seksa itu tetap menimpa mereka. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (bersenang-lenang) dalam taman-taman Syurga; mereka beroleh apa sahaja yang mereka ingini di sisi Tuhan mereka; yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar.

تَرَى الظّٰلِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا كَسَبُوا

Engkau akan melihat orang-orang yang zalim takut ngeri (akan balasan buruk) bagi kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan,

Mereka akan merasai ketakutan yang amat sangat kerana amalan-amalan bida’ah yang mereka lakukan semasa di dunia itu yang telah menjadi azab di akhirat kelak.

Amat terkejut dan takutnya mereka kerana mereka sangka amalan itu akan menambah pahala kepada mereka tetapi yang terjadi adalah sebaliknya, tambah dosa sahaja.

Bayangkan kalau kawan yang kita sangka akan menolong kita, tetapi tiba-tiba dia yang datang pukul kita, tentulah kita terkejut sangat.

Dalam ayat ke-18, telah disebut bagaimana mereka yang ingkar itu meminta-minta dicepatkan Hari Kiamat. Itu adalah kerana mereka tidak tahu nasib mereka pada hari itu. Sekarang baru mereka tahu apakah hari kiamat itu.

وَهُوَ وَاقِعٌ بِهِمْ

sedang azab seksa itu tetap menimpa mereka.

Mereka akan tetap kena azab itu, tidak dapat diselamatkan. Walaupun mereka telah sedar tentang kebenaran waktu itu, dan mereka telah takut dengan Allah SWT, tetapi mereka tetap kena azab juga. Tidaklah Allah SWT tarik balik azab itu kerana mereka telah takut.

Maknanya mereka telah beriman waktu itu, tetapi iman waktu itu tidak akan memberi faedah kepada mereka. Sepatutnya mereka takut azab itu semasa mereka di dunia seperti orang Mukmin dalam ayat ke-18. Kalau baru takut semasa di akhirat, sudah tidak berguna.

Mereka sudah nampak azab itu di hadapan mereka dan mereka pasti yang mereka akan kena. Ini adalah satu ketakutan yang teruk sekali kerana kadang-kadang kita takut kepada perkara yang belum tentu kena – ada harapan lagi tidak kena dan tidaklah takut sangat.

Tetapi bayangkan kalau kita nampak sesuatu keburukan di hadapan kita dan kita tahu ia pasti akan mengenai kita – tentu kita takut yang amat sangat kerana tunggu masa sahaja untuk kena.

Bandingkan antara orang yang sedang dibicarakan dengan orang yang menunggu hukuman gantung dijalankan. Orang yang sedang dibicarakan memang sedang takut, tetapi dia masih ada harapan tidak dikenakan dengan hukuman; tetapi mereka yang telah duduk di ‘Bilik Akhir’ dalam penjara, mereka itu tunggu masa sahaja.

وَالَّذِينَ ءآمَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh

Sementara ahli neraka sedang diazab di neraka, orang beriman sedang menikmati nikmat dalam syurga.

‘Beriman’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah ‘beriman sempurna’ iaitu tidak melakukan syirik. Mereka juga beriman dengan Al-Quran di mana mereka menerima seluruh ayat Al-Quran itu dan mengamalkannya.

Mereka juga beriman dengan Nabi di mana mereka hanya ikut melakukan amalan-amalan yang diajar oleh Nabi sahaja.

‘Amalan yang soleh’ pula bermakna amalan yang ada sumber perbuatannya daripada Nabi dan bukannya amalan bida’ah.

Malangnya, masyarakat kita ramai yang tidak faham maksud ini – maka mereka ramai yang melakukan amal bida’ah. Itu adalah kerana tidak belajar Al-Quran dan sunah. Mungkin mereka belajar agama, tetapi bukan dari sumber utama Al-Quran dan Hadis sahih.

Banyak sekali ayat ini disebut dalam Al-Quran di mana diletakkan amal soleh bersama dengan iman. Mengingatkan kita bahawa iman itu tidak cukup sempurna kalau tidak disertai dengan amal yang soleh. Dan amal soleh tidak bermakna kalau tidak disertai dengan iman yang sempurna.

Di mana mereka akan ditempatkan?

فِي رَوْضَاتِ الْجَنَّاتِ

dalam tempat paling subur dalam taman-taman Syurga;

Kalimah رَوْضَاتِ bermaksud tempat yang paling subur dalam taman. Tempat yang paling cantik dalam taman.

Taman itu sudah cantik dah tetapi ada dalam satu taman yang besar selalunya ada tempat yang paling hijau, paling subur, paling cantik.

Dalam banyak-banyak pokok dan tumbuhan dalam taman itu, adalah satu tempat yang paling subur dan paling lebar tanamannya. Itulah yang dimaksudkan sebagai ‘raudhah’.

Mereka mendapat kelebihan ini kerana semasa mereka di dunia, mereka takut kepada hari kiamat, maka mereka mengubah kehidupan mereka ke arah kebaikan. Mereka tidak tambah perkara baru dalam agama; mereka tidak ikut mengamalkan perkara baru dalam agama.

Kalau mereka tidak tahu sama ada amalan itu sunnah atau bida’ah, dia akan periksa dahulu. Dia berhati-hati dalam setiap amal perbuatannya. Lebih baik tinggalkan dulu amalan yang tidak ada dalil sehinggalah kita tahu atau berjumpa dalil tentangnya.

لَهُم مَّا يَشَاءُونَ عِندَ رَبِّهِمْ

mereka beroleh apa sahaja yang mereka ingini di sisi Tuhan mereka;

Di syurga itu, mereka akan menikmati segala kenikmatan yang Allah sediakan untuk mereka. Mereka akan mendapat apa sahaja yang mereka kehendaki.

Ada perkara yang mereka teringin semasa di dunia tetapi mereka tidak mampu untuk mendapatkannya, maka akan diberikan di syurga nanti.

Dan ada juga perkara yang mereka tidak tahu pun wujud, tetapi apabila ditunjukkan kepada mereka, mereka pun teringin juga, itu pun akan diberi kepada mereka.

ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar.

Inilah nikmat yang amat besar yang Allah SWT berikan kepada kita.

Lafaz الْفَضْلُ bermaksud pemberian yang tidak setimpal apa yang kita telah lakukan – macam lulus peperiksaan akhir tahun, dapat hadiah kereta – ini tidak setimpal.

Begitulah kita telah sebut yang Allah SWT akan beri balasan yang berkali-kali ganda dari amalan kita. Amalan tidak seberapa, tetapi balasan yang Allah SWT beri adalah banyak sekali.

Untuk mendapatkannya, hendaklah kita mengamalkan agama ini dengan betul. Dan untuk itu, hendaklah kita belajar tafsir Al-Quran dan juga hadis Nabi yang sahih.

Tafsir Ayat Ke-23: Ayat Tabshir Ukhrawi

ذٰلِكَ الَّذي يُبَشِّرُ اللَّهُ عِبادَهُ الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ ۗ قُل لا أَسأَلُكُم عَلَيهِ أَجرًا إِلَّا المَوَدَّةَ فِي القُربىٰ ۗ وَمَن يَقتَرِف حَسَنَةً نَزِد لَهُ فيها حُسنًا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفورٌ شَكورٌ

 

(Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah SWT gembirakan (dengannya): hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadap ku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)”. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya).

ذَٰلِكَ الَّذِي يُبَشِّرُ اللَّهُ عِبَادَهُ

Itulah yang Allah SWT gembirakan hamba-hambaNya

Iaitu berita gembira bahawa mereka yang beriman dan beramal soleh akan dimasukkan ke dalam syurga. Mereka akan ditempatkan di tempat yang paling subur dan paling cantik di taman-taman syurga itu. Dan mereka akan mendapat apa sahaja yang mereka mahukan.

Maka, apabila Allah SWT telah beri berita gembira itu, hendaklah kita berusaha ke arahnya. Janganlah kita buat tidak tahu sahaja macam ia tidak ada apa-apa. Kita kena berusaha untuk mendapatkannya.

Dan jalan pertama adalah dengan belajar ilmu agama dimulai dengan tafsir Al-Quran dan kemudian hadis Nabi.

Kepada siapakah berita gembira ini diberikan? Adakah kepada semua orang?

الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ

yang beriman dan beramal soleh.

Tetapi hanya kepada hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh sahaja yang diberikan dengan berita gembira ini.

Kepada mereka yang ingkar, mereka pun akan mendapat berita juga, tetapi berita buruk, iaitu mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

Iman itu kena iman yang sempurna, iaitu tauhid dan tidak melakukan syirik; dan amal soleh adalah amal yang sunnah, ada contoh dari Nabi SAW dan sahabat dan bukan amal yang bid’aah.

قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا

Katakanlah: “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu,

Nabi tidak pernah meminta upah kepada umatnya. Dan inilah sunnah dalam mengajar ajaran agama.

Ayat ini dengan jelas memberitahu kepada kita bahawa kita tidak boleh meminta upah dalam mengajar agama kerana apabila seseorang melakukan kerja baik kerana Allah SWT, dia hanya mengharapkan balasan dari Allah SWT, bukan dari manusia.

Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas usaha mereka. Pahala mengajar pun sudah amat banyak, tidak terkira banyaknya. Maka, kenapa kita perlu balasan dari manusia?

Ini adalah satu perkara yang amat penting diketahui oleh mereka yang mengajar. Mengajar ilmu agama itu adalah WAJIB kepada mereka yang berilmu. Begitu juga, belajar agama itu adalah juga WAJIB bagi setiap orang yang sudah baligh.

Maka, kalau orang yang berilmu menetapkan bayaran untuk mengajar agama, akan ada masalah kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk menuntut ilmu, sedangkan belajar agama itu WAJIB. Maka mereka tidak dapat datang belajar kerana mereka tidak ada kemampuan.

Maka tentulah mereka itu akan terus berada dalam kejahilan sampai bila-bila. Amat malang sekali kalau begitu.

Allah SWT tidak benarkan meminta upah dalam mengajar, kerana kalau tidak, mereka yang tidak mahu belajar akan ada alasan pula untuk tidak belajar agama.

Mereka akan kata: “bagaimana kami nak belajar, nak masuk kelas sahaja kena bayar RM100, setiap kali belajar kena bayar RM10 (dan apa-apa bayaran)”.

Jadi Allah SWT tutup alasan ini dengan melarang guru agama minta upah dalam mengajar supaya semua orang ada peluang untuk belajar.

Ini tidaklah menghalang guru agama untuk menerima pemberian dari anak muridnya. Anak murid yang berkemampuan sepatutnya memberi imbuhan kepada guru setakat yang mereka mampu.

Hendaklah kita menghargai ilmu yang disampaikan oleh guru dengan memberi sedekah atau hadiah kepada guru dan mereka memang layak untuk menerima pemberian itu.

Cuma, guru itu TIDAK boleh menetapkan berapakah bayaran yang dikenakan. Kalau tidak ada sesiapa pun memberi pemberian, dia masih tetap perlu meneruskan pengajaran kerana itu sudah menjadi kewajipan kepadanya untuk mengajar.

Insha Allah, Allah SWT akan memberi rezeki kepadanya dengan cara yang lain.

Cuma, kalau ada kerja sendiri atau kerja lain, maka cubalah jangan ambil upah mengajar itu. Kerana bila mengambil upah/bayaran/pemberian, ditakuti akan mengganggu keikhlasan dalam mengajar itu.

Malangnya, banyak sangat ustaz di negara ini yang meminta upah dalam mengajar. Sampaikan ada yang menetapkan upah mengajar setiap kali RM5,000. Paling kurang, sekali mengajar selama sejam dua, mereka mengenakan bayaran sebanyak RM500.

Selalunya, ia bergantung kepada ‘populariti’ ustaz itu. Ustaz sebegini memang hendak mengajar agama untuk membuat duit sahaja. Dan selalunya apa yang mereka ajarkan itu bukanlah dari ajaran sunah kerana memang mereka bukan berfahaman sunnah pun.

Dan apabila mereka diberi bayaran, mereka tidak berani untuk menceritakan perkara yang akan menyebabkan anak murid marah. Jadi, mereka tidak tegur pun kesalahan anak-anak murid itu kerana mereka takut kalau mereka tegur, anak murid akan berasa hati dan tidak panggil mereka datang mengajar lagi.

Jadi, realiti sekarang adalah ramai guru yang meminta dan menetapkan bayaran upah dalam mengajar.

Padahal, cara pengajaran salaf dari dahulu lagi adalah tidak mengenakan bayaran. Dan memang ada sampai sekarang, guru-guru agama yang mengajar agama tanpa mengenakan bayaran dan mereka boleh sahaja hidup sempurna.

Allah SWT masih lagi memberi mereka rezeki dengan cara lain. Tetapi tidaklah ramai mereka itu, sampaikan jarang sekali kita dengar guru yang tidak meminta atau menetapkan bayaran dalam mengajar.

Ada satu lagi tafsir untuk lafaz أَجْرًا itu.

Selain daripada upah dalam bentuk kewangan dan harta, ia juga boleh diterjemahkan kepada ‘sanjungan’ kerana ada orang yang tidak mengharapkan harta, mungkin mereka sudah kaya, tetapi mereka mengharapkan sanjungan dari orang ramai.

Mereka suka kalau orang kata mereka pandai, bijak, berilmu dan sebagainya. Maka, ini pun kita kena jaga juga. Takut jika tidak mengharap upah dalam bentuk wang, tetapi kita mengharapkan أَجْرًا dalam bentuk sanjungan manusia pula.

Ada 3 jenis manusia yang akan dimaksudkan ke dalam neraka sebagaimana hadis yang dinyatakan:

Dari Abi Hurairah r.a, ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya manusia pertama yang dihisab pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah SWT. Dia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatan (yang diberikan di dunia), lalu ia pun membenarkannya. Allah SWT bertanya kepadanya : ‘Amal apakah yang engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Ia menjawab : ‘Aku berperang semata-mata kerana Engkau sehingga aku mati syahid.’ Allah SWT berfirman : ‘Engkau berdusta! Engkau berperang supaya dikatakan seorang yang gagah berani. Memang demikianlah yang telah dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret orang itu atas mukanya (bertelungkup), lalu dilemparkan ke dalam neraka. Berikutnya orang (yang dihisab) adalah seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al-Quran. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatannya, maka ia pun mengakuinya. Kemudian Allah SWT menanyakannya: ‘Amal apakah yang telah engkau lakukan dengan kenikmatan-kenikmatan itu?’ Ia menjawab: ‘Aku menuntut ilmu dan mengajarkannya, serta aku membaca Al-Quran hanyalah kerana engkau.’ Allah SWT berkata : ‘Engkau berdusta! Engkau menuntut ilmu agar dikatakan seorang ‘alim (yang berilmu) dan engkau membaca Al-Quran supaya dikatakan (sebagai) seorang qari’ (pembaca Al-Quran yang baik). Memang begitulah yang dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret atas mukanya dan melemparkannya ke dalam neraka. Berikutnya (yang dihisab) adalah orang yang diberikan kelapangan rezeki dan berbagai macam harta benda. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatannya, maka ia pun mengenalinya (mengakuinya). Allah SWT bertanya : ‘Apa yang engkau telah lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Dia menjawab : ‘Aku tidak pernah meninggalkan shadaqah dan infaq pada jalan yang Engkau cintai, melainkan pasti aku melakukannya semata-mata kerana Engkau.’ Allah SWT berfirman : ‘Engkau dusta! Engkau berbuat yang demikian itu supaya dikatakan seorang dermawan (murah hati) dan memang begitulah yang dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeretnya atas mukanya dan melemparkannya ke dalam neraka.’”

TAKHRIJ HADITS

Hadits ini diriwayatkan oleh :

1. Muslim, Kitabul Imarah, bab Man Qaatala lir Riya’ was Sum’ah Istahaqqannar (VI/47) atau (III/1513-1514 no. 1905).

2. An Nasa-i, Kitabul Jihad bab Man Qaatala liyuqala : Fulan Jari’, Sunan Nasa-i (VI/23-24), Ahmad dalam Musnad-nya (II/322) dan Baihaqi (IX/168).

Dalam ayat sebelum ini telah disebut bahawa Nabi Muhammad SAW tidak mengharapkan upah dari umatnya. Lalu apa yang baginda harapkan dari mereka?

إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَىٰ

melainkan hanyalah kasih mesra dalam pertalian kerabat

Maksud ayat ini adalah: Nabi SAW tidak mengharapkan balasan upah daripada umatnya kecuali hanya mengharapkan pertalian rapat antara baginda dan umatnya sahaja. Baginda hanya mengharapkan semoga umatnya menghargai pertalian persaudaraan sesama mereka.

Tambahan lagi, Nabi SAW memang ada pertalian persaudaraan dengan mereka. Boleh dikatakan semua yang tinggal di Mekah itu ada pertalian persaudaraan dengan baginda. Walaupun mereka tidak mahu terima, tetapi sekurang-kurangnya sokonglah baginda.

Kalau tidak mahu beriman pun, janganlah menentang baginda dan menyakiti baginda. Cubalah dengar apa yang baginda hendak katakan, kerana baginda bukan orang lain dengan mereka, tetapi saudara mereka juga.

Dalam adat bangsa Arab, mereka amat mementingkan pertalian persaudaraan. Kalau seseorang itu dari puak mereka, mereka akan beri sokongan dalam semua hal.

Namun, apabila Nabi membawa ajaran tauhid, mereka tidak menghargai langsung pertalian persaudaraan itu. Malah, mereka yang rapat dengan baginda pun menentang baginda. Maka Nabi SAW memohon mereka supaya mengingati kembali pertalian antara mereka itu.

Seperti kita dengan anak beranak kita, tidaklah hendak minta upah kepada mereka dalam mengajar, bukan? Tidaklah selepas memberi nasihat kepada anak beranak dan saudara mara, kita minta upah kepada mereka pula, bukan? Itu amat tidak patut kalau kita lakukan.

Ini juga sebagai isyarat yang kita kena sampaikan dakwah dan ajaran agama kepada kalangan kaum kerabat kita dahulu. Jangan sibuk dakwah kepada orang lain, tetapi keluarga sendiri tidak diberi galakan sunnah.

Keduanya, perkataan الْقُرْبَىٰ boleh diterjemahkan sebagai ‘rapat’. Ianya adalah dari kata dasar yang sama yang kita gunakan perkataan ‘karib’ yang kita gunakan dalam perkataan ‘sahabat karib’ kita yang bermaksud sahabat kita yang paling rapat.

Ini bermaksud Nabi SAW tidaklah mahukan upah daripada mereka sebaliknya Nabi SAW mahu mereka itu jadi rapat dengan Allah SWT. Kerana tugas setiap Rasul dibangkitkan adalah untuk mendekatkan manusia dengan Allah SWT.

Apabila manusia sudah rapat dengan Allah SWT dan menganggap Allah SWT kekasih mereka, apa-apa sahaja arahan dari Allah SWT akan mudah ditaati kerana ianya seumpama suruhan dari kekasih kita.

Bukankah kalau permintaan dari kekasih kita senang sahaja kita tunaikan, bukan? Oleh itu, Nabi Muhammad SAW tidak mengharapkan أَجْرًا dari umatnya, asalkan mereka jadi rapat dengan Allah SWT, sudah cukup untuk baginda.

Maksud ketiga yang diberikan oleh para mufassir adalah baginda tidak meminta upah melainkan hanya mengharap supaya mereka melayan baginda seperti kaum kerabat mereka yang rapat.

Apabila dengan kerabat yang rapat, tidaklah sepatutnya menyakiti sesama sendiri, sebaliknya bantu membantu. Itulah harapan baginda. Kerana waktu itu, banyak yang melayan baginda dengan teruk sekali.

Maksud keempat yang dibincangkan oleh mufassir adalah yang dimaksudkan oleh الْقُرْبَىٰ adalah ahli keluarga baginda. Iaitu Ali, Fatimah dan keluarga mereka atau selalu dipanggil dengan gelaran Ahl Bayt.

Tetapi, ayat ini diturunkan di Mekah di mana Fatimah masih kecil dan belum lagi berkahwin dengan Ali.

Dan ahli keluarga Nabi SAW bukanlah mereka sahaja, malahan ada ramai lagi.

Kalau tanya kepada kebanyakan orang Islam, mereka hanya tahu anak baginda ada Fatimah, dan cucu baginda adalah Hassan dan Hussin sahaja. Padahal ramai lagi.

Jadi, pendapat yang mengatakan ayat ini tentang mereka berlima adalah lemah. Allah a’lam.

Layanan yang teruk Nabi SAW terima daripada kaum kerabatnya ketika itu adalah semata-mata kerana mereka tidak bersetuju dengan ajaran tauhid yang disampaikan oleh baginda erana kalau hendak dikira kedudukan Nabi sebagai penduduk Mekah waktu itu, baginda memang dikenali sebagai seorang yang mulia dan dipercayai. Tetapi kerana baginda tolak ilah-ilah mereka, maka waktu itulah baginda dihina dan ditolak.

وَمَن يَقْتَرِفْ حَسَنَةً

Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik,

Kata يَقْتَرِفْ terbit dari kata dasar قرف yang bermaksud ‘mengupil kulit pokok’. Atau ‘kopek luka yang sudah kering’ yang selalu dilakukan oleh kanak-kanak. Dalam ayat ini, ianya tentang melakukan kebaikan.

Dan untuk melakukan sesuatu, memerlukan usaha. Hendak solat, hendak tolong orang lain, mahu belajar, semua itu memerlukan usaha. Oleh itu, iqtarif adalah perbuatan yang bersungguh-sungguh dan ada sedikit kesusahan dalam melakukannya – memerlukan usaha dari seseorang.

نَّزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْنًا

Kami tambahi kebaikan baginya dalam kebaikannya itu.

Allah SWT beri ganjaran berganda-ganda dari amalan orang yang melakukan kebaikan itu. Allah SWT akan balas lebih lagi dari apa yang dilakukan semasa di dunia. Bukan itu sahaja, malah dia akan diberikan dengan taufik untuk melakukan kebaikan lagi iaitu, seseorang yang melakukan amalan baik akan timbul dalam hatinya untuk melakukan lagi kebaikan. Perasaan yang dinamakan taufik itu diberikan oleh Allah SWT. Dengan itu, orang itu akan mendapat lebih banyak lagi kebaikan.

Sebab itu kadang-kadang kita hairan memikirkan bagaimana ada orang yang boleh melakukan banyak perkara ibadat. Dia boleh belajar, dia boleh mengajar, dan dalam masa yang sama, sempat lagi menulis kitab.

Ini adalah kerana Allah SWT telah memberikan taufik kepadanya untuk melakukan amalan-amalan ibadat itu.

Allah SWT telah memberikan orang itu untuk merasai kemanisan dalam melakukan amalan-amalan itu. Sampaikan orang itu merasa gembira dan ‘ringan tulang’ untuk melakukannya.

Tetapi hendaklah kita ingat bahawa Allah SWT memberi perasaan ini kepada mereka yang mula melakukan ibadat itu sedikit demi sedikit. Apabila dia sudah mula melakukan sedikit amal kebaikan, Allah SWT akan beri dia rasa nikmat melakukannya.

Oleh itu, mulakan dengan melakukan amalan yang ringan-ringan dahulu.

Apabila kita sudah mula rasa kemanisan melakukan ibadah itu, maka tambah lagi dengan amalan yang lain. Janganlah terus hendak ikut orang lain yang melakukan amalan yang banyak. Mereka yang istiqamah melakukan amalan yang banyak, mereka pun bermula dengan sedikit dahulu.

Ini adalah targhib (ransangan) untuk umat memperbanyakkan amal mereka. Bila kita sudah tahu kebaikan yang amat banyak dalam mengerjakan amal soleh, maka rebutlah peluang dan jangan tunggu lagi. Banyak kali Allah SWT sebut dalam Al-Quran mengajak kita beramal dengan kebaikan.

Amat rugi kalau berlengah dan menangguhkan untuk melakukan amal kebaikan kerana ramai yang sudah tahu tetapi masih tunggu lagi. Mereka telah ditipu oleh syaitan. Syaitan pada awalnya tidak bagi kita belajar, tetapi bila kita sudah belajar, syaitan bisikkan kepada kita untuk tangguhkan pula amal kebaikan itu.

Inilah senjata kedua yang dinamakan taswif (melengahkan kebaikan). Syaitan tidak boleh hendak kata amal itu salah dah sebab orang itu telah belajar, tetapi mereka masih boleh lagi bisikkan supaya orang itu tangguhkan amal itu. Ramai yang mati dalam menjadi mangsa kepada senjata syaitan ini.

إِنَّ اللهَ غَفُورٌ شَكُورٌ

Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun, lagi Amat Menghargai

Allah SWT Maha Menghargai makhluk yang beribadat kepada-Nya dan Dia akan membalas dengan lebih baik lagi. Allah SWT amat suka dengan amalan yang kita lakukan dan Allah SWT tidak akan mensia-siakannya.

Kenapa ada disebut sifat Allah SWT yang Maha Pengampun dalam ayat ini pula? Ini adalah kerana walaupun kita hendak taat kepada arahan dan suruhan Allah SWT, tetapi kadang-kadang kita cuai dalam amal.

Maka oleh kerana itu kita kena minta maaf dan ampun kepada Allah SWT. Dan kerana itulah Allah SWT beritahu yang Dia Maha Pengampun.

Oleh itu, ada anjuran minta ampun dari dosa dalam ayat ini. Kita memang selalu dianjurkan untuk minta ampun kepada Allah SWT kerana jika amalan kita sikit, tetapi dosa kita banyak, nanti ada masalah untuk kita di dunia dan di akhirat kelak.

Maka, kita minta ampun supaya dosa kita tidak ada lagi dan yang tinggal adalah pahala amalan kita walaupun ia sedikit. Dan Allah SWT memang suka makhluk-Nya minta ampun dan sebab makhluk-Nya minta ampunlah Allah SWT beri taufik untuk melakukan kebaikan lagi dan lagi.

Allah SWT suka kita minta ampun kerana Dia suka mendengar kita mengaku lemah.

Ilmu tanpa amalan adalah seperti pohon tanpa buah. Ini adalah satu kerugian. Mungkin juga ia terjadi kerana syaitan juga bisikkan kepada manusia supaya melambatkan buat amalan.

Sedangkan dosa akan menyebabkan kita lebih mudah buat dosa lagi, dosa juga akan menyebabkan kita kena musibah dosa juga akan menyebabkan doa kita tidak terangkat.

Kita kena selalu banyakkan istighfar kerana banyak sekali kelebihan istighfar ini. Ia adalah amalan meningkatkan kedudukan kita dalam syurga. Namun, untuk mula dapat masuk ke dalam syurga, kenalah selamat dari dosa dahulu.

Perumpamaan, kalau tidak dapat kedudukan tinggi dalam syurga pun, sekurang-kurangnya selamat dari neraka pun sudah nikmat besar, bukan?

Jika kita ulang balik dosa itu pun insya Allah, Allah SWT akan ampunkan Cuma belum tentu Allah SWT akan ampunkan kerana istighfar juga adalah doa dan belum tentu semua doa kita akan dimakbulkan.

Ini memang amat menakutkan sekali. Bagaimanalah kita kalau Allah SWT tidak makbulkan permohonan ampun kita? Maka kita kena sentiasa dalam keadaan risau dan elakkan diri dari melakukan dosa kerana kalau kita ‘yakin’ Allah SWT terus ampunkan dosa kita, maka ini akan menyebabkan kita ringan sahaja untuk melakukan dosa seolah-olah kita kata: “alaaahhh, aku buat dosa ni, nanti aku minta ampun lah!”

Itu telah jadi macam orang Kristian pula. Buat salah, kemudian pergi jumpa paderi untuk cuci dosa.

Namun, dalam masa yang sama, kalau kita sudah ada keinginan untuk minta ampun, itu juga sudah ada gerakan dan ketukan dari Allah SWT pada hati kita. Kalau Allah SWT sendiri telah ketuk hati kita untuk minta ampun, tentu Dia sudah bersedia untuk ampunkan kita, bukan?

Maka, angan termakan dengan bisikan syaitan yang hendak halang kita minta ampun atas dosa yang sama.

Syaitan akan bisik: “kau nak minta ampun lagi? dah berapa kali kau buat? kau tidak malu ke, taubat kemudian buat lagi dosa yang sama.. kemudian minta ampun balik.. kau nak main-main ke? Elok kau tidak payah minta ampunlah kalau begitu…. “

Lihatlah permainan syaitan itu. Boleh faham kan? Maka jangan kita termakan. Berapa banyak kali kita buat dosa pun, walaupun dosa yang sama, jangan kita putus asa dari rahmat Allah SWT.

Allahu a’lam.

HADITH ARBA’IN – 32

0

 

MERUGIKAN PIHAK LAIN

DIHARAMKAN SYARIAT ISLAM

 

عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ سعْدُ بْنِ سِنَانِ الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلَّمَ قَالَ : لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

[حَدِيْثٌ حَسَنٌ رَوَاهُ ابْنُ مَاجَه وَالدَّارُقُطْنِي وَغَيْرُهُمَا مُسْنَداً، وَرَوَاهُ مَالِك فِي الْمُوَطَّأ مُرْسَلاً عَنْ عَمْرو بْنِ يَحْيَى عَنْ أَبِيْهِ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْقَطَ أَبَا سَعِيْدٍ وَلَهُ طُرُقٌ يُقَوِّي بَعْضُهَا بَعْضاً]

 

Terjemahan hadith

Dari Abu Sa’id, Sa’ad bin Sinan Al Khudri radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Tidak boleh melakukan perbuatan (mudharat) yang mencelakakan diri sendiri dan orang lain“

(Hadits hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Daruqutni serta selainnya dengan sanad yang bersambung, juga diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Muwattho’ secara mursal dari Amr bin Yahya dari bapanya dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, dia tidak menyebutkan Abu Sa’id. Akan tetapi dia memiliki jalan-jalan yang menguatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain)

* Imam An Nawawi kata hasan

Takhrij

1. Al Muwatta’ II/571, no 31
2. Ad Daraquthni III/470, no 4461
3. AL Baihaqi VI/69
4. Al Hakim II/57-58

 

Penjelasan

Imam An Nawawi rh:
لا ضرر
Tidak boleh seseorang dari kamu membahaya orang lain tanpa hak, dan tidak boleh pula memulai kejahatan kepadanya.

Jangan membalas orang yang membahayakanmu. Jika seseorang memakimu, jangan kamu balas mencacinya. Jika ia memukulmu, jangan kamu balas memukulnya.

Tetapi tuntutlah hakmu darinya kepada hakim dengan tidak membalas terlebih dahulu. Jika dua orang saling mencaci maki atau saling menuduh, maka tidak berlaku tuntut balas. Tetapi masing-masing berhak menuntut haknya dihadapan hakim.

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ayyub dan Qutaibah dan Ibnu Hujr mereka berkata; Telah menceritakan kepada kami Isma’il yaitu Ibnu Ja’far dari Al A’laa dari Bapaknya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Apabila ada dua orang yang saling mencaci-maki, maka cacian yang diucapkan oleh keduanya itu, dosanya akan ditanggung oleh orang yang memulai cacian selama orang yang dizhalimi itu tidak melampaui batas.”HR Muslim

HADITH ARBA’IN – 31

0

JIKA ANDA INGIN DICINTAI

ALLAH DAN MANUSIA

 

عَنْ أَبِي الْعَبَّاس سَهْل بِنْ سَعْد السَّاعِدِي رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : ياَ رَسُوْلَ اللهِ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِيَ اللهُ وَأَحَبَّنِي النَّاسُ، فَقَالَ : ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبُّكَ اللهُ، وَازْهَدْ فِيْمَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبُّكَ النَّاسُ

[رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح]

Terjemahan Hadits:

Dari Abu Abbas Sahl bin Sa’ad Assa’idi radhiallahuanhu dia berkata: Seseorang mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka beliau berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku sebuah amalan yang jika aku kerjakan, Allah dan manusia akan mencintaiku, maka beliau bersabda: Zuhudlah terhadap dunia maka engkau akan dicintai Allah dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia maka engkau akan dicintai manusia.

(Hadits hasan riwayat Ibnu Majah dan lainnya dengan sanad hasan)

 

Catatan :

1. Menuntut kecukupan terhadap dunia adalah perkara wajib, sedang zuhud adalah tidak adanya ketergantungan dan terpusatnya perhatian terhadapnya.

2. Bersikap qanaah terhadap rezeki yang halal dan redha terhadapnya serta bersikap ‘iffah dari perbuatan haram dan hati-hati terhadap syubhat.

3. Jiwa yang merasa cukup dan iffah serta berkorban dengan harta dan jiwa di jalan Allah merupakan hakikat zuhud.

HADITH ARBA’IN – 30

0

 

KEWAJIBAN MEMATUHI PERINTAH

ALLAH DAN LARANGAN ALLAH

عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِي جُرْثُوْمِ بْنِ نَاشِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى فَرَضَ فَرَائِضَ فَلاَ تُضَيِّعُوْهَا، وَحَدَّ حُدُوْداً فَلاَ تَعْتَدُوْهَا، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلاَ تَنْتَهِكُوْهَا، وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ رَحْمَةً لَكُمْ غَيْرَ نِسْيَانٍ فَلاَ تَبْحَثُوا عَنْهَا.

[حديث حسن رواه الدارقطني وغيره]

Terjemahan Hadits:

Dari Abi Tsa’labah Al Khusyani Jurtsum bin Nasyir radhiallahuanhu, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dia berkata: Sesungguhnya Allah ta’ala telah menetapkan kewajiban-kewajiban, maka janganlah kalian mengabaikannya, dan telah menetapkan batasan-batasannya janganlah kalian melampauinya, Dia telah mengharamkan segala sesuatu, maka janganlah kalian melanggarnya, Dia mendiamkan sesuatu sebagai kasih sayang buat kalian dan bukan kerana na lupa jangan kalian mencari-cari tentangnya.

(Hadits hasan riwayat Daruquthni dan lainnya)
Menurut sebagian ulama hadist ini Dhaif.

 

Catatan

1. Menetapkan bahwa Allah-lah yang memiliki perintah. Allah-lah yang mengharuskan,mewajibkan,atau mengharamkan.

2. Perintah ada ditangan-Nya,tidak seorang pun boleh mewajibkan apa yang tidak diwajibkan Allah, atau mengharamkan apa yang tidak diharamkan-Nya, berdasarkan sabda beliau :

”Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mewajibkan banyak hal…..Dan telah mengharamkan banyak hal”.

Cabang-Cabang Iman – Cabang Iman Ke-65 hingga Ke-70

0

Cabang-Cabang Iman

Cabang Iman Ke-65

Bermusuh dengan Kekufuran dan Kefasikan

Orang yang beriman tidak akan bersahabat dengan kekufuran dan kefasikan. Bab ini kalau diterjemahkan secara literal jadi menjauhi orang kafir dan orang-orang fasik.

Segala yang menutup sinar dan syi’ar agama Islam ia adalah kufur dan orang yang melakukannya kita panggil kafir. Fasik adalah yang merosakkan Islam.

Pada asasnya Kafir Quraisy adalah contoh kafir yang menghalang dakwah dan perkembangan Islam di awal tempoh kenabian manakala golongan fasik adalah mereka yang masih kekal dengan maksiat walaupun mereka telah beriman.

Antara contoh adalah orang Islam di zaman Nabi SAW yang masih berzina dan ada sahabat yang masih minum arak. Ini adalah kefasikan. Kita perlu menjauhkan diri dari aktiviti atau amal yang boleh menjerumuskan kita ke lembah kekufuran dan memerangkap kita ke arah kefasikan.

Menjauhi diri kita daripada di ketuai atau di pimpin oleh si kafir atau si fasik.

Cabang Iman Ke-66

Menunaikan hak-hak jiran

Mafhum dari hadis Nabi SAW seorang yang beriman adalah seorang yang baik dengan jirannya.

Memuliakan dan menunaikan hak-hak jiran.

Jiran-jiran Rasulullah SAW di Madinah adalah mereka yang tinggal di sekitar Masjid Nabawi. Manakala jiran-jiran isteri Rasulullah SAW adalah madu-madu mereka. Dengan kata lain Rasulullah SAW mempunyai banyak hujrah di bahagian Masjid nabi yang menjadi kediaman isteri baginda SAW.

Menjaga hak jiran dan memuliakan jiran adalah cabang-cabang Iman.

Ulama mengatakan jiran kita mempunyai 3 hak:

1. Jiran yang ada hak saudara sedarah, jiran ada hak sebagai Muslim dan jiran yang ada hak jiran (tidak Islam).

2. Jiran yang ada hak Muslim dan hak jiran.

3. Jiran yang ada hak jiran sahaja

Dalam satu riwayat Al-Bukhari disebut yang mafhumnya janganlah dilarang untuk jiran kita menyandarkan barang mereka di dinding rumah:

“Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Maslamah, dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Al A’raj, dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “”Janganlah seseorang melarang tetangganya untuk menyandarkan kayunya di dinding rumahnya””. Kemudian Abu Hurairah radliallahu ‘anhu berkata: “”Jangan sampai aku lihat kalian menolak ketentuan hukum ini. Demi Allah, kalau sampai terjadi, akan aku lempar kayu-kayu itu menimpa samping kalian””.”

Hingga begitu Abu Hurairah menekankan hak jiran menyandarkan kayu di dinding rumah kita.

Semoga Allah SWT memberi kita taufik untuk menjaga dan menyuburkan cabang iman ini.

 

Cabang Iman Ke-67

Memuliakan dan Menunaikan Hak Tetamu

Mafhum hadis tidak beriman seorang yang tidak memuliakan tetamu. Dalam satu hadis Muttafaq alaih disebut yang mafhumnya “Barang siapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat, hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

Hak tetamu dalam Islam adalah 3 hari. Hak ini dalam perbahasan fekah di antara wajib dan sunnah mua’kad yakni 3 hari makanan, tempat tinggal dan keselamatan di bawah tanggungan penerima tetamu.

Siapa yang dalam kategori tetamu? Ahli keluarga bukan tetamu. Tetamu adalah orang Islam yang datang ke kawasan kita yang tidak punya apa-apa hubungan kekeluargaan dengan kita.

Maka digalakkan kita menerima tetamu selama 3 hari dengan menyediakan segala keperluan yang wajib bagi mereka. Zaman kini tetamu yang datang telah ada banyak pilihan untuk menginap dan tempat makan. Sangat berbeza dengan tetamu yang datang ke Madinah di zaman Rasulullah SAW yang tiada hotel dan restoran. Maka ia telah jatuh sunat sahaja.

Semoga kita dapat memuliakan tetamu Islam kita dengan menyediakan tempat solat dan rehat yang baik di kawasan kita. Fungsi ini kini telah di ambil oleh masjid-masjid yang menyediakan bilik inap atau bermalam buat tetamu.

 

Cabang Iman Ke-68

Menutup Aib Diri Sendiri dan Manusia Lain

Mafhum daripada hadis Riwayat Al-Bukhari yang maksudnya:

“barang siapa menutupi aib saudaranya, Allah SWT tutup aibnya di dunia dan di akhirat”

Aib ini boleh jadi disebabkan dosa-dosa. Boleh jadi juga di sebabkan fizikal atau kecerdasan akal.

Al-Imam Al-Bukhari rah. dalam menjaga cabang iman ini, walau dalam jarh wa ta’dil sekalipun eliau menggunakan lafaz yang tidak membuka aib.

 

Cabang Iman Ke-69

Bersabar dari Musibah dan Hawa Nafsu

Cuba bayangkan jika kedua ibu bapa kita meninggal semenjak kecil, kemudian setelah itu datuk yang menjaga kita juga meninggal dunia, kemudian setelah kita berkahwin 3 orang anak kita meninggal semasa kecil, kemudian kita di caci maki oleh saudara mara kerana kebaikan yang buat, kita di baling batu kerana mengajak manusia kepada syurga, kemudian isteri kita di fitnah berzina, kemudian kita di ancam bunuh dan seorang demi seorang sahabat handai kita mati dibunuh, kemudian kita diracun. Ini adalah rentetan ujian hidup yang dilalui oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW menghadapi ujian musibah dan juga mengajar keluarga dan sahabat baginda bagaimana untuk menghadapi musibah dan hawa nafsu.

Setiap musibah yang dilalui Rasulullah SAW akan kembali kepada Allah SWT.

Redha dengan setiap ujian-Nya seperti diperintahkan oleh Allah SWT dan apabila di uji maka ucaplah tarji’ yakni İnnalillahi wainnailaihi rojiun.

 

Cabang Iman Ke-70

Zuhud dan Pendek Angan-Angan

Ulama’ seawal 100H-200H berusaha menghimpunkan hadis-hadis Zuhud. Seperti mana yang kita tahu di zaman tersebut yakni bermula dari zaman kekhalifan Umar r.a. hingga di zaman awal Daulah Abbasiyyah sekitar 400H-500H umat Islam di uji dengan banyaknya harta.

Ibn Khaldun menukilkan dalam Muqaddimah hari di mana Usman r.a wafat hasil atau revenue daripada jizyah dah kharaj dari wilayah-wilayah di Iraq adalah 1000 dinar sehari yakni bersamaan dengan RM650,000 setiap hari.

Itu di zaman Usman r.a. dan selepas di zaman Muawiyyah dan seterus lagi banyak fulus dan kutipan jizyah daripada wilayah dikuasai Islam yang kian melebar.

Kitab-kitab Zuhud di zaman awal yang sampai pada kita terlalu banyak kalau boleh di sebut:

  1. Al-Muaffa al Kufi (seorang tabi’ tabien),
  2. Abdullah bin Mubarak
  3. Ahmad bin Hanbal
  4. Ibn Abid Dunya dan ramai lagi

Pada dasarnya semua kitab zuhud itu ditulis sebagai amali mereka yakni diamalkan oleh penulis kitab tersebut. Zuhud bukan bererti miskin atau menolak kekayaan bahkan Abdullah ibn Mubarak rah adalah saudagar yang kaya raya.

Bahkan Yahya ibn Ma’in seorang tokoh Muhaddith Salaf diberikan oleh ayahnya 1 juta (dinar atau dirham) sebagai perbelanjaan untuk pengajian ilmunya.

Maksud Zuhud di sini tidak bermewah dan merasai kelazatan dunia biarpun berharta dan kaya raya, hidupnya sekadar keperluan dan cukup dengan yang perlu sahaja

Angan-angan dunianya di lupakan dengan mengejar cita-cita dan janji akhirat.

Ini adalah antara cabang yang sukar untuk di amal di zaman ini di kala pelbagai jenis kelazatan dunia yang terbentang. Jika ada diberi kekayaan ujian untuk menjadi zuhud ini amatlah berat.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita kekuatan untuk berzuhud dan memendekkan angan-angan dunia yakni bercita-cita untuk berlazat dan bermewah hidup di dunia.

Allahu a’lam.

 

 

 

 

Tafsir Surah Asy-Shura – Tafsir Ayat Ke-21

0

Tafsir Surah Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-21

Ini adalah ayat yang penting dalam surah ini. Ayat ini tentang guru yang reka amalan bidaah iaitu mereka yang reka amalan baru dalam agama.

أَم لَهُم شُرَكاءُ شَرَعوا لَهُم مِّنَ الدّينِ ما لَم يَأذَن بِهِ اللهُ ۚ وَلَولا كَلِمَةُ الفَصلِ لَقُضِيَ بَينَهُم ۗ وَإِنَّ الظّٰلِمينَ لَهُم عَذابٌ أَليمٌ

Patut kah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian dari ugama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ

Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu

Adakah mereka menjadikan bagi Allah SWT sekutu? Sepatutnya yang menentukan syariat adalah Allah SWT, tetapi mereka angkat orang lain untuk buat syariat juga.

Mereka yang menambah perkara baru dalam agama digelar sebagai ‘musyrik’ dalam ayat ini. Dulunya musyrikin Mekah. Sekarang, kalau yang melakukannya adalah dari Malaysia, maka mereka adalah Musyrikin Malaysia! Lihatlah betapa teruknya menambah perkara baru dalam agama, sampaikan dikatakan ianya syirik.

Tetapi mereka yang jahil agama, senang-senang sahaja tambah perkara bidaah dalam agama, tanpa rasa apa-apa kesalahan. Sebaliknya, mereka pula rasa mereka telah buat kebaikan dengan menambah perkara baru dalam agama.

Amalan dan hukum agama hanya boleh diadakan oleh Allah SWT sahaja. Maka, kalau ada entiti lain yang buat hukum yang baru, maka itu sudah menyamaratakan kedudukan entiti itu dengan Allah SWT. Dan itu adalah syirik. Tidak kira siapa entiti itu – ustaz kah, ulama kah, sistem seperti sistem demokrasi dan sebagainya.

Inilah pemahaman yang susah untuk diterima oleh masyarakat kita. Mereka sangka syirik itu hanyalah apabila sujud dan sembah tuhan yang lain sahaja. Padahal, konsep syirik itu sebenarnya luas lagi. Jadi, apabila mereka tidak faham konsep syirik, maka ramai yang telah melakukan syirik tanpa mereka sedari.

Mereka memang tidak berniat untuk melakukan syirik, tetapi tanpa sengaja, mereka telah melakukannya.

شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ

yang menentukan – mana-mana bahagian dari ugama mereka

Pertama, ia boleh bermaksud buat agama baru; atau keduanya, bermaksud menambah perkara baru dalam agama. Sama ada mereka buat amalan baru atau undang-undang baru dalam agama. Termasuk kalau mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Musyrikin Mekah telah mencipta syariat baru dengan menghalalkan yang haram seperti menghalalkan judi dan perzinaan. Dan mereka mengharamkan perkara yang halal sebagai contoh, mereka telah mengharamkan sesetengah binatang yang Allah SWT halalkan. Perkara ini banyak disebut dalam surah al-An’am.

Masyarakat kita pun ada yang menghalalkan yang haram. Sebagai contoh, mereka menghalalkan tawassul yang diharamkan. Mereka kata ia perkara baik padahal ia telah dikutuk oleh Allah SWT.

Dan masyarakat kita pun banyak mengharamkan yang halal seperti mengharamkan makanan tertentu semasa ‘pantang bersalin’; atau semasa mengamalkan ilmu-ilmu tertentu; atau kerana keturunan mereka kononnya tidak boleh makan makanan-makanan tertentu.

Perkara ini banyak dilakukan oleh masyarakat kita kerana dipelopori oleh ulama dan ustaz-ustaz yang tidak tahu agama. Ya, ustaz pun ada yang tidak tahu agama.

Termasuk dalam perkara ini adalah membuat amalan bidaah dalam agama. Ini adalah masalah sangat besar dalam masyarakat kita dan dalam dunia pun. Senang sangat ditambah amalan baru dalam agama dan ini dilakukan oleh mereka yang kononnya faham agama.

Mereka itulah digelar sebagai ulama atau ustaz oleh masyarakat. Mereka selalunya ada kedudukan dalam masyarakat. Sampaikan amalan yang mereka reka itu diterima pakai oleh orang yang jahil. Jahil itu adalah kerana mereka tidak belajar agama, jadi mereka tidak tahu mana yang boleh dilakukan dan mana yang tidak.

Ayat ini adalah tentang mereka yang memulakan syariat baru itu. Mereka akan mendapat dosa atas amalan itu dan mereka juga akan mendapat tambahan dosa dari mereka yang mengikutinya. Bukan itu sahaja – orang yang mengikut bidaah itu akan mengajar pula kepada orang lain, maka orang yang menambah syariat dan amalan baru itu akan mendapat dosa yang bertimpa-timpa.

Mungkin boleh berterusan dia mengumpul dosa sampai ke kiamat pun kalau bidaah rekaannya itu berterusan diamalkan sampai ke kiamat.

Walaupun ayat ini tentang mereka yang mencipta syariat baru itu, tetapi ia juga melarang kita dari mengikuti amalan dan syariat bidaah itu. Kebanyakan dari kita tidaklah reka amalan baru. Tetapi banyak yang ikut-ikut sahaja amalan yang telah direka oleh guru yang salah.

Maka, kita yang mengikuti pun dapat dosa juga. Dan kalau kita ajar pula orang lain, maka kita pun dapat imbuhan dari amalan orang yang kita ajar itu. Dan kalau yang kita ajar itu dia ajar pula kepada orang lain, kita akan dapat dosa orang itu juga. Masha Allah SWT! Terlalu banyak dosa yang boleh dapat kalau kita terlibat dalam bidaah ini. Tetapi kenapa ramai dalam masyarakat kita ambil mudah sahaja?

مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللهُ

yang tidak diizinkan oleh Allah SWT?

Ayat ini dalam bentuk ‘istifham inkari’ – Allah SWT tanya soalan, tetapi sebenarnya hendak memberitahu bahawa apa yang dilakukan itu salah. Dalam perkara agama, hendaklah kita buat apa yang Allah SWT telah tetapkan sahaja.

Bukan tambah perkara yang Allah SWT tidak pernah suruh. Kita tidak layak hendak tambah apa-apa pun. Ramai yang kata amalan bidaah itu baik. Tetapi soalan kita adalah: siapa kita yang boleh menentukan bahawa amalan itu baik atau tidak? Mana kita tahu yang amalan itu baik? Sangkaan kita sahaja yang ia baik, tetapi pada hakikatnya belum tentu lagi.

وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ

Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan

Iaitu ketetapan dari Allah SWT untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu. Maknanya, manusia yang reka agama, tambah syariat baru dalam agama, reka amalan bidaah itu, tidaklah mereka diberi azab semasa di dunia ini lagi.

Allah SWT biarkan sahaja dia hendak buat apa. Allah SWT tengok sahaja. Kerana Allah SWT telah berjanji kepada Diri-Nya yang Dia akan beri tangguh kepada mereka yang buat dosa itu. Tetapi siaplah nanti apabila mereka telah mati nanti, terus mereka akan diberi dengan seksaan.

لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ

tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka

Kalaulah Allah SWT tidak tetapkan untuk beri tangguh itu, tentulah mereka itu terus kena azab kerana apa yang mereka lakukan itu adalah perkara yang buruk dan berat dalam agama.

Tetapi Allah SWT tunggu mereka mati dan dimasukkan ke alam akhirat barulah mereka akan diazab. Kerana akhirat adalah ‘darul jazak’, tempat pembalasan. Selagi hidup di dunia, mereka akan diberi ujian dan Allah SWT nilai sama ada mereka lepas ujian atau tidak.

Kalau hendak balas dengan azab di dunia pun, memang tidak padan. Ini adalah kerana tubuh manusia tidak dapat menanggungnya, akan hancur begitu sahaja. Oleh itu, Allah SWT akan naik taraf tubuh manusia di neraka kelak dan akan diazab cukup-cukup.

وَإِنَّ الظّٰلِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Inilah balasan mereka yang mencipta amalan dan syariat yang bidaah dalam agama.

Mereka dikatakan sebagai ‘zalim’. Zalim itu banyak perkara dan zalim yang paling besar adalah zalim kepada Allah SWT di mana kita melakukan syirik.

Adakah ini sebab utama Allah SWT tangguhkan azab kepada pembuat bidaah agar dapat diazab secukup-cukupnya di akhirat kelak? Menunjukkan betapa murkanya Allah SWT terhadap pembuat bida’ah ini? Ya. Begitulah. Allah SWT boleh biarkan sahaja. Tunggu balasan di akhirat.

Imam Ahmad hidup pada zaman khalifah yang berakidah Muktazilah.

Dan entah berapa ramai ulama dan pendakwah yang tidak sama dengan pegangan pemerintah.

Maka, dalam hal ini ada dua cara yang boleh digunakan:

Pertama, seperti yang kita lakukan sekarang. Dakwah kepada siapa yang boleh sahaja.

Kedua, dakwah kepada Sultan supaya akidah pegangan semua negeri adalah sunnah.

Allahu a’lam.

Sirah Nabawiyyah – Peristiwa Ke-9 Hijrah

0

Sirah Nabawiyyah – Tahun ke-9 Hijrah

Kita sekarang di Tahun 9H dalam sirah Nabawiyyah, perbincangan kita berdasarkan kitab Rahiqul Makhtum.

Tahun ke-9H berbondong-bondong manusia masuk Islam.

Di kala itu usia Rasulullah SAW berumur 61 tahun tinggal di Madinah bersama 9 isteri baginda di samping puluhan khadim dan maula. Antara puluhan khadim dan maula Nabi SAW termasuklah Safinah r.a nama tetapi sebenar diperselisihkan ada kata Maimun, Mehran dan beberapa nama lagi.

Di kala ini juga masjid Nabawi telah diperluaskan dan baginda SAW telah menyediakan mimbar bagi mengganti batang tamar yang biasa dipijak oleh Rasulullah SAW ketika berkhutbah.

Insya Allah akan perincikan, kehidupan Rasulullah SAW di tahun 9H jika kita soroti teramat banyak sunah dan juga ibrah bermula dari Muharram tahun ini. Suatu yang kita perlu sedar selepas Hunain dan Perang Thaif kebanyakan sahabat Muhajirin dan Ansar telah pun mendapat kenderaan hasil dari ghanimah perang ini.

Harta-harta zakat telah mula disampaikan kepada Rasulullah SAW di Madinah untuk di agihkan.

Kebanyakan hadis Abu Hurairah r.a banyak diriwayatkan pada tahun 9H.

“Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Rauh, dan Muhammad bin Ja’far, dari Syu’bah, dari Muhammad bin Ziyad, dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW beliau bersabda: “”Sesungguhnya ‘Ifrit dari bangsa Jin baru saja menggangu ku untuk memutus shalat ku tetapi Allah memenangkan aku atasnya, dan aku berkehendak untuk mengikatnya di salah satu tiang masjid sampai waktu subuh sehingga tiap orang dari kalian dapat melihatnya. Namun aku teringat ucapan saudaraku Sulaiman a.s ketika berdo’a: ‘(Ya Rabb, anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak akan dimiliki oleh seorang pun setelah aku) ‘ (QS. Shaad: 35). Rauh berkata, “”Kemudian beliau mengusirnya dalam keadaan hina.”””

“Telah menceritakan kepada kami Qutaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits, dari Sa’id bin Abu Sa’id, bahawa dia mendengar Abu Hurairah berkata, “”Nabi SAW pernah mengirim pasukan berkuda mendatangi Najed, kemudian pasukan tersebut kembali dengan membawa tawanan seorang laki-laki dari Bani Hanifah yang bernama Tsumamah bin Utsal. Kemudian laki-laki itu diikat di salah satu tiang masjid.”””

Tiang-tiang Masjid Nabawi kekal dengan batang kurma, sehinggalah di zaman Umar r.a seperti mana yang diriwayatkan Al-Bukhari dalam sahihnya.

“Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Ya’qub bin Ibrahim bin Sa’d berkata, telah menceritakan kepadaku Bapakku, dari Shalih bin Kaisan berkata, telah menceritakan kepada kami Nafi’, bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar, mengkhabarkan kepadanya, bahawa pada masa Rasulullah SAW Masjid dibangunkan dengan menggunakan tanah liat yang dikeraskan (bata). Atapnya dari dedaunan sedangkan tiangnya dari batang pohon kurma. Pada masanya Abu Bakar tidak memberi tambahan renovasi apa pun, kemudian pada masanya Umar bin Al Khathab ia memberi tambahan renovasi, Umar merenovasi dengan batu bata dan dahan barang kurma sesuai dengan bentuk yang ada di masa Rasulullah SAW. Tiang utama ia ganti dengan kayu. Kemudian pada masa Utsman ia banyak melakukan perubahan dan renovasi, dinding masjid ia bangun dari batu yang diukir dan batu kapur. Kemudian tiang dari batu berukir dan atapnya dari batang kayu pilihan.”””

Berkenaan dengan Sariyah ke Najed ia berlaku di bulan Muharram 9H seperti yang disebut oleh penulis Rahiqul Makhtum.

“Telah menceritakan kepada kami Qutaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits, dari Sa’id bin Abu Sa’id, bahwa dia mendengar Abu Hurairah berkata, “”Nabi SAW pernah mengirim pasukan berkuda mendatangi Najed, kemudian pasukan tersebut kembali dengan membawa tawanan seorang laki-laki dari Bani Hanifah yang bernama Tsumamah bin Utsal. Kemudian laki-laki itu diikat di salah satu tiang masjid.”””

Pada tahun 9H boleh lah dikatakan bahawa risalah telah sampai ke seluruh pelosok jazirah Arab, dari Yaman sehinggalah Shams, dari pesisir laut Merah hingga pesisir sungai di Babylonia (Iraq).

Sebelum kita masuk ke Perang Tabuk ada baiknya kita tahu sedikit latar belakang Rom di zaman Rasulullah SAW.

Rom pada zaman Rasulullah SAW dari segi material dan teknologinya sangat-sangat ke hadapan. Segala jenis sistem dan teknologi banyak merujuk pada Tamadun Rom di masa itu.

Ia adalah janji Allah SWT kerana bumi yang mana terdapat orang soleh yakni pada zaman para Nabi terdahulu Allah SWT turunkan keberkatan dari langit.

Zulkarnain adalah lelaki soleh yang pernah hidup di wilayah Rom ini. Ya, lelaki yang Allah sebut sebut namanya dalam Al-Quran yang membacanya akan diselamatkan dari fitnah Dajjal, Surah Al-Kahfi. Dari segi agama, Rom beragama Nasrani (Kristian) dan terdapat beberapa aliran.

يُحَدِّثُ عَنْ صُهَيْبٍ، قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ، يُحَدِّثُ أَنَّهُ مَرَّ بَيْنَ يَدَىْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم هُوَ وَغُلاَمٌ مِنْ بَنِي هَاشِمٍ عَلَى حِمَارٍ بَيْنَ يَدَىْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ يُصَلِّي فَنَزَلُوا وَدَخَلُوا مَعَهُ فَصَلَّوْا وَلَمْ يَنْصَرِفْ فَجَاءَتْ جَارِيَتَانِ تَسْعَيَانِ مِنْ بَنِي عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَأَخَذَتَا بِرُكْبَتَيْهِ فَفَرَعَ بَيْنَهُمَا وَلَمْ يَنْصَرِفْ

Hadis di atas adalah hadis berstatus Hasan, Riwayat Imam An-Nasaa’i, diriwayatkan oleh sahabat bernama Suhaib. (Suhaib) mendengar Ibn Abbas meriwayatkan, beliau (Ibn Abbas) bersama seorang budak daripada Bani Hashim, menunggang keldai di hadapan Rasulullah SAW sedang ketika itu baginda SAW sedang solat, mereka turun dari keldai dan menyertai solat bersama Rasulullah SAW dan baginda tidak menghentikan solat baginda, seterusnya telah datang kanak-kanak perempuan berlarian dan memegang peha Rasulullah SAW yang ketika itu baginda masih bersolat dan tidak menghentikan solat baginda.

Suhaib yang meriwayatkan hadis ini nama penuhnya adalah Suhaib bin Sinan Al-Rumy (berbangsa Rom). Beliau telah Islam semenjak di Mekah. Asal Suhaib adalah dari bumi Byzantin yakni Rom, yang telah diculik dan dijual sebagai hamba di jazirah Arab dan telah dibawa oleh tuannya ke Mekah untuk membantu dalam urusan perniagaan.

Oleh kerana Suhaib boleh berbahasa Greek, beliau telah memberikan keuntungan yang banyak kepada tuannya dan akhirnya beliau dibebaskan dan dibesarkan oleh keluarga saudagar tersebut.

Semasa Rasulullah SAW mula berdakwa di Mekah, Suhaib banyak menghabiskan masa di Sham untuk menguruskan hal urusan perniagaan.

Suhaib telah memeluk Islam setelah beliau balik dari delegasi dagangnya dan bertemu dengan rakannya yang telah memeluk Islam beberapa tahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Diberitakan beliau cuba berhijrah ke Madinah tetapi di halang oleh ‘keluarga’nya. Akhirnya Suhaib dapat berhijrah dengan menawarkan semua harta dan barang dagangannya kepada mereka yang mengejar beliau.

Setibanya Suhaib ke Madinah, Rasulullah SAW menerima wahyu tentang transaksi Suhaib tersebut, lalu baginda memuji Suhaib “Suhaib, alangkah baiknya urusniaga kamu (yakni menukar perkara keduniaan kepada perkara akhirat)”

Kerajaan Rom Timur yang di gelar Kaisar, Raja semasa berlakunya perang Tabuk adalah Herculis, walaupun pada hakikatnya perang ini tidak terjadi kerana tidak berlaku pertembungan.

Pada pandangan orang Rom, penduduk Arab yang tinggal di jazirah adalah rendah tamadunnya dan masyarakat yang lemah. Jika kita bandingkan secara zahir dan material kita mungkin membuat kesimpulan yang sama seperti mana hadis Umar yang panjang ini:

“Telah menceritakan kepada kami Abu Yaman, Telah mengkhabarkan kepada kami Syu’aib, dari Az Zuhri, ia berkata; Telah mengkhabarkan kepadaku Ubaidullah bin Abdullah bin Abu Tsaur, dari Abdullah bin Abbas, r.a, ia berkata; Aku selalu berkeras untuk menanyakan kepada Umar bin Al Khathab tentang dua orang wanita dari isteri-isteri Nabi SAW, yang Allah berfirman terhadap mereka berdua: “”IN TATUUBAA ILALLAHI FAQAD SHAGHAT QULUUBUKUMAA.”” Hingga suatu saat, ia menunaikan haji dan aku pun ikut menunaikan haji bersamanya. Dalam perjalanan ia menyingkir hendak buang hajat, lalu aku mengikutinya dengan membawakan kantong air. Ia pun buang air besar, dan ia kembali aku pun menuangkan air pada kedua tangannya, lalu ia pun berwuduk. Saat itulah aku bertanya, “”Wahai Amirul Mukminin, siapakah dua orang wanita dari isteri-isteri Nabi SAW yang Allah Ta’ala berfirman kepada keduanya, ‘IN TATUUBAA ILALLAHI FAQAD SHAGHAT QULUUBUKUMAA (Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, Maka Sesungguhnya hati kamu berdua Telah condong (untuk menerima kebaikan..).'”” Umar, pun menjawab, “”Sungguhnya menghairankan kamu ini wahai Ibnu Abbas. Kedua wanita itu adalah Aisyah dan Hafshah.”” Kemudian Umar menceritakan hadisnya dengan lebih luas, ia berkata; Dulu, aku mempunyai seorang tetangga dari kalangan Anshar dari Bani Umayyah bin Zaid yang mereka adalah para penduduk Madinah yang fakir. Kami saling bergantian untuk menghadiri majlis Nabi SAW. Aku hadir sehari dan ia pun hadir sehari. Bila aku yang hadir, maka aku akan menyampaikan hal-hal yang disampaikan oleh beliau berupa wahyu atau yang lainnya di hari itu. Dan jika gilirannya yang hadir, ia pun melakukan hal yang sama. Kami adalah bangsa Quraisy yang posisinya selalu di atas kaum wanita. Dan setelah kami bertemu dengan kaum Anshar, ternyata mereka adalah kaum yang banyak dipengaruhi oleh kaum wanitanya. Maka para isteri-isteri kami pun mulai meniru dan mengambil adab dan kebiasaan wanita-wanita Anshar. Kemudian aku mengajak isteriku berdiskusi, lalu ia pun mendebat argumentasiku. Aku mengingkari akan perlakuannya itu, ia pun berkata, “”Kenapa kamu tidak mengajakku berdiskusi? Demi Allah, sesungguhnya para isteri-isteri Nabi SAW mengajak beliau berdiskusi. Bahkan pada hari ini hingga malam nanti, salah seorang dari mereka mendiamkan beliau.”” Aku pun kaget akan hal itu. Ku katakan padanya, “”Sesungguhnya telah merugilah bagi siapa di antara mereka yang melalukan hal itu.”” Setelah itu, aku bergegas memberesi pakaianku lalu menemui Hafshah. Ku katakan padanya, “”Wahai Hafshah, apakah salah seorang dari kalian telah menyebabkan Nabi SAW marah di hari ini hingga malam?”” Ia menjawab, “”Ya.”” Aku berkata, “”Sesungguh, kamu telah merugi. Apakah engkau merasa sekiranya Allah menjadi marah lantaran marahnya Rasulullah SAW lalu kamu akan binasa? Janganlah kamu menuntut banyak kepada Nabi SAW dan jangan pula kamu membantahnya dalam sesuatu apa pun. Dan janganlah kamu mendiamkannya. Pintalah pada ku apa yang kamu mahu. Janganlah kamu merasa cemburu terhadap madu mu yang lebih dicintai oleh Nabi SAW -maksudnya adalah Aisyah-.”” Umar berkata; Sebelumnya, kami telah saling berbincang bahawa Ghassan tengah mempersiapkan pasukan berkuda untuk memerangi kami. Pada hari gilirannya hadir, sahabat ku yang Anshari menghadiri majlis lalu kembali menemui ku setelah shalat Isya’. Ia mengetuk pintu rumah ku dengan sangat keras seraya berkata, “”Cepatlah buka!”” maka aku pun segera keluar menemuinya. Ia berkata, “”Sesungguhnya pada hari ini telah terjadi perkara yang besar.”” Aku bertanya, “”Peristiwa apa itu? Apakah Ghassan telah datang?”” Ia menjawab, “”Tidak, bahkan yang lebih besar dari itu. Nabi SAW telah menceraikan isteri-isterinya.”” Ubaid bin Hunain berkata; Ia mendengar Ibnu Abbas, dari Umar, ia berkata; Nabi SAW meninggalkan isteri-isterinya, maka aku pun berkata “”Sungguh, Hafshah telah merugi.”” Aku telah menduga hal ini akan terjadi. Aku pun segera mengemasi pakaian ku, lalu shalat Fajar bersama Nabi SAW. Setelah itu, Nabi SAW memasuki tempat minumnya dan berdiam diri situ. Kemudian aku masuk menemui Hafshah, ternyata ia sedang menangis. Aku berkata padanya, “”Apa yang menyebabkan mu menangis. Bukankah aku telah mengingatkan mu akan hal ini? Apakah Nabi SAW telah menceraikan kalian?”” Ia menjawab, “”Aku tidak tahu, itu beliau sedang minggat di tempat minum.”” Maka aku pun segera keluar dan mendatangi mimbar, ternyata di sekeliling itu ada beberapa orang yang sebahagian dari mereka juga sedang menangis, lalu aku pun duduk bersama mereka sebentar kemudian aku tidak kuasa lagi akan suasana itu. Maka aku datang ke tempat minum yang dipergunakan Nabi SAW untuk berdiam. Aku pun berkata kepada budaknya yang hitam, “”Mintakanlah izin untuk Umar.”” Lalu sang budak pun masuk dan berbicara kepada Nabi SAW kemudian kembali dan berkata, “”Aku telah berbicara dengan Nabi SAW dan juga telah menyebut mu, namun beliau diam.”” Akhirnya aku pun kembali dan duduk lagi bersama sekelompok orang yang tadi berada di sekitar mimbar. Setelah itu, aku tidak sabar lagi, maka aku mendatangi sang budak itu lagi dan berkata padanya, “”Mintakanlah izin untuk Umar.”” Ia pun masuk lalu kembali seraya berkata, “”Aku telah menyebut mu, namun beliau tetap diam.”” Aku kembali lagi dan duduk bersama beberapa orang yang ada di mimbar. Namun, aku tidak sabar lagi dan mendatangi sang budak itu lalu berkata, “”Mintakanlah ini untuk Umar.”” Ia pun masuk dan kembali seraya berkata, “”Sungguh, aku telah menyebut namamu, namun beliau tetap diam.”” Maka ketika aku berpaling hendak pergi, tiba-tiba sang budak itu memanggil ku seraya berkata, “”Sesungguhnya Nabi SAW telah mengizinkanmu.”” Akhirnya aku pun menemui Rasulullah SAW yang sedang berbaring di atas pasir beralaskan tikar tanpa kasur. Pasir-pasir itu telah berbekas pada sisi badan beliau. beliau berbantalkan kulit yang berisikan sabut. Aku mengucapkan salam atasnya dan berkata sambil berdiri, “”Wahai Rasulullah, apakah Anda telah menceraikan isteri-isteri Anda?”” Maka beliau pun mengangkat pandangannya ke arah ku dan menjawab: “”Tidak.”” Maka aku pun berkata, “”Allahu Akbar.”” Ku katakan lagi sambil berdiri, “”Aku mendengar wahai Rasulullah, sekiranya Anda melihat ku. Kita adalah bangsa Quraisy yang selalu mengatur wanita. Namun, ketika kita mendatangi Madinah, ternyata mereka adalah kaum yang didominasi oleh kaum wanita.”” Kemudian Nabi SAW tersenyum. Lalu aku berkata lagi, “”Wahai Rasulullah, sekiranya Anda mau melihat ku. Aku telah menemui Hafshah dan berkata padanya, ‘Janganlah sekali-kali kamu merasa cemburu bilamana tetangga mu lebih dicintai oleh Nabi SAW -maksudnya adalah Aisyah-.'”” Kemudian Nabi SAW tersenyum lagi. Maka ketika itu, aku pun duduk dan mengangkat pandangan ku ke arah rumahnya. Maka demi Allah, aku tidak melihat sedikit pun di rumah beliau kecuali tiga kulit yang telah disamak. Aku berkata pada beliau, “”Wahai Rasulullah, berdo’alah kepada Allah untuk umat Anda kerana orang-orang Parsi dan Romawi telah diberi keleluasaan, dan mereka juga telah diberi dunia, padahal mereka tidak menyembah Allah.”” Akhirnya Nabi SAW duduk yang sebelumnya berbaring. Kemudian beliau bersabda: “”Begini kah sikap mu wahai Ibnul Khathab? Sesungguhnya mereka itu adalah suatu kaum yang kebaikan mereka disegerakan di dunia.”” Aku pun berkata, “”Mintakanlah ampun untuk ku.”” Jadi, Nabi SAW meninggalkan isteri-isterinya kerana perkara itu. Yakni, ketika Hafshah menyebarkannya pada Aisyah, iaitu selama dua puluh sembilan hari. Saat itu, beliau bersabda: “”Aku tidak akan masuk menemui mereka selama satu bulan.”” Demikian itu, kerana kerasnya rasa kesal beliau pada mereka, yakni saat Allah menegur dirinya. Dan ketika telah berlalu dua puluh sembilan hari, beliau menemui Aisyah dan beliau memulai darinya. Maka Aisyah pun berkata pada beliau, “”Wahai Rasulullah, sesungguhnya Anda telah bersumpah untuk tidak menemui kami selama satu bulan penuh. Sedangkan hari ini Anda baru memasuki hari yang kedua puluh sembilan, sebagaimana yang aku hitung.”” Kemudian beliau pun bersabda; “”Sesungguhnya hitungan bulan itu adalah dua puluh sembilan hari.”” Dan memang jumlah hari pada bulan itu adalah dua puluh sembilan malam. Aisyah berkata; Kemudian Allah Ta’ala menurunkan ayat At Takhyir (ayat yang berisi pilihan untuk tetap menjadi isteri nabi atau tidak). Beliau memulai dariku, wanita yang pertama dari isteri-isterinya. Dan aku pun lebih memilih beliau. setelah itu, beliau memberi pilihan kepada para isterinya semuanya, dan mereka pun menjawab sebagaimana yang dikatakan Aisyah.”

 

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Asy-Shura – Tafsir Ayat Ke-19 dan Ke-20

0

Tafsir Surah Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-19:

Kenapa Allah SWT perlu dianggap sebagai penolong kita? Kenapa kita hanya boleh berdoa kepada Allah SWT sahaja?

اللهُ لَطيفٌ بِعِبادِهِ يَرزُقُ مَن يَشاءُ ۖ وَهُوَ القَوِيُّ العَزيزُ

Allah SWT Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendak-iNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

اللهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ

Allah SWT Maha Halus kepada hamba-hamba-Nya;

Maksud ‘halus’ itu adalah ‘sayang’. (Bukanlah maksudnya halus kecil itu). Maknanya Allah SWT baik dan berlembut dengan hamba-Nya.

Dia tahu apa yang hamba-Nya lalui. Dia tahu kita susah dengan dugaan yang kita hadapi setiap hari. Tetapi Dia berikan juga segala kesusahan dan kepayahan semasa di dunia kerana itu semua sebagai ujian. Bukan kerana Allah SWT tidak suka.

Kalimah لَطِيفٌ juga boleh bermaksud ‘halus’. Kalau benda yang halus, kita tidak berapa nampak, bukan? Kena pakai mikroskop baru boleh nampak.

Maka, apabila dikatakan Allah SWT itu لَطِيفٌ, ia bermaksud Allah SWT tahu segala-gala tentang hamba-Nya, walaupun perkara yang halus mulus pun. Tidak ada benda yang kita boleh sembunyikan dari-Nya.

Allah SWT tahu segala hajat dan keperluan hamba-Nya. Maka, hadapkanlah sahaja doa kita kepada-Nya, jangan hadapkan kepada selain dari Allah SWT kerana tidak ada selain Allah SWT yang tahu.

يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ

Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya

Allah SWT lah sahaja yang memberi rezeki kepada kita.

Dan walaupun Allah SWT tahu segala hajat dan keperluan hamba-Nya, tetapi Allah SWT beri rezeki ikut kehendak Dia. Itu adalah haq-Nya untuk memilih siapa yang dapat apa. Kita kena redha sahaja dengan apa yang diberikan kepada kita.

Allah SWT lah sahaja yang berkuasa memberi rezeki. Tidak ada entiti lain yang boleh beri rezeki.

Dan Allah SWT itu amat lembut kepada makhluk-Nya. Lihatlah bagaimana orang kafir pun dapat rezeki juga. Kadang-kadang mereka dapat lebih banyak dari orang Islam. Padahal mereka tolak Allah SWT, mereka sembah selain Allah SWT, mereka buat kezaliman dan sebagainya. Tetapi Allah SWT tetap memberi rezeki kepada mereka.

وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Allah SWT memberitahu kepada kita bahawa dia Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja kerana Dia Maha Kuat. Tetapi ada juga manusia yang berani untuk mempersoalkan tentang-Nya.

Allah SWT mampu untuk membalas dengan azab kepada mereka yang mempersoalkan-Nya, ayat-ayat-Nya, Nabi-nabi-Nya, tetapi Allah SWT tidak melakukannya di dunia kerana Allah SWT bersifat لَطِيفٌ.

Ada musibah Allah SWT beri sebagai ujian. Dan ada yang Allah SWT beri sebagai ‘azab kecil’. Kerana itu ada orang baik kena musibah, dan orang jahat pun kena musibah.

Kepada orang jahat, musibah itu adalah azab kecil kepadanya. Kepada orang baik, musibah itu adalah dugaan dan ujian untuknya dan dapat memberikan pahala kepadanya.

Tetapi, kita manusia tidak tahu mana satu. Kerana itu tidak boleh kita hendak memandai kata: ha… itulah kau jahat sangat! ni Allah SWT dah bagi azab kat kau!

Maka, jangan memandai pula ya. Pernah dulu bila Acheh kena Tsunami, ramai jer yang kata ini sebab mereka buat dosa dan sebagainya. Ini salah kerana kita bukan Tuhan. Kita tidak tahu kenapa Allah SWT berikan musibah itu kepada mereka.

Tafsir Ayat Ke-20:

Ini adalah dorongan kepada kita untuk buat persiapan awal kepada akhirat.

مَن كانَ يُريدُ حَرثَ الآخِرَةِ نَزِد لَهُ في حَرثِهِ ۖ وَمَن كانَ يُريدُ حَرثَ الدُّنيا نُؤتِهِ مِنها وَما لَهُ فِي الآخِرَةِ مِن نَصيبٍ

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ

Sesiapa yang menghendaki hasil tuaian di akhirat,

‘Tuaian’ bermaksud menuai hasil setelah dilakukan usaha menanam. Sebagaimana petani menanam padi dan mengharap untuk menuai padi itu selepas ia boleh dituai. Maknanya, mengharapkan sesuatu dari usaha yang kita lakukan. Oleh itu, sesiapa yang hendak menuai dengan banyak, maka kenalah bercucuk tanam dari sekarang.

Kita semua melakukan sesuatu, tetapi apakah sebabnya kita melakukan apa yang kita lakukan itu? Apakah tujuan kita melakukan perkara atau amalan itu?

Ada yang melakukan sesuatu itu kerana hendakkan faedah di akhirat. Itulah sebabnya kita solat, puasa, bayar zakat, infak dan amalan-amalan baik yang lain. Kita lakukan amalan itu semua kerana kita mengharapkan pahala dan semoga dengan pahala itu kita dapat masuk syurga.

Itulah harapan seorang mukmin yang benar. Bukanlah kita melakukan amalan tanpa mengharapkan apa-apa. Setiap perbuatan kita, ada sesuatu yang kita harapkan.

Janganlah kita dengar kata-kata puak tarekat yang kata kononnya kalau buat amalan dan mengharapkan balasan pahala adalah salah. Mereka kata, kalau mengharapkan pahala atau syurga dalam beribadat, itu sudah tidak ikhlas.

Pendapat mereka itu berlawanan dengan ayat ini. Lihatlah bagaimana Allah SWT pun kata tentang mereka yang melakukan amalan sambil mengharapkan faedah di akhirat.

Mereka yang masuk tarekat itu adalah mereka yang senang ditipu, dan itu adalah kerana mereka tidak belajar tafsir Al-Quran. Mereka hanya diajar berzikir sampaikan mereka tidak ada masa untuk mendapatkan ilmu yang benar.

Apabila mereka tidak belajar, mereka senang ditipu oleh guru-guru mereka. Guru-guru itu pula dapat ilmu dari khayalan mereka sahaja, atau bisikan dari syaitan yang hendak menyesatkan mereka.

Maka, mereka terus berada dalam kejahilan. Tetapi mereka rasa mereka pandai, itu sebab susah nak ajar mereka dan mereka ajak mereka ke arah jalan yang benar.

Selalunya, apabila kita kata tentang ‘amalan’, kita terus terfikir amalan yang dilakukan oleh fizikal kita. Tetapi sebenarnya ada amalan yang berbentuk ‘amalan hati’.

Sebagai contoh, kalau kita niatkan dalam hati kita sepanjang hari, niat untuk beri nasihat kepada orang lain, itu sudah dikira sebagai amalan hati yang baik dan sudah dikira sebagai amal. Sepanjang waktu akan dapat pahala. Ini adalah sunnah Nabi kerana hati Nabi memang begitu, sentiasa hendak memberi nasihat.

Akan tetapi, kalau kita ada niat yang buruk, niat yang jahat, itu akan merosakkan segala amalan dan pahala kita. Sebagai contoh, kalau ada dengki dalam hati kita melihat kejayaan orang lain, itu akan merugikan kita.

Sebagaimana seorang penuai yang menunggu masa untuk menuai hasil tanaman dia, tetapi sebelum dapat tuai, dirosakkan oleh cuaca, belalang atau apa-apa sahaja. Tidakkah itu rugi sekali?

نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ

Kami akan menambah untuknya dalam tuaiannya;

Mereka yang mengharapkan faedah di akhirat, akan mendapat balasan yang berganda-ganda dari usahanya yang telah dilakukan. Sebab Allah SWT itu Maha Pemurah, maka Allah SWT hendak beri lebih lagi dari apa yang kita lakukan.

Pertamanya, Allah SWT akan tambah taufik kepada kita, supaya kita boleh melakukan lebih banyak lagi amal kebaikan. Kerana kita kena ingat, kita boleh buat amal kebaikan dengan banyak adalah kerana taufik Allah SWT; kalau Allah SWT tidak beri taufik, kita pun tidak boleh melakukan amal kebaikan apa pun.

Keduanya, Allah SWT akan balas berlipat kali ganda. Kita buat sikit sahaja, tetapi Allah SWT balas dengan banyak sekali. Allah SWT tidak balas sama dengan kebaikan yang kita lakukan, sebaliknya Allah SWT akan beri berkali-kali kali ganda! Lihatlah apa yang Allah SWT kata dalam surah [ Baqarah: 261 ].

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah SWT, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah SWT akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah SWT Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

Lihatlah bagaimana Allah SWT berfirman dalam ayat ini bahawa sedekah yang diberikan akan digandakan sampai 700 kali ganda! Dan Allah SWT boleh untuk menggandakan bertambah-tambah lagi mengikut kehendak-Nya.

Mereka yang mengharap faedah di akhirat, bukan hanya dapat kebaikan akhirat sahaja, tetapi mereka juga akan mendapat kebaikan di dunia juga. Allah SWT Maha Pemurah sampaikan Allah SWT tidak beri kita tunggu sampai di akhirat untuk mendapat kebaikan. Semasa di dunia lagi Allah SWT telah beri.

Maknanya, orang itu akan dapat akhirat dan juga dunia. Oleh itu jadikanlah akhirat sebagai objektif kita, dan kita akan dapat kebaikan di dunia juga. Allah SWT boleh beri kelebihan di dunia lagi, kerana ia tidak bernilai mana. Sebab ia tidak bernilailah, yang Allah SWT boleh beri kepada orang kafir pun.

Jadi, kalau Allah SWT boleh beri kepada orang kafir, kenapa Allah SWT tidak boleh beri kepada manusia yang beriman dan beramal soleh?

Satu persoalan yang mungkin timbul adalah: bagaimana pula kalau kita melakukan perbuatan yang memang berbentuk keduniaan? Seperti makan, minum, bekerja, bermain sukan dan sebagainya? Adakah ia terkeluar dari kategori mendapat faedah di akhirat?

Adakah kita tidak dapat hasil di akhirat kalau kita buat perkara yang tidak jelas nampak sebagai ‘ibadah’. Kerana, kalau amalan solat, puasa, zakat dan sebagainya, itu sudah jelas ada kaedah dengan akhirat kerana ia termasuk dalam kategori ‘ibadah khusus’.

Bagaimana pula dengan perbuatan berbentuk keduniaan?

Allah SWT amat pemurah sampaikan kalau kita buat amal untuk dunia pun boleh dikira sebagai amal untuk akhirat juga dan kita akan mendapat faedah di akhirat kelak hasil dari perbuatan kita yang bersifat keduniaan.

Ini adalah kerana, kita buat amal dunia pun kerana memenuhi perintah Allah SWT. Sebagai contoh, kita pergi ke kedai kerana membeli makanan. Kerana Allah SWT suruh kita makan. Seperti yang Allah SWT telah sebut dalam surah [ Baqarah: 172 ].

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah SWT, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya.

Lihatlah, bagaimana mencari makanan yang bagus pun adalah arahan dari Allah SWT. Maka, kalau kita memeriksa kandungan sesuatu makanan pun bermakna kita mengikuti arahan dari Allah SWT iaitu ketika kita memastikan yang makanan yang kita makan itu baik.

Kita makan pun untuk menjaga kesihatan dan Allah SWT suruh kita jaga kesihatan kita. Supaya kita sihat untuk melakukan amal ibadat.

Maka semasa kita melakukan amal keduniaan itu, hendaklah kita memperbetulkan niat kita. Kita kena sedar bahawa apa sahaja yang kita lakukan itu adalah kerana memenuhi perintah Allah SWT.

Dan kena ada niat yang kita melakukan sesuatu itu kerana hendak menjadi hamba yang baik. Dan usaha ke arah melakukan ibadah.

Dan ingatlah bahawa Allah SWT bersifat Maha Pemurah dan suka memberi. Oleh kerana itu, Allah SWT suka kalau kita menikmati nikmat yang diberikan-Nya kerana Allah SWT suka memberi dan Allah SWT suka kalau kita menerima nikmat-Nya itu.

Oleh itu, apabila makhluk menggunakan nikmat itu dengan baik, dan bersyukur dengan pemberian itu, Allah SWT pun suka juga.

Ada syarat yang perlu diikuti untuk mendapat pahala akhirat semasa melakukan perbuatan keduniaan.

Pertama, niat kena betul. Kita buat semua perkara kerana mengharapkan redha Allah SWT. Kita kena ikhlas dalam melakukan sesuatu. Bukan kerana kita mengharap pujian dari manusia dan balasan dari manusia.

Kalau kita buat sesuatu kerana Allah SWT, kita pun senang hati melakukannya. Tetapi kita kena pastikan yang kita buat perkara yang dalam lingkungan halal.

Keduanya, cara perbuatan itu kena betul. Ikut sunnah seperti yang dilakukan Nabi, selagi ada.

Sebagai contoh, cara pakai baju, tidur, makan dan sebagainya boleh mengikut sunnah kerana ada contoh dari nabi. Kalau Nabi melakukan sebegitu, maka bermakna Allah SWT pun suka begitu, maka hendaklah kita ikut selagi boleh.

Walaupun begitu, tentu ada juga perbuatan yang tidak ikut sunnah, sebagai contoh, bawa kereta. Nabi tidak pernah bawa kereta, jadi macam mana kita hendak ikut sunnah baginda, bukan?

Kita masih lagi kaitkan dengan akhirat dalam perkara sebegitu dengan buat ibadat masa memandu. Contohnya, kita boleh berzikir semasa memandu.

Sebelum memandu, baca doa seperti yang diajar oleh Nabi. Dan kita memandu dengan cara yang baik. Jangan ganggu orang, membahayakan nyawa sesiapa dan sebagainya. Jangan membazir dan sebagainya.

Kadang-kadang kita lupa hendak berniat pada setiap kali kita melakukan sesuatu perbuatan itu. Mungkin susah untuk kita memasang niat untuk akhirat setiap kali kita berbuat sesuatu aktiviti.

Contohnya, memang kita sudah biasa makan dengan tangan kanan tetapi tidaklah kita berniat kita makan dengan tangan kanan itu kerana Allah SWT atau kerana ikut sunnah Nabi.

Ulama pun ada yang kata tidak semestinya kena berniat setiap kali melakukan sesuatu. Walaupun begitu, ada juga ulama yang berpendapat kena berniat setiap kali.

Seeloknya, kita memperbaharui niat kita dari masa ke semasa supaya kita sedar bahawa apa yang kita lakukan itu adalah kerana mengikut sunnah dan mengharapkan balasan-Nya. Ingatkan diri kita dari masa ke semasa.

Saya pernah berjumpa dengan seorang lelaki yang berjambang seperti yang dianjurkan oleh Sunnah. Tetapi, bila ditanya, dia tidak pun ada berniat untuk menjalankan sunnah, tetapi sebab dia ‘suka’ sahaja.

Amatlah rugi kerana dia sudah buat perkara sunnah, tetapi kerana dia tidak ada niat untuk mengikut sunnah, berkemungkinan dia tidak mendapat pahala sunnah berjambang itu.

Maka, ayat ini juga mengingatkan kita supaya berhati-hati dengan apa yang kita lakukan. Sepatutnya kita buat semua perkara yang menjurus kepada akhirat. Kurangkan buat perkara yang tidak boleh dikategorikan sebagai jalan ke akhirat.

Banyak perkara yang kita buat yang tidak kena mengena dengan akhirat seperti menulis di twitter, Facebook dan sebagainya yang tidak ada nilai untuk akhirat. Hanya memberitahu perkara kosong sahaja dan ada kalanya membawa kepada dosa sahaja.

‘Niat’ adalah amalan hati. Niat hendak menolong orang, niat hendak pergi kelas, niat hendak buat kebaikan, niat hendak mendoakan orang, niat hendak berjihad.

Semua itu kadang-kadang tidak sempat kita hendak buat tetapi telah dapat pahala.

Juga sabar dengan apa yang terjadi. Kita kena musibah dan kita sabar. sebenarnya tidak buat apa-apa pun, kan? Tetapi kita tidak memberontak, tidak marah, tahan diri, teruskan senyum dapat pahala tambahan ini. Tidak buat apa pun telah dapat pahala.

وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا

dan sesiapa yang mahukan hasil tuaian di dunia

Ini adalah tentang mereka yang hanya mahukan dunia semata-mata. Ramai manusia yang berusaha keras untuk mendapatkan hasil di dunia. Dia bekerja siang dan malam supaya hartanya banyak.

Dia berjogging dan bersenam setiap hari supaya dia sihat dan badannya cantik. Malah, banyak lagi perbuatan yang manusia lakukan hanya kerana dunia sahaja.

Tidaklah salah semua perbuatan itu. Tetapi kena lihat niatnya atau, lihatlah tujuannya melakukan perkara itu. Yang tidak elok adalah kalau dia hanya mahukan kebaikan di dunia semata-mata, tanpa mengharap kebaikan di akhirat.

نُؤْتِهِ مِنْهَا

Kami beri kepadanya sebahagian darinya

Kalau manusia melakukan perbuatan hanya mengharapkan dunia sahaja, maka Allah SWT akan beri dunia kepadanya. Bukan dapat semua pun tapi ‘sebahagian’ sahaja.

Kerana perkataan من bermaksud ‘sebahagian’. Memang manusia ada banyak keinginan tetapi dia tidak dapat semua. Kalau dia berniaga, tentulah dia hendak untung banyak, berjuta-juta untung dia hendak, tetapi Allah SWT tidak beri sampai berjuta.

Memang dapat, tetapi tidaklah dapat semua yang dia hendak. Ini adalah kerana Allah SWT boleh beri, tetapi ikut sekadar Dia hendak beri.

Kepada mereka yang mahukan dunia sahaja, Allah SWT boleh beri. Tetapi mereka tidak mendapat bahagian di akhirat.

Ini amat merugikan sekali. Walaupun dapat bahagian di dunia, tetapi bahagian dunia itu tidak kekal. Apa yang kita mahukan sebenarnya adalah bahagian di akhirat.

وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ

dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

Allah SWT akan beri apa yang mereka hendak itu semasa di dunia lagi supaya mereka tidak boleh tuntut lagi di akhirat.

Tidak ada pahala untuk ditimbang di neraca timbangan. Allah SWT tidak beri hasil kepada mereka sebab mereka tidak mahu pun akhirat. Kerana pemberian Allah SWT bergantung kepada niat seseorang. Kalau niatnya hendakkan akhirat, maka Allah SWT akan memberi akhirat kepadanya.

Kalau seseorang itu niatnya mahu dunia sahaja maka Allah SWT akan memberi kelebihan di dunia sahaja. Tetapi dia tidak mendapat kebaikan dari bahagian akhirat langsung.

Itulah sebabnya penting untuk kita faham tentang niat. Segala perbuatan bergantung kepada niat seperti telah disebut dalam hadis riwayat Umar berkenaan niat.

ٍعَنْ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SWT bersabda, “Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.” (HR. Bukhari, Muslim, dan empat imam Ahli Hadits)

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Asy-Shura – Tafsir Ayat Ke-17 dan Ke-18

0

Tafsir Surah Asy-Shura

Tafsir Ayat Ke-17

Ini adalah dalil seterusnya. Ia juga adalah Takhwif Ukhrawi.

اللهُ الَّذي أَنزَلَ الكِتٰبَ بِالحَقِّ وَالميزانَ ۗ وَما يُدريكَ لَعَلَّ السّاعَةَ قَريبٌ

Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).

اللهُ الَّذِي أَنزَلَ الْكِتٰبَ بِالْحَقِّ

Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran,

Al-Quran itu diturunkan untuk menzahirkan kebenaran iaitu Allah SWT lah Tuhan kita yang sebenar-benarnya. Kita kena kenal Allah SWT adalah Tuhan kita. Kena kenal dengan sifat-Nya.

Dan untuk mengenal Allah SWT, kenalah melalui apa yang diberitahu oleh-Nya kerana Dia sendiri akan memperkenalkan sifat-sifat-Nya.

Dan untuk faham itu hendaklah kita belajar Tafsir Al-Quran kerana telah lengkap Allah SWT beritahu kepada kita tentang Diri-Nya dalam Al-Quran. Maka, kenalah belajar tafsir.

Oleh itu, tidak ada lagi alasan untuk tidak tahu akidah tauhid dengan sebenarnya, kerana Allah SWT telah turunkan wahyu dalam bentuk Al-Quran. Kalau masih tidak tahu, itu adalah kerana salah sendiri.

وَالْمِيزَانَ

dan neraca.

 

Segala ajaran dari wahyu adalah adil. Dan Al-Quran menjadi neraca untuk menimbang manakah yang baik dan manakah yang tidak; manakah yang tauhid dan manakah yang syirik. Maka, kita kenalah belajar tafsir Al-Quran ini supaya kita boleh jadikannya sebagai neraca.

Barulah kita senang hendak membezakan manakah ustaz yang mengajar kebenaran dan ustaz yang mengajar ajaran yang salah. Insha Allah, kalau kita sudah mula belajar tafsir Al-Quran, walaupun belum habis, kita sudah boleh agak apakah yang disampaikan oleh seseorang penceramah itu benar atau tidak. Kita mungkin tidak jelas lagi, tetapi dalam hati kita sudah boleh agak bahawa ada yang tidak kena dengan penceramah itu.

Oleh itu, sebelum rujuk kepada kitab-kitab yang banyak di pasaran, maka hendaklah belajar dahulu tafsir Al-Quran ini, supaya boleh menilai dan menapis hujah-hujah dan dalil-dalil yang disampaikan oleh kitab-kitab tulisan tangan manusia itu.

Banyak sekali kitab-kitab dalam pasaran. Dari dulu sampai sekarang, entah berjuta kitab dalam dunia ini. Orang kita pun rajin juga rujuk kitab (tafsir tidak belajar lagi pun). Kita bukan hendak halang orang dari baca kitab dan bukanlah kita katakan semua kitab tidak boleh pakai.

Tetapi, sebagai seorang Muslim yang berhati-hati, hendaklah rujuk kepada kitab-kitab yang muktabar sahaja kerana kitab-kitab itu telah diteliti zaman berzaman dan diterima pakai oleh kebanyakan umat Islam. Hentikanlah baca kitab-kitab yang tidak muktabar, terutama sekali kalau belum belajar tafsir lagi.

Neraca juga adalah isyarat kepada keadilan. Ayat-ayat Al-Quran itu mengajak kita kepada berlaku adil dalam semua perkara.

Berkali-kali Al-Quran menekankan bahawa ia diturunkan untuk menegakkan keadilan.

وَما يُدريكَ لَعَلَّ السّاعَةَ قَريبٌ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir

Ini adalah Takwif Ukhrawi – Allah SWT hendak mengingatkan kita bahawa Kiamat itu amat dekat. Entah terjadi esok atau lusa, kita tidak tahu. Tidak ada jalan untuk kita mengetahuinya. Entah-entah kiamat itu sudah dekat.

Ini mengajar kita bahawa tidak ada sesiapa pun yang tahu bilakah akan terjadinya Kiamat itu, termasuklah Nabi Muhammad SAW sendiri. Sebab itu, dalam hadis ada disebut bagaimana kalau cuaca tidak elok, angin kencang, Nabi Muhammad SAW akan ketakutan kerana baginda takut kalau-kalau Kiamat sudah datang.

Kiamat ada dua: Kiamat yang besar dan Kiamat Kecil. Kiamat kecil adalah ‘mati’ yang boleh terjadi bila-bila masa sahaja kepada kita. Kita tidak tahu bilakah kita akan mati, maka hendaklah kira segera belajar tafsir dan kemudian amalkan apa yang ada dalam Al-Quran ini.

Hendaklah kita segera mengubah diri kita untuk menerima kebenaran. Janganlah ditangguh-tangguhkan lagi.

Tafsir Ayat Ke- 18: (Sambungan tentang Kiamat)

يَستَعجِلُ بِهَا الَّذينَ لا يُؤمِنونَ بِها ۖ وَالَّذينَ ءآمَنوا مُشفِقونَ مِنها وَيَعلَمونَ أَنَّهَا الحَقُّ ۗ أَلا إِنَّ الَّذينَ يُمارونَ فِي السّاعَةِ لَفي ضَلٰلٍ بَعيدٍ

Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya, dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai hari kiamat itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.

يَسْتَعْجِلُ بِهَا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِهَا

Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta supaya disegerakan kedatangannya,

Mereka yang tidak beriman itu selalu bertanya-tanya kepada Nabi Muhammad SAW bilakah hari Kiamat itu akan berlaku.

Mereka tanya dalam nada mengejek. Mereka kata Nabi SAW selalu cakap tentang Kiamat sahaja, maka kalau betul, bawa marilah Kiamat itu, mereka kata.

Mereka berani cakap begitu kerana mereka bodoh dan tidak percaya akan datangnya hari Kiamat itu.

وَالَّذِينَ ءآمَنُوا مُشْفِقُونَ مِنْهَا

dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya

Kenapa mereka takut? Kerana mereka telah belajar apakah yang akan terjadi pada Hari itu. Oleh itu mereka amat takut. Mereka tidak pasti sama ada amalan yang mereka buat semasa di dunia ini diterima oleh Allah SWT ataupun tidak.

Mereka amat mengharap supaya amalan mereka diterima tetapi mereka sendiri tidak dapat memastikannya sama ada ia diterima atau tidak kerana ia salah satu daripada perkara ghaib.

Mereka juga tidak pasti sama ada taubat mereka diterima atau tidak. Dan mereka tahu yang mereka banyak dosa. Mereka hanya boleh mengharap sahaja.

Sama macam kita apabila ambil peperiksaan. Kita telah buat sehabis baik. Tetapi kita tidak pasti sama ada kita boleh lulus atau tidak.

Kalau seorang pelajar yang baik, kalau satu soalan dia tidak dapat jawab dengan baik pun, dia sudah risau. Tetapi kalau pelajar yang tidak kisah masa depannya, dia tidak ambil tahu sama ada dia lulus atau tidak.

Habis peperiksaan sahaja dia sudah gembira kerana tidak perlu susah baca buku dan belajar lagi. Mereka hendak bergembira sahaja sebenarnya. Itulah perumpamaan seorang Mukmin dan yang tidak.

وَيَعْلَمُونَ أَنَّهَا الْحَقُّ

serta mereka mengetahui bahawa ia adalah benar.

Mereka tahu dan ingat bahawa mati dan kiamat itu adalah dekat. Dan mereka tahu bahawa ia pasti akan terjadi.

Mereka percaya dan yakin tentang kedatangannya kerana ia telah diberitahu oleh Allah SWT. Dan mereka percaya benar kepada Allah SWT.

أَلَا إِنَّ الَّذِينَ يُمَارُونَ فِي السَّاعَةِ

Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai hari kiamat itu,

Iaitu mereka yang ragu tentang Kiamat. Dan selepas mereka ragu tentangnya, mereka membantah tentangnya pula. Sudahlah mereka tidak terima, mereka bantah pula lagi.

لَفِي ضَلٰلٍ بَعِيدٍ

tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.

Kalau sudah jauh, susah untuk kembali ke pangkal jalan.

Memerlukan usaha yang banyak untuk membawa mereka kepada kebenaran.

Al-Quran mengajar kita kepada taat kepada Ulul Azmi. Pemerintah. Asalkan tidak langgar hukum dalam segenap kehidupan termasuk ‘traffic light’.

Dalam hal agama dan hukum, tetap kena tengok kepada Nas.

Kita tidak terikat dengan fatwa. Ia menjadi panduan tetapi tidaklah kita betul-betul terikat.

Macam juga mazhab, kita tidak terikat dengan satu-satu mazhab walaupun negara kita mengamalkan mazhab Shafie. Masih lagi ada ruang kepada pendapat lain. Kena tengok dalil dan hujah juga.

Allahu a’lam.

3 Wasiat Emas untuk Diamalkan

0

Tiga Wasiat Emas Untuk Di Amalkan.

1. Di Hapuskan Semua Dosa-dosanya.

Membaca sebanyak 100 kali Sehari :

سبحان الله وبحمده

 ‘Subhaanallahu Wabihamdihi’

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

من قال سبحان الله وبحمده في يوم مائة مرة حطت عنه خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر

“Barang siapa yg mengucapkan ‘subhaanallahu wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari maka akan gugur dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan”

(HR. Bukhari dan Muslim)

2. Mendapat Syafaat Di Hari Akhirat.

Membaca Surah Al-Mulk setiap malam sebelum tidur.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

سُورَةٌ مِنَ الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً تَشْفَعُ لِصَاحِبِهَا حَتَّى يُغْفَرَ لَهُ {تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ}. وفي رواية: فأخرجته من النار و أدخلته الجنة »

“Satu surah dalam Al-Quran (yang terdiri dari) tiga puluh ayat (pada hari kiamat) akan memberi syafa’at (dengan izin Allah Ta’ala) bagi orang yang selalu membacanya (dengan merenungkan ertinya) sehingga Allah mengampuni (dosa-dosa)nya, (yaitu surah al-Mulk): “Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”. Dalam riwayat lain: “…sehingga dia dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga”

(HR Abu Dawud (no. 1400), at-Tirmidzi (no. 2891), Ibnu Majah (no. 3786), Ahmad (2/299) dan al-Hakim (no. 2075 dan 3838), dinyatakan shahih oleh imam al-Hakim dan disepakati oleh imam adz-Dzahabi, serta dinyatakan hasan oleh imam at-Tirmidzi dan syaikh al-Albani.

Surah ini termasuk surah-surah Al-Quran yang biasa dibaca oleh Rasulullah SAW sebelum tidur di malam hari, kerana agungnya kandungan maknanya

(HR at-Tirmidzi (no. 2892) dan Ahmad (3/340), dinyatakan sahih oleh Syaikh al-Albani dalam “ash-Shahiihah” (no. 585).

Jika surah ini menjadi syafaat di hari akhirat maka surah ini juga bermanfaat memberi syafaat di alam barzakh.

3. Mendapat Sebuah Rumah Di Syurga.

Membaca Surah Al-Ikhlas 10 Kali Sehari.

Dari Mu’adz bin Anas Al-Juhaniy radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ قَرَأَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) حَتَّى يَخْتِمَهَا عَشْرَ مَرَّاتٍ بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْراً فِى الْجَنَّةِ

“Siapa yang membaca Qul huwallahu ahad sampai ia merampungkannya (surah Al-Ikhlas, pen.) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga.”

(HR. Ahmad, 3: 437. Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah mengatakan bahwa hadis ini hasan dengan berbagai penguat)

Hidup Kita terlalu singkat, oleh itu carilah amalan-amalan yang kecil dan mudah tetapi fadilatnya besar untuk membantu kita ketika di alam barzakh dan di hari akhirat.

Jika kita istiqamah mengamalkannya insya Allah dosa-dosa kecil kita di hapuskan (dosa besar perlu dengan taubat nasuha), mendapat syafaat di hari akhirat dan tersedia sebuah rumah kita di syurga.

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan