Utama Blog Halaman 125

Konvensyen UiTO Ke-2 2016 – Keutamaan dan Realiti Dakwah Sunnah di Malaysia

0

KONVENSYEN UiTO Ke-2 2016

Kertas Kerja 1

KEUTAMAAN DAN REALITI DAKWAH SUNNAH DI MALAYSIA

  1.  Apakah matlamat (hadaf) utama jangka masa pendek dan panjang?
  2.  Apakah strategi bagi mencapai matlamat tersebut?
  3.  Apakah keutamaan yang perlu diutamakan dalam proses mencapai matlamat tersebut?

Ulasan selanjutnya sila rujuk di Keutamaan Dakwah Sunnah di Malaysia.

 

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 25

0

25. Ketika hujan turun.

Hujan yang turun dikaitkan dengan rahmat, khususnya di Tanah Arab yang gersang. Hujan turun juga adalah saat terbaik untuk berdoa.

Dalil hadith:

اُطْلُبُوا اسْتِجَابَةَ الدُّعَاءِ عِنْدَ ثَلَاثٍ : عِنْدَ الْتِقَاءِ الْجُيُوشِ ، وَإِقَامَةِ الصَّلَاةِ ، وَنُزُولِ الْغَيْثِ

Terjemahan:
“Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan : Bertemunya dua pasukan, menjelang solat dilaksanakan, dan saat hujan turun.”
(HR Al-Syafi’i di dalam Al-Umm dan Al-Baihaqi di dalam Al- Ma’rifah dari perawi Makhul. Syaikh Al-Albani, sahih, di dalam Sahihul Jaami’ no.1026)

Dalil hadith:

Dari Sahl bin Sa’d, beliau berkata bahawa Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

ثِنْتَانِ مَا تُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِوَ تَحْتَ المَطَرِ

“Dua doa yang tidak akan ditolak: doa ketika azan dan doa ketika ketika turunnya hujan.”
(HR. Abu Daud (3540), Al Hakim dan Al Baihaqi. Al-Albani, hasan, Sahihul Jaami’ no. 3078)

2. Berdoa disebabkan lama tidak diturunkan hujan.

Dalil hadith:

Dari Ummul Mukminin, ’Aisyah ra,

إِنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً

Terjemahan:
“Nabi saw ketika melihat turunnya hujan, beliau mengucapkan, ”Allahumma shoyyiban nafi’an” [Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat]”.
(HR. Bukhari no. 1032)

3. Berdoa ketika hujan yang amat lebat dan dikhuatir ia akan menjadi musibah (banjir kilat)

Dalil hadith:

اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا,اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

“Allahumma haawalaina wa laa ’alaina. Allahumma ’alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari [Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan].”
(HR. Bukhari no. 1014)

 

Nota:

Disalin dari Dr Abu Ammar Yasin Qadhi, kitab doa:Silahul Mukmin.

Kesalahan Di dalam Solat / 11

0

BAB SATU

Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.
الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة
1.2.2(Bahagian 2)
Solat dengan​ berpakaian tipis dashdash(yang menampakkan warna kulit dan tanpa seluar dalam)

 

(صلاة بعضهم في الثوب الساتر للجسد (( دشداش )) رقيق ، يصف لون البشرة ، دون سروالٍ تحته )
قال الإمام الشافعي : (( وإن صلى في قميص يشف عنه ، لم تجزه الصّلاة , والمرأة في ذلك أشدّ حالاً من الرجل

Menurut pendapat Imam as-Syafi’i rahimahullah (wafat pada 204H di Mesir) ” Sesiapa yang solat dengan pakaian tipis maka tidak sah. Pakaian perempuan lebih ditekankan dari lelaki.” Di dalam kitab al Umm, 1:78

ودليل ذلك :
قوله  : ((سيكون في آخر أمتي نساء كاسيات عاريات (أخرجه : مالك (( الموطأ )) : (3/913) و مسلم في ((الصحيح)) رقم (2128) .)

Dalil hadith:
” akan datang pada generasi akhir ummatku, perempuan yang berpakaian tetapi seperti telanjang”
(HR Malik, Muwatta, dan Muslim no 2128)

قال ابن عبد البر : (( أراد  : النساء اللواتي يلبسن من الثياب ، الشيء الخفيف ، الذي يصف ولا يستر ، فهن كاسيات بالاسم ، عاريات في الحقيقة

Syarah Imam Abdil Bar rahimahullah , (wafat pada 463H, di Andalusia).

Hadith ini bermaksud wanita yang berpakaian tipis dan tidak menutup auratnya, maka pada hakikatnya dia telanjang. (Kitab Tanwir al Hawaalik 3:103)

 

وعن هشام بن عروة : أن المنذر بن الزّبير قدم من العراق ، فأرسل إلى أسماء بنت أبي بكر بكسوة من ثياب مرويّة وقوهية – من نسيج ((قوهستان)) ناحية بخراسان – رقاق عتاق ، بعدما كفّ بصرها ، قال : فلمستها بيدها ، ثم قالت : أف ، ردّوا عليه كسوته . قال :فشقّ ذلك عليه ، وقال : يا أمّة ، إنه لايشف . قالت : إنها إن لم تشف ، فإنها تصف أخرجه ابن سعد في (( الطبقات الكبرى )) : ( 8/184) بإسناد صحيح . وفي الباب كثير من الآثار ، انظرها في ((حجاب المرأة المسلمة )) : (ص 56-59) .)

Terjemahan:
Dari Hisham bin Urwah, bahawa al Munzir bin az-Zubair datang ke Iraq. kemudian dia mengirim kain kepada Asma’ bte Abu Bakar (di Madinah) kain tenun Qahistan (daerah di negara Khurasan (sekarang di Iran), fabrik lembut, nipis dan bermutu tinggi, Asma’ mengusap dan terpesona dengan kehalusan kain tersebut kemudian menolaknya dan berkata,” Uff, kembalikan kain ini kepadanya” Hisham (anak saudara Asma’) berkata,” bonda, kain ini tidaklah tipis mana”…jawab Asma’:” walaupun tidak tipis tetapi nampak bentuk badan”
(HR Ibnu Sa’ad di dalam Tabaqat al Kubra dengan sanad yang sahih, disahihkan oleh Syaikh al-Albani, di dalam Hijaab al Mar’ah 56)

 

وقال الشوكاني في (( نيل الأوطار )) : (2/115) : ((يجب على المرأة أن تستر بدنها بثوب لا يصفه ، وهذا شرط ساتر العورة

Menurut pendapat Imam al-Syawkani (di dalam kitab al Nayl, 2:115) Wanita wajib menutup aurat dengan berpakaian yang tidak menampakkan bentuk badan. Ini syarat menutup aurat.

 

Nota kaki:
Dashdash=jubah kelawar arab

Kesalahan Di dalam Solat / 10

0

BAB SATU

Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.
1.2(Bahagian 1)
Solat dengan memakai baju tidur atau pijama
(الصّلاة في ملابس النّوم(( البيجامات ))
Dalil hadith:
Dari Abu Hurairah ra,

أخرج البخاريّ في (( صحيحه )) بسنده إلى أبي هريرة رضي الله عنه قال : قام رجل إلى النبي  فسأله عن الصّلاة في الثّوب الواحد ، فقال : (( أوَ كلّكم يجد ثوبين )) ؟! ثم سأل رجل عمر ، فقال : إذا وسّع اللهُ فأوسعوا : صلّى رجل في إزارٍ ورداء ، في إزار وقميص ، في إزار وقباء ، في سراويل ورداء ، في سراويل وقميص ، في سراويل وقباء ، في تُبّان وقباء ،في تُبّان وقميص ( أخرجه : البخاري : كتاب الصلاة :باب الصلاة في القميص والسراويل والتُبّان والقباء : (1/475) رقم (365) )

Terjemahan:

Dari [Abu Hurairah] berkata, “Seorang lelaki datang dan bertanya kepada Rasululah saw tentang solat dengan menggunakan satu helai baju. Maka Rasulullah saw pun bersabda: “Apakah setiap kamu memiliki dua helai baju?” Kemudian ada seseorang bertanya kepada ‘Umar, lalu beliau menjawab, “Jika Allah memberi kelapangan (kemudahan), maka pergunakanlah.” Bila seseorang memiliki banyak pakaian, maka dia solat dengan pakaiannya itu. Ada yang solat dengan memakai kain dan rida (selendang besar), ada yang memakai kain dan gamis (baju panjang sampai kaki), ada yang memakai kain dan baju, ada yang memakai celana panjang dan rida’, ada yang memakai celana panjang dan gamis, ada yang memakai celana panjang dan baju, ada yang memakai celana pendek dan rida’, ada yang memakai celana pendek dan gamis.” Abu Hurairah berkata, “Menurutku ‘Umar mengatakan, “Dan ada yang memakai celana pendek dan rida’.”

 

1.2.1 Atsar Ibnu Umar ra,

ورأى عبد الله بن عمر نافعاً يصلي في خلوته ، في ثوبٍ واحدٍ ، فقال له : ألم أكسك ثوبين ؟
قال : بلى . قال : أفكنت تخرج إلى السوق في ثوبٍ واحد ؟ . قال : لا . قال : فالله أحق أن يتجمّل له (أخرجه : الطحاوي في ((شرح معاني الآثار)) : (1/377 و 378 ) وانظر : (( تفسير القرطبي )) : (15/239) و((المغني)) : (1/621) )

Terjemahan: Abdullah bin Umar ra, pernah melihat Nafi’ (hamba beliau yang dimerdekakan) solat ditempat tersorok sendirian dengan hanya memakai satu helai kain sahaja (terbuka badan yang disebelah atas atas),(bila dia selesai solat), Ibnu Umar menegurnya,” bukankah saya memberi awak dua helai kain?” Nafi’ menjawab benar, sambung Ibnu Umar lagi,” apakah kamu tergamak jika keluar ke pasar hanya memakai sehelai kain?” Nafi menjawab “tidak”. Maka Ibnu Umar berkata.” Maka Allah lebih berhak untuk kita berhias untuknya.”
(HR Tohawi syarah Ma’ani al atsar no 378, tafsir Qurtubi 15:239 dan ibn qudamah,al Mughni. 1:621)

وهكذا مَنْ يصلّي في ملابس النوم ،فإنه يستحيي أن يخرج إلى السوق بها ،لرقّتها وشفافيتها

Terjemahan: Menurut pendapat Abu Ubaidah, ” begitu juga dengan pesolat yang solat dengan memakai baju yang digunakan untuk tidur, sudah semestinya dia akan malu memakai pakaian tersebut ke pusat membeli belah kerana nipisnya pakaian tersebut.

قال ابن عبد البر في ((التمهيد)) : (6/369) : (( إن أهل العلم يستحبّون للواحد المطق على الثياب ، أن يتجمّل في صلاته ما استطاع بثيابه ، وطيبه ، وسواكه ))

Terjemahan: Menurut pendapat Ibnu Abdul Barr (wafat pada tahun 423H, di Andalus, Sepanyol, ulama mazhab Maliki) di dalam at Tamhid (syarah al Muwatta’) “

Bahawa ahlil ilmu (ulama’) merasa malu untuk memakai sehelai kain sahaja untuk bersolat. Mereka berhias untuk solat dengan pakaian terbaik, mengenakan wangian dan bersugi.

قال الفقهاء في مبحث شروط صحة الصّلاة : مبحث ستر العورة : ((ويشترط في الساتر أن يكون كثيفاً ، فلا يجزىء الساتر الرقيق ، الذي يصف لون البشرة)) (انظر : ((الدّين الخالص)) : (2/101-102 ) و ((المجموع)) : (3/170)و ((المغني)) )

Terjemahan: Para fuqaha’ membincangkan dengan terperinci di dalam bab syarat sah solat, pakaian untuk solat di syaratkan cukup ketebalannya supaya warna kulit tidak dapat dilihat kerana kenipisannya.
(Lihat Siddiq Hasan Khan, Aldin al Khaalish,2:101, Imam Nawawi, al Majmu’dan Ibnu Qudamah, al Mughni)

Rumusan:

Tidak disenangi salaf dan fuqaha’ jika;

1. Memakai hanya sehelai pakaian, misalnya memakai hanya kain pelikat tanpa berbaju, walaupun cuma solat bersendirian.

2. Solat dengan memakai pakaian yang lazim digunakan untuk tidur seperti pijama.

3. Solat dengan pakaian yang tipis.

Tafsir Surah Az-Zukhruf – Tafsir Ayat Ke-11 hingga Ke-15

0

Tafsir Surah az-Zukhruf

Tafsir Ayat ke-11

Allah SWT terus menceritakan tentang Diri-Nya.

وَالَّذي نَزَّلَ مِنَ السَّماءِ ماءً بِقَدَرٍ فَأَنشَرنا بِهِ بَلدَةً مَّيتًا ۚ كَذٰلِكَ تُخرَجونَ

Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).

وَالَّذِي نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ

Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan menurut sukatan,

Allah SWT yang menentukan berapa banyak air hujan yang patut turun. Ada yang turun banyak, dan kadang-kadang turun sedikit sahaja. Semuanya dalam perintah Allah SWT. Allah SWT turunkan mengikut keperluan.

Pernah kah kita terfikir, kalau air hujan itu turun banyak, dari manakah datangnya air hujan yang banyak itu? Kalau kita lihat awan, tidak nampak pun airnya tetapi kalau turun tidak berhenti beberapa hari, sampai boleh banjir sesuatu kawasan itu. Namun, sumber air itu masih ada lagi. Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui berapa banyak air yang ada di awan.

Apabila kita lihat bagaimana turunnya air itu, maka tahulah kita bahawa semuanya itu mengikut ketetapan Allah SWT. Kita tidak dapat tentukan. Air banyak lagi, tetapi Allah SWT tidak turunkan semua. Allah SWT turunkan ikut kadar keperluan makhluk sahaja kerana Allah SWT berikan air itu sebagai rahmat. Kalau ia sebagai rahmat, tentu dapat memberikan kebaikan. Jadi, hendaklah kita bersyukur atas nikmat itu.

Ayat ini mengingatkan kita bahawa Allah SWT turunkan air hujan sedikit demi sedikit. Supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh makhluk-Nya. Kalaulah Allah SWT turunkan banyak sekali gus, itu sudah tidak bagus. Kalau turun banyak sekali, akan jadi banjir, kita pun susah untuk hidup, tanaman juga boleh mati.

Oleh kerana itu, Allah SWT turunkan sedikit demi sedikit sahaja. Macam kalau kita siram air untuk tanaman, kita pun beri sedikit sahaja. Kalau kita beri banyak, tentulah pokok yang kita tanam itu akan mati. Sesekali sahaja diberikan banyak air hujan sampaikan banjir tetapi itu tidak selalu berlaku dan kita juga kena terima bahawa itu ada kebaikan untuk tempat itu. Kalau ada tempat lain yang kena banjir, maka bersyukurlah tempat kita tidak kena banjir.

فَأَنشَرْنَا بِهِ بَلْدَةً مَّيْتًا

lalu Kami hidupkan dengan air hujan itu negeri yang mati.

Allah SWT beritahu dalam ayat ini yang Allah SWT lah yang menghidupkan kawasan yang tidak subur itu. Adakah ada Tuhan lain yang buat? Tentu tidak.

‘Mati’ itu bermaksud bumi itu kering tandus tanahnya sebab telah kemarau lama. Tidak ada tumbuhan yang dapat hidup. Apabila kehidupan tumbuhan tidak hidup, binatang dan manusia pun tidak tinggal di situ. Apabila Allah SWT berikan air hujan kepada tanah itu, tanah itu kembali subur dan tanaman dapat hidup subur. Barulah hidup kembali tanah itu.

كَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ

Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan

Begitulah juga kamu hidup semula dan dikeluarkan dari kubur. Ayat ini mengingatkan kita bahawa kita akan dihidupkan selepas kita mati. Sebagaimana Allah SWT boleh menghidupkan tanah yang mati, maka Allah SWT juga boleh menghidupkan kita selepas kita mati. Kita kena yakin yang mudah sahaja bagi Allah SWT untuk melakukannya kerana kudrat yang sama sahaja untuk menghidupkan tanah yang tandus dan untuk menghidupkan manusia yang sudah mati.

Allah SWT sambung pencerahan tentang Diri-Nya lagi.

Tafsir Ayat ke-12

وَالَّذي خَلَقَ الأَزوٰجَ كُلَّها وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ الفُلكِ وَالأَنعٰمِ ما تَركَبونَ

Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Dia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya,

وَالَّذِي خَلَقَ الْأَزْوٰجَ كُلَّهَا

Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya;

Kalimah الْأَزْوَاجَ bermaksud ‘pasangan’. Allah SWT menciptakan makhluk dengan berpasangan dan berjenis-jenis. Kalau kepada binatang, ada jantan betina. Kepada tanaman, ada pasangannya atau lawannya.

Perkara yang berlawanan juga termasuk dalam maksud ‘pasangan’ juga. Macam tangan kita, ada tangan kiri dan kanan. Dalam alam juga sentiasa ada pasangan. Malam dan siang; panas dan sejuk dan macam-macam lagi. Ini seperti yang disebut dalam surah [ Yassin: 36 ].

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

Hanya Allah SWT sahaja yang tidak ada pasangan atau lawan-Nya.

وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ الْفُلْكِ

dan Dia mengadakan bagi kamu kapal-kapal

Allah SWT lah juga yang menjadikan alat pengangkutan untuk kita. Kapal adalah contoh pengangkutan di lautan untuk kita.

Allah SWT kata dalam ayat ini, Dia lah yang menjadikan kapal-kapal itu. Kenapa pula? Bukankah manusia yang mereka cipta kapal itu? Tidak sebenarnya. Allah SWT lah yang bertanggungjawab memberi ilham kepada manusia bagaimana membuat kapal. Lihatlah bagaimana Allah SWT telah memberi ilham kepada Nabi Nuh untuk membuat kapal sebelum terjadinya Banjir Besar itu.

وَالْأَنْعٰمِ مَا تَرْكَبُونَ

dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya,

Sebelum ini disebut pengangkutan di lautan dan sekarang Allah SWT menceritakan dari rahmat-Nya, Dia telah memberikan pengangkutan di daratan juga untuk kita. Dalam ayat ini tidak disebut pengangkutan di udara, tetapi ia juga termasuk di dalam jenis-jenis pengangkutan.

Tafsir Ayat ke-13

Kenapakah Allah SWT menjadikan alat pengangkutan untuk kita?

لِتَستَووا عَلىٰ ظُهورِهِ ثُمَّ تَذكُروا نِعمَةَ رَبِّكُم إِذَا استَوَيتُم عَلَيهِ وَتَقولوا سُبحٰنَ الَّذي سَخَّرَ لَنا هٰذا وَما كُنّا لَهُ مُقرِنينَ

Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:” Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya

 

لِتَسْتَوُوا عَلَىٰ ظُهُورِهِ

Supaya kamu duduk tetap di atasnya;

Kalimah لِتَسْتَوُوا dari kata dasar سوي yang bermaksud ‘naik dan duduk dengan tetap’. Iaitu kalau naik kuda, semasa naik itu kena panjat, dan kemudian kita betulkan kedudukan atas kuda itu. Apabila dah selesa, dah tetap, barulah dinamakan سوي.

Kalimah Istiwa’ juga berasal daripada kata dasar yang sama. Dalam ayat ini bermaksud Allah SWT telah memberikan kita dapat duduk di dalam kenderaan kita dengan kukuh dan selesa. Kalau dulu, duduk atas kuda atau unta, tetapi zaman sekarang, ia adalah kereta, motosikal, bas dan macam-macam lagi.

Allah SWT lah yang telah menjadikan kita dapat menguasai binatang-binatang sebagai kenderaan itu. Bayangkan, seekor gajah besar tetapi seorang budak boleh duduk atas dia dan kawal dia. Allah SWT yang buat begitu untuk memudahkan kita tetapi malangnya manusia tidak patuh pada Tuhan.

Kalau zaman sekarang, kita duduk atas motor dan dalam kereta dan pengangkutan yang lain. Sama sahaja – Allah SWT juga yang berikan nikmat itu.

ثُمَّ تَذْكُرُوا نِعْمَةَ رَبِّكُمْ

kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu

Bila kita duduk di atas dan dalam kenderaan yang Allah SWT telah jadikan untuk kita, hendaklah waktu itu kita ingat yang itu adalah nikmat yang Allah SWT telah berikan kepada kita. Tidak kira sama ada ianya basikal, motosikal, keretapi atau kapal terbang atau apa-apa sahaja pengangkutan yang lain.

Dengan kenderaan itu dapat memudahkan kita untuk bergerak ke mana-mana. Kalau tidak, kita kena jalan kaki sahaja dan itu amat memenatkan. Maksudnya, Allah SWT jadikan segala kenderaan itu adalah supaya kita boleh mengingati-Nya. Allah SWT hendak kita membacakan doa naik kenderaan yang kita akan sebutkan selepas ini.

إِذَا اسْتَوَيْتُمْ عَلَيْهِ

apabila kamu duduk tetap di atasnya,

Jangan kita rasa bangga dengan alat pengangkutan yang kita ada. Memang dari dahulu lagi, kenderaan adalah suatu perkara yang boleh menyebabkan manusia berbangga dengan kedudukan mereka.

Kalau dulu, orang yang naik kuda lebih bangga dari yang naik keldai. Zaman sekarang, kalau naik BMW, lebih berbangga dari naik kereta Proton. Kalau naik motor Harley, lebih berbangga dari naik motor kapcai sahaja tetapi ingatlah siapa yang beri kepada kita.

وَتَقُولُوا سُبْحٰنَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَٰذَا

serta kamu mengucapkan:” Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,

Allah SWT lah yang memudahkan kita untuk menjinakkan binatang yang dijadikan sebagai binatang tunggangan. سَخَّرَ bermaksud ‘meletakkan sesuatu di bawah kawalan’ kita seperti Allah SWT membenarkan kita mengawal kuda, unta, dan sebagainya.

Pada zaman sekarang, kita mengawal kereta, motor dan sebagainya. Maka kita bukan sahaja disuruh untuk mempercayainya, tetapi kita juga disuruh untuk menyebutnya dengan lisan seperti yang diajar dalam ayat ini.

وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ

sedang kami tidak terdaya menguasainya

Perkataan مُقْرِنِينَ dari kata dasar قرن yang bermaksud ‘mengikat sesuatu bersama’, seperti mengikat dua unta bersama. Boleh juga bermaksud, ‘berkuasa ke atas sesuatu’, seperti kenderaan tetapi kita tidak ada kuasa penuh sebenarnya. Kalau kereta yang kita sedang naik itu breknya rosak, atau tayar pecah, apa yang kita boleh lakukan?

Kita tidak ada daya upaya hendak menyelamatkan diri kita. Waktu itu, kita hanya bergantung kepada rahmat-Nya sahaja untuk menyelamatkan diri kita. Hendak hidupkan kereta itu sendiri kita tidak ada daya upaya. Tidak pernah kah anda hendak pergi kerja pada pagi hari, pusing-pusing kunci kereta, tetapi ia tidak hidup? Waktu itu, bagaimana?

Maksud ayat ini adalah Allah SWT hendak memberitahu yang kita tidak akan mampu untuk menguasai kenderaan itu tanpa izin Allah SWT. Bayangkan, kuda dan unta itu sebenarnya lebih besar dan lebih kuat dari kita, bukan? Kalau bukan Allah SWT yang benarkan kita menguasainya, kita tidak akan mampu.

Jadi kena ingat dan bersyukur kepada Allah SWT semasa naik kenderaan itu. Ingatlah betapa besarnya nikmat yang Allah SWT telah berikan. Allah SWT telah mudahkan kita untuk berurusan dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Jangan kita berbangga sangat dengan kenderaan hebat dan mewah yang kita ada kerana Allah SWT lah yang memberikannya kepada kita. Ingatlah juga bagaimana kemajuan kenderaan telah memudahkan kita.

Kalau dulu, kena jinakkan binatang baru boleh menaikinya dan ia bukan laju sangat tetapi sekarang, dengan segala kemudahan yang ada, amat mudah untuk kita ke mana-mana. Entah apalah lagi nanti kenderaan di masa hadapan.

Tafsir Ayat ke-14

Allah SWT bawa peringatan tentang kenderaan kerana hendak bawa kepada perjalanan ke akhirat. Jangan lupa yang kita menuju akhirat sebenarnya.

وَإِنّا إِلىٰ رَبِّنا لَمُنقَلِبونَ

“Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”

Ayat ini mengingatkan kita bahawa kita akhirnya akan kembali menemui Allah SWT. Padahal, baru tadi bercakap tentang pengangkutan dan perjalanan. Apakah kaitannya?

Maksudnya, setiap perjalanan sepatutnya mengingatkan kita kepada perjalanan menemui Allah SWT kerana apabila kita dalam perjalanan, akhirnya kita mesti akan berhenti juga akhirnya, bukan? Sama ada kita sampai ke destinasi kita atau tidak. Samalah juga dengan perjalanan hidup ini, ianya akan berakhir juga kerana kehidupan kita ini juga adalah perjalanan yang besar sebenarnya.

Ayat ke-13 dan ayat ke-14 ini adalah sebahagian dari doa yang diajar oleh Nabi apabila kita menaiki kenderaan ini. Sebagaimana yang tersebut dalam hadis:

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ عَلِيِّ بْنِ رَبِيعَةَ قَالَ شَهِدْتُ عَلِيًّا أُتِيَ بِدَابَّةٍ لِيَرْكَبَهَا فَلَمَّا وَضَعَ رِجْلَهُ فِي الرِّكَابِ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا فَلَمَّا اسْتَوَى عَلَى ظَهْرِهَا قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ ثُمَّ قَالَ { سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ } ثُمَّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ ثَلَاثًا وَاللَّهُ أَكْبَرُ ثَلَاثًا سُبْحَانَكَ إِنِّي قَدْ ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ثُمَّ ضَحِكَ قُلْتُ مِنْ أَيِّ شَيْءٍ ضَحِكْتَ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَنَعَ كَمَا صَنَعْتُ ثُمَّ ضَحِكَ فَقُلْتُ مِنْ أَيِّ شَيْءٍ ضَحِكْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِنَّ رَبَّكَ لَيَعْجَبُ مِنْ عَبْدِهِ إِذَا قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ غَيْرُكَ وَفِي الْبَاب عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Abu Al Ahwash dari Abu Ishaq dari Ali bin Rabi’ah, ia berkata; aku menyaksikan Ali diberi haiwan untuk ia tunggangi, kemudian tatkala ia telah meletakkan kakinya di dalam sanggurdi, ia mengucapkan; BISMILLAAH tiga kali, dan ketika telah berada di atas punggungnya ia mengucapkan; Al HAMDULILLAAH, kemudian ia mengucapkan; SUBHAANALLADZII SAKHKHARA LANAA HAADZAA WA MAA KUNNAA LAHUU MUQRINIIN, WA INNAA ILAA RABBINAA LAMUNQALIBUUN (Maha Suci Dzat yang telah menundukkan untuk kami haiwan ini, dan tidaklah kami dapat memaksakannya, dan kepada Tuhan kami nescaya kami akan kembali). Kemudian ia mengucapkan; Al HAMDULILLAAH tiga kali, WALLAAHU AKBAR tiga kali, SUBHAANAKA INNII QAD ZHALAMTU NAFSII FAGHFIR LII, FAINNAHU LAA YAGHFIRUDZ DZUNUUBA ILLAA ANTA (Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku maka ampunilah aku. Karena sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali engkau). Kemudian ia tertawa. Aku katakan; kerana apakah engkau tertawa wahai Amirul mukminin? Ia berkata; aku melihat Rasulullah shallallahu wa’alaihi wa sallam melakukan seperti apa yang aku lakukan kemudian beliau tertawa dan aku katakan; kerana apakah anda tertawa wahai Rasulullah? Beliau bersabda: “Sesungguhnya Tuhanmu sungguh merasa kagum kepada hamba-Nya apabila mengucapkan; ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, kerana sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa selain-Mu. “Dalam bab ini terdapat riwayat dari Ibnu Umar radliallahu ‘anhuma. Abu Isa berkata; hadits ini adalah dari Sunan at-Tirmidzi dan dinilai hadits hasan shahih.

Doa ini adalah doa apabila kita menaiki kenderaan darat. Berdoalah dengan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang boleh menyempurnakan hajat kita. Jangan kita ada perasaan yang Allah SWT tidak dengar dan tidak makbulkan doa kita. Kalau kita berdoa, tetapi waktu itu sendiri kita sudah rasa yang Allah SWT tidak akan makbulkan, doa itu tentunya tidak makbul.

Tafsir Ayat ke-15

Sebelum ini, apabila ditanya kepada Musyrikin Mekah, siapakah yang menjadikan alam ini, mereka akan menjawab: Allah SWT tetapi apabila dalam hal ibadat, dalam doa, mereka berkongsi pula: ada yang diberi kepada Allah SWT dan ada yang diberikan kepada entiti yang lain; ada yang mereka hadapkan doa kepada selain dari Allah SWT.

Ayat ini sampai ayat ke-25 adalah teguran kepada akidah Musyrikin Mekah. Nikmat Allah SWT sudah beri dan kalau telah pakai segala nikmat itu, maka sepatutnya kena taatlah kepada Allah SWT. Kalau taat, segala nikmat itu dikira sebagai percuma sahaja, tidak akan ditanya lagi tetapi kalau tidak taat, maka mereka akan kena tanya dengan segala nikmat yang mereka pakai itu. Waktu itu, macam mana hendak jawab?

وَجَعَلوا لَهُ مِن عِبادِهِ جُزءًا ۚ إِنَّ الإِنسٰنَ لَكَفورٌ مُّبينٌ

Dan mereka (yang musyrik mempersekutukan Allah SWT dengan) menjadikan sebahagian dari hamba-hamba Allah SWT sebagai anak bagi-Nya. Sesungguhnya manusia (yang demikian sesatnya) sangat tidak mengenang budi, lagi nyata kufurnya.

وَجَعَلُوا لَهُ مِنْ عِبَادِهِ جُزْءًا

Dan mereka menjadikan untuk Allah SWT, dari hamba-hamba-Nya, bahagian-bahagian.

Apa yang dimaksudkan dengan ‘bahagian’? Musyrikin Mekah mengatakan para malaikat itu adalah ‘sebahagian’ dari Allah SWT, iaitu mereka kata para malaikat itu adalah anak perempuan Allah SWT kerana anak adalah ‘sebahagian’ dari ibu bapanya. Sebagaimana Nabi pernah bersabda yang Fatimah adalah sebahagian dari baginda.

Oleh kerana salah faham mereka, mereka puja malaikat. Mereka tahu tentang malaikat dari maklumat mulut ke mulut dari tok nenek mereka kerana mereka tidak ada maklumat jelas dari kitab wahyu. Mereka juga tidak ada kitab dan ilmu yang benar, maka mereka ditipu syaitan untuk terima bahawa malaikat itu jantinanya perempuan dan mereka itu ‘anak Allah’ SWT dan datangnya dari hubungan kelamin Allah SWT dengan jin (masha Allah!). Berbagai bagai sangkaan yang salah dan buruk.

Itu semua adalah penipuan dari syaitan atau, ia juga boleh juga bermaksud bahagian-bahagian sembahan korban yang diberikan. Musyrikin Mekah menetapkan ada bahagian untuk Allah SWT dan ada bahagian lain untuk berhala-berhala. Ini sudah banyak disentuh dalam surah al-An’am.

Konteks ayat ini lebih menjurus kepada perbuatan Musyrikin melantik ‘bahagian’ kepada Allah SWT iaitu mereka yang syirik itu menjadikan makhluk sebagai ‘wakil’ kepada Allah SWT.

Ada yang sampai menjadikan makhluk sebagai ‘Anak Tuhan’. Kalau Musyrikin Mekah, mereka menjadikan para malaikat sebagai anak perempuan Tuhan; Yahudi pula menjadikan Nabi Uzair sebagai Anak Tuhan. Penganut Kristian pula menjadikan Nabi Isa sebagai Anak Tuhan.

Ini adalah fahaman yang salah dan amat keliru sekali. Kalau tanya kepada penganut Kristian yang pandai sikit, adakah benar-benar Nabi Isa itu ‘Anak Tuhan’, mereka akan jawab, bukanlah baginda anak sebenar tetapi ‘Anak Angkat’.

‘Anak Angkat’ kita juga tahu, bukanlah anak sebenar, ia sebagai satu kedudukan yang rapat dengan seseorang sahaja. Kalau dikatakan seseorang itu anak angkat kepada seorang menteri, tentulah dia amat rapat dengan menteri itu dan dapat meminta macam-macam kepada menteri itu.

Maka, masyarakat akan pergi kepada anak angkat itu kalau mereka ada hajat dengan menteri itu. Macam juga masyarakat Islam kita sekarang yang memuja Nabi Muhammad SAW hanya kerana hendakkan Syafaat dari baginda atau untuk menyempurnakan hajat mereka. Mereka anggap Nabi SAW itu rapat dengan Allah SWT, maka tentulah Nabi SAW akan membantu mereka dalam hajat mereka.

Sebab itu kalau kita pergi ke Masjid Nabawi di Madinah, kita akan lihat ramai yang beratur untuk melihat kubur Nabi Muhammad SAW. Kita akan dapat lihat antaranya orang-orang Melayu akan banyak ada di situ. Mereka akan beri salam kepada baginda dan berkata lebih kurang begini: “Wahai Rasulullah, kita tidak pernah berjumpa, tetapi kami sudah datang dari jauh ini. Janganlah lupa kami apabila beri Syafaat nanti. Kami datang dari jauh ni…”

Mereka cakap dengan kubur Nabi SAW macamlah Nabi SAW hidup lagi. Ini bukanlah cara Allah SWT menyempurnakan hajat manusia. Ini adalah cara yang amat salah sekali yang tidak pernah diajar oleh Allah SWT dan Nabi SAW sendiri.

Mereka sampai jahil tentang Syafaat, sampaikan mereka sangka baginda boleh beri syafaat dengan kehendak baginda sendiri. Padahal dalam ayat-ayat lain telah menegaskan bahawa bukan Nabi SAW yang buat keputusan untuk menentukan penerima syafaat, tetapi Allah SWT sahaja yang menentukan. Nabi SAW hanya ‘menyampaikan’ Syafaat sahaja. Ini banyak dibincangkan dalam perbahasan ayat-ayat yang lain.

Bila ditegur dengan penjaga Masjid Nabawi itu supaya mereka doa menghadap kiblat, bukan menghadap Nabi SAW, mereka kata penjaga masjid itu pula yang sesat. Sebab guru mereka sudah ajar macam itu. Guru mereka kata, jangan hiraukan penjaga-penjaga Masjid itu. Itu belum kira yang jamah grill kubur Nabi SAW dan sapu ke muka. Sungguh jahil sekali mereka itu.

إِنَّ الْإِنسٰنَ لَكَفُورٌ مُّبِينٌ

Sesungguhnya manusia sangat nyata kufurnya.

Maka apa yang mereka lakukan adalah kufur yang amat jelas. Semuanya yang mereka ada, Allah SWT yang beri, tetapi mereka sembah selain Allah SWT juga, seru selain Allah SWT juga.

Allah SWT tidak pernah mengajar manusia untuk menggunakan ‘anak angkat’ atau mereka yang rapat dengan Allah SWT untuk menyempurnakan hajat mereka tetapi mereka sahaja yang memandai-mandai menambah dalam hal agama.

Allahu a’lam.

 

131.12 Isu seputar orang yang mendakwa dirinya al-Mahdi

0

131.12 Isu seputar orang yang mendakwa dirinya al-Mahdi

( نظرة سريعة فيمن أدعى أنه المهدي)
عند تأمل في التاريخ وتتابع العصور ومرور المسلمين بحالات من الاختلاف والظلم وانتشار الجور من الولاة غيرهم ونجد أنه ظهر رجال زعموا أنهم المهدي واعتقد بعض الناس فيهم ذلك :ومن هؤلاء

Terj:Dalam sejarah yang berliku yang menimpa umat Islam berupa perpecahan, kezaliman politik dan kerakusan kuasa, di sana ada beberapa orang yang mendakwa dirinya adalah al-Mahdi, antaranya:

PERTAMA

Puak Syiah Rafidhah

 الرافضة يزعمون أن مهديا ينتظرونه وهو آخر أئمتهم الاثني عشر واسمه محمد بن الحسن العسكري وهو عندهم من ولد الحسين بن علي لا من ولد الحسن بن علي رضي الله عنهم جميعا

Yang mendakwa memiliki al-Mahdi yang mereka tunggu tunggukan, yakni Imam ke 12 yang bernama Muhammad bin al-Hasan al-‘Askary dari nasab al-Husin bin Ali ra semuanya dan tidak ada  dari al-Hasan bin Ali ra.

Syiah-puak, fanclub, kelab penyokong, maksudnya baik. Maksud asalnya ialah penyokong Ali ke atas Uthman kerana mereka melihat yang sepatutnya menerajui khalifah selepas Umar ialah Ali bukan Uthman.

Rafidhah=Rafadha=Meninggalkan dan menolak kepimpinan Abu Bakar, Umar, Uthman dan seluruh sahabat yang melantik mereka, mereka bahkan mencela ketiganya, ummul mukminin dan majoriti sahabat.

Maka, Syiah Rafidhoh hari ini adalah pendokong Syiah Imamiah yang berpusat di Iran. Mereka merubah agama Islam, memiliki doktrin tauhid dan ibadat mereka yang sendiri berbeza dari sunni.

Antara keyakinan Syiah Rafidhoh ialah:

أنه دخل سرداب سامراء منذ أكثر من ألف سنة عام سنة 260هـ.

Imam ke 12 atau al-Mahdi al Munzar berada dalam tempat persembunyian bawah tanah sejak tahun 260 hijrah (sekarang 1438, ini bermakna sudah 1,178 tahun dia bersembunyi)

لما دخل كان عمره خمس سنوات وهو يعيش في السرداب منذ ذلك الحين ولم يمت وسوف يخرج في آخر الزمان سرداب سامراء الذي يزعم الرافضة ان المهدي اختبئ فيه من اكثر من 1000 سنة

Ketika masuk ke tempat persembunyian, al Mahdi berusia 5 tahun dan hidup di tempat persembunyian bawah tanah sejak usia tersebut hingga kini. Dia immortal, yakni tidak mati walaupun sudah berusia lebih dari 1000 tahun.

ويعتقدون انه حاضر في الأمطار يعلم أحوال الناس لكنه غائب عن الأبصار فلا يرى

Rafidhah yakin bahawa al-Mahdi mereka hidup dan sentiasa memantau perkembangan global akan tetapi manusia tidak perasan keujudannya.

Komen al-Areefi:

1. Ia akidah yang bodoh dan batil dan bercanggah dengan akal sihat, tidak berasaskan dalil.

2. Para Nabi jauh lebih utama dari manusia, namun Allah SWT wafatkan mereka, maka mana mungkin ada manusia yang immortal, kekal hidup melebihi 1000 tahun?

3. Jika dia immortal mengikuti perkembangan global, kenapa dia tidak muncul sekarang di saat umat Islam amat memerlukan kepimpinan yang kuat.

 

Rumusan Ibn Katsir mengenai Imam 12 yang ghaib sejak 1000 tahun

قال ابن كثير -رحمه الله -متحدثا عن المهدي محمد بن عبد الله الوارد ذكره في الأحاديث:«ويكون ظهوره من بلاد المشرق-يعني مهدي أهل السنة –لا من سرداب سامراء كما يزعمه جهلة الرافضة من أنه موجود فيه الآن وهم ينتظرون خروجه في آخر الزمان فإن هذا نوع من الهذيان وقسط كبير من الخذلان الشديد من الشيطان إذ لا دليل على ذلك ولا برهان لا من كتاب ولا سنة ولا معقول صحيح ولا استحسان” النهاية في الفتن والملاحم ص(17)

“Tentang kemunculan Muhammad bin Abdullah (bukan Muhammad bin Hasan al-Askary) memang beliau akan muncul negara arah Timur (Madinah), namun ia bukan muncul dari tempat persembunyian bawah tanah di negara arah Timur (Tehran) sebagaimana yang didakwa oleh puak Syiah Rafidhoh yang dungu itu menunggu kemunculannya di akhir zaman. Ini adalah sebuah kesesatan dan belitan syaitan. Tidak ada dalil langsung yang menunjukkan akan hal begitu baik dari al-Quran, sunnah, akal sihat dan istihsan.
(al-Nihayah al-Fitan wal Malaahim/penyudah berupa fitnah dan huruhara akan kiamat ms 17)

Antara Jerat Syiah Di Jalur Lebar

0

 

SOALAN

Adakah benar perkara ini ada di dalam Kitab Nur Al Abshar?

10 mutiara yang bakal hilang

Sewaktu Rasululloh SAW sakit, terlontar satu pertanyaan kepada malaikat Jibril as :

“Wahai Jibril,apakah kamu akan turun ke bumi setelah aku tiada?

Malaikat jibril menjawab :
“Masih Yaa Rasululloh, aku akan turun ke bumi untuk mengambil 10 Mutiara hidup sepeninggal diri engkau.”

“Mutiara pertama yang akan aku ambil dari muka bumi  adalah : BARAKAH (Keberkahan)”.

“Mutiara Kedua adalah :RASA CINTA (Mahabbah)yang bersemayam dihati manusia..”

“Mutiara Ketiga adalah :RASA KASIH SAYANGdiantara keluarga kasih sayang diantara keluarga semakin menipis.”

“Mutiara ke empat adalah : *KEADILAN* *di hati para pemimpin.”

“Mutiara Kelima adalah : RASA MALU yang ada dihati para wanita..” (Banyak Berkata, berpenampilan, dan bersikap yang tidak pantas).”

“Mutiara Ke Enam adalah : RASA SABAR orang-orang fakir..”

“Mutiara Ketujuh adalah : WARA’ dan ZUHUD dari para ulama.” (Wara’ adalah sangat berhati-hati menjaga diri dari yang syuhbat dan yang haram, sedangkan zuhud itu (Hati) yang tidak mementingkan harta-dunia, kedua-duanya merupakan ciri seorang ulama. Jika wara’ dan zuhud telah hilang dari ulama maka nilai jati dirinya tergores”

“Mutiara Kedelapan adalah : KEDERMAWANAN 0rang-0rang kaya..”

“Mutiara Kesembilan  adalah : TERANGKATNYA AL-QUR’AN (menghilangkan Ruh/ khasiyah al-Qur’an itu sendiri sebagai panduan dalam kehidupan).”

“Mutiara (yang akan aku ambil dari muka bumi) yang kesepuluh adalah : IMAN

Saudara dan sahabatku.Itulah mutiara yang paling berharga
bila satu persatu hilang dari masin-masing kita maka itu namanya kiamat kecil

TAPI bila hilang satu persatu di tengah-tengah seluruh umat manusia maka itulah awal kiamat besar. Oleh kerana itu selagi masih ada nafas kehidupan kita. Mari masing-masing menjaga mutiara yang paling berharga dari kepunahan.

 

JAWAPAN SYEIKH THTL

Ini kitab syiah.

نور الأبصار في مناقب آل بیت النبي المختار (ص) – الشيخ مؤمن بن حسن مؤمن الشبلنجي

Nur al abshar fi manaqib aalil baiti al Mukhtaar oleh syaikh mukmin hasan Mu’min al Syabalanji

Bagaimana anda semua mudah terkena jerat syiah?

Soal Jawab Fiqh Wanita /4

0

SOALAN

Adakah dikira kafir jika orang tidak solat?

JAWAPAN

Ini khilaf. Imam Ahmad menyatakan sudah kafir tetapi Imam Syafie kata tidak lagi. Maka ia jadi perbincangan yang panjang antara ulama dengan hujah mereka masing-masing. Namun yang pasti, meninggalkan solat adalah dosa besar.

 

SOALAN

Apakah kesan besar orang yang meninggal solat? Maksudnya tidak solat langsung, kadang saya tengok orang yang tidak solat mereka sihat selalu, tiada dugaan dan gaji banyak.Kadang-kadang saya pun tergugat iman.

JAWAPAN

Kesan dekat dunia, tidak jelas tetapi di akhirat nanti, siaplah mereka. Orang kafir juga nampak lebih senang hidup di dunia ini kan? Jangan terpedaya kena yakin yang Allah SWT itu Maha Adil. Kalau kaya tetapi jauh dari Allah SWT, itu bukan nikmat, tetapi dipanggil istidraj. Allah SWT beri lebih banyak lagi dan lagi supaya lalaikan dia sebab Allah SWT hendak menguji dia.

 

SOALAN

Bolehkah kita katakan pada orang yang tidak solat itu macam orang yahudi dan munafik?

JAWAPAN

Tidak solat adalah antara sifat-sifat munafik.

 

SOALAN

Kadang rasa tergugat sebab kita walaupun penat, lawan diri untuk solat tetapi orang tidak solat kelihatan tenang sahaja. Kita diberi macam-macam dugaan, dia tiada masalah dalam hidup, selalu gembira dan bahagia.
Mengapa orang yang tidak solat ini tiada rasa bersalah abaikan solat dan berdosakah kita kalau tidak menegurnya?

JAWAPAN

Memang manusia terikut-ikut macam itu. Sebenarnya, di dunia ini apa yang mereka dapat itu tidak bernilai apapun. Kita sahaja yang sangka macam itu, hakikatnya tidak kerana sifat Rahman Allah SWT, Allah SWT boleh beri apa sahaja kepada manusia dari keduniaan ini.

Memang Allah SWT tidak mahu semua manusia jadi sesat kerana itu Allah SWT tidak beri kesenangan yang banyak kepada mereka kerana apabila senang sikit sudah ada yang tergugat.

Allah SWT sebut dalam Zukhruf : 33

وَلَولا أَن يَكونَ النّاسُ أُمَّةً واحِدَةً لَجَعَلنا لِمَن يَكفُرُ بِالرَّحمٰنِ لِبُيوتِهِم سُقُفًا مِن فِضَّةٍ وَمَعارِجَ عَلَيها يَظهَرونَ

Dan sekiranya bukan kerana hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah kami buatkan bagi orang-orang yang kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah loteng-loteng perak bagi rumah mereka dan (juga) tangga-tangga (perak) yang mereka menaikinya.

Maksudnya, kalaulah Allah SWT beri mereka kekayaan yang bersangatan, satu dunia akan jadi kafir. Kita bukan solat sebab hendak senang hidup kan? Bersyukurlah Allah SWT ‘jemput’ kita untuk bertemu dengannya kerana bukan semua dapat nikmat ini.

Fikirkan: Kenapa kita dapat solat?
1. Adakah kerana kita ada masa luang? Berapa ramai yang banyak masa tetapi tidak solat.
2. Adakah kerana kita hidup senang? Berapa ramai yang begitu tetapi tidak solat.
3. Adakah kerana kita ada ilmu agama? Ramai juga yang tahu agama, tetapi tidak solat.

Maknanya, Allah SWT beri taufik kepada kita untuk solat. Alhamdulillah

 

SOALAN

Jika si A ini mendapat projek atau tender kerajaan yang bernilai rm800k, setelah ditolak segala kos dan gaji pekerja ada keuntungan dalam rm200k. Adakah itu dikira riba? Kalau ikutkan memang dikira keuntungan syarikat kan?

Bagaimana pula yang bagi projek sahaja tetapi dapat komisen macam ‘untung atas angin’ berbeza dengan orang lain yang buat kerja? Adakah itu dibolehkan?

JAWAPAN

1. Itulah keuntungan dia
2. Jika ada sesuatu yang dia contribute, ok boleh.

 

SOALAN

Maknanya ustaz jika dapat sesuatu projek dan dia buat kerja maka duit yang dia dapat itu halal, termasuk keuntungan selepas ditolak segala kos. Melainkan kalau dapat duit tapi projek tidak dilakukan cuma diadakan dalam paper sahaja, duit itu dikira haram diambil kan ustaz?

JAWAPAN

Ya,benar.

 

SOALAN

Seorang wanita hendak menikah, bakal suaminya seorang yang tidak solat dan kurang pengetahuan agama. Adakah si wanita kena teruskan pernikahan dengan si lelaki ini? Lelaki ini seorang yang baik, tidak mustahil, dia boleh jadi seorang yang beriman.

JAWAPAN

Tidak perlu diteruskan. Tiada runding cara untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak menegakkan syariat Islam. Jangan terjerumus ke masalah yang lebih besar nanti. Lelaki yang baik ialah yang taat pada perintah Allah SWT.

Mana-mana lelaki yang serius ingin berkahwin kerana Allah SWT, wajar dia kembali berubah dan kembali menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim . Zaman sekarang, tiada alasan untuk tidak keluar menuntut ilmu agama. Berubah sebelum berkahwin, bukan berubah selepas berkahwin.

Dicadangkan jika masih hendak bernikah , tangguhkan dulu hingga dia mula tidak tinggal solat dan mula belajar ugama ikut sunnah.

📌Cerita untuk dijadikan pengajaran :

Saya pernah memberi nasihat kepada seorang wanita yang hendak kahwin dengan seorang lelaki tidak solat, minum arak dan sebagainya. Saya beritahu kepada dia dan emak dia sebab saya kenal lelaki itu tetapi mereka hendak juga teruskan.Mereka ambil sebagai cabaran untuk perbaiki akhlak lelaki itu.

Apabila sudah ada dua anak, baru mula hendak solat (lebih kurang 6,7 tahun juga) selama waktu itu, macam-macam cara dibuat dan ada juga terasa seksa jiwa. Maksud saya, kalau sanggup, bolehlah teruskan. Asalkan tahu what you are getting into. Sepatutnya suami yang ajar ahli keluarga dia untuk solat, bukan sebaliknya.

 

SOALAN

Jika ibubapa kepada seorang anak perempuan sudah bercerai, dan anak perempuan tersebut akan dipinang oleh seorang lelaki, bagaimana jika pihak lelaki bawa rombongan meminang bertemu ibu sahaja (tanpa bapa iaitu wali)?

Setahu saya, akad nikah wajib ada wali. Tetapi bab meminang (menentukan tarikh akad nikah, mas kahwin dan sebagainya) saya kurang pasti.

JAWAPAN

Wali perempuan itu tetap ayah dia kerana ayah dia masih ada lagi. Jadi kena minta izin ayah juga.

 

SOALAN

Adakah wali wajib berada dalam majlis meminang tersebut jika wali mengizinkan berkahwin terlebih dahulu sebelum majlis tersebut diadakan?

JAWAPAN

Syed Sabbiq mengatakan bahawa yang dikatakan khitbah ialah proses lelaki meminta daripada pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara yang diketahui masyur di tempat masing-masing.

Kalau wali tidak ada, tidak mengapa asalkan wali setuju. Nanti hendak nikah perlukan wali juga, maka kenalah dia tahu. Kerana persetujuan datang dari wali.

 

SOALAN

Ibubapa kepada si gadis ini tidak berapa baik hubungan mereka. Si lelaki sudah pernah bertemu dengan walinya untuk berkenalan. Cuma kali ini seluruh keluarga lelaki tersebut hendak bertemu si ibu pula untuk merisik, meminang dan berbincang. Dilema juga si gadis ni. Dari segi kos, masa dan jarak, berjumpa si ibu lebih memudahkan kerana wali perempuan agak jauh.

JAWAPAN

Yer boleh. Asalkan wali setuju.

 

SOALAN

Bolehkah kalau hendak buat air Yassin, tapi pasang audio surah Yassin, tidak baca sendiri ?

JAWAPAN

Tidak perlu buat Yaasin. Amalan ini tidak ada dalam agama. Walaupun baca sendiri dan pasang audio juga tidak boleh.

 

SOALAN

Bagaimana hendak jelaskan kepada kawan? Bolehkah kalau dia baca ayat ruqyah pada air untuk diminum? Dia tidak sakit cuma hendak baca untuk pendinding diri tetapi saya ada beritahu jika untuk pendinding diri lebih baik amalkan /istiqomah zikir pagi dan petang dengan saiyidul istighfar. Masalahnya dia macam tidak dapat terima ..

JAWAPAN

Memang tidak betul guna air Yasin buat pendinding. Beritahu padanya Nabi SAW sudah ajar, kenapa tidak yakin dengan apa yang Nabi  SAW ajar. Lebih yakin dengan ustaz ajar daripada Nabi SAW ajarkan. Ini masalah hati yang berat. Kalau boleh dan mampu cari lagi dalam Hisnul Muslim. Semasa haid boleh teruskan amalan membaca wirid-wirid itu.

Ajarkan dia minima amalkan bacaan ini lepas solat Subuh dan Maghrib :
1. Lailahaillahu wahdah… syaiinqadir 10x
2. Ayat Qursi
3. Baca 3 Qul

Sebelum tidur : Baca 3 Qul

 

SOALAN

Bolehkah menjemur kain pada waktu malam dekat luar rumah? Adakah larangannya sebab pernah dengar tidak boleh tetapi tidak pasti dari hadis atau adat semata?
Adakah benar jika dikhuatiri terkena sihir maka tidak boleh dan tidak digalakkan sidai kain diluar?

Orang dulu dulu, nenek moyang juga ada cerita yang tidak masuk akal kononnya baju anak-anak yang masih kecil dijemur diluar akan kena kembong dan sebagainya.

JAWAPAN

Dalam Islam tiada larangan. Kalau ada kepercayaan khurafat, tinggalkan. Maksudnya percaya bila jemur kain waktu malam akan mendatangkan sakit. Sihir ini datang dengan pelbagai cara, siang pun boleh datang. Maksudnya kalau iktiqad kepada percayaan khurafat baru tidak boleh.

 

SOALAN

Apakah tanda mati syahid?

JAWAPAN

Ini kena lihat dalil hadith dulu, dan mula faham dari situ:

شهداء أمتي إذاً لقليل ، القتل في سبيل الله عز وجل شهادة ، والطاعون شهادة ، والغرق شهادة ، والبطن شهادة ، والنفساء يجرها ولدها بسرره إلى الجنة

“orang yang mati syahid di kalangan umatku cuma sedikit.

Orang yang mati berjihad di jalan Allah SWT, syahid, orang yang mati kerana ta’un, syahid. Orang yang mati lemas, syahid. Orang yang mati kerana komplikasi perut (kanser usus), syahid dan wanita yang mati kerana nifas, dia akan ditarik oleh anaknya menuju syurga dengan tali pusarnya. (HR. Ahmad, no 15998. Syaikh Syuaib Al-Arnauth: Sahih li Ghairih).

Syarah: Wanita yang mati kerana proses kehamilan, baik kerana keguguran, semasa kelahiran, pasca delivery, semuanya syahid, kerana keumuman bahasa arab di atas, mati kerana nifas.

Syahid kerana kelahiran:
1. Jika mati kerana gugur janin
2. Mati semasa melahirkan dalam bilik bersalin.
3. Mati dalam masa pantang.

 

SOALAN

Berdasarkan info di bawah, antara berharap untuk mati syahid dengan mati dalam keadaan diri husnul khotimah, yang mana keutamaanya? Minta mati dalam husnul khotimah ini yang semua dalam satukan?

Berharap untuk mati. Nabi jawab:

لاَ يَتَمَنَّيَنَ أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ لِضُرٍّ أَصَابَهُ، فَإِنْ كَانَ لاَ بُدَّ فَاعِلًا فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي

“Janganlah sekali-kali salah seorang dari kamu mengharapkan aka kematian kerana suatu kemudaratan yang menimpanya. Kalaupun dia terpaksa menginginkan mati, maka hendaknya dia berdoa, ‘Ya Allah! Hidupkanlah aku apabila kehidupan itu lebih baik bagiku dan wafatkanlah aku apabila kematian itu lebih baik bagiku’.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Syarah Imam Nawawi. Makruh inginkan mati kecuali:
1. Ingin mati di Tanah Haram
2. Mati syahid
3. Rosaknya agama manusia dan terancamnya dia untuk melaksanakan sunnah

JAWAPAN

Husnul khatimah itu lebih luas dan termasuk juga mati syahid. Jadi mohon pada-Nya untuk mati dalam husnul khatimah. Mati dalam iman antaranya ketika melakukan kebaikan dan tidak diaibkan…

 

SOALAN

Kalau kita ada penyakit macam cemburu pada seseorang yang banyak hadam ilmu agama atau dapat keluar dengan lebih kerap untuk belajar agama, adakah termasuk dalam golongan munafik? Kita pula terhad sangat, tiada keupayaan unttk keluar mencari ilmu agama atas jalan sunnah.

JAWAPAN

Ada dua perkara yang boleh dengki, kalau dengki itu dibenarkan. Pertama, orang yang rajin infak dan kita hendak infak macam dia; kedua, orang yang berilmu dan kita hendak berilmu macam dia juga.Ini dari hadis.

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِى الْحَقِّ ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ ، فَهْوَ يَقْضِى بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

“Tidak boleh hasad (ghibtoh) kecuali pada dua orang, iaitu orang yang Allah SWT anugerahkan padanya harta lalu ia infakkan pada jalan kebaikan dan orang yang Allah SWT beri kurnia ilmu (Al-Qur’an dan As Sunnah), ia menunaikan dan mengajarkannya.”

Hasad sebenarnya, kita dengki atau cemburu dengan orang yang ada sesuatu, contohnya seorang yang kaya. Hasad itu adalah perasaan yang hendak dia jatuh miskin.

Hasad yang dibenarkan begini: orang itu rajin infak, kita hendak infak lebih banyak dari dia (bukan kita hendak dia kurang infak).

Ada seorang yang pandai, maka kita hendak belajar sampai jadi lagi pandai dari dia (bukan hendak dia jadi bodoh).

Balik kepada soalan tadi, kalau ada orang yang pandai, tidak perlu hasad lah, kita sendiri cuba untuk belajar dengan cara yang lain. Kalau tidak dapat, maka lapangkanlah hati, Allah SWT beri rezeki kepada manusia dengan berbagai cara. Ilmu juga adalah rezeki, ada yang Allah SWT lapangkan dan ada yang Allah SWT sempitkan, kena terimalah.

131.11 Penutup Isu hadith-hadith seputar al-Mahdi

0

 

Walaupun hadith al Mahdi semuanya ada 50 buah. Kita berhenti di sini sahaja kerana ia mempunyai maksud yang sama dengan 15 hadith di atas dan berulang-ulang.

وأحاديث المهدي ثابتة لا شك فيها قد رواها ثلاثون صحابيا وأخرجها أئمة رواة السنة ومصنفوها في السنة والمسانيد و أحتج العلماء بها حتى صار اعتقاد ظهور المهدي أمرا متفقا عليه في معتقد أهل السنة و الجماعة وقد حكى جمع من الأئمة تواتر أحاديث المهدي كما حكاه الإمام السفاريني (1)والشوكاني (2)ومحمد صديق خان(3) رحمهم الله

1)(لوامع الأنوار البهية )(2/80)
(2) نقله عند كتاب ( الإذاعة لأشراط الساعة)ص114
(3)كتاب (الإذاعة)ص

Rumusan Dr al-Areefi mengenai al-Mahdi:
Di sisi ahli hadith, tidak syak lagi bahawa hadith-hadith seputar al-Mahdi adalah tsabit (tetap/baku/konkrit). Diriwayatkan oleh lebih dari 30 sahabat (darjat mutawatir) dan dikeluarkan oleh imam perawi hadith dan pengarang kitab sunnah dan musnad.
Para ulama’ berhujah dengan hadith-hadith al-Mahdi tersebut tentang kebenaran akan munculnya al-Mahdi akhir zaman. Ia mutaffaq (disepakati) bahawa hadith-hadith al-Mahdi adalah mutawatir.
Antaranya:
1. Imam al-Safaarini (w. 1188H, di Nablus, Palestina, Hanabilah, Kitab Lawami’, 2:80),
2. Imam Syawkani (w. 1250H, San’a, Yaman, Kitabal Idzaa’ah, 114) dan
3. Muhammad Siddiq Hasan Khan al-Bukhari (w. 1307H, Bophal,India, Kitab al-Idza’ah, ms 145)

Soal Jawab Fiqh Wanita /3

0

SOALAN

Sujud sahwi dilakukan jika tertinggal doa qunut setahu saya, tetapi bila banyak mendalami adab solat yang sebenar, bacaan qunut adalah bid’ah dalam solat. Apakah fungsi sebenar sujud sahwi?

JAWAPAN

1. Qunut Subuh bukan bid’ah.
2. Sujud sahwi kita guna contohnya tertinggal rukun, atau buat lebih rakaat.

  Sebab Sujud Sahwi:
1. Penambahan – terlebih buat dari yang sepatutnya.
2. Pengurangan – samada yang wajib atau rukun.
3. Syak – dua rakaat ke tiga rakaat?

Terlupa rukun contohnya – dari qiyam terus sujud (terlupa rukuk). Rukuk itu adalah rukun, bukan? Jadi dia kena naik balik dan buat rukuk dan sujud semula (sujud tadi tidak dikira).

 

SOALAN

Ada pendapat kalau terlupa qunut Subuh, tidak perlu sujud sahwi kerana ianya bukannya wajib. Pendapat paling kuat dikatakan sunat. Oleh sebab ia sunat maka tidak perlu sujud sahwi dan baca juga boleh. Qunut Subuh ini khilaf, tetapi rajih Nabi SAW tidak buat. Allahua’lam. Begitukan ustaz?

JAWAPAN

Ya,benar. Kalau hendak baca juga, kita anggap sebagai ‘doa’ kerana boleh doa di mana-mana dalam solat tetapi tidak boleh dibuat tetap, kerana bila buat tetap, ia menjadi bidaah pula.

Pengalaman saya, sudah lama tidak baca qunut Subuh, sekali sekala jadi imam Subuh, gelabah juga. Kalau masjid/surau buat qunut Subuh, saya akan ikut. Kalau saya imam kepada ahli sunnah, saya tidak baca qunut Subuh tetapi kalau jadi imam kepada makmum yang baca qunut Subuh, saya akan baca.

Teringat kisah seorang ustaz . Dia pernah hampir kena pukul oleh orang kampung sebab ustaz ini kata qunut Subuh tidak sunat. Orang itu kata: “kau jangan buat ajaran sesat dekat kampung ni, walaupun aku tidak solat, tapi aku hafal qunut tau!!!”.

Pernah ditanya:
1. Bila saya tidak baca Basmalah (orang baru dalam sunnah yang tanya)
2. Saya solat sambil dukung anak saya.

 

SOALAN

Mengenai Basmalah, boleh ustaz jelaskan secara menyeluruh beserta dalil? Apakah pendapat Imam Syafie tentang Basmallah dalam solat?

JAWAPAN

Baca Basmalah dalam Fatihah.
1. Baca jahr
2. Tidak baca langsung
3. Baca Basmalah tapi sirr

Ada tiga pilihan. Bila tahu ada tiga pendapat ini, tidaklah terkejut. Terpulang hendak pilih yang mana, yang lebih kuat kerana ada di antara ulama yang mengatakan bahawa Basmalah adalah ayat dari setiap surat adalah Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Ibnu Az-Zubair, Abu Hurairah dan Ali. Sedangkan Imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat bahawa Basmalah itu bukan termasuk surah Fatihah dan tidak juga surat-surat lainnya.

Bagi mereka yang mengatakan bahawa Basmalah bukan sebahagian dari surat Fatihah, maka mereka tidak membacanya secara jahr (kuat) di dalam solat tetapi ada juga yang tidak membacanya di awal surah kerana ada juga hadis yang mengatakan bahawa Nabi SAW tidak membaca Basmallah di awal surah.

Namun tidaklah terjadi perbezaan pendapat kerana semua ulama telah sepakat bahawa solat orang yang membaca Basmallah dengan kuat atau dengan perlahan adalah sah.
Saya bawakan perbincangan ini kerana kalaulah kita mendengar ada imam yang tidak membaca Basmalah apabila membaca Fatihah, janganlah pula kita kata dia sesat (atau dia Wahabi) tetapi dia tahu ada pendapat yang mengatakan tidak perlu baca Basmalah dengan jahr dalam Fatihah.

Bagi Imam Syafie, Bismillah adalah sebahagian dari surah al-Fatihah, wajib dibaca.

 

SOALAN

Boleh bagi matan hadith untuk doa ”Allahumma inni asaluka al afiyah”? Mahukan kepastian samada hadith itu sahih atau tidak untuk dijadikan amalan.

JAWAPAN

اللهمَّ إنِّي أسألُك العافيةَ في الدُّنيا والآخرةِ

Terdapat di dalam Hisnul Muslim no.83. Maksud al-aafiah, keselamatan di dunia dan akhirat.

 

SOALAN

Adakah betul pendapat dibawah tentang maksud ‘afiyah’ ?

👉🏼Pendapat pertama: Doa ini lengkap sepenuhnya maksudnya tidak perlu minta berlebihan. Cukup memohon perlindungan dari kesulitan dan kesengsaraan dunia dan akhirat. Maksudnya semua kebaikan atau apa yang kita minta ada dalam satu doa.

👉🏼Pendapat kedua: Al- ‘Abbas, the uncle of the prophet(SAW) came to the prophet(SAW) and said:
Ya RasulullahSAW teach me a dua
The prophet SAW said O my uncle, say: Allahumma inni asaluka al afiyah (0 Allah, i ask you for ‘Aafiyah)

What is aafiah? Aafiyah means – to save me from any afflictions. To be healthy, you are in aafiyah.
To have enough money to live, you are in aafiyah
To have your children protected. You re in aafiyah.
And if you re forgiven and not punished. You re in aafiyah.
Aafiyah means: O Allah. Protect me from any pain and suffering.
This includes dunya and akhirah

Al ‘Abbas thought about this for a while, and then came back a few days and said(paraphrased)
Ya Rasulullah. This dua seems a little short. I want something big.
The prophet(saw) said: My dear uncle. Ask Allah taala for aafiyah for wallahi, you cannot be given anything better than aafiyah

Narrator: the dua means
O Allah I ask you to be saved from any distress grief hardship and harm

JAWAPAN

Benar. Dalam bahasa mudah, aafiyah ini Allah SWT selamatkan dari kena musibah tetapi kalau sudah kena musibah, minta Allah SWT angkat kan musibah tidak sesuai sebab sudah kena. Aafiyah ini maksudnya tidak kena langsung. Ini lagi bagus, bukan?

 

SOALAN

Jadi doa ini boleh dijadikan sebab maksudnya sangat baik.
Apakah beza maksud keselamatan dalam zikir Allahumma antassalam, wa minka salam dan ‘Aafiyah?

JAWAPAN

Aafiyah lebih spesifik iaitu tidak kena musibah langsung.
Salam adalah kesejahteraan, keselamatan. Ini lebih umum.

 

SOALAN

Kalau semasa solat kita hilang fokus, bolehkah kita ta’awwudh ketika solat?

JAWAPAN

Dalilnya Dalam hadis dari Utsman bin Abil ‘Ash radhiallahu ‘anhu, Beliau mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengadukan gangguan yang dia alami ketika shalat. Kemudian, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله منه واتفل على يسارك ثلاثاً

“Itu adalah setan. Namanya Khinzib. Jika kamu merasa diganggu, mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguannya dan meludahlah ke kiri tiga kali.”

Kata Utsman, “Aku pun melakukannya, kemudian Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku.” (HR. Muslim 2203)

Cuma hilang fokus itu gangguan syaitan atau kerana fikiran menerawang? Takut nanti tidak habis-habis ludah ke kiri. Kalau adausaha bersungguh-sungguh untuk fokus, tapi tidak boleh fokus juga, itu mungkin bermaksud syaitan mengganggu. Maka boleh taawudz. Kalau ada orang sebelah, jangan ludah nanti mengganggu dia pula. Lakukan sebagai isyarat sahaja, tapi akan menoleh dan ludah angin.

 

SOALAN

Adakah sahih hadith sakaratul maut ,yang ditusuk 300 pedang sebab yang sahih hadith ‘Aisyahkan?
Kita tidak tahu bila kita akan mati jadi macammana hendak menghadapi sakratul maut?
Adakah terdapat doa sahih dari hadith sahih supaya mati dalam husnul khotimah?

JAWAPAN

Saya tidak tahu hadis yang dimaksudkan tetapi benar, kita semua akan merasai sakitnya mati… ini tidak dapat dielakkan. Seperti firman Allah dalam “Setiap jiwa akan merasakan mati”. (Ali ‘Imran: 185).

Kalau dimaksudkan hadis Aisyah ra tentang kematian baginda, memang Nabi Muhammad SAW menerima sakarat yang amat besar. Ini tsabit dari hadis riwayat Fatimah juga. Cuma kita dilunakkan dengan hadis yang mengatakan jiwa orang mukmin akan ditarik keluar dengan baik oleh Malaikat.

إِنَّ الْعَبْدَ الْمُؤْمِنَ إِذَا كَانَ فِي انْقِطَاعٍ مِنْ الدُّنْيَا وَإِقْبَالٍ مِنْ الْآخِرَةِ نَزَلَ إِلَيْهِ مَلَائِكَةٌ مِنْ السَّمَاءِ بِيضُ الْوُجُوهِ كَأَنَّ وُجُوهَهُمْ الشَّمْسُ مَعَهُمْ كَفَنٌ مِنْ أَكْفَانِ الْجَنَّةِ وَحَنُوطٌ مِنْ حَنُوطِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسُوا مِنْهُ مَدَّ الْبَصَرِ ثُمَّ يَجِيءُ مَلَكُ الْمَوْتِ عَلَيْهِ السَّلَام حَتَّى يَجْلِسَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَيَقُولُ أَيَّتُهَا النَّفْسُ الطَّيِّبَةُ اخْرُجِي إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ قَالَ فَتَخْرُجُ تَسِيلُ كَمَا تَسِيلُ الْقَطْرَةُ مِنْ فِي السِّقَاءِ فَيَأْخُذُهَا فَإِذَا أَخَذَهَا لَمْ يَدَعُوهَا فِي يَدِهِ طَرْفَةَ عَيْنٍ حَتَّى يَأْخُذُوهَا فَيَجْعَلُوهَا فِي ذَلِكَ الْكَفَنِ وَفِي ذَلِكَ الْحَنُوطِ وَيَخْرُجُ مِنْهَا كَأَطْيَبِ نَفْحَةِ مِسْكٍ وُجِدَتْ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ

“Seorang hamba mukmin, jika telah berpisah dengan dunia, menyongsong akhirat, maka malaikat akan mendatanginya dari langit, dengan wajah yang putih. Rona muka mereka layaknya sinar matahari. Mereka membawa kafan dari syurga, serta hanuth (wewangian) dari syurga. Mereka duduk di sampingnya sejauh mata memandang.
Berikutnya, malaikat maut hadir dan duduk di dekat kepalanya sembari berkata: “Wahai jiwa yang baik –dalam riwayat- jiwa yang tenang keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaannya”. Ruhnya keluar bagaikan aliran cucuran air dari mulut kantong kulit. Setelah keluar ruhnya, maka setiap malaikat maut mengambilnya. Jika telah diambil, para malaikat lainnya tidak membiarkannya di tangannya (malaikat maut) sejenak saja, untuk mereka ambil dan diletakkan di kafan dan hanuth tadi. Dari jenazah, semerbak aroma misk terwangi yang ada di bumi..”

[al hadits]Riwayat Ahmad.

Jikalau mati syahid, kuranglah sakit sakarat itu kerana syahid maksudnya melihat. Mereka akan lihat tempat mereka yang baik. Oleh itu, kuranglah sakit. Macam kita sakit kena gigit semut, tapi tiba-tiba datang singa tentu tidak teringat sakit kena gigit semut itu.

Kalau sedang sakit sakarat, kemudian malaikat turun dan Allah SWT tunjukkan keindahan yang akan kita dapat, maka lupalah sakit itu. Semoga kita mendapat kelebihan ini.

Popular

Iklan

Iklan