Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Soal Jawab Fiqh Wanita /3

Soal Jawab Fiqh Wanita /3

221
0
Iklan

SOALAN

Sujud sahwi dilakukan jika tertinggal doa qunut setahu saya, tetapi bila banyak mendalami adab solat yang sebenar, bacaan qunut adalah bid’ah dalam solat. Apakah fungsi sebenar sujud sahwi?

JAWAPAN

1. Qunut Subuh bukan bid’ah.
2. Sujud sahwi kita guna contohnya tertinggal rukun, atau buat lebih rakaat.

  Sebab Sujud Sahwi:
1. Penambahan – terlebih buat dari yang sepatutnya.
2. Pengurangan – samada yang wajib atau rukun.
3. Syak – dua rakaat ke tiga rakaat?

Terlupa rukun contohnya – dari qiyam terus sujud (terlupa rukuk). Rukuk itu adalah rukun, bukan? Jadi dia kena naik balik dan buat rukuk dan sujud semula (sujud tadi tidak dikira).

 

SOALAN

Ada pendapat kalau terlupa qunut Subuh, tidak perlu sujud sahwi kerana ianya bukannya wajib. Pendapat paling kuat dikatakan sunat. Oleh sebab ia sunat maka tidak perlu sujud sahwi dan baca juga boleh. Qunut Subuh ini khilaf, tetapi rajih Nabi SAW tidak buat. Allahua’lam. Begitukan ustaz?

JAWAPAN

Ya,benar. Kalau hendak baca juga, kita anggap sebagai ‘doa’ kerana boleh doa di mana-mana dalam solat tetapi tidak boleh dibuat tetap, kerana bila buat tetap, ia menjadi bidaah pula.

Pengalaman saya, sudah lama tidak baca qunut Subuh, sekali sekala jadi imam Subuh, gelabah juga. Kalau masjid/surau buat qunut Subuh, saya akan ikut. Kalau saya imam kepada ahli sunnah, saya tidak baca qunut Subuh tetapi kalau jadi imam kepada makmum yang baca qunut Subuh, saya akan baca.

Teringat kisah seorang ustaz . Dia pernah hampir kena pukul oleh orang kampung sebab ustaz ini kata qunut Subuh tidak sunat. Orang itu kata: “kau jangan buat ajaran sesat dekat kampung ni, walaupun aku tidak solat, tapi aku hafal qunut tau!!!”.

Pernah ditanya:
1. Bila saya tidak baca Basmalah (orang baru dalam sunnah yang tanya)
2. Saya solat sambil dukung anak saya.

 

SOALAN

Mengenai Basmalah, boleh ustaz jelaskan secara menyeluruh beserta dalil? Apakah pendapat Imam Syafie tentang Basmallah dalam solat?

JAWAPAN

Baca Basmalah dalam Fatihah.
1. Baca jahr
2. Tidak baca langsung
3. Baca Basmalah tapi sirr

Ada tiga pilihan. Bila tahu ada tiga pendapat ini, tidaklah terkejut. Terpulang hendak pilih yang mana, yang lebih kuat kerana ada di antara ulama yang mengatakan bahawa Basmalah adalah ayat dari setiap surat adalah Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Ibnu Az-Zubair, Abu Hurairah dan Ali. Sedangkan Imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat bahawa Basmalah itu bukan termasuk surah Fatihah dan tidak juga surat-surat lainnya.

Bagi mereka yang mengatakan bahawa Basmalah bukan sebahagian dari surat Fatihah, maka mereka tidak membacanya secara jahr (kuat) di dalam solat tetapi ada juga yang tidak membacanya di awal surah kerana ada juga hadis yang mengatakan bahawa Nabi SAW tidak membaca Basmallah di awal surah.

Namun tidaklah terjadi perbezaan pendapat kerana semua ulama telah sepakat bahawa solat orang yang membaca Basmallah dengan kuat atau dengan perlahan adalah sah.
Saya bawakan perbincangan ini kerana kalaulah kita mendengar ada imam yang tidak membaca Basmalah apabila membaca Fatihah, janganlah pula kita kata dia sesat (atau dia Wahabi) tetapi dia tahu ada pendapat yang mengatakan tidak perlu baca Basmalah dengan jahr dalam Fatihah.

Bagi Imam Syafie, Bismillah adalah sebahagian dari surah al-Fatihah, wajib dibaca.

 

SOALAN

Boleh bagi matan hadith untuk doa ”Allahumma inni asaluka al afiyah”? Mahukan kepastian samada hadith itu sahih atau tidak untuk dijadikan amalan.

JAWAPAN

اللهمَّ إنِّي أسألُك العافيةَ في الدُّنيا والآخرةِ

Terdapat di dalam Hisnul Muslim no.83. Maksud al-aafiah, keselamatan di dunia dan akhirat.

 

SOALAN

Adakah betul pendapat dibawah tentang maksud ‘afiyah’ ?

👉🏼Pendapat pertama: Doa ini lengkap sepenuhnya maksudnya tidak perlu minta berlebihan. Cukup memohon perlindungan dari kesulitan dan kesengsaraan dunia dan akhirat. Maksudnya semua kebaikan atau apa yang kita minta ada dalam satu doa.

👉🏼Pendapat kedua: Al- ‘Abbas, the uncle of the prophet(SAW) came to the prophet(SAW) and said:
Ya RasulullahSAW teach me a dua
The prophet SAW said O my uncle, say: Allahumma inni asaluka al afiyah (0 Allah, i ask you for ‘Aafiyah)

What is aafiah? Aafiyah means – to save me from any afflictions. To be healthy, you are in aafiyah.
To have enough money to live, you are in aafiyah
To have your children protected. You re in aafiyah.
And if you re forgiven and not punished. You re in aafiyah.
Aafiyah means: O Allah. Protect me from any pain and suffering.
This includes dunya and akhirah

Al ‘Abbas thought about this for a while, and then came back a few days and said(paraphrased)
Ya Rasulullah. This dua seems a little short. I want something big.
The prophet(saw) said: My dear uncle. Ask Allah taala for aafiyah for wallahi, you cannot be given anything better than aafiyah

Narrator: the dua means
O Allah I ask you to be saved from any distress grief hardship and harm

JAWAPAN

Benar. Dalam bahasa mudah, aafiyah ini Allah SWT selamatkan dari kena musibah tetapi kalau sudah kena musibah, minta Allah SWT angkat kan musibah tidak sesuai sebab sudah kena. Aafiyah ini maksudnya tidak kena langsung. Ini lagi bagus, bukan?

 

SOALAN

Jadi doa ini boleh dijadikan sebab maksudnya sangat baik.
Apakah beza maksud keselamatan dalam zikir Allahumma antassalam, wa minka salam dan ‘Aafiyah?

JAWAPAN

Aafiyah lebih spesifik iaitu tidak kena musibah langsung.
Salam adalah kesejahteraan, keselamatan. Ini lebih umum.

 

SOALAN

Kalau semasa solat kita hilang fokus, bolehkah kita ta’awwudh ketika solat?

JAWAPAN

Dalilnya Dalam hadis dari Utsman bin Abil ‘Ash radhiallahu ‘anhu, Beliau mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengadukan gangguan yang dia alami ketika shalat. Kemudian, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله منه واتفل على يسارك ثلاثاً

“Itu adalah setan. Namanya Khinzib. Jika kamu merasa diganggu, mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguannya dan meludahlah ke kiri tiga kali.”

Kata Utsman, “Aku pun melakukannya, kemudian Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku.” (HR. Muslim 2203)

Cuma hilang fokus itu gangguan syaitan atau kerana fikiran menerawang? Takut nanti tidak habis-habis ludah ke kiri. Kalau adausaha bersungguh-sungguh untuk fokus, tapi tidak boleh fokus juga, itu mungkin bermaksud syaitan mengganggu. Maka boleh taawudz. Kalau ada orang sebelah, jangan ludah nanti mengganggu dia pula. Lakukan sebagai isyarat sahaja, tapi akan menoleh dan ludah angin.

 

SOALAN

Adakah sahih hadith sakaratul maut ,yang ditusuk 300 pedang sebab yang sahih hadith ‘Aisyahkan?
Kita tidak tahu bila kita akan mati jadi macammana hendak menghadapi sakratul maut?
Adakah terdapat doa sahih dari hadith sahih supaya mati dalam husnul khotimah?

JAWAPAN

Saya tidak tahu hadis yang dimaksudkan tetapi benar, kita semua akan merasai sakitnya mati… ini tidak dapat dielakkan. Seperti firman Allah dalam “Setiap jiwa akan merasakan mati”. (Ali ‘Imran: 185).

Kalau dimaksudkan hadis Aisyah ra tentang kematian baginda, memang Nabi Muhammad SAW menerima sakarat yang amat besar. Ini tsabit dari hadis riwayat Fatimah juga. Cuma kita dilunakkan dengan hadis yang mengatakan jiwa orang mukmin akan ditarik keluar dengan baik oleh Malaikat.

إِنَّ الْعَبْدَ الْمُؤْمِنَ إِذَا كَانَ فِي انْقِطَاعٍ مِنْ الدُّنْيَا وَإِقْبَالٍ مِنْ الْآخِرَةِ نَزَلَ إِلَيْهِ مَلَائِكَةٌ مِنْ السَّمَاءِ بِيضُ الْوُجُوهِ كَأَنَّ وُجُوهَهُمْ الشَّمْسُ مَعَهُمْ كَفَنٌ مِنْ أَكْفَانِ الْجَنَّةِ وَحَنُوطٌ مِنْ حَنُوطِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسُوا مِنْهُ مَدَّ الْبَصَرِ ثُمَّ يَجِيءُ مَلَكُ الْمَوْتِ عَلَيْهِ السَّلَام حَتَّى يَجْلِسَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَيَقُولُ أَيَّتُهَا النَّفْسُ الطَّيِّبَةُ اخْرُجِي إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ قَالَ فَتَخْرُجُ تَسِيلُ كَمَا تَسِيلُ الْقَطْرَةُ مِنْ فِي السِّقَاءِ فَيَأْخُذُهَا فَإِذَا أَخَذَهَا لَمْ يَدَعُوهَا فِي يَدِهِ طَرْفَةَ عَيْنٍ حَتَّى يَأْخُذُوهَا فَيَجْعَلُوهَا فِي ذَلِكَ الْكَفَنِ وَفِي ذَلِكَ الْحَنُوطِ وَيَخْرُجُ مِنْهَا كَأَطْيَبِ نَفْحَةِ مِسْكٍ وُجِدَتْ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ

“Seorang hamba mukmin, jika telah berpisah dengan dunia, menyongsong akhirat, maka malaikat akan mendatanginya dari langit, dengan wajah yang putih. Rona muka mereka layaknya sinar matahari. Mereka membawa kafan dari syurga, serta hanuth (wewangian) dari syurga. Mereka duduk di sampingnya sejauh mata memandang.
Berikutnya, malaikat maut hadir dan duduk di dekat kepalanya sembari berkata: “Wahai jiwa yang baik –dalam riwayat- jiwa yang tenang keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaannya”. Ruhnya keluar bagaikan aliran cucuran air dari mulut kantong kulit. Setelah keluar ruhnya, maka setiap malaikat maut mengambilnya. Jika telah diambil, para malaikat lainnya tidak membiarkannya di tangannya (malaikat maut) sejenak saja, untuk mereka ambil dan diletakkan di kafan dan hanuth tadi. Dari jenazah, semerbak aroma misk terwangi yang ada di bumi..”

[al hadits]Riwayat Ahmad.

Jikalau mati syahid, kuranglah sakit sakarat itu kerana syahid maksudnya melihat. Mereka akan lihat tempat mereka yang baik. Oleh itu, kuranglah sakit. Macam kita sakit kena gigit semut, tapi tiba-tiba datang singa tentu tidak teringat sakit kena gigit semut itu.

Kalau sedang sakit sakarat, kemudian malaikat turun dan Allah SWT tunjukkan keindahan yang akan kita dapat, maka lupalah sakit itu. Semoga kita mendapat kelebihan ini.

Komen dan Soalan