Utama Blog Halaman 121

Syarat untuk dapatkan lailatul qadr mesti i’tikaf di masjid?

0

Soalan:

Adakah syarat untuk dapatkan lailatul qadr kena i’tikaf di masjid?. Bagaimana kepada mereka yang menghidupkan malam tersebut di rumah?

Jawapan:

Ada dua isu sunnah yang dilupakan:

  1. I’tikaf 10 malam terakhir di masjid.
  2. Mendapatkan malam al-Qadr.

Cara sunnah: mendapatkan malam al-Qadr dengan beri’tikaf di masjid.

Jika kita mencari malam al-qadr di rumah, hukumnya boleh, sebab kita cuma dapat satu sunnah sahaja. Jika beri’tikaf dan lailatul qadr di masjid, maka telah mengikut cara sunnah, sama ada keduanya dapat pahala 1000 bulan, di masjid atau di rumah, itu adalah rahsia Allah SWT, asalkan ikhlas mencari malam tersebut, tetapi Nabi SAW memang mencari malam al-Qadr di masjid dengan cara i’tikaf.

Beri’tikaf di surau pun boleh, cuma keutamaannya adalah:

  1. Tiga masjid haram (Mekah, Madinah, Quds), Umrah 10 terakhir Ramadhan
  2. Masjid Jami’ (masjid induk)
  3. Masjid solat Jumaat
  4. Surau
  5. Rumah sendiri.

Matan hadis:

فَقَالَ حُذَيْفَةُ : لاَ اعْتِكَافَ إِلاَّ فِي هذِهِ الْمَسَاجِدِ الثَّلاَثَةِ

Sahih Al-Albani, Syaikh Muqbil.

Yang betul adalah sahih mauquf, yakni sejenis hadith dhaif.
Fatwa Ibn Othaimin, KSA, Qadhi Unaizah, cara untuk kompromi antara sahih dan dhaif hadith Hudzaifah ialah i’tikaf paling sempurna, terbaik, ialah di tiga masjid tanah haram, Masjidil Haram, haram Nabawi dan Haram al Quds. Manakala i’tikaf kedua ialah masjid jami’ atau mesjid yang besar/mesjid induk dan i’tikaf ketiga terbaik ialah masjid biasa.

Qiyam Ramadhan: I’tikaf di mana-mana masjid dan tiada batasan minimum

0

Qiyam Ramadhan: I’tikaf di mana-mana masjid.

كان النبيُّ صلى الله عليه وسلم يعتكفُ في كلِّ رمضانَ عشْرَةَ أيامٍ، فلما كان العامُ الذي قُبِضَ فيه اعتكفَ عشرين يومًا.

الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري

الصفحة أو الرقم: 2044 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Nabi ﷺ beri`tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Pada tahun wafatnya, baginda beri`tikaf selama dua puluh hari. – Shahih Al-Bukhari, no. 2044.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

  1. Al-Bukhari membuat satu tarjamah bab:

بَاب الاعْتِكَافِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ وَالاعْتِكَافِ فِي الْمَسَاجِدِ كُلِّهَا لِقَوْلِهِ تَعَالَى: وَلا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلا تَقْرَبُوهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Bab: I`tikaf pada 10 hari terakhir, dan i`tikaf di semua masjid, berdasarkan firman Allah SWT: “Janganlah kalian menggauli mereka ketika kalian beri`tikaf di masjid-masjid. Itulah batasan-batasan Allah, jangan kalian hampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertaqwa.

2. Menurut Ibn Hajar, Al-Bukhari berhujah dengan ayat tersebut [ Al-Baqarah: 187 ] untuk mengatakan seseorang boleh beri`tikaf di mana-mana masjid, kerana ayat tersebut tidak mengkhususkan masjid tertentu.

3. Ini sekali gus menolak pendapat yang mengatakan i`tikaf hanya boleh dilakukan di 3 buah masjid; Masjid Al-Haram, Masjid An-Nabawi, dan Masjid Al-Aqsa.

4. Sebahagian `ulama’ meletakkan syarat masjid tersebut hendaklah masjid yang didirikan solat Jumaat di dalamnya, supaya orang yang beri`tikaf tidak perlu keluar dari masjid untuk solat Jumaat.

Qiyam Ramadhan: I`tikaf tiada batasan minimum.

أنَّ عمرَ سألَ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ قالَ : كنتُ نَذَرْتُ في الجاهليَّةِ أنْ أعْتَكِفَ ليلةً في المسجدِ الحرامِ ؟ . قالَ : ( فَأَوفِ بِنَذْرِكَ ) .

الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري

الصفحة أو الرقم: 2032 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]`

Umar bertanya kepada Nabi ﷺ: “Sewaktu jahiliyyah, aku pernah bernazar untuk beri`tikaf selama satu malam di Masjid Al-Haram.” Kata baginda: “Tunaikan nazarmu.” – Shahih Al-Bukhari, no. 2032.

Penjelasan:

1. Hadis ini menunjukkan bahawa:

(a) Dibolehkan untuk beri`tikaf pada malam hari sahaja. Misalnya seseorang yang beri`tikaf bermula selepas terawih sehingga ke waktu sahur (kerana dia bekerja pada siang hari).

(b) Nazar untuk perkara ketaatan hendaklah ditunaikan.

 

Tafsir Surah Az-Zukruf – Tafsir Ayat Ke-35 hingga Ke-37

0

Tafsir Surah Az-Zukhruf

Tafsir Ayat ke-35

‎وَزُخرُفًا ۚ وَإِن كُلُّ ذٰلِكَ لَمّا مَتاعُ الحَياةِ الدُّنيا ۚ وَالآخِرَةُ عِندَ رَبِّكَ لِلمُتَّقينَ

Serta berbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.

وَزُخْرُفًا

Serta berbagai barang perhiasan (keemasan).

Ia mungkin bermaksud emas ataupun perhiasan iaitu perhiasan yang bergemerlapan dan keemasan. Ada jumlah muqaddar di dalam ayat ini kerana ianya ditulis pendek sahaja. Jadi ayat yang penuh adalah: Kami boleh berikan mereka emas melimpah.

Allah SWT boleh sahaja lakukan semua yang telah disebut tadi. Adakah Allah SWT hendak buat segala bumbung, tangga, atau kerusi panjang mereka itu dengan perak atau emas? Tidak. Ini kerana Allah SWT tidak mahu manusia sangka, kalau jadi kafir akan senang hidup mereka.

‎وَإِن كُلُّ ذَٰلِكَ لَمَّا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia;

Allah SWT beri kemewahan kepada manusia yang ingkar itu kerana ia tidak bernilai. Dalam hadis ada disebut yang maksudnya: kalaulah dunia ini bernilai sebelah sayap nyamuk sahaja, tentulah Allah SWT tidak beri walau seteguk air kepada orang yang kafir.

Maknanya, dunia ini dan segalanya tidak bernilai langsung. Sama nilai dengan sebelah sayap nyamuk, bahkan juga tidak sampai. Kalau ia bernilai, Allah SWT tidak beri minum kepada orang yang ingkar dengan-Nya.

Memang mereka boleh menikmati kesenangan dan kemewahan semasa di dunia. Namun, ia hanya di dunia sahaja dan ia tidak kekal. Sama ada kita mati dahulu, atau barang-barang yang dibanggakan itu akan rosak dahulu. Segala kemewahan itu tidak boleh dibawa ke akhirat.

‎وَالْآخِرَةُ عِندَ رَبِّكَ لِلْمُتَّقِينَ

dan (sebaliknya) akhirat di sisi Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.

Kalau dunia tidak bernilai, apakah yang bernilai? Itulah Taqwa. Itulah yang menjadi bekal yang berkekalan untuk kita. Itulah yang kita patut kejar.

Musyrikin Mekah mempersoalkan kenapa wahyu tidak diberikan kepada mereka yang kaya? Allah jawab bahawa kekayaan itu tidak bernilai langsung. Manusia sahaja yang memandang kelebihan kepada kekayaan, tetapi Allah SWT tidak memandang begitu.

Perkara yang Allah SWT pandang, adalah tahap ketaqwaan seseorang itu. Kekayaan dunia tidak bermakna apa-apa kecuali kalau digunakan untuk menegakkan agama Allah SWT.

Tafsir Ayat ke-36

Ini adalah Zajrun kepada mereka yang masih berdegil tidak mahu menerima hujah yang ada dalam al-Quran. Juga mengandungi takhwif ukhrawi. Ayat yang kita semua patut ingat dan hafal belaka sebab sangat penting.

وَمَن يَعشُ عَن ذِكرِ الرَّحمٰنِ نُقَيِّض لَهُ شَيطانًا فَهُوَ لَهُ قَرينٌ

 

Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ

Dan sesiapa yang tidak peduli pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT) Yang Maha Pemurah,

Kalimah يَعْشُ dari kata dasar عَشوٌ yang bermaksud ‘berniat untuk pergi ke sesuatu tempat pada malam hari’. Kalau kita berkelana di malam hari, tentulah susah untuk kita melihat, bukan? Pandangan kita akan kabur atau tidak jelas pada malam hari.

Oleh itu, perkataan يَعْشُ bermaksud ‘disamarkan’, ‘digelapkan’ pandangan. Tidak melihat dengan jelas. Apabila يَعْشُ ditambah dengan kata عَن, ia bermaksud ‘tidak peduli’. Buat tidak kisah kepada sesuatu.

Satu lagi makna, baca al-Quran tetapi tidak faham apa yang dibaca. Jangan tahu lafaz dan mengeja sahaja. Ada ramai yang baca al-Quran tetapi mereka tidak mahu hendak faham apa yang mereka baca. Sedangkan Nabi SAW mengajar dua-dua sekali – baca dan faham makna kerana dengan baca sahaja tidak boleh kenal Allah SWT.

Maksud utama ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ adalah al-Quran. Oleh itu, seorang guru al-Quran kena ajar makna al-Quran itu sekali, bukan mengajar anak murid pandai membaca sahaja. Maksud ayat ini adalah tentang mereka yang tidak peduli apa yang Allah SWT sampaikan dalam al-Quran.

Untuk peduli dan faham apa yang disampaikan dalam al-Quran, kena belajar Tafsir al-Quran kerana kalau tidak belajar Tafsir al-Quran, kita tidak akan faham apa yang dimaksudkan dalam al-Quran. Jika membaca sendiri terjemah juga tidak faham. Seseorang yang tidak belajar Tafsir al-Quran, dia tidak akan nampak apakah kehendak Allah SWT kepada kita.

Dia akan menjadi seperti seorang yang ‘buta’. Seseorang yang buta tidak akan nampak apa-apa pun walaupun benda itu berada di hadapannya. Seseorang yang tidak belajar Tafsir al-Quran tidak akan faham apa yang hendak disampaikan oleh al-Quran itu walaupun al-Quran itu berada di hadapannya dan walaupun dia selalu membacanya.

Berapa ramai yang membaca al-Quran tetapi tidak tahu langsung apa yang dibacanya. Memang sedap dia baca, lengkap dengan tajwid dan mendayu-dayu, tetapi langsung tidak faham apa yang dibacanya. Apabila tidak faham, dia akan langgar segala perkara yang dia baca itu, kerana dia tidak tahu apakah yang dia baca.

Kalimat ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ juga boleh bermaksud ‘ingat (zikir) kepada Allah SWT. Bila kita ingat kepada Allah SWT, maka syaitan akan melarikan diri. Apabila manusia lupa kepada Allah SWT, syaitan akan datang semula kepada manusia itu. Contoh macam kalau azan dikumandangkan, syaitan akan lari dan kemudian akan datang balik. Ini adalah maksud kedua.

Apakah kesan kepada mereka yang tidak belajar Tafsir al-Quran?

نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا

Kami akan adakan baginya Syaitan

Kalimah ‎نُقَيِّضْ dari kata dasar قيض yang bermaksud selaput telur di bawah kulit telur. Selaput itu melekat dan menyeliputi telur itu. Jadi نُقَيِّضْ bermaksud diseliputi, dikawal oleh sesuatu hingga menyebabkan orang yang dikawal itu tidak dapat melarikan diri dan melepaskan diri.

Maksud ayat ini, kalau tidak belajar tafsir al-Quran, Allah SWT akan ‘hadiahkan’ kepada mereka yang tidak mahu belajar itu, syaitan. Syaitan itu akan yang menghasut dan menyesatkannya. Syaitan itu akan ‘melekat’ kepada orang itu dan dia tidak dapat melepaskan diri lagi sebab ke mana sahaja dia pergi, syaitan itu akan ikut dia.

فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

lalu menjadilah Syaitan itu teman rapatnya

Syaitan itu akan menjadi teman yang tidak renggang daripadanya, macam selaput telur melekat dengan telur itu. Mereka tidak berenggang kerana sudah ada talian antara mereka. Maksudnya tidak dilepaskan oleh syaitan. Kalau syaitan biasa, mereka datang dan pergi tetapi syaitan jenis qarin ini akan terus bersama dengan orang itu sampai ke neraka.

Teman ini bukanlah teman yang baik kerana syaitan adalah musuh kita dan dia mahu melihat kita sesat. Syaitan Qarin itu akan bertindak macam bos kepada manusia itu, di mana manusia itu akan dikawal dan diperintah oleh syaitan itu.

Waktu itu mereka sudahlah jauh daripada al-Quran. Mereka yang jauh dari al-Quran adalah ibarat seorang yang buta. Bayangkan, sudahlah buta, dipandu pula musuh yang hendak melihat kita sesat! Tentu dia akan bawa kita masuk longkang, masuk gaung!

Apakah yang dilakukan oleh qarin itu? Ia ada disebut dalam [ Fussilat: 25 ].

‎۞ وَقَيَّضنا لَهُم قُرَناءَ فَزَيَّنوا لَهُم ما بَينَ أَيديهِم وَما خَلفَهُم وَحَقَّ عَلَيهِمُ القَولُ في أُمَمٍ قَد خَلَت مِن قَبلِهِم مِنَ الجِنِّ وَالإِنسِ ۖ إِنَّهُم كانوا خاسِرينَ

Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya).

Maksudnya, syaitan-syaitan itu akan mencantikkan perkara yang salah. Amalan syirik mereka nampak macam baik. Mereka buat tawassul yang salah, tetapi syaitan itu membisikkan bahawa mereka buat amalan yang benar; amalan bidaah yang mereka amalkan, dinampakkan cantik, macam amalan dalam agama pula.

Oleh kerana sangka amalan salah mereka sebagai baik lah, yang menyebabkan ramai dari kalangan kita suka buat perkara bidaah. Contohnya, mereka yang berqasidah di stadium, di padang-padang itu rasa mereka melakukan sesuatu yang indah dan cantik dan baik dalam agama. Padahal tidak! Mereka cuma nampak baik sahaja kerana syaitan telah mengelabui mata mereka.

Tafsir Ayat ke-37

Dalam ayat sebelum ini telah diberitahu yang jikalau seseorang itu tidak belajar tafsir al-Quran, mereka akan diberikan dengan syaitan sebagai qarin (yang duduk melekat dengan mereka). Maka apakah yang akan dilakukan oleh qarin-qarin itu? Mustahil hanya duduk menenggek sahaja, bukan?

وَإِنَّهُم لَيَصُدّونَهُم عَنِ السَّبيلِ وَيَحسَبونَ أَنَّهُم مُّهتَدونَ

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu akan menghalangi mereka dari jalan yang benar,

Qarin-qarin itu akan menghalang orang itu dari jalan Allah SWT. Kalau ada peluang hendak menjadi baik, syaitan akan halang dan pesongkan orang itu ke jalan yang lain.

Sebagai contoh, baru hendak pergi ke kelas pengajian sahaja, syaitan akan pesongkan bawa dia ke tempat yang lain. Syaitan akan halang dia dari belajar, kerana kalau orang itu belajar, dia akan dapat bezakan mana amalan salah dan mana amalan yang benar.

Bila syaitan-syaitan itu sudah berjaya sahaja menangkap kita, mereka tidak akan melepaskan kita menuju ke jalan yang benar. Ada sahaja hal sampai langsung tidak pergi ke kelas Tafsir al-Qur’an. Semua benda lain nampak baik, nampak lebih menarik dari belajar Tafsir al-Qur’an.

Satu lagi senjata yang digunakan oleh syaitan adalah taswif – tangguh-tangguhkan sampai akhirnya tidak buat langsung. Orang yang kena penyakit taswif ini, mereka bukan tolak al-Quran tetapi mereka tangguh untuk belajar dan faham. Ada sahaja hal dengan keluarga, dengan kerja, dengan rumah, dengan permainan, dan macam-macam lagi.

Semua itu menghalang mereka untuk datang belajar. Mereka akan disibukkan dengan hal-hal keduniaan. Inilah bahayanya kalau tidak menghiraukan pembelajaran Tafsir Qur’an. Tidak teringat langsung hendak belajar.

Kalau ada yang ajak belajar sekali, ada sahaja alasan yang diberikan dan memang kalau di negara kita ini, tidak banyak pembelajaran Tafsir dijalankan. Kalau ada pun, amatlah sedikit. Maka, pembelajaran tafsir adalah pelik kepada mereka. Mereka akan hairan kalau ada orang belajar Tafsir al-Qur’an.

Maka, apakah yang terjadi di kalangan masyarakat kita kesan dari itu? Mereka banyak yang mengamalkan syirik dan bidaah. Mereka banyak yang tidak tahu hal agama. Banyak yang buat amalan yang salah dan ada fahaman yang salah tentang Allah SWT dan tentang agama.

Pada mulanya mereka hanya diberikan dengan seekor syaitan sahaja tetapi lama kelamaan, syaitan itu akan membiak dan mereka menjadi semakin ramai. Ini kerana apabila tidak belajar Tafsir al-Qur’an, banyak perkara salah yang mereka lakukan. Setiap kali perkara salah dilakukan, seekor syaitan akan ditambah lagi. Maka bertambah banyaklah syaitan-syaitan itu. Mereka sangka mereka mengumpul pahala, tetapi sebenarnya mereka mengumpul syaitan!

وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ

sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Keadaan yang lagi parah, mereka sangka mereka orang yang beriman, sudah bagus dalam agama. Kalau kita tanya kepada orang-orang yang tidak belajar Tafsir Quran dan mereka telah belajar agama selain daripada al-Quran dan Sunnah, mereka akan rasa bahawa mereka telah terpimpin dan telah mendapat hidayah.

Mereka sangka kerana telah lama belajar dengan guru itu dan ini, pondok itu dan ini, pesantren itu dan ini dan macam-macam lagi, maka mereka sudah sangka mereka telah beriman, pandai dalam agama, jadi mereka rasa mereka orang yang terpimpin dan berada dalam jalan yang benar.

Mereka tidak tinggal solat, mereka puasa dan sebagainya. Itu tidak dinafikan tetapi, oleh kerana mereka sangka mereka benar, maka mereka tidak cari jalan untuk memperbetulkan diri mereka. Sebab itulah mereka yang amalkan bidaah itu lagi teruk dari mereka yang buat maksiat.

Bagaimana pula? (Ramai yang marah dengan kenyataan ini). Ini adalah kerana, mereka yang buat maksiat itu tahu yang mereka sedang buat perkara yang salah. Maka mereka masih ada lagi menyimpan harapan untuk bertaubat apabila sudah penat buat maksiat nanti, atau apabila hidayah sampai kepada mereka.

Akan tetapi yang mengamalkan bidaah dan sangka mereka telah buat amalan baik dalam agama, mereka tidak nampak kesalahan mereka. Mereka tidak akan minta ampun atas kesalahan mereka kerana pada mereka, buat apa mereka hendak bertaubat, sedangkan mereka sedang buat amalan agama! Itulah sangkaan mereka yang salah. Maka mereka berterusan melakukan dosa amalan bidaah.

Mereka hanya sedar apabila sudah sampai di akhirat nanti. Lihatlah kesan bahayanya kalau tidak belajar tafsir al-Quran dan Sunnah. Itu bermakna kita telah meninggalkan satu fardu yang Allah SWT telah tetapkan kepada kita. Allah SWT telah suruh kita belajar apa yang disampaikan dalam al-Qur’an dalam firman-Nya dalam [ Qasas: 85 ]:

إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ قُل رَّبِّي أَعْلَمُ مَن جَاءَ بِالْهُدَىٰ وَمَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Katakanlah (kepada kaum yang menentangmu): “Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayah petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata “.

Ayat ini bermaksud Allah SWT memfardukan kepada kita untuk mempelajari Tafsir al-Quran kerana kefarduan yang dimaksudkan dalam ayat ini bukanlah hanya membaca sahaja, tetapi membaca dengan faham. Kemudian amalkan dan sebarkan.

Allahu a’lam.

GEMUK

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:

Gemuk

Dari Imran bin Hushain Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

خَيْرُكُمْ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ، إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَخُونُونَ وَلاَ يُؤْتَمَنُونَ، وَيَشْهَدُونَ وَلاَ يُسْتَشْهَدُونَ، وَيَنْذِرُونَ وَلاَ يَفُونَ، وَيَظْهَرُ فِيهِمُ السِّمَنُ

Generasi terbaik adalah generasi di zamanku, kemudian masa setelahnya, kemudian generasi setelahnya. Sesungguhnya pada masa yang akan datang ada kaum yang suka berkhianat dan tidak bisa dipercaya, mereka bersaksi sebelum diminta kesaksiaannya, bernazar tapi tidak melaksanakannya, dan nampak pada mereka kegemukan”. (HR. Bukhari 2651 dan Muslim 6638) Dalam riwayat lain, dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

خَيْرُ أُمَّتِى الْقَرْنُ الَّذِينَ بُعِثْتُ فِيهِمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ… ثُمَّ يَخْلُفُ قَوْمٌ يُحِبُّونَ السَّمَانَةَ، يَشْهَدُونَ قَبْلَ أَنْ يُسْتَشْهَدُوا

Sebaik-baik umatku adalah masyarakat yang aku di utus di tengah mereka (para sahabat), kemudian generasi setelahnya. Kemudian datang kaum yang suka menggemukkan badan, mereka bersaksi sebelum diminta bersaksi.(HR. Muslim 6636 dan Ahmad 7322) Kata Imam al-Qurtubi, ini adalah celaan kepada orang gemuk.

Kesalahan Di dalam Solat / 18

0
BAB SATU
Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.
الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة
1.4(Bahagian 3)
Isbal
فالحديث يدلّ على تحريم إرخاء الإزار في الصّلاة ، إذا كان بقصد الخيلاء ، وإلى ذلك ذهبت الشافعية والحنابلة ، ويدل على الكراهة ، إذا كان بغير قصد الخيلاء، عند الشافعّية
Hadith-hadith isbal menunjukkan haram hukum melabuhkan kain dalam solat dengan niat sombong. Ini pendapat mazhab Syafi’iy dan mazhab Hanabilah. Jika tanpa berniat sombong maka hukumnya makruh.
Ibnu Qayyim rhm menukilkan,
قال ابن قيم شارحاً الحديث الأوّل : ((ووجه هذا الحديث – والله أعلم -: أن إسبال الإزار معصية
Kesimpulan dari hadith isbal, bahawa isbal adalah maksiat (tahzib sunan Abu Daud)
Rumusan:
1. Hadith keharaman isbal di dalam solat adalah tidak sahih di sisi mutaqaddimin.
2. Hukumnya makruh jika tidak dengan rasa sombong.
3. Isbal ini merujuk kepada pakaian orang arab. Jubah orang yang kaya selalunya mengheret bumi, manakala jubah orang yang miskin adalah pada paras betis.
Maka isbal adalah melambangkan status kekayaan dan kebangsawanan.

 

Bahagian 4/akhir
Isbal
Fatwa Syaikh Ben Baz rhm
* فتوى في إمامة المبتدع والمسبل إزاره ، للشيخ عبد العزيز بن باز :
سئل حفظه تعالى : هل تصح الصّلاة وراء المبتدع والمسبل إزاره ؟ فأجاب ، بما نصه :
(( نعم ، تصح الصّلاة خلف المبتدع ، وخلف المسبل إزاره وغيره من العصاة ، في أصح قولي العلماء ، ما لم تكن البدعة مكفّرة لصاحبها ، فإن كانت مكفّرةً له ، كالجهمي ونحوه ، ممن بدعتهم تخرجهم عن دائرة الإسلام ، فلا تصح الصلاة خلفهم (نقلاً عن مجلة ((الدعوة)) رقم (920) و ((الفتاوى)) له (ص 219) .)
Terjemahan:
Fatwa Ben Baz akan ahli bid’ah dan musbil menjadi imam solat jamaah
“solat di belakang ahlil bid’ah atau ahli musbil (yang melabuhkan jubahnya di bawah buku lali) atau ahli maksiat adalah sah, asalkan bid’ah itu tidak mengeluarkan dia dari Islam seperti orang jahmiyah.” Rujukan Majalah ad Adakwah, Arab Saudu no 920 dan al fatawa Ibnu Baz muka surat 219

Kesalahan Di dalam Solat / 17

0

BAB SATU

Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.

الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة
1.4(Bahagian 1)
Isbal
Hadith Ibnu khuzaimah
وعن عبدالله بن عمرو ـ رضي الله عنهما ـ أن رسول الله  قال : (( لا ينظر الله إلى صلاة رجل ، يجرّ إزاره بطراً ) أخرجه : ابن خزيمة : الصحيح : (1/382) وبوّب عليه : ((باب التّغليظ في إسبال الإِزار في الصّلاة )) وقال : ((قد اختلفوا في هذا الإسناد . قال بعضهم : عن عبد الله بن عمر ، خرجت هذا الباب في كتاب اللباس))
Terjemahan:
Dari Abdullah bin Amru ra, bahawa rasuluLlah saw bersabda, “Allah tidak memandang akan solat lelaki yang menghulurkan kainnya dengan sombong”
(HR Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya, 1:382, Komen beliau, diperselisihkan akan sanad (akhirnya) samada Abdullah bin Umar atau Abdullah bin Amru.)
Tahqiq hadith:
Jika ianya sahih, maka illatnya ialah kerana sombong. Ini kerana kebiasaan orang kaya arab, memiliki jubah yang labuh sedangkan orang miskin hanya memiliki satu atau dua helai jubah sahaja. Maka disebabkan kesombongan sebahagian orang arab sedangkan sebahagian yang lain tidak cukup pakaian, maka isbal adalah simbol kesombongan.

 

Bahagian 2
Hadith Ibnu Mas’ud ra
وعن ابن مسعود – رضي الله عنه – قال : سمعتُ رسول الله يقول : ((مَنْ أسبل إزاره في صلاته خُيلاء ، فليس من الله في حِلٍّ ولا حرام ) أخرجه : أبو داود : كتاب الصّلاة : باب الإِسبال في الصّلاة : (1/172) رقم (637) . وهو في ((صحيح الجامع الصغير)) رقم (6012)
Terjemahan:
Dari Ibnu Mas’ud ra sabda nabi saw “barangsiapa melabuhkan kainnya dalam solat kerana sombong, maka Allah tidak lagi mempedulikannya”
(HR abu Daud, no 637 dan disahihkan oleh Syaikh al -Albani rhm)
Tahqiq hadith:
من أسبل إزاره في صلاته خيلاء فليس من الله في حل ولا حرام
الراوي: عبدالله بن مسعود – خلاصة الدرجة: رواه جماعة عن عاصم موقوفا – المحدث: أبو داود – المصدر: سنن أبي داود – الصفحة أو الرقم: 637
وفيه حديث آخرعن ابي داوود نفسه برقم637 – عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏”‏ مَنْ أَسْبَلَ إِزَارَهُ فِي صَلاَتِهِ خُيَلاَءَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي حِلٍّ وَلاَ حَرَامٍ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو دَاوُدَ رَوَى هَذَا جَمَاعَةٌ عَنْ عَاصِمٍ مَوْقُوفًا عَلَى ابْنِ مَسْعُودٍ مِنْهُمْ حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ وَحَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ وَأَبُو الأَحْوَصِ وَأَبُو مُعَاوِيَةَ ‏.‏
قال الشيخ عبدالعزيز الطريفي حفظه الله : الصواب وقف
Abu Daud sendiri mendhaifkan.Syaikh Abd Aziz al Torifi berkata ia hadith mauquf atau dhaif, mauquf kepada Ibnu Mas’ud.
Rujukan Multaqa ahlel hadith.
والحديث هذا وإن صححه النووي في المجموع (4/457) وفي (رياض الصالحين)، إلا أن سنده ضعيف فيه أبو جعفر مجهول
Hadith disahihkan oleh Imam an Nawawi rhm di dalam al Majmu’ dan Riadhus Solihin, akan tetapi ia dhaif kerana perawi Abu Jaafar.

TABIAT BABI

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:

Tabiat babi

Imam Ibnul Qoyyim Al Jauziyyah Rahimahullah berkata :

ومن الناس من طبعه طبع خنزير يمر با لطيبات فلا يلوى عليها فاذا قام الانسان عن رجيعه قمه وهكذا كثير من الناس يسمع منك ويرى من المحاسن اضعااف اضعاف الساوى ء فلا يحفظها ولا تناسبه فائذا راى سقطه او كلمة عوراء وجد بغيته وما يناسبها فا كهته ونقله

Dan diantara manusia ada yang tabiatnya tabiat babi. Dia melalui rezeki yang baik baik tapi tidak mau mendekatinya. Justeru jika ada orang bangkit dari kotorannya (selesai buang hajat), didatanginya kotoran tadi dan dimakannya hingga habis. Demikianlah kebanyakan orang. Mereka mendengar dan melihat darimu sebahagian dari kebaikanmu yang berlipat lipat daripada keburukanmu, tapi dia tidak menghafalnya, tidak menukilnya dan tidak mencontohinya. Tapi jika melihat ketergelinciran atau ucapan yang cacat, dapatlah dia apa yang dicarinya dan mencontohinya, lalu dijadikannya sebagai buah santapan dan penukilan.”

(Madarijus Salikin 1/hal 403)

Oleh : Pusat Buku Sunnah

Qadha Puasa SiMati

0

🔴 Apakah dibolehkan ahli keluarga menqadhakan puasa simati?

Contoh:

Seorang isteri menqadha puasa suaminya.

Ya, isteri boleh menqadhakan puasa suaminya.

Menurut pendapat mazhab Syafi’iy, puasa yang ditinggalkan oleh simati wajib diqadha.

Walau bagaimanapun, perlu diselidiki terlebih dahulu, apakah alasan yang menyebabkan simati tidak berpuasa. Sekiranya ia disebabkan oleh sakit yang tiada harapan untuk sembuh, maka puasa yang ditinggalkan itu tidak perlu diqadha.

Ulasan:

Perkara yang paling mudah untuk mengambil hukum di dalam hal ini ialah dengan menggunakan fiqh sunnah;

1) Semua jenis puasa si mati yang wajib, seperti puasa Ramadhan dan juga puasa nazar, maka wajib bagi ahli waris mengqadha puasanya. Ini adalah mengikut sudut pandangan mazhab Syafi’iy.

2) Hanya puasa nazar yang wajib diqadha oleh waris. Manakala bagi puasa ramadhan, waris hanya wajib membayar fidyah sahaja. Ini adalah fatwa dari mazhab Hanbali atau Arab Saudi.

Dalil hadith:

Fatwa Ibnu Abbas r.a.

Dari Said bin Jubair (iaitu murid Ibnu Abbas), bahawa gurunya pernah mengatakan;

إِذا مرض الرجل في رمضان، ثمّ مات ولم يصم؛ أطعم عنه ولم يكن عليه قضاء، وإن كان عليه نَذْر قضى عنه وليُّه

Terjemahan:

Apabila ada orang sakit ketika ramadhan (kemudian dia tidak puasa), sampai dia mati, belum melunasi hutang puasanya, maka dia membayar fidyah dengan memberi makan orang miskin dan tidak perlu diqadha. Namun jika si mayat memiliki hutang puasa nazar, maka walinya harus mengqadhanya.

(HR. Abu Daud 2401 dan di sahihkan Syaikh Al-Albani rhm).

 

SOALJAWAB MENGENAI KESALAHAN DALAM SOLAT / 3

0

SOALAN

Bagaimana cara yang betul untuk membersihkan dan menyucikan pesakit wanita sebelum pesakit menunaikan solat?

JAWAPAN

Fiqh taharah untuk orang yang sakit untuk bersolat sama juga dengan orang yang sihat.

1- Pastikan pesakit dalam keadaan bersih dari najis.

2. Pakaian yang bersih dan menutup aurat dengan sempurna.

3. Dalam keadaan berwudhuk.

 

 

SOALAN

Macam mana cara solat bagi pesakit yang tidak boleh duduk lama kerana baru sahaja menjalani pembedahan tulang belakang?

JAWAPAN

Pesakit boleh solat di atas kerusi atau katil. Jika masih berada di hospital, boleh solat di atas katil samada solat sambil berbaring atau katil hospital yang di ubah sendiri.

 

 

SOALAN

Adakah pesakit perlu mengqadha solat yang tertinggal sewaktu beliau terlantar di hospital?

JAWAPAN

Sebetulnya wajib solat di dalam keadaan apa jua, hatta solat dengan berbaring. Jika tidak dilakukan solat dalam ketetapan waktu, menurut pendapat 4 mazhab solat perlu di qadha.

Manakala Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rhm berpendapat tidak boleh di qadha solat melainkan bertaubat nasuha.

 

 

SOALAN

Mohon pandangan berkaitan kata-kata al Hasan Basri ini.

Berkata al Hasan Basri rhm.

“Orang mukmin itu ialah orang yang paling baik amalannya dan yang paling dahsyat ketakutannya kepada Allah.”

“Kalaulah dia(orang mukmin yang demikian itu) membelanjakan emas sepenuh bumi ini di jalan Allah SWT , masih lagi dia tidak akan berasa selamat sehinggalah dia melihat dengan mata kepala sendiri keselamatan itu(syurga dan janji-janji Allah SWT yang lain) dan sentiasa dia akan berkata, ‘aku tidak akan selamat aku tidak akan selamat”

Faedah:

Daripada petikan kata-kata Hasan Basri ini, boleh disimpulkan bahawa orang yang sebenar-benarnya mukmin ialah orang yang banyak membuat kebaikan tetapi masih lagi merasakan diri tidak layak untuk syurga Allah SWT. Ini lah sifat orang mukmin yang sebenarnya.

JAWAPAN

Athar tersebut sahih. Boleh rujuk di dalam kitab Imam Ibnu Jauzi rhm berjudul Adaab al Hasan al Basri Wa Zuhudih Wa Mauidzhah
(آداب الحسن البصري وزهده ومواعظه، ابن الجوزي)

Juga di dalam kitab Sifatu Safwah.

Atsar ini tidak sama statusnya dengan hadith Nabawi al Syarif. Apa yang dikatakan oleh al Hasan Basri yang wafat pada 101 H adalah menterjemah ayat Al-Qur’an.

Firman Allah SWT,

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آَيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

“Orang-orang yang beriman itu adalah orang-orang yang apabila disebutkan nama Allah maka bergetarlah hati mereka. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya maka bertambahlah keimanan mereka. Dan mereka hanya bertawakal kepada Rabb mereka”
(Al-Anfal: 2)

Dalil hadith:

لَا يُدْخِلُ أَحَدًا مِنْكُمْ عَمَلُهُ الْجَنَّةَ، وَلَا يُجِيرُهُ مِنَ النَّارِ، وَلَا أَنَا إِلَّا بِرَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ

“Tidak ada amalan seorangpun yang dapat memasukkannya ke dalam syurga, dan menyelamatkannya dari neraka. Tidak juga denganku, kecuali dengan rahmat dari Allah”
(HR. Muslim no. 2817)

Khabar gembira bahawa kita dimasukkan ke syurga juga disebabkan amal kita.

Firman Allah SWT,

وَتِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

“Itulah surga yang dikaruniakan untuk kalian, disebabkan amal soleh kalian dahulu di dunia”
(Az-Zukhruf :72)

Maka, bersangka baiklah dengan Allah SWT. Walaupun hati anda merasa bimbang, amalan baik anda juga sememangnya menjadi asbab untuk dimasukkan ke syurga.

Dalam urusan agama, ada berita menakutkan.

Apa jua yang dikhabarkan oleh al Hasan Basri, ianya khabar yang menakutkan iaitu amalan tidak membawa ke syurga akan tetapi ada juga berita gembira, hakikatnya amalan soleh anda sememangnya akan membawa anda ke syurga. Ia berdasarkan hukum, sebab dan akibat iaitu ada amal pasti ada balasannya.

 

 

SOALAN

Berkaitan dengan dalil hadith dan Al-Quran di atas, kita dimasukkan ke syurga kerana rahmat Allah SWT dan kerana amal soleh juga?

JAWAPAN

Menurut pendapat Syaikh Ibnu Uthaimin rhm, kita tidak dapat memasuki syurga dengan amalan, kerana amalan kita itu walaupun nampak banyak akan tetapi ditakuti ada banyak cacat celanya dan tidak ikhlas.

Cacat cela yang dimaksudkan disini, contohnya solat, puasa atau haji yang kita lakukan masih tidak sama dengan anjuran atau tatacara Nabi SAW mengerjakannya. Akan tetapi asas hisab untuk dimasukkan ke syurga ialah dengan amalan. Amalan itu yang akan dhisab.

Ulasan:

Maka ianya saling tidak bertentangan. Kita dimasukkan ke syurga dengan rahmat Allah SWT. Bermaksud, walaupun amalan kita banyak, namun ia tidaklah berpadanan dengan apa yang Allah SWT kurniakan kepada kita.
Sama juga dengan jasa ibubapa kita, sejauh mana kita berbakti kepada keduanya, masih tidak dapat menyamai apa yang mereka berikan kepada kita.

Kesalahan Di dalam Solat / 16

0

BAB SATU

Beberapa kesalahan pesolat di dalam isu pakaian solat dan menutup aurat ketika solat.

الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة

1.4

Solat dengan hujung pakaian secara musbil atau kain melebihi buku lali atau menyentuh tanah atau lantai.
(صلاة مُسْبِل الإزار )
Isbal
Memanjangkan, melabuhkan dan menjulurkan pakaian sehingga menutupi mata kaki dan menyentuh tanah, baik kerana sombong ataupun tidak.
(Lihat Lisanul ‘ArAb, Ibnul Munzhir 11/321, Nihayah Fi Gharibil Hadith, Ibnul Atsir 2/339)

عن أبي هريرة ـ رضي الله عنه ـ قال : بينما رجل يصلّي مُسْبِلاً إِزاره ، قال له رسولُ الله  :إن الله لا يقبل صلاة رجلٍ مسبلٍ إزارَه)
(أخرجه : أبو داود : كتاب الصلاة : باب الإسبال في الصّلاة : (1/172) رقم (638) وكتاب اللباس : باب ما جاء في إسبال الإِزار : (4/57) رقم (4086) ، وأحمد : المسند : (4/67) ، والنسائي : السنن الكبرى : كتاب الزّينة : كما في ((تحفة الأشراف))
(11/188) . وقال النووي في ((رياض الصالحين)) رقم (795) و ((المجموع)) : (3/178) و (4/457) : ((صحيح على شرط مسلم)) ، ووافقه الذهبي في ((الكبائر)) (ص 172) في ((الكبيرة الثانية والخمسين : إسبال الإزار تعززاً ونحوه – بتحقيقي )) .

Terjemahan:
Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:” Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seorang lelaki yang melakukan Isbal (musbil)”
(HR Abu Daud, no 638, HR Ahmad di dalam Musnad, an Nasa’iy di dalam Sunan al Kubra, di sahihkan oleh Imam an Nawawi rhm, di dalam Riadhus solihin, no 795, dipersetujui oleh Imam az Zahabi rhm di dalam al Kabair)
Tahqiq:
ضعَفه الألباني في ضعيف سنن أبي داود برقم (124) .
Di dhaifkan oleh Syaikh al Albani, dhaif Sunan Abu Daud, no 124.
Syaikh Salim bin ‘Ied Al Hilali dalam Bahjatun Nazhirin (2: 83) mengatakan bahwa hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud (638, 4086) dari jalur Thoriq Abu Ja’far, dari ‘Atho’ bin Yasar. Beliau mengatakan bahawa Abu Ja’far tidaklah dikenali, sehingga sanad hadith ini dhaif. Dhaif menurut Syaikh Ibnu Othaimin dan Ben Baz.

Popular

Iklan

Iklan