Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Qiyam Ramadhan: I’tikaf di mana-mana masjid dan tiada batasan minimum

Qiyam Ramadhan: I’tikaf di mana-mana masjid dan tiada batasan minimum

182
0
Iklan

Qiyam Ramadhan: I’tikaf di mana-mana masjid.

كان النبيُّ صلى الله عليه وسلم يعتكفُ في كلِّ رمضانَ عشْرَةَ أيامٍ، فلما كان العامُ الذي قُبِضَ فيه اعتكفَ عشرين يومًا.

الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري

الصفحة أو الرقم: 2044 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Nabi ﷺ beri`tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Pada tahun wafatnya, baginda beri`tikaf selama dua puluh hari. – Shahih Al-Bukhari, no. 2044.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

  1. Al-Bukhari membuat satu tarjamah bab:

بَاب الاعْتِكَافِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ وَالاعْتِكَافِ فِي الْمَسَاجِدِ كُلِّهَا لِقَوْلِهِ تَعَالَى: وَلا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلا تَقْرَبُوهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Bab: I`tikaf pada 10 hari terakhir, dan i`tikaf di semua masjid, berdasarkan firman Allah SWT: “Janganlah kalian menggauli mereka ketika kalian beri`tikaf di masjid-masjid. Itulah batasan-batasan Allah, jangan kalian hampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertaqwa.

2. Menurut Ibn Hajar, Al-Bukhari berhujah dengan ayat tersebut [ Al-Baqarah: 187 ] untuk mengatakan seseorang boleh beri`tikaf di mana-mana masjid, kerana ayat tersebut tidak mengkhususkan masjid tertentu.

3. Ini sekali gus menolak pendapat yang mengatakan i`tikaf hanya boleh dilakukan di 3 buah masjid; Masjid Al-Haram, Masjid An-Nabawi, dan Masjid Al-Aqsa.

4. Sebahagian `ulama’ meletakkan syarat masjid tersebut hendaklah masjid yang didirikan solat Jumaat di dalamnya, supaya orang yang beri`tikaf tidak perlu keluar dari masjid untuk solat Jumaat.

Qiyam Ramadhan: I`tikaf tiada batasan minimum.

أنَّ عمرَ سألَ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ قالَ : كنتُ نَذَرْتُ في الجاهليَّةِ أنْ أعْتَكِفَ ليلةً في المسجدِ الحرامِ ؟ . قالَ : ( فَأَوفِ بِنَذْرِكَ ) .

الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري

الصفحة أو الرقم: 2032 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]`

Umar bertanya kepada Nabi ﷺ: “Sewaktu jahiliyyah, aku pernah bernazar untuk beri`tikaf selama satu malam di Masjid Al-Haram.” Kata baginda: “Tunaikan nazarmu.” – Shahih Al-Bukhari, no. 2032.

Penjelasan:

1. Hadis ini menunjukkan bahawa:

(a) Dibolehkan untuk beri`tikaf pada malam hari sahaja. Misalnya seseorang yang beri`tikaf bermula selepas terawih sehingga ke waktu sahur (kerana dia bekerja pada siang hari).

(b) Nazar untuk perkara ketaatan hendaklah ditunaikan.

 

Komen dan Soalan