Utama Blog Halaman 114

Tafsir Surah Ad-Dukhan: Pengenalan Ayat Pertama dan Ke-2

0

Tafsir Surah Ad-Dukhan

Pengenalan

Surah ini adalah Surah Makkiah dan diturunkan di Mekah. Ia merupakan salah satu dari surah-surah hawaamim dan dimulai dengan huruf muqattaah haa mim.

Terdapat pertalian di antara semua surah-surah hawaamim ini, dan surah Ad-Dukhan adalah salah satu surah yang dianjurkan untuk dihafal.

Surah ini menceritakan tentang kekeliruan di dalam berdoa. Terdapat salah faham di dalam masyarakat kita kerana selalu menggunakan ‘tawassul’ yang dilarang dalam urusan doa mereka.

Surah ini juga salah satu dari surah ‘tujuh ha mim’ yang menjadi tafsir untuk ayat وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ daripada surah Al-Fatihah.

Surah-surah hawaamin adalah tentang ‘doa’ di mana kita diajar untuk hanya meminta kepada Allah SWT, tanpa menggunakan perantaraan yang dilarang. Perantaraan di dalam bahasa Arab dipanggil tawassul.

Sepanjang kita belajar sebelum ini, surah-surah Hamim Tujuh adalah berkenaan Tauhid di dalam berdoa. Ini telah diberitahu di dalam Surah Ghafir.

Dakwa surah ini sama seperti surah-surah Ha Mim yang lain iaitu Tauhid di dalam berdoa dan istianah.

Surah ini mempunyai ‘Maksud’ surah yang tersendiri. Apabila diberitahu tentang tauhid di dalam berdoa, maka ada kesamaran-kesamaran yang timbul di dalam fikiran manusia.

Maka, Allah SWT turunkan 6 surah yang juga dimulai dengan lafaz haamin sebagai menjawab kesamaran dan kekeliruan itu. Surah Ad-Dukhan ini mempunyai satu kesamaran yang hendak diperjelaskan kekeliruannya.

1️. Surah Fussilat menjawab kekeliruan manusia yang pertama.

Mereka katakan apabila menyeru selain dari Allah SWT, mereka mendapat apa yang mereka kehendaki. Allah SWT beritahu di dalam surah Fussilat, segala apa yang mereka dapat bukanlah tanda bahawa apa yang mereka lakukan itu benar.

2️. Selepas itu, Surah Syura pula menjawab kekeliruan kedua.

Ada kononnya dalil-dalil menyatakan bahawa seruan selain kepada Allah SWT itu boleh. Surah Syura ini memberitahu, dalil yang boleh diterima adalah dalil dari wahyu sahaja. Maka selain dari dalil itu, yang membenarkan melakukan perkara dilarang di dalam wahyu adalah tertolak.

3. Kemudian, Surah Zukhruf telah menjawab kekeliruan yang ketiga.

Ada yang berhujah mereka tidak meminta kepada selain Allah SWT tetapi, hanya menyeru sahaja untuk mendapatkan sokongan dan syafaat dari wali, Nabi atau malaikat.

Mereka berharap supaya doa itu dimakbulkan dan mendapat syafaat di akhirat kelak. Mereka katakan tindakan tidak meminta terus kepada seruan-seruan itu kerana mereka tahu bahawa yang boleh memakbulkan doa hanya Allah SWT sahaja.

Allah SWT memberitahu bahawa inilah juga fahaman Musyrikin Mekah. Kalau masyarakat Islam kita ada fahaman sebegini, mereka juga sama dengan Musyrikin Mekah.

🔺Ini dinamakan Syirik fi Syafa’at.

4️. Surah Ad-Dukhan ini hendak menjawab kekeliruan yang keempat.

Banyak ayat di dalam Al-Quran yang menyebut sifat Allah SWT yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Kesamaran tentang berdoa timbul kerana ada manusia yang kata, selain Allah SWT, ada makhluk lain yang boleh mendengar doa manusia dan tahu isi hati manusia yang berdoa.

Mereka berkata begitu kerana akidah syirik mereka. Mereka katakan ada makhluk-makhluk yang boleh mendengar seruan manusia yang berdoa kepada mereka. Mereka beranggapan Allah SWT telah memberi berkat kerana kelebihan dan kemuliaan makhluk itu, sampai boleh mendengar seruan manusia.

Walaupun sudah mati, sekurang-kurangnya apa yang diseru itu boleh membawa doa kepada Allah SWT dan memberi keberkatan kepada mereka. Malah, bukan hanya mendengar tetapi boleh mengurus pula sebahagian dari alam. Maknanya mereka yang syirik itu berkata, makhluk seperti Nabi, wali dan malaikat ada kedua-dua kuasa itu.

Mereka beriktikad sembahan itu boleh mendengar dan mengurus, sebab itulah mereka berdoa kepada ilah selain Allah SWT. Itu adalah akidah syirik dan mereka yang ada akidah seperti itu akan kekal di dalam neraka.

Allah SWT hendak menekankan di dalam surah ini bahawa hanya Dia sahaja yang Maha Mendengar dan tahu doa kita. Maka, kita harus berdoa dan seru hanya kepada Allah SWT.

Allah SWT turunkan Surah Ad-Dukhan ini untuk menolak fahaman yang salah. Maksud surah ini ada pada ayat ke-6 yang memberitahu bahawa hanya Dia sahaja yang Maha Mendengar iaitu dapat mendengar jenis pendengaran yang luar biasa.

Makhluk juga dapat mendengar, namun tidaklah mereka mempunyai pendengaran luar biasa seperti Allah SWT. Ini adalah Konsep Tauhid dalam Mendengar. Hanya Allah SWT sahaja yang mempunyai sifat itu.

Selain itu, Allah SWT hendak memberitahu bahawa Dia sahaja yang tahu isi hati hambanya walaupun tidak berbunyi. Ini tauhid dari segi ilmu pula. Hanya Allah SWT sahaja yang mempunyai sifat itu.

Tafsir Ayat Pertama

Ayat pertama hingga ke-6 ini adalah tentang Al-Quran dan galakan terhadap mempelajarinya.

حم

Haa, Miim.

Ini dinamakan Huruf Muqattaah. Kita tidak faham apakah maknanya yang sebenar.

Allah SWT sahaja yang tahu dan ada perkara-perkara yang Allah SWT sengaja tidak memberitahu kepada makhluk-Nya, termasuklah Nabi Muhammad ﷺ sendiri.

Kita adalah makhluk yang lemah, banyak perkara yang kita tidak tahu. Memang banyak pendapat yang diberikan tentang maksud huruf-huruf muqattaah ini.

Namun kita katakan, ia hanya setakat pendapat sahaja kerana tidak ada dalil yang sahih yang memberitahu kita apakah maksud sebenarnya.

Selalunya, selepas Allah SWT menyebut huruf muqattaah, ayat seterusnya adalah tentang Al-Quran.

Tafsir Ayat Ke-2

Allah SWT menerangkan tentang Al-Quran dalam ayat ini.

وَالكِتٰبِ المُبينِ

Demi Al-Quran, Kitab yang menerangkan kebenaran.

Allah SWT bersumpah dengan kitab-Nya di dalam ayat ini. Setiap sumpah ada perkara yang hendak ditekankan tetapi sumpah di dalam ayat ini adalah mahzuf – tidak disebutkan di dalam ayat. Jadi,l-jawapan kepada sumpah ini adalah: tidak ada satu tempat di dalam Al-Quran yang boleh diragui.

Apabila Allah SWT bersumpah dengan sesuatu, ia hendak menunjukkan kehebatan perkara itu. Banyak lagi perkara lain yang Allah SWT gunakan di dalam sumpah-Nya seperti masa, buah tin, buah zaitun dan macam-macam lagi.

🔺Oleh itu, sumpah Allah SWT ini menunjukkan kehebatan dan kepentingan Al-Quran. Perkara yang dijadikan sumpah oleh Allah SWT adalah sesuatu yang amat penting yang kita kena berikan perhatian. Ia bukanlah sesuatu yang biasa-biasa sahaja.

Jangan kita ambil mudah dengan Al-Quran dan ingat dengan hanya membaca sahaja ayat-ayatnya, sudah mencukupi. Itu adalah satu salah faham yang banyak berlaku di dalam masyarakat. Mereka ingat dengan membaca Al-Quran hari-hari sudah cukup, padahal tidak. Kita kena belajar tafsir Al-Quran supaya kita faham apakah yang hendak disampaikan dalam Al-Quran tersebut?

Allah SWT memberitahu kepada kita bahawa kitab Al-Quran ini adalah jelas nyata. Ia amat nyata kerana ayat-ayat Al-Quran menerangkan perkara tauhid berkali-kali dan yang tidak nyata hanyalah kepada mereka yang tidak belajar. Kalau mereka membaca terjemahan Al-Quran sekalipun, masih lagi tidak faham kerana ada perkara tersirat yang hendak disampaikan.

Oleh itu, sesiapa yang belajar tafsir Al-Quran, akan tahu tentang apakah yang hendak disampaikan oleh Allah SWT. Dia akan jelas dan faham tentang agama kerana panduan agama yang utama adalah Al-Quran. Semua orang terima ia adalah panduan yang utama.

Kenapa manusia masih tidak belajar tafsir Al-Quran? Kenapa ramai guru yang mengajar kepada masyarakat kita, sedangkan mereka sendiri tidak pernah belajar tafsir Al-Quran?

Apabila mereka tidak tahu tafsir Al-Quran, bermakna mereka sendiri tidak faham tentang agama. Namun mereka masih mengajar dan telah menyalurkan kekeliruan kepada anak murid mereka.

Hasilnya, apabila kita memberikan penerangan tentang kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka, mereka tolak dan katakan kita pula yang salah. Padahal, kita belajar tafsir Al-Quran dan mereka pula sebaliknya. Kenapa yang jahil pula hendak mengajar mereka yang berilmu?

🔺Apakah yang dijelaskan oleh Al-Quran? Itulah kebenaran yang hendak diberitahu kepada manusia. Kebenaran yang ada di dalam Al-Quran itu akan membezakan antara haq dan batil.

Untuk kita tahu sama ada sesuatu perkara itu benar atau tidak, rujukan utamanya adalah Al-Quran, kedua – hadis yang sahih. Bukannya pendapat akal, kitab atau ustaz itu ini dan ‘saya rasa’….

✍🏻SESI MUZAKARAH

Tafsir surah Ad Dukhan (Ayat 1-2)

📍 Memang banyak pendapat yang diberikan tentang maksud huruf-huruf muqattaah ini.

Pendapat yang bagaimana dimaksudkan dalam ayat tersebut?

🔵Saya tidak gunakan pendapat itu, jadi saya tidak sampaikan di sini. Ada yang memberi pendapat huruf ha maksud apa, huruf mim maksud apa dan sebagainya kepada huruf-huruf muqattaah yang lain. itu Semua hanyalah andaian sahaja kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW tidak pernah beritahu.

📍Maksudnya mereka tafsir ikut akal?

Pelajar di sekolah arab ada mempelajari tafsir Al-Quran tetapi kenapa kefahaman mereka berlainan?

🔵Ya,ikut akal.

Saya tidak tahu bagaimana cara mereka tafsir tetapi, sebagaimana hadis ia boleh ditafsir dengan fahaman yang salah oleh golongan agamawan nusantara, begitu jugalah dengan ayat-ayat Al-Quran. Mereka tafsir ikut kehendak mereka.

📍Mereka beranggapan Allah SWT telah memberi berkat kerana kelebihan dan kemuliaan makhluk itu, hingga boleh mendengar seruan manusia.

Adakah sebab ini, surah Ad-Dukhan selalu digunakan oleh peruqyah dalam rawatan? Kawan saya selalu menjerit bila dengar perkataan “Zaqqum’ dalam surah ini semasa tengah berubat.

🔵Tiada kena mengena kerana surah Ad-Dukhan bukan surah ruqyah. Ia hanya digunakan boleh bomoh-bomoh sahaja. Jeritan itu adalah lakonan jin sahaja.

📍Bolehkah dibaca surah Al-Fatihah kepada air dan minum sebagai air penerang hati atau melembutkan hati?

🔵 Kelas kita adalah untuk mempelajari ayat-ayat Al-Quran dan cuba memahaminya untuk menjadi panduan hidup kita. Secara umumnya saya tidak setuju menggunakan ayat-ayat Al-Quran itu dijadikan holy water, azimat, pendinding, hendak dapatkan itu dan ini. Pada saya itu adalah penyalahgunaan ayat-ayat Al-Quran dan digunakan tanpa melihat apakah maksud ayat-ayat itu.

Walaupun saya tahu ramai juga ustaz di luar sana yang berlapang dada dalam perkara ini, tetapi kalau tanya kepada saya, memang banyak yang tidak boleh.

Saya harap ini dapat menjawab banyak persoalan yang mungkin timbul.

 Allahu a’lam.

Siri Pemurnian Bid’ah / 5

0
60 Amalan bid’ah yang diamalkan di Nusantara.
Nota dari Syeikh THTL

 

Kelima : Berterusan membaca qunut Subuh.

Untuk tahap pertama, kita masih menerima hakikat isu qunut Subuh yang dibaca selama-lamanya atau secara kekal masih berada dalam lingkungan khilaf kerana menghormati mazhab besar Islam, mazhab Syafi’iy, mazhab rasmi nusantara.

Akan tetapi jika kita mahu ke tahap kedua iaitu:
Mengkaji pendapat yang mengatakan amalan berterusan membaca qunut adalah bid’ah. Bukan bid’ah membaca qunut, tetapi bid’ah di dalam pelaksanaannya, iaitu berterusan berqunut subuh selama-lamanya atau sampai bila-bila.

 

Hadith asalnya bid’ah jika membaca qunut berterusan pada solat Subuh:

402 حدثنا أحمد بن منيع حدثنا يزيد بن هارون عن أبي مالك الأشجعي قال قلت لأبي يا أبة إنك قد صليت خلف رسول الله صلى الله عليه وسلم وأبي بكر وعمر وعثمان وعلي بن أبي طالب ها هنا بالكوفة نحوا من خمس سنين أكانوا يقنتون قال أي بني محدث قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح والعمل عليه عند أكثر أهل العلم

Terjemahan:
Dari Abu Malik al Asyja’iy (Sa’d bin Thariq al-Asyja’i), dia mengatakan, “Aku bertanya kepada ayahku (Thariq bin Ashim al asyja’iy), “Saya bertanya kepada ayahku : “Wahai ayahku, engkau solat di belakang Rasulullah saw dan di belakang Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali ra di sini dan di Kufah selama 5 tahun, apakah mereka melakukan qunut pada solat Subuh ?”. Maka dia menjawab : “Wahai anakku hal tersebut (qunut Subuh) adalah perkara baru (bid’ah)”.

(Hadith dikeluarkan oleh Tirmizi no. 402, An-Nasai no.1080 dan dalam Al-Kubra no.667, Ibnu Majah no.1242, Ahmad 3/472 dan 6/394, Ath-Thoyalisi no.1328, Ibnu Abi Syaibah di dalam kitab Al Mushonnaf 2/101 no.6961, Ath-Thohawy 1/249, Ath-Thobarany 8/no.8177-8179, Ibnu Hibban sebagaimana di dalam kitab Al-Ihsan no.1989, Baihaqy 2/213, Al-Maqdasy dalam Al-Mukhtarah 8/97-98, Ibnul Jauzy dalam kitab At-Tahqiq no.677-678 dan Al-Mizzy di dalam kitab Tahdzibul Kamal dan disahihkan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitab Irwaul Gholil no.435 dan Syeikh Muqbil di dalam kitab Ash-Sahih Al-Musnad mimma laisa fi Ash-Shahihain)

Ulasan:
Maka kalimah “Muhdath” atau baru atau bid’ah adalah berasal dari sahabat Nabi saw Tariq bin Ashim yang solat di belakang 5 tunggak salaf, Nabi saw dan 4 orang khalifah ar rashidin.

 

Berterusan membaca Qunut Subuh. Oleh kerana qunut Subuh ini sunat mu’akkad di dalam mazhab Syafi’iy, maka kita akan menelusuri dalil-dalil mazhab Syafi’iy.
Dalil utama mazhab Syafi’iy.

 

Hadith 1:

ن طريق أبي جعفر الرازي عن الربيع بن أنس عن أنس بن مالك رضي الله عنه ، ولفظه : ( أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم قَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو عَلَيْهِمْ ثُمَّ تَرَكَهُ ، وَأَمَّا فِى الصُّبْحِ فَلَمْ يَزَلْ يَقْنُتُ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا ) .
أخرجه عبد الرزاق في “المصنف” (3/110) ومن طريقه الدارقطني في “السنن” (2/39)، وأخرجه ابن أبي شيبة في “المصنف” (2/312) مختصرا، والبزار (556 – من كشف الأستار) وأحمد في “المسند” (3/162)، والطحاوي في “شرح معاني الآثار” (1/143) والحاكم في “الأربعين” وعنه البيهقي في “السنن” (2/201) .

Terjemahan:
Dari jalur Ja’far ar Raazi dari ar Rubai’ bin Anas dari ayahnya , Anas bin Malik, Anas berkata: “Senantiasa Rasulullah saw berqunut pada solat subuh sehingga beliau saw berpisah dari dunia (wafat).”

Hadith ini telah diriwayatkan oleh: Abdurrazzaq, Daruqutni, Ibnu Abi Syaibah , al Bazzar, Musnad Ahmad, at tohawi, al Haakim dan al Baihaqi.

Semuanya telah meriwayatkan hadith ini dari jalan Abu Ja’far ar-Razi (yang telah menerima hadith ini) dari Rubaiyyi’ bin Anas, ia berkata: ‘Aku pernah duduk di sisi Anas bin Malik, lalu ada (seseorang) yang bertanya: ‘Apakah sesungguhnya Rasulullah Saw, pernah qunut selama sebulan?’ Kemudian Anas bin Malik menjawab seperti hadith di atas.

Status hadith di sisi ahlil hadith : Dhaif

وأبو جعفر الرازي اسمه عيسى بن ماهان الرازي ، ضعفه كثير من أهل العلم .
” قال أحمد بن حنبل : ليس بقوي فى الحديث . وقال يحيى بن معين : يكتب حديثه ولكنه يخطىء . وقال عمرو بن علي : فيه ضعف ، وهو من أهل الصدق ، سيىء الحفظ . وقال أبو زرعة : شيخ يهم كثيرا . وقال النسائي : ليس بالقوي . وقال ابن حبان : كان ينفرد عن المشاهير بالمناكير ، لا يعجبنى الاحتجاج بحديثه إلا فيما وافق الثقات . وقال العجلي : ليس بالقوي ” انتهى باختصار من تهذيب التهذيب (12/57)

Ulasan:
Punca kelemahan ialah perawi Abu Ja’far ‘Isa bin Mahan Ar-Razi, dilemahkan majoriti ahli ilmu, antaranya, Imam Ahmad, Yahya bin Ma’in, Abu Zur’ah, an Nasa’iy, Ibnu Hibban dan al Ajli.

 

Hadith ke-2:

Dari Anas ra,

من طريق إسماعيل المكي وعمرو بن عبيد عن الحسن عن أنس ولفظه :
( قنت رسول الله صلى الله عليه وسلم وأبو بكر وعمر وعثمان – وأحسبه قال : رابع – حتى فارقتهم ) .
أخرجه الطحاوي في “شرح معاني الآثار” (1/243) والدارقطني في “السنن” (2/40) ، والبيهقي في “السنن الكبرى” (2/202) .

Terjemahan:
Dari jalur Ismail al Makki dan Amru bin Ubaid dari al Hasan al Basri dari Anas ra: Rasulullah saw berqunut demikian juga Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman, dan saya (perawi) menyangka “dan keempat” sampai saya berpisah dengan mereka.

وإسماعيل بن مسلم المكي وعمرو بن عبيد المعتزلي كل منهما ضعيف ، لا يحتج بحديثه ، وهذه أقوال العلماء فيهما :
إسماعيل بن مسلم المكي : جاء في ترجمته في “تهذيب التهذيب” (1/332) :
” قال أحمد بن حنبل : منكر الحديث . وقال ابن معين : ليس بشىء . وقال علي بن المديني : لا يكتب حديثه . وقال أبو حاتم : ضعيف الحديث مختلط ، قلت له : هو أحب إليك أو عمرو بن عبيد ؟ فقال : جميعا ضعيفان . وقال النسائي : متروك الحديث . وقال ابن حبان : ضعيف يروى المناكير عن المشاهير ويقلب الأسانيد ” انتهى باختصار .
وعمرو بن عبيد المعتزلي : متروك الحديث ، وكان يكذب على الحسن ، جاء في ترجمته في “تهذيب التهذيب” (8/62) :
” قال ابن معين : ليس بشيء . وقال عمرو بن علي : متروك الحديث ، صاحب بدعة . وقال أبو حاتم : متروك الحديث

Ulasan:
Hadith ini amat dhaif kerana dua perawi yang dijarah teruk, iaitu Ismail bin Muslim al Makki dan Amru bin Ubaid seorang muktazilah. Ahli hadith era mutaqaddimin menjarah mereka.

 

Hadith ke 3:

Dari Anas ra,

3018 ( فمنها ما أخبرنا ) أبو عبد الله الحافظ ، ثنا علي بن حمشاذ العدل ، ويحيى بن محمد بن عبد الله العنبري ، قالا : ثنا أبو عبد الله محمد بن إبراهيم العبدي ، ثنا عبد الله بن محمد النفيلي ، ثنا خليد بن دعلج عن قتادة ، عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – قال : صليت خلف رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ، فقنت ، وخلف عمر ، فقنت ، وخلف عثمان ، فقنت .

Terjemahan:
“Aku (Anas) pernah solat di belakang Rasulullah saw, beliau qunut, di belakang ‘Umar dan di belakang ‘Uthman, mereka semuanya qunut.”
(HR al Baihaqi, sunan al Kubra, no 3018, al Baihaqi mensahihkan hadith ini)

يحتاج أن ينظر في أمر خليد، وهل يصلح أن يستشهد به أم لا؟! فإن ابن حنبل، وابن معين والدارقطني ضعفوه وقال ابن معين مرة: ((ليس بشيء)) ، وقال النسائي: ((ليس بثقة)) ولم يخرج لهُ أحد الستة. وفي ((الميزان)) عده الدارقطني من المتروكين

Ulasan:
Perawi hadith yang bermasalah ialah Khalid bin Da’laj. Hadith ini dilemahkan oleh muhadith mutaqaddimin seperti Imam Ahmad rhm, Ibnu Ma’in rhm, Daruqutni rhm dan an Nasa’iy rhm. Menurut Daruqutni rhm ianya, matruk.

 

Hadith ke 4:

Dari Dinar bin Abdullah, khadam Anas ra,

من طريق دينار بن عبد الله خادم أنس عن أنس ولفظه :
( ما زال رسول الله صلى الله عليه وسلم يقنت في صلاة الصبح حتى مات ) . (قال الشيخ الألباني رحمه الله في “السلسلة الضعيفة” (3/386) : ” أخرجه الخطيب في “كتاب القنوت” له ، وشنع عليه ابن الجوزي بسببه ؛ لأن دينارا هذا قال ابن حبان فيه : ” يروي عن أنس آثارا موضوعة لا يحل ذكرها في الكتب إلا على سبيل القدح فيه)

Terjemahan:
Senantiasa Rasulullah saw qunut pada solat subuh sehingga beliau wafat.”
(HR al-Khatib di dalam kitab al Qunut)

Ulasan:
Menurut Syaikh al Albani rhm di dalam Silsilah al Dhaifah, Ibnu Jauzi rhm mengkritik al Khatib kerana meriwayatkan hadith daripada Dinar bin Abdullah.

Menurut Ibnu Hibban rhm, Dinar bin Abdullah meriwayatkan athar atas nama Anas ra dan tidak halal menyebarkan hadith ini kecuali untuk menjelaskan kecacatan hadith.

 

Hadith ke 5:

Dari Ashim bin Sulaiman,

قَالَ عن قيس بن الربيع غن عَاصِمُ بْنُ سُلَيْمَانَ ِلأَنَسٍ: إِنَّ قَوْمًا يَزْعُمُوْنَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَزَلْ يَقْنُتُ بِالْفَجْرِ، فَقَالَ: كَذَّبُوْا، وَإِنَّمَا قَنَتَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَهْرًا وَاحِدًا يَدْعُوْ عَلَى حَيٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ.

Terjemahan:
“Artinya : Dari jalur Qis bin ar- Rabi’ dari Ashim bin Sulaiman berkata kepada Anas ra, “Sesungguhnya orang-orang menyangka bahawa Nabi saw senantiasa qunut di dalam solat Subuh.” Jawab Anas bin Malik ra: “Mereka dusta! Beliau saw qunut satu bulan mendoakan kecelakaan atas satu qabilah dari qabilah-qabilah bangsa Arab.”
(HR al-Khathib al-Baghdadi rhm sebagaimana yang dikatakan oleh al-hafiz Ibnul Qayyim rhm di dalam kitab Zaadul Ma’aad I:278)

Ulasan:
Menurut Syaikh Abd Qadir Jawas dari Indonesia, hadith ini dhaif kerana Qis bin ar Rabi’ tetapi ia lebih baik dari hadith Abu Ja’afar ar Radzi.
(Sila rujuk hadith no 1)

 

Hadith ke 6:

Dari Anas ra,

من حديث محمد بن عبد الله الأنصاري ، حدثنا سعيد بن أبي عروبة ، عن قتادة ، عن أنس ، أن النبي صلى الله عليه وسلم كان لا يقنت إلا إذا دعا لقوم أو دعا عليهم ، وهذا سند صحيح ،رواه ابن خزيمة رقم (620) وغيره وإسناده صحيح

Terjemahan:
Dari sanad Muhammad bin Abdullah al Ansory, dari Sa’eed bin Abu Urubah dari Qatadah dari Anas ra, bahawa Nabi saw tidak pernah qunut melainkan apabila beliau mendoa-kan kecelakaan bagi kaum (kafir).
(HR Ibnu Khuzaimah rhm no 620 dan mensahihkan hadith ini)

 

Hadith ke 7:

Athar Abdullah bin Umar ra,

عَنْ أَبِيْ مِجْلَزٍ قَالَ: صَلَّيْتُ مَعَ ابْنِ عُمَرَ صَلاَةَ الصُّبْحِ. فَلَمْ يَقْنُتْ، فَقُلْتُ لَهُ: لاَ أَرَاكَ تَقْنُتُ، فَقَالَ: لاَ أَحْفَظُهُ عَنْ أَحَدٍ مِنْ أَصْحَابِنَا.رواه البيهقي (2/213) بإسناد حسن.

Terjemahan:
Dari Abi Mijlaz, ia berkata: “Aku pernah solat subuh bersama (berimamkan) Ibnu Umar ra, tetapi ia tidak qunut.” Lalu aku bertanya kepadanya: ‘Aku tidak lihat engkau qunut Subuh?’ Umar ra menjawab: ‘Aku tidak dapati seorang sahabat pun yang melakukan hal itu.”
(HR al Baihaqi)

Athar ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi rhm di dalam kitab Sunanul Kubra (II/213) dengan sanad yang hasan.
Syaikh Syuaib al-Arnauth di dalam tahqiq beliau atas kitab Zaadul Ma’ad (I/272).

 

Rumusan masalah qunut subuh:

1. Mazhab Hanafi, ia mansukh, sudah dihapuskan hukumnya.

2. Mazhab Hanbali, tidak disyariatkan.

3. Mazhab Maliki dan syafi’iy, ia sunnah.

4. Pendapat sahabat seperti Thariq bin Asyam, majoriti ahli hadith dan muhaqqiqin, semua hadith qunut adalah tidak sahih dan ia adalah bid’ah.

Apabila qunut Subuh dilakukan secara berterusan di sisi ahli hadith ia adalah bid’ah. Namun begitu, oleh kerana ulama mazhab belum menerima keputusan tahqiq para muhaqqiqin akan nas-nas qunut Subuh yang semuanya lemah, maka buat masa sekarang dan ini lebih adil ia masih lagi perkara khilafiah bukan bid’ah.

Cuma orang yang benar-benar belajar hadith akan mengikuti pendapat ahli-ahli hadith bahawa qunut Subuh apabila dilakukan secara berterusan ia adalah gharib atau ganjil.

Hukum yang adil:
Untuk menjaga perpaduan umat Islam dan menghormati Imam Malik rhm dan Imam asy-Syafi’iy rhm, maka ia adalah masalah khilafiah ijtihadiah. AlhamduliLlah, selesai isu qunut Subuh.

Eidul Qurban: Benarkah tidak boleh sembelih dan makan binatang sembelihan jika ada rasa kasihan?

0

📚🖌

🔴 Benarkah sekiranya ada perasaan belas kasihan pada binatang yang akan disembelih untuk dijadikan qurban, maka tidak boleh dilakukan sembelihan tersebut dan diberikan kepada penyembelih lain dan juga tidak boleh memakan hasil sembelihan?

Dalil hadith:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Terjemahan:

Sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah bersabda:“Sesungguhnya Allah ﷻ telah mewajibkan berbuat baik kepada segala sesuatu, jika kalian membunuh maka bunuhlah secara baik, dan jika kalian menyembelih maka sembelihlah secara baik, dan hendaklah salah seorang dari kalian menajamkan pisaunya serta tidak menyiksa kepada sembelihannya.” (HR Tirmizi No: 1329)

Terdapat salah faham di dalam memahami hadith ini.

1. Bagi orang melayu, “ihsan” bermaksud “kasihan”.

Maksud “ihsan” di dalam erti kata sebenar semasa menyembelih adalah penggunaan pisau yang tajam dan penyembelih adalah seorang yang terlatih dan profesional.

2.  Rasa “kasihan” kepada haiwan yang akan disembelih.

Sekiranya si fulan orang yang lemah semangat, pun tidak boleh menyembelih haiwan qurban kerana takut melihat darah yang menyembur keluar.

3.  “Mitos dan tiada asal-usul” bagi pendapat yang mengatakan tidak boleh memakan makanan yang disembelih sekiranya berasa kasihan.

Allahu a’lam.

Siri Pemurnian Bid’ah / 4

0

 

60 Amalan bid’ah yang diamalkan di Nusantara.
Nota dari Syeikh THTL

 

Keempat : Salam keliling selepas solat berjemaah.

Antara ritual aneh yang berlaku di Malaysia ialah ritual bersalaman sesama jemaah selepas selesai wirid dan berdoa jama’iy. Ada pelbagai bentuk salaman, dan yang paling popular salam keliling, di mana mereka akan bersalaman seperti pemain bolasepak ingin memulakan perlawanan bolasepak.

Fatwa Arab Saudi, al-Allamah Syaikh Muhammad bin Soleh al Uthaimin al Tamimi al Nejdi, qadhi Unaizah, Nejd:

“Salam-salaman yang demikian (rutin setelah solat) tidak kami ketahui asalnya dari As-Sunnah atau pun dari praktik para sahabat Nabi saw. Namun seseorang jika bersalaman setelah solat bukan dalam rangka menganggap hal itu disyariatkan (setelah solat), iaitu dalam rangka mempererat persaudaraan atau menumbuhkan rasa cinta, maka saya harap itu tidak mengapa ini kerana memang orang-orang sudah menjadi kebiasaan bersalaman untuk tujuan itu.

Adapun melakukannya kerana anggapan bahwa hal itu dianjurkan (setelah solat) maka hendaknya tidak dilakukan, dan tidak boleh dilakukan sampai terdapat dalil yang mengesahkan bahwa hal itu sunnah. Dan saya tidak mengetahui bahwa hal itu disunnahkan”
(Majmu’ Fatawa War Rasa-il, jilid 3)

 

Tujuan sebenar bersalaman mengikut sunnah.

Dalil hadith:

Dari Anas bin Malik ra dan Asy Sya’bi mengatakan:

كان أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم إذا تلاقوا تصافحوا وإذا قدموا من سفر تعانقوا

“Para sahabat Nabi Saw jika saling bertemu mereka bersalaman, dan jika mereka datang dari perjalanan jauh mereka saling berpelukan”

Maka sebaiknya bersalaman itu sebelum solat dan bukan dijadikan ritual selepas salam dengan salam keliling setiap selepas solat 5 waktu. Ini jelas bid’ah jika dijadikan rutin dan generasi baru menganggap ia sebahagian dari pakej solat.

 

Siri Pemurnian Bid’ah – 2 dan 3

0
60 Amalan bid’ah yang diamalkan di Nusantara.
Nota dari Syeikh THTL

 

Kedua : Memukul bedok sebelum azan (amalan di kampung dan pendalaman).

Orang melayu berbangga dengan bedok. Malahan ada sebahagian masjid di kampung masih menggunakan bedok untuk menandakan masuknya waktu solat.

Tokok,beduk dan tabuh digunakan dengan mengetuk bertalu bertujuan untuk mengumpulkan orang untuk segera pergi ke masjid adalah perbuatan yang tidak disyariatkan oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW tidak pernah melakukannya, begitu juga khalifahnya,dan tidak juga dengan Imam mazhab yang empat .

Rasulullah SAW telah melarang melakukan panggilan kepada orang-orang yang hendak mengerjakan solat dengan tokok atau bedok. Baginda SAW hanya memerintahkan kita dengan panggilan suara saja.

Dalil hadith. Dalil larangan:

Dari Ibnu ‘Umar, di mana beliau berkata,

كَانَ الْمُسْلِمُونَ حِينَ قَدِمُوا الْمَدِينَةَ يَجْتَمِعُونَ فَيَتَحَيَّنُونَ الصَّلاَةَ ، لَيْسَ يُنَادَى لَهَا ، فَتَكَلَّمُوا يَوْمًا فِى ذَلِكَ ، فَقَالَ بَعْضُهُمْ اتَّخِذُوا نَاقُوسًا مِثْلَ نَاقُوسِ النَّصَارَى . وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ بُوقًا مِثْلَ قَرْنِ الْيَهُودِ . فَقَالَ عُمَرُ أَوَلاَ تَبْعَثُونَ رَجُلاً يُنَادِى بِالصَّلاَةِ . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – « يَا بِلاَلُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلاَةِ »
Terjemahan:
“Kaum muslimin dahulu ketika datang di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkira-kira waktu solat, tanpa ada yang menyerunya, lalu mereka berbincang-bincang pada satu hari tentang hal itu. Sebahagian mereka berkata, gunakan saja lonceng seperti lonceng yang digunakan oleh Kristian. Sebahagian mereka menyatakan, gunakan saja terompet seperti terompet yang digunakan kaum Yahudi. Lalu ‘Umar berkata, “Bukankah lebih baik dengan mengumandangkan suara untuk memanggil orang solat.” Lalu Rasulullah saw berkata, “Wahai Bilal bangunlah dan kumandangkanlah azan untuk solat.”
(HR. Bukhari no. 604 dan Muslim no. 377)

 

Ketiga : Berdoa lepas iqamah

 

ﻋَﻦْ ﺟَﺎﺑِﺮِ ﺑْﻦِ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ، ﺃَﻥَّ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗَﺎﻝَ ” ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻝَ ﺣِﻴﻦَ ﻳَﺴْﻤَﻊُ ﺍﻟﻨِّﺪَﺍﺀَ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺭَﺏَّ ﻫَﺬِﻩِ ﺍﻟﺪَّﻋْﻮَﺓِ ﺍﻟﺘَّﺎﻣَّﺔِ ﻭَﺍﻟﺼَّﻼَﺓِ ﺍﻟْﻘَﺎﺋِﻤَﺔِ ﺁﺕِ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺍﻟْﻮَﺳِﻴﻠَﺔَ ﻭَﺍﻟْﻔَﻀِﻴﻠَﺔَ ﻭَﺍﺑْﻌَﺜْﻪُ ﻣَﻘَﺎﻣًﺎ ﻣَﺤْﻤُﻮﺩًﺍ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﻭَﻋَﺪْﺗَﻪُ ،

Terjemahan:
Daripada Jabir bin ‘Abdillah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca selepas mendengar seruan azan: Ya Allah, Tuhan kepada seruan yang sempurna dan solat yang akan didirikan. Berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w wasilah dan kelebihan daripada Mu. Tempatkan baginda di tempat terpuji yang telah Engkau janjikan.

ﺣَﻠَّﺖْ ﻟَﻪُ ﺷَﻔَﺎﻋَﺘِﻲ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ “
Maka syafaat ku akan diizinkan kepadanya pada hari kiamat.

(HR al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab ad-Dua’ ‘Inda an-Nida’, hadis no: 514)

Pengarang tafsirsunnah.blogspot menyatakan berzikir selepas Iqamah adalah bid’ah. Ini juga pendapat Syaikh Ibnu Uthaimin, Syaikh Bakar Abu Zayd dan Dr Rozaimi kerana azan dan iqamat tidak sama matannya.

Namun mazhab Syafi’i beranggapan ia adalah sunnah, kerana iqamah adalah azan yang kedua.

Hukum:
Menjawab iqamat dan berzikir sesudahnya adalah khilaf bukan bid’ah kerana ulama berbeza pandangan terhadap iqamah, apakah ia azan kedua atau bukan azan.Perlunya kajian yang terperinci.

 

Eidul Qurban: Dalil boleh berqurban satu keluarga daripada satu bahagian

0

📚🖌

🔴 Adakah dalil yang menyatakan dibolehkan berqurban daripada satu bahagian (satu per tujuh) untuk satu keluarga?

Dalil hadith:

Dari ‘Atho’ bin Yasar,

سَأَلْتُ أَبَا أَيُّوبَ الأَنْصَارِيَّ كَيْفَ كَانَتْ الضَّحَايَا عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ فَقَالَ : كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ ، فَيَأْكُلُونَ وَيُطْعِمُونَ

Terjemahan:

“Aku pernah bertanya pada Ayyub Al-Anshari, bagaimana qurban di masa Rasulullah ﷺ?” Beliau menjawab, “Seseorang biasa berqurban dengan seekor kambing (diniatkan) untuk dirinya dan satu keluarganya. Lalu mereka memakan qurban tersebut dan memberikan makan untuk yang lainnya.”  (HR Tirmidzi no. 1505 dan Ibnu Majah no. 3147. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa hadith ini sahih).

Dalil hadith:

كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ

Terjemahan:

“Pada masa Rasulullah ﷺ seseorang (suami) menyembelih seekor kambing sebagai qurban bagi dirinya dan keluarganya.” (HR. Tirmidzi, ia menilainya sahih, Minhaajul Muslim, Hal. 264 dan 266)

🔴 Adakah ini bermaksud untuk seekor kambing bukan satu bahagian dari seekor lembu?

Kesamarataan.

◾️Seekor kambing:

Di Arab Saudi, kambing dan unta banyak dan mudah didapati.

◾️Satu bahagian lembu:

Di Malaysia, lembu yang mudah didapati.

◾️Qurban untuk seekor kambing adalah RM 800.00

Manakala untuk satu bahagian lembu (satu per tujuh) adalah RM750.00.

◾️Berqurban dengan kambing, mestilah dengan seekor kambing dan ia tidak boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

◾️Berqurban dengan lembu pula, oleh kerana seekor lembu harganya yang mahal dan mencecah lebih kurang RM5,000.00, maka Allah ﷻ dengan rahmat-Nya, dibolehkan berkongsi dengan 7 orang.

Niat tetap sama. Nilai harga pun sama. Harga bagi seekor kambing di antara RM800.00 ke RM900.00 dan satu bahagian lembu, lebih murah sedikit di dalam anggaran RM750.00.

Umat Muhammad ﷺ boleh memilih haiwan untuk dijadikan qurban seperti kambing, biri-biri, kijang, atau berkongsi haiwan besar seperti lembu, unta, kerbau dan seladang.

Ia adalah keanjalan dan kemudahan di dalam syariat Muhammad ﷺ. Seseorang yang mudah untuk mendapatkan kambing, maka berqurbanlah dengan seekor kambing. Seseorang yang mudah menguruskan lembu, berqurbanlah dengan lembu akan tetapi lembu boleh dikongsi dengan tujuh orang. Dari segi pahala, seekor kambing menyamai nilai pahala satu per tujuh bahagian lembu atau unta.

Ini adalah hukum yang baku.

Tiada khilaf menurut empat mazhab. Ia sudah ditetapkan oleh Rasulullah ﷺ semenjak 1400 tahun dahulu. Sesiapa sahaja yang merubah syariat ini adalah ahli bid’ah dan zindik.

Allahu a’lam.

 

 

 

Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran – Tip 7 Cemerlang dengan Merancang

0

TIP 7

CEMERLANG DENGAN MERANCANG

“Yusuf berkata, ‘Hendaklah kamu bertanam selama 7 tahun sebagaimana biasa dan apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di bulirnya kecuali sedikit yang kamu ambil untuk dimakan. Kemudian sesudah itu akan datang 7 tahun yang amat sulit yang memerlukan kamu memakan apa yang kamu simpan kecuali sedikit yang kamu biarkan dalam simpanan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia dikurniakan hujan dan ketika itu mereka memerah anggur.” [ Yusuf: 47-49 ].

Wawasan yang baik memerlukan perancangan yang rapi untuk berjaya.

1. Perancangan yang baik mempunyai keterikatan dengan jangka masa yang ditetapkan (time frame) kerana ia melahirkan kesungguhan (sense of urgency) di kalangan setiap orang yang terlibat.

2.  Setiap individu yang terlibat tidak cuai dalam melaksanakan tugas.

Berstrategi dalam Perancangan

  1. Perancangan dan strategi penting bagi mencapai kejayaan. [ Yusuf: 67 ].
  2. Perancangan perlu mengambil kira kekuatan sumber manusia yang ada.
  3. Pengagihan tugas secara strategi adalah dituntut demi kecemerlangan [ at-Taubah: 122 ].

Bidang lain juga perlu diberi pengkhususan terutama dalam bidang ilmu pengetahuan. Cara demikian sahajalah umat Islam akan maju dan berjaya.

Nabi Perancang Strategik

1. Nabi menyampaikan risalah Islam kepada individu-individu yang datang dari luar Mekah. Golongan Aus dan Khazraj dari Yathrib (Madinah) terkesan dengan dakwah Nabi.

2. Perjanjian Aqabah Pertama antara Nabi dengan 12 orang wakil dari Madinah. Strategi ini berjaya mengislamkan ramai tokoh Arab di Madinah sehingga berlakunya Perjanjian Aqabah Kedua di Mekah pada tahun ke 13 sebelum hijrah.

3. Perang Khandaq golongan Quraisy mempunyai kekuatan tentera 4,000 orang dan Bani Ghatfan berjumlah 6,000 orang sementara umat Islam hanya mempunyai tentera seramai 3,000 orang.

4. Taktik menggali parit sepanjang 5,000 hasta dengan ukuran dalam 7 hingga 10 hasta dan lebar 9 hasta. Melalui bantuan Allah SWT umat Islam terselamat dari peperangan.

Panglima-panglima yang Strategik

1. Perang Qadisiyah di Lembah Mesopatamia pada tahun ke-14 Hijrah antara pihak Islam dan Parsi.

Pihak Parsi dipimpin oleh Panglima Besar Rustam dengan kekuatan tentera berjumlah 200,000 orang. Islam diketuai oleh Panglima Saad bin Abi Waqas dengan tentera berjumlah 41,000 orang.

Perancangan tentera Islam melahirkan taktik gelombang bagi melumpuhkan musuh di mana tentera Islam diletakkan dalam beberapa lapisan dan dipecahkan kepada tiga sayap serta setiap sayap diletakkan di penjuru-penjuru yang strategik.

Perancangan rapi bertunjangkan taqwa dan tawakal berjaya melemahkan musuh dan Panglima Besar Rustam berjaya dibunuh oleh Panglima Hilal bin Alqamah.

Kekalahan tentera Parsi di Qadisiyah menjadi pembuka jalan kepada kejatuhan ibu kota Parsi, Ctesiphon tidak lama selepas itu.

2. Perang Yarmuk antara tentera Rom dan Islam berlaku pada tahun ke-13 Hijrah [ Kamil fit Tarikh dan Historian’s History of the World, terbitan Britannica Encyclopedia, London ].

Tentera Rom berjumlah 240,000 orang dan tentera Islam 39,000 dipimpin oleh Panglima Khalid al-Walid .

Perancangan Panglima Khalid al-Walid yang menggunakan sayap induk pimpinan Panglima Abu Ubaidah bin Jarrah, sayap kanan oleh Panglima Amru bin al-As dan sayap kiri oleh Panglima Yazid bin Abu Sufyan dan sayap sokongan oleh Panglima Kika bin Amru at-Tamimi telah berjaya mengalahkan tentera Rom.

Strategi Islam Mengagumkan Dunia

1. Nabi Muhammad SAW mendidik umat sehingga berjaya melahirkan ramai perancang dan strategi agung yang mengagumkan dunia.

2. Stategi ini berjaya membawa Islam menjadi kuasa dunia atau “a global champion” dalam masa yang singkat.

3. Strategi peperangan yang digunakan oleh Khalid al-Walid dan Amr bin al-As di Iraq, Syria dan Mesir begitu hebat dan cemerlang sehingga mampu mengatasi kehebatan dan kecemerlangan Napoleon, Hannibal malah Alexander.

Perancangan Gersang tanpa Usaha

“Bagi mereka ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Dan Allah maha cepat pembalasannya.” [ al-Baqarah: 202 ].

1. Untuk berjaya setiap wawasan serta perancangan perlu disusuli dengan usaha.

2. Hasil serta balasan yang baik yang bakal diperoleh adalah mengikut jenis kebaikan yang diusahakan.

3. Islam mementingkan usaha dan ikhtiar.

“Sesungguhnya perbuatan seseorang mengambil seutas tali kemudian digunakan untuk mengikat kayu api dan diletakkan di belakangnya adalah lebih baik baginya daripada mendatangani seorang hamba Allah yang telah dilimpahi kurniaan (dunia) oleh Allah untuk meminta-minta, sama ada diberikan sesuatu atau tidak” [ HR Imam Bukhari dan Muslim ].

“Janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan rezeki akan dikurniakan kepadanya dengan sekadar berdoa, ‘Wahai Allah, anugerahkanlah kepadaku rezeki.’ Sesungguhnya kamu mengetahui langit tidak menurunkan hujan emas dan perak [ Omar bin Khattab – Ihya Ulumuddin ].

Ledakan Kecemerlangan

1. Islam tidak menjadi jaguh dunia secara magis.

2. Ia terhasil disebabkan oleh perancangan strategik yang dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat bertunjangkan taqwa dan tawakal.

3. Rancang hidup dengan baik dan jangan bertindak semberono.

4. Pastikan perancangan dan pelan tindakan ditulis dengan jelas kerana perancangan yang tidak ditulis adalah mudah dilupakan.

5. Mereka yang gagal merancang, merancang untuk gagal.

6. Selepas merancang susulilah ia dengan usaha yang gigih.

 

 

 

 

 

Tafsir Surah Az-Zukhruf – Tafsir Ayat Ke-88 dan Ke-89

0

Tafsir Surah Az-Zukhruf

Tafsir Ayat Ke-88

وَقيلِهِ يا رَبِّ إِنَّ هٰؤُلاءِ قَومٌ لا يُؤمِنونَ

Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!”

وَقِيلِهِ يَا رَبِّ

Dan katanya: Wahai TuhanKu!

Kata siapa? Kata Nabi Muhammad SAW. Ini adalah kata-kata Nabi Muhammad SAW setelah berdakwah sekian lama. Namun Musyrikin Mekah itu tetap menolak dakwah baginda. Ini adalah kata-kata rayuan baginda kepada Allah SWT.

Lihatlah kata-kata Nabi Muhammad SAW ini. Baginda sendiri tidak bertawasul kepada selain Allah SWT. Baginda terus minta dan seru kepada Allah SWT sahaja. Bukankah Nabi Muhammad itu adalah ikutan kita? Adakah contoh bagaimana Nabi menggunakan perantaraan dalam doa baginda?

Ayat ini boleh diterjemahkan begini:

Allah SWT bersumpah dengan perkataan Nabi Muhammad SAW.

إِنَّ هَٰؤُلَاءِ قَوْمٌ لَّا يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak beriman

Ini adalah kata-kata aduan dari Nabi Muhammad SAW kepada Tuhan-Nya. Setelah melihat apakah reaksi kaumnya terhadap dakwah baginda, baginda mengadu kepada Allah SWT yang kaumnya itu mungkin tidak akan beriman.

Bayangkan yang Nabi Muhammad SAW sendiri akan mengadu tentang mereka. Nabi SAW sendiri akan menjadi saksi bahawa mereka tidak beriman. Bayangkan dalam pengadilan mahkamah Allah SWT nanti, yang menjadi saksi mahkamah itu adalah Nabi Muhammad SAW sendiri.

Nabi ada juga mengadu di waktu lain dalam [ Furqan: 30 ]:

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang ditinggalkan”.

Tidakkah kita takut kalau Nabi SAW sendiri beritahu kepada Allah SWT bahawa kita buat tidak kisah kepada Al-Quran yang Allah SWT telah turunkan ini?

Bukankah ramai antara masyarakat kita yang memang buat tidak endah sahaja dengan Al-Quran ini? Mereka membaca Al-Quran, tetapi mereka tidak faham apa yang mereka baca.

Tafsir Ayat Ke-89

Apakah jawapan Allah SWT kepada kata Nabi SAW itu? Ini adalah apa yang perlu Nabi SAW dan kita lakukan kepada mereka yang tidak mahu beriman dan benci kepada Islam.

فَاصفَح عَنهُم وَقُل سَلامٌ ۚ فَسَوفَ يَعلَمونَ

(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): “Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ‘ Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! ”

“Maka janganlah engkau hiraukan mereka,

Kata dasar فَاصْفَحْ telah dibincangkan dalam ayat 5 surah ini. Kalimah ini digunakan untuk:

– Nabi dengan umat

– Ibu bapa dengan anak

– Suami dengan isteri.

Jangan hiraukan dan hukum mereka lagi kerana bila kita tidak hiraukan, kurang sedikit resah hati kita. Mereka hendak berdebat dan menentang itu adalah kerana mereka tidak faham. Allah SWT tenangkan hati Nabi dalam ayat ini supaya Nabi jangan putus asa.

Teruskan dakwah kepada manusia yang mahu mendengar. Bagi yang tidak mahu dengar, hanya mahu berdebat dan menentang sahaja, tinggalkan mereka.

Oleh itu, palingkan muka kamu dari memarahi mereka kerana marah bukanlah ubat. Cuma ajar supaya mereka boleh memahami dengan sukarela, tanpa paksaan.

وَقُلْ سَلَامٌ

dan katakanlah: ` Selamat tinggal!’

Kita disuruh kata begitu untuk habiskan perdebatan itu. Kalau cakap banyak akan buang masa. Inilah yang diajar kepada kita untuk kita katakan.

Kena tahu bahawa lafaz سَلَامٌ dalam ayat ini bukannya bermaksud ‘Salam sejahtera’ seperti yang selalu kita guna.

Tidak mungkin kita hendak kata mereka sejahtera pula setelah tolak wahyu. Maksud سَلَامٌ dalam ayat ini adalah ‘Selamat tinggal’. Ini dinamakan ‘Salam Mufaraqah’ iaitu ucapan selamat tinggal buat sementara waktu. Nanti datang lain kali di kesempatan yang lain. Ini bukanlah tinggalkan terus.

فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ

Mereka akan mengetahui kelak

Mereka akan mengetahui akibat keingkaran mereka itu di Hari Akhirat nanti. Mereka sedap sahaja menolak dakwah Nabi dan penyebar tauhid kepada mereka, tetapi nanti mereka akan merasai akibat penolakan mereka itu di akhirat kelak.

Selain itu ia boleh bermaksud mereka akan dapat kebenaran. Akhirnya nanti mereka akan tahu apakah kebenaran itu dan mereka akan beriman. Lihatlah bagaimana mereka yang tolak Nabi pada awal Islam pun ramai yang masuk Islam akhirnya.

✍🏻SESI MUZAKARAH

Tafsir surah Az-Zukhruf (Ayat 88-89)

📍Sekarang dakwah untuk mengenali tauhid, untuk meninggalkan ajaran-ajaran bebas dari syirik dan bid’ah turut dapat bidasan dan tentangan, apakah silapnya? Benarkah kekerasan, sindiran penyebab dakwah tidak di terima?

🔵Biasa sahaja. Semua Nabi zaman berzaman akan ada sahaja yang menentang. Dakwah kena berhemah kerana bukan jalan kekerasan dan sindiran yang akan memenangkan dakwah.

📍Ramai yang belum memahami sunnah maka timbul pelbagai persoalan yang memerlukan penjelasan. Pertanyaan bagi yang mula belajar ini agak asas dan kurang penting, bagi orang berilmu hanya pertanyaan anak kecil. Apakah ada batas kesabaran dalam berdakwah sebab ada orang yang hendak diajar itu lambat memahami?

🔵Kena sabar dalam mengajar dan perlu sedar untuk mereka fahami itu bukan dari kita tetapi dari Allah SWT. Ada orang memerlukan masa hendak faham. Maka jawab sahaja biar berapa kali ditanya.

Kalau tidak boleh bersabar maka mungkin dia tidak sesuai hendak berdakwah. Hanya kena bantu di belakang sahaja tidak boleh duduk di hadapan.

Lihat [ Fussilat: 34 dan 35 ]:

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

📍Ada pendapat mengatakan belajar fiqh lebih utama berbanding belajar tafsir. Fiqh lebih bersifat praktikal berbanding tafsir yang bersifat teoritikal. Apa pandangan ustaz?

🔵Tafsir adalah ilmu umum, ilmu asas. Jika hendak dapat praktikal kenalah ada teori dia dulu, bukan? Allah SWT sebut kelebihan Al-Quran dalam banyak sekali ayat Al-Quran. Malah yang lebih penting, Al-Quran ajar bab tauhid dan syirik. Kalau tauhid dan syirik masih tidak faham, pandai fiqah pun tiada mendapat pahala kerana belum sempurna imannya.

📍Adakah ucapan ” salam” yang kita ucapkan itu maksudnya sama dengan ‘assalamualaikum’?

🔵Salam: kesejahteraan

Assalamualaikum: Semoga Allah berikan kesejahteraan kepada kamu. Kalimah ‘salam’ hendak pendekkan sahaja. Macam kita cakap terima kasih. Lafaz penuh : aku ucapkan terima kasih kepada kamu.

📍Adakah ini turutan cara belajar yang betul iaitu membaca, mendengar dan menghafal? Adakah hafal itu harus sebab pernah terbaca dekat channel sunnah kena hafal dan amal. Jika amal insya Allah boleh di lakukan namun hafal agak sukar dan perlukan masa.

🔵JIka hendak belajar mesti sanggup tadah telinga hendak mendengar, gunakan akal untuk menilai dan tambahkan dengan bacaan untuk buat kajian. Ulangi cara ini. Hafal memang sangat bagus. Namun Allah SWT sudah tarik kelebihan daya ingatan zaman sekarang dan diganti dengan maklumat di hujung jari. Adil lah kan?

📍Dalam mempelajari Al-Quran, adakah wajib untuk mempelajari asbabun nuzul juga?

🔵Bergantung kepada keperluan. Ada ayat perlu tahu asbabun nuzul tetapi dalam 10% sahaja. Asbabun nuzul ini ‘tafsiran kedua’ sahaja. Tafsiran pertama tetap pada lafaz Ayat.

📍Apakah benar walaupun Nabi Muhammad SAW mengadu kepada Allah SWT, baginda tidak pernah mendoakan diturunkan azab kepada kaumnya seperti Nabi terdahulu?

🔵Tidak ada doa hancurkan semua seperti Nabi Nuh, Nabi Aad, Tsamud dan lain-lain. Namun Nabi Muhammad SAW ada doa menamakan individu tertentu agar mereka mati di Perang Badar. Kemudian Allah SWT tegur Nabi tidak doa begitu sebab ada yang Allah SWT hendak beri iman seperti kepada Abu Sufyan dan Khalid Al-Walid.

📍Adakah penggunaan perkataan”furqan” hanya untuk maksud Al-Quran sahaja?

🔵Tidak. Lihat sebagai contoh Baqarah 53. Furqan salah satu nama Al-Quran tetapi bukan untuk Al-Quran sahaja.

📍Apakah hukum mendoakan keburukan kepada orang lain?

🔵Ada juga sahabat Nabi doakan buruk tetapi tengok keadaan. Untuk kita, tidak perlu mendoakan sebegitu. Lebih baik doakan mereka diberikan hidayah sahaja ‘Ya Allah, berilah dia hidayah’

📍Bolehkah kalau orang yang menghalang dan merosakkan agama kita, kita tinggalkan selamanya biarpun ada hubungan kekeluargaan?

Bagaimana pula kalau orang itu membahayakan hidup kita?

🔵Itu memutuskan silaturrahim. Maka tidak dibolehkan. Lainlah kepada Nabi Ibrahim yang mendapat arahan Allah SWT.

Kalau mereka kafir dan menentang kita bolehlah. Namun di Malaysia tiada sebegitu. Kalau membahayakan nyawa, contohnya abang otak tidak betul maka bolehlah ditinggalkan mereka.

Mereka bukan lawan agama, tetapi sudah termasuk lawan fizikal. Maksud saya ‘penentangan agama’ masyarakat kita tidaklah teruk. Mereka melawan kerana salah faham sahaja. Boleh layan lagi dan boleh minum teh tarik lagi.

📍Apakah boleh kita ada perasaan takut dalam diri, andai termasuk dalam golongan orang munafik tanpa disedari. Apakah perasaan ini sudah termasuk was-was?

🔵Memang kena ada perasaan takut dan ini tidak termasuk was-was.

Al-Hasan al-Bashri berkata:

Tidaklah takut terhadap kenifakan kecuali seorang mukmin dan tidaklah merasa aman darinya kecuali ia seorang munafik.

(HR. Al-Bukhari dalam Kitab al-Iman)

Allahu a’lam.

Eidul Qurban: Bolehkah anak melakukan qurban untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia?

0

🔴 Bolehkah anak melakukan qurban untuk kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia?

Fatwa Arab Saudi, Ibnu Uthaimin رحمه الله‎ (rujukan Majmu Fatawa Jilid 23),

Hukum asal qurban, ia dilakukan ketika seseorang masih hidup akan tetapi sekiranya ingin melakukan qurban kepada orang yang sudah meninggal dunia, di bolehkan dalam tiga keadaan mengikut mazhab Hambali atau Arab Saudi:

1.  Memadai niat ketika menyembelih.

“diniatkan inilah qurban untuk ahlil baitku”,

diniatkan untuk seluruh ahli keluarga termasuk yang sudah menjadi meninggal dunia.

2.  Sekiranya si mati berwasiat, maka wajib ditunaikan.

3.  Secara khusus melakukan qurban untuk si mati, sememangnya dibolehkan, sama seperti badal haji dan sedekah.

Manakala Mazhab Syafie pula, tidak boleh melakukan qurban kepada orang yang telah meninggal dunia, ini adalah kerana amalan telah terputus.

Imam Syafie رحمه الله‎ menggunakan dalil Al-Quran.

Firman Allah ﷻ,

وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى

“Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya”

[ An-Najm: 39 ].

Allahu a’lam.

 

Siri Pemurnian Bid’ah – 1

0
60 Amalan bid’ah yang diamalkan di Nusantara.
Nota dari Syeikh THTL

 

1.1(Bahagian 1)
Talafudz Niat : Lafaz ushalli di dalam solat semasa mahu memulakan solat.

Samada secara jahar (kuat) atau sir (senyap) semasa mengangkat takbir. Rumah fatwa Selangor, Negeri Sembilan dan Johor, menetapkan ushalli adalah khilaf. Khilaf ialah tiada nas yang muktamad di dalam sesuatu hukum)

Penjelasan:
Difatwakan khilaf di nusantara kerana wujud di dalam kitab-kitab genre baru mazhab.

Contoh:

1. Kitab Mughni Muhtaj karya Khatib Syarbini dan al-Bahooti. Keduanya dari mazhab Syafi’iyah yang menyatakan hukumnya sunat.

2. Al-Dardir dari mazhab Maliki menyatakan hukumnya harus.

Isu ini menjadi semakin panas apabila golongan muhaqqiqin, dan aliran salafiyah atau ahli hadith dan gerakan sunnah seperti Ibnu Taymiyah rhm, muridnya Ibnu Qayyim rhm, dan buku Talbis Iblis karya Ibnu Jauzi rhm yang membid’ahkan talafudz niat. Ini kerana hukum asal di sisi mazhab Syafi’iy sendiri dan Imam an-Nawawi rhm.

Imam Asy-Syafi’i rhm berkata,

الوسوسة في النية الصلاة و الطهارة من جهل بالشرع أو خبل بالعقل

Terjemahan:
“Was-was dalam niat solat dan taharah itu adalah kebodohan terhadap syariat atau kekurangan warasan dalam akal”
(Al Amru Bil Ittiba’ Wan Nahyu ‘Anil Ibtida’, 28)

Menurut al-Syuyuti:

ومن البدع أيضاً: الوسوسة في نيّة الصّلاة، ولم يكن ذلك من فعل النبي – صلى الله عليه وسلم – ولا أصحابة، كانوا لا ينطقون بشيء
من نية الصلاة بسوى التكبير. وقد قال تعالى: لقد كان لكم في رسول الله أُسوة حسنة

Terjemahan:
“Termasuk bid’ah, was-was dalam niat solat. Nabi saw dan para sahabat beliau tidak pernah begitu. Mereka tidak pernah sedikitpun mengucapkan lafaz niat solat selain takbir”

Hukum muttakhir, lafaz niat adalah bid’ah. Ini hukum asal di dalam mazhab Syafi’iy. Kajian para muhaqqiqin mendapati banyaknya terjadi masalah akibat talafudz niat yakni terjadinya wabak was-was ketika hendak berniat.

Persoalan yang perlu dirungkai atau diteliti. Siapa yang menjadikan talafudz niat dari bid’ah kepada khilaf?

 

1.2. Dari mana asalnya talafudz niat ini muncul?

Talafudz Niat: Niat yang dilafazkan untuk membantu hati.

Ia di mulai oleh Imam Abu Abdillah al Zubairi. Wafat pada tahun 317H di Basrah, Iraq.

(ابوعبد الله الزبير بن أحمد بن سليمان بن عبد الله بن عاصم بن المنذر بن الزبير بن العوام الأسدي.

Abu Abdillah al Zubair susur galurnya dari keturunan az Zubair bin Awwam ra. Imam Abu Abdillah al Zubair telah salah di dalam memahamj perkataan Imam Asy-Syafi’i rhm iaitu ketika menyimpulkan bahawa wajib melafazkan niat dalam solat dari perkataan beliau.

Ini disebabkan oleh salahfaham beliau terhadap ungkapan Imam Asy-Syafi’i rhm yang berikut:

إذا نوى حجّاً وعمرة أجزأ، وإنْ لم يتلفّظ وليس كالصّلاة لا تصح إلا بالنّطق

Terjemahan:
“Jika seseorang berniat haji atau umrah maka itu sah walaupun tidak diucapkan. Berbeza dengan solat, solat tidak sah kecuali dengan an Nutq (lafaz)”

Imam An Nawawi rhm berkata:

قال أصحابنا: غلط هذا القائل، وليس مراد الشافعي بالنّطق في الصّلاة هذا، بل مراده التكبير

Terjemahan:
“Para ulama mazhab kami berkata, yang berkata demikian telah salah. Bukanlah maksud Imam Asy-Syafi’i rhm itu melafazkan niat di dalam solat, namun maksud an Nutq adalah takbir”
(Al Majmu’, 3/243)

Syarah:
Imam syafi’i rhm di dalam al-Umm, ketika membicarakan Ibadah Umrah dan Haji, di dalam bab Niat di Miqat.

Kita disunatkan melafazkan Niat haji dan umrah dengan kuat, Labbaika Umratan wa Hajjan. Imam Asy-Syafi’i rhm berkata, ungkapan lafaz itu cuma sunat akan tetapi untuk solat perlu dilafazkan.

Lafaz yang dimaksudkan dengan solat bukan lafaz niat tetapi bertakbiratul Ihram. Apa yang di fahami oleh Imam Abu Abdillah al Zubairi adalah Imam Asy-Syafi’iy mewajibkan lafaz niat ketika solat.

Akan tetapi kesilapan Imam az Zubairi telah berkembang menjadi suatu fenomena talafudz dan ushalli di nusantara. Fenomena ini terjadi kerana tidak sampainya kalam Imam an-Nawawi rhm kepada umat nusantara.

Maka, yang sahih Nabi saw tidak memulakan solat dengan lafaz niat solat.  Dalil hadith:

Dari ‘Aisyah Radhiallahu’anha berkata:

كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يستفتح الصَّلاة بالتّكبير

Terjemahan:
“Adapun Rasulullah saw memulai salatnya dengan takbir”
(HR. Muslim, no.498)

Menurut pendapat Imam Asy-Syafi’i rhm, bil Nutq adalah takbir bukan ushalli.

Hukum:
Talafudz niat adalah bid’ah kerana menyalahi sifat solat Nabi saw dan merupakan kesilapan dalam memahami matan kenyataan Imam Asy-Syafi’iy rhm. Inilah kesilapan Imam Abu Abdillah az Zubairi rhm dari Basrah.

 

Popular

Iklan

Iklan