Utama Blog Halaman 111

Soal Jawab Fiqh Wanita /9

0

SOALAN NIFAQ

1. Hadith yang 30 sahabat ini, Nabi SAW ada ajar berdoa dari nifaqkan?

‎وقال ابنُ أبي مُلَيْكَة : أَدْرَكْتُ ثَلاَثِيْنَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبيِّ – صلى الله عليه وسلم – كُلُّهُمْ يَخَافُ النِّفَاقَ عَلَى نَفْسِهِ .

Ibnu Abi Mulaikah pernah berkata: Aku telah mendapati 30 orang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, semuanya khawatir pada dirinya tertimpa kemunafikan.”
(HR. Bukhari no. 36)

JAWAPAN

Allahu a’lam. Hadis ini hendak beritahu, jangan rasa selamat sangat dengan iman. Kena jaga iman kita. Kalau sudah beragama Islam pun, belum tentu selamat. Kena istiqamah dalam agama. Kena selalu perbaiki diri. Takut kita terjatuh ke lembah kemunafikan.

 

2.Boleh jelaskan maksud Nifaq i’tiqadi dan nifaq ‘Amali?

JAWAPAN

Nifaq ada dua jenis: i’tiqadi dan amali.

Nifaq i’tiqadi : Ini adalah orang yang kufur dalam hatinya, tetapi dia mengaku Muslim. Memang dia tidak percaya kepada agama. Namun kerana agama Islam kuat, maka dia ambil kesempatan dan dia merosakkan agama dan orang Islam dari dalam. Mereka ini paling teruk dan mereka inilah yang akan duduk di kerak neraka.

Nifaq amali : Ini adalah mereka yang ada iman, tetapi mereka juga ada sifat munafik. Tengok mana yang lagi banyak. Kalau lagi banyak sifat munafik, boleh menjerumuskan ke lembah kemunafikan yang i’tiqadi. Mereka ini adalah golongan yang jahil agama. Mereka tidak baiki agama mereka, mereka rasa diri sudah selamat. Mereka ini sangka mereka beriman, tetapi mereka jahil tentang iman. Maka sangkaan mereka itu salah.

Ini yang kita paling takut kerana kita tidak kufur. Kita pun sangka kita beriman. Nifaq i’tiqadi itu memang kufur pun. Macam Abdullah bin Ubay, memang munafik jenis kufur. Namun ada sahabat yang munafik amali sahaja tetapi kerana mereka tetap duduk dengan nabi, dengar pengajaran, maka mereka telah memperbaiki diri mereka. Allahu a’lam.

 

3. Maksudnya kita memang betul-betul tidak selamat lagi? Boleh jelaskan tentang tidak perbaiki agama?

JAWAPAN

Siapa rasa selamat, tidak selamatlah tu. Baiki agama dengan terus belajar kerana kita pun tidak pasti apa yang kita ada sekarang ini benar atau tidak. Kena pertingkat ilmu agama kita.

 

4. Teringat akan hadith ini. Buat muhasabah diri kita bersama.

DOSA DI PANDANGAN INSAN ITU BERBEZA.

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu mengatakan;

“Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosanya seakan-akan ia duduk di sebuah gunung dan khawatir gunung tersebut akan menimpanya. Sedangkan seorang yang fajir (yang gemar maksiat), ia akan melihat dosanya seperti seekor lalat yang lalu begitu saja di hadapan hidungnya.”
(HR Bukhari )

Status hadith ini SHAHIH. Wallahua’lam

JAWAPAN

Benar.

 

5. Memang tidak selamat ustaz, lebih-lebih lagi belajar tafsir hari ni. Dalam tidak sedar banyak betul mengeluh, turun hujan lebat mengeluh, panas terik mengeluh, penat buat kerja mengeluh, ustaz lambat masuk mengajar tafsir pun mengeluh.
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Surah ar Rahman

JAWAPAN

Ya, kena banyak bersabar.

 

 

SOALAN KEMATIAN DAN KUBUR

1.Ada kaitan atau dalil sahih berkenaan dengan meninggal hari Jumaat dengan meninggal sebagai petanda ‘almarhum/mah’ tersebut pergi dengan cara atau sebab dia masa hidupnya memang baik?

JAWAPAN

Tiada dalil kelebihan mati hari umaat. Husnul khatimah adalah perkara ghaib yang kita tidak pasti. Cuma ada perbincangan tentang tanda-tandanya. Contohnya dahi berpeluh dengan keringat, mati semasa sedang buat ibadat dan lain lain.
Kita doakan sahaja mereka yang telah pergi itu.

 

2. Adakah di dalam kubur nanti bacaan quran kita akan temankan kita?

JAWAPAN

Ya. Surah Baqarah dan Ali Imran. Baqarah lagi lama temankan. Sila cari hadis kelebihan surah Baqarah tetapi, bukan baca di mulut sahaja lah. Kita kena faham yang apabila dikatakan ‘baca’, ia bermaksud baca-faham-amal-sebar.

Abu Umamah Al-Bahili berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ

Maksudnya: “Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat ia datang memberi syafa’at kepada orang yang membacanya. Bacalah Az-Zaharawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali-Imran kerana pada hari kiamat kedua-duanya akan datang bagaikan awan atau bayang-bayang, atau kedua-duanya seakan dua kumpulan burung yang berhujjah mempertahankan tuannya. Dan bacalah olehmu akan surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya mengambilnya adalah keberkatan, meninggalkannya adalah kerugian, dan sihir tidak akan mampu menghadapinya.”
(HR. Muslim, M.S no: 1337).

Ia dan ada lagi hadis hadis yang lain. Ada hadis lain yang menyebut bagaimana surah Baqarah itu akan teman lebih lama dari surah Ali Imran. Dari hadis-hadis itu mmg memberitahu kita ada kelebihan pada surah Baqarah.

Kelebihan Surah Mulk.

1) حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ مَرْزُوقٍ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنَا قَتَادَةُ عَنْ عَبَّاسٍ الْجُشَمِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سُورَةٌ مِنْ الْقُرْآنِ ثَلَاثُونَ آيَةً تَشْفَعُ لِصَاحِبِهَا حَتَّى يُغْفَرَ لَهُ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Telah menceritakan kepada kami ‘Amr bin Marzuuq, telah mengkhabarkan kepada kami Syu’bah, telah mengkhabarkan kepada kami Qataadah, dari ‘Abbaas Al-Jusyamiy, dari Abu Hurairah, dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda, “Surat dari Al-Qur’an yang berjumlah tiga puluh ayat, ia dapat memberikan syafa’at bagi yang membacanya hingga dia diampuni Allah, (surat itu adalah) Tabarakalladzi biyadihil mulku (Surat Al-Mulk).”
[Sunan Abu Daawud no. 1400; Jaami’ At-Tirmidziy 2/728; Sunan Ibnu Maajah 4/241; Musnad Ahmad no. 7915] – Hasan. Dihasankan Syaikh Al-Albaaniy dalam Shahiihul Jaami’ no. 2091 dan dishahihkan Syaikh Ahmad Syaakir dalam Ta’liiq Musnad Ahmad 15/129.

2) حَدَّثَنَا هُرَيْمُ بْنُ مِسْعَرٍ التِّرْمِذِيُّ حَدَّثَنَا الْفُضَيْلُ بْنُ عِيَاضٍ عَنْ لَيْثٍ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَا يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ وَتَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Telah menceritakan kepada kami Huraim bin Mis’ar At-Tirmidziy, telah menceritakan kepada kami Al-Fudhail bin ‘Iyaadh, dari Laits, dari Abu Az-Zubair, dari Jaabir -radhiyallahu ‘anhu-, bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam dahulu tidak tidur hingga beliau membaca “Alif Laam Miim Tanziil (As-Sajdah)” dan “Tabarakalladzi biyadihil mulku (Al-Mulk).”
[Jaami’ At-Tirmidziy no. 2892; Musnad Ahmad no. 14249] – Shahih lighairihi dengan syawahid. Dishahihkan Syaikh Al-Albaaniy dalam Silsilatu Ash-Shahiihah no. 585.

Penekanan dari saya, ini bukan baca sahaja, itu baca tanpa faham. Memang dapat pahala kalau baca tanpa faham tetapi yang lebih penting adalah pengajaran di dalamnya. Jadi kena baca dengan faham. Kalau baca, tetapi langgar arahan arahan dalam Quran itu, apa jadi agaknya?

 

3. Adakah ini sahih? Disebutkan dalam Tafsir Ibn Kathir hadis berikut:

Daripada Ibn Abbas berkata: “Sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w. mendirikan khemah di atas sebuah kubur, sedangkan dia sendiri tidak mengetahui bahawa itu adalah sebuah kubur. Tiba-tiba ada satu kubur manusia yang (terdengar) sedang membaca surah al-Mulk hingga selesai. Maka sahabat itu pun datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata: “Ya Rasulullah, saya mendirikan khemah di atas satu kubur, sedangkan saya tidak mengetahui itu adalah kubur. Tiba-tiba (terdengar) suara manusia membaca surah al-Mulk Tabaarak sehingga selesia.” Maka bersabda Rasulullah s.a.w.:”Itu adalah surah pelindung, itu adalah surah penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur.”” (Riwayat at-Tirmizi)

Terselamat Daripada Azab

Hadis ini semakna dengan hadis lain daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda dengan maksud: “Terdapat satu surah dalam al-Quran yang hanya (terdiri dari) tiga puluh ayat dan akan membela orang yang selalu membacanya (di hadapan Allah S.W.T.) sehingga dia dimasukkan ke dalam syurga, iaitu surat: “Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan” iaitu surah al-Mulk.”

(Riwayat Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath (no. 3654) dan al-Mu’jam ash-Shagir (no.490), dinyatakan Sahih oleh al-Haitsami dan Ibnu Hajar)

Maka, surah al-Mulk jika diamalkan setiap hari tidak hanya menyelamatkan seseorang daripada azab kubur, tetapi juga menemaninya sehingga sampai ke dalam syurga. Justeru itu, surah al-Mulk ini termasuk surah-surah al-Quran yang biasa dibaca oleh Rasulullah s.a.w. sebelum tidur di malam hari, kerana agungnya kandungan maknanya.
(Riwayat at-Tirmizi (no. 2892) dan Ahmad (3/340)

JAWAPAN

Sahih, sebab sudah ada tahqiq dalam artikel tersebut dinyatakan Sahih oleh (al-Haitsami dan Ibnu Hajar). Surah al Mulk menjadi syafaat kepada yang menghafal dan membacanya adalah hadith sahih.

 

 

SOALAN AMALAN MEMBACA AL-QUR’AN

1.Bagi yang membaca Qur’an tetapi tidak amalnak seperti orang munafik bau seperti buah rahainah tetapi pahit.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada perumpamaan Allah sebut dalam satu surah , macam keldai bawa kitab-kitab tebal. Beginikah ustaz bagi orang yang tidak ambil pelajaran dari bacaan al-Qur’an? Baca Quran dapat pahala, tadabur isi dan ikuti arahan di dalam Quran dapat bonus. Baru berjaya menjadi orang yang digelar rabbani?

JAWAPAN

Ya. Tidak belajar. Bila tidak belajar, tidak faham.

مَثَلُ ٱلَّذِينَ حُمِّلُوا۟ ٱلتَّوْرَىٰةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًۢا ۚ بِئْسَ مَثَلُ ٱلْقَوْمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ ۚ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّلِمِينَ

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.(Al-Jumu’ah – 5)

📌Faham tafsir Qur’an itu wajib. Macam mana hendak selamat kalau Qur’an tidak faham? Sedangkan ia sumber agama. Bila sudah faham, bila baca dapat tambahan pahala. Jadi faham dan tadabbur isi Qur’an itu adalah wajib, bukan bonus.

 

2. Mesti peruntukkan satu waktu untuk membaca al-Qur’an, takut juga tergolong dalam golongan yang ada dalam hadith Bukhari itu?

Teringat hadith ini ustadz: Disyariatkan bagi seorang muslim untuk selalu menjaga dan memelihara hafalan Al-Quran agar tidak hilang dari ingatannya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi – shallallahu ‘alaihi wa sallam -,

تَعَاهَدُوا الْقُرْآنَ فوَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَهُوَ أَشَدُّ تَفَلُّتًا مِنَ اْلإِبِلِ فِيْ عَقْلِهَا

“Jagalah Al-Quran. Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, sungguh Al-Quran itu lebih mudah lepas daripada seekor unta yang lepas dari talinya.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 5033 dalam kitab Fadha’il al-Qur’an, bab (22), dan diriwayatkan Muslim, no. 791 dalam kitab Shalat orang yang bepergian dan qashar,
bab (23) dari hadits Abu Musa al-Asy’ari z.)

JAWAPAN

Ini tentang hafalan. Kita kena ingat, kita belajar tajwid dan hafal kerana tujuannya adalah untuk kita ingat ayat-ayat Quran dan supaya mudah untuk kita selalu baca dan ingat kembali apa yang Allah hendak beritahu kepada kita. Namun kalau baca dengan baik, hafal 30 juzuk, tetapi tidak faham apa yang dibaca, adakah itu sudah selamat? Tentu tidak.

Oleh itu, yang utama adalah faham Quran dengan belajar tafsir.
Ramai orang kita suka baca sahaja, tapi tak faham. Saya beri perumpamaan.

Ada orang bagi nota kat kita, tulis ‘ni mang ma?’. Kita pun ‘baca’, tetapi tidak faham mandarin kita tidak tahu maksud. Jadi, bolehkah kita dikata telah ‘baca’ nota itu? Kita tidak baca sebenarnya, kita ‘eja’ sahaja, bukan? Mulakan dengan tahu terjemah (awak sibukkah?) Kemudian tahu makna disebaliknya (dia tanya sibuk tu, sebab nak ajak awak jumpalah).

 

3. Lagi bagus kalau dapat fahami bahasa Al-Qur’an ni. Umur semakin pendek tetapi bahasa al-Qur’an cuma tahu sedikit sahaja.

JAWAPAN

Betul sangat kerana Quran dalam bahasa Arab tetapi jangan tunggu tahu bahasa Arab baru hendak belajar tafsir. Saya ada ajak seorang ni untuk belajar tafsir. Dia kata hendak belajar bahasa Arab dulu. Sekarang suah 5 tahun berlalu masih tidak belajar bahasa Arab lagi.Walaupun belum belajar bahasa Arab masih boleh belajar tafsir sebab sudah ada terjemahan dan ada orang yang tafsir dalam bahasa Melayu. Boleh terus fahami.

Yang halus-halus dalam Quran, keindahan bahasanya, itu boleh dapat apabila faham bahasa Arab. Lagi indah dan lagi faham tetapi kena mulakan dengan belajar tafsirlah.

 

4. Jika langsung tidak mahu membaca Quran apa hukumnya? Adakah ini maksudnya orang sebegini yang tidak mahu ambil pelajaran?

JAWAPAN

Nama Qur’an itu dari bahasa pun ‘selalu dibaca’. Qur’an pun az -zikru. Pemberi ingat dan hendak ingatkan kembali apa yang dah dibaca. Nabi ,sahabat dan ulamak banyak baca Qur’an. Berlagak sungguh kalau tak mahu selalu baca Qur’an. Kita ini insan yang selalu lupa. Diingatkan dengan selalu baca Qur’an.

 

5. Belajar mesti kena ada guru kan? Sebab tidak yakin bila baca sendiri, takut lain yang kita paham, lain maksud ayat.

JAWAPAN

Benar. Itu Pada peringkat awal. Selepas sudah ada pemahaman asas, boleh tambah dengan baca sendiri. Bukanlah tidak boleh kalau hendak baca sendiri kitab-kitab lain. Cuma kena dapatkan pemahaman asas.

 

6. Ada yang mengatakan bahawa akhlak Rasulullah adalah akhlak al Quran, jadi mereka yang belajar tafsir al quran tetapi tidak ikut apa yang dinyatakan di dalam al Quran seperti di dalam Ali Imran itu contohnya. Maka adakah dia sebenarnya tidak tadabbur isi kandungan al quran?
Contohnya dia belajar tafsir al Quran tetapi dia bersikap kurang ajar kepada orang yang lebih tua, tidak menghormati guru, baran dan lain-lain.

JAWAPAN

Ya, membaca tetapi tidak amalkan jadi tidak berguna juga macam orientalis, mereka kaji Quran, tetapi tidak beriman. Adakah hendak jadi macam itu?
Namun, kita husnul zhon, mungkin dia belum dapat amalkan lagi. Semoga Allah SWT beri taufik kepada dia. Ini kerana bila kita belajar, ada dua kemungkinan:
1. Benda kita dah tahu – ini beres
2. Benda kita baru tahu – ini kena terima sebab dalam Quran.

Tapi dari yang dah tahu itu pun, ada dua kemungkinan:
1. Benda kita boleh amalkan – ini beres.
2. Benda kita tidak boleh nak amalkan kerana susah.

Perkara yang tidak boleh amalkan lagi itu, ada dua tindakan:
1. Kena usaha amal. Baiki diri.
2. Kena minta maaf siap-siap kepada Allah SWT kalau kita tidak dapat amalkan (sementara hendak baiki diri) dan minta Allah SWT beri taufik (kekuatan) untuk kita amalkan.

 

 

SOALAN AKHLAK KE SYURGA

Ada yang menyatakan bahawa akhlak ini juga penentu utama kita untuk ke syurga selain solat yang terjaga. Maksudnya jika kita hasad dengki pada seseorang dan berbuat kezaliman/aniaya pada seseorang ia akan di balas di akhirat kelak dan di masukkan ke neraka dahulu.
Sehingga ada hadith Nabi yang menyatakan bahwa seorang wanita yang banyak amal ibadatnya kepada Allah SWT namun, ia di masukkan ke neraka kerana mengurung kucingnya tanpa memberi makanan hingga mati kebuluran kucingnya..

Jadi di sini akhlak dan sifat ihsan juga penentu sama ada ke neraka atau syurga kan?

JAWAPAN

Quran selalu suruh kita capai tingkat ihsan. Ini adalah tingkat terbaik dan Nabi ajar kita untuk perbaiki akhlak (dari خلق bermaksud kejadian – jadi akhlak maksudnya kejadian yang baik). Memang kena buat baik dengan makhluk kerana Quran juga ajar perbaiki adat (antara makhluk dan makhluk) – ibadat pula hubungan antara makhluk dan Khaaliq.

Sebab itu ada hadis tentang kucing dan anjng itu. Ada orang masuk syurga kerana beri anjing minum air dan ada wanita yang dimasukkan ke dalam neraka kerana berbuat buruk kepada haiwan.
Kalau dengan haiwan buat zalim pun masuk neraka, bagaimana pula kalau dengan manusia?

 

 

SOALAN MENGENAI HATI

Mengenai kisah seseorang itu penah dianayai dan ditipu serta dimalukan @ diperbodohkan oleh seseorang. Dia sudah maafkan dan cuba perbaiki kehidupan dia tetapi setiap kali dia teringat kisah yang dia pernah tempuhi, dia kembali sedih dan menangis. Bukan niat untuk meratapi atau menangisi apa yang telah berlaku cuma kekadang tidak paham kenapa msih terngiang-ngiang di fikiran. Adakah berdosa hukumnya berasa sedih apabila mengenangkan kisah sedih yang pernah ditempuhi?

JAWAPAN

Perasaan ini dinamakan ‘ghil’. Ada rasa tidak selesa. Biasalah kita manusia.. Cuba hendak hilangkan pun tidak boleh. Hanya Allah SWT boleh hilangkan.
Seperti disebut dalam Hijr:47

وَنَزَعنا ما في صُدورِهِم مِن غِلٍّ إِخوانًا عَلىٰ سُرُرٍ مُتَقابِلينَ

Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.

Allah SWT yang membolak-balikkan hati, serah pada Dia sahaja. Dan kalau tidak hilang juga, memang begitulah. Di syurga nantilah akan dihilangkan.

Nabi juga manusia. Maish ingatkah kisah Wahsyi yang bunuh Saidina Hamzah? Wahsyi masuk Islam ditangan Nabi. Nabi terima, tetapi Nabi sampai tidak boleh nak tengok muka Wahsyi ini. Ini sifat manusia.

📌Peringatan untuk kita jaga mulut kita kerana kata-kata tidak boleh diubah. Bila sudah sakit hati itu, memang kadang sampai bila-bila. Saya bagi eksperimen – ambil pinggan kaca. Lempar ke lantai.. tentu ia pecah bukan? Sekarang awak sambunglah balik pinggan itu jadi semula jadi? Boleh? Tentu tidak boleh… begitu jugalah dengan hati manusia.

 

 

SOALAN TENTANG KHILAFIYAH

1. Saya masih ada persoalan dalam bab khilafiyah.

Apa yang dimaksudkan dengan mujtahid, muqallid dan muhtat? Seorang mufti itu termasuk dalam golongan mana? Apakah kita sebagai orang awam tergolong dalam golongan talibul ilmi (penuntut ilmu) sahaja atau sebenarnya muqallid?

Apakah perbezaan antara taklid mazhab dan taklid ashabul wujuh dalam mazhab?

JAWAPAN

1. Mujahid dari kalimah ‘jahada’ yang bermaksud berusaha untuk cakap kepada sesuatu keputusan hukum dan hukum itu tidak ada dalam nas. Bila tidak ada dalam nas, maka ulama yang layak boleh buat ijtihad. Ijtihad ini mungkin benar dan mungkin salah. Mungkin ulama lain pula cakap keputusan yang lain pula.

2. Muqallid adalah orang yang ikut. ikut sahaja tanpa usul periksa.

Ini lain dengan muttabi’ yang ikut pendapat seseorang itu berdasarkan hujah iaitu apabila ulama keluarkan fatwa atau hukum, dia berikan sekali dengan dalil. Maka muttabi’ sebenarnya ikut dalil itu, bukan ikut pendapat ulama itu.

Kita sepatutnya jadi muttabi’. Kita ikut mana-mana pendapat ulama kerana berdasarkan kepada dalil yang diberikan oleh ulama itu. Inilah yang selamat. Kerana kalau kita jadi muqallid, pakai terima sahaja pandangan yang diberikan tanpa tahu dalil, amat bahaya. Kalau ulama itu salah, macam mana?

Muhtat, saya tidak tahu.
Mufti adalah tahap muttabi’. Lainlah kalau dia sampai ke tahap mujtahid tetapi sekurang-kurangnya dia muttabi’. Dia buat fatwa berdasarkan kepada dalil yang ada.

Ashabul wujuh adalah kedudukan ulama yang tinggi dalam mazhab Syafie. Ada beberapa orang (saya tidak mahir dengan nama-nama mereka). Ia sama sahaja, sesiapa pun, apabila keluarkan fatwa dan hukum, kena berikan dalilnya.

 

2. Apakah salah kita sebagai orang awam berpegang teguh atau syadid dalam hal khilafiyah tetapi tidak meremehkan pandangan orang lain? Hanya nyatakan pendapat kita sahaja?

JAWAPAN

Tidak salah kalau berpegang dengan satu pendapat yang kita tahu dalilnya. Kalau ia hal khilafiyah pun, kita ada hak untuk pilih satu pendapat. Kita hormat juga pendapat orang lain.

Contoh, kita tahu qunut adalah hal khilafiyah tetapi kita pilih pendapat yang mengatakan ia tidak sunat kerana dalil tidak kuat untuk mengatakan ia sunat.
Kalau orang lain yang kata ia sunat, dia pun ada dalil yang dia lebih selesa, silakan… tetapi jangan salahkan kita pula kalau kita tidak berpegang dengan pegangan itu. Hormat pandangan orang lain, bukannya bermaksud kita terima.

 

3. Adakah maksud muttabi’ ialah dia ittiba’ pada ajaran Rasul?
Boleh ustaz terangkan maksud mutaqaddimin dan mutaakhirin dalam hadith?

JAWAPAN

Ya. Ittiba’ itu ikut betul betul. Kalau kita jalan di pantai, kita ikut tapak orang yang di depan kita. Itulah maksud ittiba’.

– Mutaqqdimin golongan awal.
– Mutaakhirin golongan kemudian.
Generally 300 tahun pertama itu adalah mutaqaddimin.

 

4. Adakah 300 tahun pertama itu bermaksud kelahiran mereka?

JAWAPAN

Ya. Lebih kurang. Kita ikut mereka.

 

5. Maksud hadith ini, ialah zaman para sahabat, tabien, tabi’ut tabien. Mereka adalah kurun terbaik dan amalkan Islam yang benar. Hadith ini harus diketahui bagi sesiapa yang mengikut sunnah.

Dari Abdullah ibn Mas’ud radhiyallahu anhu, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah (yang hidup) di zamanku, kemudian orang-orang setelahnya, kemudian orang-orang setelahnya”.
HR. Bukhari, no. 2652, Muslim, no. 6635.

JAWAPAN

Yer, hadis ini. Satu kurun dikatakan sebagai seratus tahun. Jadi tiga kurun, oleh itu ulama-ulama dalam kurun 300 tahun yang pertama selepas Nabi itu dikira sebagai golongan yang terbaik.

 

6. Dalam bab khilafiyah ini ada saya tengok mereka gunakan istilah tertentu macam talfiq mazhab. Apakah maksudnya?

JAWAPAN

Talfiq itu maksudnya tukar mazhab. Pilih mana hendak senang. Tidak boleh macam tu. Kalau kita pilih mana yang lebih hampir dengan sunnah, tidaklah salah.

 

7. Ulama’ macam Ibnu Hazm dan Albani itu digelar mutaakhirin? Oleh kerana itu timbul perselisihan dan percanggahan dalam bab khilafiyah dengan ulama’ muktabar yang digelar mutaqaddimin. Begitu ustadz?

JAWAPAN

Ibn Hazm mazhab Zahiri. Susah kalau hendak pakai pendapat dia.Walaupun ulama dari segi lahirnya mutaakhirin, tetapi mereka berpegang dengan pendapat mutaqqdimin. Itulah kita katakan manhaj Salaf. Salaf dari segi iktikadi, bukan dari zamani (zaman).

Macam kita, kita lahir zaman sekarang tetapi kita kena berpegang dengan pendapat ulama salaf itu.’Salaf’ pun bermaksud ulama tiga kurun pertama itu juga. Nama sahaja lain.

 

8. Kalau macam solat sunat tasbih, ulamak mutaqqadimin mendhaifkan hadith solat sunat tasbih tetapi ulamak mutaakhiriin, mensahihkan. Jadi kalau saya, saya pegang pendapat mutaqqadimin sebab mereka lebih kukuh ilmu hadithnya. Beginilah cara kita hendak fahami antara perbezaan pendapat atau khilafiyyah dalam satu isu.

JAWAPAN

Ya, ustaz Basit sudah sentuh perkara ini. Ada yang kata dhaif dan ada yang kata sahih. Jadi kalau hendak buat, bolehlah. Ustaz Basit sendiri kata dia tidak buat.

 

9. Jadi untuk menjadi muttabi kita memang kena belajar betul-betul dan faham fiqh dalil nikan? Bukan ikutan.

JAWAPAN

Yer, kena tahu apakah sandaran ulama yang buat keputusan dalam hukum. Dia bagi pendapat dan dia bagi hujah dari dalil sebagai asas pendapatnya itu. Tidaklah dia beri pendapat dia sahaja.

 

 

SOALAN MENGENAI SALAF

1.Dari mana datang perkataan salaf ni ustadz? Adakah salaf ini ada penjenisan? Sebab saya pernah dengar salaf lighairihi dan nama yang lain. Jika ada jenis, salaf yang kita ikuti ni jenis yang mana? Salafi dan salafiyyah itu penama kepada orang yang mengikuti manhaj salaf ni ke ustadz?

JAWAPAN

‘Salaf’ dari segi bahasa adalah ‘lepas’, iaitu golongan yang lepas. Ia merujuk kepada tiga golongan awal dalam Islam. Kita wajib ikuti mereka kerana banyak ke arah itu. Hadis di atas adalah antaranya.

Juga dalil dari ayat Quran: ”Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah SWT redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah SWT…. Taubah: 100.

‘Salafi’ pula dinisbahkan kepada mereka yang hendak ikut jalan salafussoleh ini. Tambah ‘i’ sahaja. Macam kita dari Malaysia, dalam bahasa Arab dipanggil Malizi. Itu kitalah sebab itu ada yang tambah salafi depan nama mereka.

 

2. Tentang jenis salaf. Kenapa Mufti Menk ada kata terdapat pembahagian? Ada yang jenis tegas dan lain-lain? Benarkah begitu ustadz? Benarkah salafiyyah ini panggilan untuk wanita yang mengikuti manhaj salaf? Saya tidak pasti antara Mufti Menk atau Dr. Zakir Naik yang menyatakan begitu dalam video.

JAWAPAN

Saya tidak tahu apa yang Dr. Zakir Naik kata. Pada saya, salafi dan salafiah sama sahaja – terma yang ditukar-tukar. Sama macam saya katakan, saya tidak setuju dengan lebelan. Ada aswaja, ada salafi, ada itu dan ini. Kita semua disuruh gelar diri kita ‘Muslim’. Memang kita kena ikut salafi, tetapi tidak perlulah hendak tukar nama jadi salafi. Begitulah yang disebut oleh Mufti Menk dan DZN. Kita semua kena bersatu, bukannya hendak pecah-pecah. Bila sudah ada kumpulan, sifat manusia memang hendak benarkan kumpulan dia, dan salahkan kumpulan lain.

 

3. Saya setuju dengan pendapat bahawa kita lebih baik cakap kita muslim sahaja dan kita ikut mana ajaran/nasihat yang betul darI mana-mana ustadz/ulama’ yang berpandukan al-Qur’an dan sunnah Nabi. Begini sepatutnya kan?

JAWAPAN

Benar.

 

 

SOALAN MENGENAI GOLONGAN SUFI

1.Adakah kita boleh mendengar tazkirah tazkiyatun nafs contoh berkaitan berkawan dengan orang berilmu dari ahli sufi? Tazkirah ringkas daripada mereka yang tidak melibatkan ibadah/ibadat. Sebelum ni saya ada melihat juga perkongsian dari kakak saya berkaitan tazkirah dari Habib Ali Zaenal Abidin tetapi tazkirah biasa sahaja berkaitan berbuat baik sesama muslim contohnya.

JAWAPAN

Tidak perlu sebab nanti mereka selit ajaran salah. Kita pergi makanan restoran orang bukan Islam dah hendak kena pilih mana makanan boleh makan dan tidak. Lebih senang makan dekat restoran orang melayu sahaja?
Lebih baik dengar dari ustaz sunnah sudah. Masa kita bukannya banyak. Terdapat banyak lagi ilmu dari ustaz sunnah yang kita hendak pelajari. kan? Tidak susah ke sambil dengar tu, kena fikir: ini betul boleh pakai, ini nampak macam salah sahaja.

 

2. Sebelum ni saya jarang sekali dengar ceramah dari Maulana Asri. Bila tengok laman blog orang sunnah baru saya tahu banyak video dari Maulana Asri tentang syiah dan pengetahuan lain yang saya tidak tahu selama ini. Terasa macam baru sangat dalam sunnah ni. Selama ini banyak tengok video dari Dr. Maza, Dr. Rozaimi, Dr. Fathul Bari dan Dr. Zakir Naik sahaja. Rupanya ada lagi yang saya ketinggalan.

JAWAPAN

Ya, banyak sangat. Tidak cukup masa hendak dengar semua. Jadi kenapa hendak buang masa dengar dari golongan bidaah itu? Memang ada bahagian yang benar dari yang mereka kata itu, tetapi sudah susah pula hendak tapis. Saya hendak mudahkan anda sahaja.

 

 

SOALAN KEPERLUAN MENUNTUT ILMU

Isteri hendak keluar menuntut ilmu fardhu ain di tempat yang jauh dari tempat tinggal kerana isteri yakin hanya ditempat tersebut pengajaran berlandaskan al-Qur’an dan hadis. Suami tidak berkemampuan mengajar ilmu tersebut dan suami juga ingkar perintah Allah SWT (tidak solat 5 waktu). Isteri hendak bawak anak perempuannya sekali. Jika suami tidak izinkan, adakah berdosa isteri tersebut keluar juga?
Sebagai info tambahan, suami sudah beristeri dua dan sekarang ada kawan wanita di luar rumah. Jika isteri tidak bahagia dalam rumahtangga, bolehkah isteri keluar menuntut ilmu untuk mencari ketenangan? Mohon penjelasan ustaz.

JAWAPAN

Hukum asas, isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suaminya, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَقَرْنَ فِي بُيُوْتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ اْلأُوْلَى

“Tetaplah kalian tinggal di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliah yang awal.” (Al-Ahzab: 33)

Dibenarkan kalau ada keperluan mendesak sangat. Menuntut ilmu bukan salah satu darinya. Maaf. Masih ada alternatif belajar di rumah.

 

 

SOALAN TENTANG BOMOH DAN SYIRIK

Mengenai seorang sahabat, dia ada ketulan disalah satu bahagian badan. Baru ini dia pergi berubat kampung. Diberikan air untuk minum, limau dan sireh untuk sapu. Dia ada pergi membuat pemeriksaan di hospital dan doktor tengok ketulan macam sudah tiada, tapi hendak tunggu keputusan x-ray untuk sahkan. Makcik berubat itu minta dia datang balik untuk putus ubat katanya. Suruh bawak ayam sekor, garam, beras pulut dan air sebab kalau tidak putus ubat takut ketul jadi balik. Saya dengar memang macam sudah mengarut sangat tetapi saya perlukan hujah kukuh untuk jelaskan pada dia.

JAWAPAN

Memang mengarut. Ada melibatkan elemen perbomohan dan syirik. Kerana selalunya kalau sembelih ayam itu bukan untuk makan (kalau nak makan, makan dekat kedai), tetapi untuk diberi kepada jin. Tidak semestinya hilang. Apabila sihir, boleh tutup pandangan pada fizikal. Barah ada lagi, cuma jin bagi tidak nampak.

 

 

SOALAN MENGENAI JIRAN

Apa pendapat ustaz sekiranya kita membeli rumah dan jiran sebelah kiri dan depan rumah India?
Kalau ada pilihan mesti kita hendak cari kejiranan yang banyak orang Islam tetapi kalau tiada pilihan (sudah beli rumah) tidak perlu risau kan ustaz? Ini masalah pilihan / preference saja rasanya? Asalkan dapat jiran yang baik pun sudah cukup. Jiran non-muslim tetap ada hak tetangga yang kita wajib tunaikan.

JAWAPAN

Ya,benar.

لَّا يَنْهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمْ يُقَٰتِلُوكُمْ فِى ٱلدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوٓا۟ إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُقْسِطِينَ ﴿٨﴾

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”

(Q.S Al -Mumtahanah 60:8)

 

 

SOALAN MENGENAI ZINA

1.Jika seorang wanita yang sudah berkahwin kemudian berzina sehingga melahirkan seorang anak dan telah dibin/binti kan anak hasil perzinaan itu kepada nama suaminya tanpa pengetahuan suaminya sendiri. Apakah tindakan seterusnya yang sepatutnya wanita itu lakukan? Wanita itu kini telah insaf dan ingin solusi terbaik untuk masa depan keluarga dan anak tersebut.

JAWAPAN

Rasanya soalan ini tentang apa yang dia perlu buat dengan anak dan suaminya. Hendaklah dia bertaubat dan berbuat baik dari saat ini. Tentang perbuatannya dulu, tidak perlu diungkit lagi. Itu kesalahan yang telah lalu dan dia pun telah bertaubat.

Tentang anak itu, apabila seorang isetri berzina –baik diketahui suaminya atau tidak- kemudian dia hamil, maka anak yang dilahirkannya itu dinasabkan kepada suaminya, bukan kepada laki-laki yang menzinai dan menghamilinya dengan kesepakatan para ulama berdasarkan sabda Nabi yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa sallam :

الْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ وَلِلْعَاهِرِ الْحَجَرُ

Anak itu haknya (laki-laki) yang memiliki tempat tidur dan bagi yang berzina tidak mempunyai hak apapun (atas anak tersebut). [Hadits shahih riwayat Bukhari (no. 6749) dan Muslim (4/171) dari jalan Aisyah dalam hadits yang panjang. Dan Bukhari (no. 6750 dan 6818) dan Muslim (4/171) juga mengeluarkan dari jalan Abu Hurairah dengan ringkas seperti lafazh diatas]

Allahu a’lam.

 

2. Jadinya ustaz jika anak itu perempuan bagaimana pula urusan wali jika anak itu besar kelak? Selain itu urusan harta pula? Maksudnya anak itu tidak ada kena mengena langsung dengan lelaki yang menghamilkan wanita tersebut kah?

JAWAPAN

Walinya tetap suami ibunya. Lelaki (jantan lagi tepat) yang menghamili ibunya itu tidak ada kena mengena dan dia pun boleh mewarisi harta dari suami ibunya itu. Ia tetap bapa dia.

 

3. Jadi bila besar nanti si durjana tidak boleh tuntut harta, walaupun DNA menunjukkan anak durjana itu?

JAWAPAN

Tidak boleh kerana tidak ada dalam buku pun nama jantan itu. Bapa biologi sahaja, tetapi bukan bapa dalam agama.

 

 

SOALAN SOLAT GHAIB

Mengenai solat jenazah ghaib. Bolehkah dilakukan selepas beberapa hari jenazah dikebumikan? Atas alasan datang haid pada hari jenazah hendak dikebumikan.

JAWAPAN

Solat Jenazah ada dua pendapat:
1. Ada solat ghaib ini.
2. Tidak ada solat ghaib ini secara umum. Nabi lakukan itu adalah kerana sebab tertentu.

Kalau pegang boleh solat ghaib, maka bolehlah dilakukan apabila boleh.

Soal Jawab Fiqh Wanita /8

0

SOALAN

Adakah adab apabila belajar dengan guru tidak boleh banyak bertanya walaupun soalan remeh?

JAWAPAN

Kalau benar tidak faham, boleh sahaja bertanya kalau perkara penting.Para sahabat dilarang untuk bertanya, jadi yang banyak bertanya soalan remeh adalah golongan Badwi. Namun, sahabat suka kalau ada puak Badwi yang bertanya kerana mereka dapat ilmu. Selalunya kalau simpan soalan itu, teruskan belajar, soalan itu akan dapat jawapannya dengan sendiri.

Maulana Asri pernah cerita tentang seorang lelaki yang selalu tanya dalam kelas dia tetapi lama-lama sudah tidak perlu tanya. Maulana Asri tanya dia, kenapa lama tidak bertanya? Dia jawab: sebab bila dia terus pergi kelas, jawapan itu ada dalam kelas-kelas yang lain.

 

SOALAN 99 NAMA ALLAH SWT

1.Adakah Ya Hannan Ya Mannan ini nama-nama Allah SWT yang direka? Bolehkah berdoa mengggunakan nama-nama ini?
Adakah Ya mannan itu ada nama yang sama erti dengannya dalam 99 nama Allah SWT?

JAWAPAN

Al-hannan bukan salah satu dari nama AllahSWT. Al-mannan ya, dari hadis. Hadis yang sebut 99 asmaul husna itu tidak sahih. Bukan semua nama Allah SWT di dalamnya sahih. Ada yang cuba hendak senaraikan tetapi saya tidak tahu. Memang ada hadis sebut asmaul husna 99, namun tidak dinyatakan satu-satu nama-nama itu.

 

2. Adakah hadis ini sahih?

Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” – Sahih Bukhari

JAWAPAN

Ya, sahih. Lalu ada ulama yang mengumpulkan 99 nama itu, hasil dari al-Qur’an dan hadis. Jadi sebenarnya tidak sepakat 99 nama Allah SWT dalam lagu itu.

 

3. Maksudnya tidak sepakat yang kesemua 99 nama itu datangnya dari al-Qur’an dan hadis sahih? Contohnya Al mannan sepatutnya termasuk dalam senarai itu, tetapi tidak di masukkan?
Adakah boleh dibaca sebab anak-anak murid dari umur 4 tahun sudah mula menghafal nama-nama Allah  SWT ini?

JAWAPAN

Tidak sepakat mana satu yang termasuk dalam 99 itu. Cumanya Allah SWT suruh seru namanya supaya kita berdoa dengan-Nya, bukan suruh buat lagu. Baca dan fahamkan maknanya sebab nama Allah SWT itu ialah sifat-Nya. Bukanlah maksudnya kalau kita hendak rezeki kita zikir Ya Razzaq, Ya Razzaq.Kita gunakan nama itu dalam doa kita: Ya Razzaq, berilah rezeki kepada kami.

 

4. Betul cara begitu. Seru doa dengan asmaa al husna. Ada seorang hamba Allah SWT, dia guna asmaa alhusna untuk tahu sifat-sifat manusia dengan cara kiraan nama. Entah macamana dia kira. Katanya rujuk kitab. Dia kenakan bayaran dan ada ramai pelanggan. Saya pernah nasihatkan dia tetapi tidak diendahkan.

JAWAPAN

Apabila sudah termasuk bomoh maka kita tidak boleh pergi.Dia guna ilmu nombor. Setiap huruf ada nombor dia. alif – 1; ba’ – 2 dan sebagainya, saya belajar juga. Sebagai contoh, kalau tengok kedai mamak, ada tulis 786 – itu adalah bismillahirrahmanirrahim. Ikut ilmu nombor itu. Jadi orang itu akan ambil nama, eja dalam tulisan arab dan ikut senarai. Sudah lupa cara macammana – rasanya dia kaitkan dengan 4 khalifah.Ilmu karut marut.

 

 

SOALAN PUASA DAN FIDYAH

1.Jika wanita haid belum ganti puasa selama 3 kali Ramadhan. Adakah kena qada, fidyah atau keduanya sekali?
Kalau sengaja tinggal puasa adakah benar tidak perlu qada atau fidyah, hanya perlu taubat?

JAWAPAN

Qadha sahaja. Soalan bahaya ni. Sebenarnya tidak ada ganti kerana dia sudah berdosa. Kalau dia puasa setahun hendak ganti satu hari dia sengaja tinggal pun, tidak diterima. Cuma, kalau kita jawab macam ni, tidak perlu qadha takut orang kata kita meringankan puasa pulak. Sebenarnya bila kita kata kena taubat walaupun belum tentu Allah SWT terima lagi.Maka kena ada rasa takut dan menyesal.

 

2. Sewaktu zaman remaja tinggalkan puasa, sekarang baru teringat untuk qadha puasa. Maknanya sekarang wajib qadha.

a. Betulkah pengiraan ini?
Contoh: purata 10 hari tidak berpuasa dan selama 10 tahun tidak qadha
(10 kali ramadhan x 10 hari = maknanya kena qadha 100 hari.
Dan tidak perlu fidyah.

b. Bolehkah fidyah itu kita bayar lebih dari yang ditetapkan?

JAWAPAN

Cara kiraan: 10 hari puasa tinggal, ganti 10 hari sahaja. Tiada gandaan. Ada pendapat yang mengatakan kena ganda dan ada juga yang kata kena qadha dan fidyah sekali. Namun pendapat ini tidak ada dalil. Itu yang kita tidak pakai. Kalau mahu, fidyah boleh dibayar lebih.

 

3. Adakah non-muslim berhak dapat agihan fidyah? Apa susunan keutamaan orang yang berhak menerima fidyah/zakat?

JAWAPAN

Syaikh Saleh Utsaimin berfatwa, kena beri fidyah kepada Muslim juga. Kalau duduk negara kafir, kena cari Muslim yang memerlukan. Kalau tidak ada juga, salurkan ke negara lain yang ada orang miskin yang memerlukan. Kalau sedekah, boleh sahaja beri kepada non muslim.

 

4. Adakah dalil tidak bayar fidyah keluar negara sebab tiada Muslim yang susah dalam negeri yang duduki?

JAWAPAN

Dalil tiada. Fatwa ulama berdasarkan kepada keadaan semasa.
Bukan semua jawapan agama ada dalam mantuq. Selalunya mafhum. Mantuq adalah jelas (cth: kena bagi fidyah kepada orang Islam sahaja).

 

5. Semasa sahur, tiba-tiba azan, bolehkah semasa kedengaran azan kita minum air seteguk dua sebab hendak berhenti terus rasa tidak selesa perut.

JAWAPAN

Zaman Nabi, azan Subuh ada dua, sekali bilal azan, hendak gerakkan dan sekali lagi azan Ibnu Abi Maktum – sudah masuk waktu. Boleh makan dan minum sehinggalah azan Ibnu Abi Maktum.

‘Aisyah ra bahwasanya Rasulullah saw bersabda,

إِنَّ بِلالا يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ

“Sungguh Bilal mengumandangkan adzan di malam hari. Tetaplah kalian makan dan minum sampai Ibnu Ummi Maktum mengumandangkan adzan.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Fiqh hadith:
Ada hadis khusus Nabi benarkan makan yang di tangan.

Diriwayatkan Abu Daud (hadits no. 2350) dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu; dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمْ النِّدَاءَ وَالْإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلَا يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ

‘Jika seseorang di antara kalian telah mendengar panggilan (adzan, pen.) sedangkan bejana masih di genggaman tangannya maka janganlah dia letakkan bejana itu sampai dia menyelesaikan keperluannya.’
“Al-Albani berkomentar dalam Shahih Abu Daud, “Sanadnya hasan shahih. Al-Hakim, Adz-Dzahabi, dan ‘Abdul Haq Al-Isybili menilainya shahih. Ibnu Hazm menjadikan hadits ini sebagai dalil.”

 

6. Hadith dari Abu hurairah ini, ada sebahagian ulamak mendhaifkannye kan? Jadi ia khilaf, saya pegang tidak makan dan minum untuk lebih selamat.

JAWAPAN

Yer, memang lebih selamat kalau dengar azan sahaja terus berhenti. Namun kalau terbangun lambat, bolehlah hendak pakai qaul ini cuma jangan selalu diamalkan.

 

 

SOALAN SOLAT

1.Apakah betul tidak ada lafadz ushalli dalam niat solat?

JAWAPAN

Ini memang masalah besar di negara kita kerana mengambil fahaman mazhab Syafie yang salah. Ini adalah kerana mereka salah faham maksud ‘niat beserta dengan takbir’. Jadi banyaklah yang keliru tentang perkara ini sampai jadi masalah was-was ‘tak masuk’ niat. Ini adalah gangguan syaitan. Banyak orang buat kesalahan tentang perkara ini.

Sebenarnya takbiratul ihram itu sekali sahaja, dan tidak perlu susun niat dalam kepala waktu itu (sahaja aku solat zuhur …… ). Ini tidak perlu. Niat ni adalah lintasan hati, keazaman hendak buat. Bila lafaz, ia bukan niat. Ringkasnya, memang tidak ada lafaz usolli itu.

 

2. Adakah kena solat jika pecah ketuban?
Jika air ketuban keluar sedikit-sedikit dan tidak berhenti, adakah perlu cuci dan solat seperti biasa?

JAWAPAN

1. Air ketuban bukan nifas, maka boleh solat lagi.
2. Air ketuban adalah dikira najis. Maka kena dicuci dahulu.
3. Dikira keluar macam air kencing. Kalau ada wudhu maka batal wudhu. Kena ambil wudhu balik sebelum solat.Basuh dan pakai pad.

 

3. Jika sudah masuk waktu solat, mana yang perlu diikuti, azan yang berkumandang di handphone atau azan yang berdekatan dengan rumah? Maksudnya azan dekat handphone lebih awal masanya daripada azan ditempat sendiri. Solat bagi wanita yang kena awal ke tempat kerja seperti saya biasanya subuh jam azan dekat handphone 6.00 pagi tetapi azan di rumah masuk 6.03 pagi.

JAWAPAN

Untuk lebih selamat, pakai azan yang terkemudian. Sekarang ada dua masa. Satu yamg awal dan satu yang lewat sikit sahaja. Waktu yang awal itu, ada kemungkinan sudah masuk, tetapi untuk keluar dari khilaf, ambillah masa yang lewat sikit, memang pasti sudah masuk.

 

4. Betulkah bila tutup sliding door ruang solat utama menyebabkan jemaah yang solat diruang solat luar ‘putus saf’?
Boleh terangkan beserta dalil yang digunapakai. Tujuan sliding door ditutup kerana ON aircond ketika khutbah dan solat jumaat.

JAWAPAN

Tidak, bahkan semua pemisah, sungai, longkang, dinding batu, sliding door, asalkan makmum dapat mendengar suara imam oleh tukang jerit. Jika anda solat di Masjidil Haram dan Nabawi, ada yang solat di atas bumbung, ada yang solat di pekarangan masjid tetapi masih mendengar suara tukang jerit dengan jelas.

Di kelantan ada solat Jumaat tetapi dibahagi dengan jalan. Di Mekah, ada solat imam Baitullah tetapi mereka solat di surau hotel yang nampak ke masjid. Allahu a’lam

Dalilnya, Asma’ binti Abi Bakr pernah mengatakan,

أَتَيْتُ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – حِينَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ ، فَإِذَا النَّاسُ قِيَامٌ يُصَلُّونَ ، وَإِذَا هِىَ قَائِمَةٌ تُصَلِّى

“Aku pernah mendatangi ‘Aisyah -istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam-. Ketika terjadi gerhana matahari, para sahabat melaksanakan shalat, dan ‘Aisyah pun demikian.”
(HR. Bukhari no. 184). ‘Aisyah ketika itu melaksanakan shalat di rumahnya mengikuti shalat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Mazhab syafie juga pegang begitu. Jika imam shalat di dalam masjid dan makmum di luar masjid namun masih dekat, maka dibolehkan selama ia mengetahui shalatnya imam dan tidak ada pembatas di sana. (Mukhtashor Abi Syuja’, hal. 73).

Mengetahui shalat imam bisa jadi dengan mendengar suaranya, melihatnya, atau mendengar melalui pengeras suara, atau melihat sebagian shaf. Penulis Fathul Qorib katakan bahwa dengan melihat imam atau melihat sebahagian shaf.

 

5. Antara makmum lelaki dan wanita diletak tirai / hijab. Kadang-kadang makmum ‘lost’ (mungkin mic tidak berfungsi) Sampai ada yang selak tirai hendak tengok jemaah lelaki sudah rukuk atau sujud. Bagaimana keadaan ini?

JAWAPAN

Saya tidak tahu keadaan orang wanita. Patutnya kalau keadaan begitu, kena ada mukabbir (tukang jerit). Kalau kita tengok video solat kat Mekah contohnya, Imam takbir intiqal perlahan sahaja, tetapi ada ‘echo’ kan? Itulah mukabbir tu.

 

 

SOALAN TENTANG IJMAK DAN QIYAS

1. Dalam bab sumber hukum syarie dan dalil yang disepakati adalah al-Quran, hadith, ijma’ dan qiyas.
Apakah perkara yang boleh dalam agama yang boleh di gunapakai dalam qiyas?
Apakah dalam bab furu’ aqidah, qiyas masih juga boleh diguna pakai dalam menentukan sesuatu hukum.

JAWAPAN

Ijmak dan qiyas memang ada dalam Islam tetapi kena faham apakah maksudnya, dan bagaimana aplikasi dia.

a. Ijmak

Seluruh ulama yang layak buat ijtihad bersetuju atas sesuatu keputusan itu.
Persoalan: Bagaimana hendak mencari semua ulama agar setuju satu dunia ni? Ada persatuan ulama mujtahid ke? Yang duduk berbincang dan kemudian bersetuju atas sesuatu perkara itu? Memang boleh dikatakan hampir mustahil. Kalau ustaz satu kampung pun susah hendak bersetuju satu-satu perkara, apatah lagi kalau satu dunia. Ada masalah hendak kumpulkan mereka juga. Sebab itu, ijma hanya diterima zaman sahabat sahaja sebab waktu itu mereka boleh duduk bersama. Ini pendapat Imam Ahmad.

Contoh ijmak sahabat pada zaman Saidina Umar, iaitu apabila sahabat bersetuju bahawa kalau berjimak, walaupun tanpa keluar air mani, kena mandi junub juga. Kita terima ijmak itu kerana itu adalah salah satu sumber hukum kita. Tidak ada isu kita menolak ijmak ulama’.

Namun, selepas itu, tidak ada ijma lagi, sebab para sahabat pun sudah merata keluar tidak boleh duduk berbincang dan mencapai kata putus sekali. Zaman itu pun sudah susah, apatah lagi zaman sekarang? Oleh itu, walaupun kita kata ijmak boleh diterima, tetapi bolehkan dilakukan ijma’ itu lagi?

b. Qiyas

Menggunakan hukum yang telah sah, diaplikasikan kepada keadaan yang tidak ada pada zaman dulu kepada zaman sekarang.

Sebagai contoh, dadah tidak ada zaman Nabi, maka kena guna qiyas untuk mengetahui hukumnya. Cara untuk aplikasi adalah dengan tengok ilat yang sama antara keduanya.

Tetapi perlulah kita ingat bahawa Qiyas ini hanya boleh dipakai pada perkara ‘adat’ sahaja, bukan pada perkara ibadat. Ini kerana tidak ada qiyas dalam perkara ibadat. Imam Shafie sendiri ada kata: la qiyasa fil ibadah (tidak ada qiyas dalam perkara ibadat.

Lagi satu, yang boleh buat qiyas pun kenalah ulama yang boleh buat ijtihad.. bukan ‘ustaz’ biasa yang buat. Kena ada ‘ilmu alat’.. sebagai contoh, Ustaz Basit (Abu Anas Madani), ada ilmu alat untuk buat qiyas. Secara ringkasnya, qiyas memang diperlukan pada zaman sekarang sebab banyak perkara dunia yang berlainan dengan zaman Nabi dan sahabat. Namun, bukanlah dalam bentuk ibadat. Jadi, kalau ada yang reka cara zikir menari kerana pakai qiyas Jaafar bin Abi Talib melompat, itu adalah cara qiyas yang amat jelek.

 

2. Dalam bab qiyas, saya melihat ada segelintir ulama’ yang membenarkan hal tertentu dalam agama yang bertentangan dalam al Quran dan sunnah.

Contoh: Nabi Muhammad SAW meletakkan pelepah kurma pada mayat yang di seksa di dalam kubur untuk meringankan seksaan mayat tersebut. Masyarakat umum pula melihat hal ini bagus dan melakukan hal yang sama kepada jenazah yang dikebumikan.

Jadi apakah sebenarnya qiyas ini masih boleh di guna pakai dalam bab ibadat? Apakah syaratnya jika ada?

JAWAPAN

Tentang pelepah. Memang ada hadis. Hadis ini adalah sahih tetapi adakah sahabat ikut apa yang Nabi buat itu? Tidak, bukan? Ini kerana mereka tahu yang perbuatan itu adalah khusus untuk Nabi SAW sahaja. Hanya baginda SAW yang dinampakkan seksaan mereka dalam kubur dan baginda SAW pun nampak waktu itu sahaja. Kejadian ini tidaklah setiap kali baginda lalu, baginda akan nampak apa yang terjadi dalam kubur, pula.
Jadi, begitulah pemahaman kita dengan hadis. Kalau hadis itu sahih, tidak semestinya ianya untuk kita ikuti. Sesuatu hadis itu tidak semestinya ‘sunnah’. Sunnah bermaksud sesuatu yang kita patut ikut. Kena tengok apakah yang dilakukan oleh para sahabat dan bagaimana mereka faham kerana mereka lebih faham dengan kita. Malangnya, ada orang sekarang yang baca hadis ini dan kata ia sunnah. Banyak salah faham dengan hadis ini.

 

3. Dalam hal hadith dhaif juga di terangkan 4 syarat utama sebelum beramal dengan hadith tersebut. Jadi saya keliru dalam bab qiyas ini. Apakah ada syarat tertentu dalam penentuan sesuatu hukum yang menggunakan qiyas ini.

JAWAPAN

Beramal dengan hadis dhaif. Ada ulama terima (dan ada yang tidak terima). Malah yang terima ada letak syarat.

1. Hanya dalam fadhail amal. Kelebihan amalan.
2. Kena ada dalil sah pada amalan itu.
3. Hadis itu tidak dhaif sangat (dhaif jiddan)
4. Tidak boleh iktikad yang ia pasti dari Nabi.

Ini kerana hadis dhaif belum tentu dari Nabi dan bila sampai pada orang, kena cakap ianya adalah dhaif.
Contoh biasa ramai tahu…tentang solat 40 waktu di Tanah Haram. Hadis fadhail amal tentang nya adalah dhaif. Namun, ulama pakai kerana memang solat berjemaah ada pun dalam Islam. Jadi ia cuma sebagai motivasi untuk kita lakukan.

 

4. Kesimpulannya qiyas dan ijmak adalah untuk perkara dunia dan bagi perkara ibadat perlu ikut Quran dan sunnah sahaja.

JAWAPAN

Ya. Perkara ibadat sudah lengkap Nabi sampaikan.

 

5. Hal qiyas ini memang ramai yang keliru hingga sesetengah ustadz mengambil pandangan yang lemah ini dalam menentukan hukum seperti ruqyah dalam mandian dan makanan sunnah. Mereka menggunakan qiyas untuk membenarkan sesuatu perkara.

Ternyata kita harus fahami betul-betul maksud hadith sebelum beramal dengannya. Kerana tidak semua perkara dikatakan sunnah walau benar pernah dilakukan oleh Nabi..

JAWAPAN

Ya, sahih tidak semestinya sahih (boleh digunakan dalam keadaan /isu tertentu)

 

 

SOALAN PERHIASAN WANITA

Mengenai pemakaian komestik kanta lekap (yang pelbagai warna) untuk kecantikan. Bukan untuk mengatasi masalah rabun mata. Adakah ini dibenarkan oleh syarak atau ada sebarang larangan ke atasnya?

JAWAPAN

Apa sahaja perbuatan semata-mata bertujuan kecantikkan yang mampu menarik perhatian ajnabi dikira tabarruj. Ini sudah termasuk ubah kejadian yang Allah SWT telah jadikan. Seolah tidak suka dengan warna mata yang Allah SWT telah jadikan. Kalau hendak pakai contact lens sebab rabun, pakai yang normal sahaja lah.

Mencantikkan dan berhias diri sudah jatuh tabarruj kemudian merubahkan lagi kejadian asal tanpa sebab dari sudut kesihatan.

Dalil Aq Al-Ahzab 33:33 , Aq An-Nisa’ 4:119

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata”. (Surah al-Nisa’:119)

Abdullah bin Mas‘ud berkata:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: Allah melaknat orang yang membuat tatu, yang meminta dibuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di muka, yang meminta dicabutkan bulu di mukanya dan orang yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana mereka semua telah menukarkan ciptaan Allah.

 

 

SOALAN MENGENAI PEMIMPIN

1. Adakah jatuh syirik jika kita terima hukum-hukum manusia baik juga setara dengan hukum-hukum Allah SWT?
Bagaimana hendak atasi macam hukum orang berkhalwat iaitu pasangan bukan mahram berzina, mereka cuma didenda saja dan terlepas begitu saja. Bukankah ini juga menyalahi hukum Allah SWT?

JAWAPAN

Syirik. Hukum berzina ada dalam Quran tetapi hukum khalwat tidak ada. Itu termasuk dalam ta’zir yang pemimpin boleh buat hukum sendiri.

 

2. Bagaimana pula hukum mencuri?

JAWAPAN

Apabila pemimpin tidak menjalankan hukum hudud, ada beberapa sebab:

1. Kalau dia sangka hukum Allah SWT tidak bernilai dan hukum manusia lebih baik, ini syirik.

2. Kalau dia terima hukum Allah SWT itu baik, tetapi dia tidak mampu melakukannya, ini fasik. Ada dalam Surah Maidah tentang perkara ini.

 

3. Bolehkah kita engkari pemerintahan yang bersikap begini? Sedangkan ada dalil sahih taat kepada pemerintah?

JAWAPAN

Tidak boleh kerana kita kena taat kepada pemerintah.
Pemimpin kena jawab lah depan Allah SWT kenapa dia tidak jalankan hukum Allah SWT. Kita ambil pendekatan, didik masyarakat supaya faham agama. Maka masyarakat akan naikkan pemimpin yang faham agama juga. Sekarang masyarakat tidak faham agama. Maka mereka naikkan pemimpin yang macam mereka jugalah.

 

4. Ada hadith berkaitan ini ustaz?

JAWAPAN

Saya tidak pasti tetapi begitulah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Di madinah baru ada syariat. Masyarakat sudah faham dan terima maka baru boleh dijalankan syariat Allah SWT.

 

5. Maksudnya, selagi masyarakat tidak faham Islam sebenar, maka syariat islam tidak boleh tertegak sepenuhnye?

JAWAPAN

Bukanlah semua kena faham. Semasa di Madinah pun, bukan semua faham kerana ada munafik tetapi kena ramai lagilah yang faham. Supaya ada yang dapat naik ke kedudukan pemimpin supaya dapat tegakkan syariat Allah SWT. Buat masa ini, kita amalkan mana yang boleh kita amalkan. Bab kepemimpinan, belum boleh lagi.

 

 

 

 

Tafsir Surah Ad-Dukhan – Tafsir Ayat Ke-24 hingga Ke-28

0

Tafsir Surah Ad-Dukhan

Tafsir Ayat ke-24

Di celah ayat ini dan ayat sebelumnya juga ada idmaj. Ada kisah panjang lagi bagaimana mereka lari dan sampai ke laut. Ini diceritakan dalam ayat-ayat yang lain. Ayat ke-24 adalah mengenai kejadian semasa Nabi Musa عليه السلام dan Bani Israel sedang menyeberang laut.

Selain daripada itu, ayat ini juga adalah selepas Nabi Musa عليه السلام diarahkan oleh Allah ﷻ untuk memukul laut dengan tongkatnya dan dengan izin Allah ﷻ, laut itu terbelah. Mereka telah menyeberangi laut itu mengikut Nabi Musa عليه السلام .

Waktu itu ramai kaum Firaun dari bangsa Qibti yang sedang mengejar Bani Israel. Kebanyakan mereka adalah tentera-tentera Firaun. Kita kena ingat bahawa Mesir waktu itu adalah negara ketenteraan. Jadi, pemuka-pemuka negara mereka, yang kaya raya dan mempunyai kuasa adalah tentera-tentera

Semasa Bani Israel telah melepasi laut itu, Bani Israel suruh Nabi Musa عليه السلام untuk menutup kembali laluan laut itu supaya Firaun dan tenteranya tidak dapat ikut mereka. Namun, Allah ﷻ berfirman:

وَاترُكِ البَحرَ رَهوًا ۖ إِنَّهُم جُندٌ مُّغرَقونَ

Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang – terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa).

 وَاتْرُكِ الْبَحْرَ

Dan biarkanlah laut itu

Setelah mereka selamat menyeberangi laut itu, Allah ﷻ tidak membenarkan Nabi Musa عليه السلام untuk mengetuk laut itu dengan tongkatnya. Tongkat Nabi Musa عليه السلام waktu itu adalah seperti ‘on’ dan ‘off switch’. Kalau baginda عليه السلام ketuk sekali lagi, laut tersebut boleh tertutup kembali.

Bani Israel telah mendesak Nabi Musa عليه السلام untuk mengetuk laut itu sekali lagi, tetapi Allah ﷻ tidak benarkan. Allah ﷻ suruh biarkan sahaja.

رَهْوًا

dalam keadaan terbelah,

Perkataan رَهْوًا berasal dari kata dasar ر ه و yang bermaksud ‘tenang’, ‘berjalan dengan tenang’, ‘air laut yang tenang’.

Bukankah selalunya laut itu memang bergelora? Tidak kira waktu bila kita pergi ke laut, tentu laut sedang bergelora. Memang begitu, tetapi apabila Nabi Musa عليه السلام memukul laut, ia menjadi tenang. Keadaan itu telah memudahkan bani Israel untuk menyeberangi laut.

Itu adalah salah satu lagi rahmat daripada Allah ﷻ yang berikan kepada Bani Israel. Oleh itu, ayat ini menceritakan bahawa selepas Bani Israel telah menyeberang laut, Allah ﷻ suruh biarkan sahaja laut itu dalam keadaan tenang dan terbelah.

Allah ﷻ beritahu Nabi Musa عليه السلام jangan lagi ketuk laut itu untuk mencantumkannya balik semula. Biarkan ia terbelah lagi.

Mujahid mengatakan bahawa rahwan ertinya jalan yang kering seperti keadaan ketika dipukul oleh Musa عليه السلام dengan tongkatnya. Allah ﷻ berfirman, “Janganlah kamu perintahkan laut supaya menutup sebelum orang yang terakhir dari pasukan Firaun masuk ke dalamnya.”

إِنَّهُمْ جُندٌ مُّغْرَقُونَ

kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan.

Ada tujuan kenapa Allah ﷻ hendak biarkan air laut itu dalam keadaan begitu. Allah ﷻ hendak mereka ikut sampai ke tengah laut, dan waktu itulah nanti laut itu akan dicantumkan semula dan mereka semuanya akan ditenggelamkan.

Bayangkan air laut yang tinggi menggunung di sebelah kanan dan kiri mereka dan apabila laut itu dicantumkan kembali, air laut itu akan menghempas mereka dan mematikan mereka.

Begitulah kesudahan Firaun dan tenteranya yang sombong dengan Allah ﷻ. Mereka yang sombong dengan Allah ﷻ akan kalah dan akan menerima bala yang besar.

Firaun sombong kerana dia ada kekayaan dan kekuasaan. Dia telah mabuk dengan kelebihan keduniaan yang dia ada. Begitu jugalah dengan Musyrikin Mekah yang sangka mereka sudah cukup kaya, cukup kuat.

Hinggakan apabila Nabi Muhammad ﷺ berdakwah kepada mereka, turut tidak mahu terima. Padahal, apalah sangat yang mereka ada kalau hendak dibandingkan dengan Firaun dan kekayaannya.

Begitulah juga dengan masyarakat kita sekarang. Apabila kehidupan senang, kaya dan berkuasa, mereka susah hendak menerima kebenaran kerana menyangka sudah cukup keperluan kehidupan mereka, tidak memerlukan apa-apa lagi.

Mereka senang hendak melupakan Allah ﷻ kerana kesenangan yang mereka ada itu. Mereka hanyut dalam kenikmatan yang Allah ﷻ juga berikan kepada mereka. Mereka sudah tidak nampak yang segala kenikmatan yang mereka ada itu adalah dari Allah ﷻ.

Mereka sangka ia adalah hasil usaha mereka. Itulah kesilapan kebanyakan manusia, mereka lupa bahawa segala apa yang mereka ada, itu semuanya dari Allah ﷻ belaka.

Tafsir Ayat Ke-25

Selepas mereka mati, apakah yang terjadi dengan segala kemewahan yang mereka banggakan itu dulu?

كَم تَرَكوا مِن جَنّٰتٍ وَعُيونٍ

Banyak sungguh kebun-kebun dan mata air, mereka tinggalkan,

Kehebatan kaum Firaun adalah tentang bandar mereka yang hebat. Apa yang mereka banggakan semuanya tidak dapat membantu mereka. Selepas mereka dilemaskan, segala kekayaan mereka di Mesir itu kena ditinggalkan.

Kota Mesir dan penempatan tidak dimusnahkan kerana ada daripada mereka yang tidak bersalah seperti kaum wanita dan kanak-kanak yang tidak ikut serta mengejar Bani Israel. Allah ﷻ tidak hancurkan mereka dan tempat penempatan mereka.

Allah ﷻ hanya musnahkan musuh sahaja macam buang sampah dan tidak musnahkan tempat tinggal dan segala harta benda. Allah ﷻ tidak musnahkan kerana hendak memberi segala kekayaan itu kepada Bani Israel.

Mereka akan kembali ke Mesir dan mengambil alih kekayaan itu. Mereka diberikan dengan nikmat itu kerana mereka sanggup ikut Nabi Musa عليه السلام . Ini menunjukkan bahawa dengan mengikut Nabi, ada keberkatan dan kelebihan yang akan diberikan.

Ketahuilah yang manusia yang taat boleh dapat kelebihan dunia juga, bukan hanya akhirat sahaja. Ini adalah kerana Nabi Musa عليه السلام menjanjikan perkara itu kepada Bani Israel dan kerana itu Allah ﷻ telah penuhi janji itu.

Tafsir Ayat ke-26

Allah ﷻ sebut apakah yang ditinggalkan.

وَزُروعٍ وَمَقامٍ كَريمٍ

Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah – mulia,

وَزُرُوعٍ

Dan juga tanam-tanaman, ladang-ladang.

Tanam tanaman dan makan ruji.

وَمَقَامٍ

serta tempat-tempat kediaman

Tempat mereka berdiri (tinggal) iaitu rumah-rumah dan istana-istana mereka. Juga boleh juga digunakan untuk menceritakan kedudukan mereka yang tinggi di mata masyarakat dan negara-negara lain.

Kedudukan yang tinggi dipegang oleh mereka yang berada dalam tentera kerana negara Firaun adalah negara tentera. Mereka telah kehilangan segala ketinggian keduniaan itu.

كَرِيمٍ

yang indah – mulia,

Semuanya ditinggalkan sahaja. Ini kerana semasa Firaun mengejar Bani Israel yang lari dengan Nabi Musa عليه السلام, Firaun telah mengajak tentera-tenteranya ikut sekali.

Merekalah golongan elit masyarakat itu. Mereka semuanya mati bersama dengan Firaun dalam laut dan yang tinggal adalah mereka yang tidak terlibat sahaja, seperti kaum wanita dan kanak-kanak.

Tafsir Ayat ke-27

وَنَعمَةٍ كانوا فيها فٰكِهينَ

Dan juga kemewahan hidup, yang mereka sekian lama menikmatinya.

وَنَعْمَةٍ

Dan juga nikmat kemewahan hidup,

Kehidupan yang senang lenang. Mereka hidup dengan senang lenang dan dalam masa yang sama, mereka memperhambakan Bani Israel.

كَانُوا فِيهَا فٰكِهِينَ

yang mereka sekian lama menikmatinya.

Dulu mereka telah memperhambakan Bani Israel begitu lama sekali. Sekarang semuanya ditinggalkan sahaja dan tidak dapat membantu mereka langsung. Bukankah agama mereka mengajar bahawa segala harta mereka boleh dibawa kepada kehidupan yang seterusnya?

Sebab itulah kita lihat dalam piramid itu, mereka simpan berbagai harta, emas dan sebagainya kerana mereka sangka mereka boleh bawa ke alam yang seterusnya. Namun, sekarang? Semuanya mereka tinggalkan. Langsung tidak berguna kepada mereka. Allah ﷻ hina mereka begitu sekali.

Tafsir Ayat Ke-28

Apa yang jadi dengan segala harta kekayaan itu?

كَذٰلِكَ ۖ وَأَورَثنٰها قَومًا ءآخَرينَ

Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas orang-orang yang derhaka); dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya: milik kaum yang lain.

كَذَٰلِكَ

Demikianlah keadaannya

Itulah hukuman kepada mereka dan lihatlah bagaimana mereka meninggalkan segala yang dibanggakan itu. Wahai orang Mekah, dengarlah pengajaran ini dan jangan degil kerana kalau masih berdegil, kamu juga akan kena.

وَأَوْرَثْنٰهَا قَوْمًا ءآخَرِينَ

dan Kami wasiatkan kepada kaum yang lain

Diberikan kemewahan itu kepada orang lain. Apabila ditinggalkan begitu sahaja, ada orang lain yang datang dan ambil semua kemewahan itu. Ada yang kata bahawa ia telah diambil oleh Bani Israel dan mungkin juga diambil oleh kaum lain kerana Bani Israel semuanya sudah melepasi Laut Merah.

Namun, daripada dalil dari Surah Syuara’, pendapat yang kuat mengatakan ia diambil oleh Bani Israel iaitu mereka akan kembali ke Mesir dan mengambil alih Kota Mesir. Memang ada yang mengkritik pendapat yang mengatakan Bani Israel mengambil kembali Mesir kerana tidak ada maklumat ini dalam lipatan sejarah.

✍🏻Namun ini telah dijawab dalam surah [ Syuara’ ]:

{كَذَلِكَ وَأَوْرَثْنَاهَا بَنِي إِسْرَائِيلَ}

demikianlah halnya dan Kami anugerahkan semuanya (itu) kepada Bani Israel. [Asy-Syu’ara: 59].

✍🏻Dalam ayat yang lain disebutkan oleh firman-Nya:

{وَأَوْرَثْنَا الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُوا يُسْتَضْعَفُونَ مَشَارِقَ الأرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ الْحُسْنَى عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ بِمَا صَبَرُوا وَدَمَّرْنَا مَا كَانَ يَصْنَعُ فِرْعَوْنُ وَقَوْمُهُ وَمَا كَانُوا يَعْرِشُونَ}

Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israel disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Firaun dan kaumnya dan apa yang telah dibangunkan mereka.

[ Al-A’raf: 137 ].

✍🏻SESI MUZAKARAH
Tafsir surah Ad Dukhan (Ayat ke-24 hingga ke-28)

📍 Boleh ustaz terangkan lagi maksud kalimah “idmaj”? Kisah panjang maksudnya yang diterangkan dalam tafsir oleh mufassir yang merujuk kepada ayat yang lain juga?

🔵Idmaj ini boleh dikatakan ‘back story’. Macam kita tengok filem. Pelakon mula-mula kecil, tiba-tiba dia sudah besar dewasa. Kisah semasa dia kecil dan membesar itu tidak disebut.

📍Boleh kita katakan Idmaj sama dengan ‘flashback’?

🔵Bukan ‘flash back’ tetapi kisah tengah-tengah yang tidak diceritakan sebab hendak pendekkan cerita. Takkan hendak cerita semua, tentu jadi panjang Al-Quran ini kan?

📍Bagaimana untuk mengurus hati supaya tidak mudah hanyut apabila kita berada dalam nikmat kekayaan supaya kita tidak menjadi seperti Firaun dan kaum musyrikin?

🔵 Dengan selalu membaca Al-Quran sambil faham apa yang dibaca. Ini kerana Allah SWT selalu sebut bab harta dan dunia. Allah beritahu yang harta ini tidak bernilai, ia sekejap sahaja dan tidak kekal dan lain-lain. Bila selalu baca selalulah diingatkan. Kita manusia selalu lupa. Maka bila baca selalu, ingatlah selalu.

Sebab itu khatam Al-Quran bukan sekali semasa kecil sahaja tetapi kena selalu baca. Orang kita sudah khatam, tutup terus. Kemudian ramai baca tetapi tidak faham pun apa yang dia baca. Bagaimana hendak dapat peringatan jika baca begitu.

📍Dimanakah yang dimaksudkan timur dan barat itu dalam ayat di bawah?

{وَأَوْرَثْنَا الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُوا يُسْتَضْعَفُونَ مَشَارِقَ الأرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ الْحُسْنَى عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ بِمَا صَبَرُوا وَدَمَّرْنَا مَا كَانَ يَصْنَعُ فِرْعَوْنُ وَقَوْمُهُ وَمَا كَانُوا يَعْرِشُونَ}

Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israel disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Firaun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka. [ Al-A’raf: 137 ].

🔵Barat (kawasan Syam) dan daerah Timur (Mesir).
Namun, daripada dalil dari Surah Syuara’, pendapat yang kuat mengatakan ia diambil oleh Bani Israel iaitu mereka akan kembali ke Mesir dan mengambil alih Kota Mesir. Memang ada yang mengkritik pendapat yang mengatakan Bani Israel mengambil kembali Mesir kerana tidak ada maklumat ini dalam lipatan sejarah tetapi ini telah dijawab dalam ayat Syuara’.

{كَذَلِكَ وَأَوْرَثْنَاهَا بَنِي إِسْرَائِيلَ}

demikianlah halnya dan Kami anugerahkan semuanya (itu) kepada Bani Israel. [ Asy-Syu’ara: 59 ].

📍Bilakah Bani Israel ambil semula Mesir?

🔵Lama selepas itu. Masa saya tidak pasti. Tidak disebut dalam tafsir.

Allahu a’lam.

Kenapa Kita Perlu Bermazhab?

0

KENAPA KITA PERLU BERMAZHAB?

1.  Kita perlu bersyukur kerana hidup sebagai Muslim. Namun, untuk menjadi Muslim yang terbaik tidak cukup hanya membaca sendiri al-Quran dan hadis serta memahaminya dengan akal fikiran sendiri semata-mata, tanpa ada sebarang disiplin, kaedah atau garis panduan yang muktabar serta guru mursyid yang boleh memberi tunjuk ajar.

Bukan sedikit Muslim yang telah tergelincir dalam usaha memahami ilmu agamanya dek kerana mainan akal, hawa nafsu serta tipu daya Iblis dan syaitan. Ini kerana mereka cuba memahaminya tanpa sebarang disiplin dan kaedah yang muktabar serta guru yang mursyid.

2.  Selain teks al-Quran dan hadis yang bersifat jelas dan tetap maknanya, ada teks al-Quran dan hadis yang bersifat samar dan makna berlapis. Justeru, ia memerlukan kaedah yang terbaik untuk memahaminya.

Memilih yang terbaik tentu bukan suatu kerja yang mudah. Bagi mendapatkan kefahaman yang terbaik, tugas sukar ini telah dipikul oleh imam-imam mujtahid di kalangan para Salaf dahulu. Mereka telah mengusahakannya dengan kesungguhan dan kemampuan ilmu yang tiada tolok bandingnya pada zaman sekarang, selain mempunyai sifat soleh, warak, kuat beribadah, taqwa dan zuhud yang cukup tinggi. Pada hari ini, kita sebenarnya hanya mewarisi dan menikmati hasil usaha daripada mereka sahaja.

3.  Bagaimanapun, hasil usaha (ijtihad) yang digemblengkan oleh mereka itu tidak keseluruhannya sama dan mempunyai berbagai variasi, yang kita kenalinya sebagai ‘mazhab’. Namun, perselisihan antara mereka berjalan dengan penuh adab dan harmoni di atas dasar: “Pandangan kami benar, namun boleh jadi salah. Pandangan yang lain salah, namun boleh jadi benar”. Ia juga berdasarkan konsep; yang benar mendapat dua pahala dan yang salah tetap mendapat satu pahala.

4.  Terdapat sejumlah tokoh mujtahid Salaf yang masyhur dan terkenal, antara mereka ialah:

a. Imam Sufyan bin ‘Uyainah (198) di Makkah

b. Imam Sa‘id bin al-Musayyib (94) di Madinah

c. Imam Malik bin Anas (179) di Madinah

d. Imam as-Syafi’i (204) di Mesir

e. Imam al-Laith bin Sa’ad (175) di Mesir

f. Imam al-Hasan al-Basri (110) di Basrah

g. Imam Sufyan at-Thauri (161) di Kufah

h. Imam Abu Hanifah (150) di Kufah

i.  Imam Ibn Abi Laila (148) di Kufah

j. Imam Syuraik al-Qadhi (177) di Kufah

k. Imam Ibn Syubrumah (144) di Kufah

l.  Imam Ahmad bin Hanbal (241) di Baghdad

m. Imam Abu Thaur (240) di Baghdad

n. Imam Dawud az-Zahiri (270) di Baghdad

o. Imam Ibnu Jarir at-Tabari (310) di Baghdad

p. Imam Ishaq bin Rahawaih (238) di Naisabur

q. Imam al-Auza’i (157) di Syam.

r. Imam Ibn al-Mubarak (181) di Khurasan.

5.  Boleh dikatakan selepas kurun ketiga hijrah, hampir semua para ulama yang datang kemudian hanya bermazhab dengan mazhab imam-imam mujtahid tersebut. Ini kerana kemampuan yang makin berkurangan di kalangan para ahli ilmu, selain kejelasan usul mazhab yang telah disusun oleh imam-imam tersebut, serta faktor-faktor lainnya.

6.  Bermazhab bermaksud memilih keputusan dan kefahaman terbaik dalam isu-isu atau hukum-hukum furu‘ (cabang) berdasarkan dalil-dalilnya yang berbentuk zanni, terutama al-Quran dan sunnah, serta melalui kaedah-kaedah pendalilan yang terbaik menurut pandangan ijtihad mereka. Jika bukan kerana tujuan ini, maka tidak ada maknanya bermazhab. Hukum-hakam yang sudah jelas dan berbentuk qat’i tidak termasuk dalam persoalan bermazhab, seperti hukum berwuduk, bilangan waktu solat, bilangan rakaat solat, wajib bertaubat, haram mencuri dan seumpamanya.

7.  Dengan bermazhab menatijahkan pilihan terbaik menurut pandangan ijtihad masing-masing dalam memahami ajaran syariat Islam, di dalam rangka beribadat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan cara hidup beragama yang mampu meraih keredhaan-Nya di dunia mahu pun di akhirat.

Mazhab pada hakikatnya adalah hasil penelitian secara mendalam yang dilakukan oleh para imam mujtahid untuk mengetahui kehendak sebenar dan batasan syarak yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis. Ringkasnya, bermazhab adalah memilih kefahaman terbaik yang selari dengan tuntutan al-Quran dan hadis, selain memelihara diri umat Islam agar tidak terkeluar daripada lingkungan syarak.

8.  Namun, kebanyakan mazhab yang disebut tadi telah pun pupus kerana tidak dipelihara, ditahkik dan dibukukan oleh pengikut-pengikut mereka kecuali 4 mazhab sahaja, iaitu mazhab Imam Abu Hanifah (Hanafi), mazhab Imam Malik bin Anas (Maliki), mazhab Imam as-Syafi’i (Syafi’i) dan mazhab Imam Ahmad bin Hanbal (Hanbali). Hanya empat mazhab ini yang diwarisi secara bersanad, dikemaskini, dibuat redaksi, diperinci, ditahkik dan diberi khidmat oleh para alim ulama.

Adapun yang lainnya tidak sedemikian, meskipun pandangan-pandangan mereka ada direkodkan di mana-mana, namun ia tidaklah lengkap, terputus sanad, ada kemungkinan mereka menarik balik pandangan dan ada kalanya tidak diketahui wajah-wajah pendalilannya. Faktor-faktor sebegini menjadikan ia kurang dapat dipercayai dan diyakini, berbeza dengan 4 mazhab tadi.

9.  Oleh kerana dalam soal beragama perlu kepada pandangan yang jiwa kita berasa berpuas hati, yakin dan tenang menerimanya, maka ciri-ciri ini secara umum wujud pada keempat-empat mazhab muktabar tersebut, yang cukup teliti dan lengkap metodologinya dengan usul, kaedah istinbat dan susunan hukum fiqh yang sistematik berdasarkan inti pati al-Quran dan sunnah.

Hal ini menjadikan hukum-hakam daripada empat mazhab ini dapat dipertanggungjawab secara ilmiah. Kerana itu, ia kekal, bersambung turun temurun setiap generasi dan berkembang sehingga kini.

10.  Pada zaman ini, mereka yang anti-mazhab, atau tidak mahu bermazhab dengan keempat-empat mazhab ini dengan dakwaan mahu terus merujuk kepada al-Quran dan sunnah sebenarnya turut ‘bermazhab’ juga tanpa sedar. Ini kerana pandangan-pandangan yang dipilih dan didakwa sebagai kuat oleh mereka sebenarnya adalah kefahaman campuran yang datang daripada salah satu mazhab yang empat itu jua.

Allahu a’lam.

Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran: Tip 11 – Cemerlang dengan Solat

0

Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran

Tip 11

Cemerlang dengan Solat

“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka dan mereka memelihara solat-solat mereka..” [ al-Mukminum: 1, 2 & 9 ].

Ibadah penting yang wajib dilakukan adalah solat.

Untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutama solat fardu.

2 perkara wajib dijaga dalam melaksanakan solat:

  • Khusyuk
  • Pastikan solat dilaksanakan secara berterusan mengikut cara dan waktu yang telah ditetapkan.

Solat ibadat penting sehingga semasa perang pun tidak boleh meninggalkan solat.

Solat tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya dia telah meruntuhkan agama.

Sesat kerana memperkecilkan Solat.

Golongan yang memperkecilkan solat adalah golongan yang sesat.

“Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka akan menemui kesesatan. [ Maryam: 59 ].

“Maksud mensia-siakan solat’ bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkan dari waktunya.” [ Abdullah bin Abbas ].

“Mereka melaksanakan solat Zuhur dalam waktu Asar, solat Asar dalam waktu Maghrib, solat Maghrib dalam waktu Isyak, solat Isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu Subuh dan solat Subuh di laksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumban masuk ke dalam sebuah lembah yang bernama ghay di dalam neraka dan diberikan makanan yang teramat jijik.” [Imam Said bin al-Musayyab – as-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa ].

Apa maksud Khusyuk?

Khusyuk tempatnya di hati [ Ali bin Abi Talib ].

Tempat bagi khusyuk ialah di hati dan ia mengawal pandangan mata serta menenangkan anggota badan [ Imam Hasan Basri ].

Khusyuk ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan [ Abu Darda’ ].

Pada akhir zaman khusyuk akan lenyap dari hati-hati manusia digantikan dengan kealpaan dan kelalaian.

Perkara pertama yang akan luput dari agamamu khusyuk, dan akhirnya akan luput darimu adalah solat. Ikatan Islam akan terungkai satu demi satu.

Cara untuk Khusyuk

Asas khusyuk adalah kebersihan hati.

Unsur-unsur ibadat hati ada 6:

  • Kehadiran hati – hati tidak menerawang memikirkan perkara lain selain dari solat
  • Pemahaman – memahami segala perkataan yang dilafazkan dalam solat.
  • Pengagungan – berasa takut kepada Allah hasil dari memahami keagungan dan kebesaran Ilahi.
  • Merasai kehebatan.
  • Harap – mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dia sahaja tempat pergantungan bagi manusia.
  • Malu – malu dengan ibadah yang dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan.

Untuk membantu khusyuk, beberapa pengaruh luaran perlu dikawal dan dijaga. Antaranya bila terasa lapar, hendaklah dia menjamah makanan terlebih dahulu sebagaimana sabda Nabi SAW “Apabila datang makanan malan dan iqamat untuk solat telah dilaungkan, mulalah dengan mengambil makanan malam terlebih dahulu.” [ Imam Bukhari dan Muslim ].

“Pengaruh luar yang memberi kesan kepada pendengaran dan penglihatan sekali gus mengganggu kekhusyukan seseorang. Ubatnya ialah memisahkan dan menjauhkan diri darinya. Antaranya adalah tidak melaksanakan solat di tempat yang dipenuhi dengan ukiran kesenian dan di atas sejadah yang berwarna-warni serta gambar”. [ Imam Ghazali ].

Ketika hendak mengangkat takbir :

  • Keluarkan dari hati segala perkara yang boleh mengganggu jiwa
  • Masukkan ke dalam hati ingatan kepada akhirat
  • Bayangkan keadaan huru-hara ketika berdepan dengan Allah

Manusia yang mencintai dunia dan condong kepadanya tidak boleh mengharapkan kelazatan bermunajat dalam solat.

Cita-cita duniawi dan cita-cita ukhrawi yang terdapat di dalam hati diumpamakan satu gelas yang dipenuhi air dan cuka. Seberapa banyak air yang masuk ke dalam gelas akan mengeluarkan jumlah yang sama daripada cuka. Kedua-duanya tidak boleh berkumpul menjadi satu.

“Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada seksaan Allah.” [ Imam Hasan ].

Solat adalah zikir paling mulia [ al-Ankabut: 45 ].

Solat ibadat yang merangkumi jasad, roh dan akal.

Rukun fi’li – kedudukan serta gerak badan yang ditetapkan.

Rukun qalbi – gerak hati yang sentiasa ikhlas kepada Allah SWT.

Individu yang hendak solat wajib membersihkan jiwanya daripada syirik terlebih dahulu.

Pembersihan jasad dengan berwuduk adalah diwajibkan.

Solat aktiviti pengabdian, justeru pemakaian menutup aurat dititikberatkan.

Solat berjemaah adalah diwajibkan pada masa-masa yang ditetapkan mengikut cara dan syarat yang ditetapkan.

Faedah-Faedah Solat

Solat 5 waktu menghilangkan dosa sebagaimana air menghilangkan daki.

Solat membina jati diri individu.

Solat ada 3 keistimewaan, ikhlas, khusyuk dan zikrullah. Ikhlas akan membawa kepada makruf, khusyuk mencegah perbuatan mungkar dan zikrullah membantu melakukan makruf dan mencegah mungkar [ Hamka ].

Solat menguatkan jiwa hingga mampu meninggalkan kekejian dan perkara mungkar [ al-Ankabut: 45 ].

Solat mendidik umat Islam menjadi pengurus masa yang baik. Oleh sebab solat fardu 5 waktu terikat dengan waktu, mereka yang solat perlu prihatin dan peka dengan waktu kerana solat di luar waktu dengan sengaja dianggap tidak sah dan bakal mendatangkan dosa. Kepekaan pada waktu ini bila dikembangkan dalam seluruh kehidupan akan menjadikan umat Islam golongan yang menghargai masa. Golongan yang menghargai masa pasti cemerlang.

Solat membentuk disiplin. Wuduk tidak sah melainkan dengan tertib begitu juga dengan solat, tertib wajib dipelihara. Latihan seperti ini mampu melahirkan insan yang celik prosedur lagi berdisplin sekali gus menjadi efisien dalam setiap pekerjaan.

Solat mendidik umat Islam mementingkan ilmu, kerana imam dalam solat berjemaah perlu dipilih dari kalangan yang berilmu. “Hendaklah yang mengimami sesuatu kaum itu mereka yang lebih tahu tentang al-Quran. Jika kemampuan mereka sama di sudut ini, pilihlah dari kalangan yang lebih memahami sunah.” [ Imam Muslim dan Ahmad ].

Solat penawar kepada tekanan jiwa. Ini kerana solat mengandungi zikir. Zikir yang dilakukan dengan khusyuk mampu mendamaikan hati. “Dan tegakkanlah solat untuk berzikir kepadaku.” [Taha: 14 ].

Ledakan Kecemerlangan

Solat latihan kecemerlangan yang penting kerana wajib dilakukan beberapa kali setiap hari.

Pastikan solat 5 waktu tidak diabaikan walaupun sekali.

Anggaplah setiap solat adalah solat yang terakhir di alam ini. Dengan cara ini khusyuk dapat dihayati.

“Wahai mereka yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.” [ al-Baqarah: 153 ].

Tafsir Surah Ad-Dukhan – Tafsir Ayat Ke-21 hingga Ke-23

0

Tafsir Surah Ad-Dukhan

Tafsir Ayat Ke-21

Jika mereka tidak mahu terima Islam, sekurang-kurangnya;

وَإِن لَّم تُؤمِنوا لي فَاعتَزِلونِ

Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah perhubungan kamu denganku (janganlah mengganggu daku).

وَإِن لَّمْ تُؤْمِنُوا لِي

Dan sekiranya kamu tidak juga mahu beriman denganku,

Ada orang yang memang, walaupun kita telah dakwah dan ajak mereka kepada kebenaran, mereka tidak akan terima. Ini kerana mereka telah ditaqdirkan tidak akan beriman.

فَاعْتَزِلُونِ

biarkanlah aku

Kalau tidak mahu beriman, janganlah hendak mencederakan dan mengacau baginda عليه السلام hendak berdakwah kepada manusia lain. Baginda عليه السلام hanya mahu membawa mereka kepada jalan tauhid. Ini kerana telah ada tanda-tanda yang Firaun akan mencederakan malah mahu membunuh baginda عليه السلام .

Nabi Musa عليه السلام bukan takut dibunuh oleh Firaun kerana Allah ﷻ telah beritahu yang baginda عليه السلام akan selamat. Namun, membunuh seorang Nabi adalah jenayah yang paling besar sekali, jadi baginda عليه السلام ingatkan mereka jangan mencari masalah.

Jika mereka buat begitu, mereka sebenarnya mencari masalah dengan Allah ﷻ. Riwayat hidup mereka akan jadi pendek sekali kalau mereka teruskan juga. Nabi Musa عليه السلام ingatkan sahaja. Zaman sekarang, tidak ada lagi Nabi dan Rasul. Namun, masih ada penyebar dan pendakwah Tauhid. Merekalah yang meneruskan tugas Nabi dan Rasul.

Kalau mereka diancam untuk dibunuh atau disakiti, kemudian mereka angkat tangan berdoa kepada Allah ﷻ, itu juga akan menjadi satu sebab untuk azab diturunkan.

Tafsir Ayat Ke-22

Walaupun Nabi Musa عليه السلام telah bercakap kepada Firaun supaya meninggalkan baginda dan jangan mencederakannya, Firaun masih bertekad hendak membunuh baginda. Maka, Nabi Musa عليه السلام telah berdoa kepada Allah ﷻ:

فَدَعا رَبَّهُ أَنَّ هٰؤُلاءِ قَومٌ مُّجرِمونَ

(Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka ia pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata: “Sesungguhnya orang-orang ini adalah kaum yang berdosa, (yang telah sebati dengan kekufurannya, dan berhaklah mereka menerima balasan yang seburuk-buruknya)”.

فَدَعَا رَبَّهُ

ia pun merayu kepada Tuhannya

Sekian lama Nabi Musa عليه السلام berusaha berdakwah kepada Firaun dengan menggunakan pelbagai cara dan menunjukkan berbagai mukjizat baginda عليه السلام. Malah Firaun juga dikenakan bala untuk menundukkan ego, tetapi masih lagi sama. Mereka tetap tidak mahu beriman atau membiarkan baginda عليه السلام menjalankan tugas dakwah.

Maka, barulah Nabi Musa عليه السلام berdoa kepada Allah ﷻ untuk berbuat sesuatu kepada Firaun dan kaumnya. Maknanya, apabila sampai kepada satu tahap, baginda عليه السلام sudah tidak tahan lagi, barulah baginda عليه السلام berdoa kepada Allah ﷻ. Inilah senjata ampuh orang mukmin iaitu berdoa kepada Allah ﷻ.

Bukanlah Nabi Musa عليه السلام awal-awal terus berdoa untuk menjatuhkan azab kepada mereka. Begitu juga kita, tidak boleh kita terus hendak doakan kehancuran kepada mereka yang tidak mahu beriman dan terus mahu melakukan syirik.

Memang tidak disebut dalam ayat ini apa yang terjadi, tetapi dari ayat-ayat yang lain, kita dapat tahu bahawa berbagai-bagai perkara telah berlaku antara ayat ke-21 dan ke-22 ini. Makan masa bertahun-tahun kisah itu. Begitu juga kita kena berdakwah dengan berbagai cara dan berkali-kali sebelum kita meninggalkan orang yang menentang itu.

✍🏻Doa Nabi Musa عليه السلام itu kita boleh lihat dalam [ Yunus: 88 ]:

وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَأَهُ زِينَةً وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَن سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَىٰ أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّىٰ يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ

Musa berkata: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, ya Tuhan Kami — akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat seksaan yang pedih”.

أَنَّ هَٰؤُلَاءِ قَوْمٌ مُّجْرِمُونَ

Sesungguhnya orang-orang ini adalah kaum yang berdosa.

Ijram adalah dosa yang paling besar. Ini kerana Firaun bukan sahaja tidak mahu beriman, tetapi telah menentang Nabi Musa عليه السلام , mengejek, ugut untuk membunuh dan menambahkan kezaliman kepada Bani Israel.

Firaun juga telah mengeluarkan arahan untuk membunuh kanak-kanak Bani Israel. Dulu dia sudah keluarkan arahan itu semasa Nabi Musa عليه السلام lahir, kali ini dia hendak mengulangi perbuatan itu lagi.

Dosa paling besar Firaun dan pengikutnya adalah dosa syirik dan ia telah menjadi tabiat mereka. Doa adalah senjata paling kuat seorang Nabi. Kalau seorang Nabi berdoa, Allah ﷻ akan makbulkan.

Allah ﷻ ingatkan bangsa Quraisy bahawa boleh sahaja Nabi Muhammad ﷺ berdoa untuk diturunkan azab kepada mereka seperti doa Nabi Musa عليه السلام ini, maka berhati-hatilah. Ini kerana mereka juga ada mengancam hendak membunuh baginda ﷺ.

Mereka diingatkan supaya jangan sampai Nabi Muhammad ﷺ berdoa seperti doa Nabi Musa عليه السلام ini. Tentera malaikat menunggu sahaja hendak menghancurkan mereka jika Nabi ﷺ berdoa.

Tafsir Ayat Ke-23

Setelah Nabi Musa عليه السلام berdoa begitu, maka Allah ﷻ telah memperkenankan doa dan memberikan arahan kepada baginda عليه السلام .

Ini adalah perlaksanaan kepada doa yang telah dimakbulkan itu. Nabi Musa عليه السلام kena ikut arahan ini:

فَأَسرِ بِعِبادي لَيلًا إِنَّكُم مُّتَّبَعونَ

Lalu (diperintahkan kepadanya): “Bawalah hamba-hamba-Ku keluar pada waktu malam, kerana sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan orang-orangnya).

فَأَسْرِ بِعِبَادِي

Bawalah hamba-hamba-Ku keluar pada waktu malam

Ada muqaddar dalam ayat ini, قلنا (Kami [Allah] berkata). Dalam ayat ini, Allah ﷻ memberi arahan kepada Nabi Musa عليه السلام untuk membawa Bani Israel bersama untuk lari pada malam hari, waktu bangsa Qibti sedang tidur.

Allah ﷻ memberi penghormatan kepada mereka dengan menggelar mereka ‘hamba-Nya’.

Padahal bukan semua yang mengikut Nabi Musa عليه السلام itu semuanya beriman. Ada juga yang tidak beriman tetapi dibawa juga kerana mereka adalah dari Bani Israel.

Antara mereka yang termasuk dalam menyeberang adalah dari bangsa Qibti yang ada beriman dengan Nabi Musa عليه السلام . Ada yang mengatakan termasuklah seorang Lelaki Mukmin yang disebut-sebut dalam Surah Ghafir.

Timbul satu persoalan: kalau difikirkan, Nabi Musa عليه السلام boleh sahaja membawa kaumnya lari awal-awal lagi. Namun, lihatlah bagaimana baginda عليه السلام telah pergi berjumpa dengan Firaun sendiri dan memohon kepada Firaun untuk membenarkan baginda عليه السلام membawa mereka keluar.

Kemudian setelah tidak dibenarkan oleh Firaun, baginda telah menunggu bertahun-tahun. Kenapa?

Kenapa perlu melalui proses itu? Ini kerana hendak memberi peluang kepada Firaun untuk bertaubat tetapi apabila Firaun tidak mahu ikut dan terus dalam kesesatan, barulah Allah ﷻ memberikan arahan kepada Nabi Musa عليه السلام untuk melakukan tindakan seterusnya.

لَيْلًا

pada satu ketika dari waktu malam,

Perkataan أَسْرِ sendiri sudah bermaksud ‘keluar pada waktu malam’ tetapi ditambah dengan perkataan لَيْلًا untuk merujuk ia adalah waktu yang tertentu pada waktu malam.

Ketika itu adalah waktu yang selamat untuk mereka lari. Mungkin semua orang lain sudah tidur, waktu pengawal tidak ada dan sebagainya.

Mereka kena keluar pada waktu malam kerana mereka kena lari dalam rahsia kegelapan malam dan kena pilih waktu yang sesuai. Ayat ini lebih kurang sama seperti yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَلَقَدْ أَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي فَاضْرِبْ لَهُمْ طَرِيقًا فِي الْبَحْرِ يَبَسًا لَا تَخَافُ دَرَكًا وَلا تَخْشَى}

 

dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa, “Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israel) di malam hari, maka buatlah untuk mereka jalan yang kering di laut, kamu tak usah khuatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam).” [ Thaha: 77 ].

إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ

kerana sesungguhnya kamu akan dikejar

Allah ﷻ telah beritahu awal-awal lagi yang mereka akan dikejar oleh Firaun. Apabila Firaun dan orang-orangnya sedar yang kaum Bani Israel yang menjadi hamba mereka telah hilang, mereka terus mengejar Bani Israel itu. Firaun mengarahkan semua sekali ikut pergi mengejar Musa عليه السلام dan Bani Israel.

Dia tidak benarkan sesiapa pun tinggal. Beginilah cara Allah ﷻ jadikan supaya mereka semua sekali keluar. Sebab Allah ﷻ hendak musnahkan mereka semua sekali. Allah ﷻ mahu mengeluarkan mereka semua sekali dari Mesir dan mereka akan dimusnahkan. Maka Mesir tidak terganggu dan akan diberikan kepada orang lain pula.

Allah ﷻ telah merancang perjalanan masa itu, supaya apabila mereka keluar lari pada malam hari, mereka dapat lari pada satu jarak yang jauh.

Supaya nanti apabila Firaun dan pengikutnya mengejar, mereka akan bertembung di tepi laut. Semua itu dalam perancangan Allah ﷻ. Allah ﷻ juga memberi isyarat kepada Nabi Muhammad ﷺ dalam ayat ini bahawa baginda ﷺ juga akan dikejar apabila berhijrah nanti.

✍🏻SESI MUZAKARAH

Tafsir surah Ad Dukhan (Ayat 21-23)

📍Pendakwah juga boleh berdoa agar Allah ﷻ akan jatuhkan azab kepada orang yang ingkar itu?

🔵Ya boleh.

📍 Boleh jelaskan maksud Ijram?

🔵Penjenayah yang telah sabit kesalahannya. Maknanya memang ‘confirm’ mereka itu berdosa.

📍Pendosa-pendosa besar sahajakah?

🔵Ya.

📍”Allah ﷻ juga memberi isyarat kepada Nabi Muhammad ﷺ dalam ayat ini bahawa baginda ﷺ juga akan dikejar apabila berhijrah nanti.”

Isyarat di atas ini dan sebelumnya menunjukkan betapa banyaknya persamaan di antara perjalanan dakwah Rasulullah ﷺ dengan Nabi Musa عليه السلام? Nabi ﷺ harus mengambil pengajaran dari kisah Nabi Musa عليه السلام?

🔵Benar. Sebab itu banyak kisah Nabi Musa dalam Al-Quran. Sampai ulama ada kata: Hampir hampir Al-Quran ini berkenaan Nabi Musa sahaja kerana ada banyak persamaan dugaan dan dakwah baginda.

📍 Antara mereka yang termasuk dalam menyeberang adalah dari bangsa Qibti yang ada beriman dengan Nabi Musa عليه السلام . Ada yang mengatakan termasuklah seorang Lelaki Mukmin yang disebut-sebut dalam surah Ghafir.

Maksudnya lelaki itu adalah yang berhujah dengan Firaun di dalam istana?

🔵 Ya. Terdapat dalam surah Ghafir.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Ad-Dukhan – Tafsir Ayat Ke-19 dan Ke-20

0

Tafsir Surah Ad-Dukhan

Tafsir Ayat Ke-19

Sambungan dari kisah Nabi Musa عليه السلام dan Firaun. Ini adalah dakwah Nabi Musa عليه السلام kepada Firaun. Ia juga adalah peringatan kepada kita. Sebelum ini telah disebut tentang zalim kepada manusia, sekarang ayat ini tentang zalim kepada Allah ﷻ pula. Inilah zalim yang paling besar sekali.

وَأَن لّا تَعلوا عَلَى اللهِ ۖ إِنّي ءآتيكُم بِسُلطٰنٍ مُّبينٍ

Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah; sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.

وَأَن لَّا تَعْلُوا عَلَى اللهِ

Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah;

Ini adalah dakwah Nabi Musa عليه السلام kepada bangsa Qibti. Nabi Musa عليه السلام bukan hanya diutuskan untuk Bani Israel sahaja tetapi baginda عليه السلام juga diutuskan kepada bangsa Qibti. Kalimah تَعْلُوا bermaksud ‘rasa tinggi dari orang lain’.

Nabi Musa عليه السلام mengingatkan Firaun dan kita semua supaya jangan melebihkan diri dari Allah ﷻ dan hendak tinggi diri dari Allah ﷻ. Maksudnya hendaklah rendahkan diri di hadapan Allah ﷻ. Jangan sombong untuk mentauhidkan Allah ﷻ kalau tidak, kita telah berlaku zalim kepada Allah ﷻ.

Itulah yang selayaknya untuk diri kita kerana tidak ada apa-apa untuk dibanggakan dan rasa diri itu lebih. Firaun merasakan dirinya terlalu tinggi. Dia sangka dengan kuasanya di bumi Mesir, dia boleh buat apa-apa sahaja yang dia hendak.

Oleh itu dia tidak mahu tunduk kepada ajakan tauhid Nabi Musa عليه السلام. Maka Nabi Musa عليه السلام mengingatkan Firaun yang dia bukannya menolak baginda, tetapi menolak Allah ﷻ sebenarnya.

Bagaimana pula dengan diri kita dan masyarakat? Ada antara masyarakat kita apabila diberikan dalil dengan ayat-ayat Al-Quran, mereka tidak mahu menerima dalil yang diberikan.

Mereka tidak mahu tunduk dengan arahan yang Allah ﷻ telah keluarkan dalam Al-Quran. Mereka yang tidak ikut suruhan Allah ﷻ dan Nabi, kerana mereka rasa lebih tinggi dari Al-Quran, lebih tinggi dari Allah ﷻ . Mereka rasa pendapat dan akal mereka lebih bagus.

Begitulah yang banyak terjadi dalam kalangan kita. Apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi, ramai yang tidak terima. Mereka hendak juga menggunakan pendapat akal mereka, kata-kata guru dan kitab-kitab selain Al-Quran.

Sikap begini seolah-olah mereka lebih tahu dari Nabi dan Allah ﷻ atau mereka rasa pendapat guru mereka lebih baik dari ayat-ayat Al-Quran. Masha Allah!

إِنِّي ءآتِيكُم بِسُلْطٰنٍ مُّبِينٍ

sesungguhnya aku datang membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.

Nabi Musa عليه السلام bukan datang dengan tangan kosong tetapi dengan membawa mukjizat iaitu bukti yang baginda adalah seorang Nabi. Buktinya adalah dengan mukjizat yang diberikan kepada baginda عليه السلام . Mukjizat yang ditunjukkan oleh para Nabi adalah yang sesuai dengan zaman mereka.

Zaman Nabi Musa عليه السلام , umatnya banyak amal sihir dan mereka hormat dan pandang tinggi kepada ahli sihir. Zaman Nabi Muhammad ﷺ, pula mukjizat dalam bentuk bahasa yang hebat iaitu Al-Quran.

Mukjizat Nabi Musa عليه السلام yang ditunjukkan itu ada dua:

  1. Tongkat baginda عليه السلام yang bertukar menjadi ular.
  2. Tangan baginda عليه السلام bercahaya selepas meletakkannya di celah ketiak.

Bukan itu sahaja mukjizat yang ditunjukkan oleh baginda عليه السلام. Ada lagi mukjizat-mukjizat lain yang semakin lama semakin besar seperti yang disebut dalam surah ini [ Zukhruf: 48 ]:

وَما نُريهِم مِن آيَةٍ إِلّا هِيَ أَكبَرُ مِن أُختِها

Dan tidaklah Kami perlihatkan kepada mereka sesuatu mukjizat kecuali mukjizat itu lebih besar dari mukjizat-mukjizat yang sebelumnya.

Maka, sepanjang Nabi Musa عليه السلام berdakwah kepada Firaun dan bangsa Qibti di Mesir itu, ada banyak mukjizat yang telah ditunjukkan kepada mereka. Kita tidak ada mukjizat, tetapi kita ada Al-Quran sebagai hujah kita. Ia adalah mukjizat Nabi Muhammad ﷺ dan merupakan mukjizat terakhir yang akan kekal sampai ke Hari Kiamat.

Itulah dalil yang amat jelas sekali kepada mereka yang mahu membuka hati kepada kebenaran. Ini dinamakan Mukjizah Khaalidah – berkekalan sampai bila-bila. Mukjizat para Nabi lain, orang yang nampak sahaja yang tahu. Kita tidak nampak bagaimana tangan Nabi Musa عليه السلام bercahaya dan tongkatnya menjadi ular, bukan?

📍Namun, Al-Quran ini sampai bila-bila boleh nampak dan boleh baca hari-hari. Maka, amat sedih bila ramai dari antara kita yang tidak menghargainya.

Sedangkan mukjizat yang ada di dalam Al-Quran ini adalah jelas. Ia hanya tidak jelas kepada mereka yang tidak mahu belajar dan membuka hati mereka kepada kebenaran.

Tafsir Ayat Ke-20

Ada idmaj sebelum ayat ini. Idmaj adalah kisah yang panjang diceritakan dalam surah-surah yang lain. Hanya yang tidak disebut adalah bagaimana Nabi Musa عليه السلام telah lama berdakwah kepada kaumnya itu.

Sekarang terus masuk kepada kisah bagaimana mereka telah membuat keputusan untuk menyakiti baginda عليه السلام. Mereka marah sangat sampai mereka mengancam hendak sakiti dan hendak merejam baginda عليه السلام. Inilah kata-kata Nabi Musa عليه السلام kepada mereka apabila mereka mengancam hendak menyakitinya.

وَإِنّي عُذتُ بِرَبّي وَرَبِّكُم أَن تَرجُمونِ

Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

وَإِنِّي عُذْتُ بِرَبِّي

Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku

Sebaik-baik pelindung adalah Allah ﷻ. Oleh itu, kita hendaklah meminta perlindungan kepada Allah ﷻ dan percaya bahawa Allah ﷻ akan melindungi kita. Senjata yang paling hebat bagi penyeru tauhid yang taat kepada Allah ﷻ adalah doa. Jangan kita pandang rendah kuasa doa ini.

وَرَبِّكُمْ

dan Tuhan kamu,

Tuhan Nabi Musa عليه السلام bukan Tuhannya sahaja, tetapi Tuhan kepada Firaun dan kaumnya juga. Walaupun mereka tidak mengaku Allah ﷻ itu Tuhan mereka, Allah ﷻ tetap Tuhan mereka.

أَن تَرْجُمُونِ

daripada kamu merejam daku.

Dari sini kita tahu yang Firaun mengancam hendak ‘merejam’ Nabi Musa عليه السلام. Apa yang Nabi Musa عليه السلام lakukan adalah mengatakan yang baginda berlindung kepada Allah ﷻ kerana Allah ﷻ pelindung kita.

Kalau Allah ﷻ tidak izinkan sesiapa untuk mencederakan kita, tidak ada sesiapa yang boleh buat perkara tidak elok kepada kita. Inilah yang dinamakan tawakal. Allah ﷻ hendak mengajar kita untuk berdoa dan berserah diri kepada Allah ﷻ .

Kalau kita berdoa itu menunjukkan kita rapat dengan Allah ﷻ dan sentiasa mengharap dengan Allah ﷻ. Jangan kita jadikan doa sebagai jalan yang terakhir. Setelah sudah habis ikhtiar lain dilakukan baru hendak mencari Allah ﷻ , maknanya kita tidak kenal Allah ﷻ serta tidak bersungguh-sungguh berharap kepada Allah ﷻ.

Nota:

Ada juga pendapat yang mengatakan rejam itu adalah dengan kata-kata yang menghina dan mencaci maki. Ibnu Abbas عليه السلام mengatakan, demikian pula Abu Saleh, bahawa yang dimaksudkan dengan rejam ialah rejam dengan lisan alias mencaci maki.

Maka kalau pendapat ini dipakai, makna ayat ini ialah: ‘aku berlindung kepada Allah ﷻ yang telah menciptakan diriku dan diri kalian agar jangan sampai kalian menyentuhku dengan perbuatan atau ucapan yang buruk.’

✍🏻SESI MUZAKARAH

Tafsir surah Ad Dukhan (Ayat 19-20)

📍Adakah hadith termasuk juga mukjizat?

🔵Tidak.

📍 Al-Quran juga akan jadi hujah (pembela) kita di akhirat nanti. Bermakna meninggalkan Al-Quran adalah satu bentuk kerugian dan kezaliman pada diri kita sendiri, benarkan ustaz?

🔵Ya

📍Apa maksud Al-Quran akan menjadi kawan kita di dalam kubur?

🔵Ada teman atau kawan dalam kubur jadi tidak akan sunyi sangat yang akan jadi sesuatu yang boleh teman kita. Benda ghaib ini tidak boleh hendak dijelaskan lagi. Tunggu masuk kubur.

📍Mukjizat Nabi ini hanya berlaku sekali sahaja kan?

🔵Tongkat beberapa kali jadi ular, belah laut dan keluarkan air dari batu tetapi setiap kali dengan kehendak Allah ﷻ.

📍Jika ikut makna ayat tu, “jangan sampai kalian menyentuh ku dengan perbuatan atau ucapan buruk” ini termasuk memperkatakan ahli keluarga Rasulullah ﷺ juga?

🔵Ini teguran kepada musyrikin Mekah juga.

📍 Firaun ada caci maki Nabi dan menyakiti Nabi Musa? Berapa lama Nabi Musa عليه السلام berdakwah?

🔵Ya dia pernah hina Nabi Musa عليه السلام. Dakwah baginda bertahun tetapi berapa tahun tidak tahu.

📍Saya baru faham di sebalik ayat ini ada kisah-kisah panjang Nabi Allah Musa عليه السلام Pada waktu ini, adakah ramai orang-orang Israel ikut dakwah baginda dan beriman kepada Allah ﷻ?

🔵Ada yang beriman dan ada yang munafik.

📍Allah ﷻ dan Allah SWT. Boleh bagi pencerahan maksudnya?

🔵Makna :

Jalla Jalaaluhu : Maha Agung Keagungan-Nya

SWT : Subhanallahu wa Ta’ala: Maha Suci dan Maha Tinggi

📍Adakah hubungan di antara Bani Israel dengan negara Israel yang sekarang menjajah Palestin?

🔵Ada sedikit hubungan.

📍Nabi Muhammad ﷺ pernah berhijrah dari Mekah ke Madinah. Apakah Nabi Musa عليه السلام pernah juga hijrah?

🔵Peristiwa menyeberangi laut itu adalah hijrah.

📍Maksudnya, untuk jadikan Al-Quran teman hendaklah dengan membaca, mempelajari maksudnya dan mengamalkan. Jika hanya setakat membaca sahaja seperti kebiasaan orang-orang lakukan, adakah juga akan dapat jadi teman di dalam kubur?

🔵Tidak dapat, malahan lagi kena marah dengan Al-Quran disebabkan hanya baca tetapi tidak tahu amalkan.

📍Bagi orang yang baru mula hendak belajar Al-Quran, apakah yang patut dimulakan dahulu? Adakah perlu belajar mengaji / membaca al-Quran dahulu atau terus boleh belajar tafsir dan tadabbur?

🔵Tafsir.

 Allahu a’lam.

Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran: Tip 10 Cemerlang dengan Ibadah

0

Tip 10

Cemerlang dengan Menegakkan Ibadah

“Wahai mereka yang beriman sujud dan rukuklah serta beribadahlah kepada Tuhanmu dan buatlah kebaikan semoga kamu beroleh kejayaan.” [ Al-Haj: 77 ].

Dalam perancangan hidup, ibadah perlu diberi keutamaan.

Ciri penting yang perlu ada pada semua ibadah adalah niat yang ikhlas dan melaksanakan mengikut landasan syariat.

Lakukan ibadah mengikut keutamaan yang ditetapkan syariat iaitu yang wajib dan fardu adalah lebih utama daripada sunat dan harus.

“Harta benda dan anak pinak adalah perhiasan kehidupan di dunia. Amalan yang kekal lagi salih (al-baqiah as-solihat) adalah lebih baik ganjarannya di sisi Tuhan-Mu dan lebih baik untuk dijadikan harapan.” [ Al-Haj: 46 ].

Mereka yang sentiasa melakukan al-baqiah as-solihat sebenarnya sedang melatih minda, roh dan jasad untuk tunduk kepada kebaikan. Orang seperti ini mudah mencapai kejayaan dalam setiap bidang yang diceburi.

Ibadah yang lebih Utama

“Kamu melupakan satu ibadah yang utama iaitu warak.” [ Ummum Mukminin, Aisyah – Ihya Ulumuddin].

Ibadah yang paling penting yang sering diabaikan adalah meninggalkan perkara haram terutama yang berkait dgn sumber rezeki, makan dan minum.

Mengambil benda yang syubhah atau pun haram akan merosakkan ibadah.

“Sesiapa yang membelanjakan sesuatu yang haram, dia diumpamakan seperti seorang yang cuba membersihkan sehelai kain berlumuran najis dengan air kencing. Dosa tidak dapat dibersihkan melainkan dengan yang halal.” [ Imam Sufyan at-Thauri ].

Ibadah dan warak berkait rapat dengan tahap iman individu.

“Seseorang tidak akan sampai ke hakikat iman sehingga ada padanya empat perkara iaitu mengerjakan ibadah yang fardu dan yang sunat, memakan benda yang halal dengan warak, menjauhi perkara yang dilarang sama ada zahir atau batin dan bersabar di atas yang demikian itu sehingga mati.” [ Sahl at-Tusturi ].

Individu yang melakukan solat dengan zikir dan khusyuk akan dianugerahkan dengan kedamaian hati di samping kesihatan badan.

Solat berserta zikir dan khusyuk adalah seperti meditasi yang melebihi meditasi biasa. Berbeza dengan meditasi biasa kerana solat adalah ibadah. Kalimat zikir yang disebut di dalamnya adalah pilihan Allah dan Rasul. Ketenangan yang bakal diperolehi adalah ketenangan kurniaan Allah.

Ledakan Kecemerlangan

Ibadah adalah latihan yang merangkumi minda, hati dan jasad manusia.

Disiplin yang terdapat di dalamnya menjadikan individu itu unggul dalam bidangnya.

Matlamat ibadah adalah mencari keredhaan Allah.

Manusia yang mementingkan keredhaan Allah tidak dapat dibeli oleh manusia. Hanya manusia seperti ini sahaja yang layak menjadi pemimpin dalam masyarakat.

Masukkan ibadah dalam setiap perancangan hidup dan berikan keutamaan pada ibadah fardu.

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah (mengabadikan diri) kepadaku.” [ az-Zariyat: 53 ].

 

Tafsir Surah Ad-Dukhan – Tafsir Ayat Ke-15 hingga Ke-18

0

Tafsir Surah Ad-Dukhan

Tafsir Ayat ke-15

Sebelum ini telah disebut bagaimana mereka yang musyrik telah minta kepada Allah ﷻ supaya diangkat azab asap itu. Allah ﷻ sebut tentang doa itu kembali.

إِنّا كاشِفُو العَذابِ قَليلًا ۚ إِنَّكُم عائِدونَ

Sesungguhnya kami hapuskan azab itu sedikit, kamu akan kembali (kufur ingkar).

إِنَّا كَاشِفُو الْعَذَابِ قَلِيلًا

Sesungguhnya Kami akan melenyapkan seksaan itu agak sedikit

Setelah sekian lama, bala asap itu diangkat kerana mereka telah berdoa (atau minta Nabi Muhammad ﷺ doakan) supaya azab itu diangkat. Mungkin juga azab itu diangkat kerana masih ada lagi sebahagian golongan yang beriman di Mekah. Namun yang pasti, Allah ﷻ beritahu bahawa azab itu diangkat dari mereka. Namun, azab itu diangkat sekejap semasa di dunia ini sahaja. Mereka akan menerima azab yang lebih teruk lagi, apabila mereka dimasukkan ke neraka nanti.

Memang azab di dunia akan diangkat, tetapi yang lebih penting adalah azab di akhirat. Kalau mereka masih tidak mengubah sikap mereka, mereka akan dimasukkan ke neraka. Waktu itu mereka akan terima azab yang tidak akan diangkat-angkat lagi.

إِنَّكُمْ عَائِدُونَ

sesungguhnya kamu akan kembali.

Allah ﷻ sudah beritahu yang mereka akan kembali kepada sifat buruk dan jahat mereka yang musyrik itu. Malah mereka akan kembali kepada akidah kufur mereka sebelum mereka berdoa dan berjanji hendak beriman. Janji mereka itu bukannya ikhlas. Jadi kenapa Allah ﷻ angkat azab itu kalau Allah ﷻ sudah tahu yang mereka akan jadi begitu? Ini kerana bukan hendak azab mereka di dunia, tetapi Allah ﷻ hendak azab mereka di akhirat.

Azab di akhirat nanti lebih teruk yang mereka akan terima. Mereka akan ditanya dengan tanda-tanda yang telah diberi kepada mereka. Termasuk tanda yang mereka telah terima adalah azab asap itu. Sepatutnya dengan ada tanda itu mereka sudah berubah dan ambil pengajaran. Oleh kerana mereka tidak ambil pengajaran, maka semua itu akan dijadikan hujah kepada mereka di akhirat nanti.

Sebenarnya, ada dua pendapat untuk mentafsirkan maksud ‘kembali’ itu.

1.  Kembali kepada sifat mereka yang menentang Nabi ﷺ dan terus melakukan kejahatan dan kemusyrikan.

2.  Mereka juga akan kembali kepada Allah ﷻ (mati) dan mereka akan menerima azab yang lebih teruk lagi.

Tafsir Ayat ke-16

Ini adalah Takhwif Duniawi. Mereka diberikan satu lagi ancaman.

يَومَ نَبطِشُ البَطشَةَ الكُبرىٰ إِنّا مُنتَقِمونَ

(Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya)

يَوْمَ نَبْطِشُ الْبَطْشَةَ الْكُبْرَىٰ

(Ingatlah) hari (ketika) Kami menghentam mereka dengan hentaman yang keras.

Ulama tafsir memberikan dua macam tafsir untuk menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan ‘hari’ itu.

1. Ayat ini memberi isyarat tentang Perang Badr yang akan berlaku di mana musyrikin Mekah akan dikalahkan.

Ayat ini adalah ayat Makkiah, tetapi kejadian itu akan berlaku di Madinah nanti. Walaupun belum berlaku lagi, tetapi Allah ﷻ telah memberi isyarat kemenangan kaum muslimin. Jadi, ini adalah ayat ramalan. Waktu itu mereka tentu tidak sangka akan dapat berperang dengan musyrikin Mekah dan akan memenangi peperangan. Ketika itu nanti, ketua-ketua penjahat musyrikin Mekah akan dimatikan.

2.  Juga merujuk kepada Hari Akhirat nanti yang mereka akan menerima hukuman yang amat keras. Kalau mereka tidak mahu menerima dakwah Nabi Muhammad ﷺ, maka tunggulah azab yang akan dikenakan kepada mereka.

3.  Ia merujuk kepada musim kemarau yang menimpa Mekah pada zaman Nabi Muhammad ﷺ. Ini adalah kerana kedegilan mereka telah menyebabkan Nabi ﷺ berdoa supaya mereka dikenakan dengan azab seperti yang dikenakan ke atas Mesir pada zaman Nabi Yusuf عليه السلام.

Ini adalah pendapat Ibn Mas’ud. Ia dikenakan kepada mereka untuk merendahkan ego mereka seperti yang disebut juga dalam [ Al-An’am: 43 ],[ Al-A’raf: 94-95 ], [ Yunus: 21 ] dan [ Al-Mu’minun: 75-77 ].

إِنَّا مُنتَقِمُونَ

Sesungguhnya Kami adalah Pemberi balasan.

Segala kedegilan mereka akan dibalas di Madinah nanti apabila mereka dikalahkan dengan teruk sekali. Terdapat satu pendapat lagi mengatakan yang ‘hari’ yang dimaksudkan adalah di Akhirat kelak.

📍Memang Allah ﷻ bersifat pengasih dan penyayang tetapi apabila di Hari Akhirat kelak, Allah ﷻ akan bersikap adil di mana mereka yang telah berbuat kesalahan, kekejaman dan kezaliman akan dibalas dengan apa yang layak bagi mereka.

Tafsir Ayat ke-17

Takhwif Duniawi. Allah ﷻ memberi contoh kisah Nabi Musa عليه السلام dan Firaun kepada musyrikin Mekah.

Selepas Allah ﷻ memberi ancaman kepada musyrikin Mekah, Allah ﷻ memberi perumpamaan tentang apa yang terjadi kepada Firaun. Ini kerana Firaun juga telah melakukan kesyirikan dan telah dikenakan dengan bala semasa di dunia lagi.

Musyrikin Mekah juga telah diberikan dengan bala. Kesemua bala itu adalah untuk menundukkan dan merendahkan ego mereka, supaya kembali kepada Allah ﷻ. Apabila Mesir ditimpa bala waktu itu, Firaun meminta Nabi Musa عليه السلام berdoa supaya diangkat bala-bala dan berjanji untuk beriman kalau diangkat.

Namun, selepas bala itu diangkat Firaun tidak mengaku yang dia pernah berjanji untuk beriman. Keadaan ini ada persamaan dengan apa yang telah dilakukan oleh Musyrikin Mekah. Berkali-kali bala diberikan dan diangkat. Setiap kali berlaku Firaun akan meminta Nabi Musa عليه السلام berdoa kepada Allah ﷻ untuk mengangkat bala-bala itu dan berjanji akan beriman kalau bala itu diangkat.

Namun setiap kali juga dia memungkiri janjinya itu. Bukan sahaja dia diuji dengan bala, tetapi Firaun juga telah diuji dengan kekayaan dan kemewahan hidup.

وَلَقَد فَتَنّا قَبلَهُم قَومَ فِرعَونَ وَجاءَهُم رَسولٌ كَريمٌ

Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan mereka pun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia,

وَلَقَدْ فَتَنَّا قَبْلَهُمْ قَوْمَ فِرْعَوْنَ

Sesungguhnya sebelum mereka, Kami telah uji kaum Fir’aun

Sebelum kaum musyrikin Mekah diuji, telah diberikan juga ujian kepada kaum Firaun. Ini bertujuan untuk mengingatkan kepada musyrikin Mekah dan musyrikin lain, mereka juga boleh dikenakan dengan perkara yang sama. Maka orang Mekah yang menentang Nabi Muhammad ﷺ dan menentang dakwah tauhid, kenalah ambil pengajaran dari kisah ini.

Berbagai-bagai azab dunia telah diberikan kepada Kaum Firaun. Kisah ini ada disebut dalam surah

[ al-A’raf: 130 ]:

  1. Musim kemarau
  2. Kekurangan buah-buahan

dan ayat [ al-A’raf: 133 ]:

  1. Taufan
  2. Belalang
  3. Kutu
  4. Katak
  5. Darah

وَجَاءَهُمْ رَسُولٌ كَرِيمٌ

dan telah datang kepada mereka seorang Rasul yang mulia,

Rasul yang dimaksudkan adalah Nabi Musa عليه السلام. Tidak disebutkan nama Nabi Musa عليه السلام dalam ayat ini kerana telah ada ayat-ayat tentang baginda sebelum ini. Memang ayat Al-Quran banyak menyebut tentang Nabi Musa عليه السلام sampaikan ada ulama’ yang kata: hampir-hampir Al-Quran ini berkenaan Nabi Musa عليه السلام sahaja.

Begitu juga musyrikin Mekah, mereka telah biasa dengan ayat-ayat Al-Quran kerana telah beberapa tahun ayat-ayat Al-Quran dibacakan kepada mereka. Jadi Allah ﷻ hanya memberi isyarat kepada Nabi Musa عليه السلام sahaja dengan tidak disebutkan nama baginda dalam ayat ini.

📍Salah satu kelebihan Nabi Musa عليه السلام yang lain dari Nabi-nabi adalah baginda عليه السلام dapat berkata-kata terus dengan Allah ﷻ. Itulah sebabnya baginda عليه السلام dikatakan رَسُولٌ كَرِيمٌ. Banyak ayat-ayat dalam Al-Quran dan hadis Nabi yang menceritakan tentang kelebihan yang ada pada Nabi Musa عليه السلام.

Tafsir Ayat Ke-18

Nabi Musa عليه السلام telah ditugaskan untuk berdakwah kepada Firaun dan kaumnya. Waktu itu Firaun telah melakukan dua kesalahan besar:

  1. Zalim kepada Allah ﷻ – dengan melakukan syirik
  2. Zalim kepada Bani Israil dengan menjadikan mereka sebagai hamba abdi.

Maka ada dua dakwah utama Nabi Musa عليه السلام kepada Firaun dan kaum Qibti. Dalam surah ini disebut tentang zalim jenis yang kedua. Maka kena rujuk juga ayat-ayat yang lain untuk mengetahui kesalahan-kesalahan mereka yang lain.

Perbuatan zalim akan membuatkan pelakunya tidak akan masuk syurga. Maka kerana itulah kalau kita berdoa, kita diajar untuk minta ampun dari mana-mana kesalahan zalim kita. Kita diingatkan jangan buat zalim sama ada zalim kepada Allah ﷻ atau kepada makhluk. Ingatlah yang kalau kita buat bidaah, itu juga dikira zalim di sisi Allah ﷻ

Apakah yang dikatakan kepada Firaun?

أَن أَدّوا إِلَيَّ عِبادَ اللهِ ۖ إِنّي لَكُم رَسولٌ أَمينٌ

(Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah; sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu.

أَنْ أَدُّوا إِلَيَّ عِبَادَ اللهِ

Serahkanlah kepadaku hamba-hamba Allah (Bani Israil yang kamu perbudak).

Kalimah أَدُّوا dari kata dasar أ د ي yang bermaksud ‘menyerahkan hak seseorang dengan lengkap dan serta merta’.

Sebagai contoh, ada seseorang yang amanahkan hartanya kepada kita. Apabila dia datang dan meminta haknya, kita kena berikan terus dan dengan lengkap. Bukan kita lengahkan, bayar sikit-sikit dan sebagainya. Tidak boleh buat begitu kerana kita kena pulangkan terus dengan kadar yang asalnya.

Dalam ayat ini, Nabi Musa عليه السلام meminta Firaun menyerahkan kepada baginda Bani Israil yang telah diperhambakan oleh kaum Firaun. Nabi Musa عليه السلام minta Firaun jangan lagi buat zalim kepada Bani Israil. Biarlah baginda didik mereka kerana Bani Israil itu adalah umat baginda.

Jangan jadikan mereka sebagai hamba abdi lagi, kerana mereka bukan hamba abdi tetapi adalah golongan bangsawan kerana ada ramai Nabi dari kalangan mereka. Selain itu mereka juga adalah orang yang kenal Allah ﷻ dan ada agama.

Mereka telah hijrah dari Palestin ke Mesir zaman Nabi Yusuf عليه السلام dulu. Lama kelamaan mereka telah menetap di Mesir dan menduduki kedudukan yang tinggi di Mesir. Sehinggalah apabila puak Qibti telah menjajah Mesir dan menjadikan Bani Israil sebagai hamba.

Ada juga tafsir yang mengatakan arahan Nabi Musa عليه السلام kepada Firaun dan kaumnya dan juga Bani Israil adalah untuk taat kepada baginda عليه السلام iaitu mengikut segala arahan dan ajakan dari Nabi Musa عليه السلام. Oleh itu, ayat di atas berbunyi begini: “pulanglah kembali dengan taat kepadaku, wahai hamba Allah ﷻ.”

إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

Sesungguhnya aku adalah utusan (Allah) yang amanah kepadamu,

Kenapa Firaun kena ikut dan taat kepada baginda عليه السلام?. Ini kerana baginda عليه السلام adalah rasul yang perlu ditaati. Bukan orang biasa yang boleh Firaun tolak seperti rakyatnya yang biasa. Baginda عليه السلام adalah seorang yang amanah kerana baginda seorang Rasul.

Baginda عليه السلام akan menjalankan tugas untuk mendidik Bani Israil kepada agama. Baginda عليه السلام juga diamanahkan untuk mengajar Firaun dan pengikutnya untuk bebaskan diri mereka dari zalim kepada Allah ﷻ dan zalim kepada manusia. Baginda عليه السلام datang membawa dalil dan bukti dari wahyu Allah ﷻ dan tidaklah reka ajaran-ajaran yang dibawa itu.

Bukanlah baginda عليه السلام datang dengan ajaran tauhid kerana hendakkan kedudukan dan sanjungan dari manusia tetapi baginda datang atas arahan Allah ﷻ. Kalimah أَمِينٌ juga bermaksud ‘selamat’ iaitu bermaksud Firaun dan kaumnya adalah selamat dari baginda عليه السلام .

Bukanlah baginda عليه السلام datang untuk menyusahkan mereka, menindas mereka, atau mengambil alih kerajaan Mesir. Kalau mereka terima iman, negara Mesir masih tetap dalam pemerintahan mereka.

Nabi dan Rasul dihantar kepada mereka sebagai kelebihan kepada mereka. Kalau ada Nabi atau Rasul di kalangan manusia, manusia yang menerima Nabi itu patut berbangga dan bersyukur sangat-sangat. Rasul bukan sahaja dihantar ‘kepada’ manusia, tetapi ‘untuk’ manusia. Jadi ada dua makna untuk huruf ل dalam perkataan لَكُمْ itu.

Inilah mesej pertama yang diberikan kepada Firaun oleh Nabi Musa عليه السلام. Banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menyebut perkara ini.

✍🏻SESI MUZAKARAH

Tafsir surah Ad Dukhan (Ayat 15-18)

📍Bolehkah ustaz jelaskan senarai azab dalam ayat [ al-A’raf: 133 ] mengenai azab belalang, kutu, katak serta darah? Adakah darah itu bererti banyak kes pembunuhan?

🔵Belalang serang tanaman dan kutu terdapat di merata tempat antaranya di dalam makanan dan atas katil. Manakala katak penuh satu negara dan darah di dalam perigi, pili, gelas, longkang dan merata rata lagi.

📍Adakah di sini kejadian Nabi Musa عليه السلام pengsan di bukit? Adakah baginda bercakap secara langsung dengan Allah ﷻ atau melalui Jibrail?

“Salah satu kelebihan Nabi Musa عليه السلام yang lain dari Nabi-nabi adalah baginda عليه السلام dapat berkata-kata terus dengan Allah ﷻ.”

🔵Itu satu kes sahaja. Banyak kali baginda عليه السلام bercakap dengan Allah ﷻ. Pertama kali baginda عليه السلام bercakap secara langsung dengan Allah ﷻ disebut dalam surah Toha. Namun, tidak semua wahyu diterima secara langsung. Jika baginda عليه السلام hendak secara langsung kena naik Bukit Thur (Mount Sinai)

📍Adakah kaum asal Nabi Musa عليه السلام telah beriman dengan Allah ﷻ?

Apakah kitab yang digunakan oleh mereka yang beriman sebelum puak Firaun itu memerintah Mesir?

🔵Ajaran Nabi Yusuf عليه السلام dan Nabi yang lain, ajaran dari Nabi Ibrahim عليه السلام.

📍Setelah turunnya ayat ini, adakah ia bermaksud Nabi ﷺ sudah tahu akan berlaku perang di Madinah dan akan di menangi oleh kaum muslimin?

🔵Ya

📍Ia dikenakan kepada mereka untuk merendahkan ego mereka seperti yang disebut juga dalam [ Al-An’am: 43 ], [ Al-A’raf: 94-95 ], [ Yunus: 21 ] dan [ Al-Mu’minun: 75-77 ]. Maksud ego di sini, telah sampai suatu kebenaran yang dibawa Nabi tetapi mereka ego untuk menerimanya?

🔵Ya, benar.

📍Kalau telah sampai suatu kebenaran kepada seseorang lalu orang itu menolak berkata ” saya buat itu sebab ustaz itu buat dan kalau saya berdosa tentu ustaz itu lagi banyak dosa. Apakah boleh dikatakan ego?

🔵Ya dan tambah satu lagi iaitu tidak guna akal yang sihat.

 Allahu a’lam.

Tafsir Surah Ad-Dukhan – Tafsir Surah Ke-13 dan Ke-14

0

Tafsir Surah Ad-Dukhan

Tafsir Ayat Ke-13

Allah SWT memberitahu bahawa mereka yang musyrik itu tidak akan beriman juga walaupun azab itu diangkat dari mereka. Ini kerana mereka meletakkan tauhid nombor 2 selepas keduniaan mereka.

أَنّىٰ لَهُمُ الذِّكرىٰ وَقَد جاءَهُم رَسولٌ مُّبينٌ

Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!

أَنَّىٰ لَهُمُ الذِّكْرَىٰ

Bagaimana mereka dapat beringat?

Bagaimanakah mereka dapat beriman kalau mereka meletak syarat untuk beriman? Kalimah أَنَّىٰ bermaksud sesuatu yang tidak akan berlaku. Maknanya Allah SWT hendak kata yang mereka tidak akan beriman.

Mereka kata, kalau Allah SWT hilangkan bala, baru hendak beriman. Sepatutnya mereka terus beriman, tidak tunggu diangkat azab kerana sikap sebegitu tidak akan menjadikan mereka beriman. Oleh itu, tidaklah mereka akan mendapat peringatan dari Al-Quran itu sebenarnya.

Tidak ada gunanya janji mereka hendak beriman. Memang begitulah sikap manusia setelah kena bala dan musibah, baru menyesal dengan kesalahan mereka. Kemudian mereka akan berdoa banyak-banyak, mengaku hendak buat itu dan ini, serta berjanji hendak beriman.

Namun mereka bercakap begitu pada waktu itu sahaja kerana selepas itu mereka kembali balik macam dulu. Allah SWT tahu apa yang ada dalam hati mereka.

Sepatutnya mereka beriman dahulu, minta ampun dari kesalahan yang mereka telah lakukan, dan selepas itu, barulah mereka minta diangkat azab itu.

وَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مُّبِينٌ

Padahal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan yang jelas nyata

Kalimah مُّبِينٌ dalam ayat ini membawa maksud yang Nabi Muhammad ﷺ itu jelas seorang Rasul kepada mereka. Ini kerana:

  1. Sifat baginda ﷺ yang mulia sebagai bukti bahawa baginda bukan manusia biasa.
  2. Baginda ﷺ telah menyampaikan ajaran dan bukti dalil dengan sejelas-jelasnya yang sepatutnya tidak boleh dibantah lagi.

Musyrikin Mekah masih sanggup menolak baginda ﷺ dan tidak mahu beriman, padahal Nabi Muhammad ﷺ itu memang duduk dan berdakwah bersama dengan mereka selama ini. Nabi Muhammad ﷺ telah datang untuk menyampaikan ajaran wahyu, tetapi mereka sahaja yang tidak mahu terima.

Maka, kalau diangkat azab itu, mereka juga tidak akan beriman, lagipun itu yang tersembunyi di dalam hati mereka sebenarnya. Malah janji yang keluar dari mulut mereka itu bukannya ikhlas. Begitu juga kalau sekarang ini, ada yang berjanji akan beriman andai dapat itu dan ini.

Kalau dapat sekalipun mereka tetap tidak akan beriman. Situasi yang sama juga terjadi jika mereka hendak mendapatkan sesuatu projek, sanggup berjanji akan derma kepada anak yatim, orang miskin dan sebagainya. Namun setelah dapat, tiada apa yang diberikan.

Tafsir Ayat Ke-14

Apakah tindakan mereka kepada Nabi ﷺ setelah baginda menyampaikan dakwah tauhid kepada mereka?

ثُمَّ تَوَلَّوا عَنهُ وَقالوا مُعَلَّمٌ مَّجنونٌ

Sekalipun demikian, mereka berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): “Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!”

ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ

kemudian mereka berpaling daripadanya

Mereka berpaling daripada Nabi ﷺ, tidak mahu beriman dengan baginda dan menolak ajaran yang dibawakan. Malah ramai juga yang turut menentang. Sudahlah tidak mahu terima, mereka lawan pula.

وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَّجْنُونٌ

dan mereka berkata: “Dia adalah seorang yang menerima ajaran, seorang yang gila”.

Mereka mengata-ngata Nabi ﷺ pula. Sudahlah mereka tidak mahu beriman, mereka mengejek dan menuduh-nuduh baginda ﷺ . Mereka tidak dapat menerima yang Nabi ﷺ diberi wahyu, jadi mereka kata yang baginda ﷺ mendapat Al-Quran itu dari orang lain.

Mereka kata tentulah ada orang yang mengajar baginda ﷺ. Kalimah مُعَلَّمٌ itu bermaksud ‘diajar’. Mereka menuduh Nabi ﷺ diajar, atau baginda ﷺ ambil dari kitab-kitab dulu, campur-campur dan jadikan Al-Quran.

Antara tuduhan mereka, Nabi ﷺ mendapat pelajaran itu dari seseorang berbangsa Roman yang berada di Mekah. Jadi, mereka kata baginda ﷺ belajar dari orang lain.

Ini adalah hujah yang karut kerana kalaulah ada yang mengajar baginda ﷺ, tentu orang itu diketahui oleh mereka yang rapat dengan baginda ﷺ seperti Khadijah, Abu Bakr, Ali dan lain-lain. Namun, mereka yang rapat dengan baginda boleh terus menerima baginda ﷺ dan tidak memberikan apa-apa alasan yang karut pun.

Kemungkinan pertama, mereka kata Nabi Muhammad ﷺ itu sendiri yang gila kerana pandai-pandai mengaku Nabi.

Kedua, baginda ﷺ dituduh sebagai orang yang gila kerana kelakuan, amalan dan fahaman baginda tidak sama dengan kebanyakan (majoriti) orang lain dalam masyarakat Arab Mekah.

Ketiga, kerana baginda ﷺ asyik bercakap tentang perkara yang sama sahaja bila-bila masa. Kalau bercakap sahaja tentu hendak sebut tentang tauhid dan syirik.

(Begitulah kalau orang yang sudah belajar tafsir dan faham tentang tauhid, mereka akan selalu ingatkan orang lain tentang tauhid. Oleh sebab itulah orang akan gelar mereka orang ‘gila’).

Ada orang marah begini: “kamu ni tidak habis-habis dengan Al-Quran, hadis, Al-Quran, hadis! Apa takde benda lain lagi ke?”. Itulah kata-kata orang yang jahil dan menentang agama. Kalau tidak bercakap pakai Al-Quran dan hadis, hendak cakap pakai apa lagi?

Semua kemungkinan itu ada dan boleh diterima, sebab mereka tahu yang Nabi Muhammad ﷺ bukan gila sebenar. Mereka kenal baginda ﷺ, malah mereka beri gelaran sebagai al-Amin (yang dipercayai).

Takkan mereka hendak tiba-tiba kata baginda ﷺ gila pula? Melainkan maksud ‘gila’ itu adalah dalam bentuk kiasan sahaja. Tuduhan mereka itu mengarut dan berlawanan antara satu sama lain. Kalau seorang diajar, macam mana pula gila?

Kalau gila, macam mana dia hendak diajar? Orang gila bukan boleh diajar. Tuduhan tidak masuk akal dan kalau kita dengar juga sudah tidak kena.

Tentulah itu adalah satu tuduhan yang amat salah sekali. Mereka berkata begitu kerana tidak ada hujah lain dan mereka sendiri boleh melihat kehebatan Al-Quran. Al-Quran itu adalah dari Allah SWT dan diturunkan melalui Jibrail.

Namun kerana mereka tidak dapat terima, mereka bagi macam-macam tuduhan. Janji mereka hendak tolak juga walaupun mereka terpaksa beri alasan-alasan yang bodoh dan tidak kena.

Mereka tidak mahu terima kerana kalau terima, mereka kena tinggalkan kesalahan-kesalahan yang sedang dilakukan. Mereka sudah kena sembah Allah SWT sahaja, tidak boleh zalim dengan manusia lain dan macam-macam lagi perkara baik yang diajar dalam Al-Quran. Mereka tidak mahu tinggalkan amalan dan perbuatan zalim mereka itu.

Macam masyarakat kita juga, walaupun telah diajar dengan ayat-ayat Allah SWT, tetapi masih ramai tidak mahu terima. Macam-macam alasan mereka akan berikan antaranya, mereka akan kata tafsir yang kita sampaikan itu salah.

Padahal mereka sendiri tidak belajar tafsir Al-Quran. Macam mana kalau mereka sendiri tidak belajar, tetapi hendak tegur kepada mereka yang belajar?

Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mereka hendak juga berpegang dengan pemahaman salah mereka tentang agama. Ini kerana amalan salah mereka itu telah lama mereka belajar dan amalkan.

Macam kalau kita telah melabur dalam sesuatu perkara, tentu amat sukar untuk kita tinggalkan pelaburan mereka itu. Jadi mereka rasa ‘rugi’ hendak tinggalkan amalan itu atau segan hendak mengaku yang mereka dulu amalkan amalan yang salah.

✍🏻SESI MUZAKARAH

Tafsir surah Ad Dukhan (Ayat 13-14)

📍Adakah termasuk syirik bagi yang berjanji akan beriman andai dapat itu dan ini?

🔵Bukanlah syirik, tidak terdapat syirik dalam hal ini.

📍Sifat baginda ﷺ yang mulia sebagai bukti bahawa baginda bukan manusia biasa. Adakah kenyataan ini menyatakan Nabi dilebihkan daripada orang biasa melalui mukjizat dan turunnya Al-Quran kepada baginda ﷺ?

🔵Ini kerana baginda adalah Nabi lagi rasul, maka tentulah tidak sama dengan kita.

📍Betulkah ada pendapat menyatakan jangan percaya dengan janji orang kafir?

🔵Sekarang dengan orang Islam juga belum tentu lagi, jangan berharap dengan manusia. Kalau ada yang baik dan dipercayai, itu bonus dalam kehidupan kita.

📍Adakah perkataan mubeen dalam ayat ini sama maksud dengan Yasin 7 mubeen yang diamalkan “mereka”

🔵Mubeen bermaksud ‘jelas nyata’ jadi memang banyaklah dalam Al-Quran. Amalan yang diamalkan itu adalah bidaah dan menjadikan Al-Quran sebagai azimat sahaja. Tiada amalan mubeen 7 sebenarnya kerana itu adalah amalan rekaan.

📍Zaman sekarang jika mereka hendak pegang amalan nenek moyang tentu mereka menolak bila kita kata perbuatan itu syirik atau bid’ah?

🔵Ya benar, lihat [ Zukhruf:36 dan 37 ].

📍Benarkah terjadinya syirik bila bertawassul dengan Nabi dan ambil berkat dari benda-benda yang kononnya mereka kata dari Nabi ?

🔵Ya, itu adalah syirik dan ada banyak lah lagi. Itu sebab kena belajar tafsir 30 juzuk supaya tidak tertinggal mana-mana syirik.

📍Adakah boleh jika kita berniat kalau lulus ‘exam’ dan mendapat keputusan cemerlang, akan puasa sunat 3 hari?

🔵Kalau dia berjanji kepada Allah, itu dinamakan nazar. Kalau nazar, kena tunaikan. Selalunya orang akan kata: Ya Allah, kalau kau bagi aku lulus ‘exam’ ini, aku akan puasa tiga hari. Nazar wajib ditunaikan, tetapi ia tidak digalakkan kerana kedekut dengan Allah ﷻ sebab sudah mendapat sesuatu baru hendak buat ibadat. Ini adalah kedekut.

📍Bagaimana pula kalau katakan begini, saya banyak duit nanti, saya hendak tolong kawan-kawan yang susah dulu?

🔵Bolehlah dia hendak cakap tetapi kita yang mendengar, jangan hendak harap sangat sebab ada orang yang tunaikan, ada orang cakap sahaja.

 📍Apakah yang mereka dapat apabila mereka bertawassul pada Allah ﷻ? Adakah mereka tetap alami asap tetapi tidak merasa dalam kesusahan atau Allah ﷻ suruh mereka berhijrah juga?

🔵Mereka berdoa kepada Allah ﷻ, tetapi Allah ﷻ tahu hati mereka bukan beriman.

📍Mereka katakan fahaman wahabi ini menggunakan Al-Quran dan hadis untuk benarkan pegangan mereka dan gunakan akal untuk tafsir. Saya katakan memang kena pakai Al-Quran dan hadis tetapi mereka tidak mahu menerima. Bolehkah saya berlepas tangan dengan mereka?

🔵Memanglah kena gunakan Al-Quran dan hadis sebab kalau tidak hendak pakai apa lagi? Itulah tuduhan dari orang yang tidak belajar kepada orang yang belajar. Benda yang disebut di dalam Al-Quran terjadi depan mata, kan? Tidak perlulah berlepas tangan dari mereka kerana mereka masih memerlukan dakwah lagi.

📍Bukankah sebelum ini telah datang kepada mereka agama tauhid yang dibawa Nabi Ibrahim. Sudah tentu mereka sudah tahu agama tauhid ini. Kenapa mereka masih cakap Nabi gila pula?

🔵Begitulah manusia, dulu memang ada agama, tetapi lama kelamaan akan condong ke arah kesyirikan. Oleh kerana itulah kita kena terus dakwah dan ajar tafsir Al-Quran kepada manusia. Kalau dibiarkan sahaja dan tiada diberi peringatan, manusia akan condong ke arah syirik. Macam sekarang kita lihat sudah banyak jadi begitu cuma belum sembah berhala macam musyrikin Mekah sahaja.

Golongan habib sudah letak gambar habib yang telah meninggal besar-besar dekat kubur habib itu dan siap letak bunga-bunga lagi. Golongan syiah pula sudah mula buat patung Saidina Ali, tidak lama lagi hendak jadi berhala. Kita cubalah selamatkan mana yang boleh dengan cara sampaikan ajaran Al-Quran ini kepada manusia. Tidak mustahil kalau buat senyap sahaja, manusia akan pergi ke arah itu.

📍Pada zaman Nabi Ibrahim sudah ada agama tauhid. Apakah pengikut Nabi Muhammad ﷺ ada saki-baki peninggalan pengikut Nabi Ibrahim, atau pengikut Nabi Ibrahim memang sudah tiada sehingga orang Mekah dulu telah sembah berhala lagi?

🔵Kalau ada pun saki baki sahaja dan bukan semua penduduk Mekah itu sembah berhala. Macam Nabi Muhammad ﷺ tidak pernah dan ada lagi orang-orang lain. Mungkin yang semua kenal adalah Waraqah bin Naufal, sepupu kepada Khadijah. Dia juga tidak sembah berhala, maka dia beriman kepada ajaran nasara pada waktu itu dan dia tahu membaca kitab bahasa Ibrani. Namun, memang mereka ini adalah golongan yang minoriti seperti kita ini, minoritilah juga.

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan