Utama UiTO: Soal-Jawab agama bersama ustaz Abu Basyer Hisab yang Mudah

Hisab yang Mudah

1403
0
Iklan

๐ŸŒฟ Tazkirah Isnin ๐ŸŒฟ

Berdoalah semoga kita dihisab dengan hisab yang mudah

SEMUA manusia akan dihisab di hari akhirat kecuali mereka yang masuk syurga tanpa hisab.

Semua manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar ketika itu akan merasa gerun, bimbang dan gementar sebelum amalannya dihisab di mahkamah Allah SWT.

Mahkamah Allah adalah mahkamah yang paling adil , tidak ada siapa yang boleh mempengaruhi hakim, seperti mahkamah di dunia. Dosa atau pahala yang paling kecil sehingga dosa atau pahala yang paling besar semuanya akan disiasat, disemak dan ditentukan nilainya sebelum dijatuhkan hukuman.

Sebuah doa yang patut kita hafal dan amalkan demi meraih kemudahan saat dihisab di akhirat kelak.

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุงู„ู†ู‘ูŽุจูู‰ู‘ูŽ -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ูŠูŽู‚ููˆู„ู ููู‰ ุจูŽุนู’ุถู ุตูŽู„ุงูŽุชูู‡ู ยซ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุญูŽุงุณูุจู’ู†ูู‰ ุญูุณูŽุงุจุงู‹ ูŠูŽุณููŠุฑู‹ุง ยป. ููŽู„ูŽู…ู‘ูŽุง ุงู†ู’ุตูŽุฑูŽููŽ ู‚ูู„ู’ุชู ูŠูŽุง ู†ูŽุจูู‰ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽุง ุงู„ู’ุญูุณูŽุงุจู ุงู„ู’ูŠูŽุณููŠุฑู ู‚ูŽุงู„ูŽ ยซ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู†ู’ุธูุฑูŽ ููู‰ ูƒูุชูŽุงุจูู‡ู ููŽูŠูŽุชูŽุฌูŽุงูˆูŽุฒูŽ ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽู†ู’ ู†ููˆู‚ูุดูŽ ุงู„ู’ุญูุณูŽุงุจูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽุฆูุฐู ูŠูŽุง ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉู ู‡ูŽู„ูŽูƒูŽ ูˆูŽูƒูู„ู‘ู ู…ูŽุง ูŠูุตููŠุจู ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ูŽ ูŠููƒูŽูู‘ูุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽุฒู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽู„ู‘ูŽ ุจูู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุงู„ุดู‘ูŽูˆู’ูƒูŽุฉู ุชูŽุดููˆูƒูู‡ู

Dari Aisyah, ia berkata, saya telah mendengar Nabi Shallallahu โ€˜Alaihi Wasallam pada sebagian solatnya membaca,

โ€œAllahumma haasibnii hisaabay yasiiroo

(Ya Allah hisablah aku dengan hisab yang mudah).

Ketika baginda berpaling saya berkata,

โ€œWahai Nabi Allah, apa yang dimaksudkan dengan hisab yang mudah?โ€

Baginda bersabda, โ€œSeseorang yang Allah melihat kitabnya lalu memaafkannya kerana orang yang diperdebatkan hisabnya pada hari itu, pasti celaka wahai Aisyah. Dan setiap musibah yang menimpa orang beriman Allah akan menghapus (dosanya) kerananya, bahkan sampai duri yang menusuknya.โ€

[ HR Ahmad 6/48 ].

Syaikh Syuโ€™aib Al Arnauth mengatakan bahawa hadith ini sahih selain perkataan: โ€œSaya telah mendengar Nabi shallallahu โ€˜alaihi wa sallam pada sebahagian solatnya membaca: โ€œAllahumma haasibnii hisaabay yasiirooโ€.

Ini adalah tambahan di mana Muhammad bin Ishaq bersendirian dalam meriwayatkannya.)

Yang dimaksudkan dengan doa tersebut diterangkan dalam hadith di atas. Maksud โ€œhisab yang mudahโ€ adalah saat di mana dosa-dosa seorang mukmin di hadapkan kepada Allah, lalu ia pun mengakui dosa-dosanya itu. Kemudian setelah itu Allah mengampuni dosa-dosanya setelah ia bersendirian dengan Allah dan tidak ada seorang pun yang melihatnya ketika itu.

Dari Shafwan bin Muhriz bahawa seorang laki-laki pernah bertanya kepada Ibnu Umar, โ€œBagaimana anda mendengar sabda Rasulullah Shallallahu โ€˜Alaihi Wassallam tentang An Najwa (bisikan di hari kiamat)?โ€ Ibnu Umar menjawab,

ูŠูŽุฏู’ู†ููˆ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ู…ูู†ู’ ุฑูŽุจู‘ูู‡ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุถูŽุนูŽ ูƒูŽู†ูŽููŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ููŽูŠูŽู‚ููˆู„ู ุนูŽู…ูู„ู’ุชูŽ ูƒูŽุฐูŽุง ูˆูŽูƒูŽุฐูŽุง . ููŽูŠูŽู‚ููˆู„ู ู†ูŽุนูŽู…ู’ . ูˆูŽูŠูŽู‚ููˆู„ู ุนูŽู…ูู„ู’ุชูŽ ูƒูŽุฐูŽุง ูˆูŽูƒูŽุฐูŽุง . ููŽูŠูŽู‚ููˆู„ู ู†ูŽุนูŽู…ู’ . ููŽูŠูู‚ูŽุฑู‘ูุฑูู‡ู ุซูู…ู‘ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุฅูู†ู‘ูู‰ ุณูŽุชูŽุฑู’ุชู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ููู‰ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ุŒ ููŽุฃูŽู†ูŽุง ุฃูŽุบู’ููุฑูู‡ูŽุง ู„ูŽูƒูŽ ุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ

โ€œYaitu salah seorang dari kalian akan mendekat kepada Rabb-nya. Kemudian Dia meletakkan naungan-Nya di atasnya. Kemudian Dia berfirman, โ€œApakah kamu telah berbuat ini dan ini?โ€ Hamba itu menjawab, โ€œYa, benar.โ€ Dia berfirman lagi, โ€œApakah kamu telah melakukan ini dan ini?โ€ Hamba itu menjawab, โ€œYa, benar.โ€ Dia pun mengulang-ulang pertanyannya, kemudian berfirman, โ€œSesungguhnya Aku telah menutupi dosa-dosa tadi (merahsiakannya) di dunia dan pada hari ini aku telah mengampuninya bagimu.โ€

[HR. Bukhari no. 6070].

Inilah yang dimaksudkan dengan hisab yang mudah di mana dosa-dosa seorang hamba yang beriman itu diampunkan.

Salah satu amalan yang akan memudahkan hisab di akhirat adalah kurang dosa sesama manusia.

Apakah amalan yang boleh meringankan hisab di akhirat?

1. Mudah memaafkan kesalahan orang lain. Kelak Allah SWT akan ampunkan dosa- dosa kita.

2. Tutup aib orang lain di dunia nanti Allah SWT akan tutup aib kita di dunia dan di akhirat.

3. Memudahkan orang yang berhutang kepada kita, jika boleh halalkan itu lebih baik. Kelak akan diberi perlindungan Arasy.

4. Memberi sedekah kepada fakir miskin, anak-anak yatim, dan banyakkan sedekah jariyah dan infak di jalan Allah SWT. Hal ini boleh meredakan kemurkaan Allah SWT terhadap dosa- dosa kita.

Marilah sama- sama beramal soleh, jauhi dosa sesama manusia dan jika berdosa segera meminta maaf kerana ramai manusia kecundang ketika dihisab apabila dosa sesama manusia tidak dapat diselesaikan sebelum saat di panggil pulang oleh Allah SWT.

๐Ÿฅฆ Wassalam ๐Ÿฅฆ

Makmum Sundari
14.1.2019

#MS#AB
#SuaraPrihatin

Komen dan Soalan