Utama Tazkirah Admin Hijrah dan Kedudukan Mulia Dalam Islam

Hijrah dan Kedudukan Mulia Dalam Islam

183
0
Iklan

Tadabbur Kalamullah 29 Zulhijjah 1436H – Hijrah

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar” [Surah at-Taubah 100]

#Imam Ibnu Kathir berkata:

“Allah mengkhabarkan tentang keredhaanNya terhadap golongan terdahulu di kalangan Muhajirin dan Ansar serta golongan pengikut mereka dengan ihsan. Dan Allah redha dengan mereka dan menjanjikan mereka dengan balasan Syurga Naim”

#Hal ini diperkuatkan lagi bilamana Nabi saw bersabda kepada Abi Fatimah ad-Dhumari r.a:

“Hendaklah kamu berhijrah kerana ia tiada tandingannya” [HR Imam an-Nasaie]

#Berkata Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam Fiqh al-Hijrah:

“Ini menunjukkan betapa kedudukan hijrah diangkat oleh Baginda seolah tiada tandingannya. Hal ini dengan jelas membuktikan pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh golongan yang melakukan hijrah.

#Dalam hadis yang lain Nabi saw bersabda:

أَنَا زَعِيمٌ وَالزَّعِيمُ الْحَمِيلُ لِمَنْ آمَنَ بِي وَأَسْلَمَ وَهَاجَرَ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ وَأَنَا زَعِيمٌ لِمَنْ آمَنَ بِي وَأَسْلَمَ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى غُرَفِ الْجَنَّةِ مَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَلَمْ يَدَعْ لِلْخَيْرِ مَطْلَبًا وَلَا مِنْ الشَّرِّ مَهْرَبًا يَمُوتُ حَيْثُ شَاءَ أَنْ يَمُوتَ

“Aku menjamin orang yang beriman denganku, masuk Islam dan berhijrah dengan dianugerah sebuah rumah di pinggir syurga, di tengah syurga, dan syurga yang paling tinggi. Aku menjamin orang yang beriman denganku, masuk Islam dan berjihad dengan dianugerah rumah di pinggir syurga, di tengah syurga dan di syurga yang paling tinggi. Barangsiapa yang melakukan itu, dia tidak membiarkan satupun kebaikan, dan lari dari semua keburukan, dia boleh meninggal di mana saja dia kehendaki untuk meninggal.” (HR An-Nasaie, Ibnu Hibban dan Al-Hakim. Sahih)

#Nabi saw ditanya berkenaan seafdhal-afdhal iman. Jawab Baginda saw:

“Hijrah” (HR Imam Ahmad)

#Berdasarkan kepada ayat al-Quran dan hadis-hadis ini jelas menunjukkan hijrah mempunyai kedudukan yang mulia dan istimewa dalam Islam.

#Dalam riwayat Ibnu Majah, Fudalah bin Ubaid r.a berkata, Nabi saw bersabda:

“Orang yang berhijrah ialah siapa yang berhijrah daripada KESALAHAN dan DOSA”

Sama-samalah kita hidup dalam keadaan sentiasa berhijrah ke arah mencari mardhatillah

Ustaz Naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Komen dan Soalan