Utama At-Tazkirah Qurthubi Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bab 40 – Doa Ketika Letak...

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bab 40 – Doa Ketika Letak Jenazah Dalam Kubur dan Liang Lahad

78
0
Iklan

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 40-1: Doa ketika meletakkan jenazah dalam kubur dan liang Lahad

(ما يقال عند وضع الميت في قبره و في اللحد في القبر)

Hukum Membuat Liang Lahad

اللحد : هو أن يحفر للميت في جانب القبر ، إن كان الأرض صلبة ، و هو أفضل من الشق . فإنه الذي اختاره الله لنبيه صلى الله عليه و سلم

Liang Lahad ialah lubang yang dibuat di sisi kubur pada dasar kubur bila tanahnya mampat atau keras. Rekabentuk kubur dengan lahad lebih baik daripada rekabentuk syaq yang merupakan lubang kubur untuk tanah yang berpasir atau lembut. Rekabentuk kubur dengan lahad adalah pilihan Allah ‎ﷻ untuk Nabi ﷺ .

Hadith Ibn Abbas رضي الله عنهما (dhaif)

روى ابن ماجه عن ابن عباس قال : لما أرادوا أن يحفروا لرسول الله صلى الله عليه و سلم ، بعثوا إلى أبي عبيدة ، و كان يضرح كضريح أهل مكة ، و بعثوا إلى أبي طلحة و كان هو الذي يحفر لأهل المدينة . و كان يلحد . فبعثوا إليهما رسولين ، قالوا : اللهم خر لرسولك . فوجدوا أبا طلحة فجيء به ، و لم يوجد أبو عبيدة فلحد لرسول الله صلى الله عليه و سلم

Daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما katanya,” Ketika sahabat ingin menggali kubur Rasulullah ﷺ (ketika kewafatan beliau), mereka mengutus Abu Ubaidah (Al Jarrah), dia mahir menggali kubur cara Mekah (tanpa lahad) dan mereka juga mengutus Abu Talhah, penggali kubur dengan cara Madinah (kubur dengan liang lahad), mereka berdoa selepas mengirim utusan agar Allah ‎ﷻ memilih (jenis kubur) yang terbaik untuk Nabi-Nya. Ternyata mereka hanya berjaya mendapatkan Abu Talhah, lantas Abu Talhah bergegas datang sedangkan tidak diketemui Abu Ubaidah. Maka kubur nabi ﷺ dibuat liang lahad.” ( HR Ibn Majah ) .

Takhrij✍️: Sanad dalam sunan Ibn Majah, no 1628
حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ، أَنْبَأَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، حَدَّثَنِي حُسَيْنُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ

Haddatsana Nashr bin Ali Al Jahdhami, daripada Wahab bin Jarir daripada Muhammad bin Ishaq, daripada Hussain bin Abdillah daripada Ikrimah daripada Ibn Abbas .

Tahqiq Al Mutaqaddimin :
Dua perawi dhaif, Ibn Ishaq dan Husin bin Abdillah

وفي الزوائد إسناد فيه الحسين بن عبد الله بن عبيد الله بن عباس الهاشمي تركه أحمد بن حنبل وعلي بن المديني والنسائي وقال البخاري يقال إنه كان يتهم بالزندقة

Al Haithami dalam Majma’ komen, dalam sanadnya ada perawi Al Husin bin Abdillah bin Ubaidillah bin Abbas Al Haasyimi, ditolak oleh Imam Ahmad, Ali Al Madini An Nasa’iy dan Al Bukhari .

Pernilaian Al Albani: (تحقيق الألباني)
ضعيف، لكن قصة الشقاق واللاحد ثابتة، فانظر // صحيح ابن ماجة // (1557 – 1558) الأحكام (137)

Dhaif, akan tetapi kisah syiqaq (kubur tanpa lahad) dan kubur ber lahad adalah thabit. Lihat sahih Ibn Majah no 1557-1558 dan Ahkam Al Janaiz ms 137 .

Kod/Bab 40-2: Doa ketika meletakkan jenazah dalam kubur dan Liang Lahad

(ما يقال عند وضع الميت في قبره و في اللحد في القبر)

Hadith Ibn Abbas (dhaif)

و روى أبو داود عن ابن عباس قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : اللحد لنا . و الشق لغيرنا خرجه ابن ماجه و الترمذي و قال : حديث حسن غريب

Takhrij dalam sunan At Tirmidzi✍️:

1045 حدثنا أبو كريب ونصر بن عبد الرحمن الكوفي ويوسف بن موسى القطان البغدادي قالوا حدثنا حكام بن سلم عن علي بن عبد الأعلى عن أبيه عن سعيد بن جبير عن ابن عباس قال قال النبي صلى الله عليه وسلم اللحد لنا والشق لغيرنا وفي الباب عن جرير بن عبد الله وعائشة وابن عمر وجابر قال أبو عيسى حديث ابن عباس حديث حسن غريب من هذا الوجه

Rantaian perawi At Tirmidzi: Abu Kuraib> Nashr bin Abd Rahman Al Kufi> Yusif bin Musa Al Qathaan Al Baghdadi > Hakkam bin Salam > Ali bin Abdul A’laa daripada Ayahnya > Sa’id bin Jubair > Ibn Abbas berkata, Sabda Nabi ﷺ ,” Liang Lahad bagi kami (umat Muhammad ﷺ ) dan syaq (lubang di dasar kubur) bagi selain kami” HR Tirmidzi 1045, Beliau berkata “Hadith hasan gharib dalam sanad ini. (Indikasi dhaif) .

Tahqiq✍️: Al Mubarakfuri, Tuhfah Al Ahwadzi, 4/123, dhaif kerana perawi Abdul A’laa bin ‘Aamir .

Tahqiq✍️: Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad, dhaif, syarah sunan Ibn Majah kuliah no 114 (سنن ابن ماجه شرح الشيخ عبد المحسن بن حمد العباد الدرس 114 ).

Tahqiq Mufti Ibn Baz, dhaif , Majmu’ Fatawa 13/189 (مجموع فتاوى ومقالات الشيخ ابن باز (13/ 189] .

Kod/Bab 40-3: Doa ketika meletakkan jenazah dalam kubur dan Liang Lahad

(ما يقال عند وضع الميت في قبره و في اللحد في القبر)

Athar Sa’id bin Al Musayyib (Dhaif)

و خرج أبو عبد الله الترمذي في نوادر الأصول . عن سعيد بن المسيب قال : حضرت ابن عمر في جنازة فلما وضعها في اللحد قال : بسم الله و في سبيل الله ، فلما أخذ في تسوية اللحد . قال : اللهم أجرها من الشيطان . ومن عذاب القبر فلما سوى الكثيب عليها ، قام جانب القبر ثم قال : اللهم جاف الأرض عن جنبيها ، و صعد روحها ، و لقها منك رضواناً . فقلت لابن عمر : شيئاً سمعته من رسول الله صلى الله عليه و سلم : أم شيئاً قلته من رأيك ؟ قال : إني إذا لقادر على القول . بل سمعته من رسول الله صلى الله عليه و سلم . خرجه ابن ماجه أيضاً في سننه

Abu Abdillah At Termidzi (Hakim Termizi, sufi Uzbekistan, wafat 320H) mengeluarkan dalam kitab Nawadir Al Usyul (ms 323 no 404), daripada Sa’id bin Musayyib (Tabi’in Kabir Madinah, w.94H), katanya,” Aku pernah hadir ketika Ibn Umar sedang mengurus jenazah. Ketika beliau meletakkan jenazah dalam liang lahad, dia mengucapkan,” {بسم الله ، وفي سبيل الله} “Dengan nama Allah ‎ﷻ dan di jalan Allah ‎ﷻ “. Ketika menutupi liang lahad, beliau membaca, {اللهم أجرها من الشيطان} “Ya Allah‎ ﷻ jauhilah dia daripada Syaitan” dan ketika merapikan timbunan tanah kubur, beliau berdiri di sebelah kubur dan berdoa , { اللهم جاف الأرض عن جنبيها ، و صعد روحها ، و لقها منك رضواناً} “Ya Allah‎ ﷻ longgarkan tanah di kiri kanannya, naikkan rohnya dan pertautkan rohnya dengan keredhaan-Mu”

Maka Said bertanyakan Ibn Umar, “Ini sesuatu yang engkau dengar sendiri daripada Rasulullah ﷺ atau daripada diri kamu sendiri?” Maka jawab Ibn Umar,”Memang aku boleh mengucapkan ungkapan-ungkapan tersebut akan tetapi aku mendengarnya sendiri daripada Rasulullah ﷺ .” Turut dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam sunannya.

Takhrij✍️:
Sanad dalam Ibn Majah
حدثنا هشام بن عمار، حدثنا حماد بن عبد الرحمن الكلبي، حدثنا إدريس الأودي، عن سعيد بن المسيب،

Haddathana Hisyam bin Ammar > Hammad bin Abdul Rahman Al Kalbi > Idris Al Audi > Sa’id bin Al Musayyib

Tahqiq Al Albani✍️: Sunan Ibn Majah no 1553, dhaif, kerana perawi Hisyam bin Ammar dan Hammad bin Abdul Rahman Al Kalbi, majhul .
(سنن ابن ماجة)

1553 (ضعيف) حدثنا هشام بن عمار حدثنا حماد بن عبد الرحمن الكلبي

Kod/Bab 40-4: Doa ketika meletakkan jenazah dalam kubur dan Liang Lahad

(ما يقال عند وضع الميت في قبره و في اللحد في القبر)

Athar Amr bin Murrah (Dhaif)

و قال أبو عبد الله الترمذي رحمه الله : حدثني أبي رحمه الله . قال : حدثنا الفضل بن ذكين عن سفيان عن الأعمش عن عمرو بن مرة . قال : كانوا يستحبون إذا وضع الميت في اللحد أن يقولوا : اللهم أعذه من الشيطان الرجيم

Abu Abdullah Al Termidzi (Uzbek, w.320H) رحمه الله berkata, Telah menceritakan kepadaku Ayahku (Ali bin Al Husin) daripada Al Fadhl bin Dakin daripada Sufyan daripada Al A’masy daripada Amru bin Murrah (sahabat) yang berkata,” Apabila mayat sudah diletakkan dalam liang lahad, maka lebih baik diungkapkan,” Ya Allah ‎ﷻ lindungilah dia daripada Syaitan yang terkutuk” Nawadir Al Usyul, 3/227

Athar Sufyan At Thauri (Dhaif)

و روي عن سفيان الثوري أنه قال : إذا سئل الميت : من ربك ؟ تراءى له الشيطان في صورة فيشير إلى نفسه : إني أنا ربك ،
قال أبو عبد الله : فهذه فتنة عظيمة . و لذلك كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يدعو بالثبات ، فيقول : اللهم ثبت عند أحدهما منطقه . و افتح أبواب السماء لروحه

Diriwayatkan daripada Sufyan Al Thauri (tabi’-tabi’in Basrah, w.161H) yang berkata,” Apabila mayat disoal,”Siapakah Tuhan kamu?” Maka Syaitan menjelma dalam suatu bentuk lembaga lalu mengaku,” Akulah Tuhanmu” (Nawadir Al Usyul 3/227).

Ulasan Abu Abdillah (Hakim At Termidzi),” Ini adalah fitnah yang besar, oleh sebab itu Rasulullah ﷺ sering mendoakan keteguhan si mayat,” Ya Allah ‎ﷻ , teguhkan perkataannya ketika disoal dan bukalah pintu-pintu langit untuk rohnya.” Menurut Muhaqqiq At Tazkirah (Dr Khalid Muhammad Uthman), tidak diketahui asal akan hadith ini .

#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Artikel sebelumnyaTahqiq Kitab at Tazkirah Lil Qurthubi: Bab 39 – Cara Hindar Diri dari Himpitan Fitnah Kubur
Artikel seterusnyaTahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bab 41- Berdiri Sebentar selepas Penguburan sambil Mendoakan Si Mayat

Komen dan Soalan