Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 10.2.19 Turunnya Nabi Isa عليه السلام

10.2.19 Turunnya Nabi Isa عليه السلام

116
0
Iklan

10.2 TBK Turunnya Nabi Isa عليه السلام
(نزول عيس بن مريم عليه السلام)

10.2.19 Hajinya Isa عليه السلام
(حج عيسى عليه السلام)

عن أبي هريرة رضي الله عنه أنه النبي صلى الله عليه وسلم قال:<<والذي نفسي بيده ليهلن بن مريم بفج الروحاء حاجا أو معتمرا أو ليثنيهما>>(رواه مسلم)
أي أن عيسى عليه السلام سيهل بالحج من فج الروحاء وهو طريق بين مكة والمدينة وسيكون إحرامه إما متمتها بالعمره إلى الحج فيفصل بين العمرة والحج بالتحلل بينهما أو يثنيهما: أي يكون قارنا بينهما

Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Sesungguhnya Ibnu Maryam akan berihlal di Fajj Rauha’ untuk menunaikan haji atau umrah atau menggabungkan keduanya.” (HR Muslim no 1252 kod dorar)

الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 1252

Syarah:

🔘 Isa عليه السلام mengerjakan haji akan mengambil jalan lama yang digunakan oleh Nabi ﷺ, iaitu melalui medan Perang Badar, jalan fajj rauha’.

🔘 Baginda melakukan haji cara tamattu’ (pemisahan umrah dan haji secara berasingan) atau mungkin juga cara haji qiran.

🔘 Ulasan Dr Ahmad Mubayyat (al Mausu’ah fil al Fitan), hajinya Isa عليه السلام menunjukkan baginda melaksanakan syariat Muhammad ﷺ.

🔘 Safarnya Isa عليه السلام ke Madinah dan Mekah bermaksud, baginda tidak menetap di Damsyiq, Syria.

10.2.19 Hajinya Isa عليه السلام (Bahagian 2)
(حج عيسى عليه السلام)

وفي رواية أخرى: عن أبي هريرة رضي الله عنه أنه صلى الله عليه وسلم قال:<<ليهبطن عيسى بن مريم حكما عدلا وإماما مقسطا وليسلكن فجا حاجا أو معتمرا أو بنيتهما وليأتين قبري حتى يسلم علي ولأردن عليه>>قال أبو هريرة :[ أي بني أخي إن رأيتموه فقولوا :أبو هريرة يقرئك السلام] (رواه الحاكم وقال :هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه)

Dalam sebuah riwayat yang lain, juga daripada Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Sesungguhnya Isa bin Maryam akan turun sebagai Hakim dan Imam yang adil, baginda akan melalui jalan Fajj (rauha’) untuk mengerjakan haji dan umrah serta sungguh baginda akan mengunjungi pusaraku, mengucapkan salam kepadaku dan aku akan membalasnya”.

Abu Hurairah رضي الله عنه berkata kepada Atha’ (perawi), wahai anak saudaraku, jika kamu sempat bertemu dengan baginda (Isa), maka sampaikan salam Abu Hurairah kepada tuan”.

(HR al Haakim beliau berkata, sahih sanadnya cuma Bukhari-Muslim tidak mengeluarkan dalam sahih mereka).

Tahqiq:

صحيح دون قوله: ( وَلَيَأْتينَّ قَبْرِي حَتَّى يُسَلِّمَ وَلَأَرُدَّنَ عَلَيْهِ ) .
قال الألباني في الضعيفة: ( 3/ 647 – 648) : ( وقال:
” صحيح الإسناد، ولم يخرجاه بهذه السياقة “. ووافقه الذهبي.

Al Albani رحمه الله mensahihkan hadith ini tanpa tambahan matan “beliau akan mengunjungi pusaraku dan mengucapkan salam kepadaku dan aku akan membalasnya”. Hadith ini disahihkan oleh al Hakim, dan disepakati oleh az Zahabi, muhaqqiq al Mustadrak al Haakim.

Artikel sebelumnya10.2.18 Turunnya Nabi Isa عليه السلام
Artikel seterusnya10. 2. 20 Penutup Turunnya Nabi Isa عليه السلام

Komen dan Soalan