Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 10.2.18 Turunnya Nabi Isa عليه السلام

10.2.18 Turunnya Nabi Isa عليه السلام

111
0
Iklan

10.2 TBK Turunnya Nabi Isa عليه السلام
(نزول عيس بن مريم عليه السلام)

10.2.18 Berapa lama Isa putera Maryam عليه السلام berada di bumi? (مدة مكوث عيسى عليه السلام في الأرض بعد نزوله) (Bahagian 1)

Isa عليه السلام akan menetap di bumi selama 40 tahun di mana manusia akan kembali menikmati kemakmuran dan keadilan sejagat.

Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه:

مكث عيسى عليهالسلام 40 سنة يعيش الناس فيها برخا وسلم وعدل ويدل عليه ما تقدم من حديث أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<<الأنبياء إخوة لعلات أمهاتهم شتى ودينهم واحد وأنا أولى الناس بعيسى بن مريم لأنه لم يكن بيني وبينه نبي…إلى أن قال:فيمكث-أي عيسى-أربعين سنة ثم يتوفى ويصلي عليه المسلمون> ( رواه أحمد والحاكم وقال صحيح الإسناد ولم يخرجاه ووافقه الذهبي)

Para Nabi itu bersaudara, syariat mereka berbeza, akan tetapi agama mereka satu dan aku lebih dekat kepada Isa bin Maryam عليه السلام kerana tidak ada nabi (yang hidup) antara masaku dan ‘Isa. Sungguh, kelak baginda akan turun, jika kalian melihatnya maka kenalilah. Baginda adalah seorang lelaki yang sedang (tidak tinggi dan tidak terlalu pendek), berkulit merah keputih-putihan, baginda memakai di antara dua kain berwarna sedikit kuning. Seakan rambut kepala baginda menitis meskipun tidak basah. Baginda akan memerangi manusia sehingga mereka masuk Islam, baginda akan menghancurkan salib, membunuh babi dan menghapus jizyah (cukai yg berat). Pada masa baginda, Allah‎ ﷻ akan membinasakan semua agama selain Islam, Isa عليه السلام akan membunuh Dajjal, dan baginda akan tinggal di muka bumi selama empat puluh tahun. Setelah itu baginda wafat dan kaum muslimin mensalatinya.” (HR Ahmad dan al Haakim, beliau mensahihkannya, dipersetujui oleh muhaqqiq az Zahabi)

Tahqiq:

أخرجه أبو داود في سننه (4324) ، وأحمد في المسند (9270) ، وإسناده صحيح ، قال ابن كثير في “البداية والنهاية” (19/224) :” وَهَذَا إِسْنَادٌ جَيِّدٌ قَوِيٌّ “. ، وصحح إسناده ابن حجر في “الفتح” (6/493).

Dinilai sahih oleh Ibn Katsir, al Bidayah, 19:224). Ibn Hajar dalam al Fath, 6:493

الراوي : أبو هريرة | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 9270 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Penilaian Syaikh Syuaib al Arnaout, sahih, tahqiq al Musnad, no 9270.

الراوي : أبو هريرة | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الصحيحة
الصفحة أو الرقم: 2182 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

Dinilai sahih oleh Syaikh al Albani, silsilah al sahihah, no 2182.

10.2.18 Berapa lama Isa putera Maryam عليه السلام berada di bumi? (مدة مكوث عيسى عليه السلام في الأرض بعد نزوله) (Bahagian 2/akhir)

وقال أبو هريرة رضي الله عنه في تفسير قولة تعالى:{وإنه لعلم للساعة} قال:[ خروج عيسى يمكث في الأرض أربعين سنة تكون تلك الأربعون كأربع سنين ويحج ويعتمر] ( رواة عبد بن حميد وله حكم المرفوع لأن مثله لا يقال بالرأي.)

Atsar Abu Hurairah رضي الله عنه yang berkata ketika mentafsir Surah az Zukhruf ayat 61 “Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat) dengan maksud, kemunculan Isa di mana baginda berada di bumi selama 40 tahun dan 40 tahun itu seperti 4 tahun di mana baginda akan mengerjakan haji dan umrah.” Atsar riwayat Abd bin Humain (Musnad Abd bin Humaid, w. 863H)

Sahih menurut Dr al Areefi

Komen dan Soalan