Utama Bilik (28) Bidaah Nusantara BAB 7: Siri Pemurnian 60 Bid’ah Nusantara – Fenomena Salat Hajat

BAB 7: Siri Pemurnian 60 Bid’ah Nusantara – Fenomena Salat Hajat

148
0
Iklan

Di nusantara, amalan salat hajat secara berjamaah sudah tidak asing lagi. Kebiasaannya salat hajat ini dilakukan bersempena dengan sesuatu peristiwa antaranya seperti anak-anak hendak menduduki peperiksaan, ketika hendak menunaikan haji atau umrah, ketika ada saudara mara yang sedang sakit, ketika musim kemarau serta banyak lagi peristiwa yang lain dalam rangka untuk memohon doa kepada Allah agar diperkenankan permohonan mereka.

Persoalannya, apakah ada dalil daripada nas yang sahih bagi amalan ini?

Dalil salat hajat: 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللَّهِ حَاجَةٌ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فَلْيَتَوَضَّأْ فَلْيُحْسِنْ الْوُضُوءَ ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لِيُثْنِ عَلَى اللَّهِ وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لِيَقُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ ……. يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Ertinya: 

“Daripada Abdullah bin Abu Aufa, dia berkata, telah bersabda Rasulullah ﷺ, Barang siapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada anak Adam (manusia), maka hendaklah dia berwudhu’ serta membaguskan wudhu’nya kemudian salat dua raka’at. Justeru (setelah selesai salat) hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi ﷺ, kemudian dia mengucapkan (doa): Laa ilaaha illallahul haliimul kariim (dan seterusnya sampai) ya arhamar rahimin”. (HR Tirmidzi (ini lafadz beliau), Hakim dan Ibnu Majah)

Adakah hadith ini sahih? 

Sanad hadith ini sangat lemah kerana pada sanadnya ada seorang perawi yang bernama Faaid bin Abdurrahman Abu al-Waruqa.

Imam Tirmidzi رحمه الله sendiri setelah meriwayatkan hadith ini beliau berkata: 

“Hadith ini gharib (asing), pada sanadnya ada pembicaraan (kerana) Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan di dalam hadith(nya)”.

Berkata Imam Bukhari رحمه الله, “Munkarul hadith (orang yang diingkari hadithnya)”.

Imam Bukhari juga pernah mengatakan, “Setiap perawi yang telah aku katakan kepadanya munkarul hadith, maka tidak boleh (diterima) riwayatnya”. (Mizanul I’tidal jilid 1:6)

Antara hadith lain yang menjadi hujah kepada amalan salat hajat ini adalah hadith Abu Darda’ yang berbunyi:

Daripada Maimun Abu Muhammad al-Mura’i al-Tamimi daripada Yahya bin Abi Kathir daripada Yusuf bin Abdullah bin Salam daripada Abu Darda’ رضي الله عنه  katanya: 

Wahai sekalian manusia! Aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ يُتِمُّهُمَا أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ مُعَجِّلاً أَوْ مُؤَخِّرًا

Terjemahan:

“Sesiapa berwudhu’ dan menyempurnakannya, kemudian mengerjakan salat dua raka’at dengan sempurna, apa sahaja yang dimintanya akan diperkenankan oleh Allah sama ada cepat mahupun lambat”. (HR Ahmad dalam Musnadnya: 26225)

Hadith ini juga dhaif menurut Syeikh al-Albani, Syeikh Ahmad Syakir dan Syeikh Syu’aib al-Arna’ut, kerana perawi Maimun al-Mura’i dan sanadnya juga terputus.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan