Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TBK 10.1.19 al Masih al Dajjal

TBK 10.1.19 al Masih al Dajjal

280
0
Iklan

TBK 10.1 al Masih al Dajjal.

10.1.19 Kebinasaan Dajjal.
هلاك الدجال

Bahagian 1

هلاك الدجال في بلاد الشام:
عن ابي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:<< يأتي المسيح من قبل المشرق وهمته المدينة حتى ينزل دبر أحد ثم تصرف الملائكة وجهه قبل الشام وهناك يهلك>
( رواه مسلم)

Binasanya Dajjal di negara Syam (Syria)

Dalil hadith:

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه,
“Dajjal muncul dari sebelah timur (Iraq atau Syria), ia bergerak menuju Madinah, sampai ketika ia singgah di belakang Bukit Uhud, lalu malaikat memalingkan mukanya ke arah Syam, dan di sanalah ia binasa.”
(Muslim no 3417)

Takhrij hadith:

وَحَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَقُتَيْبَةُ، وَابْنُ، حُجْرٍ جَمِيعًا عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ جَعْفَرٍ، أَخْبَرَنِي الْعَلاَءُ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ يَأْتِي الْمَسِيحُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ هِمَّتُهُ الْمَدِينَةُ حَتَّى يَنْزِلَ دُبُرَ أُحُدٍ ثُمَّ تَصْرِفُ الْمَلاَئِكَةُ وَجْهَهُ قِبَلَ الشَّامِ وَهُنَالِكَ يَهْلِكُ ‏”

Menurut Dr Saleh Al-Munajjid حَفِظَهُ اللهُ, Tuba As-Syam, menjelaskan itulah kemuliaan Syria, Dajjal adalah fitnah terbesar di alam ini, dan ia binasa di bumi Syria menunjukkan Allah ﷻ memberi keistimewaan kepada bumi Syria, selain keistimewaan bumi Mekah dan Madinah.
(Muslim 3417)

Bahagian 2
Pembunuh Dajjal adalah Nabi Isa Putra Maryam عليه السلام.
(قاتل الدجال هو عيسى بن مريم عليه السلام)

Punca utama Nabi Isa عليه السلام atau Jesus dipilih untuk membunuh Dajjal ialah kerana ia berlaku di akhir zaman, selepas kewafatan Nabi Muhammad ﷺ.

وعن عائشة رضي الله عنها: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «إن يخرج الدجال وأنا حي؛ كفيتكموه، وإن يخرج الدجال بعدي

Dari ‘Aisyah رضي الله عنها‎, “Jika Dajjal telah keluar dan aku masih hidup maka aku akan membela (menjaga) kamu semua, namun Dajjal keluar sesudahku.”
(Ahmad, Al-Haithami, hadith ini sahih.
(رواه: الإمام أحمد، وابن حبان في “صحيحه”، ورجال أحمد رجال الصحيح؛ غير الحضرمي بن لاحق، وهو ثقة)

Nabi Isa عليه السلام belum wafat, cuma diangkat ke langit dan akan turun semula untuk perhitungan muktamad dengan Bani Israil, Vatikan dan Dajjal atau anti-Kristian:

وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ

“Dan kerana ucapan mereka (orang-orang Yahudi): Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka”
(An-Nisa’: 157)

Maka misi terakhir Nabi Isa عليه السلام ialah mengukuhkan syariat Nabi Muhammad ﷺ, membuat pembaikan kepada penyelewengan ajarannya dan membunuh Dajjal dan baginda akan bergabung dengan umat Islam.


Bahagian 3
Pembunuh Dajjal adalah Nabi Isa Putra Maryam عليه السلام.
(قاتل الدجال هو عيسى بن مريم عليه السلام)

Hadith Majma’ bin Harithah رضي الله عنه,

عن مجمع بن جارية رضي الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:<< يقتل ابن مريم الدجال بباب لد (قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح )

Terjemahan:
“Sesungguhnya Isa bin Maryam عليه السلام akan membunuh Dajjal di Bab Lud (Gerbang Lud).”
(Tirmizi, no 2244, dia menilai hadith ini hasan sahih)

Syarah:
Di manakah pintu gerbang Lud?

Menurut Dr Syauqi Abu Khalil dalam Atlas Hadith Al-Nabawi, Lud atau Gerbang Lud adalah kota yang terletak di Baitul Maqdis atau Elia di Palestin berdekatan Ramalah.
“Dahulu, rombongan kafilah dari Syam (Suriah) yang menuju Mesir singgah di kota ini, begitu juga sebaliknya.


Bahagian 4
Pembunuh Dajjal adalah Nabi Isa Putra Maryam عليه السلام.
(قاتل الدجال هو عيسى بن مريم عليه السلام)

Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه.

وعن ابي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :<<فبينما هم( أي المسلمون) يعدون العدة للقتال يسوون الصفوف إذا أقيمت الصلاة فينزل عيسى ابن مريم >

Tahqiq hadith:

باب في فتح قسطنطينية وخروج الدجال ونزول عيسى ابن مريم
2897 حدثني زهير بن حرب حدثنا معلى بن منصور حدثنا سليمان بن بلال حدثنا سهيل عن أبيه عن أبي هريرة

Terjemahan:
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:
“…Ketika mereka sedang bersiap-siap untuk berperang dan merapatkan barisan, tiba- tiba salat dikumandangkan, lalu Isa bin Maryam turun”
(Muslim no. 2897)

Tafsir:
Begitu disiplinnya tentera Al-Mahdi, kuat agama dan menjaga salat berjama’ah dan salat berjama’ah yang menepati sunnah. Apabila ada golongan seperti ini di bumi Syria, Jordan, Palestin, maka Nabi Isa عليه السلام akan turun menyertai mereka.


Bahagian 5
Pembunuh Dajjal adalah Nabi Isa Putra Maryam عليه السلام.
(قاتل الدجال هو عيسى بن مريم عليه السلام)

Hadith Nawwas bin Sam’an ,

وفي رواية :<< فينزل-يعني عيسى عليه السلام-عند المنارة البيضاء شرقي دمشق بين مهرودتين(يعني ثوبين مصبوغين)واضعا كفيه على أجنحة ملكين إذا طأطأ رأسه يقطر ماءا وإذا رفعه تحدر منه جمان كاللؤلؤ فلا يحل لكافر أن يجد ريح نفسه إلا مات>>(ونفس عيسى عليه السلام ينتهي حيث ينتهي طرفه على مد البصر بمعنى أن الكفار الموجودين في الدائرة التي نصف قطرها مد بصر عيسى يموتون)

Takhrij hadith: Dari lafaz Muslim

…فبينما هو كذلك إذ بعث الله المسيح بن مريم فينزل عند المنارة البيضاء شرقي دمشق بين مهرودتين واضعا كفيه على أجنحة ملكين إذا طأطأ رأسه قطر وإذا رفعه تحدر منه جمان كاللؤلؤ فلا يحل لكافر يجد ريح نفسه إلا مات…

Terjemahan:
”….Sementara ia dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba Allah ﷻ mengutus Al-Masih bin Maryam عليه السلام. Baginda turun di Menara Putih di sebelah timur Damaskus, menggunakan dua potong pakaian warna kekuning-kuningan dan kedua-dua tangannya berpegang pada sayap dua malaikat. Bila baginda menganggukkan kepalanya, menitiskan air, dan bila baginda mengangkatnya, turunlah darinya butir-butir air bagaikan mutiara. Setiap orang kafir yang mencium baunya pasti mati….”
(Muslim no. 2937)

Syarah:
Di manakah Menara Putih timur Damsyiq?

Ulama’ berbeza pendapat mengenai Menara Putih:
1. Dr Sami Abdullah Al-Maghluth, Atlas Tarikh Al-Anbiya’, ada dua menara, menara masjid Umawi dan menara Damsyiq.

2. Imam Ibnu Katsir رحمه الله‎, Al-Nihayah Fi Al-Fitan, ia merujuk kepada sebelah timur masjid Umawi (Nihayah Fi Al-Fitan 1:66)

3. Tahqiq Al-Multaqa ahlil hadith:

الذي أعرفه أن المنارة التي سينزل عليها عيسى عليه السلام هي المنارة البيضاء الموجودة اليوم على الباب الشرقي لمدينة دمشق القديمة وقد بناها السلطان نور الدين محمود بن زنكي رحمه الله تعالى في القرن السادس وفي الحديث يقول النبي صلى الله عليه و سلم (شرقي دمشق ) و لم يقل شرق المسجد ..

Ia merujuk kepada kota yang dibina oleh Sultan Nuruddin bin Zanki رحمه الله‎ (penguasa dinasti Uthmaniah) di kurun ke 9. Ia masih ada sekarang di timur Damsyiq. Hadith tidak menyebut masjid.

@tanda2kiamat

Komen dan Soalan