Utama Talbis Iblis Talbis Iblis: Perpecahan dari Ahli Sunnah wal Jamaah

Talbis Iblis: Perpecahan dari Ahli Sunnah wal Jamaah

365
0
Iklan

🔥 TALBIS IBLIS 🔥

Talbis Iblis yang Pertama: Perpecahan dari Ahli Sunnah wal Jamaah.

Iblis suka kalau kita berpecah. Maka ia akan tunjukkan perbezaan yang ketara antara kita semua. Maka mulalah ada kumpulan itu dan ini.

Padahal sepatutnya kita ini semua adalah: Muslim. Kenalkan diri sebagai Muslim.

Perbezaan firqah dan idea tentu ada. Tetapi jangan dijadikan sebagai punca perpecahan.

Masalahnya manusia suka tengok ‘perbezaan’ daripada ‘persamaan’.

Yang sedih dalam Islam dan masyarakat kita pun begitulah juga. Dengan sebab bola pun sampai bergaduh kerana aku pasukan ini dan dia pasukan itu.

Dalam agama lagilah. Kebanyakan manusia tidak tahu menghormati pendapat dan pandangan orang lain. Tidak pandai menghormati ikhtilaf.

Maka satu puak akan berbangga dengan fahaman dan gurunya dan puak lain pula berbangga dengan fahaman dan gurunya pula.

Semua ingin mendabik dada dialah ASWJ yang sebenarnya, selain daripada dia mesti keluar.

Kita selalu sangka apa yang kita tahu itulah yang ‘benar’. Belum tentu lagi… entah-entah kita yang salah. Maka kita kena berfikiran terbuka. Jangan terus kata orang lain salah. Kena dengar dahulu penjelasan daripada dia.

Kalau pada zaman Nabi ï·º, baginda ada untuk bagi pengesahan mana yang benar. Zaman sekarang sudah tiada. Maka jangan terus sangka kita betul.

Adab ikhtilaf oleh Dr. Rozaimie Ramli.

Qur’an mencela pecah belah. Ada salah faham yang berkata semua perbezaan pendapat tidak boleh. Sedangkan Qur’an bukan mencela perbezaan pandangan. Tetapi yang dicela adalah perpecahan kerana perbezaan pendapat itu. Jadi ada beza. Banyak kisah perbezaan pendapat antara para Nabi. Sebagai contoh, antara Nabi Musa عليه السلام dan Nabi Harun عليه السلام dalam surah Taha.

Yang dilarang berbeza pendapat adalah dalam Bab usul akidah. Kalau tauhid, kena sama sahaja pandangan. Kalau ada yang berbeza pandangan tentang akidah, kita tidak boleh meraikan perbezaan pendapat itu. Kerana dalam Qur’an kita disuruh berpegang kepada tali Allah ‎ﷻ. Dan maksud tali Allah ‎ﷻ itu adalah tauhid. Kita kena pertahankan akidah yang benar. Nabi Muhammad ï·º pun buat begitu sampaikan Nabi ï·º berpecah dengan Musyrikin Mekah. Memang dituntut pecah sebegitu pun.

Sebenarnya Allah ‎ﷻ memberikan ruang untuk kita berbeza pendapat pun. Dalam Qur’an dan hadith banyak perkataan yang boleh ditafsir lebih daripada satu makna. Itulah sebabnya susah untuk dapat ijmak. Ayat-ayat itu dipanggil dzanni dholalah. Sampaikan boleh beza dalam perkara furu’ akidah. Contohnya seperti sama ada Nabi nampak Allah ‎ﷻ semasa isra miraj ataupun tidak.

Sebenarnya amat terhad sekali tempat yang ulama’ sepakat. Sebagai contoh, semua setuju bahawa salat itu wajib tetapi cara mengerjakan salat itu terdapat banyak sekali pendapat. Jadi kita kenalah hormati khilaf antara ahli agama dan janganlah mencela dan menhutuk orang yang berlainan pendapat. Janganlah panggil mereka yang berlainan pendapat dengan kita sebagai wahabi dan apa-apa kata cacian lagi.

Kenapa Allah ‎ﷻ benarkan ada khilaf pendapat? Kenapa tidak beri sahaja lafaz-lafaz yang mudah untuk difahami sampaikan tidak ada langsung khilaf? Supaya adalah kerja ahli agama untuk menggunakan ijtihad. Iaitu gunakan akal fikiran untuk melakukan kajian untuk mencapai satu keputusan agama dan beri peluang kepada mereka untuk mendapat pahala. Kerana jikalau Ijtihad mereka betul, maka mereka akan dapat dua pahala. Kalau salah, dapat satu pahala. Begitu indah sekali Islam ini kalau kita faham.

Jangan takut dengan perbahasan ilmu. Dan jangan sekat manusia daripada berbahasa tentang ilmu. Jangan halang orang bijak untuk berbincang. Jangan halang orang lain juga berbincang untuk mendapatkan pemahaman. Orang awam ada sahaja yang pandai. Antaranya peguam, pensyarah dan sebagainya. Mereka itu bijak pandai cuma mereka tidak sempat kaji sahaja dan kerana itu mereka dapatkan maklumat daripada ahli agama kerana itu bidang mereka.

Pada zaman Nabi ï·º juga sudah ada perbezaan pendapat. Contohnya terdapat hadith apabila baginda hendak menyerang Yahudi Bani Quraizah. Nabi ï·º telah beritahu kepada sahabat untuk terus pergi ke sana dan kata jangan tunggu untuk salat Asar. Salat di sana sahaja nanti. Tetapi ada sahabat yang salat juga di tengah jalan semasa dalam perjalanan ke kawasan Bani Quraizah. Kerana pada mereka, yang Nabi ï·º maksudkan adalah jangan lambat, sebab itu Nabi ï·º suruh salat di sana sahaja. Apabila diberitahu kepada Nabi ï·º tentang perkara ini, Nabi ï·º tidak marah pun mereka yang salat di perjalanan.

Khilaf di kalangan ulama’ memang banyak. Ini perkara biasa. Ada beberapa sebab:

1. Beza pendapat sebab mereka berbeza dalam menilai hadith. Ada terima sesuatu hadith dan ada yang tidak. Ini kerana mereka pakai ijtihad. Apabila penilaian hadith berbeza, maka hukum yang dikeluarkan juga akan berbeza.

2. Ada di antara mereka yang tidak tahu hadith yang ada. Sebab di zaman mereka tidak dikumpulkan hadith lagi. Sahabat pun ada yang tidak tahu semua hadith. Seperti Saidina Umar رضي الله عنه pun ada hadith yang beliau tidak tahu.

Jadi kalau kita pakai hadith yang lebih sahih, itu tidak salah kerana kita bukan ikut Imam tetapi ikut Nabi ï·º.

Tidaklah salah kalau kita memilih pendapat yang kita rasa lebih kuat. Kita boleh bandingkan antara dua ulama’ yang berbeza pandangan. Ada yang kata siapalah kita untuk menilai pandangan ulama’ yang lemah. Ini tidak menjadi masalah kerana kita semua ada akal fikiran yang diberikan oleh Allah ‎ﷻ dan memang kita boleh menilai pandangan mana yang lebih kuat walaupun kita bukan ulama’.

3. Perbezaan memahami dalil-dalil ada tetapi berbeza pandangan daripada memahami dalil. Dalil memang ada tetapi cara pemahaman yang berbeza. Sebagai contoh, dalam Qur’an digunakan lafaz quru’ untuk mengira iddah wanita yang dicerai. Fahaman lafaz quru’ antara Imam Hanifah dan Imam Syafi’iy berbeza.

4. Ada yang tidak tahu ada hukum telah dibatalkan dari hukum yang asal. Sebagai contoh, Muaz bin Jamaliah telah dihantar ke Yaman. Jadi ada hadith yang beliau tidak tahu telah dibatalkan.

Beza kenalah ada adab. Sangka baik kepada ulama’. Ada yang silap. Semoga Allah ‎ﷻ ampunkan. Kita pun ada buat salah juga.

Bukanlah kena terima semua sampai tidak menilai langsung. Yang salah tetap kata salah. Cuma jangan kata sesat. Kena hormat. Kalau tidak setuju tidak mengapa tetapi ada isu kita tidak setuju.

Itu semua dikira sebagai ‘Khilaf Muktabar’ kerana dalil ada, cuma berbeza fahaman tentang dalil itu. Bukanlah macam khilaf masyarakat kita sekarang. Satu pihak ada dalil dan satu pihak tidak ada dalil, cuma ada pendapat sahaja. Ini bukanlah khilaf yang diraikan. Jadi janganlah asyik berkata: “Ini perkara khilaf, syeikh”, kalau tidak ada dalil untuk menyokongnya. Kalau begitu, jadi rosaklah agama kalau buat benda bidaah dan kata itu ‘khilaf’.

Tidak boleh bantah membantah dalam khilaf muktabar. Seperti khilaf sama ada kena baca fatihah apabila salat belakang Imam. Semua yang memberikan pendapat ada dalil masing-masing. Jadi kalau ada yang tidak baca fatihah belakang Imam, jangan kita kata dia sesat pula kerana ada pandangan dan dalil yang dia pakai.

Ubat kepada masalah ini: Kena belajar banyak ilmu. Belajar lagi dan lagi. Supaya jangan taksub kepada satu-satu pendapat sahaja dan menyalahkan orang lain.

Dan kena beritahu khilaf kepada masyarakat. Supaya jangan kalut kalau nampak orang lain buat amalan yang lain daripada apa yang kita amalkan.

Dan jangan salahkan dan tuduh tanpa usul periksa. Jangan tafsir benda orang tidak cakap. Sebagai contoh, kalau ada orang yang tidak pakai pendapat Imam Syafi’iy dalam sesuatu masalah, jangan kata dia menghina Imam Syafi’iy pula.

Komen dan Soalan