Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Budaya berkongsi kegembiraan di Media Sosial

Budaya berkongsi kegembiraan di Media Sosial

391
0
Iklan

🔴 Adakah budaya mentafsir dengan mengatakan perbuatan-perbuatan di bawah ini seperti riya’ dan menunjuk-nunjuk berasal daripada minda orang sufi?

Contoh:
1. Si fulan memuat naik gambar kasut yang diidamkan sekian lama dan berkongsi perasaan gembira setelah memiliki kasut tersebut di media sosial.

1. Orang yang berswafoto di hadapan Ka’abah yang ingin berkongsi perasaan gembira kerana telah sampai ke Mekah.


Amal dan nikmat, antara menzahirkan kepada dunia atau menutupnya.

Firman Allah ﷻ:

إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ

“Jika kamu menampakkan sadaqah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang faqir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu.”
[Al-Baqarah: 271]

Saranan dari al-Qur’an, antara menzahirkan atau merahsiakan amalan.
Keduanya ada kelebihan, akan tetapi kelebihan yang lebih utama ialah menyembunyikan, ditakuti jiwa kita tidak dapat menjaganya.

Dalil hadith:

ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه

“Seorang yang bersadaqah, ia menyembunyikan sadaqahnya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dikeluarkan tangan kanannya.”
[Bukhari no. 1423]

أفضل صلاة المرء في بيته إلا المكتوبة

“Sebaik-baik salat seseorang adalah di rumahnya kecuali salat wajib.”
[Bukhari no. 7290]

Itu contoh saranan dari Nabi ﷺ. Menyembunyikan adalah lebih baik.
Maka kedua-duanya tiada salah.
Adapun berswafoto di hadapan Ka’abah, memang dilarang oleh penguasa Arab Saudi.

@bicarathtl
#SnJbicarasunnahC

Komen dan Soalan