Utama Bilik (001) Fiqh Asasi Pemula Thaharah: Tatacara Mandi Junub

Thaharah: Tatacara Mandi Junub

217
0
Iklan

Kitab : Thaharah
Bab: Mandi
Bahagian : Tatacara Mandi Junub
Tajuk:
๐Ÿ‘โ€๐Ÿ—จ Mencuci tangan dengan tanah, atau dengan sabun dan lainnya
๐Ÿ‘โ€๐Ÿ—จ Mencuci tangan sebelum memasukkan ke dalam bekas
๐Ÿ‘โ€๐Ÿ—จ Berwudhu’ Sebelum Mandi
๐Ÿ‘โ€๐Ÿ—จ Berkumur dan Memasukkan Air ke Hidung
๐Ÿ‘โ€๐Ÿ—จ Menuangkan Air ke Atas Kepala 3 Kali dan Menyela-nyela Rambut
๐Ÿ‘โ€๐Ÿ—จ Memulai dari Kepala Sebelah Kanan dan kemudian Kepala Sebelah Kiri
๐Ÿ‘โ€๐Ÿ—จ Mengakhirkan Mencuci Kedua Kaki

G. Tatacara Mandi Junub

Kita telah sebut rukun ghusl (Mandi Junub) sebelum ini iaitu Niat, basmalah dan meratakan air ke seluruh badan. Itu adalah perkara yang minima yang perlu dilakukan. Selain dari itu, kalau kita melihat cara-cara Rasululluh ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…, ada banyak perkara tambahan yang baginda lakukan. Kita kena lihat perkara itu sebagai sunat.

Maka harap dapat dibezakan antara wajib dan sunat. Sebolehnya, kita ikut cara Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…, tetapi kalau tidak sempat, mandi junub dengan hanya meratakan air ke seluruh badan itu sudah sah. Ada beberapa cara yang disebut dalam hadith, dan mungkin ada sedikit perbezaan antara hadith-hadith itu. Apabila kita lihat semua hadith-hadith itu dan gabungkan, maka kita akan dapat satu cara mandi yang lengkap.

Kalau lihat satu hadith sahaja, tidak nampak kerana pencerita hadith-hadith itu berlainan orang dan mereka menekankan perkara yang berlainan.

โœ๐ŸปAntara hadis tentang cara Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ghusl banyak dijadikan sebagai dalil:

240 โ€“ ุญูŽุฏูŽู‘ุซูŽู†ูŽุง ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุจู’ู†ู ูŠููˆุณูููŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุฎู’ุจูŽุฑูŽู†ูŽุง ู…ูŽุงู„ููƒูŒ ุนูŽู†ู’ ู‡ูุดูŽุงู…ู ุจู’ู†ู ุนูุฑู’ูˆูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู‡ู ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ุฒูŽูˆู’ุฌู ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ุฃูŽู†ูŽู‘ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูŽู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุงุบู’ุชูŽุณูŽู„ูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽุงุจูŽุฉู ุจูŽุฏูŽุฃูŽ ููŽุบูŽุณูŽู„ูŽ ูŠูŽุฏูŽูŠู’ู‡ู ุซูู…ูŽู‘ ูŠูŽุชูŽูˆูŽุถูŽู‘ุฃู ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูŽุชูŽูˆูŽุถูŽู‘ุฃู ู„ูู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู ุซูู…ูŽู‘ ูŠูุฏู’ุฎูู„ู ุฃูŽุตูŽุงุจูุนูŽู‡ู ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽุงุกู ููŽูŠูุฎูŽู„ูู‘ู„ู ุจูู‡ูŽุง ุฃูุตููˆู„ูŽ ุดูŽุนูŽุฑูู‡ู ุซูู…ูŽู‘ ูŠูŽุตูุจูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฑูŽุฃู’ุณูู‡ู ุซูŽู„ูŽุงุซูŽ ุบูุฑูŽูู ุจููŠูŽุฏูŽูŠู’ู‡ู ุซูู…ูŽู‘ ูŠููููŠุถู ุงู„ู’ู…ูŽุงุกูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฌูู„ู’ุฏูู‡ู ูƒูู„ูู‘ู‡ู

240. Telah menceritakan kepada kami โ€˜Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Malik daripada Hisyam bin โ€˜Urwah daripada Bapaknya daripada โ€˜Aisyah isteri Nabi shallallahu โ€˜alaihi wasallam, bahawa apabila Nabi shallallahu โ€˜alaihi wasallam mandi janabat, baginda akan memulainya dengan mencuci kedua belah tangannya, kemudian berwudhu’ sebagaimana wudhu’ untuk sembahyang, kemudian memasukkan tangan ke dalam air lalu menyelati pangkal-pangkal rambut dan bulu ditubuhnya dengan tangannya, kemudian menyiramkan air ke atas kepalanya dengan cedukan kedua belah tangannya sebanyak tiga kali, kemudian baginda meratakan air ke seluruh tubuhnya.โ€
[ Sahih Bukhari (240) ]

Dengan itu, mari kita rungkaikan satu persatu cara-cara mandi yang mengikut sunnah:

1. Mencuci tangan dengan tanah, atau dengan sabun dan lainnya.

โœ๐ŸปRasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… mencuci tangan baginda sebelum memulakan ghusl. Zaman itu tidak ada sabun, maka baginda ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… menggunakan tanah.

257 โ€“ ุญูŽุฏูŽู‘ุซูŽู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ุจู’ู†ู ู…ูŽุญู’ุจููˆุจู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุญูŽุฏูŽู‘ุซูŽู†ูŽุง ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู’ูˆูŽุงุญูุฏู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุญูŽุฏูŽู‘ุซูŽู†ูŽุง ุงู„ู’ุฃูŽุนู’ู…ูŽุดู ุนูŽู†ู’ ุณูŽุงู„ูู…ู ุจู’ู†ู ุฃูŽุจููŠ ุงู„ู’ุฌูŽุนู’ุฏู ุนูŽู†ู’ ูƒูุฑูŽูŠู’ุจู ู…ูŽูˆู’ู„ูŽู‰ ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจูŽู‘ุงุณู ุนูŽู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจูŽู‘ุงุณู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ู…ูŽูŠู’ู…ููˆู†ูŽุฉู ูˆูŽุถูŽุนู’ุชู ู„ูุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ู…ูŽุงุกู‹ ูŠูŽุบู’ุชูŽุณูู„ู ุจูู‡ู ููŽุฃูŽูู’ุฑูŽุบูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูŠูŽุฏูŽูŠู’ู‡ู ููŽุบูŽุณูŽู„ูŽู‡ูู…ูŽุง ู…ูŽุฑูŽู‘ุชูŽูŠู’ู†ู ู…ูŽุฑูŽู‘ุชูŽูŠู’ู†ู ุฃูŽูˆู’ ุซูŽู„ูŽุงุซู‹ุง ุซูู…ูŽู‘ ุฃูŽูู’ุฑูŽุบูŽ ุจููŠูŽู…ููŠู†ูู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุดูู…ูŽุงู„ูู‡ู ููŽุบูŽุณูŽู„ูŽ ู…ูŽุฐูŽุงูƒููŠุฑูŽู‡ู ุซูู…ูŽู‘ ุฏูŽู„ูŽูƒูŽ ูŠูŽุฏูŽู‡ู ุจูุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ุซูู…ูŽู‘ ู…ูŽุถู’ู…ูŽุถูŽ ูˆูŽุงุณู’ุชูŽู†ู’ุดูŽู‚ูŽ ุซูู…ูŽู‘ ุบูŽุณูŽู„ูŽ ูˆูŽุฌู’ู‡ูŽู‡ู ูˆูŽูŠูŽุฏูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุบูŽุณูŽู„ูŽ ุฑูŽุฃู’ุณูŽู‡ู ุซูŽู„ูŽุงุซู‹ุง ุซูู…ูŽู‘ ุฃูŽูู’ุฑูŽุบูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฌูŽุณูŽุฏูู‡ู ุซูู…ูŽู‘ ุชูŽู†ูŽุญูŽู‘ู‰ ู…ูู†ู’ ู…ูŽู‚ูŽุงู…ูู‡ู ููŽุบูŽุณูŽู„ูŽ ู‚ูŽุฏูŽู…ูŽูŠู’ู‡ู

257. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Mahbub berkata, telah menceritakan kepada kami โ€˜Abdul Wahid berkata, telah menceritakan kepada kami Al Aโ€™masy dari Salim bin Abu Al Jaโ€™d dari Kuraib mantan budak Ibnu โ€˜Abbas, dari Ibnu โ€˜Abbas berkata, Maimunah berkata, โ€œAku menyediakan air mandi dan memasang tabir untuk Rasulullah shallallahu โ€˜alaihi wasallam, baginda lalu menuangkan air pada kedua tangannya dan mencuci keduanya sekali atau dua kali. โ€“ Aku tidak pasti samada dia mengatakan tiga kali atau tidak โ€“ Lalu dengan tangan kanannya beliau menuangkan air pada telapak tangan kirinya lalu mencuci kemaluannya, setelah itu menggosokkan tangannya ke tanah atau ke dinding. Kemudian berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung. Kemudian membasuh muka dan kedua tangannya, lalu membasuh kepalanya dan mencurahkan ke seluruh badannya. Setelah itu baginda berganjak dari tempat mandi lalu mencuci kedua kakinya. Saya pun mengulurkan satu cebisan kain tapi beliau mengisyaratkan dengan tangannya begini, bermaksud beliau tidak mahukannyaโ€
[ Sahih Bukhari (no. 259) dan Sahih Muslim (no. 317) ]

Syarah:
Pada zaman Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… , mereka membasuh tangan dengan mengusap tangan ke tanah dan menggosok-gosok sebelum dibasuh. Ini kerana sabun tidak ada pada zaman itu. Maka zaman kita ini kita gunakanlah sabun.

2. Mencuci tangan sebelum memasukkan ke dalam bekas

Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… mandi dengan pakai air dari bekas (kita mungkin guna baldi). Baginda cedok air dari bekas itu menggunakan tangan baginda. Namun, sebelum memasukkan tangan ke dalam bekas, baginda ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… akan basuh dulu tangan. Ini kerana air itu digunakan untuk membasuh, tetapi kalau baginda ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… masukkan tangan tanpa basuh dulu, ditakuti akan mencemari air itu.

โœ๐ŸปDalilnya lihat hadis di atas:

ุจูŽุฏูŽุฃูŽ ููŽุบูŽุณูŽู„ูŽ ูŠูŽุฏูŽูŠู’ู‡ู

Baginda akan memulainya dengan mencuci kedua belah tangannya.
[ Sahih Bukhari (240) ]

Syarah:
Nabi Muhammad ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… akan basuh tangan di luar bekas iaitu tuang air dan cuci tangan baginda di luar bekas. Selepas sudah basuh, barulah baginda ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… celup dalam bekas itu.

3. Berwuduk sebelum Mandi

Hal ini menjadi persoalan dan perbincangan di kalangan ulama. Memang ada khilaf dalam hal ini dan ada banyak pula khilaf.

Antara khilaf itu:

a. Adakah benar yang baginda ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… lakukan di awal ghusl baginda itu โ€˜wudhuโ€™ atau ia adalah mandi tetapi dimulai dengan anggota wuduk?

b. Adakah wudhu’ itu sekali dengan mandi atau berasingan?

c. Adakah ia wajib atau sunat?

Biasa sahaja khilaf timbul dalam bab agama termasuk feqah. Pendapat penulis kitab rujukan kita ini dan juga Imam Bukhari adalah: memang apa yang baginda lakukan itu adalah wudhu’. Ia adalah sunat sahaja kerana kita telah sebut rukun-rukun wudhu’ di awal bab ini.

โœ๐ŸปDalil yang diambil adalah seperti hadith riwayat Aisyah ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ุง di atas dan saya potong bahagian tertentu sahaja.

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุงุบู’ุชูŽุณูŽู„ูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽุงุจูŽุฉู ุจูŽุฏูŽุฃูŽ ููŽุบูŽุณูŽู„ูŽ ูŠูŽุฏูŽูŠู’ู‡ู ุซูู…ูŽู‘ ูŠูŽุชูŽูˆูŽุถูŽู‘ุฃู ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูŽุชูŽูˆูŽุถูŽู‘ุฃู ู„ูู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู

Baginda akan memulainya dengan mencuci kedua belah tangannya, kemudian berwudhu’ sebagaimana wudhu’ untuk sembahyangโ€ฆ.
[ Sahih Bukhari (240) ]

4. Berkumur dan memasukkan air ke hidung

Salah satu sunnah yang mungkin tidak dilakukan adalah berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Ini juga sunat. Walaupun ada juga pendapat yang mengatakan ia wajib. Mengikut Mazhab Hanafi, tidak sah mandi kalau tidak memasukkan air ke dalam hidung dan berkumur. Maka cubalah jangan ditinggalkan.

โœ๐ŸปDalilnya adalah hadis riwayat Saidatina Maimunah di atas:

ุซูู…ูŽู‘ ู…ูŽุถู’ู…ูŽุถูŽ ูˆูŽุงุณู’ุชูŽู†ู’ุดูŽู‚ูŽ

Kemudian baginda berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung.
[ Sahih Bukhari (no. 259) dan Sahih Muslim (no. 317) ]

5. Menuangkan air ke atas kepala tiga kali dan menyela-nyela rambut

Tujuan menyela-nyela rambut itu adalah untuk menyampaikan air ke kulit kepala. Ini adalah memastikan, terutama kalau rambut itu tebal.

โœ๐ŸปDalilnya:

ููŽูŠูุฎูŽู„ูู‘ู„ู ุจูู‡ูŽุง ุฃูุตููˆู„ูŽ ุดูŽุนูŽุฑูู‡ู ุซูู…ูŽู‘ ูŠูŽุตูุจูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฑูŽุฃู’ุณูู‡ู ุซูŽู„ูŽุงุซูŽ ุบูุฑูŽูู ุจููŠูŽุฏูŽูŠู’ู‡ู

Kemudian baginda menyelati pangkal-pangkal rambut dan bulu ditubuhnya dengan tangannya, kemudian menyiramkan air ke atas kepalanya dengan cedukan kedua belah tangannya sebanyak tiga kali.
[ Sahih Bukhari (240) ]

6. Memulai dari kepala sebelah kanan dan kemudian kepala sebelah kiri

Perkara baik memang sunat dimulakan dari sebelah kanan. Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… memang selalu memulakan sesuatu apa pun dengan sebelah kanan. Begitu jugalah dalam Mandi Junub ini.

โœ๐ŸปDalilnya:

250 โ€“ ุญูŽุฏูŽู‘ุซูŽู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ุจู’ู†ู ุงู„ู’ู…ูุซูŽู†ูŽู‘ู‰ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุญูŽุฏูŽู‘ุซูŽู†ูŽุง ุฃูŽุจููˆ ุนูŽุงุตูู…ู ุนูŽู†ู’ ุญูŽู†ู’ุธูŽู„ูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู’ู‚ูŽุงุณูู…ู ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุงุบู’ุชูŽุณูŽู„ูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽุงุจูŽุฉู ุฏูŽุนูŽุง ุจูุดูŽูŠู’ุกู ู†ูŽุญู’ูˆูŽ ุงู„ู’ุญูู„ูŽุงุจู ููŽุฃูŽุฎูŽุฐูŽ ุจููƒูŽููู‘ู‡ู ููŽุจูŽุฏูŽุฃูŽ ุจูุดูู‚ูู‘ ุฑูŽุฃู’ุณูู‡ู ุงู„ู’ุฃูŽูŠู’ู…ูŽู†ู ุซูู…ูŽู‘ ุงู„ู’ุฃูŽูŠู’ุณูŽุฑู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุจูู‡ูู…ูŽุง ุนูŽู„ูŽู‰ ูˆูŽุณูŽุทู ุฑูŽุฃู’ุณูู‡ู

250. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Abu โ€˜Ashim daripada Hanzhalah daripada Al Qasim daripada โ€˜Aisyah berkata, โ€œApabila Nabi shallallahu โ€˜alaihi wasallam hendak mandi janabat, baginda minta diambilkan sesuatu seperti hilab. Mula-mula baginda menceduk air dengan telapak tangannya dan mencurahkannya di sebelah kanan kepalanya kemudian disebelah kiri. Kemudian menuangkan air dengan keduanya tapak tangannya pada bahagian tengah kepala.โ€
[ Sahih Bukhari (no. 250) ]

Penerangan:
โ€˜Hilabโ€™ itu adalah bekas tadahan perahan susu yang cukup untuk memerah perahan susu seekor unta.

7. Mengakhirkan mencuci kedua kaki

Maksudnya, kebiasaan Nabi Muhammad ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… adalah baginda mandi dan terakhir sekali basuh kaki baginda. Kiranya, sebelum keluar bilik mandi kita basuh kaki dan terus keluar.

โœ๐ŸปDalilnya:

Kemudian berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung. Kemudian membasuh muka dan kedua tangannya, lalu membasuh kepalanya dan mencurahkan keseluruh badannya. Setelah itu baginda berganjak dari tempat mandi lalu mencuci kedua kakinya.
[ Sahih Bukhari (no. 259) dan Sahih Muslim (no. 317) ]

8. Tidak berwudhuโ€™ lagi setelah mandi

Tidak ada lagi wudhu’ selepas mandi junub kerana Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… tidak pernah melakukannya.

โœ๐ŸปDalilnya:

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ุฃูŽู†ูŽู‘ ุงู„ู†ูŽู‘ุจูู‰ูŽู‘ -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ุงูŽ ูŠูŽุชูŽูˆูŽุถูŽู‘ุฃู ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู’ุบูุณู’ู„ู

Daripada โ€˜Aisyah, dia berkata, โ€œNabi shallallahu โ€˜alaihi wa sallam tidak berwudhu’ setelah selesai mandi.โ€
[ HR. Tirmidzi no. 107, An Nasai no. 252, Ibnu Majah no. 579, Ahmad 6/68. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadith ini shahih ]

Ini adalah kerana mandi itu sudah lebih lagi dari wudhu’ dan sudah merangkumi semua anggota wuduk. Maka kerana itu tidak perlu lagi hendak basuh anggota wuduk yang memang sudah pun dibasuh.

โœ๐ŸปAda sebuah riwayat dari Ibnu โ€˜Umar yang menjelaskan lagi,

ุณูุฆูู„ูŽ ุนูŽู†ู ุงู„ู’ูˆูุถููˆุกู ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู’ุบูุณู’ู„ูุŸ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ:ูˆูŽุฃูŽูŠูู‘ ูˆูุถููˆุกู ุฃูŽุนูŽู…ูู‘ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุบูุณู’ู„ูุŸ

Beliau ditanya mengenai wudhu’ setelah mandi. Lalu beliau menjawab, โ€œLantas wudhu’ yang mana lagi yang lebih besar dari mandi?โ€
[ HR. Ibnu Abi Syaibah secara marfuโ€™ dan mauquf. Lihat Ad Daroril Mudhiyah, hal. 61 ]

โœ๐ŸปAbu Bakr Ibnul โ€˜Arobi berkata, โ€œPara ulama tidak berselisih pendapat bahawa wudhu’ telah masuk dalam mandi.โ€ Ibnu Baththol juga telah menukil adanya ijmaโ€™ (kesepakatan ulama) dalam masalah ini.
Lihat Ad Daroril Mudhiyah, hal. 61

9. Tidak memakai tuala

Dalam hadith tentang mandi Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ada disebut Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… tidak menggunakan tuala untuk mengeringkan tubuh baginda.

โœ๐ŸปDalilnya: Di dalam hadits Maimunah disebutkan mengenai tata cara mandi, lalu diakhir hadith disebutkan,

ููŽู†ูŽุงูˆูŽู„ู’ุชูู‡ู ุซูŽูˆู’ุจู‹ุง ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฃู’ุฎูุฐู’ู‡ู ุŒ ููŽุงู†ู’ุทูŽู„ูŽู‚ูŽ ูˆูŽู‡ู’ูˆูŽ ูŠูŽู†ู’ููุถู ูŠูŽุฏูŽูŠู’ู‡ู

โ€œLalu aku memberikan kain (sebagai pengering) tetapi baginda tidak mengambilnya, lalu baginda pergi dengan mengeringkan air dari badannya dengan tangannyaโ€
[ HR. Bukhari no. 276 ]

Syarah:

Berdasarkan hadith ini, sebahagian ulama memakruhkan mengeringkan badan setelah mandi. Namun yang tepat, hadith tersebut bukanlah pendukung pendapat tersebut dengan beberapa alasan:

1. Perbuatan Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ketika itu masih ada beberapa kemungkinan. Boleh jadi baginda tidak mengambil kain (tuala) tersebut kerana alasan lainnya yang bukan maksud untuk memakruhkan mengeringkan badan ketika itu. Boleh jadi kain tersebut mungkin koyak atau baginda terburu-buru kerana ada urusan lainnya.

2. Haditth ini sebenarnya menunjukkan kebiasaan Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… adalah mengeringkan badan selepas mandi. Seandainya bukan kebiasaan baginda, maka tentu saja baginda tidak dibawakan kain tuala ketika itu.

3. Mengeringkan air dengan tangan menunjukkan bahawa mengeringkan air dengan kain bukanlah makruh kerana keduanya sama-sama mengeringkan.

Kesimpulan:

Tidak ada masalah kalau hendak mengeringkan tubuh atau tidak selepas mandi.

10. Mendahulukan yang sebelah kanan

Ini memang kebiasaan Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ dan ini juga adalah sunnah dalam segenap perkara.

โœ๐ŸปDalilnya adalah hadith โ€˜Aisyah radhiyallahu โ€˜anha, dia berkata,

ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุจูู‰ูู‘ โ€“ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… โ€“ ูŠูุนู’ุฌูุจูู‡ู ุงู„ุชูŽู‘ูŠูŽู…ูู‘ู†ู ููู‰ ุชูŽู†ูŽุนูู‘ู„ูู‡ู ูˆูŽุชูŽุฑูŽุฌูู‘ู„ูู‡ู ูˆูŽุทูู‡ููˆุฑูู‡ู ูˆูŽููู‰ ุดูŽุฃู’ู†ูู‡ู ูƒูู„ูู‘ู‡ู

โ€œNabi shallallahu โ€˜alaihi wa sallam biasa mendahulukan yang kanan ketika memakai sendal, ketika bersisir, ketika bersuci dan dalam setiap perkara (yang baik-baik).โ€
[ HR. Bukhari no. 168 dan Muslim no. 268 ]

Oleh kerana itu baginda akan membasuh kepala bahagian kanan dahulu, bahagian tubuh yang kanan dahulu, tangan kanan, kaki kanan dan sebagainya.

11. Meratakan air ke seluruh kulit tubuh

โœ๐ŸปIni berdasarkan hadith-hadith yang banyak tentang perkara ini antaranya:

ุซูู…ูŽู‘ ูŠููููŠุถู ุงู„ู’ู…ูŽุงุกูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฌูู„ู’ุฏูู‡ู ูƒูู„ูู‘ู‡ู

kemudian baginda meratakan air ke seluruh tubuhnya.โ€
[ Sahih Bukhari (240) ]

Ini mungkin menjadi masalah bagi mereka yang ada penyakit was-was. Mereka hendak pastikan setiap inci bahagian tubuh mereka kena air. Memang kena setiap inci kena air, tetapi tidaklah kita kena periksa satu persatu. Apabila kita sudah curahkan air ke atas badan kita, memang sifat air itu akan pergi merata-rata ke keseluruhan badan kita.

Kalau bahagian depan, bolehlah kita gosok-gosok dan pastikan air sampai tetapi bahagian belakang kita hanya boleh diagak sahaja. Memang kita tidak nampak, tetapi kalau air sudah dicurah, maka berkemungkinan besar ia telah sampai.

Kita tidaklah dipertanggungjawabkan teruk sangat sampai hendak kena pastikan air itu sampai. Hanya dengan cara agakan sahaja boleh. Ini kerana sifat air memang akan mengalir ke semua tempat.

Apabila kita sudah agak air sudah kena dan keluar dari bilik mandi, maka terimalah sahaja yang air telah sampai. Syaitan akan bisikkan: โ€œeh, tapi belakang pelipat kau tak kena airโ€ฆ kau pasti ke kena air?โ€ Jangan dilayan bisikan syaitan itu. Kalau dilayan lagilah dia suka dan akan bagi berkali-kali lagi hasutan.

Syaitan bukan ada kerja lain. Full time job dia adalah kacau manusia. Kita manusia ini yang ada kerja. Tidak ada masa hendak melayan kerenah syaitan. Jadi bila dilayan itulah yang menyebabkan ramai yang mandi berjam-jam. Mereka sampai takut untuk mandi kerana takut mandi mereka tidak sah. Itu adalah perasaan mereka yang ada penyakit was-was sahaja.

12. Mandi dengan air kadar satu shaโ€™ atau setara dengannya

Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ tidaklah menggunakan air yang banyak untuk mandi junub. Manakala kandungan air yang kita gunakan dalam mandi kita tentulah lebih banyak daripada baginda. Maka bagaimana kita hendak kata air tidak sampai ke tubuh kita?

โœ๐ŸปJabir bin Abdullah r.a berkata:
Apabila Rasulullah s.a.w mandi junub, baginda akan meratakan kepalanya dengan tiga kali cedokan air. Al-Hasan bin Muhammad bertanya: Bagaimana pula dengan rambut yang tebal? Jawab Jabir: Wahai anak saudaraku, rambut Rasulullah SAW lebih tebal dan lebih baik daripada rambutmu.โ€
[ Hadith Riwayat Muslim ]

Syarah:
Memang dari dulu lagi sudah ada orang yang sangka air tidak cukup. Namun, sahabat beritahu kalau Nabi Muhammad ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ yang banyak rambut dan bulu pun cukup dengan air yang sedikit, kita apatah lagi?

โœ๐ŸปAisyah r.a juga pernah berkata:
Rasulullah SAW mandi junub menggunakan air yang diletakkan di dalam bekas yang disebut sebagai al-Faraq.โ€
[ Hadis Riwayat Muslim ]

โœ๐ŸปAnas r.a berkata:
โ€œRasulullah SAW pernah mandi junub menggunakan air sebanyak lima maquq dan berwudhuโ€™ dengan satu maquq.โ€
[ Hadis Riwayat Muslim ]

โœ๐ŸปAnas r.a berkata:
โ€œNabi s. a. w berwudhuโ€™ menggunakan air sebanyak satu mud dan mandi menggunakan air sebanyak satu shaโ€™ hingga lima mud.โ€
[ Hadis Riwayat Muslim ]

๐Ÿ“Berapa pula kadar satu shaโ€™ itu?
Huraian mengenai had air yang digunakan oleh Rasulullah SAW ketika mandi junub sebagaimana yang dinyatakan di dalam Muโ€™jam Lughah al-Fuqaha, muka surat 33.

1 faraq = 3 shaโ€™ (gantang)
1 shaโ€™ = 5.6 liter
3 shaโ€™ = 16 rathol
1 rathol = lebih kurang 1 liter
16 rathol = 16 liter air
1 maquq = 4.125 liter (mengikut selain mazhab Hanafi)
5 maquq = 20.625 (mengikut selain mazhab Hanafi)
1 mud = 2 liter

13. Wajibkah menggosok badan?

Ulama khilaf sama ada wajib atau tidak untuk menggosok.

โœ๐ŸปAda ulama seperti Imam Malik yang mewajibkan menggosok badan tetapi jumhur ulama termasuk Imam Bukhari tidak mewajibkannya. Kalau ada sangkaan yang kuat air itu telah mengenai badan, maka cukup dengan mengalirkan sahaja air itu.

โœ๐ŸปSyaikh Albani pula mengatakan, kalau bulu di badan banyak, barulah wajib untuk menggosok badan kerana hendak memastikan air itu kena pada kulit.

โœ๐ŸปPendapat yang mengatakan tidak wajib menggosok badan adalah kerana kalimah yang digunakan dalam hadith Riwayat Maimunah itu menggunakan kalimah ุฃูŽูู’ุฑูŽุบูŽ yang bermaksud โ€˜mencurahโ€™ sahaja.

ุซูู…ูŽู‘ ุฃูŽูู’ุฑูŽุบูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฌูŽุณูŽุฏูู‡ู

dan mencurahkan keseluruh badannya.
[ Sahih Bukhari (no. 259) dan Sahih Muslim (no. 317 ]

Apabila disebut โ€˜mencurahkanโ€™, ia bermaksud hanya mencurahkan sahaja air ke badan supaya kena kepada keseluruhan badan. Tidak disebut menggosok dalam hadith ini. Ringkasnya, kalau kita ada kebarangkalian air telah sampai ke badan, maka itu sudah cukup.

Cuma memang elok kalau gosok. Kita telah sebutkan dalam bab wuduk, memang molek gosok anggota wuduk supaya dapat rasa apa-apa penghalang kepada tubuh.

14. Membasuh pangkal paha dan lengan ketika mandi

Rasulullah akan memulakan membasuh bahagian pelipat dan celah kangkang sebelum membasuh bahagian yang lain.

โœ๐ŸปDalilnya:

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุฑูŽุงุฏูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุบู’ุชูŽุณูู„ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽุงุจูŽุฉู ุจูŽุฏูŽุฃูŽ ุจููƒูŽูู‘ูŽูŠู’ู‡ู ููŽุบูŽุณูŽู„ูŽู‡ูู…ูŽุง ุซูู…ู‘ูŽ ุบูŽุณูŽู„ูŽ ู…ูŽุฑูŽุงููุบูŽู‡ู ูˆูŽุฃูŽููŽุงุถูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ู’ู…ูŽุงุกูŽ ููŽุฅูุฐูŽุง ุฃูŽู†ู’ู‚ูŽุงู‡ูู…ูŽุง ุฃูŽู‡ู’ูˆูŽู‰ ุจูู‡ูู…ูŽุง ุฅูู„ูŽู‰ ุญูŽุงุฆูุทู ุซูู…ู‘ูŽ ูŠูŽุณู’ุชูŽู‚ู’ุจูู„ู ุงู„ู’ูˆูุถููˆุกูŽ ูˆูŽูŠููููŠุถู ุงู„ู’ู…ูŽุงุกูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฑูŽุฃู’ุณูู‡ู โ€.โ€

Daripada Aisyah dia berkata: โ€œApabila Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… hendak mandi junub, baginda memulainya dengan telapak tangan, dan mencuci keduanya kemudian mencuci pangkal tangan dan pahanya, lalu menuangkan air ke atasnya. Setelah membersihkan keduanya, baginda menggosokkan telapak tangan ke lantai lalu berwudhuโ€™, dan menuangkan air ke atas kepala baginda.โ€
[ Sunan Abi Dawud (No. 243) disahihkan oleh Albani ]

Syarah:
Baginda memulai membasuh bahagian tubuh badan yang susah air hendak sampai kepadanya iaitu celah-celah kaki, pelipat tangan dan celah kangkang. Ini adalah kerana peluh selalu berkumpul di situ dan situlah tempat kotor.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan