Utama UiTO: Soal-Jawab agama bersama ustaz Abu Basyer Manusia yang Panjang Umur dan banyak Kebaikannya

Manusia yang Panjang Umur dan banyak Kebaikannya

1714
0
Iklan

๐ŸŒฟ Tazkirah๐ŸŒฟ

Sebaik- baik Manusia Adalah Mereka Yang Panjang Umur Dan Banyak Kebaikannya

SEMUA manusia yang hidup di muka bumi ini umurnya telah ditentukan oleh Allah SWT. Ada yang berumur panjang dan ada yang dipendekkan usianya.

Beruntunglah siapa yang dipanjangkan umur dan banyak melakukan kebaikan dan amal soleh. Rugilah siapa yang dipanjangkan umur tetapi tidak banyak melakukan kebaikan tetapi yang dilakukan adalah dosa dan maksiat kepada Allah SWT.

Daripada Abi Bakrah r.a berkata, telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya:

โ€œWahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?.โ€

Rasulullah SAW menjawab:

ู…ูŽู†ู’ ุทูŽุงู„ูŽ ุนูู…ูุฑูู‡ู ูˆูŽุญูŽุณูู†ูŽ ุนูŽู…ูŽู„ูู‡ู

โ€œSiapa yang usianya dan baik amalannya.โ€

( Hadis Riwayat al-Tirmizi (2330).

(Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih)

Jika Allah SWT melanjutkan usia atau umur seseorang itu adalah bertujuan agar mereka berfikir serta mempelajari agama ini. Hal ini disebutkan di dalam al-Qur’an menerusi firman Allah SWT:

ุฃูŽูˆูŽู„ูŽู…ู’ ู†ูุนูŽู…ูู‘ุฑู’ูƒูู… ู…ู‘ูŽุง ูŠูŽุชูŽุฐูŽูƒู‘ูŽุฑู ูููŠู‡ู ู…ูŽู† ุชูŽุฐูŽูƒู‘ูŽุฑูŽ

โ€œBukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir.โ€

[ al-Fatir: 37 ]

Syeikh Sayyid al-Tantawi menyatakan ketika menafsirkan ayat ini bahawa Allah SWT menegur insan-insan yang terus kekal dan lalai dengan kehidupan dunia sedangkan usia mereka itu mampu untuk mencari kebenaran atau cahaya keimanan.

[Lihat: Tafsir al-Wasith, 352/11]

Berkaitan umur ini ada disebutkan oleh Nabi SAW di dalam hadith-hadith yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga Imam Ahmad iaitu:

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:

ุฃูŽุนู’ุฐูŽุฑูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู…ู’ุฑูุฆู ุฃูŽุฎู‘ูŽุฑูŽ ุฃูŽุฌูŽู„ูŽู‡ูุŒ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุจูŽู„ู‘ูŽุบูŽู‡ู ุณูุชู‘ููŠู†ูŽ ุณูŽู†ูŽุฉ

โ€œAllah SWT menghilangkan keuzuran bagi sesiapa yang dilewatkan ajalnya (dipanjangkan usianya) ketika dia sampai usia 60 tahun.โ€

(Hadis Riwayat al-Bukhari (6419)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ุนูู…ู‘ูุฑูŽ ุณูุชู‘ููŠู†ูŽ ุณูŽู†ูŽุฉู‹ุŒ ุฃูŽูˆู’ ุณูŽุจู’ุนููŠู†ูŽ ุณูŽู†ูŽุฉู‹ุŒ ููŽู‚ูŽุฏู’ ุนูุฐูุฑูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ูููŠ ุงู„ู’ุนูู…ูุฑู

โ€œSesiapa yang sampai usianya 60 tahun atau 70 tahun, maka Allah tidak menerima alasan disebabkan umurnya itu.โ€

(Hadis Riwayat Ahmad (9251)

(Hadith ini dinilai sahih oleh Syeikh Syuโ€™aib al-Arnaโ€™outh)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุชูŽุชู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุณูุชู‘ููˆู†ูŽ ุณูŽู†ูŽุฉู‹ุŒ ููŽู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽุนู’ุฐูŽุฑูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ูููŠ ุงู„ู’ุนูู…ูุฑู

โ€œSesiapa yang sampai usianya 60 tahun, maka Allah tidak menerima alasan disebabkan umurnya itu.โ€

(Hadis Riwayat Ahmad (8262)

Riwayat ini sanadnya adalah kuat menurut Syeikh Syuโ€™aib dan Riwayat ini dijadikan sebagai syawahid (sokongan kepada hadith lain) oleh Imam Muslim).

Hadith-hadith di atas menunjukkan kepada kita bahawa antara tujuan Allah SWT memanjangkan usia seseorang itu adalah supaya mereka menggunakan peluang tersebut pada perkara-perkara ketaatan supaya ia tidak menjadi hujah di akhirat kelak disebabkan sedikitnya amalan seseorang itu.

Mereka yang telah berusaha 60an hingga 70an tidak ada alasan untuk buang masa dengan sia- sia.

Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini berkata, makna hadith tersebut adalah tidak berbaki lagi keuzuran (tidak menerima alasan) bagi sesiapa yang telah dipanjangkan usianya oleh Allah SW T seperti mereka berkata :

โ€œJika Allah memanjangkan usia aku pasti aku melakukan apa yang telah diperintahkan.โ€

Dihilangkan keuzuran (tidak diterima alasan) tersebut adalah kerana seseorang itu telah mencapai penghujung kepada keuzuran dan mereka juga mampu untuk melakukannya di samping tiada lagi keuzuran buatnya untuk meninggalkan ketaatan kerana mereka mampu untuk melakukannya apabila dikurniakan usia yang sedemikian. Maka, tidak layak seseorang itu ketika berada pada usia sedemikian menyibukkan diri mereka melainkan pada perkara seperti istighfar (memohon ampun kepada Allah), melakukan ketaatan dan juga mempersiapkan diri sepenuhnya untuk menghadapi hari Akhirat.

(Lihat: Fath al-Bari, 240/11)

Apakah bentuk amalan kebaikan orang yang berumur panjang?

1. Sentiasa kekalkan mengamalkan 7 sunah Rasulullah SAW

* Solat berjemaah di masjid
* Solat tahajud
* Membaca al-Qur’an
* Banyak bersedekah
* Sentiasa beristighfar
* Solat Dhuha
* Sentiasa berwuduk

2. Berusaha melaksanakan dakwah amal makruf dan nahi mungkar. Aktif dalam NGO Islam dan sebarkan ilmu yang bermanfaat di media sosial dan media arus perdana.

3. Meninggalkan perkara yang melalaikan seperti hiburan dan sembang kosong. Setiap masa di isi perkara yang bermanfaat.

4. Sentiasa berusaha mengumpulkan balik otai- otai pencen yang ada kesedaran Islam melalui grup whatsapps untuk mengisi ruang dakwah dan tarbiyah untuk masyarakat dan berusaha melahirkan cara hidup Islam.

5. Sebagai penasihat kepada pemimpin masyarakat dan ahli politik supaya mereka berada di landasan yang betul berkhidmat untuk rakyat.

6. Mendalami ilmu agama sebagai bekalan di hari akhirat.

7. Sentiasa melakukan riadah dan makan makanan berkhasiat dan kurangkan tidur.

Oleh itu jika kalian berumur 60an dan 70an, ini bermakna kalian telah dipanjangkan umur dan telah diberi kesempatan untuk beramal soleh dan melaksanakan kerja- kerja yang bermanfaat untuk cari keredhaan Allah SWT.

๐Ÿฅฆ Wassalam ๐Ÿฅฆ

Makmum Sundari
15.6.2019

#MS#AB
#UmurYangBermanfaat
#SuaraPrihatin

Komen dan Soalan