Utama Bilik (001) Fiqh Asasi Pemula Thaharah: Najis (Bahagian 2)

Thaharah: Najis (Bahagian 2)

2333
1
Iklan

Kitab : Thaharah (Bersuci)
Bab : Bab Air dan Najis
Bahagian : Jenis Air
Topik : Najis (Sambungan)

7. Air liur anjing

Masyarakat Melayu kita cepat melatah. Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam timbul, pelbagai reaksi telah lahir antaranya:

๐Ÿ”บAnjing adalah binatang yang dimusuhi oleh Islam.
๐Ÿ”บVideo itu menghina umat Islam.
๐Ÿ”บPerbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam.
๐Ÿ”บApa salahnya kita membela anjing macam orang lain.

Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasarkan fakta dan ada yang berdasarkan emosi. Ramai yang bercakap tanpa ilmu. Tiada ilmu tetapi hendak komen juga, janji komen, kan?

Jangan kita hina anjing itu sangat. Ada anjing yang lagi mulia daripada kita. Di dalam Al-Quran, Allah SWT menceritakan tentang anjing yang mengiringi para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka.

โœ๐ŸปFirman Allah: (maksudnya) โ€œdan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.โ€ [ al-Kahfi: 18 ]

Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan.

โœ๐ŸปSementara dalam hadis pula, Nabi ๏ทบ bersabda:

โ€œDiampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia mengikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian ituโ€
[ Riwayat al-Bukhari ]

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah SWT kerana dengan ikhlas memberi minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika seorang muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada seorang muslim yang memberi makan kepada anjing, dia patutlah dipuji.

Anjing ada banyak gunanya dalam kehidupan manusia: ada yang dijadikan sebagai anjing pemburu, anjing peneman, pengawal rumah, pengesan dadah, pengesan bom, anjing juga ada yang boleh membuat CPR.

Malangnya ada budak-budak (juga orang tua tetapi berakal budak lagi) yang apabila nampak anjing, mereka akan membaling dengan batu seolah-olah anjing itu hina.
Siapakah yang mengajar mereka begitu? Ibubapa merekalah agaknya.

๐Ÿ“ŒBolehkah Muslim memiliki anjing?

โœ๐ŸปTertulis di dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya)

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): โ€œApakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?โ€ bagi menjawabnya: โ€œDihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisab-Nya” [ al-Maidah: 4 ]

Haiwan pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama.

Jadi janganlah berasa pelik jikalau ada orang Islam yang membela anjing. Hanya di Malaysia sahaja orang kita tidak tahu sebab duduk di bawah tempurung. Ada handphone canggih tetapi duduk buat dengar lagu dan baca pasal artis sahaja.

Cuma, tidaklah boleh dibela di dalam rumah sebagai binatang peliharaan (pet) pula. Ini dilarang. Ertinya, muslim boleh memiliki anjing buruan. Demikian juga, dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

๐Ÿ“Baik, soalan maut hari ini: Bolehkah sentuh anjing?

Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Namun ini tidak tepat, kerana jika benda najis haram dipegang, maka haram jugalah seseorang menyentuh najis dirinya sendiri, ataupun najis anaknya ataupun sesiapa yang di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Basuh berak kena pakai sarung tangan (glove) lah lepas ni.

Maka haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu jugalah dengan doktor veterinar.
๐Ÿ“Maka itu kesimpulan hukum yang cetek.

๐Ÿ“ŒNajis boleh disentuh, tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat.

โ–ช๏ธMenyentuh anjing yang kering, sepakat ulama mengatakan tidak najis.

โ–ช๏ธMenyentuh anjing basah, ia adalah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafiโ€™y agak tegas dalam hal ini.

โ–ช๏ธNamun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut di dalam hadits:

โœ๐Ÿปโ€œApabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanahโ€
[ Riwayat al-Bukhari ]

Maka janganlah kita geli sangat dengan anjing.

โœ๐ŸปLihat hadits riwayat โ€˜Abd Allah ibn โ€˜Umar (yang menerangkan)

โ€œAnjing masuk dan keluar di masjid pada masa Rasulullah dan para sahabat tidak memercikkan air apa pun.โ€
[ Hadis Riwayat al-Bukhari dan Abu Daud ]

Lihatlah anjing ada keluar masuk masjid zaman Nabi dulu, namun Nabi tidak suruh untuk pagar masjid itu! Maka kalau anjing menjilat bekas makanan kita dan kita hendak mengguna pakai lagi bekas itu, maka itulah yang kena disertu. Sekiranya masih ada bekas lain, boleh sahaja dibuang bekas itu kerana bukan hendak pakai sangat pun.

Ada pun tentang sentuhan anjing, air liur yang anjing itu jilat selain dari makanan, masih ada banyak pendapat lain lagi. Adakah perlu air tanah juga? Zaman dahulu tiada sabun maka pakailah air tanah tetapi di zaman sekarang bermacam-macam detergent sudah ada, maka tidak perlu lagi pakai air tanah.

Walaupun begitu, ada pendapat yang mengatakan tetap kena pakai air tanah juga kerana zaman dulu ada juga bahan lain seperti bidara yang dijadikan sabun, tetapi Nabi tidak suruh pula pakai bidara itu. Lagi pun, ada kajian yang menunjukkan tanah mengandungi bahan yang dapat menghilangkan kesan atau bahaya dari enzim anjing. Maka ini pun pendapat yang kuat.

๐Ÿ€SESI SOAL JAWAB โ˜˜๏ธ
========================

1) Apakah pendapat Imam Asy-Syafi’iy โ€Žุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ dan pendapat mazhab Asy-Syafi’iy berkenaan hukum menyentuh anjing?

๐Ÿ”ต Tidak boleh menyentuh anjing. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha’ hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut di dalam hadith:

โ€œApabila anjing menjilat bekas seseorang daripada kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanahโ€ [ Riwayat al-Bukhari ].

2) Bagaimanakah dengan situasi ini?
Beli kuali (barangan terpakai) di pasar karat yang kita tidak pasti siapa pengguna sebelumnya (jika pemilik asalnya orang kafir dan pernah memasak babi). Adakah perlu disertu?

๐Ÿ”ต Bila tidak nampak, maka tidak perlu sertu.

3) Berdasarkan penerangan sebelum ini, babi tidak perlu sertu, hanya basuh sahaja. Anjing yang perlu disertu. Benarkah begitu?

๐Ÿ”ต Ya, menyentuh babi tidak perlu disertu.
Kalau air liur anjing terkena bekas makanan dan bekas itu hendak digunakan, baharulah sertu.

4) Manakah yang perlu disertu, sentuh binatangnya (babi) atau sentuh daging babi?

๐Ÿ”ต Sama sahaja. Sentuh babi tidak perlu sertu.

5) Bagaimanakah pula dengan pakaian terpakai yang dibeli di pasaran. Lebih-lebih lagi di Australia di mana majoriti penduduknya orang kafir dan membela anjing sebagai binatang peliharaannya. Kadang-kadang tidurnya pun dengan anjing. Perlukah disertu atau basuh sahaja?

๐Ÿ”ต Tidak perlu. Kita tidak dipertanggungjawabkan dengan perkara yang kita tidak nampak.

6) Jikalau ingin membela anjing tidak boleh letak di dalam rumah, di manakah tempat yang boleh diletakkannya?

๐Ÿ”ต Tidak boleh membela anjing tanpa keperluan.

7) Kalau anjing menjilat baju atau mengesel-gesel pada baju, apakah yang perlu dilakukan? Baju tersebut di pakai untuk kegunaan harian.

๐Ÿ”ต Bertenang sahaja. Tidak mengapa. Nanti basuh baju seperti biasa sahaja.

8) Saya ada meletakkan bekas makanan dan minuman untuk kucing di depan rumah. Pada suatu pagi, saya ternampak anjing menjilat bekas makanan tu dan minum air. Bekas makanan tersebut saya terus buang tetapi bekas minuman itu tidak. Bolehkah begini?

๐Ÿ”ต Jikalau hendak buang, tidak salah, cuma rugilah. Sebab bukan anda yang hendak makan dan minum dari bekas itu tetapi kucing. Kucing tidak disyariatkan untuk solat, maka tidak mengapa.

9) Jiran berbangsa cina saya suka membasuh najis anjingnya. Setiap hari air itu masuk ke dalam longkang. Andaikata kain yang disidai jatuh ke dalam longkang, perlukah disertu atau hanya basuh seperti biasa?

๐Ÿ”ต Tidak perlu disertu, basuh seperti biasa sahaja.

10) Perlu disertu ialah bekas makanan yang dijilat oleh anjing dan bekas itu kita hendak guna semula. Selain daripada bekas makanan tidak perlu sertu. Benarkah apa yang saya fahami?

๐Ÿ”ต Ya, tidak perlu disertu

11) Hikmah sertu adalah kerana hendak menghilangkan kesan atau bahaya enzim dari air liur anjing. Jika kita dijilati anjing, maka perlu disertu. Benarkah begitu?

๐Ÿ”ต Tidak sama kerana anjing mengeluarkan enzim itu kalau hendak makan sahaja. Sebab itulah bekas makanan yang kena jilatan anjing disertu kerana semasa dia jilat itu, dia hendak makan.

12) Kalau membeli rumah bekas penghuninya orang Cina. Orang Cina itu ada membela anjing. Adakah perlu disertu rumah itu?

๐Ÿ”ต Tidak perlu disertu kerana tidak diketahui manakah bahagian yang dijilat anjing. Kita dipertanggungjawabkan kalau nampak sahaja.

Lagipun pun, bahaya enzim anjing apabila kita memakannya. Kita bukan hendak jilat pun dinding-dinding rumah itu kan?

13) Adakah najis anjing itu sekadar dibersihkan dengan air sudah memadai?

๐Ÿ”ต Ya. najis anjing itu sama dengan najis yang lain.

14) Kalau anjing menjilat kaki atau tangan kita, maka adakah tidak perlu sertu juga?

๐Ÿ”ต Ya, kerana semasa anjing menjilat kaki atau tangan kita, anjing bukan hendak makan kita.

15) Adakah yang perlu disertu ialah “jilatan” pada bekas makanan dan bukannya air liur anjing tersebut?

๐Ÿ”ตJilatan/air liur anjing yang terkena pada bekas makanan perlu disertu.

16) Ini bermakna air liur/jilatan anjing pada selain bekas makanan hanya perlu dibasuh macam biasa sahaja?

๐Ÿ”ตYa benar. air liur/jilatan anjing pada selain bekas makanan adalah najis, tetapi tidaklah perlu disertu.

17) Kenapakah jika anjing menjilat kita tidak perlu disertu tetapi jika bekas makanan yang hendak kita pakai perlu disertu?

๐Ÿ”ตAnjing mempunyai enzim di dalam mulutnya. Anjing akan mengeluarkan enzim apabila hendak makan kerana ia membantu mencerna makanan supaya mudah dihadam.

Apabila anjing menjilat anak-anaknya, menjilat orang, anjing tidak mengeluarkan enzim tersebut.

Oleh kerana itu, kalau menggunakan anjing untuk memburu, kita perlu tengok keadaan binatang buruan yang dibawa baliknya bagaimana.

Kalau digigit sahaja, kita boleh makan binatang itu.
Tetapi jika digigitnya dan makan sedikit, maka sudah tidak boleh kita makan binatang itu, kerana anjing telah keluarkan enzim pada air liurnya.

18) Perkara ini sering menjadi persoalan kepada saya sejak dahulu lagi. Adakah tindakan saya betul, jika seseorang itu membela anjing, maka segala pemberiannya seperti masakan dan kek akan saya ambil tetapi kemudiannya dibuang (tanpa dilihat si pemberi)?Ini disebabkan dia ada membela anjing dan saya khuatir tangannya tidak dibasuh apabila memegang anjing.

๐Ÿ”ตRugi. Geli itu hanyalah perasaan sahaja. Dari segi hukum, tidak ada masalah untuk menerima pemberian orang yang membela anjing.

19) Jikalau ingin menyertu bekas makanan anjing. Perlukah menggunakan air tanah atau air sabun atau boleh menggunakan keduanya?

๐Ÿ”ตSaya lebih menyukai kalau menggunakan air tanah.

Tetapi ada juga pendapat mengatakan cukup hanya memakai sabun sahaja. Pandangan jumhur (majoriti) di dalam mazhab Hanbali menyatakan yang boleh digunakan sabun sebagai ganti kepada tanah dalam semua keadaan. Syeikh Muhammad Shaltut, bekas Syeikhul Azhar cenderung menerima pendapat ini.

Cumanya, zaman Nabi Muhammad โ€Ž๏ทบ sudah ada juga bahan seperti sabun iaitu bidara, tetapi Nabi Muhammad โ€Ž๏ทบ tetap menyuruh memakai tanah juga untuk menyertu.

20) Bagaimanakah anjing buruan itu kita lepaskan?
Adakah dengan bacaan bismillah? Adakah perlu rusa itu mati digigit atau perlu masih hidup kemudian disembelih baru boleh dimakan?

๐Ÿ”ต
1. Kita mestilah melatih anjing itu dahulu.
2. Ketika memburu, lepaskan anjing dengan bacaan bismillah.
3. Rusa tidak perlu hidup semasa anjing bawa balik. Apabila membaca bismillah, maka gigitan anjing itu diumpamakan sebagai pisau sembelihan.

21) Bagaimankah perlu dilakukan jika terpijak najis anjing?

๐Ÿ”ตIa najis. Hanya basuh dengan air sahaja tanpa perlu disertu.

22) Bagaimanakah perlu dilakukan apabila digigit dengan anjing?Adakah air liur anjing itu mempunyai enzim juga dan hanya perlu dibasuh dengan air sahaja. Sebagai contoh, anjing mengejar pencuri dan menggigit kaki pencuri sehingga meleleh air liur.

๐Ÿ”ตApabila digigit anjing yang lebih penting adalah perlu pergi ke klinik terlebih dahulu.
Digigit anjing bukan perkara yang remeh. Di klinik nanti akan dicuci kesan gigitan dengan antiseptik. Bersih dan suci.

23) Kenapakah jilatan anjing itu tidak perlu disertu? Bukankah anjing itu najis mughallazah?

๐Ÿ”ตItu adalah pendapat dalam mazhab Asy-Syafi’iy. Saya berikan pendapat yang lain.

24) Berkenaan dengan sabun untuk mencuci kenajisan anjing, adakah pendapat lain yang menyatakan sabun hanya boleh digunakan jika ketiadaan tanah?

๐Ÿ”ตMemang ada pendapat boleh menggunakan sabun walaupun tanpa tanah. Pendapat Hanabilah (Mazhab Ahmad).

Contohnya apabila berada di kutub utara di mana sukarnya untuk mencari tanah.

25) Jika ada anjing mati, kemudian mereput sehingga tinggal tulang sahaja. Saya mengambilnya untuk dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam. Adakah saya boleh mencuci tangan dengan sabun sahaja?

๐Ÿ”ตCuci tangan dengan sabun sahaja. Tidak perlu disertu.

26) Adakah perlu untuk melafaz niat apabila ingin menyertu atau hanya cukup dengan lintasan di dalam hati sahaja?

๐Ÿ”ตBuat apa-apa pun sudah ada niat.

Situasi yang tiada niat adalah sebegini:
Ketika membasuh tangan tiba-tiba terfikir apakah yang sedang dilakukan oleh tangannya?

Keadaan ini barulah dipanggil tiada niat. Penyakit ini perlu dirawat.

27) Ketika jiran A sedang membasuh tahi dan kencing anjing, percikan air basuhan itu terkena pada pakaian jiran B yang sedang dijemur. Adakah perlu jiran B itu membasuh semula pakaiannya?

Jika jiran C terlihat dan mengetahui perkara tersebut, adakah dikira berdosa kerana tidak memberitahu jiran B?

๐Ÿ”ต
1. Jikalau pasti air najis yang terkena pada pakaian, maka harus dibasuh. Gunakan air dan sabun sahaja, tidak perlu disertu.

Orang kita ini perasaan was-wasnya kuat sangat. Walaupun tidak nampak perkara tersebut, mereka tetap mahu membasuhnya juga.

Kita hanya dipertanggungjawabkan dengan perkara najis yang jelas sahaja. Makanya was-was tidak dipakai dalam hal ini. Ianya menyusahkan hidup jika ada sikap begitu. Boleh ditimpa penyakit OCD lama-kelamaan.

OCD = Obsessive Compulsive Disorder

2. Jikalau jiran C nampak perkara tersebut, maka dia hendaklah memberitahu jiran B, tetapi jangan pula menambah kisah yang tidak benar

28) Apakah bekas untuk menghidangkan masakan daging babi atau anjing harus disertu?

๐Ÿ”ต Daging babi dan anjing adalah najis, maka bekas masakannya hendaklah dibersihkan tetapi tidak perlu disertu.

29) Saya ada melihat anjing berak dan kencing di koridor, kemudian jiran saya membasuh koridor itu dengan menggunakan sabun. Air percikan sabun itu mengenai pakaian. Adakah air percikan sabun itu menjadi najis?

๐Ÿ”ตJika sudah dibasuh dengan sabun, maka bersihlah najis anjing tersebut. Pada zaman Nabi, anjing keluar dan masuk ke dalam masjid tetapi tiada tindakan/suruhan untuk membasuhnya.

30) Adakah sah solat di kawasan yang menjadi laluan anjing dan terkena air liur anjing yang meleleh

๐Ÿ”ตAnjing keluar dan masuk di dalam masjid Nabi seperti disebut dalam hadith Riwayat โ€˜Abdullah ibn โ€˜Umar (yang menerangkan)

ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ุงู„ู’ูƒูู„ูŽุงุจู ุชูู‚ู’ุจูู„ู ูˆูŽุชูุฏู’ุจูุฑู ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู ูููŠ ุนูŽู‡ู’ุฏู ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒููˆู†ููˆุง ูŠูŽุฑูุดู‘ููˆู†ูŽ ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฐูŽู„ููƒูŽ

โ€œAnjing masuk dan keluar di masjid pada masa Rasulullah dan para sahabat tidak memercikkan air apa pun.โ€ [ Hadis Riwayat al-Bukhari dan Abu Daud ].

Lihatlah anjing keluar dan masuk masjid pada zaman Nabi dahulu dan Nabi tidak menyuruh untuk memagar masjid itu! Jika anjing menjilat bekas makanan kita dan kita hendak menggunakannya bekas itu lagi, maka kerana itulah bekas makanan perlu disertu. Sekiranya masih ada bekas lain, boleh sahaja dibuang bekas itu kerana bukan hendak dipakai kembali.

31) Manakah najis yang lebih berat di antara jilatan bekas makanan anjing atau babi?

๐Ÿ”ตNajis anjing lebih berat kerana perlu disertu.

32) Apakah dalil atau hujah yang tepat bagi menyokong pernyataan yang menyatakan bahawa anjing ini tidak boleh dijadikan haiwan peliharaan?

๐Ÿ”ตDalil di dalam lafaz yang mantuq tidak ada. Cuma ada hadith yang mengisyaratkan larangan membela anjing mengurangkan pahala.

ุนูŽุจู’ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ูŽ ุนูู…ูŽุฑูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู
ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ู…ูŽู†ู’ ุงู‚ู’ุชูŽู†ูŽู‰ ูƒูŽู„ู’ุจู‹ุง ุฅูู„ู‘ูŽุง ูƒูŽู„ู’ุจู‹ุง ุถูŽุงุฑููŠู‹ุง ู„ูุตูŽูŠู’ุฏู ุฃูŽูˆู’ ูƒูŽู„ู’ุจูŽ ู…ูŽุงุดููŠูŽุฉู ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽู†ู’ู‚ูุตู ู…ูู†ู’ ุฃูŽุฌู’ุฑูู‡ู ูƒูู„ู‘ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู ู‚ููŠุฑูŽุงุทูŽุงู†ู

Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Nabi โ€Ž๏ทบ bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.”
(Riwayat Al-Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940)

Hadith ini menjadi hujah larangan atau sekurang-kurangnya makruh membela anjing.

33) Apakah hukum membela anjing terbiar yang cacat?

๐Ÿ”ตBoleh membela anjing terbiar yang cacat, tetapi perlu tinggalkan di luar rumah sahaja. Jangan dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

๐Ÿ“Soalan Tambahan

1) Semasa kecil dahulu, saya diajarkan bahawa binatang yang akan masuk api neraka ialah anjing dan khinzir. Adakah benar dan kenapa?

๐Ÿ”ตItu adalah ilmu yang salah. Semua binatang akan menjadi tanah sahaja nanti. Tidak masuk syurga atau neraka.

2) Adakah haiwan akan berada di syurga nanti?

๐Ÿ”ตHaiwan tidak masuk syurga mahupun neraka.

3) Apakah hadith yang menyatakan pada zaman dahulu anjing diperintahkan untuk dibunuh kerana disebabkan bahayanya anjing?

๐Ÿ”ตJawapan

ุฌูŽุงุจูุฑูŽ ุจู’ู†ูŽ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽู‚ููˆู„ูุง ุฃูŽู…ูŽุฑูŽู†ูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุจูู‚ูŽุชู’ู„ู ุงู„ู’ูƒูู„ูŽุงุจู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ุฃูŽุฉูŽ ุชูŽู‚ู’ุฏูŽู…ู ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุจูŽุงุฏููŠูŽุฉู ุจููƒูŽู„ู’ุจูู‡ูŽุง ููŽู†ูŽู‚ู’ุชูู„ูู‡ู ุซูู…ู‘ูŽ ู†ูŽู‡ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุนูŽู†ู’ ู‚ูŽุชู’ู„ูู‡ูŽุง ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ุจูุงู„ู’ุฃูŽุณู’ูˆูŽุฏู ุงู„ู’ุจูŽู‡ููŠู…ู ุฐููŠ ุงู„ู†ู‘ูู‚ู’ุทูŽุชูŽูŠู’ู†ู ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ุดูŽูŠู’ุทูŽุงู†ูŒ

Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah โ€Ž๏ทบ memerintahkan kami supaya membunuh anjing, bahkan anjing milik seorang wanita badui yang selalu mengiringinya kami bunuh juga. Kemudian Nabi ๏ทบ melarang membunuh anjing seperti itu, namun beliau bersabda: “Bunuhlah anjing yang berwarna hitam dengan dua titik putih dikeningnya, karena anjing itu adalah jelmaan dari syaitan. [ Riwayat Muslim no 2938 ]

Daripada hadith sahih di atas ada tiga peringkat mengenai anjing pada awal Islam.

โ–ช๏ธPertama:
Apabila Nabi berhijrah ke Madinah, didapati orang arab Madinah membela anjing. Mereka mengikuti Yahudi yang membela anjing. Yahudi waktu itu kaya dan berjaya. Jadi orang arab waktu itu kaitkan kejayaan mereka dengan membela anjing. Mereka jadi terlebih hormat pula kepada anjing.

Maka Nabi mengarahkan supaya anjing dibunuh untuk menghilangkan salah faham mereka kepada anjing. Ini seumpama Yahudi disuruh menyembelih lembu untuk menghilangkan rasa hormat mereka pada lembu. Kisah ini dinukilkan dalam surah Al-Baqarah.

โ–ช๏ธKedua:
Kemudian, selepas hilang rasa hormat melampau mereka itu terhadap anjing. Maka pada peringkat ini, tidaklah disuruh membunuh semua anjing melainkan anjing jelmaan syaitan sahaja.

โ–ช๏ธKetiga:
Dan akhirnya pada peringkat ini, anjing dibiarkan sahaja. Maka kita sekarang pada peringkat ketiga. Jangan hendak menggunakan hadith-hadith pembunuhan anjing itu menyeksa atau membunuh anjing sesuka hati. Pada zaman itu ada keperluan tetapi pada zaman sekarang sudah tidak ada.

4) Kenapakah anjing boleh dibunuh berdasarkan hadith tersebut?

๐Ÿ”ตAnjing boleh dibunuh kerana ia adalah jelmaan syaitan. Nabi mengetahui perkara ini kerana baginda telah mendapat wahyu.

5) Adakah anjing tidak boleh dibunuh sesuka hati?

๐Ÿ”ตYa. Tidak boleh. Kecuali di atas sebab penyakit, gangguan ganas dan lain-lain.

6) Bagaimanakah hukumnya apabila orang di jabatan saya menangkap anjing dan membunuhnya menggunakan racun? Adakah dalil yang mengharuskan keadaan ini?

๐Ÿ”ตPerkara tersebut adalah bersebab. Mereka yang di dalam jabatan kerajaan melakukan sedemikian adalah kerana mengikut kepentingan negara dan masyarakat awam.

Jika ingin mengetahui dan mengeluarkan sesuatu hukum dari dalil, maka perlulah belajar hadith dahulu. Hal ini mempunyai beberapa peringkat.

**Seperti kata Imam al-Harmain (Abu Maโ€™ali al-Juwaini) menuturkan di dalam karyanya Nihayatul Mathlab fi Dirayatil Madzhab:

ูˆุงู„ูƒู„ุจ ุงู„ุฐูŠ ู„ุง ู…ู†ูุนุฉ ู„ู‡ุŒ ูˆู„ุง ุถุฑุงุฑ ู…ู†ู‡ ู„ุง ูŠุฌูˆุฒ ู‚ุชู„ู‡. ูˆู‚ุฏ ุฐูƒุฑู†ุง ุทุฑูุงู‹ ู…ู† ุฐู„ูƒ ู…ู‚ู†ุนุงู‹ ููŠ ุจุงุจ ุงู„ุตูŠูˆุฏ ู…ู† ุงู„ู…ู†ุงุณููƒ ุนู†ุฏ ุฐูƒุฑู†ุง ุงู„ููˆุงุณู‚ุŒ ูˆู‚ุฏ ุตุญ ุฃู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฃู…ุฑ ุจู‚ุชู„ ุงู„ูƒู„ุงุจ ู…ุฑุฉุŒ ุซู… ุตุญ ุฃู†ู‡ ู†ู‡ู‰ ุนู† ู‚ุชู„ู‡ุงุŒ ูˆุงุณุชู‚ุฑ ุนู„ูŠู‡ ุนู„ู‰ ุงู„ุชูุตูŠู„ ุงู„ุฐูŠ ุฐูƒุฑู†ุงู‡. ูˆุฃู…ุฑ ุจู‚ุชู„ ุงู„ูƒู„ุจ ุงู„ุฃุณูˆุฏ ุงู„ุจู‡ูŠู…. ูˆู‡ุฐุง ูƒุงู† ููŠ ุงู„ุงุจุชุฏุงุกุŒ ูˆู‡ูˆ ุงู„ุขู† ู…ู†ุณูˆุฎ

โ€œAnjing yang tidak boleh dimanfaatkan dan tidak pula membahayakan, tidak boleh dibunuh. Kami telah menjelaskan permasalahan ini dalam pembahasan โ€œPerburuan Pada Waktu Manasikโ€ ketika menyentuh berkenaan haiwan-haiwan fasik (berbahaya). Memang ada riwayat sahih yang menyatakan Nabi ๏ทบ memerintah membunuh anjing dan kemudian pada satu riwayat dikatakan Nabi ๏ทบ melarangnya. Penjelasan terperinci masalah ini sudah kami jelaskan. Sesungguhnya perintah Nabi untuk membunuh anjing hitam itu sudah di-nasakh (dihapus).โ€

7) Adakah anjing yang mempunyai penyakit anjing gila boleh dibunuh kerana ianya berbahaya kepada orang ramai dan boleh berjangkit ?

๐Ÿ”ตAnjing tersebut boleh dibunuh. Dikhuatiri anjing tersebut menggigit manusia dan menjangkiti mereka.

8) Adakah akan menjadi kecelaruan kepada anak-anak apabila diajarkan fiqh sunnah kerana berbeza dengan aliran yang diajarkan oleh guru di sekolah?

๐Ÿ”ตKita harus menerangkan kepada anak-anak tentang kepelbagaian pendapat di dalam fiqh. Kita ajarkan keluasan bidang fiqh.

Supaya sejak kecil lagi fikiran mereka sudah terbuka dan tidak terkongkong pada satu jenis pendapat sahaja.

Allahu a’lam.

1 KOMEN

  1. Adakah air liur anjing meleleh pada waktu tengah hari? Sebab masa di rumah pada waktu subuh saya dapati ada anjing berkumpul di bahagian depan rumah… Apabila saya pergi melihat saya
    Dapati ada air secara titik di kawasan lantai dan saya tidak pasti sama ada air liurnya atau tidak Adakah saya perlu sertu tapak kasut saya… Jika tidak di sertu ia menjadi kering adakah najis

Leave a Reply to BosakuCancel reply