Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 131.10.Hadith hadith seputar al-Mahdi: Hadith 3

131.10.Hadith hadith seputar al-Mahdi: Hadith 3

226
0
Iklan

HADITH 3

Ali bin Abi Thalib , amirul mukminin, ra
حدثنا فضل بن دكين ثنا ياسين العجلي عن إبراهيم بن محمد بن الحنفية عن أبيه عن على رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : المهدي منا أهل البيت يصلحه الله في ليلة
Telah menceritakan kepada kami Fadhl bin Dukain, telah menceritakan kepada kami Yaasin Al-‘Ijliy, dari Ibrahiim bin Muhammad bin Al-Hanafiyyah, dari ayahnya, dari ‘Ali ra, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw : “Al-Mahdi itu berasal dari keturunan kami, Ahlul-Bait. Allah akan memperbaikinya dalam satu malam”
[Diriwayatkan oleh Ahmad 1/84; Ahmad Syaakir (1/444) berkata : “Sanadnya shahih”] sahih di sisi mutaakhirin, antaranya ibn Hajar, Ahmad Syakir, al-Albani dan Bustawi dan mulla Ali al-Qari. Tahqiq al-Albanii
المَهْدِيُّ مِنَّا أهلَ البيتِ ، يُصْلِحُهُ اللهُ في لَيْلِه
الراوي : علي بن أبي طالب | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الصحيحة
الصفحة أو الرقم: 2371 | خلاصة حكم المحدث : صحيح بمجموع طرقه
Hukum: Sahih dengan pelbagai jalur riwayat.
Dhaif menurut mutaqaddimin, antaranya Imam Bukhari.

 

Syarah Mulla Ali al-Qari dalam Mirqah, 5:180:

1. al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah dari keturunan Ali dan Fatimah.
2. Akan tetapi ia bukanlah Imam ke-12 dalam akidah syi’ah.
3. Di perbaiki sifat dan ilmunya pada satu malam bermaksud inilah keajaiban al-Mahdi, di mana Allah menyempurnakan ilmu dan kepimpinannya dalam satu malam, atau waktu yang singkat.
4. Ini bukan bermakna al-Mahdi adalah orang yang tidak layak atau ahli maksiat, akan tetapi Allah mempersiapkannya dirinya untuk menjadi pemimpin dengan kun fayakun (cepat sekali).
5. al-Mahdi adalah seseorang yang tidak ada ambisi khalifah, tidak mengetahui dia adalah al-Mahdi, dia tidak memiliki sifat pemimpin, hinggalah secara tiba-tiba dia disempurnakan dan di bai’ah.

Komen dan Soalan