Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 131.10 Hadith-hadith seputar al-Mahdi : Hadith 4

131.10 Hadith-hadith seputar al-Mahdi : Hadith 4

25
0

HADIS 4

Hadith Ummu Salamah

عن أم سلمه- رضي الله عنها -أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«المهدي من عترتي من ولد فاطمة>

“Al-Mahdi adalah dari Ahli Baitku, dari keturunan Fatimah” (Sunan Abi Daud (XI/373 dan Sunan Ibni Majah (II/1368). Al-Albani berkata dalam Sahiihul Jaami’, “Sahih” (VI/22, no. 6610))
Tahqiq Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rhm
:
المهديُّ من عِتْرتي من ولدِ فاطمةَ
الراوي : أم سلمة هند بنت أبي أمية | المحدث : ابن تيمية | المصدر : منهاج السنة
الصفحة أو الرقم: 8/255 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Minhaj as-sunnah, 8:255, sahih.
Juga sahih di sisi Ibn katsier dan Ibn Hajar.
Dhaif di sisi mutaqaddimin, antaranya al-Bukhari dan al-Uqaili. Kata Imam Bukhari dalam tarikh al-Kabeer, dalam sanadnya kena dihalusi lagi.

حديث (( المهدي من ولد فاطمة ))
قال البخاري في التاريخ الكبير (( في إسناده نظر ))

Kosa kata:

<من عترتي»:اي من آل بيتي وذريتي
«من ولد فاطمة»:أي من نسل فاطمة رضي الله عنها

” Min ‘Itriti” =

Dari keturunanku, maksudnya al-Mahdi akhir zaman adalah keturunan Nabi saw, ahlul bait dan zuriat baginda.

“min waladi Fathimah”=

Dari keturunan Fatimah binti Muhammad ra

Petanda mengenali siapa al-Mahdi ialah dua, keturunan Nabi saw dan khusus dari jalan Fatimah dan Ali ra. Maka al Mahdi yang muncul, kita kena periksa nasab beliau terlebih dahulu.

Komen dan Soalan