Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 131.10 Hadith-hadith seputar al-Mahdi : Hadith 2

131.10 Hadith-hadith seputar al-Mahdi : Hadith 2

43
0

HADITH 2

Abu Sa’id al-Khudry ra

/ وعنه رضي الله عنه أن النبي صلى اله عليه وسام قال:«أبشركم بالنهدي يبعث على اختلاف من الناس وزلازل فيملأ الأرض قسطا وعدلا كما ملأت جورا وظلما يرضى عنه سكن السماء وساكن الأرض يقسم المال صحاحا»فقال له رجلا:ما صحاحا؟ قال:«بالسوية بين الناس»قال ويملأ الله قلوب أمة محمد عدله حتى يأمر منادي فينادي :ائت السدان –يعني الخازن– فقل له :إن المهدي يأمرك أن تعطيني مالا فيقول له:احث حتى إذا حجزه وأبرزه :ندم فيقول:كنت أشجع أمة محمد نفسا أو عجز عني ما وسعهم ؟!قال :فيرده فلا يقبل منه فيقال له:غنا لا نأخذ شيئا أعطيناه فيكون سبع سنين أو تسع سنين ثم لا خير في العيش بعده –أو قال:ثم لا خير في الحياة بعده-» المسند(3/37) ورجاله ثقات وانظر مجمع الزوائد(7/313-314)

Terj: “Aku berikan khabar gembira dengan kedatangan al-Mahdi, yang diutus ketika banyaknya perselisihan di antara manusia dan banyaknya kegoncangan. Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kekejaman dan kezaliman. Penduduk langit dan penduduk bumi meredhainya, dia akan membahagikan harta dengan cara shihahan. Dan berkata seorang lelaki: “Apakah shihah itu”. Beliau menjawab: “Dengan tersebar secara adil dikalangan manusia”
Dan Allah memenuhi hati umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan kekayaan (rasa cukup), meliputi mereka dengan keadilannya, sehingga dia memerintahkan seorang penyeru, maka penyeru itu berkata, ‘Siapakah yang memerlukan harta?’ Lalu tidak ada seorang pun berdiri kecuali satu orang dan orang itu berkata: “Saya”. Dia (al-Mahdi) berkata: ‘Pergilah bertemu penjaga (gudang harta) dan katakan kepadanya, Sesungguhnya al-Mahdi memerintahkanmu untuk memberikan harta kepadaku’. Kemudian dia (penjaga gudang harta) berkata kepadanya, ‘Ambillah sedikit’, Sehingga ketika dia telah menyimpan dipangkuannya dan menampakkannya, dia menyesal dan berkata: ‘Aku adalah umat Muhammad yang jiwanya paling rakus, atau aku tidak mampu mencapai apa yang mereka capai”

Beliau berkata, ‘Lalu dia mengembalikannya dan harta itu tidak diterima, maka para penjaga gudang harta berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya kami tidak menerima apa-apa yang telah kami diberikan’. Demikianlah akan terus berlaku selama tujuh tahun atau lapan tahun atau sembilan tahun, kemudian tidak ada lagi kehidupan yang baik setelah itu” Atau beliau berkata: “Kemudian tidak ada lagi hidup yang baik setelahnya”

لراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 7/316 | خلاصة حكم المحدث : رجاله ثقات

HR Ahmad, Musnad, 3:37, di nilai sahih sanadnya oleh al-haithami, Majma’ 7:316

Komen dan Soalan