Utama Ahli Berdaftar 📖 MOHON SOKONGAN DANA: Cetakan Kedua Buku Rujukan Ringkas Untuk Mualaf

📖 MOHON SOKONGAN DANA: Cetakan Kedua Buku Rujukan Ringkas Untuk Mualaf

13
0
Iklan

 

📖 MOHON SOKONGAN DANA

🤲 CETAKAN KEDUA BUKU RUJUKAN RINGKAS UNTUK MUALAF

“Sebarkan ilmu, luaskan manfaat.”

Pada November 2023, sebanyak 500 naskhah buku Rujukan Ringkas Untuk Mualaf telah dicetak menggunakan dana sendiri dan  disumbang/infaq kepada individu, surau dan NGO.

Alhamdulillah, buku ini telah diagihkan sebagai bahan rujukan asas kepada masyarakat, khususnya saudara baharu, dalam usaha membantu mereka memahami asas-asas agama Islam dengan lebih mudah.

Kini, usaha ini ingin diteruskan melalui cetakan kedua, agar perkongsian ilmu dan manfaat buku ini dapat diperluaskan kepada lebih ramai saudara baharu dan masyarakat yang memerlukannya.

📚 MAKLUMAT BUKU

Tajuk: Rujukan Ringkas Untuk Mualaf
Edisi: Bahasa Melayu Sarawak
Cetakan pertama: November 2023
ISBN: 978-629-98546-0-9
Hak cipta: © Sapuan Bin Mazlan @ Abu Zahra

✍️ PENYUMBANG CETAKAN PERTAMA

Penulis: Sapuan Mazlan @ Abu Zahra
Penyemak: Ustaz Mohd Al-Walid Junaidi
Penyunting: Ustaz Mohd Al-Walid Junaidi

🏢 MAKLUMAT PENERBIT

Diterbitkan oleh:
Sapuan Bin Mazlan
Sibu, Sarawak

📧 [email protected]
🇲🇾 Dicetak di Malaysia

👤 TENTANG PENULIS

Sapuan bin Mazlan dilahirkan di Sibu, Sarawak pada Julai 1989. Beliau telah berkhidmat dalam sektor perbankan Islam selama lebih 16 tahun, khususnya dalam bidang pembiayaan dan perkhidmatan pelanggan.

Beliau merupakan graduan Diploma Eksekutif Pengajian Syariah, Universiti Malaya (2025) dan kini berada pada tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau aktif dalam penulisan dan perkongsian ilmu melalui media sosial, khususnya berkaitan pengajian Islam, kehidupan bermasyarakat serta penggunaan bahasa Melayu Sarawak sebagai medium penyampaian ilmu.

Antara hasil penulisan beliau ialah karya terjemahan dan alih bahasa ke dalam bahasa Melayu Sarawak, Zikir Selepas Solat: Antara Sunnah dan Bidaah, yang diadaptasi daripada karya asal Kapten Hafiz Firdaus Abdullah.

Buku Rujukan Ringkas Untuk Mualaf pula diusahakan sebagai bahan bacaan asas berkaitan agama Islam yang mudah difahami dan dekat dengan keperluan saudara baharu.

🤲 JOM SAMA-SAMA HIDUPKAN USAHA INI

Sumbangan anda, walaupun kecil, boleh membantu menjayakan cetakan kedua dan membuka peluang untuk lebih ramai masyarakat mendapatkan bahan rujukan Islam dalam bahasa yang mudah difahami.

💳 AKAUN SUMBANGAN

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
🏦 Maybank
No. Akaun: 562058070928

📌 Setiap sumbangan akan membantu usaha penerbitan dan penyebaran ilmu kepada masyarakat.

Semoga setiap naskhah yang dibaca, difahami dan diamalkan menjadi amal jariah buat semua yang menyumbang dan terlibat dalam usaha ini.

“Ilmu yang dikongsi, manfaatnya berpanjangan.” 🤲📖

#RujukanRingkasUntukMualaf
#CetakanKedua
#PersatuanUkhuwahTeguhMalaysia
#InfaqIlmu
#SebarkanIlmu
#Dakwah
#BahasaMelayuSarawak
#SaudaraBaharu

Komen dan Soalan