Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Doa Tengah Malam, Allah Menolong Islam Dengan Orang Berdosa

Doa Tengah Malam, Allah Menolong Islam Dengan Orang Berdosa

1628
0
Iklan

1. Bila terjaga di malam hari.
Jika seseorang tiba-tiba terjaga di pertengahan malam, sebelum dia menyambung tidurnya semula, alangkah baiknya dia berzikir sedikit dan berdoa kerana ia adalah waktu yang mustajab. Dari ‘Ubadah bin Shamit ra, dari Rasulullah saw, beliau bersabda,

مَن تَعارَّ من الليل فقال: لا إله إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ ولهُ الْحَمْدُ وهُوَ على كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، الحمدُ للهِ، وسبحانَ اللهِ، ولا إله إلا اللهُ، واللهُ أَكْبَرُ، ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللهِ، ثم قال: اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي – أو دعا – استُجِيبَ له، فإنْ توضأ وصلى قُبِلتْ صلاتُه

“Barang siapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca (zikir tersebut di atas):
Segala puji bagi Allah Tiada sembahan yang benar kecuali Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia maha mampu atas segala sesuatu, segala puji bagi Allah, maha suci Allah, tiada sembahan yang benar kecuali Allah, Allah maha besar, serta tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah, kemudian dia mengucapkan:

اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي

“Ya Allah, ampunilah (dosa-dosa)ku“, atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya” [Al-Bukhari: 1103, Abu Dawud: 5060, At-Tirmizi: 3414 dan Ibnu Majah: 3878]
Fiqh hadis:
1. Jika terjaga dari tidur dipertengahan malam maka janganlah dia kembali tidur tanpa berzikir dahulu.
2. Jika sudah sepertiga akhir malam, lebih baik dia solat tahajjud/witr.

2. Bolehkah berikan hadis-hadis yang lebih kurang begini,
“Allah membantu agama ini dengan lelaki yang jahat”.

وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ

“Allah boleh jadi menolong agama ini melalui seorang yang berdosa (lelaki kejam)”. [Bukhari: 2834]
Contoh:
Akhirnya raja-raja Mongol memeluk Islam dan menguatkan Islam. Maksudnya, kepimpinanan atau orang yang memimpin kerajaaan Islam ini, tidak semestinya orang yang baik, orang yang kejam pun boleh menguatkan kerajaan Islam. Kepimpinan yang penting. Berkata Imam Ibn Taimiyah rh, maksiat itu bersifat peribadi, manakala kepimpinan yang kuat akan menguatkan umat dan agama.”

3. Raja-raja Mongol masuk Islam ini selepas pembunuhan yang menyebabkan sungai bertukar warna merah itu adakah berkait dengan hadis ini?
Ya, asalnya mereka “barbarian” (tidak bertamadun). Selepas menghancurkan empayar Islam, mereka melakukan kerosakan di atas muka bumi dan melakukan pembunuhan yang tidak pernah disaksikan oleh manusia. Mereka membakar dan membuang kitab-kitab dan manuskrip.

Komen dan Soalan