Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Tempat di akhir hayat, Makanan Sembelihan Syiah, Menghindari Fitnah

Tempat di akhir hayat, Makanan Sembelihan Syiah, Menghindari Fitnah

361
0
Iklan

1. Apakah status hadis ini?
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. [Abu Daud dan Tirmizi]

– ” يقال لصاحب القرآن : اقرأ و ارتق و رتل كما كنت ترتل في الدنيا ، فإن منزلتك
عند آخر آية ( كنت ) تقرأ بها ” .
قال الألباني في ” السلسلة الصحيحة ” 5 / 281 :
أخرجه أبو داود ( 1464 ) و الترمذي ( 2915 ) و ابن حبان ( 1790
حكم المرفوع ، و قال الترمذي : ” حديث حسن صحيح ” . و قال الذهبي : ” صحيح “

Penilaian Imam Tirmizi, Hasan Sahih, kata Zahabi, Sahih.

2. Bolehkah kita makan binatang yang disembelih orang Syiah?
Boleh, sebab dia pun orang Islam juga. Jika ahlil kitab pun boleh makan sembelihan mereka, maka apatah lagi orang Islam.

الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَهُمْ

“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al-Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka.” [Al-Maidah: 5]

3. Adakah hadis yang menyebut supaya menjauhi fitnah? Bolehkah dikongsi matannya?

صحيح البخاري ٣٠٥٥: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبِي أُوَيْسٍ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي صَعْصَعَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكَ أَنْ يَكُونَ خَيْرَ مَالِ الرَّجُلِ غَنَمٌ يَتْبَعُ بِهَا شَعَفَ الْجِبَالِ وَمَوَاقِعَ الْقَطْرِ يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنْ الْفِتَنِ

Terjemahan:
Telah bercerita kepada kami Isma’il bin Abi Uwais berkata telah bercerita kepadaku Malik dari ‘Abdur Rahman bin ‘Abdullah bin ‘Abdur Rahman bin Abi Sha’sha’ah dari bapaknya dari Abu Said Al Khudri ra berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba masa yang ketika itu harta seseorang yang paling baik adalah kambing yang digembalakannya menyusuri perbukitan dan lembah-lembah tempat turunnya air hujan kerana dia lari menyelamatkan agamanya untuk menghindari fitnah (krisis agama) “. [Bukhari: 3055]

Komen dan Soalan