Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Fiqh Solat Tarawih

Fiqh Solat Tarawih

290
0
Iklan

1. Berapakah rakaat tarawih sebenarnya mengikut sunnah nabi SAW dan apakah dalilnya? Solat witir yang sebaiknya selepas tarawih ada berapa rakaat?
1. Sunnah Nabi SAW, 8 rakaat. Sunnah Umar juga 8. Bila tiba zaman mazhab, menjadi 20 sebab utama 8 rakaat zaman salaf adalah terlalu lama dan umat zaman dahulu kuat. Tiba zaman mazhab, umat tidak lagi kuat, mereka memendekkan rakaat dan menambah rakaat menjadi 20 supaya lebih rehat. Itu maksud tarawih. Lenguh menjadi punca diubah dari 8 kepada 20. Di Masjidil Haram, tradisi 20 diteruskan hingga kini. Jika anda umrah Ramadan, ia dilaksanakan 20 rakaat.
2. Witir Ramadan, 3 rakaat seperti yang dilakukan oleh Imam sekarang.

2. Semasa Umar ra memerintah, Umar ra telah menghimpunkan orang ramai supaya mendirikan solat sunat tarawih secara berjemaah tetapi rakaatnya tetap 8 rakaat bukan 20 rakaat. Benarkah begitu?
Ada dua versi mengenai solat tarawih di zaman Umar Al-Khattab ra. Dalam Muwatta Malik, dinyatakan Umar melakukan 8 rakaat sebagaimana asal di zaman Nabi SAW dan Abu Bakar ra. Dalam riwayat Baihaqi, Umar memerintahkan dilakukan 20 rakaat.
Kedua versi ini sahih. Maka dikompromikan keduanya sahih dan boleh dilakukan 8 rakaat atau 20 rakaat dengan kualiti solat yang sama, yakni, habis serentak. Masjid yang buat 8 rakaat habis jam 11 malam, masjid yang buat 20 rakaat pun habis jam 11 malam juga.
Perlu dilakukan seperti itu kalau kita hendak kompromi dua riwayat Umar tersebut.
Nota Tambahan:
~Secara umum, empat mazhab memang lakukan 20 rakaat. Terbukti, kerajaan Saudi mengekalkan format 20 rakaat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram Makkah, 20 rakaat.
~8 rakaat pula adalah pendapat Muhaqqiqin, seperti Ibnu Taymiyah rh dalam Fatawa al Kubra.
Asalnya pada zaman nabi SAW, cuma 8 rakaat dengan panjangnya bacaan. Umar ra yang menjadikan 20 rakaat untuk menghilangkan lenguh dengan banyakkan rakaat, kemudian penduduk Madinah menambah 36 rakaat.
~Pendapat yang sahih ia tidak ditentukan jumlah rakaat.
~Muhaqqiq lain seperti Al Syun’ani, Al-Albani, Al-Mubarakfuri, dibolehkan 8 rakaat.
~Bila empat mazhab ittifak, bersetuju dengan 20 rakaat, bukanlah maksudnya ia wajib dilakukan 20 rakaat.
Cuma sebagai makmum, jika masjid melakukan solat tarawikh 20 rakaat, kena ikutilah tanda kerjasama dan muafakat.
~Jika masjid buat 8 rakaat, maka ikutlah sampai witir dan balik kerumah buat lagi setakat yang mampu dilakukan sebab salafussoleh lakukan 20 rakaat, 36 rakaat dan 40 rakaat.
Rumusan:
1. Asal 8 rakaat.
Ia tidak muktamad, zaman Nabi SAW dan Abu Bakar ra tiada solat berjamaah, maka ikut hadis Bukhari Muslim, memang Nabi SAW lakukan 8 rakaat.
2. Umar al Khattab ra lakukan 8 rakaat atau 20 rakaat, keduanya sahih, tetapi lebih banyak riwayat atsar kata 20 rakaat.
3. 4 mazhab menetapkan 20 rakaat.
4. Masjidil Haram kiblat umat Islam di bawah Hanbali Saudi, lakukan 20 rakaat.
5. Muhaqiqiqin seperti Al-Albani, Al-Syun’ani, Al-Mubarakfuri, Ibn Taimiyah berhujah 8 rakaat yang asal.
6. Perlu dan yang kurang diberi perhatian ialah kualiti solat. Bacaan kena panjang, ada rehat, tanpa selawat, doa jamaiy dan menjerit-jerit antara dua rakaat.
Masjid yang lakukan 8 rakaat perlu bacaan yang panjang dan sepatutnya habis solat hampir sama dengan masjid yang lakukan 20 rakaat.
Lakukan 8 rakaat bukan alasan untuk balik awal kerumah dan menonton televisyen.
Muktamad:
Tiada batas minima dan maksima. Sebagai makmum, kena ikuti masjid dan ahli kariah. Jika mereka lakukan 20 rakaat, maka lakukan 20 rakaat.

Komen dan Soalan