Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Surah al-Maidah: 44 Kitab Wahyu daripada Allah

Surah al-Maidah: 44 Kitab Wahyu daripada Allah

667
0
Iklan

Tafsir Surah Al-Maidah,ayat Ke-44

إِنَّا أَنْزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ ۚ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ ۚ فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintah-Ku); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. [Al-Maidah: 44]

Ayat ini berkenaan petunjuk yang sudah diturunkan dalam kitab-kitab wahyu Allah SWT.

Bab 1.
Kamilah yang menurunkan Taurat, didalamnya ada hudan, petunjuk, sekiranya kamu belajar.

Bab 2.
Dan cahaya, panduan hidup, di dunia dan di Akhirat jika petunjuk itu kamu amalkan kepada diri sendiri dan sebar kepada orang lain.

Bab 3.
Berhukumlah dengan kitab Taurat atas hukum-hukum kehidupan di dunia iaitu fiqh dan amalan soleh. Sepertimana berhukumnya para-para nabi yang berserah diri pada Allah SWT iaitu yang mentauhidkan Allah SWT sahaja.

Bab 4.
Juga bagi ulama-ulama dan orang-orang soleh daripada orang-orang beragama Yahudi dan pendita-penditanya iaitu orang-orang abid, ahli ibadat kerana mereka telah menjaga amanah kitab Taurat serta menjaga hukum-hukum yang ada didalamnya.

Bab 5.
Dan mereka pula menjadi saksi pada kitab Taurat iaitu mereka membenarkan isi kandungan Taurat dengan menjaga dan mengamalkan tafsir Taurat itu.

Bab 6.
Oleh kerana kamu tahu perintah-perintah yang ada didalamnya adalah daripada Allah SWT, maka janganlah kamu takut kepada manusia untuk beritahu tentang tauhid dan syirik, amal soleh dan bid’ah kepada manusia tetapi takutlah kamu kepada Aku sahaja dengan menjaga kemurnian isi kandungan Taurat sambil sampaikan kepada orang lain.

Bab 7.
Jangan pula kamu jual ayat-ayat-Ku dengan upah yang sedikit serta jangan pula kamu mengajar untuk dapat duit di mana lama-kelamaan kamu akan menyelewengkan maksud Taurat kerana takut orang tidak beri upah.

Bab 8.
Barang siapa yang tidak berhukum dengan wahyu yang telah diwahyukan oleh Allah SWT, maka mereka inilah orang-orang yang kafir sebenarnya. Kalau kitab itu Al-Quran pun, sama tafsirnya, dan memang ada ayat seperti ini dalam Al-Quran. Ini adalah ayat amaran kepada ulama-ulama yang tahu tentang tafsir Al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Namun begitu tersangat sedikit saja yang sanggup mengamalkannya.

Soalan: Ada orang guna ayat itu sebagai dalil untuk mengkafirkan orang-orang yang tidak berhukum dengan hukum Allah SWT. Bolehkah begitu?

Jawapan: Memang orang yang tidak berhukum dengan hukum Allah itu kafir tetapi mereka sendiri biasanya tidak tahu tentang ayat di atas.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan