Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Thaif, Syurga dan Doa

Thaif, Syurga dan Doa

406
0
Iklan

1. Soalan

Nabi SAW tidak pernah berdoa supaya Allah menurunkan azab pada kaumnya. Contohnya, masa peristiwa di Thaif, Nabi SAW cuma berdoa supaya kaumnya diThaif akan menjadi kaum yang meninggikan syariat Islam di Thaif. Ada dalilkah yang doa Nabi SAW untuk kaumnya diThaif?

1. Jawapan

Takhrij:
Perawi: ‘Aisyah RA pernah bertanya Nabi SAW:

هَلْ أَتَى عَلَيْكَ يَوْمٌ كَانَ أَشَدَّ عَلَيْكَ مِنْ يَوْمِ أُحُدٍ قَالَ لَقَدْ لَقِيتُ مِنْ قَوْمِكِ مَا لَقِيتُ وَكَانَ أَشَدَّ مَا لَقِيتُ مِنْهُمْ يَوْمَ الْعَقَبَةِ إِذْ عَرَضْتُ نَفْسِي عَلَى ابْنِ عَبْدِ يَالِيلَ بْنِ عَبْدِ كُلَالٍ فَلَمْ يُجِبْنِي إِلَى مَا أَرَدْتُ فَانْطَلَقْتُ وَأَنَا مَهْمُومٌ عَلَى وَجْهِي فَلَمْ أَسْتَفِقْ إِلَّا وَأَنَا بِقَرْنِ الثَّعَالِبِ فَرَفَعْتُ رَأْسِي فَإِذَا أَنَا بِسَحَابَةٍ قَدْ أَظَلَّتْنِي فَنَظَرْتُ فَإِذَا فِيهَا جِبْرِيلُ فَنَادَانِي فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ سَمِعَ قَوْلَ قَوْمِكَ لَكَ وَمَا رَدُّوا عَلَيْكَ وَقَدْ بَعَثَ إِلَيْكَ مَلَكَ الْجِبَالِ لِتَأْمُرَهُ بِمَا شِئْتَ فِيهِمْ فَنَادَانِي مَلَكُ الْجِبَالِ فَسَلَّمَ عَلَيَّ ثُمَّ قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنْ شِئْتَ أَنْ أُطْبِقَ عَلَيْهِمْ الْأَخْشَبَيْنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلْ أَرْجُو أَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ مِنْ أَصْلَابِهِمْ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ وَحْدَهُ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا

“Adakah pernah engkau lalui satu hari yang lebih berat dibandingkan dengan saat perang Uhud?” Nabi SAWbersabda: “Aku telah mengalami penderitaan dari kaummu. Penderitaan paling berat yang aku rasakan, yaitu saat ‘Aqabah, saat aku menawarkan diri kepada Ibnu ‘Abdi Yalîl bin Abdi Kulal, tetapi ia tidak memenuhi permintaanku. Aku pun pergi dengan wajah bersedih. Aku tidak menyedari diri kecuali ketika di Qarnust-Tsa’aalib, lalu aku angkat kepalaku. Tiba-tiba aku berada di bawah awan yang sedang menaungiku. Aku perhatikan awan itu, ternyata ada Malaikat Jibril AS, lalu ia memanggilku dan berseru: “Sesungguhnya Allah SWT telah mendengar perkataan kaummu kepadamu dan penolakan mereka terhadapmu. Dan Allah SWT telah mengirimkan malaikat penjaga gunung untuk engkau perintahkan melakukan apa saja yang engkau mahu atas mereka.’ Malaikat (penjaga) gunung memanggilku, mengucapkan salam lalu berkata: ‘Wahai Muhammad! Jika engkau mahu, aku bolehmenimpakan Akhsabain (dua gunung tertinggi di Mekah)’.”
Lalu Rasulullah SAW menjawab: “(Tidak) namun aku berharap supaya Allah SWT melahirkan dari anak keturunan mereka orang yang beribadah kepada Allah semata-mata, tidak mempersekutukan-Nya dengan apapun jua.” [Al-Bukharidan Muslim]

 

2. Soalan

Sahihkah hadis di bawah ini?
Rasulullah SAW bersabda:
“Di Syurga tidak ada malam. Di sana ada sinar dan cahaya. Pagi menghantarkan mereka pada keadaan santai dan santai menghantarkan mereka pada pagi. Lalu, akan datang pada mereka saat-saat untuk solat. Pada saat itulah mereka menunaikan solat. Para malaikat pun mengucapkan salam kepada mereka.” [Ibnul Mubarak, dalam Zawa-id Az Zuhd]

2. Jawapan

Takhrij:

وأخرج الحكيم الترمذي في «نوادر الأصول» من طريق أبان عن الحسن . وأبي قلابة قالا : ” جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله هل في الجنة من ليل؟ قال : وما هيجك على هذا؟ قال : سمعت الله تعالى يذكر في الكتاب { وَلَهُمْ رِزْقُهُمْ فِيهَا بُكْرَةً وَعَشِيّاً } فقلت : الليلة من البكرة والعشي فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ليس هناك ليل وإنما هو ضوء ونور يرد الغدو على الرواح والرواح على الغدو وتأتيهم طرف الهدايا من الله تعالى لمواقيت الصلاة التي كانوا يصلون فيها في الدنيا وتسلم عليهم الملائكة عليهم السلام “

Abu Abdillah Tirmizi dalam Nawadirul Ushul menyebutkan sebuah hadis dari Aaban dari Hasan dan Abu Qilabah bahawa seseorang berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, apakah di Syurga ada malam?” Rasulullah SAW menjawab, “Apa yang telah kamu siapkan untuk itu?” Orang itu menjawab, “Aku mendengar Allah berfirman, “Dan di dalamnya bagi mereka ada rezeki pagi dan petang (Maryam 62), aku (perawi hadis) berkata, “Malam itu waktu antara pagi dan petang.” Rasulullah SAW bersabda, “Di Syurga tidak ada malam. Di sana ada sinar dan cahaya. Pagi menghantarkan mereka pada keadaan santai dan santai menghantarkan mereka pada pagi. Lalu, akan datang pada mereka saat-saat untuk solat. Pada saat itulah mereka menunaikan solat. Para malaikat pun mengucapkan salam kepada mereka. [Ibnul Mubarak, dalam Zawa-id Az Zuhd]
Tahqiq multaqa ahlil hadis:

فمرسل ضعيف، وأبان فيه كلام معروف

Status Hadis:
Hadis mursal kerana perawi Aaban.
Mursal ini daif, juga Hakim Tirmizi itu (yang mengeluarkan hadis ini) bukan Imam Abu Isa Tirmizi, melainkan seorang ahli sufi.

 

3. Soalan

Mohon takhrij hadis ini:

3. Jawapan
Hadis Uthman bin Hunaif,

رجلًا ضريرَ البَصرِ أتى النَّبيَّ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ فقالَ : ادعُ اللَّهَ أن يعافيَني قالَ : إن شئتَ دعوتُ ، وإن شِئتَ صبرتَ فَهوَ خيرٌ لَكَ . قالَ : فادعُهْ ، قالَ : فأمرَهُ أن يتوضَّأَ فيُحْسِنَ وضوءَهُ ويدعوَ بِهَذا الدُّعاءِ : اللَّهمَّ إنِّي أسألُكَ وأتوجَّهُ إليكَ بنبيِّكَ محمَّدٍ نبيِّ الرَّحمةِ ، إنِّي توجَّهتُ بِكَ إلى ربِّي في حاجَتي هذِهِ لتقضى ليَ ، اللَّهمَّ فشفِّعهُ فيَّ

الراوي : عثمان بن حنيف | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 3578 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Terjemahan:
Dari Utsman bin Hunaif, bahawa seorang lelaki buta mendatangi Nabi SAW, lalu berkata, “Berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkanku.” Beliau bersabda, “Jika engkau mahu, aku akan berdoa, tetapi jika engkau mahu bersabar, itu lebih baik bagimu.” Lelaki tadi berkata, “Doakanlah kepada-Nya.” Maka beliau memerintahkannya untuk berwudhu’ dengan membaguskan wudhu’nya, (pada riwayat lain: lalu solat dua raka’at), lalu berdoa dengan doa ini, “Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dan aku menghadap-Mu dengan Nabi-Mu, Muhammad, Nabi pembawa rahmat. Sesungguhnya aku menghadap Rabbku denganmu (NabiMuhammad) di dalam keperluankuini, agar dipenuhi untukku. Wahai Allah, oleh kerana itu terimalah permintaan beliau (Nabi Muhammad) untukku. (pada riwayat lain: maka lelaki tadi lalu melaksanakan, kemudian dia sembuh).” [At-Tirmizi: 3578, Syeikh Al-Albani mensahihkannya]

Fiqh hadis:
Boleh meminta orang soleh berdoa untuk kita.

Komen dan Soalan