Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Redha Dunia

Redha Dunia

317
0
Iklan

Redha Dunia

Hari ini kita akan membincangkan mengenai bab orang-orang yang redha hidup di dunia. Siapakah mereka?

إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ

Bab 1
Sungguh-sungguhlah orang yang tidak berharap hendak berjumpa dengan Kami.

Bab 2
Dan mereka redha hidup di dunia malah berpuashati dengan kehidupannya di dunia.

Bab 3
Dan orang-orang yang tidak mengendahkan ayat-ayat Kami (dengan lalai leka, tidak peduli, buat tidak tahu) [Yunus: 7]

Tafsir

Bab 1
Apa maksud orang-orang yang tidak berharap hendak berjumpa dengan Allah SWT? Merekalah orang-orang terhadap Tuhan yang menciptanya, mereka rasa tidak penting. Oleh itu Allah SWT tidak suka pada mereka dan tidak mahu berjumpa dengan mereka di Akhirat. Lalu Allah SWT campak ke dalam hati mereka, perasaan tidak mahu berjumpa dengan Allah SWT.

Bab 2
Mereka ini redha dan berpuashati dengan hidup di dunia. Segala apa yang Allah SWT telah berikan kepada mereka sebagai ujian, mereka anggap macam hasil usaha mereka sendiri iaitu hasil daripada kedudukan mereka. Kehidupan mereka berkisar dalam menguruskan kehidupan mereka sahaja. Tidak peduli untuk tolong orang lain atau tidak peduli hendak tahu apa yang Allah SWT dan Rasul-Nya perintahkan pada mereka.

Bab 3
Mereka terhadap ayat-ayat Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, mereka tidak hendak tahu pun, mereka tidak peduli, mereka rasa tidak penting. Yang penting ialah perniagaan mereka, anak-anak isteri mereka.

وَلَوْ يُعَجِّلُ اللَّهُ لِلنَّاسِ الشَّرَّ اسْتِعْجَالَهُمْ بِالْخَيْرِ لَقُضِيَ إِلَيْهِمْ أَجَلُهُمْ ۖ فَنَذَرُ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

Dan kalaulah Allah SWT segerakan (kepada manusia yang cuai dalam agamanya ) dengan suatu bala musibah; mereka akan segera meminta kebaikan. Iaitu bila Allah SWT berinya sakit, mereka segera minta sembuh. Bila Allah SWT berinya masalah dalam perniagaan, mereka segera minta dipulihkan segera masalah itu. Kalau begitu telah selesai ajal mereka.

Maksudnya:
Tujuan diberi ujian adalah supaya mereka kembali bertaubat pada Allah SWT. Jadinya kalau diuji, Allah SWT segera selesaikan masalah itu, maka tidak perlu diujilah orang itu.

Maka berilah peringatan pada orang-orang yang tidak simpan harapan hendak berjumpa dengan Allah SWT Tuhan mereka; yang berada dalam kesesatan tauhid dan buta hati terhadap Al-Quran dan Hadis. [Yunus: 11]

Yang bermaksud ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang tidak peduli pada Al-Quran dan Hadis. Oleh sebab itu berilah peringatan-peringatan pada mereka tentang Al-Quran dan hadis, supaya mereka insaf.

Tahu atau tidak, jika mereka ditabligh untuk belajar tafsir dan hadis; apa yang mereka akan jawab? Meraka akan ejek-ejek. Tahukah apa yang mereka ejek itu, ada Allah SWT beri jawapannya dalam Al-Quran:

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ ۙ قَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا ائْتِ بِقُرْآنٍ غَيْرِ هَٰذَا أَوْ بَدِّلْهُ ۚ قُلْ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أُبَدِّلَهُ مِنْ تِلْقَاءِ نَفْسِي ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ ۖ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, iaitu bila ditabligh pada mereka dengan ayat-ayat Al-Quran, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): “Bawalah Al-Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia.”

Maksudnya, mereka berkata bahawa kita tafsir Al-Quran itu salah. Maka bawalah ayat lain atau bawalah kitab-kitab tok-tok guru tulis. Mereka tidak mahu Al-Quran.

Katakanlah : “Aku tidak berhak menukarkan tafsir Al-Quran dengan fikiranku atau nafsuku atau kemahuanku sendiri, iaitu jika aku tafsir salah aku akan dihadapkan kepada Tuhanku. Aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja iaitu, aku tafsir dengan cara aku belajar. Sesungguhnya aku takut, jika aku tafsir ikut nafsu aku; aku akan derhaka kepada Tuhanku, jika begitu, aku akan diazab hari yang besar, di Akhirat kelak.” [Yunus: 15]

Ayat berikut ini adalah huraian kita pada orang yang kita tabligh:

قُلْ لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا تَلَوْتُهُ عَلَيْكُمْ وَلَا أَدْرَاكُمْ بِهِ ۖ فَقَدْ لَبِثْتُ فِيكُمْ عُمُرًا مِنْ قَبْلِهِ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Katakanlah: “Jika Allah SWT kehendaki (supaya aku tidak membacakan Al-Quran ini kepada kamu), tentulah aku tidak dapat membacakannya kepada kamu,

Maksudnya:

Kita diperintah untuk sebar agama melalui ayat-ayat Al-Quran. Jika Allah SWT tidak perintah untuk sebar ayat-ayat-Nya tentu kita tidak baca ayat-ayat itu pada mereka. Dan tentulah aku tidak membaca ayat-ayat ini pada kamu dari Al-Quran ini. Aku tidak tahu kenapa Allah SWT perintah untuk baca pada kamu. Biasanya mereka yang ditabligh ini bermula dengan adik-beradik atau sahabat handai.
Sesungguhnya aku telah tinggal dikalangan kamu satu masa yang lama iaitu kita sama-sama sekolah dulu. Sama-sama ponteng, sama-sama curi rambutan jiran dan lain-lain; Aku telah berubah dengan belajar Al-Quran dan Hadis tetapi kamu belum lagi.

Maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?” [Yunus: 16]

Serupa tidak seperti yang mereka kata? Mereka-mereka ini saudara-mara kita, sahabat handai kita. Merekalah sebenarnya engkar pada ajakan tauhid. Semua kata-kata mereka sudah ada disebut dalam Al-Quran. Kita sendiri perlu tahu. Kita bacalah pada mereka apa yang mereka kata dan yang sudah ada disebut di dalam Al-Quran. Tentang ayat-ayat Ayahaji beritahu di atas, kita perlu baca pada mereka bila mereka kata tafsir Al-Quran kita baca atau beritahu itu salah. Ayat mereka kata kita sesat pun ada. Ini ayatnya:

قَدْ جَاءَكُمْ بَصَائِرُ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ فَمَنْ أَبْصَرَ فَلِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ عَمِيَ فَعَلَيْهَا ۚ وَمَا أَنَا عَلَيْكُمْ بِحَفِيظٍ

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu”. [Al-An’am: 104]

وَكَذَٰلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ وَلِيَقُولُوا دَرَسْتَ وَلِنُبَيِّنَهُ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Dan demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat keterangan Kami satu-persatu (dengan berbagai cara, untuk menimbulkan keingkaran mereka). Dan supaya mereka (yang engkar itu menuduhmu dengan) berkata: “Engkau telah mempelajarinya (dari orang-orang lain) “, Iaitu kamu telah belajar dari orang sesat. Kamu telah sesat. Dan supaya kami menerangkan (Al-Quran) itu kepada orang-orang yang (mahu) mengetahui apa hakikat sebenar agama ini. [Al-An’am: 105]

Maksudnya:

Dengan tersebarnya agama ini kita akan tahu siapakah orang-orang musyrikin sebenarnya atau sifat mengejek-ejek pada ajakan tauhid adalah sifat orang-orang musyrikin. Allah SWT hendak tunjuk pada kita siapa mereka sebenarnya, maka kita kena hafal ayat-ayat Al-Quran yang hendak ditabligh. Bacakannya kepada mereka. Ayat Al-Quran ada mukjizat. Mereka ini mungkin ibubapa kita, sahabat-sahabat, saudara mara kita sendiri. Beginilah Nabi SAW berdepan dengan keluarganya sendiri. Begitu juga para sahabat. Begitu juga kita. Allahu Akbar! Benar sungguh ayat-ayat Allah SWT.

Kita ambil contoh seseorang yang ada emak. Emaknya sakit di Sabah, kita pula di KL. Apa patut kita buat? Tentulah kita akan telefon bertanya khabar. Kita akan telefon adik-beradik di sana supaya urus keadaan emak kita. Lebih-lebih lagi apabila emak kita pula disahkan ada penyakit merbahaya. Kita akan berusaha balik jumpanya. Kita akan hantar apa-apa keperluannya dengan segera. Kenapa? Kerana kita sayang emak kita dan kita takut dia mati. Patutkah kita tidak peduli keadaan emak yang dalam bahaya ini?

Jadi, seorang emak yang berada dalam kekufuran terhadap Allah SWT kita pula tahu, adakah kita tidak peduli padanya? Jika dia mati, dia akan ke Neraka kekal. Adakah kita tidak peduli? Atau orang itu adik-beradik kita sendiri? Atau saudara-mara kita sendiri? Atau sahabat baik kita? Adakah kita tidak ambil peduli?

Wallahua’lam

Komen dan Soalan