Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Shahadah di restoran Denai Alam

Shahadah di restoran Denai Alam

230
0
Iklan

Mengajar kalimah Syahadah di Denai Alam

Malam tadi selepas kelas tafsir, Ayahaji minum di kedai mamak Denai Alam. Ada beberapa orang di sebuah meja. Ayahaji duduk sekali dengan mereka. Kemudian Ayahaji tanya seorang yang umurnya 41 tahun.

AyahAji: Boleh awak beritahu apa maksud kalimah syahadah yang dibaca?

Orang 1: Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah SWT.

Ayahaji: Apa maksud awak bersaksi?

Orang 1 (terpesir).

Ayahaji: Awak bersaksi di mahkamah, “Saya bersaksi itu ini,” Seperti itu ke? Atau awak bermaksud awak berjanji?

Orang 1: Ya.

Ayahaji: Jadi awak bersumpahlah? Berikrarlah?

Orang 1: Ya.

Ayahaji: Awak berjanji dengan siapa?

Orang 1 (terpesir).

Ayahaji: Awak berjanji dengan Allah SWT bukan?

Orang 1: Ya.

Ayahaji: Awak tidak nampak Allah SWT. Bagaimana awak bersumpah dengan Allah SWT?

Orang 1 (terpesir).

Ayahaji: Awak yakin Allah SWT ada di depan awak walaupun awak tidak nampak sebab Allah SWT memang tengok awak. Jadinya kalau awak ucap kalimah syahadah tapi tidak fokus apa yang awak kata pada Allah SWT, itu tidak betul. Awak belum mengucap lagi ke?

Orang 1: Ya.

Ayahaji: Awak masuk Islam daripada keturunan malah tidak diajar mengucap pula.

Orang 1: Ya.

Ayahaji: Boleh ke Ayahaji ajar awak kalimah syahadah ini?

Orang 1: Ya.

Ayahaji: Apa pula maksud laailaahaillallah?

Orang 1: Tiada tuhan melainkan Allah SWT.

Ayahaji: Awak baca begini pada orang Cina ke atau orang Hindu ke atau habib ke atau geng tarikat ke atau orang Kristian ke atau orang Sikh ke, adakah mereka marah pada awak?

Orang 1: Tidak.

Ayahaji: Kenapa?

Orang 1 (terpesir).

Ayahaji: Suatu hari, Nabi SAW pergi ke Masjidil Haram, bertemu dengan ulama-ulama musyrikin. Lalu Nabi SAW berkata, “Wahai orang-orang Quraisy semua, kalau aku cerita pada kamu ada musuh yang hendak serang kita di belakang bukit itu, kamu semua percaya atau tidak?

Semua musyrikin menyahut, “Kami percaya sebab kami beri gelaran pada kamu, Al-Amin, yang sangat dipercayai, jujur dan tidak bercakap bohong.

Kemudian Nabi SAW berkata, “Ketahuilah, laailaahaillallah.”

Musyrikin-musyrikin itu semua bangun lalu berkata, “Kamu berdusta Muhammad.”

Awak pula berkata pada orang Cina, Hindu, Kristian , Sikh, geng Syiah, geng habib, geng tarikat, geng bidaah “laailahaillallah,” mereka tidak marah pun. Kenapa?

Orang 1 (terpesir).

Ayahaji: Awak pula bagaimana? (Memandang tepat kepada Orang 2).

Orang 2 (terpesir).

Ayahaji: Awak lebih faham bahasa Arab ke atau orang musyrikin Mekah yang lebih tahu?

Orang 1 dan 2: Mereka lebih faham.

Ayahaji: Maksudnya, kalimah itu ada perkara lain yang orang Arab faham tapi awak tidak. Kalimah itu merujuk pada 360 berhala di Kaabah. Berhala pula ada perantaraan pada nabi-nabi, wali-wali dan malaikat. Oleh sebab itu orang musyrikin marah pada Nabi SAW. Mereka tahu Nabi SAW kata jangan sembah berhala. Berhala tidak ada kuasa. Jadi, “laailaahaillallah”ialah tiada lagi perantaraan dalam ibadat, seruan, doa dan lain-lain melainkan ibadat terus pada Allah SWT.

Ayahaji: Kalimah syahadah kedua, Waasyhaduannamuhammadur rasulullah. Waasyhadu dulu.

Orang 1: Dan aku berjanji.

Ayahaji: Berjanji dengan siapa?

Orang 1: Dengan Nabi Muhammad SAW.

Ayahaji: MasyaAllah Nabi SAW kita sudah mati. Nabi SAW kita bukan Tuhan. Kita berjanji dengan Allah SWT jugalah.

Ayahaji: Apa maksud muhammadurRasulullah?

Orang 1: Kerana dia Rasul Allah.

Ayahaji: Memang dia Rasul Allah. Kenapa pula awak berjanji pada Allah SWT Nabi SAW Rasul Allah?

Orang 1: Kerana dia mengajar kita agama.

Ayahaji: Memang dia mengajar kita tetapi kenapa awak perlu mengaku dia Rasullullah?

Orang 1: Kerana ada perintah dari Allah dalam al-Quran.

Ayahaji: Memanglah, AyahAji tanya awak kenapa awak mengaku Nabi Muhammad SAW itu Rasullullah?

Orang 2: Kerana dia sifat tabligh, siddiq, fatonah dan amanah.

Ayahaji: Memanglah, tapi awak pun tidak jawab soalan. Awak berdua ada buat syirik sebab itu tidak dapat jawab kalimah shahadah yang pertama. Awak ada buat bidaah sebab itu awak tidak boleh jawab kalimah shahadah kedua. Begini, maksudnya, awak berjanji hendak ikut ajaran Nabi SAW sahaja. Kita tidak boleh ikut Nabi SAW tapi kita boleh ikut ajarannya. Nabi SAW mempunyai sembilan orang isteri radhiAllahuanhum, kita hanya dibenarkan menikah setakat empat saja.

Ayahaji: Mahu atau tidak awak mengucap sekarang? Ayahaji baca dan awak ikut?

Org 1 dan 2: Mahu.

Lalu Ayahaji ajar kalimah syahadah itu di kedai mamak diperhatikan oleh tetamu-tetamu kedai yang lain. Nampak air mata mereka berdua bercucuran semasa ikut mengucap dengan Ayahaji. Selepas itu, Orang 1 berkata: Saya berasa seperti baru masuk Islam.

Ayahaji pun bertanya: Awak hendak buat bidaah lagi? Awak baru saja berjanji.

Mereka menjawab: Tidak mahu.

Ayahaji: Kalau awak buat juga?

Orang 1 dan 2: Kami langgar kalimah syahadah.

Ayahaji: Untuk faham “laaillahaillallah,” perlulah belajar al-Quran. Untuk faham “muhamadurasullallah” perlu belajar hadis.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan