Utama UiTO Bicara THTL Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 5 dan...

Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 5 dan 6)

332
0
Iklan

Usul Fiqh: Cara hendak memahami

perbuatan Rasulullah saw

(أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم)

dari kitab Usul fiqh ahli Hadith oleh

Zakariya al-Bakistani, Dar Ibn jauzi, KSA

 

 

Kaedah kelima

 

Bahagian 1

 Perbuatan (Nabi saw) semata-mata tidak menjadi dalil bahawa ia wajib ke atas umatnya (الفعل المجرد لا يدل على الوجوب)

 

Matan kaedah:

الأصل في أفعال النبي صلى الله عليه وسلم أنها ليست على الوجوب ، إلا إذا كانت بيانا لواجب من الواجبات ، فتصير تلك الصفة للفعل الوارد واجبة لأنها جاءت مبينة لكيفية الواجب

Terjemahan:

Asal kepada semua perbuatan Nabi saw tidak ada indikasi wajib, kecuali dengan jelas beliau menjelaskan perbuatan tersebut sebagai wajib, maka menjadi wajib ke atas umatnya akan amalan itu.

Syarah Ibn Hazm (w. 465H, Cordova, dalam al-Ihkam, 1:458):

ليس شيء من أفعاله عليه السلام واجباً وإنما ندبنا إلى أن نتأسى به عليه السلام فيها فقط ، وألا نتركها على معنى الرغبة عنها ، ولكن كما نترك سائر ما ندبنا إليه مما إن فعلناه أجرنا ، وإن تركناه لم نأثم ولم نؤجر 

“Tidak ada satu pun amalan Nabi saw menjadi wajib atas umatnya. Cuma, kita digalakkan sebaik mungkin beramal dengan amalan-amalan tersebut dan tidak sekali membencinya. Jika melakukannya, dapat pahala, jika meninggalkannya tidak berdosa cuma tidak meraih sebatang kebaikan atau pahala.

 

 

Bahagian 2

 

، إلا ما كان من أفعاله بيانا لأمر أو تنفيذاً لحكم فهي حينئذ فرض , فأما ما كان من أفعاله عليه السلام تنفيذاً لأمر فهو واجب فمن ذلك قوله عليه السلام : (( صلوا كما رأيتموني أصلي )) و (( خذوا عني مناسككم )) 

Kecuali amalan-amalan Nabi yang bertujuan menjelaskan sesuatu perkara atau melaksanakan sesuatu hukum, maka ia menjadi wajib. Contoh, arahan mengikuti baginda dalam bersolat: “Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku bersolat” 

(HR. Al-Bukhari no. 628, 7246 dan Muslim no. 1533)

 

Juga arahan supaya mengambil cara beliau mengerjakan manasik haji, “Ambillah daripada aku manasik haji kamu” رواه أحمد ومسلم والنسائي.

 

 

 

Kaedah keenam

 

Apa yang asalnya harus, jika Nabi tidak melakukannya bukanlah dalil bahawa ia wajib ditinggalkan

(ما أصله مباح وتركه النبي صلى الله عليه وسلم لا يدل تركه له على أنه واجب علينا تركه)

 

Nas hadith yang mendasari kaedah ini, hadith no. 9, matan arba’in an-Nawawiyah:

 

عن أبي هريرة عبدالرحمن بن صخر رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ما نهيتكم عنه فاجتنبوه وما أمرتكم به فأتوا منه ما استطعتم , فإنما أهلك الذين من قبلكم كثرة مسائلم واختلافهم على أنبيائهم

Terjemahan:

“Apa saja yang aku larang kamu melaksanakannya, hendaklah kamu jauhi dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu, maka lakukanlah menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana banyak bertanya dan menyalahi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh)” [Bukhari no. 7288, Muslim no. 1337 dari perawi akhir Abu Hurayrah ra]

 

Kesimpulan:

Secara sederhana kita dapat simpulkan bahawa fiqh adalah kesimpulan hukum yang bersifat baku dan merupakan hasil ijtihad ulama, di mana sumbernya adalah Al-Qur’an, As-Sunnah, Al-Ijma, Qiyas dan dalil-dalil lainnya.

 

Komen dan Soalan