Utama Bilik (53) AlQuran Harfiyyah Wa I'rab Quran Terjemahan Harfiyyah Wa’Irab – Al-Baqarah Ayat ke-14

Quran Terjemahan Harfiyyah Wa’Irab – Al-Baqarah Ayat ke-14

516
0
Iklan

بسم الله الرحمن الرحيم
Sambungan ke ayat 14
Surah البقرة

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ ءَامَنُوا قَالُوا ءَامَنَّا
وَإِذَا خَلَوْ إِلى شَيٰطِينِهِم قَالُوا إِنَّا
مَعَكُمْ إنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهـزِءُوْنَ( ١٤

وَ : dan
إِذَا : apabila
لقُوا : mereka bertemu
الَّذِينَ : orang-orang yang
ءَامَنُوا : beriman
قَالُوا : mereka berkata
ءَامَنَّا : kami telah beriman
و : dan
إِذَا : apabila
خَلَوْا : mereka kembali
إِلى : kepada
شَيٰطِنِينِ : syaitan-syaitan
هِمْ : mereka
قَالُوا : mereka berkata
إنَّا : sesungguhnya kami
مَعَ : bersama
كُمْ : kamu
إنَّمَا : sebenarnya
نَحْنُ : kami
مُسُتَهْزِءُونَ : memperolok-olok

Terjemahan:
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” kami telah beriman” ,dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: ” sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok- olok (akan orang2 yang beriman).

الإعراب :

و : الوَاو عاطفة : wau penghubung
إِذا : ظرف لما يستقبل من الزمان مبني على السكون متضمن معنى الشرط
Keterangan masa untuk masa akan datang yang mengandungi makna syarat.

لَقُوا : فعل ماض مبني على الضم الظاهرة على الياء المحذوفة لاتصاله بواو الجماعة ، و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و حذفت الياء من الفعل ” لَقِيَ ” . و الالف فارقة
Kata kerja yang telah lepas ماض di bina dengan baris depan jelas di atas huruf ya الياء yang di buang kerana bersambung dengan wau الواو jamak. Manakala wau itu ganti nama bersambung ضمير متصل yang di bina dengan baris mati سكون berkedudukan rofa’ kerana ianya sebagai pelaku perbuatan atau فاعل , di buang huruf الياء dari kata kerja لَقِيَ kerana bertemu dengan huruf wau yang berbaris mati. Alif yang terdapat di hujungnya sebagai pembeza.

الَّذٌيْنَ : اسم موصول مبني على الفتح في محل نصب مفعول به لفعل ” لقي ” و مفرده ” الذي ”
Kata nama penyambung di bina dengan baris atas فتحة berkedudukan nasab disebabkan ia ” yang dikenai perbuatan” objek oleh kata kerja لقي di mana mufradnya ialah الذي.

ءَامَنُوا : الجملة الفعلية صلة الموصول ” الذين ” و هي فعل ماض مبني على الضم لاتصاله بواو الجماعة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الالف فارقة
Ayat kata kerja yang ada kaitan dengan الذين dan ianya kata kerja yang telah lepas ماض dibina dengan baris mati سكون kerana disambungkan dengan wau jamak ,dan wau itu ” ganti nama yang bersambung di bina dengan baris mati سكون berkedudukan rofa’ disebabkan ianya pelaku perbuatan فاعل manakala huruf alif dihujungnya sebagai pembeza.

قَالُوْا : فعل ماض مبني على الضم لاتصاله بواو الجماعة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل والألف فارقة و الجملة الفعلية ” قالوا ” جواب شرط عير جازم .
Kata kerja masa lepas ماض di bina dengan baris depan ضمة kerana bersambung dengan wau jamak واو الجمع , dan wau itu ganti nama bersambung ضمير متصل di bina dengan baris mati سكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan فاعل dan huruf alif dihujungnya adalah sebagai pembeza. Jumlah fi’liyyah قالوا adalah jawab syarat kepada وإذا قيل tanpa menjazamkannya.

أمَنَّا : الجملة الفعلية في محل نصب مفعول به بقالوا و هي فعل ماض مبني على السكون لاتصاله بضمير المتكلمين ” نا ” ضمير منصل مبني على السكون في محل رفع فاعل..
Jumlah fi’liyyah ( kata kerja) yang di dalam tarkib ( susunan ayat ) berkedudukan sebagai objek مفعول به dan ia merupakan kata kerja kala lepas yang di bina dengan baris mati سكون kerana bersambung dengan ganti nama bagi orang pertama mewakili ramai ” نا ” ianya juga ganti nama bersambung ضمير متصل di bina dengan baris mati سكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan فاعل.

وَإِذَا : rujuk i’rab di permulaan ayat
خّلَوْا : فعل ماض مبنى على الفتح المقدر للتعذر على الألف المحذوفة لاتصاله بواو الجماعة . والواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الألف فارقة و بقيت الفتحة على اللام دالة على الألف المحذوفة و الجملة الفعلية ” خلوا ”
في محل جر بالإضافة.
Kata kerja kala lepas di bina dengan baris atas فتحة yang ditakdirkan kerana lemah علة terhadap huruf alif ى yang di buang kerana bersambung dengan wau jamak . Dan wau itu ganti nama bersambung ضمير متصل yang di bina dengan baris mati سكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan فاعل dan huruf alif dihujungnya sebagai pembeza. Baris atas yang teletak di atas huruf lam menunjukkan huruf alif yang di buang.

إلى شياطينهم
إلى : حرف جر : kata sendi

شياطين : اسم مجرور بحرف الجر ” إلي ” وعلامة جره الكسرة الظاهرة في آخره وهو مضاف
kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan huruf jar (kata sendi) إلى dan tanda jarnya baris bawah كسرة dan ia sebagai mudhof مضاف

هِمْْ : ضمير للغائبين مبني علي السكون في محل جر بالإضافة أو تكون الهاء ضميرا متصلا مبني علي الكسرة في محل جر مضافا إليه و الميم علامة جمع الذكور .
Ganti nama bagi orang ketiga lelaki ramai di bina dengan sukun berkedudukan kerana sandaran بالإضافة atau huruf ha الهاء itu boleh di i’rab sebagai gantinama bersambung ضمير متصل di bina dengan baris bawah كسرة berkedudukan jar kerana ianya mudhof ilaih مضاف إليه dan huruf mim dihujungnya tanda jamak lelaki ramai.

قالوا : فعل ماض مبني على الضمة لاتصاله بواو الجماعة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الألف فارقة و الجملة الفعلية ” قالوا ” جواب شرط غير جازم .
Kata kerja masa lepas ماض di bina dengan baris hadapan ضمة kerana bersambung dengan wau jamak, dan wau itu ialah ganti diri bersambung ضمير متصل berkedudukan rofa’ sebagai pelaku perbuatan, huruf alif dihujungnya adalah pembeza untuk mengenali huruf wau sama ada ianya sebagai ganti diri atau wau asal dari sesuatu kata kerja.

إِنَّا مَعَكُمْ : الجملة في محل نصب مفعول به ” لقالوا ”
Susunan ayat ini berkedudukan nasab sebab ” yang dikenai perbuatan مفعول به ” dengan kata kerja قالوا

إِنَّ : حرف نصب و توكيد مشبه بالفعل.
Hurur nasab ( menasabkan isim dan merofa’kan khabar ) berfungsi sebagai penegas dan ianya seakan-kata kerja.

نَا : ضمير متصل للمتكلمين مبني على السكون في محل نصب اسم ” إِنَّ ” .
Ganti nama bersambung untuk orang pertama mewakili orang lain, di bina dengan baris mati سكون berkedudukan nasab kerana ianya isim bagi إن

مَعَ : ضرف مكان : keterangan tempat dan ianya berhubung kait dengan khabar inna

كُمْ : الكاف ضمير متصل للمخاطبين مبني على الضمة في محل جر بالإضافة و الميم علامة جمع الذكور.
Huruf kaf ialah dhomir muttasil bagi orang kedua lelaki ramai, di bina dengan dhommah berkedudukan jar dengan izofah atau مضاف إليه , dan huruf mim ialah tanda jamak lelaki.

إنَّمَا نَحْنُ : توكيد : نَحْنُ : ضمير رفع منفصل – ضمير المتكلمين مبني على الضمة في محل رفع مبتدأ
Taukid, dan nahnu ganti nama yang berpisah hanya berkedudukan rofa’, ganti nama bagi orang pertama mewakili orang lain di bina dengan dhommah ضمة berkedudukan sebagai mubtadak مبتدأ.

مُسـتَهـزِءُونَ : خبر مبتدأ ” نحن ” مرفوع و علامة رفعه الواو لأنه جمع مذكر السالم و النون عوض من النتوين و الحركة في الاسم المفرد.
Prediket خبر bagi subjek مبتدأ nahnu نحن , hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya huruf wau kerana ia terdiri dari kata nama jamak muzakkar salim, manakala huruf nun diakhirnya pengganti tanwin harokat pada isim mufrad.
والله نسأل أن يجعله خالصا لوجهه الكريم إنه ولي المخلصين، والله أعلم

Komen dan Soalan