Utama Tazkirah Admin Berghairahlah Untuk Berjuang

Berghairahlah Untuk Berjuang

24
0
KONGSI

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 22 Muharram 1437H~

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”[Surah al-Isra’ 81]

#Ayat ini seharusnya mengingatkan kepada kita bahawa perjuangan menegakkan Islam, menyebarkan Islam dan memadamkan kesesatan itu tidak pernah ada titik penamatnya selagimana kebatilan tidak lenyap dari muka bumi ini.

#Selagimana Islam belum tertegak secara keseluruhannya, termasuklah dalam soal pemerintahan negara, maka itu bermakna perjuangan tetap wujud dan umat Islam dituntut bersama-sama dalam perjuangan ini. Berkata bijak pandai: “Kelebihan Rasul pada mukjizat, kelebihan ummah pada muafakat”

#Diriwayatkan oleh Abu Malik al-Asy’ari bahawa Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah menyertakan untuk kamu 3 sifat. Pertama: Nabi kamu tidak akan mendoakan kejahatan untuk kamu yang akan menyebabkan kamu dibinasakan semuanya. Kedua: Pendokong kebatilan tidak akan berjaya mengalahkan pendokong kebenaran. Ketiga: Kamu (para sahabat) tidak akan berhimpun di atas kesesatan” (HR Abu Dawud dalam al-Fitan)

#Berkata Abu Musa al-Asy’ari, Nabi bersabda: “Siapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi maka ia berada di jalan Allah” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Jom kita persiapkan diri untuk berjuang sepenuh jiwa agar kebenaran dapat ditegak dan disebar luaskan dan melenyapkan kebatilan, kesyirikan dan kemungkaran.

“Sehari bersiap siaga di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya” (HR al-Bukhari)

♡Berghairahlah untuk berjuang dan mendaulatkan kebenaran. Semoga bantuan Allah bersama-sama kita semua♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Komen dan Soalan