Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 74

Nota Fiqh Wanita 74

238
0
Iklan

#NourelChinta

S&J Fiqh Wanita

Soalan 1

a) Syeikh boleh ajarkan cara yang betul menguruskan jenazah mengikut sunnah.

b )jika ibu yang meninggal dunia, adakah anak perempuan wajib untuk mandikan jenazah ibunya atau ibu mertua? Jika suami / isteri meninggal dibolehkan suami/isteri untuk memandikan jenazah?

Jawapan 1 Thtl

cara mandi jenazah yg sunnah
a. tempat tertutup
b. hanya org yg dibenarkan sahaja berada di tempat permandian mayit
c. ditanggalkan pakaiannya dan diletak kain dikawasan kemaluan
d. ditekan perut utk mengeluarkan najis
e. dibasuhkan tempat keluar najis
f. diwudukkan
g. membasuh angguta kanan dulu
h. dibasuh 1X, jika tidak bersih,3X
i. menggunakan daun bidara atau sabun
j. guna juga kapur barus atau wangian pada bilasan terakhir
(syaikh Othaimin, ahkam al-janaiz)

k. siapa yg patut memandikan jenazah
siapa yg diwasiatkan oleh si mayit, jika tidak keluarganya, ayah, anak lelaki dan pak sedaranya. Jika tidak pandai, maka mereka membantu jurumandi mayat mesjid.
tambahan:

l. suami boleh memandikan suami, abu bakar ra dimandikan isterinya Asma’ atau isteri dimandikan suami, Nabi berhasrat memandikan aisyah, jika aisyah meninggal.

 

 

Soalan 2

Menziarahi orang sakit di hospital @ rumah hanya membaca doa sahaja atau dibolehkan membaca surah yassin?

Jawapan 2 Thtl

fiqh ziarah org sakit
a. ziarah tidak lama, sekejap sahaja, memilih waktu yg sesuai
b. duduk di kepalanya
c. berdoa
d. memberi kata2 motivasi

 

 

Soalan 3

Jika ada ahli keluarga yang tidak mahu bercakap kerana ada perselisihan faham yang tidak pasti adakah dikira berdosa dan memutuskan silaturahim

Jawapan 3 Thtl

Perselisihan faham di kalangan famili
Tidak boleh berputus hubungan melebihi 3 hari
” tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam” ( al-Bukhari)
kata al-Qaradhawi, 3 hari kalau pergaduhan urusan dunia, jika pergaduhan adalah urusan agama, maka tak apa. (halal n haram fil Islam)

 

 

Soalan 4

Kalau tak sempat qada puasa sebab bersalin dan masuk bulan ramadan yang baru kena qada balik dan fidyah atau qada sahaja?

Jawapan 4 Thtl

Qadha puasa kerana bersalin
mazhab syafi’iy kena qadha sahaja
mazhab hanbali dan salaf, antaranya Ibn Umar dan ibn Abbas, bayar fidyah sahaja tanpa qadha jika merasa sulit utk mengqadha kerana penyusuan badan.
dalil:

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankan puasa (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan satu orang miskin (bagi satu hari yang ditinggalkan). Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka Itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 184)
majmu’ fatawa ben Othaimin, jilid 17

 

 

Soalan 5

Ada beza tak pahala kalau kita sunnah syariat dengan buat sunat jibliyah?

Jawapan 5 Thtl

Bedza pahala sunnah syariat vs sunnah jibliyah
sunah syariat=amalan Nabi atau kata2 baginda yg disyorkan kpd umatnya, hukumnya secara am adalah sunat, sunat maksudnya buat dapat pahala, tidak buat, tidak dicela
cth: bersugi atau berus gigi setiap kali hendak solat 5 waktu

sunnah jibliyah=sunnah kebetulan, maksudnya ia kebetulan dgn bangsa, iklim, lokaliti, teknologi yang ada ketika itu, atau citarasa zaman tertentu
ia bukan sunat. cth: Nabi saw suka minum susu kambing setiap hari. nabi suka makan roti. nabi suka kurma. nabi pernah makan cuka sebagai lauk. nabi memilih rumah yang kecil, nabi suka tidur di atas katil tanpa tilam..nabi suka pakai gamis atau kemeja. nabi suka pakai selipar, suka tunggang himar atau keldai sebagai kenderaan harian
siapa yang minum susu kambing tidak dapa pahala, gitu juga kemeja, atau duduk rumah yg kecil.

sunnah ada 3:
1; sunnah berupa jibliyah (tabiat nabi) tabiat nabi kerana dia org arab
2. sunnah khususiyat, khusus buat nabi, spt kawin 9 org, puasa wisal, tahajjud yg lama dan saban malam
3. sunnah syariat atau menjelaskan lagi maksud hukum. cth; sifat solat nabi, sifat wuduk nabi, sifat puasa nabi, sifat haji nabi…
maka kita kena fokus kpd no3.

cara interaksi dgn sunnah jibliyah, salaf ada dua aliran:
1. aliran Ibn Umar, folo semua sunnah tak kira jibliyah atau syariat. ini senang sebab Ibn Umar mmg bangsa arab, quraish lagi
2, majoriti salaf dan umat Islam, ikut gaya dan culture sendiri.
serah kat Allah nak kasi berapa markah, tapi yg benar, folo sunnah syariah lebih tepat

 

 

Soalan 6

a) Syeikh.. boleh jelaskan larangan menjauhkan diri dari perkara syubahat ?

b) boleh detailkan maksud .
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas

C) nak dalil

Jawapan 6 Thtl

Syubhat

Dari An Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِى الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِى الْحَرَامِ كَالرَّاعِى يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ

“Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara syubhat -yang masih samar- yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri dari perkara syubhat, maka ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka ia bisa terjatuh pada perkara haram. Sebagaimana ada pengembala yang menggembalakan ternaknya di sekitar tanah larangan yang hampir menjerumuskannya. Ketahuilah, setiap raja memiliki tanah larangan dan tanah larangan Allah di bumi ini adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.” (HR. Bukhari no. 2051 dan Muslim no. 1599)

fiqh hadith: halal n haram
ada empat isu:
1. yg jelas halal melalui AQ, hadith dan ijmak
2. yg jelas haram melalui AQ, sunnah dan ijmak
3. yg syubhah, ada dalil halal dan ada dalil haram
4. yg tak ada dalil halal atau haram. ia balik kpd hukum asal, harus.

 

 

Soalan 7

Makan sahur ketika azan sedang kita sedang memegang/berhajat untuk makan , dibolehkan berdasarkan dalil..

Jawapan 7 Thtl

Bangun sahur tetiba dengar azan.
lebih berhati-hati, tak boleh makan. Itu fatwa arab saudi (ben baz, nop 66202

 

 

Soalan 8

Ikut sunnah, waktu sujud, kaki rapat atau renggang ?

Jawapan 8 Thtl

Sujud, kedudukan kaki
renggang atau rapat kesemuanya boleh, semua hadith dlm masalah ini tidak sahih .
Syaikh Bakar abu Zayd, KSA, la jadida fi ahkam as-solat, ms 74

 

 

Soalan 9

Hukum melambat kan solat. Adakah tidak jatuh berdosa tapi dah mengurangkan pahala atau memang berdosa ?

Jawapan 9 Thtl

Hukum melambat-lambatkan solat
solat pada awal waktu itu cuma sunat. sunat pulak melewatkan solat zuhur dan asar kalau panas sangat dan solat isyak juga sunat dilewatkan. manakala lelaki sunat mengerjakan awal waktu bersama jamaah di mesjid.

 

 

Soalan 10

Bagi perempuan, ada perbezaan atau kelonggaraan cara diantara mandi wajib sesudah haid atau junub ?

Jawapan 10 Thtl

Mandi junub kena uraikan sanggul?
Hadith ummu salamah ra

لا إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Beliau bersabda, “Jangan (kamu buka). Cukuplah kamu menyela-nyelai kepalamu dengan air tiga kali, kemudian cucurilah kepala dan badanmu dengan air, sehingga kamu telah suci.” (HR. Muslim no. 330).
wanita zaman salaf tidak kerja, maka bolehlah mereka tidak membuka sanggul, tapi wanita malaysia kerja, maka kenalah uraikan sanggul dan keringkan dengan hair dryer

 

 

Soalan 11

Rutin di sekolah , antaranya sebelum
pembelajaran atau exam, murid perlu baca doa belajar dengan kuat beramai2. Begitu juga ketika baca doa makan serta menyanyi asma alhusna dan lain-lain. Adakah ini bidaah?

Jawapan 11 Thtl

Pendidikan jamaiy di sekolah
Tidak mengapa kerana tujuan membiasakan mereka, kerana pelajaran ke atas kanak2 adalah dirutinkan setiap waktu. di rumah, kena di ajar fiqh yg sebenarnya bahawa doa itu memadai dengan sendirian tanpa berharap org lain

 

 

Soalan 12

Gelaran haji atau hajah dalam masyarakat malaysia.

Jawapan 12 Thtl

gelaran haji/hajah diperkenalkan ke nusantara kerana kesulitan hendak ke mekah pada tahun 1960’an. yakni menggunakan kapal laut selama 3 bulan dari port kelang dan penang. sekarang kekangan adalah quota arab saudi cuma 22,000 sahaja rakyat Malaysia yg berpeluang. Maka title haji itu diberi kerana kesukaran hendak ke sana. Ia title uruf spt datuk dan tan sri. namun tida menggunakannya lebih aula atau lebih baik utk menjaga ibadat dari rusak

 

 

Soalan 13

Berkenaan dengan ternak kambing, (family planning bela kambing).Adakah hadis ini sahih? Katanya ada ustaz bagi dalil ini dan kata bela kambing tu sunnah.

Abu Hurairah (ra) berkata Nabi (saw) bersabda, di antara hidup yang terbaik bagi manusia ialah seorang lelaki yang sentiasa memegang tali kudanya pada perang jihad dijalan Allah. Yang terbang dia di atas punggung kudanya di mana yang didengarnya suara gemuruh/dahsyat dia akan terbang ke sana. Semata-mata kerana dia mencari tempat yang boleh membuatkan dia terbunuh/mati kerana di sangkanya tempat itu menjanjikan terbunuh dan mati untuknya. Dan yang kedua adalah seorang lelaki yang bela kambing dan dibelanya kambing ini di kawasan gunung ataupun di kawasan wadi/lembah daripada banyak-banyak lembah, dia mendirikan solat, dan keluarkan zakat dan dia sembah Tuhannya, sehinggalah dia mati dia berkeadaan begitu. Dan tidaklah manusia ini melainkan dia sentiasa berkeadaan baik. Hadis sahih riwayat Imam Muslim.

Jawapan 13 Thtl

Hadith bela kambing sunnah
من خيرِ معاشِ الناسِ لهم ، رجلٌ ممسكٌ عنانَ فرسِه في سبيلِ اللهِ. يطيرُ على متنِه. كلما سمع هيعةً أو فزعةً طار عليه. يبتغي القتلَ والموتَ مظانَّه. أو رجلٌ في غنيمةٍ في رأسِ شعفةٍ من هذه الشعفِ. أو بطنِ وادٍ من هذه الأوديةِ. يقيمُ الصلاةَ ويؤتي الزكاةَ. ويعبدُ ربَّه حتى يأتيَه اليقينُ. ليس من الناسِ إلا في خيرٍ. وفي روايةٍ: في شعبةٍ من هذه الشعابِ

الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 1889

Ia kisah fitnah akhir zaman bukan sunnahnya kerjaya bela kambing.
Hadith lain:

يُوشِكُ أَنْ يَكُونَ خَيْرُ مَالِ اَلْمُسْلِمِ غَنَمًا يَتبع بِهاِ شعف اَلْجِبَالِ وَمَوَاقِعَ اَلْقَطْرِ، يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنْ اَلْفِتَنِ

Akan berlaku di mana sebaik-baik harta orang islam ialah kambing yang ia mengekorinya ke puncak bukit dan di tempat mengalirnya air sebagai laluan bagi mengelakkan agamanya dari fitnah. HR Bukhari no 7088

 

 

Soalan 14

Boleh tak kita umat islam membeli barang di kedai seperti Seng Heng, Courts ansuran atau cash. Adakah perlu daftar ahli (annual fee) atau tidak.

Jawapan 14 Thtl

pembelian di kedai elektrik spt sengheng, courts mamoth
Harus kalau cash. manakala harus juga kalau guna ansuran dari kad kredit islamik dr bank Islam
yang tidak harus guna flexi kredit atau aeon credit yg disediakan oleh mereka kerana ia pembiayaan konvensional riba

 

 

Soalan 15

Boleh tak saya bayar zakat kepada anak saudara(study) dan kakak saya(ibu tunggal)?

Jawapan 15 Thtl

Zakat kepada kerabat.
Boleh atau tak boleh lihat kpd jenis kerabat, kerana dalam agama, kerabat ada dua jenis:
1. yg wajib di nafkahkan, isteri, anak2 dan ibubapa, datuk. mereka ni takboleh diberi zakat melainkan kena kasi nafkah atau pembiayaan hakiki kerana ketetapan agama. tanggungan terdekat kena kasi nafkah
2. yg temasuk dalam asnaf zakat ialah ahli keluarga yg tidak wajib nafkah, dalil umum:
ar seperti ayat:

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ
Maksudnya: “Hanyasanya sedekah (zakat) itu adalah untuk orang-orang fakir dan miskin.” (al-Taubah: 60)
mereka ni boleh diberi zakat

Komen dan Soalan