Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 75

Nota Fiqh Wanita 75

179
0
Iklan

#NourelChinta

S&J Fiqh Wanita

Soalan 1

Boleh terangkan hukum menyimpan dalam ASB. Mohon penjelasan.

Jawapan 1 Thtl

Hukum simpanan ASB
Ianya khilaf. fatwa majlis kebangsaan dan kelantan, harus; manakala panel syariah SC (suruhanjaya sekuriti malaysia), dan selangor adalah haram. Bila khilaf, maka keluar darinya adalah lebih baik, yakni menjauhinya dan memilih pelaburan patuh syariah spt TH. Tetapi org yg ingin mengikuti fatwa kebangsaan juga tidak dicela.

 

 

Soalan 2

Ibu saya kini berusia 54 tahun. Ketika umurnya 30an beliau ada tinggalkan puasa sebab uzur dan ada yang tidak berganti. Sekarang beliau nak gantikan puasa tersebut tetapi tidak ingat berapa hari yang tinggal.Bagaimana ya sheikh?

Jawapan 2 Thtl

Lupa jumlah puasa yg ditinggalkan.
Sudah 25 tahun puasa tu dilupakan. kenapa jadi begitu?
caranya: dianggarkan kemudian ditambah.
cth: anggaran 20 hari, maka ditambah lagi 5 utk meyakinkan.
kemudian banyakkan sedekah utk menyatakan kekesalan di atas kecuaian tsb.

 

 

Soalan 3

Kalau kita solat sama-sama dengan imam, (join dr takbiratul ihram) tetapi tidak sempat ruku’ bersama dengan imam, perlukah kita tambah satu rakaat lagi?

Jawapan 3 Thtl

Takperlu, dia cuma lewat dr Imam, kalau ikut mazhab syafi’iy, ketinggalan satu rukun tak apa lagi, cuma jgn dijadikan kebiasaan.
tambah rakaat, bila dia masbuk. dia masuk shaff, imam dah rukuk.
masbuk=makmun yg tidak sempat takbiratul ihram bersama Imam, start lewat sikit

 

 

Soalan 4

Syeikh ,hadith bawah ni sahih ke?

Dari Ibnu Mas’ud ra., ia berkata : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Tiap-tiap jiwa yang terbunuh dengn penganiayaan, maka putra Adam yang pertama (Qabil), mendapat bagian dari dosa penumpahan darah, karena dialah orang pertama yang melakukan pembunuhan.” (HR Bukhari dan Muslim)

Jawapan 4 Thtl

hadith pembunuhan pertama

« لاَ تُقْتَلُ نَفْسٌ ظُلْمًا إِلاَّ كَانَ عَلَى ابْنِ آدَمَ الأَوَّلِ كِفْلٌ مِنْ دَمِهَا » . وَذَلِكَ لأَنَّهُ أَوَّلُ مَنْ سَنَّ الْقَتْلَ .
“Tiada pembunuhan yang terjadi karena kezhaliman melainkan anak Adam yang pertama (yakni Qabil) yang akan menanggung dosa pembunuhan tersebut karena dialah yang pertama kali melakukannya.” (HR. Bukhari no. 32 dan Muslim no. 1677)

Bila ada sebut Bukhari-Muslim, maka sahihlah tu

S4 (b) Maksudnya jika orang islam yang lakukan atas sebab kezaliman, Qabil juga akan tanggung dosa tersebut?

Jawapan 4(b)  Thtl

Ini cuma nak jelaskan pembunuhan pertama di dunia.Dalam fathul bari, imam ibn hajar bawa hadith lain,

وَمَنْ سَنَّ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهُ وَمِثْلُ أَوْزَارِهِمْ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئًا
Dan barang siapa melakukan sunnah (jalan/cara/metode/kebiasaan) yang jelek, kemudian diamalkan (oleh orang-orang lain) setelahnya, maka dia mendapatkan dosa hal tersebut dan seperti dosa mereka (orang-orang yang mengikuti), dengan tidak mengurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka”. HR ibn Majah, sahih.

maka maksudnya Qabil telah merintis pembunuhan pertama, maka setiap dosa pembunuhan akan ditanggung oleh Qabil.

 

 

Soalan 5

Dalam pembahagian harta pusaka selepas kematian ibu…..jika ada anak istimewa… bahagian haknya dijaga oleh ayahkan…tetapi jika ayah hendak serahkan kepada adik beradik yg lain disebabkan kesihatan siapakah yg patut terima?
Adakah yg menjaganya atau apakah cara terbaik utk uruskan harta anak istimewa tu?

Jawapan 5 Thtl

Pentadbiran harta pesaka
Ikut turutan wali. Selepas ayah, adalah abang sulong atau yang menjaganya, mungkin kakak.

 

 

Soalan 6

Apa hukum orang yang bekerja di bank ustaz?

Jawapan 6 Thtl

Kerja bank
Bank ada dua:
perbankan islamik dan perbankan konvensional.
keduanya org Islam boleh kerja tapi kalau memilih sektur bank islami lebih aula. ini fatwa Dr qardhawi

 

 

Soalan 7

Bagaimana kalau ibubapa yang bersikap tidak adil pada anak-anak menyebabkan anak lain kecil hati kerana ibu hanya menyebelahi sebelah pihak sahaja.saya tahu hukum kena jaga hati ibubapa .tapi kalau kerap dipersalahkan.apakah masih berdosa ustaz..bukan melawan tapi mendiamkan diri sbb taknak mengeruhkan keadaan.

Jawapan 7 Thtl

Ibubapa amalkan dasar pilihkasih
Itu hak ibubapa. Ia sama dgn kes dalam surah Yusof, di mana nabi Yaacob amat mengasihi Yusuf melebihi anak yg lain hingga menyebabkan adik beradik yg lain dengki dan sanggup membunuh Yusof.
cinta dan kasih sayang mmg tidak akan sama. cuma sebagai anak, kena terus mentaati mereka dan berbakti dan mendoakan mereka. kasih sayang, anda carilah dengan suami, carilah pencinta wanita sebagai teman hidup.

 

 

Soalan 8

Antara hidup dan mati? Dia memilih untuk mati, kerana tak sanggup menerima dugaan yang diberikan oleh Allah.
Apakah hukumnya dia memilih untuk mati?

Jawapan 8 Thtl

Berharap utk mati
Nabi jawab:

لاَ يَتَمَنَّيَنَ أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ لِضُرٍّ أَصَابَهُ، فَإِنْ كَانَ لاَ بُدَّ فَاعِلًا فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي

“Janganlah sekali-kali salah seorang dari kamu mengharapkan aka kematian karena suatu kemudaratan yang menimpanya. Kalaupun dia terpaksa menginginkan mati, maka hendaknya dia berdoa, ‘Ya Allah! Hidupkanlah aku apabila kehidupan itu lebih baik bagiku dan wafatkanlah aku apabila kematian itu lebih baik bagiku’.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Syarah Imam nawawi:
makruh inginkan mati kecuali:
1. ingin mati di tanah haram
2. mati syahid
3. rusaknya agama manusia dan terancamnya dia utk melaksanakan sunnah.

 

 

Soalan 9

a) Apakah hukum suami tak nak tidur dengan isteri?

Jawapan 9 (a) Thtl

Suami tidak mahu tidor dengan isteri, ada dua kemungkinan
pertama: suami melaksanakan saranan AQ

“Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidurnya, dan pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak membekas), jika mereka mentaati kalian, janganlah kalian mencari-cari alasan untuk menghukum mereka” [AQ an-Nisa’(4):34)

kedua: dia sudah tidak lagi menyenangi isterinya
kena siasat dulu

b) Kalau sisuami memang tiada nafsu terhadap isteri dia. Apa isteri perlu lakukan?

Jawapan 9 (b) Thtl

b) suami yang benci isterinya
saranan AQ
“Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak tidak acuhi suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir ” 4:128

jika suami dah benci, maka tidak mengapa tolak ansur minta dikurangkan haknya. dalam musnad tayalisi, saudah bte zam’ah ummul mukminin tahu dirinya tidak disukai Nabi, lalu dia menawarkan gilirannya diberi kpd Aisyah, asalkan Nabi tidak membencinya.
rumusan, jika suami benci, maka kena tolak ansur, misalnya izinkan suami berpoligami

 

 

Screenshot_2016-04-19-09-20-06-1

Jawapan 10 Thtl

Hadith lilitan
حديث : لية لا ليتين. فإنه حديث ضعيف رواه أحمد، وأبو داود. ضعف إسناده الشيخ الألباني في ضعيف الجامع الصغير، وكذا الشيخ شعيب الأرناؤوط.
dhaif menurut al-Albani, dhaif al-jaami’ dan syu’aib arnauth.

 

Soalan 11

Ada larangan tak ,bagi orang yang suka angan-angan contoh nak sukses dalam business?

Jawapan 11 Thtl

Angan2 dalam Islam
Hukumnya sunnah sama spt Honda= the power of dream
dalilnya:
عن عائشة قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” إذا تمنى أحدكم فليكثر فإنما يسأل ربه “.

Dari Aisyah, Rasulullah saw bersabda, “Jika kalian berangan-angan hendaknya kalian memperbanyak angan-angan karena kalian sebenarnya sedang memohon kepada Allah”

رواه الطبراني في المعجم الأوسط [ جزء 2 – صفحة 301 ]2040 ،

HR Thabrani dalam al Mu’jam al Ausath juz 2 hal 301 no hadits 2040, sahih albani, silsilah al-sahihah no 1266
syaikh ben othaimin ketika membaca hadith ini berkata, aku angan2 utk menguasai bahasa Inggeris.
angan-angan yg sunnah=ada impian dan ada usaha kearahnya

 

 

Soalan 12

a) Kalau cerai talak tiga, bagaimana tempoh idah nya?

Jawapan 12 (a)Thtl

Iddah talak 3
sama juga, tiga kali suci dr haid, kerana itulah tempoh mengosongkan rahim utk perempuan tsb berkahwin dgn lelaki lain

b) Apakah suami masih kena tanggung nafkah masa dalam iddah tersebut?

Jawapan 12(b)

Nafkah untuk cerai talak 3
Hanya tempat tinggal sahaja semasa eddah

Komen dan Soalan