Utama Bilik (20) Silsilah Hadith Sahih Ganjaran Setelah 12 Tahun Melaungkan Azan

Ganjaran Setelah 12 Tahun Melaungkan Azan

116
0

Oleh Ustaz Adli Khalim
#SilsilahShahihah: Hadits 42:

Antara keutamaan azan
Sesiapa yang melaungkan azan 12 tahun, diwajibkan baginya syurga dan dituliskan bagi setiap azannya 60 kebaikan, dan setiap iqamahnya 30 kebaikan.

من أذن اثنتي عشرة سنة وجبت له الجنة وكتب له بتأذينه في كل مرة ستون حسنة وبإقامته ثلاثون حسنة

Diriwayatkan oleh Ibn Majah no 728, Al-Hakim 1/205.

Soalan:
? Maksud azan 12 tahun tu maksudnya selama 12 tahun beliau jadi muazzin ke Doc Adli?
Ya, itulah pemahaman saya.

Cuma saya perasan ada sedikit perbezaan lafaz antara riwayat tersebut dengan riwayat Ibn Majah. Dalam riwayat Ibn Majah, disebutkan bagi azan SETIAP HARI 60 kebaikan, sedangkan dalam riwayat yang disebutkan oleh Al-Albani di atas, disebutkan SETIAP KALI AZAN. Wallahu a`lam.

Soalan:
? Rasululullah SAW bersabda: “Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu”  [HR. Ibnu Majah no. 2291]
Sahih ke hadis atas tu?

Jawapan:

أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ

Engkau dan hartamu adalah milik bapamu – Ibn Majah no 2291, shahih menurut Basyar `Awwad.

* Saya tak tahu (لأَبِيكَ) ni boleh diterjemahkan sebagai “ayah ibu” ke tak. “Abu” biasanya merujuk kepada bapa. Wallahu a`lam.

Komen dan Soalan