Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 76

Nota Fiqh Wanita 76

176
0
Iklan

 

#NourelChinta

S&J Fiqh Wanita

Soalan 1

Manakah lebih aula antara solat awal waktu atau solat berjemaah bersama suami di rumah

Cth keadaan : isteri bangun awal, bersiap awal waktu subuh atau maghrib tetapi suami bangun lambat dan melengahkan masa. Adakah isteri boleh solat terus atau tunggu suami untuk berjemaah sedangkan waktu solat sudah lewat dan hampir habis waktu.

Jawapan 1 Thtl

Melewat-lewatkan solat

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ

“Dan datanglah orang-orang setelah mereka yang menyia-nyiakan salat.” (QS. Maryam: 59)
maka suami anda termasuk tsb…generasi akhir zaman yg menyiakan solat, tidak dapat solat berjamaah di mesjid.
boleh tunggu, dalilnya:

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا

“Sesungguhnya shalat memiliki waktu yang telah ditetapkan bagi orang beriman.” (QS. An Nisaa’: 103)
cth: waktu subuh dari 5:54 am – 7:10 am
maghrib 7:20 pm – 8:30 pm
Namun jika diamalkan berterusan maka ia termasuk dalam golongan surah Maryam ayat 59

 

Screenshot_2016-04-19-09-19-35-1-1

Soalan 2

Sahih kah hadith diatas ni?

Jawapan 2 Thtl
من مات يوم الجمعة وقي عذاب القبر
الراوي: أنس بن مالك – خلاصة الدرجة: [فيه] واقد بن سلامة قال البخاري : لا يصح حديثه – المحدث: ابن القيسراني – المصدر: ذخيرة الحفاظ
kata al-Bukhari, perawi Waqid bin Salaamah, tidak sahih hadithnya
قال أبو عيسى هذا حديث غريب قال وهذا حديث ليس إسناده بمتصل
komentar Imam Termidzi, hadith ghaeeb (sanadnya tidak bersambung), dhaeef.

Albani kata hasan., komentar syaikh syu’aib, ia antara kesalahan al-Albani

 

 

Soalan 3

Kalau seseorang tu pregnant anak luar nikah kemudian dia berkahwin,sah atau tidak perkahwinan tersebut?

Jawapan 3 Thtl

kawin dgn perempuan hamil dgn anak luar nikah

Madzhab Syafi’iy membolehkan lelaki mengahwini perempuan hamil secara mutlak berdalilkan AQS anNisaa’: 24 (dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian)
Pendapat syaikhul Islam Ibn Taymiyah: tidak sah nikahnya kerana wanita hamil wajib iddah terlebih dahulu. Dalilnya: QS al-Mumtahinan: 10 (wahai orang beriman apabila datang berhijrah kepadamu perempuan beriman, hendaklah kamu uji mereka)
HR Abu Sa’ied al-Khudri ra, sabda saw, ” perempuan hamil dilarang dinikahi sampai ia melahirkan.” HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani

 

 

Soalan 4

Boleh tak kita guna bulu ayam untuk dust alquran ?

Jawapan 4 Thtl

Bulu ayam. Dalam mazhab syafi’iy
(قوله) وشعرها ومثله صوفها ووبرها وريشها ولو شك هل العظم او الشعر اوالريش من مذكاة اولا فاالاصل الطهارة لاءنا لاننجس باالشاك
Ref : al-bayjuri juz 1 hal 56

1. Najis , jika berasal dari bangkai ayam
2. Suci, jika berasal dari ayam yang di sembelih terlebih dahulu dengan cara syara’ (halal-jakim)
3. Suci , jika ragu dari 2 pernyataan di atas
dari fiqh sunnah, bulu ayam adalah suci kerana ia tidak ada darah di dalamnya (syed sabiq, fiqh sunnah, jld 1)

 

 

Soalan 5

Jika kita uzur dalam waktu solat zohor, dan kita solat pada waktu tu (tak perasan dah uzur) dan lepas waktu solat zohor baru perasan yang dah uzur, adakah kita perlu qada’ solat zohor?Mohon penjelasan..

Jawapan 5 Thtl

Qadha solat ketika haid waktu zuhur

Mengikut fatwa syaikh othaimiin, qadhi Unaizah, saudi arabia dan haiah kibr ulamak saudi, islam Q n A web no 11522
wajib qadha, dalilnya:

من نسي صلاة فليصلها إذا ذكرها لا كفارة لها إلا ذلك (رواه البخاري، 597 ومسلم، رقم 684)

“Siapa yang lupa melakukan shalat hendaknya dia shalat ketika ingat, tidak ada kaffarah baginya selain hal itu.” (HR. Bukhari, no. 597 dan Muslim, 684)

 

 

Soalan 6

Jika ada orang (ajnabi) memberi salam kepada kepada saya, adakah wajib untuk saya menjawab salam tu, mohon penjelasan.. tq

Jawapan 6 Thtl

salam wajib jawab, unless dia saja nak kacau , mat rempit ker. Imam Nawawi kata anak dara tak wajib jawab kalau teruna kasi salam
وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

“Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.” (AQS. An Nisa’: 86).
Ia umum, boleh beri salam cuma Imam Ahmad ibn hanbal menegah kalau anak dara atau wanita berkahwin yg masih cantik

 

 

Soalan 7

Adakah benar kalau si A suruh si B kirim salam kepada si C, maka si C kena jawab dengan waalaika waalaihissalam ka?

Jawapan 7 Thtl

Cara jawab titipan (kiriman ) salam
lafaz afdhal:
ketika Aisyah mendapat salam dari Jibril, beliau menjawabnya,

عَلَيْكَ وَعَلَيْهِ السَّلَامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

(HR. Ahmad 24857)

 

 

Soalan 8

Batal tak puasa jika terpaksa memasukkan jari kebahagian dalam vagina untuk membersihkan dengan air keputihan/wadi selepas buang air kecil.?

Jawapan 8 Thtl

Tak…masuk rongga tu maksudnya rongga utk makan…mulut. Rongga lain x masuk. Tidak dikira sbg pembatal posa

 

 

Soalan 9

Semakin ramai orang bunuh diri “.Adakah benar mayat tersebut tak perlu dimandikan serta dikafankan? Ada sumber menyatakan tak perlu. Mohon pencerahan.

Jawapan 9 Thtl

️Ijmak fiqaha’ kena urus secara Islami akan mayat yg bunuh diri. dinukil dari Ibn Abdil Barr, al-Istizkar, jld 3

Komen dan Soalan