Utama Bilik (001) Fiqh Asasi Pemula Fiqh Asasi Sunnah Kitab: Salat – Bab Azan dan Iqamah (Bahagian 1)

Fiqh Asasi Sunnah Kitab: Salat – Bab Azan dan Iqamah (Bahagian 1)

604
0
Iklan

Kitab: Salat
Bab: Azan dan Iqamah
A. Pengertian dan Keutamaan Azan
Tajuk:
Pengertian Azan
Keutamaan Azan:
1. Pahala Azan Sangat Besar.
2. Makhluk dan benda yang mendengar azan akan menjadi saksi bagi Muadzin
3. Muadzin akan mendapat keampunan Allah ‎ﷻ
4. Orang yang azan mendapat pahala seperti orang yang salat bersamanya
5. Muadzin menjadi orang yang dipercayai Allah ‎ﷻ
6. Muadzin didoakan Rasulullah ﷺ
7. Azan membuatkan syaitan takut dan lari terkentut-kentut.
8. Leher Muadzin akan Dipanjangkan di hari kiamat
9. Orang yang azan dibanggakan Allah ‎ﷻ di hadapan malaikat-Nya
10. Para Muadzin akan dimasukkan ke dalam Syurga

A. Pengertian dan Keutamaan Azan

1. Pengertian Azan

Dari segi bahasa, ‘azan’ bermaksud ‘pemberitahuan’.

✍🏻Allah ‎ﷻ telah menyebut dalam [ Taubah: 3 ]:

وَأَذانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسولِهِ إِلَى النّاسِ يَومَ الحَجِّ الأَكبَرِ

Dan (inilah) suatu permakluman daripada Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari haji akbar

Dari segi syarak pula, ia bermakna pemberitahuan masuknya waktu salat dengan lafaz tertentu.

Pemberitahuan waktu salat ini melalui cara perkataan dan bukannya perbuatan kerana ia lebih mudah dari perbuatan. Ia mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja, bila-bila sahaja dan di mana sahaja. Bayangkan kalau hendak memberitahu waktu salat dengan mengetuk beduk, bagaimana dapat kita mencari beduk jika berada di dalam tengah-tengah hutan?

Keutamaan Azan

Banyak hadith menyebut tentang kepentingan azan. Bukan tentang azan sahaja, tetapi keutamaan pada Muadzin (orang yang melaungkan azan).

1. Pahala Azan Sangat Besar

Begitu besarnya pahala azan hingga Rasulullah ﷺ mengisyaratkan, jika orang orang mengetahui pahalanya, mereka pasti berebut untuk azan meskipun dengan cara diundi.

✍🏻Hadith:

ﻟَﻮْ ﻳَﻌْﻠَﻢُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻣَﺎ ﻓِﻰ ﺍﻟﻨِّﺪَﺍﺀِ ﻭَﺍﻟﺼَّﻒِّ ﺍﻷَﻭَّﻝِ ، ﺛُﻢَّ ﻟَﻢْ ﻳَﺠِﺪُﻭﺍ ﺇِﻻَّ ﺃَﻥْ ﻳَﺴْﺘَﻬِﻤُﻮﺍ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻻَﺳْﺘَﻬَﻤُﻮﺍ

“Seandainya orang orang mengetahui pahala yang terkandung pada azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mungkin mendapatkannya kecuali dengan cara mengadakan undian atasnya, nescaya mereka akan melakukan undian”
(Sahih Bukhari No. 2492 dan Sahih Muslim No. 661)

2. Makhluk dan benda yang mendengar azan akan menjadi saksi bagi Muadzin

Seluruh makhluk yang mendengar azan seorang Muadzin, mereka akan menjadi saksi baginya di hari kiamat kelak.

✍🏻Daripada Abu Said Al-Khudri, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda,

لاَ يَسْمَعُ مَدَى صَوْتِ الْمُؤَذِّنِ جِنٌّ وَلاَ إِنْسٌ وَلاَ شَىْءٌ إِلاَّ شَهِدَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Tidaklah suara azan yang keras dari yang mengumandangkan azan didengar oleh jin, manusia, segala sesuatu yang mendengarnya melainkan itu semua akan menjadi saksi pada hari kiamat.”
(HR. Bukhari 609)

ﻟَﺎ ﻳَﺴْﻤَﻊُ ﺻَﻮْﺗَﻪُ ﺷَﺠَﺮٌ ﻭَﻟَﺎ ﻣَﺪَﺭٌ ﻭَﻟَﺎ ﺣَﺠَﺮٌ ﻭَﻻ ﺟِﻦٌّ ﻭَﻻ ﺇِﻧْﺲٌ ﺇِﻻ ﺷَﻬِﺪَ ﻟَﻪُ

“Tidaklah suara azan didengar oleh pohon, lumpur, batu, jin dan manusia, kecuali mereka akan bersaksi untuknya”
(HR. Ibnu Khuzaimah)

3. Muadzin akan mendapat keampunan Allah ﷻ

Di antara keutamaan azan yang istimewa adalah, para muadzin akan mendapatkan keampunan Allah ‎ﷻ. Benda-benda yang mendengar azan tanpa kita sedari memohonkan keampunan Allah ‎ﷻ untuk muadzin.

✍🏻Hadith

ﺍﻟْﻤُﺆَﺫِّﻥُ ﻳُﻐْﻔَﺮُ ﻟَﻪُ ﺑِﻤَﺪِّ ﺻَﻮْﺗِﻪِ ﻭَﻳَﺸْﻬَﺪُ ﻟَﻪُ ﻛُﻞُّ ﺭَﻃْﺐٍ ﻭَﻳَﺎﺑِﺲٍ

“Muadzin diampuni sejauh jangkauan azannya. Seluruh benda yang basah mahupun yang kering yang mendengar azannya memohonkan keampunan untuknya”
(Musnad Ahmad No. 9556 )

4. Orang yang azan mendapat pahala seperti orang yang salat bersamanya

Jika seorang muadzin mengumandangkan di masjid atau mussola, kemudian orang berduyun duyun menunaikan salat jemaah kerana mendengar azan tersebut, maka muadzin mendapatkan keutamaan pahala seperti pahala orang-orang yang salat bersamanya tersebut.

✍🏻Hadith

ﻭَﻟَﻪُ ﻣِﺜْﻞُ ﺃَﺟْﺮِ ﻣَﻦْ ﺻَﻠَّﻰ ﻣَﻌَﻪُ

“Muadzin mendapatkan pahala seperti pahala orang yang salat bersamanya”
(Sunan Nasa’i No. 642)

5. Muadzin menjadi orang yang dipercayai Allah ‎

✍🏻Hadith

ﺍﻹِﻣَﺎﻡُ ﺿَﺎﻣِﻦٌ ﻭَﺍﻟْﻤُﺆَﺫِّﻥُ ﻣُﺆْﺗَﻤَﻦٌ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﺭْﺷِﺪِ ﺍﻷَﺋِﻤَّﺔَ ﻭَﺍﻏْﻔِﺮْ ﻟِﻠْﻤُﺆَﺫِّﻧِﻴﻦَ

“Imam adalah penjamin dan muadzin adalah orang yang dipercayai. Ya Allah, luruskanlah para imam dan ampunilah muadzin”
(Sunan Abu Daud No. 434 dan Sunan Tirmidzi No. 191)

6. Muadzin didoakan Rasulullah

Seperti hadith di atas, Rasulullah ﷺ mendoakan muadzin, memintakan keampunan Allah ‎ﷻ baginya. Doa Rasulullah ﷺ pastilah maqbul.

Hadith ini juga terdapat di dalam riwayat Ibnu Hibban di dalam Sahihnya No.1669 dan dinilai sahih oleh Syaikh Al Albani رحمه الله dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib No. 239 (lihat Sahih Fiqih Sunnah, Bab Adzan).

Ia bukan hanya hadith itu sahaja baginda mendoakan muadzin. Terdapat dalam hadith lain baginda juga mendoakan dan memintakan keampunan.

✍🏻Hadith
ﻓَﺄَﺭْﺷَﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺍﻟْﺄَﺋِﻤَّﺔَ ﻭَ ﻏَﻔَﺮَ ﻟِﻠْﻤُﺆَﺫِّﻳْﻦَ

“Semoga Allah meluruskan para imam dan mengampuni para muadzin”.
(Sahih Ibnu Hibban 1672)

7. Azan membuatkan syaitan takut dan lari terkentut-kentut.

✍🏻Hadith

َ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا نُودِيَ بِالصَّلَاةِ أَدْبَرَ الشَّيْطَانُ وَلَهُ ضُرَاطٌ فَإِذَا قُضِيَ أَقْبَلَ فَإِذَا ثُوِّبَ بِهَا أَدْبَرَ فَإِذَا قُضِيَ أَقْبَلَ حَتَّى يَخْطِرَ بَيْنَ الْإِنْسَانِ وَقَلْبِهِ فَيَقُولُ اذْكُرْ كَذَا وَكَذَا حَتَّى لَا يَدْرِيَ أَثَلَاثًا صَلَّى أَمْ أَرْبَعًا فَإِذَا لَمْ يَدْرِ ثَلَاثًا صَلَّى أَوْ أَرْبَعًا سَجَدَ سَجْدَتَيِ السَّهْوِ

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه berkata; Nabi ﷺ bersabda: “Jika panggilan salat (azan) dikumandangkan maka syaitan akan lari sambil mengeluarkan kentut agar tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila panggilan azan telah selesai, maka syaitan kembali. Dan apabila iqamat dikumandangkan syaitan kembali berlari dan jika iqamat telah selesai dikumandangkan dia kembali lagi untuk mengganggu seseorang di antara dirinya dan jiwanya seraya berkata; ingatlah ini dan itu. Hingga orang itu tidak menyedari apakah tiga atau empat raka’at shalat yang sudah dikerjakannya. Apabila dia tidak tahu tiga atau empat raka’at maka sujudlah dua kali sebagai sujud sahwi”.
(Sahih Bukhari No. 3043. Juga boleh di rujuk dalam Sahih Muslim No. 583).

8. Leher Muadzin akan Dipanjangkan di hari kiamat

Para muadzin akan dimuliakan Allah ‎ﷻ di hari kiamat, di antaranya dengan dipanjangkan lehernya.

✍🏻Hadith

ﺍﻟْﻤُﺆَﺫِّﻧُﻮﻥَ ﺃَﻃْﻮَﻝُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﺃَﻋْﻨَﺎﻗًﺎ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ

“Para muadzin adalah orang yang berleher panjang pada hari kiamat”
(Sahih Muslim No. 580)

9. Orang yang azan dibanggakan Allah ‎ﷻ di hadapan malaikat-Nya

✍🏻Hadith

ﻳَﻌْﺠَﺐُ ﺭَﺑُّﻜُﻢْ ﻣِﻦْ ﺭَﺍﻋِﻰ ﻏَﻨَﻢٍ ﻓِﻰ ﺭَﺃْﺱِ ﺷَﻈِﻴَّﺔٍ ﺑِﺠَﺒَﻞٍ ﻳُﺆَﺫِّﻥُ ﺑِﺎﻟﺼَّﻼَﺓِ ﻭَﻳُﺼَﻠِّﻰ ﻓَﻴَﻘُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﺰَّ ﻭَﺟَﻞَّ ﺍﻧْﻈُﺮُﻭﺍ ﺇِﻟَﻰ ﻋَﺒْﺪِﻯ ﻫَﺬَﺍ ﻳُﺆَﺫِّﻥُ ﻭَﻳُﻘِﻴﻢُ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓَ ﻳَﺨَﺎﻑُ ﻣِﻨِّﻰ ﻓَﻘَﺪْ ﻏَﻔَﺮْﺕُ ﻟِﻌَﺒْﺪِﻯ ﻭَﺃَﺩْﺧَﻠْﺘُﻪُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔَ

“Tuhanmu takjub kepada seorang penggembala domba di puncak bukit gunung, dia mengumandangkan azan untuk salat lalu dia salat. Maka Allah عز وجل berfirman, ‘Lihatlah hambaKu ini, dia mengumandangkan azan dan beriqamat untuk salat, dia takut kepada-Ku. Aku telah mengampuni hamba-Ku dan memasukkannya ke dalam syurga”.
(Sunan Abu Dawud No. 1017 dan Sunan Nasa’i No. 660)

10. Para Muadzin akan dimasukkan ke dalam Syurga

Inilah puncak dari keutamaan azan. Orang yang azan akan dimasukkan Allah ‎ﷻ ke dalam syurga-Nya sebagaimana hadith di atas dan hadith di bawah ini:

✍🏻An-Nadhr bin Sufyan menceritakan kepada ‘Ali bin Khalid Az-Zuraqi sesungguhnya dia mendengar Abu Hurairah berkata;

كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ بِلَالٌ يُنَادِي فَلَمَّا سَكَتَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ مِثْلَ هَذَا يَقِينًا دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Suatu ketika kami bersama Rasulullah ﷺ , lalu bangkitlah Bilal untuk azan. Setelah selesai azan. Rasulullah ﷺ bersabda. ‘Barangsiapa mengucapkan seperti yang dikumandangkan oleh muadzin dengan yakin, maka dia masuk syurga’.”
(Sunan Nasa’i No. 226)

Allahu ‘alam.

Komen dan Soalan