Utama Bilik (001) Fiqh Asasi Pemula SnJ: Mandi & Tayammum

SnJ: Mandi & Tayammum

1007
0
Iklan

1. Bolehkah jika mandi junub tidak mengikut tertib dan teratur?

šŸ”µ Kalau hendak mendapat pahala sunnah, kena teraturlah.

2. Adakah perlu menghadap ke kiblat ketika mandi junub?

šŸ”µ Tidak.

3. Adakah boleh seorang perempuan dalam keadaan haidh pergi menziarahi kuburan?

šŸ”µ Boleh.

4. Bolehkah bertayamum menggunakan debu yang di jual di kedai walaupun kita tidak tahu debu itu diperbuat daripada bahan apa?

šŸ”µ Boleh.

5. Manakah yang patut digunakan ketika bertayamum? Adakah menggunakan debu-debu di dinding atau debu tanah?

šŸ”µ Debu tanah. Boleh diletak di dalam bekas.

6. Adakah hadith yang ada seorang ahli tentera bermimpi basah ketika beliau luka parah itu adalah hadith asalusul tayammun?

šŸ”µ Bukan. Hadith itu tidak sebut tayammum pun.

7. Bolehkah menggunakan kaedah bertayammum sekiranya air sedang dicatu? Adakah terdapat syarat-syarat baru boleh menggunakan kaedah bertayammum?

šŸ”µ Syarat hendak bertayammum kerana tidak ada air. Maka kena mencari air dahulu. Sama ada kena berjalan mencari sumber air ataupun membeli di kedai.

Keadaan di Malaysia ini, susah hendak dikatakan tidak ada air. Masih boleh dicari di kawasan sebelah.

8. Bolehkah bertayammum jika menghidapi penyakit kulit yang kronik seperti eczema?

šŸ”µ Kalau memang tidak boleh terkena air maka boleh bertayammum.

9. Apakah hukum bertayammum menggunakan debu bedak?

šŸ”µ Bedak bukannya tanah. Nanti kita akan belajar, kena memakai tanah juga.

10. Adakah perlu menepuk tanah kembali untuk menyapu debu pada tangan setelah menyapu debu pada muka, sebagaimana yang diajarkan di sekolah?

šŸ”µ Tidak perlu, memang perkara tersebut diajarkan di sekolah tetapi yang sebenarnya adalah menepuk tanah sekali sahaja dan digunakan untuk muka serta tangan sekali.

Pendapat perlunya tepuk sekali lagi untuk menyapu tangan itu tidak tepat. Juga pendapat tanah menjadi musta’mal kerana ditepuk sekali lagi juga tiada di dalam syarak.

11. Bagaimanakah caranya jika mempunyai janggut?

šŸ”µ Debu tanah tidaklah sama seperti air.

Bagi yang berjanggut tidaklah diwajibkan menyampaikan debu ke kulit (di bawah janggut) kerana ia sukar dilakukan, maka memadai dengan menyapukan debu ke bahagian atas janggut sahaja.
[al-Mausuā€™ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 14/254]

12. Adakah hadas kerana di dalam haidh boleh diangkat dengan tayammum?

šŸ”µ Ya, sama untuk semua keadaan hadas kecil dan besar.

13. Adakah perlu menyapu tangan dahulu, kemudian muka atau sebaliknya?

šŸ”µ Yang lebih tepat adalah menyapu muka dahulu, kemudian tangan.

14. Adakah boleh menyapu sebanyak tiga kali sebagaimana berwudhu?

šŸ”µ Tiada bilangan tertentu tetapi cukup dengan hanya sekali sapuan sahaja. Bukan sunat untuk melakukan lebih.

15. Jika setelah mengambil tayammum kemudian hujan turun, adakah tayammumnya batal?

šŸ”µ Ya.

16. Jika ada air tetapi hanya cukup untuk minum, adakah boleh bertayammum?

šŸ”µ Dianggap sebagai tiada air. Maka boleh tayammum.

17. Bagaimanakah untuk bersuci jika terperangkap di dalam bangunan, tiada air dan tanah untuk bersuci? Adakah boleh menggunakan debu pada lantai dan dinding?

šŸ”µ Bukanlah ‘debu’ yang diperlukan tetapi jika debu itu sesuatu yang berasal daripada muka bumi, maka boleh.

Oleh yang demikian, boleh tekap pada dinding dan lantai juga kerana keduanya berasal dari muka bumi.

Meskipun begitu, kita masih boleh menunaikan solat tanpa bersuci jika benar-benar darurat seperti terperangkap dalam penjara besi.

18. Adakah perlu menggantikan solat jika bersolat di dalam keadaan hadas tetapi tiada satu pun air atau tanah untuk bersuci?

šŸ”µ Tidak perlu menggantikan solat. Tiada solat untuk menghormati waktu.

Malah ada Imam mazhab berpendapat tidak perlu solat pun, dan tidak perlu ganti.

19. Jika terperangkap di dalam keadaan trafik teruk, masa solat sudah hendak habis, adakah boleh bertayammum dengan menepuk kusyen kenderaan?

šŸ”µ Kusyen bukan diperbuat daripada unsur bumi. Maka tidak boleh.

Di dalam situasi ini, boleh menjama’kan solat tersebut tanpa perlu menggantikannya.

20. Apakah maksud “Pokok yang belum terputus dari bumi.”?

šŸ”µ Frasa tersebut bermaksud “tumbuhan yang masih hidup” seperti pokok dan rumput. Perabot kayu atau rumah kayu tidak boleh digunakan bertayammum.

21. Bagaimanakah cara bersuci untuk beribadah jika kita dikelilingi banjir lumpur? Tiada air dan tanah kecuali yang telah bercampur menjadi lumpur.

šŸ”µ Lumpur bukan najis. maka boleh solat dengan lumpur. Untuk bersuci boleh menggunakan sebarang pohon atau batu.

Oleh yang demikian, kita berpendapatan tidak menghadkan tayammum hanya menggunakan tanah.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan